bab 6.docx

46
BAB 6 : INSTRUMEN KAJIAN/ALAT PENGUKURAN INSTRUMENTASI DALAM PENYELIDIKAN (QUESTIONNAIRE CONSTRUCTION FOR PREUNIVERSITY RESEARCH) Setelah menyiapkan draf bab pengenalan dan bab tinjauan bacaan, penyelidik seharusnya telah menetapkan masalah penyelidikan dengan sokongan input ilmu pengetahuan dalam bidang penyelidikan yang hendak diperoleh datanya. Langkah seterusnya ialah memilih kaedah penyelidikan yang boleh membantu pengumpulan data bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah disejajarkan sejak pemilihan tajuk lagi. Seperti yang dipersetujui, setelah mengambil kira kawalan sumber dalam kalangan pelajar prauniversiti, hanya kaedah tinjauan dengan sampel bukan rawak bertujuandigunakan. Sehubungan itu, pelajar prauniversiti dikehendaki mentadbirkan item soal selidik yang telah disejajarkan dengan masalah penyelidikan dan input ilmu pengetahuan tadi sekali sahaja dengan sasaran untuk mencapai kadar pengembalian 100%. Perbincangan kali ini bukan sahaja bertujuan menyediakan item soal selidik yang mencukupi dan sejajar, bahkan memberi penekanan terhadap soal etika supaya kelak tidak berbangkit sebarang isu yang boleh memudaratkan mana-mana pihak, terutama penyelidik dan sampel. Dengan itu penyelidik hendaklah memastikan bahawa identiti sampel tidak didedahkan dalam laporan penyelidikan, di samping mendapatkan persetujuan berpengetahuan (informed consent) responden. Konsep Instrumentasi Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrumentasi ialah proses menyediakan alat mengumpul data. Hakikat bahawa pemikiran sebenar seseorang manusia bersifat rahsia, serta sering tersembunyi di "sebalik topeng", maka diandaikan bahawa tingkah laku sebagai mewakili pemikiran. Tingkah laku sampel diukur menerusi pentadbiran alat penyelidikan yang dipilih.

Upload: suhana-idris

Post on 01-Feb-2016

310 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 6.docx

BAB 6 : INSTRUMEN KAJIAN/ALAT PENGUKURANINSTRUMENTASI DALAM PENYELIDIKAN (QUESTIONNAIRE CONSTRUCTION FOR PREUNIVERSITY RESEARCH)Setelah menyiapkan draf bab pengenalan dan bab tinjauan bacaan, penyelidik seharusnya telah menetapkan masalah penyelidikan dengan sokongan input ilmu pengetahuan dalam bidang penyelidikan yang hendak diperoleh datanya. Langkah seterusnya ialah memilih kaedah penyelidikan yang boleh membantu pengumpulan data bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah disejajarkan sejak pemilihan tajuk lagi. Seperti yang dipersetujui, setelah mengambil kira kawalan sumber dalam kalangan pelajar prauniversiti, hanya kaedah tinjauan dengan sampel bukan rawak bertujuandigunakan.

Sehubungan itu, pelajar prauniversiti dikehendaki mentadbirkan item soal selidik yang telah disejajarkan dengan masalah penyelidikan dan input ilmu pengetahuan tadi sekali sahaja dengan sasaran untuk mencapai kadar pengembalian 100%. Perbincangan kali ini bukan sahaja bertujuan menyediakan item soal selidik yang mencukupi dan sejajar, bahkan memberi penekanan terhadap soal etika supaya kelak tidak berbangkit sebarang isu yang boleh memudaratkan mana-mana pihak, terutama penyelidik dan sampel. Dengan itu penyelidik hendaklah memastikan bahawa identiti sampel tidak didedahkan dalam laporan penyelidikan, di samping mendapatkan persetujuan berpengetahuan (informed consent) responden.

Konsep Instrumentasi

Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrumentasi ialah proses menyediakan alat mengumpul data. Hakikat bahawa pemikiran sebenar seseorang manusia bersifat rahsia, serta sering tersembunyi di "sebalik topeng", maka diandaikan bahawa tingkah laku sebagai mewakili pemikiran. Tingkah laku  sampel diukur menerusi pentadbiran alat penyelidikan yang dipilih.

Konsep Kaedah Tinjauan 

Definisi:  proses mendapatkan maklumat secara sepintas lalu menerusi sekali sahaja kutipan data.

Analogi:  umpama foto, menjelaskan situasi pada masa gambar ditangkap.

Andaian:

Page 2: BAB 6.docx

Pola tingkah laku masyarakat sukar berubah secara mendadak, sebaliknya cenderung dipengaruhi kehendak masyarakat ketika itu.

Tatacara:

Penyelidik menyediakan alat untuk  ditadbirkan supaya sampel mengisi maklumat yang sejajar dengan soalan penyelidikan. Data yang diperoleh akan diproses berdasarkan kaedah analisis yang telah dirancang oleh penyelidik. Walaupun teknologi memungkinkan soal selidik ditadbirkan secara dalam talian (online),  mesej pesanan ringkas (SMS) atau mesin faksimili, pelajar prauniversiti dikehendaki menggunakan kaedah klasik, iaitu menggunakan kertas-pensil bagi mengisi set soal selidik yang diedarkan.

Pentadbiran:

Penyelidik muda prauniversiti memilih sampel --> edar set soal selidik yang sama --> kutip semula 100% --> analisis data

Kelebihan Kaedah Tinjauan Soal Selidik

1   Proses memungut data yang cepat, digemari dan mudah untuk ditadbirkan

2   Penyelidik boleh memilih saiz sampel yang besar

3   Keupayaan generalisasi terhadap saiz populasi lebih besar, berkesan dan tepat

4   Fleksibiliti dari segi item soal selidik

Kekurangan Kaedah Tinjauan Soal Selidik

1  Cara sampel memahami item soal selidik mungkin berbeza, bergantung kepada latar belakang pendidikan dan pengalaman

2   Item yang ditadbirkan tidak boleh diubah suai semasa pentadbiran penyelidikan sedang berjalan

3   Kesahan item diragui justeru sampel mungkin memberi jawapan berpandukan tingkah laku yang sampel suka, bukan tingkah laku sampel yang sebenar. 

Tatacara membina item soal selidik

Soal selidik ialah alat mengutip data menerusi kaedah tinjauan, serta ditadbirkan sekali sahaja. Pembinaan item soal selidik hendaklah sejajar dengan tajuk penyelidikan, masalah penyelidikan, soalan penyelidikan dan tinjauan bacaan. Penyelidik boleh mendapatkan kebenaran untuk menggunakan set soal selidik yang pernah digunakan oleh penyelidik lain, mengubah suai instrumen berkenaan,

Page 3: BAB 6.docx

atau membina sendiri item soal selidik itu. Jumlah item dalam set soal selidik mestilah tidak membebankan sampel untuk memberi jawapan, serta tidak membebankan penyelidik apabila tiba masa analisis data.

Format Soal Selidik:

1   Surat makluman - dijadikan muka surat hadapan.

     Masukkan butiran nama dan alamat e-mel penyelidik; organisasi penyelidik (tempat kerja, tempat belajar) harapan penyelidik seperti "menjawab dengan suci hati. Selain itu, nyatakan dengan ringkas bahawa "penyelidikan ini adalah sulit" dan berkonsep tanpa identiti sampel. Surat hendaklah ringkas, serta menggunakan format rasmi.

2   Latar belakang / profil sampel / responden

     bersangkutan maklumat yang diperlukan sahaja -->  agama, jantina, lokasi rumah, dan lain-lain

3    Bahagian item soal selidik

       Disusun secara rawak supaya sampel tidak boleh belajar, atau cuba menetapkan pola jawapan. Sebaik-baiknya sistem penomboran item bermula daripada profil sampel mengikut ertib. Jangan lupa bahawa kesejajaran item dengan bab 1 dan 2 sentiasa dibuat semakan.

Akhiri soal selidik dengan catatan "terima kasih".

