documentb

4
B-9-9 TERATAK MUHIBBAH 1, JALAN DESA BAHAGIA, TAMAN DANAU DESA, 58100 KUALA LUMPUR. _________________________________________________________________ ____________ Pengetua Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah (3 rd ) , Profesor Madya Dr.Faizah Yunus. University of Malaya Lembah Pantai, 50603 Kuala Lumpur . 18 April 2011. Dr., Rayuan Kemasukan untuk Mendiami Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah (3 rd ) Sesi 2011/2012. Merujuk perkara di atas, saya, Atiqah binti Nor Ain (SEE090024) pelajar tahun dua (2) Universiti Malaya dalam aliran Sains Ecology and Biodiversity ingin memohon belas dan ihsan pihak Tuan agar menerima saya untuk mendiami Kolej Kediaman ke-3 pada Sesi 2011/2012. 2. Sebab utama saya begitu berharap agar dapat tinggal di dalam kampus kerana saya ingin menjimatkan masa. Ini kerana

Upload: missparkhana

Post on 06-Nov-2015

2 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

;po

TRANSCRIPT

B-9-9 TERATAK MUHIBBAH 1,JALAN DESA BAHAGIA,TAMAN DANAU DESA,58100 KUALA LUMPUR._____________________________________________________________________________

Pengetua Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah (3rd) ,Profesor Madya Dr.Faizah Yunus.University of MalayaLembah Pantai,50603 Kuala Lumpur. 18 April 2011.

Dr.,Rayuan Kemasukan untuk Mendiami Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah (3rd ) Sesi 2011/2012.

Merujuk perkara di atas, saya, Atiqah binti Nor Ain (SEE090024) pelajar tahun dua (2) Universiti Malaya dalam aliran Sains Ecology and Biodiversity ingin memohon belas dan ihsan pihak Tuan agar menerima saya untuk mendiami Kolej Kediaman ke-3 pada Sesi 2011/2012.

2. Sebab utama saya begitu berharap agar dapat tinggal di dalam kampus kerana saya ingin menjimatkan masa. Ini kerana sudah setahun saya berulang-alik dari rumah saya ke Universiti Malaya yang memakan masa selama 15-20 minit. Ini adalah satu tempoh pembaziran masa yang agak lama. Tambahan pula pada semester yang akan datang saya akan berada di tahun akhir di mana kesibukan itu menjadi perkara wajib bagi diri saya kerana saya perlu menyiapkan thesis. Jadi, jika saya dapat duduk di kolej ke-3, ini akan dapat memudahkan urusan kajian saya yang memerlukan banyak masa untuk berada di makmal dan di luar makmal untuk membuat kajian.

3. Saya juga tidak betah lagi serta tidak sabar lagi untuk menghadap kesesakan jalan raya Kuala Lumpur yang bagaikan tidak surut-surut dengan kenderaan. Perjalanan yang jaraknya hampir km dari rumah saya ke UM sesungguhnya amat menyeksakan jiwa dan kudrat saya apatah lagi saya senantiasa tamat kuliah pada pukul 5 petang di mana keadaan jalan raya ketika itu hanya Allah je yang tahu. Keadaan ini sebenarnya amat membebankan saya serta meletihkan dan ini telah mengundang kemalangan jalan raya yang tidak saya ingini. Setakat ini, sudah 3 kali saya terlibat dalam kemalangan kecil yang tidak melibatkan kecederaan. Hanya kerosakan pada kenderaan sahaja. Keadaan ini mungkin terjadi kerana kekurangan focus ketika memandu kerana penat setelah belajar sehari-harian.

kemalangan pertama. Terlanggar kerta hadapan.

Kemalangan ke-2. Ketika dalam perjalanan menduduki final pada sem lepas.

4. Saya bukan tidak mahu tinggal di rumah-rumah sewa berdekatan dengan UM, tetapi kedua-dua ibubapa saya tidak mengizinkan kerana mereka tidak mempercayai tahap keselamatan saya di luar kampus. Jadi, saya merayu, tolonglah saya... Saya nak duduk kolej...

Akhir kata, dengan harapan setinggi gunung, saya berharap pihak Puan/Prof mempertimbangkan rayuan saya ini. Saya juga melampirkan keputusan peperiksaan saya pada semester lepas. Saya akhiri dengan jutaan terima kasih.

Pelajar Ecology & BiodiversityTahun 2

...............................................(ATIQAH BINTI NOR AIN)