bab 1

24
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN 1.1 PENGENALAN Beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah mengalami perubahan struktur ekonomi yang sangat ketara. Strategi dan dasar negara yang baru telah diperkenalkan pada awal tahun 1960-an, telah mengubah Malaysia daripada sebuah negara pertanian kepada negara berasaskan perindustrian dan perkhidmatan. Pada tahun 1965, sektor pertanian telah menyumbang sebanyak 31.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan sumbangannya sedikit merosot kepada 7.7 peratus pada tahun 2007. Manakala sumbangan sektor pembuatan telah meningkat dengan pesat dari 10.4 peratus pada tahun 1965 kepada 30.3 peratus pada tahun 2007. Di samping itu, sektor perkhidmatan juga telah menyumbang sebanyak 45.0 peratus kepada 53.2 peratus. (Kementerian Kewangan Malaysia, 1970 & 2007) Perubahan struktur ekonomi dan kepesatan pertumbuhan ekonomi negara telah menyebabkan perubahan terhadap pasaran tenaga buruh di Malaysia. Perubahan pasaran tenaga buruh dapat dinilai berdasarkan kepada permintaan dan penawaran tenaga buruh serta kadar pengangguran. Perubahan terhadap permintaan dan penawaran tenaga buruh dapat dikenalpasti

Upload: stellachewchang

Post on 02-Oct-2015

235 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

methodology

TRANSCRIPT

BAB 1

BAB 1

PENGENALAN KEPADA KAJIAN

1.1 PENGENALAN

Beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah mengalami perubahan struktur ekonomi yang sangat ketara. Strategi dan dasar negara yang baru telah diperkenalkan pada awal tahun 1960-an, telah mengubah Malaysia daripada sebuah negara pertanian kepada negara berasaskan perindustrian dan perkhidmatan. Pada tahun 1965, sektor pertanian telah menyumbang sebanyak 31.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan sumbangannya sedikit merosot kepada 7.7 peratus pada tahun 2007. Manakala sumbangan sektor pembuatan telah meningkat dengan pesat dari 10.4 peratus pada tahun 1965 kepada 30.3 peratus pada tahun 2007. Di samping itu, sektor perkhidmatan juga telah menyumbang sebanyak 45.0 peratus kepada 53.2 peratus. (Kementerian Kewangan Malaysia, 1970 & 2007)

Perubahan struktur ekonomi dan kepesatan pertumbuhan ekonomi negara telah menyebabkan perubahan terhadap pasaran tenaga buruh di Malaysia. Perubahan pasaran tenaga buruh dapat dinilai berdasarkan kepada permintaan dan penawaran tenaga buruh serta kadar pengangguran. Perubahan terhadap permintaan dan penawaran tenaga buruh dapat dikenalpasti berdasarkan pertumbuahn perubahan guna tenaga oleh majikan. Oleh itu, apabila terdapat permintaan yang tinggi terhadap tenaga buruh, negara terpaksa membawa masuk buruh asing bagi memajukan ekonomi negara, seterusnya mencetuskan fenomena penghijrahan dalam kalangan buruh asing.

Kebiasaannya fenomena penghijrahan berlaku disebabkan oleh faktor penolak dan penarik oleh negara asal dan negara destinasi. Faktor penolak di negara asal adalah disebabkan ketidakupayaan negara untuk menyediakan pekerja dengan peluang pekerjaan yang baik dan taraf hidup dan penurunan dalam gaji sebenar di samping kadar pengangguran yang tinggi dan kekurangan pekerjaan kadar. Faktor penarik di negara destinasi pula adalah, terdapat permintaan tenaga buruh yang semakin meningkat bagi tenaga kerja yang mempunyai kemahiran rendah dan bayaran gaji yang murah. Perkara ini berlaku kerana terdapatnya jurang perbezaan ekonomi yang sangat luas antara negara maju yang kekurangan buruh dan negara membangun yang terdapat lebihan buruh

Selain itu, dorongan yang sedia ada daripada faktor penolak dan penarik juga akan mampu meningkatkan halangan kepada penghijrahan. Kemasukan migran secara tidak sah disebabkan penafian keatas golongan migran lelaki dan wanita untuk mendapat akses kepada perlindungan undang-undang dan sosial negara. Kebanyakan undang-undang di negara destinasi kurang memfokuskan kepada pengurusan golongan migran dan mereka tidak termasuk dalam dasar guna buruh tetapi golongan migran ini lebih difokuskan sebagai kawalan sempadan dan isu keselamatan negara. Oleh itu, ramai migran sanggup mengambil jalan tidak sah untuk mendapatkan pekerjaan di negara destinasi.

