bab 7: haba
DESCRIPTION
Nota sains tingkatan 1. Bab 7: haba. Pengaliran haba di persekitaran.TRANSCRIPT
BAB 7: HABA
PENGALIRAN HABA DAN KESANNYAPengembangan dan pengecutanJirim terdiri daripada zarah-zarah.Apabila jirim dipanaskan, zarah-zarah akan
menerima tenaga dan bergerak dengan lebih cepat. Ini akan menyebabkan jarak antara zarah-zarah bertambah.
Isipadu jirim akan bertambah dan jirim akan mengembang.
Apabila disejukkan, zarah-zarah akan kehilangan tenaga dan bergerak dengan lebih perlahan. Zarah-zarah menjadi lebih rapat antara satu sama lain. Isipadu berkurang dan mengecut.
Semua jirim mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan
Gas mengembang paling banyak manakala pepejal mengembang paling kurang.
PEMINDAHAN HABAHaba boleh dipindah dari tempat yang panas
ke tempat yang sejuk melalui prosesKonduksiPerolakanSinaran
KonduksiApabila haba mengalir melalui pepejal,
proses ini disebut konduksiProses konduksi memerlukan medium bagi
pemindahan tenaga haba.Haba akan mengalir melalui satu rod logam
apabila satu hujungnya dipanaskan dengan api.
Contohnya, haba dari api mengalir melalui kuali untuk memasak makanan
Zarah-zarah pepejal tersusun rapat, oleh itu haba akan dipindahkan dari zarah ke zarah lain dari kawasan yang bersuhu tinggi.
Logam yang berlainan memindahkan haba pada kadar yang berbeza
PerolakanPerolakan ialah suatu proses pemindahan
haba dalam bendalir yang dilakukan oleh zarah-zarah yang bergerak.
Bendalir yang panas menjadi kurang tumpat dan bergerak naik ke atas.
Bendalir yang sejuk dan lebih tumpat bergerak ke bawah untuk menggantikan bendalir yang panas.
Keadaan ini menghasilkan arus perolakan
Dalam proses perolakan, haba dipindahkan ke atas sahaja.
Bendalir bergerak dari kawasan yang lebih panas ke kawasan yang lebih sejuk.
SinaranSinaran ialah satu proses pemindahan haba dari
satu sumber haba ke kawasan lain di persekitarannya tanpa melibatkan medium.
Proses sinaran boleh berlaku menerusi ruang udara atau vakum.
Haba sinaran bergerak pada laju cahaya.Haba sinaran boleh diserap atau dipantulkan.Dalam proses sinaran, zarah- zarah tidak
membawa tenaga haba dari satu tempat ke tempat yang lain.
PENGALIRAN HABA DALAM FENOMENA SEMULA JADIPerolakan merupakan proses dimana haba
dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain melalui pergerakan jirim bendalir.
Haba dipindahkan melalui pergerakan cecair dan gas. Beberapa fenomena alam semula jadi yang melibatkan pengaliran haba.Bayu darat Bayu lautPemanasan bumi oleh matahari
Bayu DaratBayu darat bertiup pada waktu malamPada waktu malam, daratan kehilangan haba
lebih cepat daripada lautOleh itu, daratan menjadi lebih sejuk
daripada laut.Udara panas pada permukaan laut menjadi
kurang tumpat dan bergerak naik ke atas.
Bayu LautBayu laut bertiup pada waktu siangWaktu siang, daratan dipanaskan lebih cepat
daripada laut.Udara di daratan menjadi kurang tumpat dan
bergerak naik ke atas.Udara sejuk dari laut mengalir ke darat
sebagai bayu laut.
Pemanasan Bumi oleh MatahariBumi kekal panas oleh haba dari matahariHaba dari matahari sampai ke bumi melalui
sinaran
Konduktor Haba dan Penebat HabaPepejal yang membenarkan haba mengalir
dengan mudah dikenali sebagai konduktor haba
Contoh-contoh konduktor haba adalah logam seperti besi, kuprum, aluminium dan keluli.
Pepejal yang tidak membenarkan haba melaluinya dengan mudah dikenali sebagai penebat haba.
Contoh-contoh penebat haba adalah kayu, plastik, pakaian, kaca dan kertas.
Konduktor digunakan untuk membuat:Peralatan memasakPeralatan elektrikBesi pematerian dan gegelung radiator
Penebat digunakan untuk membuatPemegang peralatan memasakKelalang vakumSelimut atau pakaian
KESAN HABA TERHADAP JIRIMJirim boleh berubah dari satu keadaan
kepada keadaan yang lain dengan cara memanaskannya atau menyejukkannya.
Perubahan keadaan jirim melibatkan penyerapan atau kehilangan haba.
Takat lebur adalah suhu dimana suatu pepejal mencair menjadi cecair. Takat lebur ais adalah OoC.
Takat didih adalah suhu apabila suatu cecair mendidih. Takat didih air ialah 100oc.
Proses-proses yang terlibat dalam perubahan jirim:PeleburanPembekuanPendidihanKondensasiPenyejatanPemejalwapan
APLIKASI PENGEMBANGAN DAN PENGECUTAN JIRIMJirim mengembang apabila dipanaskan dan
mengecut apabila disejukkan.Termometer mengandungi merkuri, merkuri
mengembang dan meningkat disebabkan perubahan suhu.
Loceng kebakaran menggunakan konsep pengembangan dan pengecutan jalur dwilogam (loyang dan besi).
Ruang- ruang pada landasan kereta api membenarkan landasan besi mengembang semasa hari panas.
Wayar telefon digantung secara kendur untuk membolehkan pengecutan berlaku semasa sejuk pada waktu malam.
OBJEK GELAP DAN PUDARObjek gelap dan pudar menyerap haba lebih
baik berbanding objek putih yang berkilat.Jumlah haba yang diserap bergantung
kepada:Jenis dan warna permukaanSuhu di sekeliling objek.
Haba yang diserap akan memanaskan objek.Sebuah rumah yang dicat putih akan
menyerap kurang haba daripada rumah berwarna hitam.
Sebuah rumah yang dicat putih lebih sejuk daripada rumah berwarna hitam.
Kebanyakkan periuk memasak adalah berwarna hitam kerana permukaan hitam boleh menyerap lebih banyak haba daripada permukaan putih berkilat.
Tangki minyak dicat berwarna perak kerana permukaan yang cerah berkilat menyerap kurang haba daripada permukaan gelap
PEMBEBASAN HABAPermukaan yang pudar, gelap membebaskan
haba lebih baik daripada permukaan putih yang berkilat.
Jumlah haba yang dibebaskan oleh suatu objek bergantung kepadaJenis dan warna permukaannyaSuhu disekeliling objek.
Apabila suatu objek membebaskan haba, ia menjadi sejuk.
KEBAIKAN PENGALIRAN HABAArus perolakan membantu membaiki
peredaran udara.Lubang ventilasi, tingkap, dan pintu di rumah
membolehkan udara panas mengalir keluar dan udara sejuk masuk.
Prinsip konduksi digunakan untuk memasak makanan
Pengaliran haba secara sinaran membantu mengeringkan pakaian kita.