bab 2 apa untuk ditaksir
DESCRIPTION
notesTRANSCRIPT
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
22
BBBaaabbb 222:::
AAAPPPAAA UUUNNNTTTUUUKKK DDDIIITTTAAAKKKSSSIIIRRRKKKAAANNN
Di khir bab ini, anda akan boleh:
menjustifikasi perlakuan yang akan diukur untuk memberi pentaksiran pelajar
yang menyeluruh
menerangkan beberapa jenis hasil pembelajaran kognitif untuk ditaksir
menerangkan beberapa jenis hasil pembelajaran afektif untuk ditaksir
menerangkan beberapa jenis hasil pembelajaran psikomotor untuk ditaksir
mengenal pasti empat kriteria objektif pengajaran
BAB SEPINTAS LALU
2.1 Perubahan Trend dalam Pentaksiran
2.2 Menentukan Perlakuan untuk Ditaksir
2.3 Pentaksiran Hasil Pembelajaran
Kognitif
2.4 Pentaksiran Hasil Pembelajaran
Afektif
2.5 Pentaksiran Hasil Pembelajaran
Psikomotor
2.6 ABCD Objektif Pengajaran
2.7 Keselarian Objektif, Pegajaran dan
Pentaksiran
2.8 Trend Penting Dalam Apa Akan
Ditaksir
Ringkasan
Istilah Penting
Bacaan
Jika anda tanya seorang guru apakah yang harus ditaksir dalam bilik darjah,
jawaban yang mungkin diberi adalah “sudah tentunya fakta dan konsep yang
telah diajar”. Maksudnya fakta dan konsep yang terdapat dalam sains, sejarah,
geografi, seni bahasa, pendidikan agama dan subjek-subjek lain sepertinya.
Falsafah Pendidikan Malaysian menyatakan bahawa pendidikan harus
bermatlamatkan perkembangan individu yang menyeluruh. Maka, adalah logik
jika sistem pentaksiran juga cuba mentaksir lebih daripada pemerolehan fakta
dan konsep sesuatu bidang. Bagaimana pula pentaksiran fizikal dan keupayaan
motor? Bagaimana pula dengan pentaksiran perlakuan sosio-emosi seperti sikap,
minat, keperibadian dan sebagainya? Adakah itu semua menyumbang ke arah
insan menyeluruh?
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Memutuskan apa yang akan
ditaksir
Bab 3: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Ujian Objectif
Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Ujian Karangan
Bab 5: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Projek dan Amali
Bab 6: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Pencerapan, Ujian
Lisan, dan Portfolio
Bab 7: Kebolehpercayaan dan Kesahan
Kaedah Pentaksiran
Bab 8: Analisis Item
Bab 9: Analisis Pemarkahan Ujian dan
Melaporkan Pentaksiran Pelajar
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
23
1.1 Perubahan Trend Dalam Pentaksiran Pendidikan
Trend dalam pentaksiran pendidikan sentiasa berubah di kebanyakan negara
dalam dunia. Ia semakin jauh daripada pentaksiran bertulis dan digantikan dengan
pentaksiran berterusan dan kerja kursus. Trend semakin ke arah penglibatan pelajar
dan pilihan dalam pentaksiran. Pentaksiran berkumpulan semakin terkenal dalam
usaha untuk menekankan pembelajarab kolaboratif di antara pelajar dan
mengurangkan persaingan berlebihan. Subjek dan kursus menyatakan dengan lebih
Easing up on Exams
Putrajaya: Reducing the number of
examination subjects and having a
semester system are among the
major changes being planned to
make the education system more
holistic and less focussed on
academic achievement.
Education Minister, Datuk
Seri Hishamumuddin Tun Hussein
said that these measures were in
line with the Government’s aim to
reform the country’s education
system. “We do not intend to
abolish public or school-level
examinations totally, but we
recognise that the present
assessment system needs to be
looked at”, he said.
Among the measures proposed are:
Reduce the number of subjects in
public examinations
Emphasising skills and abilities rather
than focusing on content and
achievement
Encouraging personal development
through subjects like Art and Physical
Education
Improving teaching-learning methods
by encouraging more project-based
assignments
He said that emphasis should be on
individual accomplishments rather than
the school’s performance in public
examinations and also highlighting the
individual’s co-curricular achievements.
[Star, 21 March, 2006]
2.1 AKTIVITI
Rujuk kepada laporan surat khabar tentang ‘Easing up on
Exams’
a) Adakah anda bersetuju dengan langkah yang dicadangkan
oleh Menteri untuk mengurangkan orientasi terhadap peperiksaan
dalam system pendidikan?
b) Adakah anda berpendapat dengan meneruskan peperiksaan
umum akan mengurangkan sistem berorientasikan
peperiksaan?
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
24
jelas tentang harapan dalam pentaksiran. Ia menjelaskan perlakuan yang dikehendaki
daripada pelajar sewaktu mereka ditaksir. Ini tidak seperti amalan sebelumnya di
mana pentaksiran penuh dengan kerahsiaan dan pelajar terpaksa mengagak sendiri apa
yang diharapkan daripada mereka.
Sekarang ini pemahaman proses dilihat sebagai sekurang-kurangnya sama
penting dengan pemerolehan fakta. Ini selari dengan perpindahan umum daripada
pentaksiran berasaskan produk kepada pentaksiran berasaskan proses. Hasil
pembelajaran yang berpusatkan pelajar sudah mula menggantikan objektif
berorientasikan guru. Fokus adalah lebih kepada apa pelajar akan belajar dan bukan
apa guru akan ajar.
2.2 Menentukan Perlakuan Untuk Ditaksir
Apabila pendidik ditanya apa yang harus ditaksir dalam bilik darjah; ramai di
antaranya akan merujuk kepada penilaian pemerolehan fakta, konsep, prinsip,
prosedur dan kaedah dalam sesuatu bidang. Anda mungkin mendapati segolongan
kecil pendidik yang berpendapat kecekapan yang diperoleh pelajar harus juga ditaksir
lebih-lebih lagi dalam subjek seperti pendidikan jasmani, seni, drama, muzik, lukisan
teknikal, seni pertukangan, kejuruteraab otomobil dan sebagainya. Malah segelintir
sahaja pendidik akan mencadangkan agar perlakuan sosio-emosi pelajar harus
ditaksir.
Rujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara Malaysian yang mempunyai implikasi
penting terhadap pentaksiran. Secara teoreti, sistem pentaksiran yang menyeluruh
harus cuba memberi maklumat tentang sejauh mana Falsafah Pendidikan Negara telah
mencapai matlamatnya. Dalam erti kata lain, sistem pentaksiran harus cuba untuk:
National Philosophy of Malaysian Education
Education in Malaysia is an on-going effort towards further developing the potential of individuals in a holistic and integrated manner, so as to produce individuals who are intellectually, spiritually, emotionally and physically balanced and harmonic, based on a firm belief in and devotion to God. Such as effort is designed to produce Malaysian citizens who are knowledgeable and competent, who possess high moral standards and who are responsible and capable of achieving high level of personal well-being as well as being able to contribute to the harmony and betterment of the family, society and the nation at large. [Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia, 1988]
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
25
Mengkaji samada sekolah telah berjaya mengembangkan “potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu”,
Mengkaji samada pelajar telah berkembang dari segi “intelek, rohani,
emosi dan fizikal”
Mengkaji samada pelajar “berpengetahuan dan berkecekapan” serta
“mempunyai standard moral yang tinggi”,
Mengkaji samada pelajar mempunyai “tahap kebajikan peribadi yang
tinggi”,
Mengkaji samada pelajar dibekalkan dengan keupayaan dan sikap yang
membolehkan mereka “menyumbang kepada keharmonian dan pembaikan
keluarga, masyarakat dan negara amnya”.
Namun begitu pada hakikatnya, pentaksiran selalunya terlalu menekankan
pentaksiran kecekapan intelek yang boleh diterjemahkan sebagai pengukuran hasil
pembelajaran kognitif dalam sesebuah bidang. Aspek-aspek lain individu menyeluruh
kurang diberi perhatian kerana berbagai sebab. Contohnya, bagaimanakah seorang
guru mentaksir perkembangan rohani atau perkembangan emosi? Ini semua konstruk
yang susah untuk dinilai dan sangat subjektif. Maka, tidak hairanlah pentaksiran hasil
pembelajaran kognitif tetap menjadi tumpuan kebanyakan sistem pentaksiran di
seluruh dunia kerana ianya lebih mudah diperhatikan dan diukur. Walau
bagaimanapun, di dalam bab ini kita akan cuba untuk membincangkan pentaksiran
pembelajaran yang lebih “menyeluruh”, menumpukan kepada tiga jenis perlakuan
manusia. Perlakuan-perlakuan ini yang telah cuba ditaksir oleh ahli psikometri dan
ahli psikologi, dan lebih seiring dengan matlamat kebanyakan sistem pendidikan.
TIGA JENIS HASIL PEMBELAJARAN
Tidak ramai akan mempertikaikan bahawa tujuan persekolahan adalah untuk
perkembangan menyeluruh individu. Di akhir tahun 50an dan awal 60an, sekumpulan
ahli psikologi dan ahli psikometri telah mencadangkan agar sekolah cuba mentaksir
TIGA domain hasil pembelajaran (lihat Gambarajah 2.1):
Hasil pembelajaran kognitif (pengetahuan atau kecekapan mental),
Hasil pembelajaran afektif (perkembangan dalam perasaan atau bidang
emosi) dan,
Hasil pembelajaran psikomotor (kecekapan manual atau fizikal).
Pengatahuan (P) Kecekapan (K) Sikap (S)/Nilai
Gambarajah 2.1 Pentaksiran Pelajar yang Menyeluruh
KOGNITIF PSIKOMOTOR AFEKTIF
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
26
Domain boleh dianggap sebagai kategori. Pendidikan selalunya merujuk tiga
perkara ini sebagai PKS (Pengetahuan, Kecekapan, dan Sikap). Setiap domain terdiri
daripada bahagian-bahagian kecil bermula daripada perlakuan yang paling mudah
kepada yang paling rumit, menghasilkan suatu taksonomi hasil pembelajaran. Setiap
taksonomi perlakuan pembelajaran boleh dianggap sebagai "matlamat proses
persekolahan." Iaitu, selepas selesai persekolahan, pelajar harus telah memperoleh
kecekapan, pengetahuan, dan/atau sikap yang baru. Walau bagaimanapun, tahap bagi
setiap bahagian yang digariskan tidaklah mutlak. Terdapat sistem-sistem lain atau
taksonomi lain yang telah diperkenalkan dalam pendidikan, namun begitu ketiga-tiga
taksonomi ini mungkin merupakan yang paling banyak digunakan pada hari ini.
Bagi mentaksir domain-domain kognitif, psikomotor dan afektif, anda perlu
mengenal pasti dan mengasingkan perlakuan-perlakuan yang mewakili domain-
domain tersebut. Apabila kita mentaksir, kita mengukur beberapa aspek perlakuan
pelajar; e.g. keupayaannya untuk membanding, menerangkan, menganalisa,
menyelesai, melakar, menyebut, merasa, mengimbau dan sebagainya. Istilah
‘perlakuan’ bermaksud termasuk keupayaan pelajar berfikir (kognitif), merasa
(afektif) dan melaksanakan suatu kecekapan (psikomotor). Sebagai contoh, anda baru
sahaja mengajar tentang “Hutan Hujan Tropika di Malaysia” dan sekarang anda ingin:
Mentaksir pemikiran pelajar, anda mungkin meminta mereka menyenarai
ciri-ciri hutan hujan tropika di Malaysia dan membandingkannya dengan
hutan coniferous di Canada.
Mentaksir perasaan mereka (emosi, sikap), anda mungkin meminta
mereka mereka bentuk sebuah pameran berkaitan bagaimana pelajar
boleh menyumbang kepada pemeliharaan hutan hujan tersebut.
Mentaksir kecekapan mereka, anda mungkin meminta mereka
menyediakan peta satelit yang menunjukkan perubahan kepada hutan
hujan di Malaysia menggunakan laman web dalam internet.
2.3 Mentaksir Perlakuan atau Hasil Pembelajaran KOGNITIF
Apabila kita menilai atau mentaksir manusia, kita mentaksir atau menilai
perlakuan orang itu. Ini mungkin mengelirukan kepada sesetengah orang. Adakah
kita tidak mentaksir kefahaman seseorang tentang fakta, konsep dan prinsip dalam
bidang tertentu? Setiap subjek, samada sejarah, sains, geografi, ekonomi, ataupun
matematik mempunyai sejumlah fakta, konsep, prinsip, andaian, teori, undang-
undang, prosedur dan kaedah tersendiri yang disampaikan kepada pelajar.
2.2 AKTIVITI
Rujuk kepada Gambarajah 2.1.
Sejauh manakah perlakuan atau hasil pembelajaran afektif
dan psikomotor ditaksir di dalam sistem sekolah?
Jelaskan kenapa.
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
27
Walau bagaimanapun, apabila kita mentaksir kita tidak mentaksir kebolehan pelajar
menyimpan fakta, konsep atau prinsip dalam mata pelajaran tersebut, sebaliknya apa
yang pelajar boleh lakukan dengan fakta, konsep atau prinsip dalam bidang tersebut.