Bentuk Item Soal Selidik Respons Tertutup * / Aneka Pilihan  (closed-ended questions)

1   Binari:  Adakah anda memiliki buku teks ekonomi?        Ya   /  Tidak

2   Skala Likert (empat mata):   Buku teks wajib dimiliki setiap pelajar.    Amat setuju /  Setuju  /  Tidak Setuju  /  Tidak pasti

                                                   :  Adakah anda kerap merujuk buku teks?    sentiasa / kadang-kadang / tidak pernah / tidak pasti

                                                    :   Adakah tahap persembahan buku teks anda?   amat baik / baik / sederhana / lemah

3   Thurston:  Nyatakan sumber pemilikan buku teks anda.

                        A.  Beli sendiri buku teks baharu

                        B.  Beli buku teks terpakai

Page 4: BAB 6.docx

                        C.  Pinjam buku kawan

                        D.  Tiada pemilikan

Penyelidik muda prauniversiti digalakkan menggunakan skala Likert empat mata.

* dipilih bagi mewujudkan keseragaman jawapan / memudahkan proses analisis data

Ciri-ciri item soal selidik yang baik

1   Bersesuaian dengan latar belakang dan kesediaan responden (sampel). Item dibina denganjelas, teliti dan tidak berat sebelah.

2   Ruang pilihan jawapan memadai dan jelas. Arahan bulatkan, X atau / mestilah juga jelas.

3   Telah melepasi senarai semak penyelidik, contohnya:

     a)  Adakah item yang dibina sejajar dengan tajuk penyelidikan?

     b)  Adakah item yang dibina dapat memberikan data tentang masalah penyelidikan?

     c)  Adakah item yang dibina menepati objektif penyelidikan?

     d)  Adakah item yang dibina sejajar dengan soalan penyelidikan / hipotesis penyelidikan?

     e)  Adakah item yang dibina merujuk kepada maklumat dalam tinjauan bacaan?

     f)   Adakah item yang dibina sejajar dengan jenis data yang hendak dikutip?

     g)  Adakah item yang dibina telah diklasifikasikan dalam jadual perincian ciri pemboleh ubah?

     h)   Adakah laras ayat dan bahasa yang digunakan telah diuji (dalam kajian rintis)?

      i)   Adakah item yang dibina telah dibincangkan dengan pakar / penyelia / guru akademik tingkatan 6?

     j)    Adakah perkara ketanpanamaan (anonymity) telah dijamin?

     k)   Adakah soalan profil / latar belakang responden diasingkan dalam kategori yang berbeza dengan item soal selidik utama?

Page 5: BAB 6.docx

Perkara Yang Mesti Dielakkan

1   Item soalan yang mengaibkan sampel / membebankan / memudaratkan

2   Item soalan mendedahkan sampel kepada pelbagai risiko: ancaman terhadap pekerjaan, rumah tangga

3   Soalan dua beban (double-barreled): adakah anda memiliki buku teks dan buku rujukan?

4    Soalan panjang lebar, iaitu memasukkan ayat penjelasan dan soalan yang berjela-jela.      (short items are best)

Contoh Jadual Persediaan Pembinaan Item Soal Selidik(format matrik)

Bulatkan pilihan jawapan anda berdasarkan skala:               4  =  amat setuju                                                                                             3  =  setuju                                                                                             2  =  tidak setuju                                                                                             1  =  tidak pasti

Bil     Item (berdasarkan maklumat tinjauan bacaan)                                        Skala  

  1      Buku teks ialah rujukan utama pembelajaran                                          4       3      2     1

   2     Buku teks merangkumi semua kehendak sukatan pelajaran                      4 3      2     1

   3     Format buku teks menarik minat pelajar                                                 4       3      2     1 

    4    Fakta buku teks sentiasa relevan dengan perubahan masa                        4 3       2     1

    5    Guru sentiasa mengingatkan rujukan buku teks                                       4      3       2      1

    6    Soalan peperiksaan digubal berdasarkan buku teks                                   4 3       2      1

    dan item seterusnya...

Semakan Klasifikasi Item

Fakta Tinjauan Bacaan                                  Jumlah Item               Nombor

Page 6: BAB 6.docx

Soalan   Fungsi / kegunaan buku teks                                      6                     1, 6, 13, 18, 22, 26

Masalah pemilikan / pinjaman buku teks                     6                     2, 7, 14, 19, 23, 27

Minat pelajar terhadap buku teks                                6                     3, 9, 16, 21, 25, 29 

dan seterusnya...

Penutup: Sebelum item soal selidik dimuktamadkan untuk pentadbiran penyelidikan

Semak beberapa kali untuk proses penambahbaikan item. Penyelidik boleh meminta pendapat rakan penyelidik yang lain (peer review), atau bertanyakan individu-individu yang mempunyai latar belakang yang serupa dengan bakal sampel / responden. Cara ini dikira sudah memadai bagi penyelidik muda prauniversiti menggantikan kajian rintis yang biasa dilakukan dalam penyelidikan tinjauan skala besar.

Bibliografi

Babbie, Earl  (2010).  The Practice of Social Research. USA: Wadsworth Cengage Learning

Chua Yan Piaw (2006).  Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education

Mohd Najib Abdul Ghafar  (2003).  Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

SUMBER : http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2010/07/instrumentasi-dalam-penyelidikan.html

 ******************************************************************

ALAT KAJIAN Pengutipan data kajian, sama ada kualitatif atau kuantitatif, memerlukan alat-alat kajian untuk menjawab soalan-soalan kajian. Data kualitatif boleh dikutip melalui pemerhatian, soalselidik, penelitian dokumen dan sebagainya. Data kuantitatif dikutip melalui, misalnya, soal selidik, ujian atau inventori.

Pembinaan Alat Kajian Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu, sebelum kajian sebenar dijalankan.

Page 7: BAB 6.docx

Sekiranya kajian menggunakan ujian, ia perlu dirancang dan dibina supaya bersesuaian dengan tujuan dan objektif kajian.Sesuatu ujian yang dibina dengan baik akan memberi ukuran variable dengan tepat/sah. Data yang dikutip ini akhirnya akan dianalisis dan hasilnya akan ditafsir  oleh pengkaji. Justeru, ketepatan data kajian amatlah penting disebabkan penakrifan yang betul bergantung kepada data yang tepat.

—  Proses pembinaan alat kajian boleh dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu(a) menentukan objektif alat kajian, dan(b) menentukan kandungan alat kajian, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah. Menentukan Objektif Ujian—  Sesuatu ujian perlu dibina mengikut objektifnya, iaitu apakah yang kita ingin tahu tentang responden kajian kita. Objektif tingkah laku yang ingin diukur hendaklah dinyatakan dengan jelas dan ia hendaklah boleh dicapai (realistic).—  Contoh objektif ujian ialah "Murid dapat menjelaskan bentuk muka bumi kampung/taman perumahannya". Ujian juga boleh digunakan untuk mengukur kecerdasan murid-murid.

—  Kajian Rintis—  Kajian rintis adalah kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan yang bertujuan untuk memestikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang munkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Kajian ini dijalankan ke atas sekumpulan responden yang setara dengan responden kajian sebenar, iaitu dari segi lokasi, seting dan profit responden (contohnya, umur, jantina dan sebagainya.). Selepas ujian rintis dijalankan, soal selidik perlu dimurnikan mengikut maklum balas yang diperoleh.Menurut Cohen, Manion dan Morrison (2000), fungsi kajian rintis ke atas soal selidik (questionnaire) adalah seperti berikut: —  Menyemak kejelasan item-item, arahan dan dan susun atur (layout) soal selidik.

—  Mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item soal selidik.

—  Mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item dan format jawapan.

—  Mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup.

—  Mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik.

—  Menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.

—  Mengenal pasti item-item yang tidak berkaitan dalam soal selidik.

Page 8: BAB 6.docx

—  Menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer.

 Sumber :http://whatta.org/kelas/mod/page/view.php?id=96

 ##############################################

INSTRUMEN • Instrumen digunakan untuk memungut data kajian.• Instrumen boleh berbentuk :      – Dibina sendiri oleh pengkaji.      – Diubah suai daripada instrumen kajian terdahulu      – Menggunakan instrumen standard yang sedia ada.

