bab 3 pengajian perniagaan - penggal 1
DESCRIPTION
Bab 3 - Pengajian Perniagaan ( tingkatan 6 - penggal 1)TRANSCRIPT
1
PENGAJIAN PERNIAGAAN[BAB 3 : PEMASARAN]
Disediakan oleh Allan N.
[ 3.4 SEGMENTASI ]
2
Peletakan Pasaran (Marketing Positioning)
Melibatkan usaha pemasar meletakkan imej produk yang jelas, baik(berkualiti), dan berbeza(unik/utama) dalam minda pengguna sasaran(target consumers) berbanding dengan produk pesaing.
Disediakan oleh Allan N.
3
Merujuk kepada persepsi pengguna terhadap sesuatu produk berbanding dengan keluaran pesaing, perbandingan berdasarkan ciri-ciri utama produk sebuah syarikat dengan produk pesaing.
Disediakan oleh Allan N.
4 Pemasar perlu:
Penilaian mengenai kelebihan-kelebihan produknya.
Memilih satu kedudukan yang boleh mengekalkan peletakan tersebut di
minda pengguna.
Disediakan oleh Allan N.
5
3 peranan penting
peletakan pasaran
Memberikan definisi produk kepada pengguna.
Mengingatkan pengguna tentang kewujudan sesuatu
produk.
Mengekalkan pandangan pengguna terhadap imej produk
dalam minda pengguna.Disediakan oleh Allan N.
6
Pengguna diandaikan akan membuat perbandingan antara sesuatu produk dengan produk lain berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada produk tersebut.
Disediakan oleh Allan N.
7
Contoh: Pengguna – suri rumah lebih suka menggunakan serbuk kari Adabi dalam masakan berbanding keluaran lain yang terdapat di pasaran.
Keluaran Adabi – sedap serta halal dan terjamin kebersihannya.
Disediakan oleh Allan N.
8
Peletakan pasaran boleh dilakukan :
a) Dengan menawarkan harga produk yang murah.
b) Dengan peletakan harga yang mahal dan berprestij.
Disediakan oleh Allan N.
9
Contoh:
a) Harga murah: Pasar raya Kamdar, Globe Silk Store dan Mydin.
b) Berprestij: Kereta Honda, Jaguar, Mercedes Benz dan Porsche.
Disediakan oleh Allan N.
10Proses Peletakan
Pasaran
1) Menentukan Pasaran Sasaran (Targeted Market)
2) Menyesuaikan Produk dengan Pasaran
3) Mengkomunikasikan Ciri-ciri Produk
Disediakan oleh Allan N.
11
1) Menentukan Pasaran Sasaran (Targeted Market)
Lebih mengambil kira kedudukan pesaing dalam pasaran.
Pemasar membuat keputusan pemilihan pasaran berdasarkan kekuatan aktiviti pemasaran yang dimiliki berbanding dengan pesaing.
Disediakan oleh Allan N.
12
Penekanan – menonjolkan kelebihan ciri-ciri produk yang dikeluarkan berbanding dengan ciri-ciri produk pesaing.
Tujuan – bagi membolehkan pemasar mendapat pengguna tersendiri dalam pasaran.
Disediakan oleh Allan N.
13
Penentuan pasaran sasaran membolehkan pemasar memperoleh daya saing dalam aktiviti pemasaran berdasarkan lokasi pasaran tersebut.
Disediakan oleh Allan N.
14
Disediakan oleh Allan N.
Peletakan pasaran
Menyesuaikan produk dengan pasaran
Mengkomunikasikan ciri-ciri produk
Menentukan pasaran sasaran
152) Menyesuaikan Produk
dengan Pasaran
Produk yang mempunyai reka bentuk tersendiri perlu disesuaikan dengan permintaan pengguna di pasaran.
Pengurus pemasaran perlu mengenal pasti ciri-ciri produk yang diminati dalam sesebuah pasaran yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh Allan N.
16
Contoh : oPengguna yang berstatus tinggi –
membeli produk yang berkualiti tinggi dengan harga yang mahal bersesuaian dengan penggunaan produk tersebut yang melambangkan imej seseorang individu.