Pada tahun 2013, bilangan pendatang antarabangsa di seluruh dunia mencapai 232 juta, meningkat daripada 175 juta pada tahun 2000 dan 154 juta pada tahun 1990 (United Nation Population Division, 2013). Terdapat 60 peratus migran yang berhijrah tinggal di kawasan yang maju berbanding 40 peratus di kawasan yang kurang maju. Hampir satu daripada setiap sepuluh orang di sesebuah negara maju adalah seorang migran manakala satu daripada 70 orang adalah di negara membangun. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, penghijrahan seorang migran adalah bergantung kepada ekonomi sesebuah negara dimana seorang migran akan membuat perbandingan antara beberapa negara dan seterusnya membuat keputusan berhijrah. (International Labour Organization, 2003)

Sehingga awal 1980-an, kebanyakan kajian mengenai migrasi adalah lebih memfokuskan kepada ekonomi dan migran lelaki memainkan peranan ekonomi dan wanita hanya sebagai penjaga kestabilan dirumah dan isteri yang mengikuti suami mereka. Kebanyakan teori migrasi sering mengandaikan bahawa pendatang adalah terdiri daripada golongan lelaki dan penghijrahan telah digambarkan sebagai satu fenomena lelaki. Wanita dilihat dalam aliran migrasi sebagai tradisinya adalah suami isteri, anak perempuan dan tanggungan migran lelaki.

Tetapi kini persepsi mengenai wanita telah berubah kerana bilangan wanita, merupakan hampir separuh atau 50 peratus pendatang antarabangsa terdiri daripada golongan wanita yang terdapat di seluruh dunia-95 Juta(IOM, 2002). Kebanyakan golongan wanita bermigrasi mencari pekerjaan secara individu. Penghijrahan dalam kalangan pekerja wanita kini berlaku dengan pesat akibat daripada perubahan peranan wanita dalam keluarga, masyarakat dan tempat kerja. Penghijrahan "moden" wanita, telah membebaskan mereka daripada nilai-nilai tradisional yang mereka mainkan dan tingkah laku

Jika dilihat dalam konteks konsep merantau bagi masyarakat Indonesia, merantau adalah menjadi satu kemestian kepada golongan lelaki. Wanita adalah golongan yang sukar dilepaskan oleh penjaga untuk bergerak keluar secara individu. Hal ini demikian kerana, golongan wanita sering berhadapan dengan risiko apabila mereka kekurangan maklumat yang betul mengenai proses migrasi dan prosedur serta peluang pekerjaan. Mereka juga mungkin kurang pengetahuan dan keupayaan untuk menampung perbelanjaan. Seterusnya mereka akan mendapat pekerjaan yang tidak elok dan mungkin juga diekploitasi oleh agensi tertentu.

Apabila kekurangan maklumat terhadap pekerjaan di negara destinasi, golongan ini akan cenderung terlibat dalam pekerjaan yang tidak dilindungi oleh mana-mana undang-undang buruh dan perlindungan sosial serta hak-hak mereka sebagai pekerja. Kebanyakan pihak berkuasa di negara destinasi melayan pekerja asing wanita hanya terbatas sebagai pekerja dan tiada hak dalam undang-undang negara. Jika terdapat kes eksploitasi pekerja dan penderaan, sistem kehakiman juga sering tidak memihak kepada pwkwerja yang didera. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji cuba mengenalpasti sama ada wujud motivasi yang mendorong pekerja wanita Indonesia untuk bermigrasi dan sejauhmana rangkaian sosial yang ada membantu golongan ini meneruskan kelangsungan hidup mereka di negara asing.