Contohnya, kita menilai keupayaan pelajar membandingkan fakta, menerangkan
konsep, menganalisis andaian (atau pernyataan) atau menyelesai masalah berdasarkan
sesuatu prinsip yang diberi. Dalam erti kata lain, kita mentaksir pemahaman atau
penguasaan badan ilmu berdasarkan apa yang pelajar boleh lakukan dengan
kandungan mata pelajaran tersebut. Dalam tahun 1956, Benjamin Bloom telah mengetuai sekumpulan ahli
psikologi dan pendidik yang membangunkan suatu klasifikasi tahap perlakuan intelek
yang penting untuk pembelajaran. Mereka menjumpai lebih 95% soalan ujian yang
pelajar terima memerlukan mereka untuk berfikir pada tahap terendah sahaja, i.e. iaitu
mengingat maklumat. Bloom dan rakan-rakannya telah membina suatu taksonomi
(kaedah mengklasifikasi mengikut tahap) bagi objektif kognitif. Ini telah dikenali
sebagai Taksonomi Bloom (lihat Gambarajah 2.3). Terdapat 6 tahap dalam
pengklasifikasi Bloom dengan tahap terendah dikenali sebagai “pengetahuan”. Ini
APA PELAJAR BOLEH LAKUKAN DENGAN KANDUNGAN MATA PELAJARAN
Gambarajah 2.2 Kandungan Mata Pelajaran yang Ditaksir
CONTOH KANDUNGAN MATA PELJARAN:
Fakta Nombor Formula Konsep Prinsip Andaian Geraf Jadual Peta Gambarajah Gambar Peralatan Artefak Prosedur Bunyi Pergerakan Lukisan Animasi Teori Perundangan Kaedah
Membandingk
an
Menerangkan
Mentaksir
Menyelesaikan
Menganalisa
Mengaplikasi
Melakar
Menginterpret
asi
Meramal
Merefleksi
Merasa
Sejarah, Sains, Ekonomi, Matematik, Geografi, Perdagangan, Biologi, Fizik, Sivik, Seni, Muzik, Pendidikan Jazmani dan Sebagainya
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
28
diikuti dengan lima tahap kepayahan keupayaan mental yang semakin bertambah:
pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan taksiran. TAKSONOMI BLOOM
Kategori dan Proses Kognitif Nama-nama lain
Gambarajah 2.3 Taksonomi Hasil Pembelajaran Kognitif Bloom (pindaan)
Mengingat: Perlakuan pada tahap mengingat memerlukan pelajar mengingat
kembali maklumat yang khusus. Tahap pengetahuan merupakan tahap kognitif
yang terendah. Contoh kata kerja yang menerangkan perlakuan pada tahap
pengetahuan keupayaan untuk menyenarai, mentakrif, menamakan,
menyatakan, mengingat kembali, memadankan, mengenal pasti, memberitahu,
melabel, menggariskan, meletakkan, mengenal, memilih, dan sebagainya.
Sebagai contoh keupayaan pelajar menyatakan faktor yang membawa kepada
1. Mengingat
1.1 Mengenal pasti
1.2 Mengingat
kembali
2. Memahami
2.1 Menginterpretasi
2.2 Meniru
2.3 Mengklasifikasi
2.4 Meringkaskan
2.5 Membuat
inferensi
2.6 Membandingkan
2.7 Menerangkan
3. Aplikasi
3.1 Melaksanakan
3.2 Membuat
4. Analisis
4.1 Membezakan
4.2 Menyusun
4.3 Attributing
5. Menilai
5.1 Menyemak
5.2 Mengkritik
6. Mencipta
6.1 Menghasilkan
5.2 Merancang
6.3 Mengeluarkan
Mengenal pasti
Mengeluarkan
Memperjelaskan, parafrasa, menyampai semula,
menterjemah, melakar, memberi contoh, mengkategori,
merangkulkan, mengabstrak, mengandaikan,
merumuskan, extrapolating, interpolating, membuat
ramalan, membandingkan, memetakan, memadankan,
membina model
Melaksanakan
Menggunakan
Mendiskriminasi, membezakan, memfokuskan, memilih,
Mencari koherens, menyepadukan, menggariskan,
membina, merobohkan
Mengkoordinasi, mencari, memantau, menguji,
mempertimbangkan
Membuat hipotesis
Mereka bentuk
Membina
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
29
Perang Dunia Kedua, menyatakan formula untuk kemampatan dan kekuatan,
menyenarai peraturan keselamatan makmal.
Pemahaman: Perlakuan pada tahap pemahaman yang merupakan tahap
keuapayaan mental yang lebih tinggi selepas tahap pengetahuan memerlukan
pemahaman maksud konsep dan prinsip, menterjemah perkataan dan frasa
dalam perkataan sendiri, interpolation yang membabitkan mengisi maklumat,
dan menginterpretasi, yang membabitkan membuat inferensi dan menjangkau
melewati maklumat yang diberi. Contoh kata kerja yang menerangkan
perlakuan pada tahap pemahaman adalah menjelaskan, membezakan, membuat
inferensi, membuat interpretasi, mengalih, membuat andaian,
mempertahankan, membuat anggaran , mengembangkan, parafrasa,
memberitahu semula dalam perkataan sendiri, meramalkan, menulis semula,
meringkaskan, menterjemah dan sebagainya. Sebagai contoh, pelajar boleh
menerangkan dalam perkataan sendiri maksud puisi, menginterpretasi geraf
dan jadual, boleh menganggarkan kos pengiklanan.
Mengaplikasi: Perlakuan pada tahap aplikasi memerlukan pelajar
mengaplikasi suatu peraturan atau prinsip yang dipelajari dalam bilik darjah
kepada situasi baru dalam dunia sebenar. Contoh kata kerja yang menerangkan
perlakuan pada tahap aplikasi adalah mengaplikasi, mengubah, mengira,
menunjukkan, menjumpai, memanipulasi, mengubah, memberi contoh,
mengoperasi, meramal, menyediakan, mengeluarkan, menyampaikan,
menunjukkan, menyelesaikan, menggunakan dan sebagainya. Sebagai contoh,
pelajar boleh menggunakan formula pergerakan projectile untuk mengira jarak
maksimum seorang pelompat jauh melompat; mengaplikasi peraturan statistik
untuk menilai keboleh percayaan ujian bertulis, meramal kesan subsidi
kerajaan.
Analisis: Perlakuan pada tahap analisis memerlukan pelajar mengenal pasti
komponen dan menerangkan hubungan; memecahkan bahan atau konsep
kepada bahagian-bahagian kecil, membezakan di antara fakta dan membuat
inferensi. Contoh kata kerja yang menerangkan perlakuan pada tahap analisis
adalah menganalisis, memecahkan, membanding, membezakan, membina
gambarajah, meruntuhkan, memeriksa, memotong, mengasingkan,
mendiskriminasi, mengenal pasti, melakar, membuat inferensi, menggariskan,
menyampaikan, memilih. Sebagai contoh, pelajar boleh menyelesai masalah
suatu peralatan menggunakan deduksi yang munasabah, mengenal pasti
kesilapan yang munasabah dalam pertimbangan, mengumpul maklumat
daripada sebuah syarikat dan menentukan keperluan latihan.
Menilai: Perlakuan pada tahap menilai memerlukan pelajar membuat
pertimbangan tentang suatu peristiwa, bahan dan kaedah; dan membuat
pertimbangan tentang nilai suatu idea atau bahan. Contoh kata kerja yang
menerangkan perlakuan pada tahap penilaian adalah mempertimbangkan,
membezakan, merumus, membanding, mengkritik, menghalusi,
mempertahankan, menerangkan, memberi darjat, memberi pendapat sendiri,
mendiskriminasi, menilai, menjelaskan, menginterpretasi, memberi nilai,
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
30
menjustifikasi, menyampaikan, meringkaskan, menyokong dan sebagainya.
