bab 4 kewangan - perancangan dan ramalan kewangan

12
 RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN D AN KEUSAHAWANAN 1 4.0 SINOPSIS Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah merancang dan menggunakan kemahiran dalam peramalan pendapatan, kewangan berkaitan proforma penyata pendapatan, lembaran imbangan dan belanjawan tunai. 4.1 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: 1. Menghuraika n maksud dan peranan pengurusan kewangan bagi sebuah perniagaan. 2. Menjelaskan kepenting an penyata kewangan dalam sesebuah perniagaan. 3. Menerangka n komponen-ko mponen utama penyata kewangan sesebuah perniagaan. 4. Mempelajari cara penyediaan belanjawan tunai. 4.2 Kerangka Tajuk 4 4.3 Pengenalan Penyata kewangan merupakan dokumen rasmi sesebuah perniagaan yang melaporkan secara berkala tentang kedudukan kewangan pada hujung sesuatu tempoh kewangan. Tiga komponen utama dalam penyata kewangan yang perlu difahami adalah penyata pendapatan, lembaran imbangan dan belanjawan tunai. PENGURUSAN KEWANGAN PENYATA PENDAPATAN LEMBARAN IMBANGAN BELANJAWAN TUNAI PENYATA KEWANGAN TAJUK 4 Perancangan dan Ramalan Kewangan

Upload: cu-are

Post on 03-Jun-2018

963 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

8/12/2019 Bab 4 Kewangan - Perancangan Dan Ramalan Kewangan

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-kewangan-perancangan-dan-ramalan-kewangan 1/12

  RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 

1

4.0 SINOPSIS

Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah merancang dan menggunakankemahiran dalam peramalan pendapatan, kewangan berkaitan proforma penyata pendapatan,lembaran imbangan dan belanjawan tunai.

4.1 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menghuraikan maksud dan peranan pengurusan kewangan bagi sebuahperniagaan.

2. Menjelaskan kepentingan penyata kewangan dalam sesebuah perniagaan.3. Menerangkan komponen-komponen utama penyata kewangan sesebuahperniagaan.

4. Mempelajari cara penyediaan belanjawan tunai.

4.2 Kerangka Tajuk 4

4.3 Pengenalan

Penyata kewangan merupakan dokumen rasmi sesebuah perniagaan yang melaporkan secaraberkala tentang kedudukan kewangan pada hujung sesuatu tempoh kewangan. Tiga komponenutama dalam penyata kewangan yang perlu difahami adalah penyata pendapatan, lembaranimbangan dan belanjawan tunai.

PENGURUSAN KEWANGAN

PENYATA PENDAPATAN LEMBARAN IMBANGAN BELANJAWAN TUNAI

PENYATA KEWANGAN

TAJUK 4 Perancangan dan Ramalan Kewangan

8/12/2019 Bab 4 Kewangan - Perancangan Dan Ramalan Kewangan

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-kewangan-perancangan-dan-ramalan-kewangan 2/12

  RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 

2

4.1 Maksud Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan merujuk kepada aktiviti merancang, menyusun, mengarah danmengawal segala aspek dalam perniagaan yang mempunyai nilai kekayaan atau nilaiwang, untuk mencapai matlamat yang disasarkan.

4.2 Kepentingan Pengurusan Kewangan

1. Memastikan hasil kewangan bukan sahaja dapat menampung segala perbelanjaanmalah memperoleh keuntungan

2. Memastikan sumber kewangan yang terhad diagihkan daan dibelanjakan dalamaktiviti perniagaan yang boleh menjanakan keuntungan dan meningkatkanproduktiviti.

3. Memastikan organisasi mempunyai aliran wang yang mencukupi untukmenjalankan operasi perniagaan agar operasi perniagaan tidaak tergendala.

4. Memastikan organisasi tidak dibebani hutang yang banyak dan memastikanhutang dapat dibayar balik dalam tempoh yang ditetapkan.

