bab 4pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik dimsia

39
BAB 4 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Upload: ihsan-ehh-sun

Post on 10-Nov-2015

123 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sdfbvsgzvzsdrxfbvdfxbvfxbfx

TRANSCRIPT

  • BAB 4 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

  • OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1.Memahami konsep pembangunan dan modenisasi dalam masyarakat. 2.Membincangkan latar belakang sejarah pembangunan ekonomi di Malaysia. 3.Menjelaskan dasar-dasar pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

  • 4.1 KONSEP PEMBANGUNAN DAN MODENISASI Pembangunan sering kali dikaitkan dengan proses modenisasi, iaitu satu proses untuk merubah atau mentransformasikan kehidupan masyarakat dari segenap sudut. Modenisasi selalunya diukur berdasarkan kepada perubahan dan pencapaian yang berlaku dalam masyarakat dari aspek ekonomi, politik, sosial, sains dan teknologi. Kejayaan atau kegagalan untuk membawa modenisasi kepada sesuatu bangsa atau negara bergantung kepada falsafah pemikiran dan matlamat pembangunan yang didokong.aspek material dan spiritual mesti disatukan dan diseimbangkan bagi menuju ke arah kebahagiaan yang sebenarnya. Realitinya, dalam tempoh lebih kurang dua ratus tahun yang lalu, konsep pembangunan dan modernisasi masih terikat kuat dengan tradisi sekularisme barat.

  • Shamsul (2006), melihat dua aspek utama yang menjadi asas kepada modenisasi iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik. Merubah tahap kehidupan dan membangunkan masyarakat.

  • 4.2 KOMPONEN EKONOMI: MATLAMAT, METOD, UKURAN PENCAPAIAN Ilmu ekonomi sudah ada dalam masyarakat sejak 2500 tahun dahulu.matlamat kewujudan ilmu ini belum lagi tercapai walaupun arus kemajuan telah melonjak begitu hebat sejak berlakunya revolusi industri kira-kira 200 tahun lalu.

    Perkembangan yang berlaku dalam ekonomi sering kali dikaitkan dengan tahap perkembangan fikiran manusia. Komponen, matlamat, metode dan ukuran pencapaian ekonomi juga seringkali berubah dan berbeza mengikut ideologi yang didokong.

  • Komponen ekonomi boleh bersandarkan kepada aspek pengeluaran, pertukaran, pengagihan harta kekayaan, peralatan yang digunakan dan sebagainya.Jika matlamat ekonomi itu adalah untuk meningkatkan pendapatan negara, maka kaedah yang boleh menambahkan pendapatan rakyat akan digunakan.

    Pembangunan ekonomi hanya akan menjadi lebih bermakna jika matlamat atau tujuan ditetapkan dan mengambil nilai-nilai yang ada dalam masyarakat. Benjamin Ward (1972), menyatakan bahawa pertimbangan nilai adalah sesuatu yang sangat penting untuk membolehkan kita mengklasifikasikan tentang apa yang bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam masyarakat. Pertimbangan nilai juga digunakan sebagai asas kepada konsep keluaran negara kasar (KDNK) untuk mengukur output dan sekaligus menjadi pengukur kepada prestasi ekonomi dan kebajikan.

  • 4.3 KOMPONEN POLITIK: MATLAMAT, METOD, UKURAN PENCAPAIAN Politik boleh; menjadi faktor penentu kepada pembangunan dan modenisasi. berperanan dalam menentukan dasar dan arah tuju sesebuah kerajaan yang memerintahmembangunkan sosio-ekonomimembina negara (state-building)membinanegara-bangsa (nation-state).

    Secara umumnya, membina dan membangunkan negara dan negara-bangsa merupakan masalah utama yang dihadapi oleh sesebuah negara selepas mencapai kemerdekaan.

  • 4.4 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia harus dilihat dari pelbagai sudut khususnya dari perspektif sejarah perkembangan dan pembangunan negara ini sendiri. Untuk mengetahui asas, matlamat dan nilai sebenar pembangunan ekonomi ini dilaksanakan dan hubungannya dengan penggubalan dasar-dasar negara. Fakta sejarah ini perlu difahami oleh semua lapisan kelompok etnik yang ada untuk mewujudkan satu aliran mobiliti sosial yang tenang dan tenteram dalam negara ini.