Disediakan oleh Allan N.
173) Mengkomunikasikan
Ciri-ciri Produk
• Ciri-ciri produk – membezakan sesebuah perniagaan dengan perniagaan lain.
• Ciri-ciri perlu disampaikan kepada pengguna sasaran dalam sesuatu pasaran.
Disediakan oleh Allan N.
18
• Kaedah yang digunakan untuk menyampaikan mesej:
a) Penggunaan media pengiklanan.
b) Jualan peribadi bergantung kepada ciri dan kumpulan pengguna dalam keputusan peletakan pasaran.
Disediakan oleh Allan N.
19Strategi Peletakan
Bukan satu aktiviti yang mudah.Perniagaan akan menghadapi banyak
pesaing yang juga menggunakan strategi masing-masing.
Perlu menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk meletakkan perniagaan lebih unggul berbanding perniagaan lain.
Disediakan oleh Allan N.
20
Disediakan oleh Allan N.
Strategi Peletakan
Atribut Produk Manfaat
Kekerapan Penggunaan
Klasifikasi ProdukPengguna
21a) Atribut Produk
Manfaat
Ciri-ciri produk yang dapat memberi faedah yang berkesan perlu ditonjolkan kepada pengguna.
Pemasar boleh menggunakan pelbagai kaedah promosi – menyampaikan kelebihan ciri-ciri produk kepada pengguna.
Disediakan oleh Allan N.
22
Contoh: ciri-ciri kereta yang dilengkapi sistem keselamatan harus disampaikan kepada pengguna yang mementingkan keselamatan ketika memandu.
Disediakan oleh Allan N.
23b) Kekerapan
Penggunaan
Bergantung kepada jenis produk yang ditawarkan dan diperlukan oleh pengguna.
Kekerapan penggunaan yang tinggi menyebabkan produk mendapat permintaan yang tinggi kerana sering digunakan.
Contoh: barang keperluan.
Disediakan oleh Allan N.
24c) Klasifikasi Produk
Produk pengguna boleh diklasifikasikan:
i. Barangan mudah beli
ii. Barangan beli belah
iii. Barangan istimewa
iv. Barangan tidak dicari
Disediakan oleh Allan N.
25
Kesemua kategori produk mempunyai aras permintaan dan penggunaan strategi pemasaran yang berbeza.
Pemasar boleh memilih pasaran yang mampu menonjolkan kekuatan pemasar berbanding pesaing.
Disediakan oleh Allan N.
26
Contoh: barang mudah beli yang dipasarkan mempunyai kekuatan dari segi jenama, pengguna akan terus setia membeli barangan tersebut kerana kekuatan jenamanya berbanding jenama pesaing.
Disediakan oleh Allan N.
27d) Pengguna
Pengguna – pihak yang membeli produk yang dikeluarkan oleh pemasar dalam sesuatu pasaran yang telah dipilih.
Pengguna memilih produk berdasarkan ciri-ciri produk yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan pengguna.
Disediakan oleh Allan N.
28
Pemasar perlu mengenal pasti siapa pengguna sasaran sebelum membuat keputusan memilih lokasi pasaran atau proses peletakan pasaran.
Pengguna mempunyai kebebasan untuk memilih produk.
Disediakan oleh Allan N.
29
Kajian pemasaran tentang gelagat pengguna sangat penting dijalankan supaya pemasar mengetahui pengguna sasaran dan memperoleh syer pasaran dalam pasaran tersebut.
Disediakan oleh Allan N.
30Perbezaan Segmentasi,
Sasaran, Peletakan Pasaran
Disediakan oleh Allan N.
Dimensi
Segmentasi Pasaran
Sasaran Pasaran
Peletakan Pasaran
Tahap proses
Merupakan langkah permulaan sebelum sasaran pasaran dan peletakan pasaran.
Merupakan langkah selepas segmentasi pasaran tetapi sebelum peletakan pasaran.
Tahap terakhir selepas segmentasi pasaran dan sasaran pasaran.