1.2 PERSOALAN KAJIAN

Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah menggariskan beberapa persoalan kajian bagi menerangkan objektif kajian yang ingin dijalankan dengan lebih mendalam. Antara persoalan kajian tersebut adalah:

i. Apakah faktor yang mempengaruhi keputusan berhijrah pekerja asing wanita Indonesia?

Dalam persoalan ini, pengkaji ingin mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan penghijrahan pekerja wanita Indonesia di Lembah Pantai terutama faktor ekonomi. Sememangnya dalan proses penghijrahan, ianya dipengaruhi oleh beberapa faktor yang akan mendorong mereka berhijrah dalam mencapai kesejahteraan hidup, antaranya adalah faktor sosial, politik, ekonomi dan alam sekitar.

ii. Bagaimanakah cara kemasukan pekerja asing wanita Indonesia ke Malaysia?

Dalam persoalan ini, pengkaji ingin menganalisis kaedah kemasukan pekerja asing ke Malaysia. Hal ini demikian kerana, setiap migran yang datang menggunakan kaedah yang berlainan untuk masuk ke Malaysia sama ada melalui jalan yang sah atau tidak sah dan juga melalui agensi atau hubungan kekeluargaan yang wujud oleh migran. Cara kemasukan pekerja asing juga mungkin dipengaruhi oleh rangkaian sosial yang ada di negara destinasi kerana, rangkaian sosial yang wujud mampu membawa masuk pekerja asing dengan pelbagai cara mengikut kemampuannya.

iii. Adakah rangkaian sosial yang ada membantu mengurangkan risiko penghijrahan?

Sememangnya jika penghijrahan ke negara asing bagi golongan wanita adalah sesuatu yang sangat dibimbangkan kerana mereka perlu memikirkan risiko yang akan dihadapi ketika berada di negara asing. Oleh itu, kajian ini ingin melihat sejauhmanakah rangkaian sosial yang ada mampu menyebabkan pekerja asing wanita Indonesia ini mampu meneruskan hidup di negara asing sehingga mereka mendapatkan pekerjaan, tempat tinggal dan kehidupan sosial mereka.1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian merupakan matlamat khusus yang mengandungi lebih daripada satu tujuan. Ia merupakan sesuatu yang ingin dicapai oleh seorang pengkaji melalui kajian yang ingin dijalankan. Tujuan objektif kajian adalah untuk mengenalpasti maksud yang tersurat dan kepentingan sesebuah kajian dicadangkan. Objektif soalan perlulah menjawab persoalan kajian yang telah dibentuk oleh pengkaji. Pengkaji telah mengemukan tiga objektif kajian dalam kajian ini iaitu:

i. Kajian yang dilakukan adalah, untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan berhijrah bagi golongan pekerja asing wanita Indonesia.

ii. Kajian ini juga dijalankan untutk menganalisis kaedah kemasukan pekerja asing wanita Indonesia ke Malaysia.

iii. Kajian ini turut bertujuan menilai keupayaan rangkaian sosial dalam mengurangi risiko penghijrahan pekerja asing wanita Indonesia.

1.4 KEPENTINGAN KAJIANKajian yang dilakukan mempunyai kepentingan kepada beberapa pihak, sama ada kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian ini, seterusnya kepada para pengkaji yang lain. Antara kepentingan kajian ini adalah, pengkaji akan mendedahkan satu proses dalam migrasi tenaga kerja wanita Indonesia di antara dua buah negara di rautau Asia Tenggara antara Malaysia dan Indonesia. Perkara yang paling penting dalam kajian ini adalah pendedahan terhadap tidak semua pekerja asing wanita Indonesia ini datang secara sah ke Malaysia. Malah terdapat sebahagian besar daripada pekerja asing wanita Indonesia yang masuk secara haram tanpa mempunyai pas kerja sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan dokumen-dokumen yang mengesahkan kemasukan mereka.

Selain itu, kajian ini juga telah berjaya membongkarkan faktor-faktor utama yang mendorong kepada penghijrahan pekerja asing wanita Indonesia di samping faktor ekonomi. Faktor pendorong kepada penghijrahan ini telah memabwa kepada kesanggupan mereka bergadai nyawa untuk datang bekerja di Malaysia dengan tujuan mengubah keadaan hidup. Keadaan yang wujud di negara penghantar dan penerima merupakan ajen yang sangat penting mempengaruhi penghijrahan mereka. Kepentingan kajian ini adalah untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan memahami penghijrahan yang melibatkan golongan pekerja asing wanita Indonesia.