Instrumen Kajian Kuantitatif• Jenis-jenis instrumen kajian kuantitatif yang kerap digunakan:– Soal selidik    • Soal selidik persepsi / sikap    • Inventori konstruk psikologi– Ujian    • Ujian prestasi/pencapaian    • Ujian diagnostik    • Ujian amali– Senarai semak    • Senarai semak perlakuan guru semasa mengajar

 Instrumen Kajian Kualitatif• Penyelidik adalah instrumen utama dalam kajian kualitatif• Kaedah yang biasa digunakan:– Temubual

Page 9: BAB 6.docx

   • Temubual berstruktur   • Temubual separa berstruktur   • Temubual tidak berstruktur– Pemerhatian   • Pemerhatian sebagai peserta (Participant observer)   • Pemerhatian penuh (Complete observer)– Dokumen   • Hasil kerja pelajar   • Diari/jurnal reflektif   • Buku kedatangan pelajar

 Kesahan• Secara amnya, kesahan mencerminkan darjah ketepatan semasa mengukur/memerhati apa yang hendak diukur/ diperhati.• Dalam kajian kuantitatif, kesahan instrumen menentukan sejauh manakah ia dapat mengukur apa yang hendak diukur• Dalam kajian kualitatif, kesahan menentukan sejauh mana pengkaji melaksanakanpemerhatian dan interpretasi dengan tepat dan benar.

Kebolehpercayaan• Dalam kajian kuantitatif, kebolehpercayaan menggambarkan sejauh manakah pengukuranmelalui sesuatu instrumen adalah konsisten dan stabil– Konsistensi dalaman (Cth: Cronbach Alpha)– Stabiliti (Cth: Test-retest reliability)

• Dalam kajian kualitatif, kebolehpercayaan

Page 10: BAB 6.docx

menggambarkan sejauh manakah pengkaji melaksana dan melapor secara eksplisit prosedurkajian dengan benar dan jitu.– Berkaitan dengan isu “credibility”, “dependability” dan“transferability”

Sumber : http://norkhatimah.smkbt.com/pluginfile.php/170/mod_page/content/20/Metodologi%20Kajian%20I.pdf

********************************************************************************************************

 

Skala Pengukuran (Scale of Measurement) Secara umumnya terdapat empat jenis skala pengukuran yang biasa digunakan; nominal, ordinal, interval dan ratio (nisbah).Jenis skala amat penting dalam membezakan jenis analisis pengukuran yang akan dipilih dan digunakan. Oleh itu penyelidik seharusnya perlu membezakan di antara keempat-empat jenis skala pengukuran tersebut.

1. DATA NOMINAL Data nominal boleh diklasifikasikan dalam bentuk kategori, nama ataupun label.  Data nominal merupakan bentuk kategori yang tidak dapat disusun mengikut urutan seperti jantina (lelaki; perempuan).  Walaupun ketika memasukkan data dengan menggunakan SPSS selalunya kita meletakkan nilai 1 bagi lelaki dan nilai 2 bagi perempuan tetapi pada hakikat yang sebenarnya nilai numerik pada kategori tersebut tidak menunjukkan makna

Page 11: BAB 6.docx

yang lelaki lebih tinggi nilainya daripada perempuan. Ini kerana kita tidak dapat melakukan operasi matematik terhadap nilai-nilai tersebut.  Antara contoh lain bagi data yang berbentuk nominal ialah budak ceria=1; budak tidak ceria=2.

 2. DATA ORDINAL Data ordinal sebenarnya lebih kurang sama seperti data nominal. Apa yang membezakan ialah data ordinal boleh disusun mengikut urutan.   Walaubagaimanapun, data ordinal tidak boleh mengukur perbezaan di antara dua data. Dengan kata lain, data ordinal boleh memberikan nilai numerik tetapi tidak dapat melakukan operasi matematik.  Sebagai contohnya bagaimana penilaian anda terhadap sesebuah restoran? Sama ada sangat baik; baik; cukup; kurang. Atau contoh lain, pengundi-pengundi diklasifikasikan sebagai – low income; middle income; high income. Frekuensi penerbangan – tidak pernah; jarang-jarang; kadang-kadang; selalu.

3. DATA INTERVAL 

Manakala data interval atau sela sama juga seperti data ordinal (data yang boleh disusun).  Namun perbezaan kedua-duanya ialah mengenai data bermakna dan boleh diukur. Contohnya senarai suhu-suhu didi bagi cecair yang berbeza; kita boleh tahu sama ada suhu didih cecair A > (lebih tinggi) daripada suhu didih cecair B. A=212 darjah; B=284 darjah. Oleh itu B > daripada A.  Nilai sifar (0) bersifat arbitrari (tidak menggambarkan kosong secara mutlak).

4. DATA RATIO (NISBAH) 

Data ratio (nisbah) sama seperti data interval tetapi nisbah memberi makna yang mana data ratio mempunyai nilai kosong secara mutlak.  Sebagai contohnya nilai kosong dapat digambarkan sebagai tidak ada kuantiti seperti jika seseorang tidak bekerja maka gajinya RM0.00.

Page 12: BAB 6.docx

Antara contoh lain untuk lebih kita faham mengenai data ratio; 4 orang dipilih secara rawak ditanya tentang duit yang mereka bawa – hasilnya RM21, RM50, RM65, RM300 – boleh disusun mengikut urutan (RM21> RM50> RM65> RM300). Bolehkah kita mengira nisbah? Ya, boleh. Sebab RM0 merupakan nilai yang paling minimum. Ini bermakna individu yang mempunyai RM300 – mempunyai 6 kali ganda daripada individu yang mempunyai RM50.  Contoh lain yang sering menggunakan data ratio ialah umur, skor ujian dan juga jumlah jam belajar sesuatu ujian.

Apa yang penting untuk kita mengenal pasti setiap data tersebut? Terdapat dua sebab;

i. jenis skala tersebut memberikan kita maklumat data yang berbeza. Justeru, amat penting bagi penyelidik untuk memilih jenis data yang dapat memberikan maklumat yang lebih banyak agar persoalan penyelidikan dapat dijawab dengan baik.

ii. melalui jenis skala pengukuran, kita dapat mengenal pasti jenis analisis data yang dapat digunakan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Justeru, jenis skala pengukuran amat berkait rapat dengan pembentukan instrumen soal selidik kajian; jenis skala apa yang kita nak guna bagi menjawab persoalan kajian. Oleh itu terdapat prosedur statistik yang tidak sesuai untuk digunakan jika jenis skala yang digunakan tidak tepat.

Sumber : http://rosma212.wordpress.com/2011/09/09/skala-pengukuran-scale-of-measurement/

Page 13: BAB 6.docx

Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK. Bolong, Tuaran--> 

BAB                                PERKARA                                     MUKA SURAT

BAB 1                        PENGENALAN                                                      

                            1.1     Pendahuluan                                     4

                            1.2     Latar Belakang Kajian                         5 - 6

                            1.3     Pernyataan Masalah                            6 - 7

                            1.4     Persoalan Kajian                                7            

                            1.5     Tujuan Kajian                                    7

                            1.6     Objektif Kajian                                   8

                            1.7     Hipotesis Kajian                                  8

                            1.8     Definisi Operasional                            9-10

                            1.9     Signifikan Kajian                                 10     

                           1.10    Limitasi Kajian                                    11

                            1.11    Rumusan                                          11

BAB 2             SOROTAN KAJIAN

                            2.1     Pengenalan                                        12

                            2.2     Konsep Pembelajaran Main Peranan      12

                            2.3     Teori                                                 13 - 14

                            2.4     Model                                                15-17

                            2.5     Kajian Lepas

                                      2.5.1   Kajian Dalam Negara                18-19

                                      2.5.2   Kajian Luar Negara                   19

                            2.6     Kerangka Konseptual                            20

                            2.7     Penutup                                              20

Page 14: BAB 6.docx

BAB 3                        METODOLOGI KAJIAN

                                   3.1     Pengenalan                                  21

                            3.2     Pendekatan Kajian                               21 - 22

                            3.3     Populasi dan Sampel Kajian                  22-23

                            3.4     Instrumen Kajian                                          23

                                      3.4.1   Set Borang I Soal Selidik Peribadi        24-25

                                               Responden

                                      3.4.2   Set Borang II Soal Selidik Responden   25-26

                                      3.4.3   Set Ujian Pra                                     26

                                      3.4.4   Set Ujian Pos                                    26-27

                            3.5     Prosedur Kajian                                           28

                            3.6     Prosedur Penganalisisan Data                        28

                            3.7     Penutup                                                     28                        

                            BIBLIOGRAFI                                                    29-30

                                        

                                              

Bab 1 : Pengenalan

1.1  Pendahuluan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan

fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka

dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh

tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu

mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan

Page 15: BAB 6.docx

bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai

kebolehan dan minat.

