bab 1: : kemunculan dan perkembangan nasionalisme di asia tenggara
DESCRIPTION
Bab 1: : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA. Imperialisme Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Imperialis Barat. Imperialisme Barat di Asia Tenggara. Kekayaan Bahan Mentah. - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
Bab 1: : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Imperialisme Barat di Asia Tenggara
Imperialisme Dasar sesebuah
negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
Imperialis Barat
Portugal Sepanyol Belanda
Britain Perancis Amerika Syarikat
Faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara
Revolusi Perindustrian
Kekayaan Bahan Mentah
Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
Persaingan Kuasa-kuasa BaratBeban Orang PutihTugas Menyebarkan
Tamadun
Kekayaan Bahan Mentah
Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah serta mempunyai tanah yang subur sesuai dengan pelbagai tanaman
Barat memerlukan bahan mentah ini dalam Revolusi Perindustrian terutamanya bijih timah dan getah
Revolusi Perindustrian
Pada kurun ke-15 dan 16, Portugal,Sepanyol dan Belanda ada tujuan untuk mendapatkan barangan mewah seperti teh dan rempah
Sejak kurun ke 17, berlaku kepesatan sektor perindustrian dalam kalangan negara-negara Ero[ah yang membolehkan pengeluaran hasil perkilangan yang pelbagai secara besar-besaran dan berterusan
Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
Penggunaan Kapal Wap
Membolehkan banyak muatan dibawa dan mempercepat perjalanan untuk membawa hasil perkilangan dan bahan mentah antara Timur dan Barat
Pembukaan Terusan Suez
Memendekkan jarak antara Timur dan Barat kerana tidak perlu melalui benua Afrika
Jimat kos, perjalanan selamat
Tugas Menyebarkan Tamadun
Perancis berpegang kepada slogan “menyebarkan tamadun” yang bermaksud menjadi tugas bangsa Perancis untuk mentamadunkan orang-orang Timur
Mubaligh Kristian juga berpendapat adalah menjadi tugas mereka menyebarkan agama Kristian kepada penduduk setempat yang dijajah mereka
Beban Orang Putih
British dan Amerika Syarikat selalu menggunakan slogan “Beban Orang Putih” dalam menjalankan imperialisme mereka
Kedua-dua kuasa ini selalu berasa diri mereka lebih maju dan bertamadun jadi adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mentamadunkan orang lain
Persaingan Kuasa-Kuasa Barat
Jika semakin banyak tanah jajahan diperoleh, maka semakin dipandang tinggi dan dihormati
Mereka berlumba-lumba untuk menjadi kuasa besar
Kewujudan sesebuah kuasa besar sering dikaitkan dengan keluasan tanah jajahan yang dimiliki
Kesan Imperialisme Barat kepada Asia Tenggara
Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil(barangay) yang diperintah oleh golongan datu.
Setelah Sepanyol menguasai Filipina, Gabenor Jeneral merupakan pemerintah tertinggi seperti di Mexico
Filipina
Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina : Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar Encomiendero menjadi pemerintah EncomiendaMaksud Sistem Encomienda : Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan pemerintahnya diketuai encomiendero Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina : menjaga keamanan mengutip cukai mengkristiankan penduduk barangaySebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina. mengenakan cukai yang tinggi mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk
Indonesia
- Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan berasingan seperti Mataram dan Bantam di Jawa.
- Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar.
Ada juga pembesar daerah / bupati (Jawa)
- Selepas kedatangan Belanda,
Pentadbiran di Indonesia
terbahagi kepada dua:
(i) Pentadbiran pusat Diketuai oleh Gabenor
Jeneral
(i) Pentadbiran tempatan Dikendalikan oleh
pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
BurmaSebelum kedatangan British, Burma telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja di
bawah Dinasti Konbaung.Di bawah raja ialah Hluttaw (Majlis diraja) dan Wun (Pegawai tinggi kerajaan), di bawah Hluttaw dan Wun ialah Myothugyi (Ketua Bandar), dibawahnya ialah Ahmudan (Pegawai diraja) dan dibawahnya ialah Athi (Pembesar-pembesar tradisional)
Selepas kedatangan British, Hluttaw (Majlis Diraja) telah kehilangan fungsi.
Jawatan-jawatan tradisi seperti Wun, Myothugyi, Ahmudan dan Athi dimansuhkan.Sistem undang-undang barat diperkenalkan dan dijadikan undang-undang utama.British memperkenalkan Majlis Perundangan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan jabatan Pelajaran.