4.3 Peranan Pengurus Kewangan

Rajah 4.1 : Peranan pengurus kewangan

4.4 Peranan Pengurusan Kewangan

Rajah 4.2 : Peranan pengurusan kewangan 

PERANANPENGURUSKEWANGAN

Membuatanalisis dan

perancangankewangan

Mengurusstruktur aset Mengurus

sumber danasecara berkesan

Mengawal danmenyelaras

Menjagakecairan dan

keberuntungansyarikat

PERANANPENGURUSAN

KEWANGAN

Merancang hal-hal yangberkaitan dengan

kewangan organisasi

Mengagihkan sumberkewangan

Mengawal penggunaansumber kewangan

8/12/2019 Bab 4 Kewangan - Perancangan Dan Ramalan Kewangan

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-kewangan-perancangan-dan-ramalan-kewangan 3/12

  RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 

3

4.5 Penyata Kewangan

Penyata kewangan merupakan dokumen rasmi sesebuah perniagaan yang melaporkansecara berkala tentang kedudukan kewangan pada hujung sesuatu tempoh kewangan.

Rajah 4.3 : Komponen utama penyata kewangan 

PENYATA KEWANGAN

Penyata pendapatan

menunjukkan hasil danbelanja, untung dan rugi

Lembaran imbangan

menunjukkan aset, liabiliti,ekuiti pemilik pada satu

tarikh tertentu

Belanjawan tunai

menganggarkanpenerimaan tunai danpembayaran tunai bagi

tempoh tertentu

8/12/2019 Bab 4 Kewangan - Perancangan Dan Ramalan Kewangan

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-kewangan-perancangan-dan-ramalan-kewangan 4/12

  RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 

4

4.5.1 Pihak Yang Berkepentingan Terhadap Penyata Kewangan

Jadual 4.1 : Kegunaan penyata kewangan kepada pihak yang berkepentingan

•KEGUNAAN PENYATA KEWANGANPENGGUNA

•Memastikan modal dilaburkan dengan cekap

•Menilai prestasi pihak pengurusan dalam mengurus perniagaan

•Melihat keberuntungan perniagaan

Pemilik / pemegangsaham

•Mengetahui pencapaian perniagaan kerana kedudukan kewanganmempengaruhi harga saham syarikat berkenaan

•Mengekalkan pegangan saham syarikat yang berprestasi baik

•Bakal pelabur ingin mengetahui prestasi perniagaan sebelum membuatkeputusan untuk melabur

Pelabur / bakalpelabur

•Membuat keputusan perniagaan yang tepat

•Mengawal dan mengambil tindakan untuk membetulkan kelemahandan kesilapan

•Membuat perancangan masa depan sama ada jangka pendek atau jangka panjang

Pihak pengurusan

•Menilai kemampuan membayar balik sebelum memberi ataumemperbaharui kemudahan kredit

Pemiutang, bank,pembekal / vendor

•Suruhanjaya Syarikat Malaysia mewajibkan syarikat perniagaanmenyerahkan penyata kewangan kepadanya pada setiap tahun

•Lembaga Hasil Dalam Negeri menggunakan penyata kewangan syarikatsebagai asas pengiraan cukai

•Jabatan Statistik menggunakan penyata kewangan untuk

mengumpulkan data untuk kegunan awam

Agensi kerajaan

•Menjadi asas kepada tuntutan untuk mendapatkan bonus, kenaikan gajidan sebagainya

Kesatuan sekerja,pekerja

8/12/2019 Bab 4 Kewangan - Perancangan Dan Ramalan Kewangan

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-kewangan-perancangan-dan-ramalan-kewangan 5/12

8/12/2019 Bab 4 Kewangan - Perancangan Dan Ramalan Kewangan

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-kewangan-perancangan-dan-ramalan-kewangan 6/12

  RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 

6

4.6 Proforma Penyata Pendapatan

1. Penyata pendapatan juga dikenali sebagai penyata untung rugi.2. Penyata pendapatan merupakan penyata yang mengukur prestasi perniagaan bagi

suatu tempoh kewangan.3. Penyata pendapatan disediakan untuk melaporkan untung rugi sesebuah perniagaan.

4. Penyata pendapatan menunjukkan hasil, belanja dan untung bersih atau rugi bersihsesebuah perniagaan.

5. Penyata pendapatan merupakan gabungan akaun perdagangan dan akaun untungrugi.

6. Akaun perdagangan disediakan untuk mengesan sama ada perniagaan memperolehuntung kasar atau mengalami rugi kasar.

7. Akaun untung rugi disediakan untuk mengesan sama ada perniagaan memperolehuntung bersih atau mengalami rugi bersih.

8. Untung atau rugi sesebuah perniagaan diperoleh melalui perbandingan antara hasilperniagaan dengan belanja perniagaan dalam suatu tempoh tertentu.