Sebagai contoh, pelajar boleh menilai dan memutuskan penyelesaian terbaik
kepada sesuatu masalah, menjustifikasi pilihan prosedur atau tindakan yang
baru.
Mencipta: Perlakuan pada tahap mencipta memerlukan pelajar membina
suatu struktur atau corak daripada element yang berbagai, meletakkan
bahagian-bahagian membentuk sesuatu dengan mencipta makna, struktur,
objek atau prosedur yang baru. Contoh kata kerja yang menerangkan
perlakuan pada tahap sintesis adalah mengkategori, menggabung, mengumpul,
menyusun, mencipta, mereka bentuk, menerangkan, mengeluarkan, mengubah,
mengatur, merancang, menyusun semula, membina semula, menyampaikan,
mencari cara baru, merumus, mengkaji semula, menulis semula,
meringkaskan, memberitahu, menulis dan sebagainya. Contohnya, pelajar
boleh menulis cerita pendek yang kreatif, mereka bentuk kaedah untuk
melaksanakan suatu tugasan, menggabungkan idea daripada beberapa sumber
untuk menyelesaikan masalah, meminda proses untuk memperbaiki hasil.
“SERATUS YANG MEMBANTU”
Heinich, Molenda, Russell, dan Smaldino (2001) mencadangkan 100 kata kerja yang
memperjelaskan perlakuan yang boleh diperhati dan diukur. Ini bukan bermakna 100
kata kerja tersebut sahaja boleh digunakan tetapi ianya sudah tentu menjadi rujukan
yang baik untuk pendidik. Jadual 2.1 di bawah menunjukkan kata kerja yang sesuai
digunakan semasa anda menulis objektif pengajaran pada setiap tahap taksonomi
Bloom.
tambah kira latihtubi label ramal nyatakan
mengabjad jalankan anggar letak persiap tolak analisis bina nilai buat sampaikan cadang aplikasi bezakan jelaskan manipulasi hasilkan swing susun ubah extrapolate padankan sebut tabulasi
cantum betulkan masukkan ukur baca baling hadirkan potong keluarkan ubah bina semula sukat
masa bisect buat deduksi lakar geraf kalikan kurangkan terjemah bina pertahankan terima menamakan mengalih menaip
runtuhkan takrifkan hancurkan operasikan pinda gariskan N tunjukkan kenakan aturkan pilih sebutkan
pilih derive pegang susun lakar sahkan klasifikasi terangkan kenal pasti gariskan ski tenun warnakan reka bentuk lakarkan simpan selesaikan timbang bezakan berikan indikasi cat aturkan tulis tamatkan gambarajah masukkan plot pastikan komposisi bandingkan tendang posisikan Petakkan
Jadual 2.1 “Seratus Yang Membantu”
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
31
2.4 Mentaksir Hasil Pembelajaran atau Perlakuan AFEKTIF
Ciri-ciri afektif melibatkan perasaan atau emosi seseorang. Sikap, nilai, harga
diri, lokus kawalan, tanggapan diri, minat, aspirasi dan keresahan adalah contoh ciri-
ciri afektif. Adalah menyedihkan, hasil pembelajaran afektif tidak mendapat tempat
yang sepatutnya dalam pengajaran dan pentaksiran di sekolah, walaupun ianya
merupakan hasil pembelajaran yang penting, malah mungkin lebih penting daripada
hasil pembelajaran kognitif atau psikomotor. Sebab-sebab yang mungkin menjadikan
hasil pembelajaran afektif selalu ketinggalan adalah:
Kepercayaan bahawa perkembangan perasaan yang sesuai adalah tugas keluarga
dan agama.
Kepercayaan bahawa perasaan, emosi dan nilai berkembang secara sendirinya
daripada pengetahuan dan pengalaman tentang kandungan dan dengan itu tidak
memerlukan apa-apa penekanan khusus dalam pedagogi.
Pengajaran berorientasi sikap dan nilai susah untuk dibentuk dan ditaksir kerana:
1. objektif dan hasil afektif tidak dapat
dilihat.
2. objektif dan hasil afektif tidak boleh
dicapai dalam waktu pengajaran
biasa yang dijalankan di sekolah.
3. perlakuan afektif dianggap peribadi
dan tidak harus diumumkan.
4. kaedah untuk mendapatkan
maklumat tentang perlakuan afektif
kurang berkeboleh percayaan
berbanding alatan ukuran kognitif.
Walau bagaimanapun, terdapat, ahli psikologi
dan psikometri mengatakan bahawa matlamat
kognitif juga tidak boleh dilihat seperti
matlamat afektif juga. Daripada segi
mengembangkan perlakuan afektif, ada yang
menyatakan bahawa perlakuan afektif boleh
dikembangkan secara otomatik apabila pengetahuan tertentu diajar (lihat Gambarajah
2.4). Ada juga yang berhujah bahawa perlakuan afektif harus dikembangkan secara
terang-terang melalui program-program khusus. Matlamat afektif tidak semestinya
Figure 2.4 Affective behaviours
can be developed in the classroom
2.3 AKTIVITI
a) Adakah anda bersetuju bahawa taksonomi Bloom
adalah suatu hierarchy keupayaan kognitif yang
bermaksud suatu tahap mengikuti yang lain?
b) Sejauhmana kah ‘Seratus Yang Membatu’ benar-benar
membantu penulisan hasil pembelajaran dalam bidang
anda?
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
32
mengambil masa yang lebih lama untuk dicapai dalam bilik darjah berbanding
matlamat kognitif. Apa yang diperlukan hanyalah untuk menyatakan dengan jelas
tujuan pengajaran yang berorientasikan matlamat dan perlakuan supaya ia boleh
ditaksir dan dipantau.
Ada juga yang percaya bahawa ciri-ciri afektif adalah hal peribadi dan tidak
harus diumumkan. Terdapat percanggahan di antara keperibadian dan hak kepada
maklumat. Sekiranya maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan dikumpul,
maka itu tidak dikira sebagai melanggar hak peribadi. Contohnya, sekiranya
pentaksiran digunakan untuk menentukan samada pelajar memerlukan tumpuan
tambahan seperti pendidikan khas, maka itu tidak dikira sebagai melanggar hak
peribadi. Sebaliknya, sekiranya maklumat yang dikumpul tidak berkaitan dengan
tujuan yang dinyatakan, maka mengumpul maklumat yang sedemikian mungkin
dikira sebagai melanggar hak peribadi seseorang.