Di samping itu, melalui kajian ini juga kita akan mendapati bahawa pekerja asing wanita dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka di negara asing kerana adanya 'trust network' yang akan membantu mereka dalam mengurangkan risiko penghijrahan. Dalam kajian ini, kita akan dapat melihat bagaimana peranan rangkaian sosial dalam membantu pekerja asing daripada sebelum, semasa dan selepas melakukan penghijrahan.

Bantuan yang diperoleh pekerja asing wanita Indonesia daripada rangkaian sosial yang dipilihnya, kita akan dapat melihat hasil yang menunjukkan cara mereka berhijrah dipengaruhi sama ada melalui cara sah atau tidak sah. Dengan itu, kita akan dapat melihat kepentingan rangkaian sosial yang terdapat di Malaysia dalam membantu penghijrahan pekerja asing terutama golongan wanita kerana golongan ini sangat mudah dieksploitasi oleh agen-agen tertentu, jika tidak mendapatkan rangkaian sosial yang betul.

Seterusnya, hasil kajian ini akan dapat menjelaskan akan kepentingan dan keupayaan rangkaian sosial dalam penghijrahan pekerja asing wanita Indonesia dalam mengurangkan risiko penghijrahan. Hasil kajian ini juga akan dapat membantu kesinambungan kajian-kajian pada masa hadapan mengenai pekerja asing wanita Indonesia dalam sektor perkhidmatan Kajian ini juga akan menjadi bahan rujukan kepada pengkaji yang berminat untuk menjalankan kajian mengenai rangkaian sosial dalam penghijrahan pekerja asing.

1.5 ULASAN KAJIAN LEPAS

Dalam menjalankan kajian mengenai migrasi dalam kalangan pekerja asing wanita Indonesia, semasa proses pengumpulan maklumat daripada kajian lepas, sememangnya terdapat banyak kajian yang dilakukan ke atas pekerja asing namun kurang memfokuskan kepada bagaimana pekerja asing wanita meneruskan kelangsungan hidup di negara asing. Walau bagaimanapun, sewaktu mencari maklumat yang berkaitan topik kajian, pengkaji telah menjumpai beberapa kajian dan penyelidikan mengenai penglibatan pekerja asing wanita Indonesia dalam beberapa sektor pekerjaan di Malaysia.

Menurut Candra Christyana(2011), faktor-faktor yang mendorong pekerja asing wanita untuk berhijrah terbahagi kepada tiga iaitu faktor peribadi atau keluarga (keperluan keluarga, sumber pendapatan, pemilikan tanah pertanian dan umur), berasal dari luar bandar (tiada peluang pekerjaan, bayaran murah) dan kawasan destinasi (peluang pekerjaan, bayaran mahal, pengaruh keluarga). Faktor paling penting yang mempengaruhi penghijrahan adalah umur wanita. Kebanyakan wanita yang berhijrah berada pada umur yang membolehkan mereka melakukan pelbagai kerja untuk mencari sumber pendapatan bagi memperbaiki taraf kehidupan mereka terutama di kampung halaman.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Claudine Minush Ryan(1996), beliau menyatakan bahawa status tidak sah pekerja asing tidak hanya dipengaruhi oleh keluarga dan sahabat tetapi juga dipengaruhi oleh majikan tempatan yang mengupah mereka bekerja tanpa permit kerja. Kajian ini mengkaji pekerja asing wanita dalam sektor perkhidmatan sebagai tukang bersih, dalam aspek cara kemasukan, sektor pekerjaan, penyesuaian diri wanita Indonesia dan rancangan masa depan mereka di Malaysia. Perbezaan kajian saya dengan kajian ini adalah tempat kajian dimana, kajian tersebut dijalankan di Lembah Klang dan kajian saya di Lembah Pantai.

