bab 2 topi

13
Aktiviti 2 Perbincangan Berkumpulan Anda diberi 30 minit Nyatakan masalah/isu semasa (setiap masalah mestilah berbeza antara kumpulan) Gunakan 6 Topi berfikir bagi menyelesaikan masalah yang anda pilih. Bentangkan kesemua 6 corak berfikir tersebut.

Upload: tonen91

Post on 23-Jan-2015

1.637 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 topi

Aktiviti 2Perbincangan Berkumpulan

Anda diberi 30 minit

• Nyatakan masalah/isu semasa (setiap masalah mestilah berbeza antara kumpulan)

• Gunakan 6 Topi berfikir bagi menyelesaikan masalah yang anda pilih.

• Bentangkan kesemua 6 corak berfikir tersebut.

Page 2: Bab 2 topi

Matlamat 6 Topi Berfikir

Meletakkan ego ketepi dan meluaskan sudut pandangan kerana kita terpaksa berfikir dengan pelbagai cara.

Menghalakan pemikiran; ibarat peta yang memberikan panduan kepada pemikiran kita.

Memberikan kemudahan; satu cara mudah untuk meminta seseorang menukar cara dia berfikir dari negatif kepada positif.

Keseronokan; aktiviti berfikir menjadi sesuatu yang menyeronokkan ibarat satu permainan.

Page 3: Bab 2 topi
Page 4: Bab 2 topi

Topi hijau melambangkan pemikiran yang kreatif.

Warna hijau melambangkan otak yang subur dengan ida-idea.

Top hijau digunakan bagi mencari idea-idea alternatif berdasarkan maklumat yang ada.

Topi hijau digunakan pada waktu mula-mula berfkir.

Situasi yang paling penting bagi menggunakan topi hijau ialah ketika ingin menyelesaikan masalah.

KREATIF

Page 5: Bab 2 topi

Topi putih melambangkan pemikiran objektif.

Warna putih melambangkan kebersihan yang bermakna tiada prejudis.

Topi putih digunakan untuk mencari fakta, angka dan maklumat semata-mata.

Topi putih dipakai sebelum membuat sebarang keputusan memilih alternatif.

OBJEKTIF

Page 6: Bab 2 topi

Topi biru melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai.

Warna biru melambangkan langit yang bermakna paling atas.

Topi biru mengawasi topi-topi lain bekerja.

Orang yang paling sesuai untuk memakai topi ini ialah sesorang yang menjadi ketua.

KAWAL

Page 7: Bab 2 topi

Topi hitam melambangkan pemikiran yang kritikal dan negatif.

Warna hitam melambangkan kegelapan yang bermaka tiada harapan.

Topi hitam digunakan untuk mencari segala yang salah, sukar, berisiko dan berbahaya.

Topi hitam berguna untuk menghasilkan rancangan kecemasan dan keselamatan.

Topi hitam dipakai sebelum membuat sebarang tindakan dengan memikirkan segala keburukan dan kerugian.

NEGATIF

Page 8: Bab 2 topi

Topi kuning melambangkan pemikiran yang konstruktif.

Warna kuning melambangkan kecerahan yang bermakna positif.

Topi kuning digunakan bagi mencari  segala faedah daripada sebarang idea alternatif yang dikeluarkan oleh topi hijau.

Situasi yang paling baik bagi menggunakan topi kuning ialah apabila mendapati idea-idea yang banyak kelemahan .

KONSTRUKTIF

Page 9: Bab 2 topi

Topi merah melambangkan pemikiran yang emosional.

Warna merah melambangkan perasaan yang ghairah.

Topi merah membenarkan pemikiran emosi dan intuisi sewaktu berfikir.

Masa yang paling sesuai memakai topi ini ialah selepas mengambil kira semua fakta yang ada.

EMOSI

Page 10: Bab 2 topi

Dalam jadual giliran itu, setiap topi boleh dipakai lebih dari sekali.Sebaik-baiknya pakai topi kuning dulu sebelum topi hitam.

Topi hitam dipakai dengan 2 cara; 1.Mencari kelemahan sesuatu idea, kemudian pakai topi hijau untuk

memperbaiki idea itu. 2. Pakai topi hitam untuk membuat penilaian ke atas idea yang difikirkan itu. Selepas memakai topi hitam untuk menilai idea, gunakan topi merah supaya emosi dan perasaan dapat dikemukakan secara jelas dan berterus terang. Jika perkara yang hendak disampaikan itu emosional, pakai topi merah dahulu supaya lepaskan semua perasaan anda. Jika perkara yang difikirkan tidak melibatkan apa-apa emosi, mulakan dengan topi putih, lepas itu topi hijau, kuning, topi hitam dan seterusnya. Kemudian pilihlah idea yang paling baik.

Panduan Umum Penggunaan Topi

Page 11: Bab 2 topi
Page 12: Bab 2 topi

Untuk mendapatkanmaklumat, pemikiran fakta dan angka

Rakyat asing yang masuk adalah dari Negara Indonesia, Thailand, Bangladesh dll.

masuk kerana peluang pekerjaan yang banyak

Pemikiran kreatif, mencarialternatif

Membuat halangan di pintu masuk/perairan buat tembok

Setiap rakyat Malaysia dimasukkan cip untuk pengenalan diri.

undang-undang wajibkan ambil pekerja dari rakyat tempatan saja

pemikiran positif dankonstruktif

Dapat mengelakkan kemasukan PATI. Memudahkan PATI dikesan Tiada rakyat tempatan yang menganggur

Pemikirannegatif, mencarikesalahan idea

Kos yang tinggi/gangguan untuk laluan perairan Cip mahal dan tiada kepakaranbuat cip dan masukkan cip Tenaga buruh menjadi terhad

Ringkasan dan kemajuan,pemikiran mengawal

Tetapkan ahli bagi cadangan tentang cara atasi kemasukan PATI sahaja

Idea yang dipilih undang-undang wajibkan pekerja rakyat tempatan sahaja

Pemikiran emosi,perasaan

Peluang pekerjaan diisi oleh rakyat asing. Penilaian bahawa semua PATI jahat

6 TOPI BERFIKIR

Tujuan1. Mempermudahkan pemikiran 2. Membenarkan pertukaran dalam pemikiran

Page 13: Bab 2 topi