Seperti itu juga, maklumat berkaitan perasaan boleh digunakan ke arah
kebaikan atau keburukan. Sebagai contoh, sekiranya seorang guru matematik
mendapati seorang mempunyai tahap keresahan yang tinggi terhadap matematik, dan
memperkecilkan pelajar itu di hadapan kelas, maka maklumat tersebut telah
disalahgunakan. Tetapi sekiranya guru menggunakan maklumat tersebut untuk
mengubah kaedah pengajarannya supaya dapat membantu pelajar agar mempunyai
sikap yang lebih positif terhadap matematik, maka maklumat itu telah digunakan
dengan bijak. Krathwohl, Bloom dan Bertram telah membina domain afektif dalam
tahun 1973 yang melibatkan perkara berkaitan emosi, seperti perasaan, nilai,
penghargaan, enthusiasm, motivasi, dan sikap. Lima kategori utama menyenaraikan
perlakuan yang paling mudah sehingga ke yang paling kompleks: menerima,
bertindakbalas, menilai, menyusun dan karakterisasi (lihat Gambarajah 2.5).
DOMAIN THE AFEKTIF
Kompleks - Perlakuan menjadi sebahagian sistem nilai
Paling Mudah - Seorang sedar tentang sesuatu perlakuan
Gambarajah 2.5 Taksonomi Afektif Krathwohl, Bloom & Bertram
MENERIMA
BERTINDAKBALAS
MENILAI
PENYUSUNAN
KARAKTERISASI
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
33
Menerima: Perlakuan pada tahap menerima memerlukan pelajar sedar,
bersedia mendengar dan memfokus. Contoh kata kerja yang menerangkan
perlakuan pada tahap menerima adalah bertanya, memilih, menerangkan,
mengikut, memberi, memegang, meletakkan, menamakan, menunjuk kepada,
memilih, menjawab, dan sebagainya.
Contohnya, pelajar
o mendengar orang lain dengan hormat,
o mendengar dan mengingati nama-nama pelajar lain.
Bertindakbalas: Perlakuan pada tahap bertindakbalas memerlukan pelajar
menjadi ppeserta aktif, beri perhatian dan bertindakbalas kepada fenomena
tertentu, bersedia bertindakbalas dan mendapat kepuasan daripada
tindakbalasnya (motivasi). Contoh kata kerja yang menerangkan perlakuan
pada tahap bertindakbalas adalah menjawab, menolong, membantu, mematuhi,
mengikut, membincangkan, menyapa, melabel, melakukan, mengamalkan,
mempersembahkan, membaca, menyebut, melaporkan, memilih, memberitahu,
menulis.
Contohnya, pelajar
o menyertai perbincangan kelas,
o membuat persembahan,
o mempersoalkan idea, konsep, model, baru dan sebagainya untuk
memahaminya dengan sepenuhnya.
Menilai: Tahap ini berkaitan dengan nilai yang seseorang letakkan pada suatu
objek, fenomena, atau perlakuan. Ini bermula daripada penerimaan kepada
komitmen yang lebih kompleks. Menilai adalah berdasarkan internalisasi
sekumpulan nilai tertentu, manakala indikasi nilai-nilai tersebut diekespresi
pelajar dalam bentuk perlakuan dan selalunya boleh dikenal pasti. Contoh kata
kerja yang menerangkan perlakuan pada tahap menilai adalah
mendemonstrasi, membandingkan, menjelaskan, mengikut, membentuk,
memulakan, mengajak, menyertai, menjustifikasi, mencadangkan, membaca,
melaporkan, memilih, berkongsi, mengkaji, membuat.
Contohnya, pelajar
o mendemonstrasi kepercayaan dalam proses demokrasi,
o sensitif terhadap perbezaan individu dan budaya (kelainan nilai),
o menunjukkan keupayaan meyelesaikan masalah,
o mencadangkan rancangan pembaikan sosial
o meneruskan sesuatu dengan komitmen.
Penyusunan: Pada tahap ini, seseorang menyusun nilai mengikut keutamaan
dengan membezakan berbagai nilai, menyelesaikan percanggahan di
antaranya, dan membina suatu sistem nilai yang unik. Penekanan diberi
kepada membandingkan, menghubung, dan mensintesis nilai. Contoh kata
kerja yang menerangkan perlakuan pada tahap menyusun adalah mematuhi,
mengubah, menyusun, menggabung, membanding, menyudahkan,
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
34
mempertahankan, menjelaskan, merumuskan, mengandaikan, mengenal pasti,
menggabungkan, mengubah, menyusun mengikut urutan, menyusun,
menyediakan, menghubungkan, mensintesis.
Contohnya, pelajar
o menyedari perlunya keseimbangan di antara kebebasan dan perlakuan
tanggungjawab,
o menerima tanggungjawab ke atas perlakuan sendiri,
o menerangkan peranan perancangan sistematik dalam menyelesai
masalah,
o menerima standard etika profesional,
o membina rancangan hidup yang harmonis dengan keupayaan, minat,
dan kepercayaan,
o mengutamakan masa dengan berkesan bagi memenuhi keperluan
organisasi, keluarga dan diri.
Karakterisasi: Pada tahap ini, sistem nilai seseorang mengawal
perlakuannya. Perlakuan yang berkaitan adalah mengelak, konsisten, boleh
diramal, dan paling penting, ciri-ciri seorang pelajar. Contoh kata kerja yang
menerangkan perlakuan pada tahap ini adalah melakonkan, membezakan,
menunjukkan, mempengaruhi, mendengar, mengubah, melakukan,
mempraktikkan, mencadangkan, mengkualifikasi, menyoal, meminda,
menyediakan, menyelesai, mengesahkan.
Contohnya. pelajar
o menunjukkan kebolehan berdikari,
o bekerja sama dalam aktiviti berkumpulan (menunjukkan semangat
kerja berkumpulan)
o menggunakan pendekatan objektif dalam penyelesaian masalah
o menunjukkan komitmen professional dalam amalan harian beretika
o meminda pertimbangan dan mengubah perlakuan berdasarkan bukti
baru.
o menilai orang lain berdasarkan diri mereka dan bukan ketrampilan
mereka.
CONTOH APLIKASI DOMAIN AFEKTIF
Gambarajah 2.4 menunjukkan bagaimana taksonomi afektif mungkin
diaplikasi kepada suatu nilai seperti ‘kejujuran’. Ia merujuk kepada ciri-ciri afektif
seperti kejujuran daripada tahap ‘menerima’ sehingga ke tahap ‘karakterisasi’ di mana
AKTIVITI 2.4
a) Sejauh manakah hasil pembelajaran afektif ditaksir
di dalam sistem sekolah anda?
b) Adakah anda bersetuju bahawa perkembangan domain
afektif harus diberi keutamaan?
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
35
nilai menjadi sebahagian daripada ciri-ciri individu. Pada tahap “menerima”, individu
tersebut sedar bahawa sesetengah tindakan adalah jujur manakala yang lainnya tidak
jujur. Ini diikuti dengan tahap “bertindakbalas” di mana individu manyedari dan
memberitahu orang lain apa dikatakan jujur dan apa dikatakan tidak jujur. Pada tahap
“menilai”, individu cuba menunjukkan perlakuan jujur walaupun mungkin tidak
konsisten. Pada tahap “menyusun”, individu menunjukkan perlakuan jujur dalam
kebanyakan situasi. Pada tahap akhir, iaitu “karakterisasi”, kejujuran menjadi
sebahagian sistem nilai pelajar dan dia jujur dalam semua situasi dan mengharapkan
orang lain agar jujur.