  • 4.4.1 Zaman Sebelum Kemerdekaan (1400 1956) Sistem dan pembangunan ekonomi sebelum kemerdekaan boleh dibahagikan kepada dua peringkat yang utama sebelum kedatangan British (1400 1786) sistem dan matlamat dalam pembangunan ekonomi sebelum kedatangan British.semasa penjajahan British. struktur ekonomi semasa penjajahan British, pemikiran dan tujuan disebalik pembangunannya serta kesan-kesan yang timbul daripadanya.

  • 4.4.2 Sistem dan Pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya Sebelum Kedatangan British (1400-1786) Sistem dan pembangunan ekonomi masyarakat Melayu adalah berkisar kepada sektor pertanian dan juga perikanan. Tiada masalah untuk mencari nafkah - tanah-tanah yang subur dan lautnya dipenuhi dengan ikan. Sumber-sumber dari hutan yang mudah diperolehi. Kebanyakan mereka bekerja sebagai petani, pemungut hasil hutan bahkan ada juga yang melibatkan diri dalam mengeluarkan hasil-hasil bumi.

    Menjalankan urusan pertukaran barangan (barter) keperluan dengan pihak-pihak lain. Beberapa abad lamanya Tanah Melayu telah menjadi pembekal utama hasil-hasil tersebut kepada saudagar-saudagar Arab, India, China dan seterusnya kepada pedagang-pedagang Eropah seperti Belanda dan Portugis.

  • Ini menunjukkan bahawa ekonomi masyarakat Melayu ketika itu bukanlah bersifat tertutup tetapi juga sudah mencapai ke tahap perdagangan antarabangsa.

    Keadaan ini semakin ketara apabila Melaka telah menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan entrepot yang terkenal di rantau Asia ini.

    Pihak pemerintah telah melaksanakan peraturan-peraturan perdagangan selain daripada memberi perkhidmatan untuk menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. Organisasi politik, ekonomi dan masyarakat Melayu yang kurang kompleks ini secara keseluruhannya telah membawa kestabilan dari segi pemerintahan.

  • 4.4.3 Sistem dan Pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya Semasa Penjajahan British Bermula dari tahun 1870an hingga 1950an merupakan era baru kepada perkembangan dan pembangunan ekonomi, politik dan sosial di Tanah Melayu. Mereka telah memperkenalkan dasar-dasar awam mengenai pembangunanPenglibatan kerajaan dalam dasar-dasar yang diperkenalkan adalah di tahap yang paling minimum. Sistem dan pembangunan ekonomi lebih tertumpu kepada industri getah dan bijih timah.

  • Untuk memajukan industri ini, mereka telah membawa masuk tenaga kerja dari Tanah Besar China dan Benua Kecil India. Orang-orang Cina di tempatkan dalam industri bijih timah yang terletak berhampiran bandar-bandarOrang-orang India pula, tenaga mereka digunakan di ladang-ladang getah.Orang Melayu masih kekal dengan pekerjaan tradisi mereka dalam bidang pertanian dan perikanan.

  • Melalui polisi pemerintahan pecah dan perintah (devide and rule) InggerisMerubah struktur kekuasaan politik di Semenanjung Tanah Melayu secara keseluruhannya.Dasar yang diperkenalkan ini menjadi batu penghalang kepada kewujudan satu masyarakat yang bersatupadu. Pembahagian kawasan-kawasan penempatan dan sektor pekerjaan telah menyebabkan ketidakseimbangan kedudukan ekonomi antara kaum dan perbezaan kemajuan di antara wilayah.

  • Matlamat pemerintahan penjajah Inggeris adalah semata-mata untuk memperolehi seberapa banyak hasil daripada negara ini untuk dibawa pulang ke negara mereka. Inggeris telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan perkhidmatan untuk meningkatkan hasil ekonomi dari semasa ke semasa.Inggeris telah menyediakan infrastruktur seperti jalanraya dan keretapi serta memperkenalkan dasar-dasar penghijrahan atau buruh, cukai dan tanah yang longgar sebagai galakan untuk menambahkan pengeluaran.

  • Penglibatan orang-orang Melayu dalam industri bijih timah dan getah tidak digalakkan oleh penjajah. Kekal di dalam kegiatan pertanian untuk menampung keperluan makanan kepada sektor-sektor ekonomi yang lain.