9. Jadual 4.2 menunjukkan contoh penyata pendapatan Syarikat Teraju Perintis Sdn.

Bhd bagi tahun berakhir 31 Disember 2012.

SYARIKAT TERAJU PERINTISPenyata PendapatanBagi Tahun Berakhir 31 Disember 2012

2011 2012(RM) (RM)

Jualan 30 120 28 680Tolak : Kos barang dijual 20 400 20 000

Untung kasar 9 720 8 680

Belanja operasi:Belanja am dan pentadbiran 2 000 2 000Belanja pemasaran 1 200 1 200Belanja pelbagai 800 800Belanja susut nilai 200 200

Jumlah belanja operasi 4 200 4 200

Pendapatan sebelum faedah dan cukai 5 520 4 480Tolak : Belanja faedah 520 480

Pendapatan sebelum cukai 5 000 4 000Tolak : Cukai 1 500 1 200

Untung bersih 3 500 2 800

Jadual 4.2 : Penyata pendapatan Syarikat Teraju Perintis Sdn. Bhd bagi tahun berakhir 31

Disember 2012

8/12/2019 Bab 4 Kewangan - Perancangan Dan Ramalan Kewangan

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-kewangan-perancangan-dan-ramalan-kewangan 7/12

  RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 

7

4.7 Proforma Lembaran Imbangan

1. Lembaran imbangan turut dikenali sebagai kunci kira-kira.2. Lembaran imbangan menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan pada

satu tarikh tertentu.3. Lembaran imbangan menyenaraikan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik sesebuah

perniagaan.

4. Lembaran imbangan memberikan gambaran kasar tentang pelaburan sesebuahperniagaan ke atas aset-aset serta sumber kewangan yang digunakan bagimembiayai aset-aset tersebut.

5. Jadual 4.3 menunjukkan contoh kunci kira-kira Syarikat Teraju Perintis Sdn. Bhd bagipada 31 Disember 2011 dan 2012.

SYARIKAT TERAJU PERINTISKunci Kira-kirapada 31 Disember 2012 

2012 2011(RM) (RM)

ASET

 Aset Semasa

Tunai 1 640 1 840

Penghutang 5 900 4 800

Inventori 5 300 4 000

Jumlah aset semasa 12 840 10 640

 Aset bukan semasa: Aset bukan semasa 21 000 19 600Tolak : susut nilai terkumpul 6 740 6 540

Jumlah aset bukan semasa 14 260 13 060

Jumlah Aset 27 100 23 700

LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK (RM) (RM)

Liabiliti Semasa:Pemiutang 2 000 1 600Pinjaman jangka pendek 2 000 1 800Belanja terakru 2 500 1 900

Jumlah liabiliti semasa 6 500 5 300

Hutang jangka panjang 7 600 6 600

Jumlah liabiliti 14 100 11 900

Ekuiti pemilik:Saham biasa 2 000 2 000Premium saham 5 800 5 800Pendapatan tertahan 5 200 4 000

Jumlah ekuiti pemilik 13 000 11 800

Jumlah Liabiliti dan Ekuiti 27 100 23 700

Jadual 4.3 : Kunci kira-kira Syarikat Teraju Perintis Sdn. Bhd bagi pada 31 Disember2011 dan 2012.

8/12/2019 Bab 4 Kewangan - Perancangan Dan Ramalan Kewangan

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-kewangan-perancangan-dan-ramalan-kewangan 8/12

  RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 

8

4.8 Proforma Belanjawan Tunai

1. Setiap perniagaan perlu mengendalikan wang perniagaan secara cekap untukmemastikan tunai yang cekap.

2. Untuk tujuan itu, peniaga perlu membuat perancangan kewangan denganmenyediakan belanjawan tunai.

3. Belanjawan Tunai merupakan penyata yang menganggarkan penerimaan tunai danpembayaran tunai serta kedudukan tunai bagi beberapa tempoh yang telahditetapkan.