2.5 Mentaksir Hasil Pembelajaran dan Perlakuan PSIKOMOTOR
Domain psikomotor termasuk pergerakan fizikal, koordinasi, dan penggunaan
kecekapan motor. Perkembangan kecekapan ini memerlukan latihan dan diukur
daripada segi kelajuan, ketepatan, jarak, prosedur, atau teknik dalam pelaksanaan.
Tujuh kategori utama disenaraikan daripada perlakuan yang paling mudah kepada
Taksonomi Afektif untuk Kejujuran
Menerima (memberi perhatian)
o Sedar bahawa sesetengah perlakuan adalah jujur/tidak jujur
Bertindakbalas
o Menyatakan kejujuran itu lebih baik dan melakukan yang
bersesuaian
Menilai
o Konsisten (tetapi tidak sentiasa) bercakap benar
Menyusun
o Jujur dalam berbagai situasi
Karakterisasi melalui suatu Nilai atau Nilai kompleks
o Jujur dalam kebanyakan situasi — mengharapkan orang lain
jujur — berinteraksi dengan jujur sepenuhnya
Jadual 2.4 Taksonomi Afektif untuk Kejujuran
AKTIVITI 2.5
a) Apakah dimaksudkan apabila seorang pelajar beroperasi
pada tahap‘bertindakbalas’ dan ‘menilai’?
b) Pilih satu nilai dan reka bentuk satu taksonomi
menggunakan Taksonomi Hasil Pembelajaran Afektif
Krathwohl, Bloom dan Bertram.
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
36
ORIGINATION
yang paling kompleks ditunjukkan dalam Gambarajah 2.5. Taksonomi Perlakuan
Psikomotor telah diperkenalkan oleh Simpson dalam tahun 1972.
Perlakuan Paling Kompleks
Perlakuan Paling Mudah
DOMAIN PSIKOMOTOR
Persepsi: Keupayaan menggunakan tindakan sensori untuk memandu aktiviti
motor. Ini bermula daripada stimulasi sensori, kepada pemilihan tindakan,
sehingga kepada penterjemahan. Contoh kata kerja yang menerangkan
perlakuan jenis ini adalah memilih, menerangkan, mencari, membezakan,
melainkan, mengenal pasti, mengasingkan, menghubung, memilih.
Sebagai contoh, pelajar:
o mencari tindakan komunikasi bukan verbal daripada jurulatih.
o menganggar di mana bola akan jatuh selepas dibaling dan seterusnya
bergerak untuk membetulkan kedudukan untuk menangkap bola
o mengubah kepanasan dapur untuk membetulkan suhu berdasarkan bau
dan rasa makanan.
o mengubah ketinggian tangga berdasarkan titik pada dinding.
PERSEPSI
Gambarajah 2.5 Taksonomi Hasil Pembelajaran Psikomotor
SET
TINDAKBALAS TERPANDU
MEKANISMA
TINDAKBALAS OVERT
ADAPTASI
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
37
Set: Termasuk set mental, fizikal, dan emosi. Ketiga-tiga set adalah disposisi
yang menentukan tindakbalas seseorang kepada situasi berbeza (kadang kala
dipanggil mindset). Contoh kata kerja yang menerangkan ‘set’ adalah mula,
menunjukkan, menerangkan, bergerak, meneruskan, bertindakbalas,
menunjukkan, menyatakan, sukarela.
Contohnya, pelajar:
o mengetahui dan bertindak terhadap langkah-langkah dalam proses
pembuatan
o mengenali keupayaan dan batasannya
o menunjukkan keinginan untuk belajar suatu proses baru (motivasi).
PERHATIAN: Bahagian kecil domain Psikomotor ini berkait rapat dengan
bahagian kecil "Bertindakbalas" dalam domain Afektif.
Tindakbalas Terpandu: Peringkat awal dalam pembelajaran suatu kecekapan
yang kompleks termasuk mengikut dan juga mencuba. Prestasi menjadi cukup
baik melalui latihan. Contoh kata kerja yang menerangkan ‘tindakan terpandu’
adalah mengajuk, menekap, mengikut, bertindakbalas, membuat semula,
bertindak balas.
Contohnya, pelajar:
o menyelesaikan masalah matematik seperti yang ditunjukkan
o mengikut arahan semasa membina sebuah model rumah kampong
o bertindakbalas dengan signal tangan oleh jurulatih semasa belajar
gymnastik.
Mekanisma: Tahap ini merupakan tahap pertengahan dalam mempelajari
kecekapan yang kompleks. Tindakbalas yang dipelajari sudah menjadi tabiat
dan pergerakan boleh dilakukan dengan yakin dan cekap. Contoh kata kerja
yang menerangkan ‘mekanisma’ termasuk mencantumkan, mengkalibrasi,
membina, meleraikan, menunjukkan, memasang, membaiki, menggerudi,
memanaskan, memanipulasi, mengukur, membetulkan, mencampurkan,
menyusun.
Contohnya, pelajar:
o menggunakan komputer
o membaiki paip bocor,
o membaiki sebiji plug,
o menunggang motosikal.
Tindakbalas Overt yang Kompleks: Pembuataan aksi motor yang
cekap melibatkan pergerakan yang kompleks. Kecekapan ini diindikasi oleh
perlakuan yang cepat, tepat dan dikoordinasi dengan baik, yang memerlukan
tenaga yang minima. Kategori ini termasuk membuat tanpa teragak-agak, dan
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
38
secara otomatik. Contohnya, pemain selalu mengeluarkan bunyi rasa kepuasan
apabila mereka memukul bola tenis (seperti Maria Sharpova dan Serena
Williams!) atau memukul bola golf (pemain golf tahu dengan segera sekiranya
bola yang dipukul itu tidak menjadi!), kerana mereka dapat mengagak
daripada rasa akan hasil pukulannya. Contoh kata kerja yang menerangkan
‘tindakbalas overt yang kompleks’ adalah mencantum, membina,
mengkalibrasi, membina, meleraikan, menunjukkan, memasang, membetulkan,
menggerudi, memanaskan, memanipulasi, mengukur, membaiki,
mencampurkan, menyusun, melakar.
Contohnya, pelajar:
o memandu kereta ke dalam petak parkir yang ketat,
o mengoperasi komputer dengan cepat dan tepat,
o menunjukkan kecekapan bermain piano.
PERHATIAN: Kebanyakan kata kerja di atas sama dengan ‘mekanisma’, tetapi
akan mempunyai adverb atau adjectives yang menunjukkan perlakuan itu lebih
cepat, baik, tepat, dan sebagainya.