    Pekebun-pekebun kecil getah dari kalangan orang Melayu dikenakan pelbagai sekatan dan hak-hak mereka dinafikan - untuk menjaga kepentingan pelabur-pelabur asing dalam industri tersebut. Pengisytiharan sekatan pengeluaran getah di bawah Rancangan Sekatan Getah Stevenson dan kemudiannya Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa.

  • Implikasi sekatan; orang-orang Melayu secara puratanya masih kekal sebagai petani-petani tradisional di luar bandar. Jurang kemiskinan semakin meluas di kalangan masyarakat yang kemudiannya menimbulkan masalah ekonomi yang tidak seimbang antara kaum dalam fasa-fasa pembinaan negara seterusnya.

  • 4.4.4 Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama Pembangunan ekonomi sebelum merdeka lebih banyak membawa keuntungan dan menjaga kepentingan Inggeris. Sistem dual economy yang lebih tertumpu di kawasan-kawasan yang memiliki sumber ekonomi yang banyak khususnya di bahagian barat Semenanjung. Pantai timur masih kekal dengan kegiatan-kegiatan ekonomi tradisional yang masih mundur. Mengembangkan masyarakat plural yang mempunyai perbezaan agama, keturunan, kebudayaan, pelajaran dan pekerjaan, serta perbezaan jurang ekonomi antara mereka.

    Inilah masalah-masalah sosioekonomi dan politik yang diberi perhatian dalam rancangan pembangunan negara.

  • Rancangan pembangunan negara sebenarnya telah pun bermula sekitar tahun 1950an. Pada tahun 1954, kerajaan telah mendapat perakuan daripada Bank Dunia mengenai pembangunan negara.

    Rancangan Malaya Pertama (1956 - 1960).Peruntukan RM1,100 juta. Mewujudkan satu perancangan pelaburan sektor awam yang berpadu. Projek-projek yang perlu dilaksanakan mengikut keutamaan. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh ekonomi negara.

  • Rancangan Malaya Kedua (1961 1965). Peruntukan sebanyak RM2,150.00 juta.Tumpu kepada pembangunan luar bandar dan penyertaan rakyat jelata. Fokusnya ialah menyediakan infrastruktur yang diperlukan dalam pembangunan ekonomi. Rancangan Malaysia Pertama (1966 1970) Pelan pembangunan penggunaan sumber tenaga dan program-program ekonomi yang lebih teliti.Menentukan hala tuju pembangunan dan matlamat yang perlu dicapai dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Matlamat - agar semua golongan miskin dan tidak bernasib baik dapat merasai nikmat pembangunan dari pertumbuhan ekonomi yang dirangka.

  • Berjaya dari sudut pertumbuhan ekonomi tidak seimbang dari sudut pengagihan pendapatan antara kaum. penggunaan tenaga dan penglibatan dalam sektor ekonomi masih mengikut kaum.

    Melahirkan rasa tidak puas hati seterusnya menjadi penghalang kepada usaha-usaha perpaduan. Berlaku peristiwa 13 Mei 1969

  • 4.4.5 Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua

    Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang wujud. Dasar Ekonomi Baru (DEB) Memperbetulkan ketidakselesaan antara kaum dan ketidakseimbangan di antara wilayah-wilayah. Agenda utama ialah untuk mewujudkan perpaduan negara.Dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971 1975) dengan kos RM7,250 juta.Diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976 1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).

  • Kerajaan berperanan secara langsung dalam melaksanakan rancangan-rancangan yang ditetapkan. Perbadanan-perbadanan awam ditubuhkan untuk mengimbangi peranan pihak swasta yang selama ini mendominasi pembangunan ekonomi negara. Kegagalan pihak swasta untuk membawa pertumbuhan ekonomi yang adil dalam sistem bebas (free enterprise). Syarikat swasta masih diberi insentif untuk sama-sama melibatkan diri dalam pembangunan ekonomi negara.