4. Belanjawan Tunai boleh disediakan bagi sebulan, suku tahun, setengah tahun,setahun dan sebagainya.

5. Belanjawan Tunai menunjukkan jumlah wang yang diperlukan oleh perniagaan untukberoperasi.

4.8.1 Kepentingan Belanjawan Tunai

1. Membantu perniagaan merancang pembiayaan dan perbelanjaan.2. Menjadi panduan untuk institusi kewangan mempertimbangkan permohonanpinjaman.

3. Mengawal aliran tunai perniagaan supaya mempunyai wang yang cukup untukmembuat pembayaran.

4. Mengukur keupayaan tunai untuk membuat pembayaran.

4.8.2 Penyediaan Belanjawan Tunai

1. Belanjawan tunai disediakan dalam format berlajur2. Setiap lajur menunjukkan anggaran penerimaan dan pembayaran tunai bagi suatu

bulan atau minggu.3. Antara butiran anggaran penerimaan tunai adalah:

a. Modal tambahan dalam bentuk tunai.b. Pinjaman bankc. Bayaran oleh penghutangd. Jualan tunaie. Faedah atas simpananf. Dividen atas pelaburang. Jualan tunai aset bukan semasa

4. Antara butiran anggaran pembayaran tunai adalah:a. Ambilan tunai

b. Belian tunaic. Bayaran kepada pemiutangd. Bayaran balik pinjamane. Gaji dan upahf. Sewag. Kadar bayaran (elektrik dan air)h. Insurans

8/12/2019 Bab 4 Kewangan - Perancangan Dan Ramalan Kewangan

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-kewangan-perancangan-dan-ramalan-kewangan 9/12

  RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 

9

5. Jadual 4.4 menunjukkan contoh format belanjawan tunai.

Butir Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3

Baki awal A E

Penerimaan tunai

Jumlah penerimaan B

Pembayaran tunai

Jumlah pembayaran C

Lebihan (kurangan) D

Baki akhir A E F

Jadual 4.4 : Contoh format belanjawan tunai

Langkah Penyediaan Belanjawan Tunai Adalah Seperti Berikut:

a. Bermula dengan baki awal tunai (seperti A dalam Jadual 4.4).b. Masukkan semua anggaran penerimaan tunai dan jumlahkan (seperti B dalam

Jadual 4.4).c. Masukkan semua anggaran pembayaran tunai dan jumlahkan (seperti C dalam

Jadual 4.4)

d. Dapatkan lebihan atau kurangan tunai pada suatu bulan (seperti D dalam Jadual4.4)

e. Baki akhir bulan diperoleh (seperti E, iaitu A + D dalam Jadual 4.4)f. Baki akhir bulan berkenaan menjadi baki awal bulan yang berikutnya (seperti E

dalam Jadual 4.4)

Tahukah anda?

  Apabila jumlah anggaran penerimaan tunai melebihi jumlahanggaran pembayaran tunai, maka akan berlaku lebihan tunai.

  Apabila jumlah anggaran penerimaan tunai kurang daripada

 jumlah anggaran pembayaran tunai, maka akan berlakulebihan tunai.

8/12/2019 Bab 4 Kewangan - Perancangan Dan Ramalan Kewangan

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-kewangan-perancangan-dan-ramalan-kewangan 10/12

  RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 

10

 Apakah langkah yang boleh diambil oleh peniaga sekiranyaperniagaan mengalami kurangan tunai pada suatu tempohtertentu?

Bincangkan dalam OLL.

Contoh Penyediaan Belanjawan Tunai

Kedai Buku Wawasan mula beroperasi pada 1 Januari 2012 dengan modal tunai di bankRM 25 000. Maklumat perancangan perniagaannya bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2012adalah seperti berikut:

i) Anggaran jualan tunai:

RM

Januari 10 500

Februari 14 000

Mac 18 000

ii) Anggaran belian tunai:

RM

Januari 6 000Februari 8 000

Mac 7 500

iii) Pada bulan Februari perniagaan akan membeli lengkapan kedai bernilai RM 2500.iv) Perniagaan menerima komisen jualan buku sebanyak RM 1 200 pada bulan Mac.v) Sewa kedai untuk 6 bulan pertama berjumlah RM 2 400 akan dibayar pada awalbulan

Januari.vi) Belanja bulanan yang tidak berubah:

RMKadar bayaran 150

Gaji 450

Belanja am 100

vii) Pada awal bulan Februari perniagaan memperoleh pinjaman bank sebanyakRM 8 000. Pinjama dibayar balik mulai bulan Mac dengan ansuran RM 400 sebulan.