31
Disediakan oleh Allan N.
Fungsi
Melihat kepada faktor umum dengan melihat pelanggan secara keseluruhan.
Mengenal pasti secara khusus ciri-ciri pelanggan dalam pasaran yang disasarkan.
Pemasar lebih fokus kepada kelebihan daya saing berbanding pesaing yang lain.
32Ciri-ciri
Faktor asas yang mempengaruhi segmentasi pasaran seperti demografi dan geografi.
Menentu-kan kategori pasaran seperti pasaran tak berbeza, pasaran terbeza dan pasaran tertumpu.
Memfokuskan kepada ciri-ciri produk seperti kekerapan penggunaan, ciri-ciri produk bermanfaat dan klasifikasi produk.
Disediakan oleh Allan N.
33
Kepentingan Segmentasi, Sasaran dan Peletakan
Pasaran
Membolehkan pemasar membentuk campuran pemasaran yang sesuai dengan mengenal pasti campuran yang berkesan.
Mengenal pasti peluang pasaran bagi produk sedia ada.
Disediakan oleh Allan N.
34
Pemasar boleh memfokuskan kepada pasaran yang mampu memberi daya saing yang tinggi dalam aktiviti pemasaran.
Segmentasi pasaran merupakan asas kepada pengurus pemasaran untuk merancang strategi berikutnya dengan lebih berkesan.
Disediakan oleh Allan N.
35
Pemasar boleh menggunakan segmentasi pasaran sebagai asas perancangan aktiviti pemasaran secara unik dan kaedah yang berbeza dalam mengatasi pesaing.
Disediakan oleh Allan N.
36
3.5 CAMPURAN PEMASARAN
Disediakan oleh Allan N.
37
Pembentukan campuran pemasaran – melibatkan penumpuan usaha pemasar untuk memuaskan keinginan dan keperluan pengguna.
Aktiviti pemasaran dibentuk daripada campuran pemasaran – kombinasi pemboleh ubah yang menentukan strategi pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah organisasi pemasaran.
Disediakan oleh Allan N.
38
Pemasar akan menggunakan campuran pemasaran untuk mengenal pasti sasaran yang boleh membantu organisasi mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan seterusnya menguasai keseluruhan pasaran.
Disediakan oleh Allan N.
39
Campuran pemasaran terdiri daripada 4 pemboleh ubah, iaitu:
a) Harga
b) Promosi
c) Produk
d) Pengedaran
Disediakan oleh Allan N.
40a) HARGA
oBerkaitan dengan penetapan harga atau penawaran harga yang selaras dengan matlamat sesebuah organisasi.
oContoh strategi penentuan harga :
i. Memberikan diskaun.
ii. Memberikan ganjaran atau hadiah berdasarkan harga yang ditawarkan.
Disediakan oleh Allan N.
41b) PROMOSI
Merujuk kepada aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk kepada pengguna bagi tujuan membuat keputusan pembelian.
Contoh aktiviti promosi :
i. Pengiklanan.
ii. Publisiti.
iii. Jualan langsung.
iv. Demonstrasi produk.Disediakan oleh Allan N.
42c) PRODUK
Merujuk kepada proses pembuatan keputusan mengenai penyelidikan dan pembangunan produk baharu, ujian penghasilan produk baharu, perancangan pengurusan produk, pembungkusan dan jaminan produk.
Disediakan oleh Allan N.
43
• Merujuk kepada aktiviti menentukan lokasi agihan dan waktu pengagihan.
• Pembuatan keputusan pengedaran melibatkan :
i. Pemilihan.
ii. Penilaian dan penyelarasan saluran pengagihan (termasuk cara penghantaran, kaedah pengangkutan, cara penyimpanan stok dan pengawalan inventori).
d) PENGEDARAN/PENGAGIHAN
Disediakan oleh Allan N.
44CAMPURAN PEMASARAN
Harga Produk
Promosi
Pengedaran
/Pengagihan
Campuran Pemasaran
Disediakan oleh Allan N.
45
Sekian, terima kasih…
Disediakan oleh Allan N.