  • Strategi serampang dua mata Basmi kemiskinan tanpa mengira kaum Rancangan-rancangan yang boleh menambahkan daya pengeluaran dan meningkatkan lagi pendapatan. Menyusunan semula masyarakat. Strategi-strategi yang berkaitan dengan menaikkan taraf kehidupan luar bandar, meningkatkan aktiviti-aktiviti yang seimbang di bandar-bandar, meneroka bidang-bidang baru dalam sektor perdagangan dan perindustrian untuk diceburi oleh kaum bumiputera setanding dengan kaum-kaum lain yang sudah lama melibatkan diri dalam bidang tersebut. Mengambil kira kaum-kaum lain serta menjaga kepentingan pelabur-pelabur asing.

  • Malaysia telah mencapai perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang agak pesat. Pertengahan tahun 1980an memperlihatkan kemelesetan ekonomi yang teruk dihadapi negara. Ini memberi kesan besar kepada usaha untuk mencapai matlamat melalui DEB (INTAN, 1992). Mengkaji semula peranan sebagai penggerak dalam pembangunan ekonomi negara serta dasar-dasar yang dilaksanakan.

  • 4.5 RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA FASA KETIGA Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) - (1991 2000) atau DPN (Dasar Pembangunan Nasional) . Dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Keenam (1991 1995) dan berakhir dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 2000). Matlamat DEB untuk mewujudkan perpaduan negara masih diteruskan.Fokus DPN meliputi etnik-etnik yang ada, golongan kaya dan miskin dan antara wilayah.

  • Antara pendekatan dalam DPN: (i) Memberi tumpuan yang lebih terhadap usaha pembasmian kemiskinan di kalangan golongan miskin tegar di samping mengurangkan kemiskinan relatif. (ii) Memberi perhatian kepada pembinaan sebuah masyarakat bumiputera yang berorientasikan perdagangan dan perindustrian. (iii) Melibatkan penyertaan sektor swasta dengan lebih aktif dalam proses penyusunan semula masyarakat. (iv) Memberi lebih penekanan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika agar matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama dapat dicapai (INTAN 1992).

  • Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRPJ3) - (2001 2010) atau DWN (Dasar Wawasan Negara) - (2001 2020)Dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 2005) dan akan berakhir dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 2010). Wujud Dasar Wawasan Negara (DWN) iaitu gabungan DEB dan DPN - menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dalam semua bidang mengikut coraknya yang tersendiri. Matlamat utama untuk mencapai perpaduan nasional diteruskan dengan tumpuan terhadap usaha membasmikan kemiskinan yang meliputi semua kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang antara kaum dan wilayah.

  • Dasar Wawasan Negara ;Fasa pertama - tumpuan kepada pembangunan yang bercorak fizikal - kemudahan infrastruktur yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial. Fasa kedua (2006 2020), tumpuan akan diberikan pula kepada aspek pembangunan insan. Enam cabaran yang digariskan dalam Rancangan Malaysia kesembilan: (i)Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia ke peringkat yang lebih cemerlang bagi menghadapi cabaran semasa dan persekitaran yang sentiasa berubah serta tidak menentu. (ii)Memperkuatkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara serta meningkatkan kegiatan inovasi.

  • (iii) Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan dalam ekonomi. (iv) Membangunkan sumber manusia yang mempunyai kemahiran dan berpengetahuan untuk memenuhi permintaan semasa pasaran buruh. (v) Memperhebatkan lagi langkah pembasmian kemiskinan. (vi) Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk memenuhi permintaan rakyat yang semakin bertambah.

  • Projek yang mendapat keutamaan untuk dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (i) Projek yang dapat mengukuhkan daya saing sektor pertanian, pembangunan yang seimbang antara bandar dengan luar bandar serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS). (ii) Projek yang memenuhi keperluan ekonomi dan sosial rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan yang tidak berkeupayaan. (iii) Projek yang memberi kesan pengganda, limpahan yang tinggi, meningkatkan daya pengeluaran dan kecekapan. (iv) Projek yang menyebabkan kebocoran dalam ekonomi seperti komposisi import yang tinggi dan faedah yang kecil perlu diminimumkan. (v) Projek yang mempunyai reka bentuk dan struktur yang lebih bersifat fungsian, dan tidak hanya bertumpu kepada saiz yang besar, cantik dan mewah sahaja bagi mengelakkan kos penyelenggaraan yang tinggi (Zaid Ahmad et al., 2006)