Kepentingan melahirkan individu yang cemerlang jasmani, rohani dan intelek

adalah matlamat utama Falsafah Pendidikan Negara dan ia seharusnya menjadi

misi utama setiap entiti yang terlibat dalam pendidikan. Oleh yang demikian, segala

perancangan pendidikan semestinya perlu bertunjangkan kepada misi yang penting

ini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang benar-benar berkesan perlu diberi

perhatian untuk dilaksanakan kerana kaedah yang berkesan akan mempu

membantu pelajar, guru, sekolah dan seterusnya kementerian untuk mencapai

matlamat yang telah pun digariskan suatu masa dahulu.

Arus pembangunan globalisasi menuntut sistem pendidikan agar lebih

dinamik dan sentiasa peka pada keperluan murid. Proses globalisasi telah

menjadikan dunia kita semakin kecil dan mencabar. Sekiranya kita tidak

melipatgandakan usaha dan mempertingkatkan daya saing, sudah pasti kita akan

jauh ketinggalan di belakang. Maka pemantapan harus dibuat dalam sistem

pendidikan sehingga ke akar umbi iaitu diperingkat proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) di dalam kelas agar sistem pendidikan yang dinamik yang

mampu melahirkan individu yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek

dapat diwujudkan.

1.2      Latar Belakang Kajian

Walau sebaik mana pun seseorang pelajar dapat mendengar dan memahami

sesuatu bahasa baru, namun ia belum menentukan pelajar tersebut boleh bertutur

dalam bahasa baru tersebut. Fakta menyatakan bahasa seseorang pendengar boleh

membezakan bunyi tidak selalunya diikuti dengan pertuturan yang lancar.

Pengkaji juga mendapati seseorang yang bukan penutur asal bahasa inggeris

akan memerlukan masa yang lama untuk belajar bahasa inggeris ini. McDonough

dan Show (1993)  dalam kajian mereka mendapati seseorang penutur yang bukan

Page 16: BAB 6.docx

asal enggan menggunakan strategi bahasa mereka apabila bertutur bahasa asing.

Tambahan pula, sesetengah pelajar mungkin mampu bertutur bahasa inggeris

dengan sempurna sekiranya diberi stimulus di dalam kelas , tetapi dalam konteks

kehidupan yang sebenar, mereka tidak dapat berhadapan dengan situasi sebenar di

mana mereka perlu bertutur dalam bahasa inggeris. Masalah ini bertambah parah

apabila kaedah mengajar yang digunakan dalam bahasa inggeris juga tdak tepat

kerana guru lebih mendedahkan pelajar kepada ‘listening’ dan ‘speaking’ pula

kurang diberi penekanan. Kesannya, pelajar kurang beri perhatian pada

kemampuan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Curran (1972), dalam kajiannya mendapati sesetengah pelajar yang

mempelajari bahasa asing selalunya takut dan bimbang seterusnya menyukarkan

pembelajaran bahasa asing tersebut. Hal ini menunjukkan adalah perlu untuk

mengambil kira faktor-faktor psikologi sebelum memulakan kelas ‘speaking’. Ia

menjadi tanggungjawab guru untuk mencipta fasilitatif, kelas yang selesa untuk

pembelajaran Bahasa Inggeris. Ramai pengkaji yang percaya bahawa aktiviti main

peranan (Role Play) mampu memperbaiki kebolehan pelajar berkomunikasi dalam

bahasa inggeris. Stern (1980) menyatakan bahawa kaedah main peranan adalah

kaedah yang penting dalam pengajaran bahasa asing. Maka kajian ini bertujuan

untuk memperkenalkan kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

inggeris seterusnya menjelaskan keberkesanan kaedah ini dalam proses P&P.

1.3      Pernyataan Masalah

Berdasarkan pengalaman pengkaji, ramai pelajar dalam kelas pada masa kini

teragak-agak untuk bertutur dalam bahasa inggeris walaupun mereka sebenarnya

cekap dalam bahasa itu.

Apabila pelajar-pelajar diarah untuk bertutur dalam bahasa inggeris, mereka kurang

yakin untuk bercakap kerana beberapa masalah. Berdasarkan pemerhatian

Page 17: BAB 6.docx

pengkaji, punca utama kepada masalh ini adalah persekitaran yang tidak

menggalakkan di luar kelas untuk mereka bertutur dalam bahasa inggeris. Pengkaji

juga mendapati bahawa penekanan yang diberi kepada kaedah mendengar dalam

bahasa inggeris juga sebelum ini juga menyumbang kepada ketidakyakinan pelajar

untuk bercakap dalam bahasa inggeris. Selain itu juga, pengkaji mendapati bahawa

guru tidak menyediakan aktiviti yang tertumpu pada oral turut menyumbang pada

masalah ini.seterusnya, pengkaji juga mendapati bahawa pengajaran ‘speaking’ di

dalam kelas juga kurang menarik.

McDonough and Show (1993) dalam kajian mereka mendapati dalam banyak

konteks, kemampuan seseorang bertutur seringkali dinilai sebagai ‘face value’.

Dalam perkataan lain, seseorang itu itu lebih dinilai kebolehannya dalam kemahiran

bertutur daripada kemahiran-kemahiran lain seperti mendengar dan menulis.

Tambahan pula, strategi pengajaran pada masa kini seharusnya menumpukan

perhatian pada pembentukan aktiviti pembelajaran yang fokus pada aktiviti yang

melibatkan pelajar saling berbincang dan berkongsi tentang situasi kehidupan

sebenar. Namun, kelas ‘speaking’ dalam Bahasa Inggeris tidak menekankan aktiviti

seperti ini. Maka, kaedah main peranan mampu meletakkan pelajar dalam satu

persekitaran yang akan menggalakkan mereka untuk mengenepikan rasa malu,

membina keyakinan diri mereka, dan menjadikan pelajar-pelajar saling berbincang

dan berkongsi pelbagai perkara dalam konteks kehidupan sebenar.

1.4 Persoalan Kajian.

Persoalan dalam kajian ini adalah seperti berikut;

1.    Adakah penggunaan kaedah Main Peranan berbanding kaedah tradisional berkesan

dalam meningkatkan minat dan pemikiran kritis pelajar dalam mata pelajaran

Bahasa Inggeris?

Page 18: BAB 6.docx

2.    Apakah perbezaan kesan kumpulan dengan kaedah Main Peranan dan kesan

kumpulan dengan kaedah tradisional dalam pembelajaran Bahasa Inggeris?

3.    Apakah gaya pembelajaran yang digunakan pelajar sebelum dan selepas

pelaksanaan kajian?

1.5 Tujuan kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat kesan kaedah pengajaran secara main

Peranan dan pengajaran dengan menggunakan kaedah tradisional terhadap murid-

murid tahun empat dalam meningkatkan pencapaian dan minat mereka dalam

proses P&P. Kesan kedua-dua kaedah pengajaran ke atas minat dan pencapaian

murid dalam proses P&P diuji.

1.6 Objektif kajian

Objektif khusus kajian ini adalah untuk ;

1.    Mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah main peranan berbanding

kaedah tradisional terhadap minat dan pencapaian murid dalam mata pelajaran

Bahasa Inggeris.

2.    Menentukan perbezaan kesan kumpulan dengan kaedah pembelajaran kaedah Main

Peranan dan kaedah tradisional  dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam

kalangan murid tahun enam.

3.    Mengenal pasti gaya pembelajaran yang digunakan oleh murid sebelum dan selepas

pelaksanaan.