Kajian yang dilakukan oleh Gayah bt. Ibrahim(1998), majoriti wanita Indonesia telah berjaya memperbaiki taraf hidup mereka terutama dari segi ekonomi. Perubahan ekonomi dpaat dilihat terutama dari segi keupayaan menabung, berbelanja dan kiriman wang ke kampung asal. Malah kehidupan sosial mereka dari segi berpkaian juga berubah mengikut perkembangan semasa. Kajian ini dilakukan keatas pekerja asing wanita Indonesia dalam sektor perkhidmatan dan menfokuskan kepada proses migrasi dan implikasi ekonomi dan sosial pekerja asing selepas penghijrahan terutama kepada status dan taraf hidup mereka. Perbezaan kajian ini adalah penggunaan konsep migrasi dalam menjelaskan proses migrasi pekerja asing yang melibatkan pertukaran tempat tinggal.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Normah Mat Nor(1997), menyatakan bahawa pekerja asing terpaksa menanggung risiko untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia seperti risiko melalui jalan laut kerana masuk secara tidak sah. Mereka sentiasa dilayan seperti pekerja asing oleh pekerja tempatan. Kajian ini dilakukan ke atas pekerja asing wanita dalam sektor pembinaan. Mereka sentiasa terdedah kepada bahaya di tapak pembinaan. Antara risiko yang sering dihadapi oleh mereka adalah gaji lambat dibayar, kemalangan sering berlaku, majikan tidak menyediakan sebarang jaminan jika kemalangan. Buruh tidak sah juga mendapat layanan buruk. Tempat tinggal tidak selesa dan tidak disedia oleh majikan buruh binaan. Berdasarkan kajian yang dilakukan kebanyakan pekerja asing wanita Indonesia mempunyai ramai suami kerana untuk mendapatkan perlindungan mereka berkahwin dengan pendatang asing yang lain.

Kajian yang dilakukan oleh Zakiyah(1992), dalam kajian beliau mengenai pembantu rumah Indonesia di kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Dalam kajian beliau menunjukkan faktor ekonomi yang telah menggalakkan mereka berhijrah ke Malaysia dan bekerja sebagai pembantu rumah. Permintaan terhadap pembantu rumah di kalangan wanita Indonesia adalah tinggi kerana gaji yang dibayar kepada mereka adalah murah. Beliau menyatakan lagi bahawa keadaan kehidupan dan pekerjaan pembantu-pembantu rumah seperti tugas-tugas seharian yang dilakukan dan kehisupan sosial pembantu rumah. Perbezaan kajian ini adalah kajian ini memfokuskan kepada pekerja asing wanita dalam sektor pembantu rumah.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Susela A/P Raman(1998), dalam kajian beliau terhadap pekerja asing wanita Indonesia di sektor perkilangan mendapati bahawa pekerja wanita Indonesia menerima layanan baik daripada majikan mereka dan kebanyakannya berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh majikan seperti tempat tinggal dan kemudahan asas. Kebanyakan pekerja asing wanita Indonesia juga berhijrah bagi mendapatkan pendapatan yang lumayan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Majikan di kilang ini juga tidak menghalang pekerja asing wanita Indonesia ini daripada pulang ke kampung bertemu keluarga dan mereka diberikan cuti. Kajian ini memfokuskan kepada sosioekonomi dari aspek gaji,elaun, cuti, tempat tinggal, kegiatan masa lapang dan hubungan persekitaran.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Norhana(2004), kebanyakan faktor yang membawa kepada kedatangan pembantu rumah Indonesia adalah disebabkan oleh faktor ekonomi dan mendapatkan pengalaman kerja di negara lain. Kebanyakan responden berminat untuk berhijrah dan bekerja di Malaysia kerana, mereka mendapat maklumat daripada rakan-rakan mereka yang pernah bekerja menyatakan mereka mendapat gaji yang lumayan. Mereka sanggup mengharungi rintangan dan risiko untuk berhijrah kerana ingin mendapatkan keuntungan daripada gaji yang akan diperoleh. Terdapat pembantu rumah yang cuba terlibat dengan kehidupan masyarakat setempat namun tidak berjata kerana terdapatnya prasangka sebagai pendatang oleh penduduk tempatan. Oleh itu, mereka harus menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran agar mudah diterima oleh masyarakat setempat.1.6 SKOP KAJIAN

Kajian ini akan memberi tumpuan khusus kepada pekerja asing wanita Indonesia yang bekerja di kawasan Lembah Pantai yang merangkumi kawasan Institusi Pengajian Tinggi Universiti Malaya dan Pantai Dalam. Bidang kajian pula merangkumi beberapa aspek penting yang dirasakan dapat memberi maklumat tambahan kepada masyarakat khususnya mengenai pekerja asing wanita Indonesia di Malaysia.

Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada pekerja asing wanita Indonesia, kerana kebanyakan kerja-kerja am seperti tukang sapu, tukang cuci, tukang masak dan pembantu kedai makan di kawasan kajian yang kebanyakan terdiri daripada pekerja-pekerja asing wanita Indonesia.keadaan ini mungkin disebabkan ciri-ciri pekerjaan di sektor ini adalah lebih sesuai bagi kaum wanita memandangkan bebanan tugasnya yang tidak begitu berat serta kekurangan tenaga kerja.

Di samping itu, terdapat banyak peluang pekerjaan di sektor lain yang lebih sesuai dan dapat dilakukan oleh golongan pekerja asing lelaki Indonesia terutama sektor pembinaan yang sangat memerlukan ramai tenaga kerja lelaki justeru itu, pengkaji berpendapat adalah lebih baik sekiranya penumpuan diberikan kepada satu pihak sahaja supaya pengkaji dapat menilai dan menganalisis ciri-ciri khusus yang mempengaruhi mereka memilih sektor pekerjaan tersebut.

Skop kajian ini juga merangkumi beberapa aspek penting iaitu faktor yang mendorong mereka membuat keputusan untuk berhijrah. Faktor utama yang diberi tumpuan adalah faktor ekonomi. Hal ini demikian kerana, daripada hasil kajian lepas yang dilakukan, didapati bahawa kemiskinan di tempat asal dan peluang ekonomi di kawasan destinasi merupakan faktor penting yang mendorong kepada penghijrahan.

Pengkaji juga turut menjalankan kajian untuk melihat cara dan proses kemasukan mereka ke Malaysia sama ada menggunakan agensi-agensi tertentu atau melaui saudara mara. Kaedah kemasukan pekerja asing ini berkait rapat dengan rangkaian sosial yang menjadi agen pendorong kepada penghijrah melakukan penghijrahan dengan memikirkan untuk mengurangkan kos perjalanan dan risiko penghijrahan.

Selain itu, dalam kajian ini pengkaji juga akan ingin melihat keupayaan rangkaian sosial dalam membantu pekerja asing yang melakukan penghijrahan dari segi membantu mendapatkan pekerjaan, tempat tinggal, perantaraan antara kawasan destinasi dan asal seterusnya sebagai petunjuk kepada kehidupan sosial di kawasan destinasi iaitu Malaysia. Bantuan-bantuan ini sangat penting kepada golongan migran wanita bagi meneruskan kelangsungan kehidupan di negara asing untuk mendapatkan sumber pendapatan bagi mencapai kejayaan dalam penghijrahan.

Dalam kajian ini, pengkaji juga lebih memfokuskan kepada peranan rangkaian sosial yang terdapat di kawasan destinasi yang akan menjadi suatu motivasi kepada golongan wanita yang ingin mengurangkan risiko di kawasan destinasi dalam melakukan penghijrahan. Perkara ini sangat penting kepada golongan pekerja asing wanita Indonesia supaya penghijrahan yang dilakukan tidak akan memudaratkan kehidupan mereka selepas penghijrahan tetapi membawa kejayaan kepada diri dan masa depan keluarga yang berada di kampung halaman kawasan asal.

Pengkaji juga akan mendapatkan maklumat mengenai data peribadi serta latar belakang responden dari segi tahap pendidikan, sosioekonomi dan sebagainya untuk dianalisis oleh pengkaji sebgai hasil kajian. Antara contoh-contoh soalan yang dikemukan dan dikategorikan dalam bahagian latar belakang responden adalah seperti umur, agama, etnik, taraf perkahwinan, taraf pendidikan dan jenis pekerjaan yang dilakukan.