Adaptasi: Kecekapan telah dikembangkan dan individu boleh mengubah
corak pergerakan bersesuaian dengan keperluan khusus. Contoh kata kerja
yang menerangkan ‘adaptasi’ adalah mengadaptasi, mengubah, menyesuaikan,
menyusun semula, meminda, mempelbagaikan.
Contohnya, pelajar:
o Bertindakbalas dengan cekap terhadap pengalaman tidak terduga,
o memodifikasi arahan untuk memenuhi kehendak pelajar,
o melaksanakan suatu tugasan dengan peralatan yang bukan pada
asalnya patut digunakan (peralatan tidak rosal dan tiada bahaya dalam
melaksanakan tugas baru tersebut).
Originasi: Mencipta pergerakan atau corak agar bersesuaian dengan situasi
atau masalah tertentu. Hasil pembelajaran menekankan kreativiti berdasarkan
kecekapan yang tinggi. Contoh kata kerja yang menerangkan ‘originasi’
adalah: menyusun, membina, menggabung, mengkomposisi, membina,
mencipta, mereka bentuk, memulakan, membuat, mengoriginasi.
Contohnya, pelajar:
o membina teori baru,
o mengembangkan teknik baru untuk menjaga gol,
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
39
o mencipta rutin gymnastik yang baru.
2.6 ‘ABCD’ OBJEKTIF PENGAJARAN
Menurut Heinich, Molenda, Russell, dan Smaldino (2001), objektif yang
ditulis dengan baik harus mempunyai empat bahagian. Mereka menggelar bahagian
ini sebagai ABCD objektif pengajaran. A mewakili Penonton (Audience), B mewakili
Perlakuan (Behavior), C mewakili Keadaan (Condition) dan D mewakili Darjah
(Degree) ketepatan. Setiap objektif pengajaran ditulis dalam format ayat dan harus
mengandungi A, B, C dan D (lihat Gambarajah 2.6). Mari kita lihat setiap satunya
dengan lebih dekat lagi.
PENONTON (AUDIENCE)
Penonton merupakan sekumpulan pelajar yang menjadi sasaran objektif pengajaran.
Oleh itu biasanya disebut “pelajar atau penuntut harus boleh……” Ia boleh juga
ditulis secara khusus. Contohnya, "Pelajar tahun tiga" ataupun “Pelajar tahun empat
harus boleh……” Ingatlah, tuliskan dengan cara yang mudah agar objektif tidak
terlalu panjang.
PERLAKUAN (BEHAVIOUR)
Perlakuan merupakan kata kerja yang menerangkan suatu aktiviti yang boleh dilihat –
apa yang pelajar akan buat. Perlakuan biasanya dinyatakan dalam bentuk kata kerja
tindakan, seperti: menyelesai, membanding, menyenarai, menerangkan, menilai,
mengenal pasti atau mentakrif (Ingat bahawa kata kerja yang disenaraikan untuk
taksonomi kognitif, afektif dan psikomotor yang dibincangkan sebelum ini).
Perlakuan merupakan kata kerja yang menerangkan apa pelajar (penonton) akan boleh
buat setelah diajar. Ini merupakan jantung objektif dan MESTI boleh diukur DAN
boleh dilihat. Tambahan lagi, kata kerja tersebut MESTI khusus. Kata kerja seperti
tahu, faham, sedar susah diukur dan dengan itu bukan pilihan baik untuk objektif.
SEMAK KENDIRI 2.2
c) Jelaskan perbezaan di antara ‘adaptasi’ dan ‘tindakbalas
terpandu’ mengikut Taksonomi Hasil Pembelajaran
Psikomotor.
d) ‘Pelajar yang beroperasi pada tahap originasi. Jelaskan
dari pandangan versi asal tahun 1956
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
40
Figure 2.6 ABCD Building Blocks for Objectives
KEADAAN
Keadaan mendefiniskan bahan yang akan tersedia (atau tidak) apabila objektif
ditaksir. Secara keseluruhan ia menyatakan apa pelajar akan diberi atau tidak diberi.
Contoh keadaan untuk objektif mungkin termasuk:
o dengan menggunakan kalkulator...
o dengan diberi peta Malaysia...
o dengan diberikan peralatan yang berkaitan...
Keadaan merupakan persekitaran dalam mana objektif mesti dihabiskan. Adakah guru
akan mengizinkan pelajar menggunkan kalkulator? peta? nota kelas? dan sebagainya.
Yang jelas adalah lebih sukar untuk mengira tanpa menggunakan kalkulator!
DARJAH
Darjah memberikan standard atau kriteria perlakuan yang pelajar perlu capai. Dalam
erti kata lain, darjah ketepatan apakah pelajar perlu capai bagi perlakuannya dikira
cekap? Darjah ketepatan harus berkait dengan harapan dunia sebenar. Darjah
merupakan standard yang digunakan untuk mengukur samada objektif telah dicapai.
Kriteria mungkin disebut dalam bentuk peratusan (80% betul), had waktu (dalam 30
minit), atau ukuran penguasaan yang lain.
Sebagai contoh, sebuah objektif mungkin:
"Diberi senarai dua puluh negara Asia (keadaan), pelajar akan mengenal pasti
(perlakuan) sekurang-kurangnya lima belas (kriteria) daripada ibu negara negara-
negara tersebut."
KEADAAN
DARJAH
PENONTON
PERLAKUAN
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
41
2.7 KESELARIAN DI ANTARA PENGAJARAN DAN
PENTAKSIRAN
Selepas objektif ditulis, adalah agak mudah untuk mencipta item pentaksiran
baginya. Contohnya, kalau objektif yang akan diajar berkaitan Peraturan Pergerakan
Newton, item ujian harus direka bentuk untuk mengukur khususnya jenis
pembelajaran yang ada dalam objektif dan diajar dalam kelas (Dwyer, 1991). Selepas
menulis objektif pengajaran, anda harus memikirkan tentang bagaimana mentaksir
pencapaian pelajar tentang objektif-objektif berlainan. Objektif pengajaran
mendefinisikan cakupan dan kaedah pentaksiran.
Pelajar perlu tahu apa yang mereka perlu buat untuk cemerlang dalam mata
pelajaran tersebut. Apakah tugasan atau esei mereka perlu buat? Apa projek mereka
perlu jalani? Bagaimana mereka akan ditaksir dan digred? Apa yang anda ajar
menentukan bagaimana anda perlu taksir pembelajaran. Anda harus kaitkan objektif
dengan pentaksiran anda bagi mencapai hasil yang diharapkan. Gambarajah 2.7 yang
merupakan adaptasi daripada Dwyer (1991) menunjukkan objektif, pengajaran dan
penilaian yang tidak sepadan. Dalam kes ini:
o Objektif: Objektif memerlukan penyelesaian masalah menggunakan analogi
(pemikiran kritis),
o Pengajaran: Sebaliknya memerlukan pembelajaran tahap rendah, seperti
takrif konsep dan prinsip telah diajar kepada pelajar
o Pentaksiran: Namun pelajar ditaksir dengan tugasan yang memerlukan
mereka untuk menyelesai masalah menggunakan analogi.