Page 19: BAB 6.docx

1.7  Hipotesis Kajian

Sebanyak 2 hipotesis telah dikemukakan berdasarkan tujuan pengkaji menjalankan

kajian ini. Hipotesis null yang dikaji adalah seperti berikut;

    I.        Hipotesis 1 (HO1)

Tidak terdapat perbezaan antara minat pelajar yang menggunakan kaedah Main

Pernan dalam pembelajaran mereka berbanding minat murid yang menggunakan

kaedah tradisional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

    II.        Hipotesis 2 (HO2)

Tidak terdapat perbezaan antara pencapaian murid yang menggunakan kaedah

Main Peranan dalam pembelajaran mereka berbanding pencapaian murid yang

menggunakan kaedah tradisional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

1.8 Definisi Operasional

   1.8.1  Keberkesanan

Keberkesanan merujuk kepada perihal berkesan atau berkesannya sesuatu

tindakan atau perbuatan (Kamus Dewan, 2005 : 772). Keberkesanan dalam konteks

kajian ini  merujuk kepada kejayaan penggunaan kaedah Main Peranan dalam

meningkatkan pencapaian serta minat murid dalam mata pelajaran Bahasa

Inggeris.

   1.8.2  Kaedah Pembelajaran Main Peranan.

Kaedah Main Peranan atau ‘Role Play’ adalah satu bentuk pendekatan pendidikan,

lazimnya dirujuk sebagai konteks yang sama dengan permainan dan

simulasi. Menurut Marlyna Maros (2007), kaedah main peranan lebih mirip kepada

data interaksi semulajadi kerana adanya perbualan atau sekurang-kurangnya

Page 20: BAB 6.docx

ujaran lisan daripada subjek. Terdapat sekurang-kurangnya empat cara

pengumpulan data dalam kaedah ini iaitu (a) lakonan semula, (b) temu ramah

lakonan , (c) lakonan benar, dan (d) olahan skrip bertulis. Menggunakan

kaedah Role Play dalam latihan melibatkan 5 langkah iaitu (1) memilih isu; (2)

menghidupkan dan memilih karakter; (3) membina forum; (4) membuat keputusan

– atau tidak; dan (5) menyimpulkan latihan.

   1.8.3           Minat

Menurut Kamus Dewan (2002), minat merujuk kepada keinginan (kesukaan,

kecenderungan) kepada sesuatu. Minat adalah kata sifat yang menjelaskan

kecenderungan seseorang menyatakan keinginan hatinya kepada sesuatu perkara

melalui perubahan emosi dalamannnya setelai merasai melalui pancaindera

(melihat, rasa, bau). Apabila ada minat terhadap sesuatu seseorang itu akan cuba

memilikinya.

   1.8.4          Pencapaian

Pencapaian bermaksud keputusan ujian mata pelajaran Bahasa Inggeris yang

diperolehi oleh pelajar setelah selesai menjalani ujian yang dikendalikan oleh

pengkaji. Pengkaji menggunakan topik merangkumi sukatan pelajaran Bahasa

Inggeris Tahun Enam.

   1.8.5           Murid

Murid ialah orang yang belajar seperti murid sekolah rendah, sekolah menengah

dan sebagainya (orang yang menyelidik ilmu) (Kamus Dewan: 2002). Murid dalam

konteks kajian ini merujuk kepada murid tahun enam dalam mata pelajaran bahasa

inggeris yang mnuntut di SK. Bolong Tuaran.

1.9  Signifikan Kajian

Page 21: BAB 6.docx

Kajian ini penting kepada para guru Bahasa Inggeris sebagai asas kepada pemilihan

aktiviti P&P yang berkesan dalam bilik darjah. Selain itu, kajian ini juga penting

kepada kementerian pelajaran sebagai penentu dasar pendidikan dan juga kepada

para penyelidik di luar sana. Dapatan kajian ini juga penting dalam meningkatkan

mutu dan keberkesanan sistem pendidikan agar mampu melahirkan individu-

individu yang mempunyai kemahiran secara holistik. Kajian ini juga dapat

membantu murid dalam mengenal pasti corak pembelajaran sebenar yang mampu

meningkatkan minat dan prestasi serta kemampuan  mereka bertutur dalam mata

pelajaran Bahasa Inggeris.

1.10  Limitasi Kajian

Kajian ini hanya melibatkan murid-murid tahun Enam di Sekolah Kebangsaan

Bolong, Tuaran sahaja dan laporan kajian hanya sahih dalam konteks sekolah ini

sahaja. Selain itu, kajian ini juga hanya tertumpu pada kaedah Main Peranan dalam

proses P&P. Kajian ini juga hanya melihat kesan kaedah Main Peranan dari sudut

minat dan pencapaian murid dari aspek kebolehan bertutur Bahasa Inggeris dalam

proses P&P.

1.11   Rumusan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah Main Peranan terhadap

minat dan pencapaian pelajar dalam komunikasi bagi mata pelajaran Bahasa

Inggeris. Semoga dengan pembaharuan dan pengubahsuaian yang sesuai,

diharapkan kaedah ini akan dapat meringankan tekanan kepada guru dan hasilnya

kelak dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang bahasa dan

komunikasi.

Page 22: BAB 6.docx

Bab 2 : Sorotan Kajian

2.1      Pengenalan

Bab ini akan membincangkan teori, konsep serta kajian-kajian yang berkaitan

dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran main Peranan. Tinjauan kajian

tertumpu kepada aspek yang menjadi fokus kepada pengkaji, iaitu aspek

pembelajaran Main Peranan dan kesannya terhadap minat dan pencapaian murid

bagi matapelajaran Bahasa Inggeris.

2.2  Konsep pembelajaran Main Peranan

Kaedah Main Peranan adalah satu metode yang berasal dari sosio drama yang

boleh digunakan juga untuk membantu pelajar memahami aspek yang lebih halus

tentang sastera, kajian sosial, dan juga beberapa aspek dalam sains dan

matematik. Kaedah ini juga boleh membantu dalam meningkatkan minat pelajar

dan meningkatkan penglibatan murid, bukan sahaja dalam pembelajaran tentang

sesuatu perkara, malah pembelajaran untuk mengintegrasikan pengetahuan ke

dalam tindakan dengan menyelesaikan masalah, mengeksplorasikan alternative,

dan melakukan penyelesaian yang kreatif ( Blatner, 2002). Menurut Brierly,

Page 23: BAB 6.docx

Devonshire dan Hillman (2002) dalam Pollock (2006), teknik Main Peranan juga

akan meningkatkan fungsi pengetahuan; kombinasi pengetahuan asas,

pengetahuan tentang prosedur ( mengetahui bagaimana – memiliki kemahiran )

dan pengetahuan kondisi ( mengetahui tentang persekitaran untuk menggunakan

kemahiran tersebut). Kaedah Main Peranan  mencipta satu persekitaran yang

menggambarkan realiti sebenar dan ia memudahkan pelajar untuk menggunakan

pemahaman mereka tentang sesuatu situasi. Murid-murid mendapat gambaran

sebenar dalam isu-isu yang dibincangkan dalam kelas seterusnya

memperkembangkan kemahiran praktikal profesional.

2.3      Teori

Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum

pembelajaran yang dihasilkan daripada ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-

teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar

dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan

teknik mengajar untuk mencapai objektif pengajaran.

2.3.1 Teori Pembelajaran Main Peranan

Teori utama yang digunakan dalam kajian ini adalah teori konstuktivisme.

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah

lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat

sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh

dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid

perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing.

Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh

Page 24: BAB 6.docx

belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu

skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi

proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti

yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah

realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan

pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus

mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat

baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan

kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan

dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme

yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula

dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Rutherford dan Ahlgren

berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua

perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan

miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau

kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka

mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan

bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau

juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Dari persepektif epistemologi yang disarankan

dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam

teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara

melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur

dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan

Page 25: BAB 6.docx

pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema

pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah

tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada

pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

2.4  Model

Pelbagai model dibina untuk memberi panduan kepada guru ke arah mewujudkan

proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Sistem penyampaian ialah

kaedah di mana maklumat dibawa daripada sumber ke penerima dan sebaliknya

untuk tujuan pengajaran. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengambil satu model

kajian yang dikemukakan oleh Heinich dan rakan-rakan (1999).