  • 4.6 SEKTOR PERINDUSTRIAN SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN NEGARA MAJU Sektor perindustrian di negara ini telah bermula sejak penjajahan British lagi. Hanya membabitkan industri getah dan bijih timah. Pergantungan kepada dua industri ini telah mendatangkan keadaan tidak stabil kepada ekonomi negara apabila berlakunya kejatuhan harga komiditi tersebut. Pengeluaran yang berlebihan telah mengatasi penawaran di pasaran dunia. Di akhir abad ke-18 industri bijih timah mula merosot jika dibandingkan dengan abad-abad sebelumnya. Industri getah mengalami turun naik harga sehingga memaksa beberapa rancangan sekatan dibuat untuk mengawal harganya daripada terus jatuh.

  • Selepas merdeka kerajaan cuba mempelbagaikan kegiatan ekonomi dengan memberi tumpuan kepada kewujudan industri baru. Peringkat awal (1957-1967), dasar pembangunan perindustrian lebih tertumpu kepada industri-industri gantian import dan keluaran dalam negara. Pertumbuhan perindustrian yang lebih pesat telah dimulakan pada tahun 70an bagi memenuhi keperluan pekerjaan dan DEB yang diperkenalkan. Di tahap kedua (1968-1980), tumpuan diberikan kepada pengeluaran dan peluasan barangan eksport negara disamping memberi galakan kepada pertumbuhan industri ringan, kecil dan sederhana. Selain DEB, beberapa akta telah diperkenalkan seperti Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 dan mewujudkan kawasan perindustrian Zon Perdagangan Bebas 1971.

  • Walau bagaimanapun sektor perindustrian masih mempunyai kelemahannya. Eksport masih terlalu rendah Bergantung kepada industri-industri tertentu sahaja seperti elektrik, elektronik dan tekstil. Kualiti barangan rendah dan tak mampu bersaing dalam pasaran terbuka. Penggunaan teknologi yang masih rendah dan rakyat tempatan tidak menguasai teknologi baru.

    Kelemahan-kelemahan lain yang perlu diperbaiki supaya dapat memberikan sumbangan yang berkesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

  • Pembangunan Perindustrian Malaysia masuk fasa ketiga selapas tahun 80-an Memberi tumpuan kepada sektor perindustrian berat dan industri berasaskan sumber dan teknologi tinggi. Melibatkan modal yang besar - kerajaan sendiri memainkan peranannya secara langsung. Beberapa program telah dilaksanakan; Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) (1983), Pelan Induk Perindustrian Pertama (PIP1) (1985-1995), Plan Induk Perindustrian Kedua (PIP2) (1996-2005) Akta Galakan Pelaburan 1986.

  • KDPM merupakan satu kajian; untuk menyemak dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang sedia ada mengkaji semula rancangan penggalakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport.

    PIP adalah; untuk menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am membantu sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk terus berkembang.

  • 12 sektor industri telah dikenalpasti untuk diberi perhatian. Tujuh adalah industri yang berasaskan sumber tempatan seperti getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, logam bukan ferus dan galian bukan logam. Lima adalah sektor yang bukan berasaskan sumber tempatan seperti elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus serta tekstil dan pakaian.

  • Kerajaan telah memperkenalkan satu lagi dasar iaitu Dasar Industri Berat Negara. Mengurangkan pergantungan negara kepada negara luar dalam mendapatkan bekalan peralatan jentera bagi keperluan dan kegunaan tempatan. Membuka jalan dan peluang kepada pertumbuhan industri-industri kecil dan sederhanaPerbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM)dipertanggungjawabkan untuk mencapai matlamat ini. Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) merupakan salah satu projek utama yang dilaksanakan oleh HICOM disamping projek-projek yang lain.

  • 4.7 KESIMPULAN Kerajaan meletakkan matlamat perpaduan negara sebagai agenda utama dalam melaksanakan dasar-dasar pembangunan negara. Matlamat ini hanya boleh dicapai melalui pembangunan sosioekonomi yang melibatkan pertumbuhan ekonomi, pengagihan pendapatan, kestabilan dan kesejahteraan umum. Usaha ini perlu dijalankan secara berterusan kerana untuk mencapainya bukanlah mudah dan cepat. Dasar-dasar pembangunan juga akan sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai semasa masyarakat dan kerajaan yang memerintah.