Tidak hairanlah pelajar akan mendapat pencapaian dalam pentaksiran berasaskan
tugasan penyelesaian masalah.
Gambarajah 2.7 Ketidak selarian di antara Pengajaran dan Pentaksiran
Situasi yang ideal ditunjukkan dalam Gambarajah 2.8.
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
42
o Objektif: Guru meletakkan objektif pada tahap penyelesaian masalah.
o Pengajaran: Pengajaran direka bentuk untuk mengajar penyelesaian masalah.
Aktiviti pembelajaran dikendalikan untuk membolehkan pelajar berlatih
kecekapan menyelesaikan masalah menggunakan analogi.
o Pentaksiran: Guru mereka bentuk alat pentaksiran untuk mengukur
kecekapan pelajar menyelesaikan masalah menggunakan analogi.
Gambarajah 2.8 Keselarian di antara Pengajaran dan Pentaksiran
CONTOH KESELARIAN DI ANTARA OBJEKIF DAN KAEDAH
PENTAKSIRAN UNTUK SESUATU BIDANG
Jadual 2.5 menunjukkan strategi pentaksiran yang sesuai untuk objektif
berlainan (King, 1976). Seperti yang dapat dilihat, ' kontinuum kognitif' bermula
dengan mengingat fakta yang sesuai ditaksir menggunakan ujian objektif, di mana
pelajar memainkkan peranan yang pasif. Suatu siri yang semakin meningkat dikenal
pasti sehingga ke tahap di mana pelajar dikehendaki menunjukkan pemikiran
berdikari dan kreatif, seperti kerja berkaitan projek kajiselidik.
Objektif Kaedah Pentaksiran Bersesuaian Mengingat fakta Ujian objektif Faham konsep dan prinsip penting Esei pendek Keupayaan berfikir secara kritis Esei sederhana atau panjang Berdikari, kreatif dan menyelesai masalah
Projek atau dissertasi
Orientasi dan sikap Projek Individu dan kumpulan, dissertasi, esei panjang
Kecekapan amali Kerja amali yang ditaksir secara berterusan
Kecekapan oral Viva, persembahan dalam bilik darjah yang ditaksir, permainan dan simulasi yang ditaksir
Jadual 2.5 Objektif dan Kaedah Pentaksiran
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
43
Ujian sikap dan orientasi dimungkinkan apabila pelajar menjalani projek atau
esei panjang samada secara individu atau berkumpulan. Amali (kecekapan motor),
suatu tajuk untuk sekumpulan kecekapan yang penting dalam mata pelajaran seperti
sains, sains komputer, geologi, geografi, pendidikan jasmani, muzik dan lain-lain
yang memerlukan ujian kecekapan teknikal dapat dicapai melalui kerja amali yang
ditaksir secara berterusan. Sebaliknya, kecekapan oral boleh ditaksir melalui
peperiksaan formal melalui viva, tetapi lebih berkesan melalui pemerhatian
persembahan dalam bilik darjah, permainan dan simulasi yang ditaksirkan dan
pembelajaran berkumpulan yang lain.
RINGKASAN
Pentaksiran hasil pembelajaran kognitif sentiasa menjadi fokus kebanyakan sistem
pentaksiran di seluruh dunia sebab ia lebih mudah dilihat dan diukur.
Setiap domain pembelajaran terdiri daripada banyak tahap perlakuan, bermula
daripada perlakuan yang paling mudah sehingga ke yang paling kompleks
sehingga membentuk suatu taksonomi hasil pembelajaran.
Apabila kita menilai atau mentaksir manusia, kita mentaksir atau menilai
perlakuan orang itu.
Setiap bidang mempunyai sekumpulan fakta, konsep, prinsip, andaian, teori,
peraturan, prosedur dan kaedah unik yang disampaikan kepada pelajar.
Terdapat enam tahap dalam taksonomi hasil pembelajaran kognitif Bloom dengan
tahap paling rendah dinamakan pengetahuan disusuli lima tahap keupayaan
mental yang semakin kompleks: pemahaman, aplisasi, analisis, sintesis dan
penilaian. Ciri-ciri afektif melibatkan perasaan atau emosi seseorang. Sikap, nilai, harga diri,
lokus kawalan, tanggappan diri, minat, aspirasi dan keresahan adalah contoh ciri-
ciri afektif.
Lima kategori utama Domain Afektif daripada perlakuan yang paling mudah
kepada yang paling kompleks adalah menerima, bertindakbalas, menilai,
menyusun dan karakterisasi.
SEMAK KENDIRI 2.3
a) Apakah kesan ketidak selarian di antara pengajaran dengan
pentaksiran?
b) Sejauh manakah ianya berlaku?
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
44
Domain Psikomotor termasuk pergerakan fizikal, koordinasi, dan penggunaan
kecekapan motor.
Tujuh kategori utama Domain Psikomotor daripada perlakuan yang paling mudah
sehingga yang paling kompleks adalah persepsi, set, tindakbalas terpandu,
mekanisma, tindakbalas overt kompleks, adaptasion dan originasi.
Objektif yang baik harus mempunyai empat bahagian: Penonton, Perlakuan,
Keadaan dan Darjah ketepatan.
Situasi yang terbaik adalah terdapatnya keselarian di antara objektif, pengajaran
dan pentaksiran.
RUJUKAN:
Bengamin S. Bloom, Bertram B. Mesia, and David R. Krathwohl (1964).
Taxonomy of Educational Objectives (two vols: The Affective Domain & The
Cognitive Domain). New York. David McKay.
Bloom B. S. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, Handbook I: The
Cognitive Domain. New York: David McKay Co Inc.
Dave, R. H. (1975). Developing and Writing Behavioural Objectives. New
York: Educational Innovators Press.
Dwyer, F. M. (1991). A paradigm for generating curriculum design oriented
research questions in distance education. Second American Symposium
Research in Distance Education, University Park, PA: Pennsylvania State
University.
King, R. L. (1976) Assessment in geography: approaches to the formulation of
objectives, Studies in Higher Education, 1: 223-32.
ISTILAH PENTING
Pentaksiran menyeluruh Penonton Hasil kognitif
Perlakuan Sikap Nilai
Hasil afektif Keadaan Pandangan perlakuan
Hasil psikomotor Darjah “Seratus yang Membantu”
Objektif Taksonomi Karakterisasi
Bab 2: Apa untuk Ditaksiir
45
Krathwohl, D. R., Bloom, B. S., & Bertram, B. M. (1973). Taxonomy of
Educational Objectives, the Classification of Educational Goals. Handbook II:
Affective Domain. New York: David McKay Co., Inc.
Harrow, A. (1972) A taxonomy of psychomotor domain -- a guide for
developing behavioral objectives. New York: David McKay.
Heinich, R., M. Molenda, J. Russell, S. Smaldino (2001). Instructional Media
and Technologies for Learning, 7th Edition. Englewood Cliffs: Prentice Hall,
Inc
Simpson E. J. (1972). The Classification of Educational Objectives in the
Psychomotor Domain. Washington, DC: Gryphon House.