         Model yang digunakan merupakan model ASSURE. Model ASSURE ialah

akronim bagi menghuraikan prosedur dalam memilih dan mengguna media

pengajaran secara umum. Terdapat 5 komponen yang dapat dihuraikan daripada

model tersebut iaitu A-Analyze Leaners, S-State Objectives, S-Select Methods,

Media and Materials, U-Utilize Media and Materials, R-Require Leaner Perticipantion,

E-Evaluate and Revise.

         Dalam kelas, pelajar perlu dianalisis dari segi ciri-ciri umum seperti peringkat

umur, tahap kemahiran intelektual, stail belajar sebelum sesuatu kemahiran dipilih

dan digunakan. Pendekatan yang dipilih hendaklah sesuai dan mengambil kira

kemampuan pelajar.

         Pernyataan objektif dalam merancang sesuatu pengajaran adalah amat

penting. Objektif ialah suatu pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau

Page 26: BAB 6.docx

prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti

pelajaran (Norhashimah, Mazenah & Rose, 1996). Objektif membantu guru

mengenal pasti prestasi yang hendak dibentuk, menyusun strategi pengajaran dan

membentuk kriteria untuk membuat penilaian.

         Dalam komponen memilih kaedah, media dan bahan (select methods, media

and materials) untuk pengajaran, guru perlu menimbang ciri-ciri pelajar, bentuk

objektif, pendekatan pengajaran dan kekangan situasi pengajaran. Guru boleh

mengubahsuai ABM yang dipilih atau mereka membentuk semula supaya menepati

dan sesuai dengan tahap pelajar.

         Model ASSURE mencadangkan agar dalam langkah U (utilize media and

material), guru harus terlebih dahulu mengguna media dan bahan pengajaran

sebelum memulakan pengajaran. Guru perlu mengenal pasti bentuk persiapan

terhadap persekitaran yang perlu disediakan ketika bahan itu digunakan seperti

infrastruktur baik dari segi kedudukan kelas, perkasasan dan perisisan dan jenis

aktiviti yang hendak dijalankan sesuai dengan objektif pelajaran.

         Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan memerlukan penyertaan pelajar

(require leaner participant). Menurut model ASSURE, media pengajaran yang baik

membolehkan penyertaan dan respons pelajar berinteraksi serta mendapatkan

maklum balas. Aktiviti dan teknik pengajaran yang sesuai dilaksanakan dalam kelas

supaya menggalakkan penglibatan pelajar. Ia boleh berlaku secara individu atau

secara kumpulan. Minat dan motivasi kendiri pelajar akan meningkatkan

penglibatan mereka dalam proses pembelajaran.

         Komponen terakhir adalah menilai dan mengulang kaji (evaluate and revise).

Penilaian ini dijalankan bukan sahaja di peringkat penggunaan tetapi di semua

peringkat pengajaran. Aspek strategi penyusunan pengajaran oleh guru seperti

penetapan objektif, respon pelajar, pengamatan serta prestasi pelajar dalam kuiz

dan kemahiran.

Page 27: BAB 6.docx

Rajah2.3: Model ASSURE (Heinich & rakan-rakan, 1999) dalam menentukan

ketepatan dan langkah persediaan dalam pemilihan alat bantu mengajar (model)

                  A      Analyze Leaner

                                                                  (Analisis Ciri-ciri Pelajar)

                  S      State Objectives

                                                                  (Menyatakan Objektif)

                  S      Select Methods, Media and Materials

                                                               (Memilih Kaedah, Media, dan Bahan)

                   U      Utilize Media and Materials

                                                                 (Menggunakan Media dan Bahan)

                  R      Require Leaner Participantion

                                                                 (Memerlukan Penyertaan Pelajar)

                  E       Evaluate and Revise

                                                                 (Menilai dan Mengulang Kaji)

                                                                    

Page 28: BAB 6.docx

 (Heinich & rakan-rakan, 1999)      

2.5 Kajian Lepas

   2.5.1 Kajian Dalam Negara

Menurut kajian yang telah dibuat oleh Naginder Kaur dari Universiti Teknologi Mara

(UiTM) cawangan Perlis, beliau mendapati terdapat hubungan positif antara konsep

diri dengan penyertaan pelajar dalam teknik pembelajaran Main Peranan. Ia boleh

dilihat melalui indikator seperti kegelisahan yang berpanjangan, kemahiran

berbahasa, pengaruh daripada pandangan kendiri, peranan pensyarah, impak

dominator, kesesuaian sama seperti mood pelajar. Kajian juga telah mendapati

bahawa pelajar mengalami perubahan dalam konsep diri, seperti yang dipamerkan

dalam kegelisahan yang semakin berkurangan, kesedaran tentang kekuatan dan

kelemahan diri mereka dan memperoleh keadaan sebenar sesuatu situasi,

perubahan dalam kemahiran berbahasa, hubungan positif antara pandangan kendiri

dengan kesesuaian tugasan yang telah diberikan.

Pramela Krish (2001) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi telah

melakukan kajian yang bertajuk ‘Role Play Activity With Distance Learners In An

English Language Classroom’. Beliau menyatakan bahawa kaedah Main Peranan

dapat membantu meningkatkan tahap kelancaran komunikasi dengan cara

meningkatkan interaksi dalam kelas dan memotivasikan mereka untuk belajar.

Tambahan pula, Kaedah Main Peranan akan memberi pelajar peluang untuk

bercakap dalam pelbagai konteks sosial. Dalam hal lain, Kaedah Main Peranan juga

dapat membantu pelajar yang malu untuk bercakap dengan lancar dalam sesuatu

situasi. Hal ini kerana mereka perlu mengenepikan rasa malu mereka yang hanya

Page 29: BAB 6.docx

menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi. Mereka akan turut serta secara aktif

dalam proses pembelajaran dan menjadikan mata pelajaran mereka menjadi lebih

bermakna dimana pelajar mungkin terdedah kepada pelbagai kaedah pembelajaran

seperti mendengar, mengingat skrip, berbincang, menulis skrip dialog dan Cue

Card kemudian mempersembahkan peranan-peranan mereka berdasarkan

permainan dan penulisan.

2.5.2 Kajian Luar Negara

Mengikut kajian yang telah dibuat di luar negara, kebanyakan keputusan

menunjukkan kesan yang positif. Mark Sutcliffe (2002) dalam kajiannya mendapati

bahawa kaedah Main Peranan akan memberi pemahaman kepada pelajar dan juga

sebagai penghargaan kepada alternatif -alternatif lain yang digunakan pelajar. Ia

akan menggalakkan pelajar-pelajar untuk mempamerkan idea mereka sendiri dan

seterusnya lebih faham akan posisi atau kedudukan orang lain. Menurut Wahibee

(2004), kaedah Main Peranan adalah satu kaedah yang efektif yang mana pelajar

akan dapat merasai situasi sebenar yang lebih realistik. Dalam kajian yang dibuat

oleh Maciej Karwowski dan Marcin Soszynski (2008), mereka mendapati bahawa

penggunaan kaedah Main Peranan dalam pengajaran dan pembelajaran akan

meningkatkan kreativiti pelajar, merangsang imaginasi pelajar dan meningkatkan

motivasi belajar.

Page 30: BAB 6.docx

2.6 Kerangka Konseptual

Bahasa Inggeris

Ujian Pra dan Pos

Skor Pencapaian

Kaedah pembelajaran Main Peranan

 

Page 31: BAB 6.docx

I.  Pemboleh ubah bebas  adalah kaedah pembelajaran Main Peranan dan Kad Peranan

yang diberi  kepada setiap pelajar yang terlibat.

II. Pemboleh ubah terikat adalah skor pencapaian; dikaji dengan menggunakan set

ujian pra dan pos.

2.7 Penutup

Kajian-kajian yang dibuat berkaitan dengan Kaedah Main Peranan menunjukkan

bahawa kaedah ini amat berkesan dalam meningkatkan motivasi belajar disamping

kefahaman serta kemahiran murid bertutur Bahasa Inggeris.