1.7 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah metadologi kajian amat penting dalam sesuatu kajian. Kaedah kajian merupakan teknik penyelidikan atau alat yang digunakan untuk mengumpul data dan maklumat. Manakala metadologi pula adalah falsafah proses penyelidikan iaitu andaian dan nilai yang menjadikan dasar sesuatu penyelidikan dan ukuran atau kriteria yang digunakan oleh pengkaji untuk mentafsir data dan membuat kesimpulan hasil kajian.

Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah kajian yang bersesuaian bagi memahami dan mendapatkan maklumat tentang kajian yang hendak dilakukan. Antaranya ialah, borang soal selidik sebgai instrument utama penyelidikan, pemerhatian, temu bual, melibatkan data sekunder seperti sumber internet, perpustakaan dan data-data kerajaan.

1.7.1 Data Primer

1) Borang Soal Selidik

Borang soal selidik adalah instrumen utama yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini. Borang soal selidik ni terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C, bahagian D dan bahagian E.

Pada borang soal selidik, bahagian A adalah pengkaji ingin mengenalpasti latar belakang responden yang dikaji manakala bahagian B mengenai faktor yang mempengaruhi keputusan penghijrahan, bahagian C pula adalah kaedah atau cara kemasukan pekerja asing wanita Indonesia ke Malaysia, bahagian D menilai keupayaan rangkaian sosial dan seterusnya bahagian E adalah harapan pekerja asing wanita Indonesia di Malaysia.

Aturan soalan-soalan yang dikemukan diharap dapat mengumpulkan segala maklumat yang diperlukan di dalam kajian yang dijalankan. Oleh yang demikian, soal selidik yang digunakan diharap dapat mengelakkan masalah yang timbul bagi memperoleh kesimpulan yang dibuat dengan lebih berkeyakinan.

2) Temubual

Pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual secara individu dan bersemuka dengan responden dalam menjalankan kajian ini. Kaedah ini sangat penting dan banyak membantu pengkaji untuk menambahkan dan melengkapkan fakta-fakta yang tidak dapat diperoleh dengan lengkap melalui borang soal selidik. Data yang diperoleh daripada temu bual ini juga digunakan oleh pengkaji sebagai hujah menyokong hasil kajian melalui borang soal selidik. Selain daripada itu, kaedah ini juga digunakan supaya responden tidak merasakan diri mereka 'dikaji'. Melalui perbualan yang tidak formal inilah pengkaji telah menyelitkan beberapa soalan yang difikirkan penting untuk tujuan kajian.

Pengkaji juga bukan hanya menjalankan temubual dengan responden tetapi juga dengan pihak-pihak lain yang terbabit sama ada secara formal dan tidak formal. Temubual juga dijalankan dengan rakan responden untuk mendapatkan maklumat mengenai pekerja-pekerja wanita Indonesia yang bekerja bersama dengan responden. Kerjasama yang diberikan oleh responden juga penting bagi memudahkan pengkaji mendapatkan data serta menganalisis data tersebut. Di samping itu, ianya juga turut membantu pengkaji menyiapkan kerja mengikut jadual yang telah ditetapakn.

3) Pemerhatian

Pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian bagi melengkapkan lagi kajian yang dilakukan. Kaedah pemerhatian merupakan kaedah yang paling popular digunakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang tidak berjaya diperoleh semasa soal selidik dibuat. Pemerhatian ini dijalankan bagi melihat secara langsung perkara-perkara penting yang boleh dijadikan maklumat. Antaranya, cara responden datang ke tempat kerja, cara responden bekerja serta sikap dan pergaulan responden sesama mereka. Pemerhatian ini dibuat pada waktu pagi dan petang iaitu semasa waktu bekerja mereka. Dengan kaedah ini, pengkaji berharap dapat membuat interprestasi terhadap maklumat yang diperoleh sama ada betul atau salah.

1.7.2 Data Sekunder

1) Laporan Tahunan

Data sekunder juga boleh diperoleh melalui laporan tahunan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi tertentu yang berkaitan dengan pekerja asing. Antaranya adalah Banci Penduduk, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Sumber Manusia dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Data-data laporan tahunan ini sangat penting dalam melihat aliran migrasi dan migran yang berlaku di Malaysia. Kesemua data-data yang diperoleh akan dianalisis dan dijadikan hujah dalam menyokong kajian yang dilakukan.