Sediakan Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2012.

8/12/2019 Bab 4 Kewangan - Perancangan Dan Ramalan Kewangan

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-kewangan-perancangan-dan-ramalan-kewangan 11/12

  RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 

11

Penyelesaian:

Butir   Januari  Februari  Mac 

Baki awal RM-

RM26400

RM37200

Penerimaan tunai Modal masukJualan tunaiPinjaman bankKomisen

25 00010 500--

-14 0008 000-

-18 000-1 200

Jumlah Penerimaan 35 500 22 000 19 200

Pembayaran tunai 

Belian tunaiKadar bayaranGajiBelanja amSewa kedaiLengkapan kedai Ansuran bank

6 000

1504501002 400--

8 000

150450100-2 500-

7 500

150450100--400

Jumlah Pembayaran 9 100 11 200 8 600

Lebihan (kurangan) 26 400 10 800 10 600

Baki akhir 26 400 37 200 47 800

8/12/2019 Bab 4 Kewangan - Perancangan Dan Ramalan Kewangan

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-kewangan-perancangan-dan-ramalan-kewangan 12/12

  RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 

12

TUGASAN 1

Koperasi SMK Taman Jati telah menyediakan anggaran kewangan bagi tiga bulan berakhir 31Ogos 2012. Anggaran tersebut adalah seperti berikut:

i) Baki tunai pada 1 Jun 2012 adalah RM 3 600.ii) Jualan tunai bagi bulan Jun berjumlah RM 10 000 dan dijangka akan bertambah pada tiap-

tiapbulan sebanyak 10% daripada jualan bulan sebelumnya.

iii) Belian kredit bulan Julai berjumlah RM 6 500 dan akan dibayar pada bulan Ogos.iv) Koperasi menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Pembangunan Koperasi sebanyak

RM 5 000 pada bulan Julai.v) Pada bulan Jun koperasi menerima 150 orang ahli baru. Bayaran masuk dikenakan RM 5

seorang.vi) Belanja bulanan yang tidak berubah:

RM

Sewa 250

Kadar bayaran 120Pelbagai belanja 180

vii) Pada akhir bulan Ogos koperasi dijangka akan membeli sebuah mesin fotostat berhargaRM 4 000.

Sediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Ogos 2012.

TUGASAN 2

Syafiq Enterprise menganggarkan jualan dan belian bagi tiga bulan akan datang, iaitu dari

bulan Februari hingga bulan April 2013. Pengalaman lalu menunjukkan bahawa jualan tunaiperniagaan adalah 20%, manakala selebihnya adalah jualan kredit yang dipungut sebulankemudian.

 Apabila membuat belian inventori, Syafiq biasanya membayar 50% pada masapembelian dan bakinya dibayar pada bulan yang berikutnya. Belanja upah setiap bulan yangdijangkakan adalah 10% daripada jualan bulan yang sama. Belanja pengangkutan sebulanadalah RM 4 000 dan belanja pentadbiran dianggarkan sebanyak RM 25 000 sebulan.

Encik Syafiq bercadang untuk membeli sebuah lori kecil yang berharga RM 60 000secara sewa beli pada bulan Februari. Perjanjian sewa beli tersebut memerlukan bayaran mukasebanyak 20% pada masa pembelian dengan ansuran bulanan sebanyak RM 2 000 bermulapada bulan Mac. Setelah mendapat lori baru, Encik Syafiq akan menjual lorinya yang lamadengan serta merta. Beliau menganggarkan aliran tunai bersih daripada jualan lori itu adalah

berjumlah RM 5 000.Baki tunai pada akhir bulan Januari ialah RM 10 000. Jualan dan belian untuk bulan

Januari masing-masing ialah RM 100 000 dan RM 70 000. Anggaran jualan dan belian untuk tigabulan akan dating adalah seperti yang berikut:

Bulan Jualan (RM) Belian (RM)

Februari 120 000 80 000

Mac 160 000 60 000

 April 100 000 60 000

 Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan yang berakhir30 April 2013.