Bab 3 : Metodologi Kajian

3.1      Pengenalan

Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang merangkumi aspek reka

bentuk kajian yang digunakan, sampel kajian yang terlibat, instrumen kajian,

prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data. Menurut Mohd Majid

Konting (1990), kaedah penyelidikan merujuk kepada cara mendapatkan maklumat

yang boleh mencapai objektif sesuatu peyelidikan. Kajian ini bertujuan untuk

mengkaji kesan kaedah Main Peranan dalam kalangan murid Tahun Enam SK.

Bolong, Tuaran terhadap minat dan pencapaian mereka dalam mata pelajaran

Bahasa Inggeris. Maklumat yang dikumpul kemudiannya akan dianalisis bagi

menentukan sama ada maklumat tersebut mempunyai kaitan atau tidak dengan

hipotesis yang diutarakan oleh pengkaji dalam Bab 1.

3.2      Pendekatan / kaedah kajian

Kajian ini adalah berbentuk Quasi-eksperimen  dimana soal selidik akan dijalankan

untuk mengkaji minat dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa

Inggeris. Terdapat dua kumpulan pelajar yang terlibat iaitu kumpulan kawalan dan

Page 32: BAB 6.docx

kumpulan rawatan. Pengkaji akan mengedarkan satu set soal selidik yang bertujuan

untuk mengkaji minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris. Soal selidik

ini mengandungi soalan umum dan mudah untuk diisi oleh murid. Soal selidik ini

juga dibina sendiri oleh pengkaji dan diberikan kepada murid kumpulan rawatan

sahaja sebelum dan selepas pembelajaran Kaedah Main Peranan dijalankan. Soal

selidik berbentuk skala likert dimana murid perlu memilih jawapan mengikut skala

yang diberikan iaitu skala 5 sebagai ‘sangat setuju’, 4 ‘setuju’, 3 ‘kurang setuju’, 2

‘tidak setuju’ dan skala 1 sebagai ‘sangat tidak setuju’.

         Seterusnya pengkaji akan mengedarkan satu lagi set soalan ujian pra iaitu

ujian peringkat awal terhadap murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

untuk mengetahui pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

         Selepas ujian pra dijalankan, kumpulan rawatan akan didedahkan dengan

kaedah pembelajaran Main Peranan manakala kumpulan kawalan diajar dengan

kaedah tradisional. Setelah kedua-dua buah kelas selesai belajar Bahasa Inggeris

berdasarkan sukatan pelajaran dengan menggunakan kaedah Main Peranan, maka

set soalan ujian pasca akan diedarkan. Kemudian barulah proses penilaian kajian

bermula. Reka bentuk kajian diringkaskan seperti dalam Jadual 1.

Reka bentuk Kajian

    Kumpulan                         Sebelum                                        Selepas

    Rawatan                      Soal selidik minat                           Soal selidik minat

                                     Ujian pra penilaian                           Ujian pos penilaian

     Kawalan                     Ujian pra penilaian                               Ujian pos penilaian

Jadual 1

Page 33: BAB 6.docx

3.3      Sampel / Populasi Kajian

Sampel kajian merupakan cerapan ke atas sekumpulan individu atau objek. Mohd

Majid (1990) menyatakan individu atau objek yang dicerap mestilah mempunyai

sekurang-kurangnya satu ciri atau sifat yang sama antara satu sama lain. Sampel

kajian adalah terdiri daripada murid-murid Tahun Enam SK. Bolong, Tuaran.

Kesemua sampel yang dipilih merupakan murid satu kelas yang akan belajar

menggunakan kaedah Main Peranan dan satu kelas lagi menggunakan kaedah

tradisional. Kedua-dua kelas yang dipilih adalah di tahap pencapaian sederhana,

iaitu terdiri daripada murid pintar dan sederhana lemah. Pemilihan sampel ini

berdasarkan sampel secara rawak.

3.4      Instrumen Kajian

Pengkaji  menggunakan dua instrumen dalam kajian ini iaitu dua set soal selidik dan

dua set ujian pemahaman. Menurut Sidek Mohd Noah (2002), penggunaan borang

soal selidik dapat membantu dari aspek standardisasi kajian yang akan dijalankan.

Empat instrumen yang digunakan dinyatakan dibawah.

    3.4.1          Set Borang I Soal Selidik Peribadi Responden

Soal selidik yang dijalankan dalam kajian ini memerlukan responden memilih

jawapan yang tepat terhadap soalan yang dikemukakan. Berdasarkan kepada

cadangan-cadangan jawapan yang disediakan, soal selidik ini adalah bertujuan

untuk mendapatkan jawapan yang betul dan tepat bagi memudahkan teknik

analisis yang akan digunakan. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian

iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A terdiri daripada item-item seperti

jantina, bangsa, pekerjaan bapa atau penjaga, pendapatan keluarga, bilangan ahli

keluarga dan taraf pendidikan ibu bapa. Bahagian B pula adalah berkaitan dengan

kekerapan murid membuat latihan dan bertutur Bahasa Inggeris serta minat

responden terhadap mata pelajaran tersebut. Borang ini diedarkan kepada

responden pada hari pertama pengkaji masuk ke kelas. Responden diberi masa 10

Page 34: BAB 6.docx

minit untuk mengisi borang tersebut sebelum borang tersebut dikutip semula oleh

pengkaji.

 

 3.5.2 Borang II Soal Selidik Responden

Borang II Soal Selidik Resonden yang dibuat oleh pengkaji mengandungi 19 item

soal selidik. Soal selidik itu adalah berkaitan dengan pendapat responden mengenai

kaedah pembelajaran Main Peranan yang digunakan oleh pengkaji untuk mengajar

mereka di dalam kelas. Di samping itu, soal selidik tersebut juga adalah bertujuan

untuk mengetahui sejauh mana minat mereka terhadap mata pembelajaran Bahasa

Inggeris setelah pengkaji menggunakan kaedah pembelajaran Main Peranan. Alat

ukur yang dibentuk untuk mengukur minat responden terhadap pembelajaran Main

Peranan terdiri dari item-item berskala likert 5 pilihan dengan skor 1 (Sangat Tidak

Setuju), 2 (Tidak Setuju), 3 (Kurang Setuju), 4 (Setuju) dan 5 (Sangat Setuju). Skor

skala likert ditunjukkan pada jadual 2 di bawah. Borang ini diedarkan oleh pengkaji

setelah menggunakan kaedah pembelajaran Main Peranan dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran. Borang soal selidik ini juga hanya diberikan kepada kumpulan

rawatan sahaja. Hal ini kerana kumpulan kawalan tidak diajar menggunakan kaedah

pembelajaran Main Peranan. Pengkaji meminta responden menjawab borang ini

setelah ujian pos dijalankan. Pengkaji memberikan masa selama 10 minit kepada

responden untuk menjawab sebelum borang ini dikutip semula pengkaji untuk

dianalisis. 

Page 35: BAB 6.docx

Jadual 2 : Skor Skala Likert

3.4.3  Set Ujian Pra

Set ujian pra merujuk kepada set ujian yang mengukur kemampuan murid untuk

berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris yang dibentuk oleh pengkaji berdasarkan

sukatan pelajaran Bahasa Inggeris. Set ujian ini adalah berbentuk subjektif dimana

responden diminta memberi pendapat mereka berdasarkan situasi yang diberi

dalam kertas ujian mereka. Set ujian ini mengandungi 2 soalan dimana murid

dikehendaki memilih satu soalan sahaja dan soalan ini diperuntukkan dengan 40

markah yang meliputi tahap kelancaran berbahasa, kefahaman pada soalan,

ketepatan jawapan yang diberi dan keyakinan diri murid. Maka, markah minima

untuk ujian ini ialah sifar dan markah maksima ialah 40. Tahap kemahiran yang diuji

adalah sama dengan ujian pos kecuali angka-angka yang diubah bagi melihat

perubahan keputusan yang berlaku. Set ujian ini diedarkan kepada responden di

dalam kumpulan kawalan dan juga kumpulan rawatan dan responden diminta

menjawab dalam masa 10 minit sahaja. Guru-guru Bahasa Inggeris dan pengkaji

Page 36: BAB 6.docx

akan menilai murid satu persatu berdasarkan urutan abjad nama dan markah akan

diberi. Set ujian pra digunakan pada sesi pertama pengajaran pengkaji di dalam

kelas. Pencapaian murid daripada ujian ini akan digunakan untuk mengkaji sejauh

mana tahap pembelajaran murid tanpa penggunaan kaedah Main Peranan.  