Bentuk sistem pentadbiran Indochina sebelum kedatangan Perancis :
ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat pentadbiran diketuai oleh raja
berkuasa mutlak raja memberi kuasa penuh kepada
pembesar tempatan setiap birokrasi diketuai oleh
golongan mandarin pentadbiran ditiru dari pentadbiran
Tanah Besar China. pegawai dipilih melalui peperiksaan
dalam bidang bahasa dan kesusateraan China
Bentuk sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Perancis di Indochina
Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral
Gabenor Jeneral bertangungjawab kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris
Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah jajahan
Leftenan dibantu leh Residen Jeneral dan Residen Wilayah
Perancis membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise
kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi
kerajaan pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan
kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga
Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan
Apabila Portugis menakluk Melaka, institusi raja di Melaka telah runtuh. Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja ini telah terhapus. Semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura
telah digabungkan menjadi Negeri-Negeri selat (NNS). Pemerintah tertinggi dalam NNS ialah Gabenor. Gabenor dibantu olh residen kaunselor Pentadbiran di peringkat kampung pula masih mengekalkan jawatan
penghulu. British telah memperkenalkan pelbagai perubahan seperti sistem
kehakiman Barat, pelaksanaan sistem pengutipan cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerh dan penubuhan balai polis.
Melaka
Kepentingan mempertahankan negara kita daripada dijajah
Mengekalkan pemerintahan negara sendiri Bebas menentukan hala tuju negara mengikut acuan
sendiri Melindungi budaya bangsa negara Menjamin kesejahteraan hidup tanpa penindasan Mengekalkan perpaduan antara kaum Mengelakkan sistem politik, ekonomi dan sosial
dikuasai oleh penjajah
Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang
bentuk penjajahan pada masa hadapan.
Rakyat sanggup berkorban untuk mempertahankan negara daripada penjajahan
Rakyat taat setia kepada raja dan negara Memperkukuh keharmonian dan perpaduan antara
kaum Meningkatkan penguasaan pelbagai kemahiran
teknologi Menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan Pemimpin negara berpandangan jauh dan
berwawasan
Konsep Union Indochinoise yang dibentuk oleh Perancis di Indochina
Union Indochinoise merupakan Persekutuan Indochina
Persekutuan tersebut terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
Perekutan ini juga turut disertai laos pada tahun 1904
Pentabdiran Union Indochinoise diketuai oleh gabenor Jeneral
Rang undang-undang Union Indochinoise diluluskan oleh parlimen Perancis.
Thailand
Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand
Melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan
Penasihat barat digunakan untuk melatih pegawai tempatan
Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis
Penasihat Amerika dalam jabatan kastam Penasihat Perancis dalam ketenteraan
•
••
Thailand
Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn
• memperkenalkan majlis Penasihat rendah,majlis mesyuarat tinggi dan Kabinet menteri
• melantik juruaudit dari Britain• pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap
pendidikan• memperkenalkan sistem raja berperlembagaan menggantikan
raja mutlak• pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.
Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara
Penubuhan Kerajaan Pusat Pentadbiran dibahagikan jepada pentadbiran
pusat dan tempatan Pentadbiran pusat diketuai gabenor
Jeneral/pesuruhjaya tinggi Pembesar tempatan diperingkat pusat
dihapuskan Terhapusnya institusi raja Raja kehilangan kuasa
Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro Beberapa jabatan ditubuhkan seperti
perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain Pengenalan sistem undang-undang Barat Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan
dinegara mereka
British memperkenalkan sistem kehakiman barat Raja menerima penasihat Barat Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada
residen Residen dan penasihat barat menasihat sultan
dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama dan adat istiadat melayu
pembesar tempatan hilang pengaruh pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai
bandaran.
SPM 2005
7 (a) Mengapakah imperialis Barat menjajah negara-negara di Asia Tenggara antara abad ke 15 hingga awal abad ke 20? (10M)
(b) Terangkan kesan imperialisme
Barat ke atas Asia Tenggara.(10M)
SPM 2011
7) Penjajah Barat telah bertapak di negara kita sejak tahun 1511 sehingga tahun 1957.
(a) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan sebab negara kita dijajah oleh penjajah barat.(8M)
(b) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mempertahankan negara kita daripada dijajah?(6M)
(c) Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan negara, jelaskan persiapan yang anda mesti lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan. (6M)