2) Kaedah Perpustakaan

Kaedah ini merupakan punca utama untuk mendapatkan gambaran awal mengenai aspek-aspek yang dikaji. Kaedah ini digunakan kerana terdapat banyak maklumat dan data-data pekerja asing amnya dan pekerja wanita Indonesia khususnya adalah sulit dan sukar diperoleh. Kajian ini juga digunakan kerana dapat menjimatkan kos serta masa bagi mengumpulkan data-data. Namun begitu, data yang diperoleh daripada rujukan perpustakaan kadangkala tidak menepati dan bertepatan dengan kehendak pengkaji.

Oleh hal yang demikian, pengkaji terpaksa membuat beberapa pengubahsuaian bagi mendapatkan data yang dikehendaki. Pengkaji menggunakan beberapa bahan rujukan seperti buku, majalah, tesis, kajian lepas, artikle jurnal dan keratan akhbar. Bahan-bahan penyelidikan perpustakaan didapati daripada perpustakaan seperti Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Peringatan Za'ba dan Perpustakaan Negara.

3) Sumber Internet

Pengkaji turut menggunakan kaedah mendapatkan bahan daripada sumber internet dalam menjalankan kajian ini. Kemudahan ini digunakan sejajar dengan perkembangan semasa teknologi maklumat. Antara maklumat yang diperoleh melaui kaedah ini adalah data-data semasa yang berkaitan dengan pekerja asing daripada portal-portal rasmi kementerian seperti portal Jabatan Imigresen dan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Selain itu, penyelidik juga menggunakan sumber internet untuk mendapatkan kajian-kajian lepas yang telah diterbitkan oleh pengkaji lepas. Penyelidik mendapatkan jurnal-jurnal dalam bentuk PDF dan E-buku dari pangkalan data yang ada di laman web UM Library dan juga laman web yang diiktirafkan seperti JSTOR, WILLEY dan SPRINGER. Selain itu, buku dan jurnal eletronik yang berkualiti juga digunakan oleh pengkaji melalui laman web seperti Google Scholar, Google Books dan sebagainya.

1.8 ANALISIS BAB

Dalam bab pertama, pengkaji akan menerangkan berkenaan latar belakang kajian. Latar belakang ini bertujuan untuk mendedahkan proses awal dalam kajian yang ingin dijalankan bagi memberi pemahaman awal berkenaan kajian kepada orang lain. Seterusnya, bab pertama juga adalah sebagai permulaan dan rujukan kepada pengkaji dalam menjalankan kajian.

Dalam bab kedua, pengkaji akan menerangkan beberapa konsep dan teori yang berkaitan dengan topik kajian yang ingin dijalankan. Antara konsep dan teori yang akan diterangkan dalam kajian ini adalah konsep wanita dan peranan, motivasi, migrasi, pekerja asing dan seterusnya teori Neokalasik Ekonomi dan teori Rangkaian Sosial.

Dalam bab ketiga, pengkaji akan menerangkan berkenaan metodologi kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian ini seperti persampelan, reka bentuk kajian, instrumen kajian, kaedah kajian, dan latar belakang kawasan kajian seperti sejarah kawasan, kemudahan sedia ada dikawasan kajian, struktur kawasan dan peta kawasan kajian yang terlibat.

Dalam bab keempat, pengkaji akan menjelaskan hasil kajian yang telah dijalankan dan didapati keputusan kajiannya. Bab ini sangat penting kerana, ia akan menjelaskan segala hasil kajian yang dijalankan sama ada menjawab persoalan kajian atau tidak. Hasil kajian akan didapati daripada analisis borang soal selidik yang merangkumi beberapa bahagian dan soalan yang diperlukan bagi menjawab objektif kajian yang dijalankan.

Dalam bab kelima dan terakhir, pengkaji akan membuat kesimpulan dan rumusan mengenai kajian yang telah dijalankan daripada hasil kajian. Pengkaji akan merumuskan segala hasil kajian yang dilakukan dan jika terdapat cadangan yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan pengkaji akan membincangkannya di bab terakhir ini.