   3.4.4   Set Ujian Pos

Set ujian ini adalah soalan yang mengkehendaki murid untuk menjawab dengan

bertutur dalam Bahasa Inggeris di hadapan guru. Set ujian ini mengandungi 1

soalan yang setiap satunya  berbentuk subjektif di mana responden diminta

memberi pendapat berdasarkan soalan yang diberikan. Markah maksima adalah 40

markah yang meliputi kelancaran berbahasa Inggeris, kefahaman pada soalan,

ketepatan jawapan dan keyakinan diri bertutur dalam Bahasa Inggeris. Set ujian ini

diedarkan kepada responden di dalam kumpulan kawalan dan juga kumpulan

rawatan dan guru-guru akan menilai murid satu persatu berdasarkan urutan abjad

nama. Responden diminta menjawab dalam masa 10 minit sahaja. Pencapaian

murid daripada ujian ini akan digunakan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan

sesi pengajaran dan pembelajaran secara Main Peranan.

3.5      Prosedur kajian

Kajian ini menggunakan dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder. Data

primer diperoleh daripada responden iaitu merujuk kepada borang soal selidik yang

diedarkan manakala data sekunder diperoleh daripada perpustakaan dan internet.

Pengkaji menentukan bidang yang hendak dikaji melalui pembacaan kajian-kajian

lepas serta rujukan daripada perpustakaan dan internet.

         Kajian ini menggunakan reka bentuk Quasi eksperimen. Ujian pra telah

diberikan kepada kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan

kawalan pada awal kajian. Selepas tempoh tertentu, pelajar dari kedua-dua

kumpulan diberikan ujian pos.

Page 37: BAB 6.docx

         Pengumpulan data akan dijalankan oleh pengkaji di dalam kelas Tahun Enam

yang terlibat. Semua murid dari kedua-dua buah kelas akan menjawab soal selidik

yang pertama yang akan digunakan untuk mengkaji latar belakang sampel.

Pengkaji akan membuat penilaian terhadap faktor-faktor latar belakang sampel

yang mungkin mempengaruhi keputusan kajian berdasarkan borang soal selidik

yang diedarkan.

         Set soalan atau ujian pra akan dijalankan di kedua-dua buah kelas dan

keputusannya akan digunakan untuk memperolehi data tentang pengetahuan sedia

ada, tahap pencapaian sampel, kebolehan berkomunikasi, dan minat.

         Ujian kedua atau ujian pos pula bertujuan untuk mengkaji sejauh mana

keberkesanan sesi pembelajaran secara Main Peranan mahupun secara tradisional.

Ujian ini mengandungi 2 soalan pilih satu yang meminta murid untuk memberi

pendapat terhadap soalan subjektif yang diberikan dari pelbagai aras. Masa yang

diberikan adalah 10 minit sahaja.

         Murid diminta memberi jawapan secara jujur dan mengikut kesesuaian diri

mereka sendiri dan bukannnya mengikut tanggapan orang lain atau mana-mana

pihak. Segala maklumat yang diberi dirahsiakan dan ia hanyalah digunakan untuk

tujuan kajian semata-mata. Jawapan yang diberikan seharusnya bersifat terbuka,

jujur dan ikhlas. Borang soal selidik dan markah penilaian akan dikumpul semula

untuk dianalisis.

3.7      Prosedur Penganalisisan Data

Menurut Mohd Majid (2000), pemprosesan data merupakan teknik pengumpulan,

pengolahan, penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data. Data yang

dipungut melalui soal selidik dianalisis menggunakan perisian komputer iaitu Pakej

Page 38: BAB 6.docx

Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Version 15.0. Analisis deskriptif digunakan untuk

memerihalkan maklumat tentang profil responden. Perisian SPSS merupakan

perisian yang digunakan untuk mendapat keputusan dalam bentuk frekuensi,

peratusan dan min. Kekerapan min dan peratusan merupakan parameter-parameter

yang akan digunakan dalam menilai setiap item yang terdapat di dalam borang soal

selidik (Mohd. Salleh Abu, 2001).

         Data yang dikumpul dari instrumen kajian ini akan dianalisis mengikut tiga

jenis data atau maklumat. Maklumat berkaitan minat pelajar yang diperolehi

daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu

kekerapan, peratusan dan skor min.   Maklumat kedua yang berkaitan dengan

pengetahuan sedia ada murid dan tahap pencapaian murid dalam Bahasa Inggeris

dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai. Keputusan pencapaian murid

dengan pembelajaran secara kaedah Main Peranan dan murid dengan kaedah

tradisional dibandingkan. Maklumat ini diperolehi daripada ujian pasca dan data

yang diperolehi dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai.

3.8      Penutup

Keseluruhannya apa yang terkandung dalam bab ini adalah penerangan mengenai

tatacara yang dilalui oleh penyelidik dalam proses sebelum, semasa dan selepas

kajian dilakukan. Prosedur yang dirancang di dalam bab ini bertujuan untuk

memudahkan proses penyelidikan dilakukan.

Bibliografi

McDonough, J. and Show, (1993). C Materials and Methods in ELT. Cambridge, MA: Blackwell

Curran, C. A. (1972). Counseling-Learning. New York: Rune and Stratton, Inc.

Stern, S.L. (1980). Drama in Second Language Learning from a Psychological Perspective. Language learning 30 77-97.

Page 39: BAB 6.docx

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2002). Kamus Dewan; Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maros, M. (2007). Penyelidikan Lakuan Bahasa:Pemilihan kaedah dan Pola Penemuan.Akademika , 91-115.

Adam Blatner (2002, August 2). Role Playing In Education. Retrieved October 2009, from www.blatner.com: http://www. blatner.com/adam/pdntbk/rlplayedu.htm

Pollock, D. K. (2006). Role Play as a Teaching Method:A Practical Guide. Mekong: Ubon Ratchathani University.

Sutcliffe, M. (2002, October). The Press Briefing Role Play. Retrieved October, 2009, from Economics Network Web Site: http://www.economicsnetwork.ac.uk/showcase/sutcliffe_press

A-Wahibee, K. M. (2004). Revival of Role-play: The Effectiveness of Role-play Activities In Learning English As A Foreign Language By Saudi College Students. Language And Translation , 25-48.

Maciej Karwowski, M. S. (2008). How to develop creative imagination? Assumption, Aims, And Effectiveness Of Role Playing Training In Creativity (RPTC). Thinking Skill And Creativity , 163-171.

Konting, M. M. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noah, S. M. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Konting, M. M. (2000). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Salleh Abu, Z. T. (2001). Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0 For Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Pramela Krish. (2001, July). A Role Play Activity with Distance Learners in an English Language Classroom. Retrieved October from The Internet TESL Journal, Vol. VII, No. 7, website : http://iteslj.org/:http://iteslj.org/Article/Krish-RolePlay.htm

Posted by Anak Sama Buansa   at 2:15 AM 

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

3 comments:

1.

Nadiah Kamal March 29, 2013 at 10:37 PM

salam boleh saya dapatkan contoh borang kaji selidik saudara? kebetulan saya sedang

melakukan kajian main peranan ni.

Page 40: BAB 6.docx

Reply

2.

Rozita binti Sofian May 6, 2013 at 8:40 AM

SALAM . SAYA JUGA INGIN MENDAPATKAN CONTOH BORANG SOAL SELIDIK SAUDARA

YANG MANA SAYA JUGA MENJALANKAN KAJIAN MENGENAI MAIN PERANAN TETAPI

DALAM MATAPELAJARAN LAIN

Reply

3.

ella lalola :D November 4, 2014 at 7:10 PM

Salam. boleh tak saya nak tau latar belakang penyelidik? saya nak jadikan thesis ni sebagai

rujukan saya. thanks.

Reply