bab 7 - keperluan perisian rangkaian latest
TRANSCRIPT
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012
7.1 Keperluan Pelayan
7.2 Keperluan Pelanggan
BAB 7 :
KEPERLUAN PERISIAN RANGKAIAN
TOPIK PEMBELAJARAN
7.1 Perisian Pelayan
7.2 Perisian Pelanggan
Pada akhir pembelajaran topik ini, pelajar dapat:
1. Menulis definisi sistem pengoperasian rangkaian dengan betul.2. Menulis kebaikan dan keburukan jenis senibina sistem pengoperasian
pelanggan dengan baik 3. Menulis definisi perisian pelayan dengan betul.4. Menulis contoh-contoh perisian pelayan mengikut jenis dengan tepat.5. Menulis definisi perisian pelanggan dengan betul.6. Menulis jenis-jenis perisian pelanggan dengan tepat.7. Menulis contoh-contoh perisian pelanggan dengan baik.
HASIL PEMBELAJARAN
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012
Isi Kandungan7.0 Pengenalan...........................................................................................................3
7.1 Perisian Pelayan (Server Software).....................................................................6
7.1.1 Perisian Server bagi Client/Server................................................................6
7.1.2 Perisian Server bagi Peer-to-Peer (P2P)........................................................8
7.2 Perisian Pelanggan (Client Software)................................................................10
7.2.1 Perisian Pelanggan......................................................................................10
7.2.2 Jenis-jenis Perisian Pelanggan....................................................................11
7.2.2.1 Pelayar Web (Web Browser)................................................................11
7.2.2.2 Email Pelanggan (Email Client)............................................................11
7.2.2.3 Kemudahan Rangkaian (Network Utilities)..........................................11
7.2.2.4 Pengurus Fail Rangkaian (Network File Manager)..............................12
7.2.2.5 Protokol Pemindahan Fail.....................................................................12
Rujukan....................................................................................................................13
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012
7.0 Pengenalan
Perisian rangkaian (Network Software) bermaksud perisian yang digunakan untuk
mewujudkan hubungan antara anturcara pengguna dengan rangkaian. Perisian ini juga membina
tanda pengenalan untuk setiap komputer yang terangkai kepada komputer utama. Perisian
rangkaian ini menjadi pengawal kepada semua stesen kerja yang berada dalam rangkaian.
Perisian ini berfungsi menyebarkan segala perisian atau data yang dikehendaki sama rata kepada
semua stesen kerja. Dengan adanya perangkaian internet dan sistem rangkaian, ia merupakan
satu sistem operasi yang mampu menjalankan kerja-kerja rangkaian dengan baik dan stabil.
Bagi mengawal sesebuah komputer, sistem operasi akan digunakan seperti DOS,
Windows dan MAC. Manakala untuk rangkaian pula, Sistem Pengoperasian Rangkaian yang
juga lebih dikenali sebagai NOS (Network Operation System) beroperasi dalam komputer
pelayan yang digunakan untuk mengawal dan menguruskan semua aktiviti seperti mengurus data
dan fungsi oleh pelbagai komputer di sepanjang rangkaian. NOS ini bertindak sebagai pengarah
bagi memastikan perjalanan rangkaian ini dapat berjalan dengan sempurna dan sistematik. NOS
berada dalam firewall router atau perkakasan yang beroperasi fungsi dalam lapisan rangkaian
(lapisan 3) model OSI. NOS ini dapat dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu
Pelayan/Pelanggan (Client/Server) dan Sesama-Pelanggan (Peer-to-peer).
A) Sistem Pengoperasian Rangkaian Sesama Pelanggan (Peer-to-peer)
Sistem Pengoperasian Rangkaian Sesama Pelanggan (Peer-to-peer) membenarkan
pengguna berkongsi sumber-sumber dan fail-fail yang terdapat pada komputer peribadi masing-
masing dan membuka, mencari serta mengambil data atau sumber maklumat yang terdapat dari
Hasil Pembelajaran
1. Menulis definisi perisian rangkaian dengan betul2. Menulis kebaikan dan keburukan jenis senibina sistem operasi
rangkaian dengan baik.
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012
komputer-komputer orang lain. Namun begitu, sistem ini tidak mempunyai fail pelanggan atau
sumber pengurusan secara berpusat kerana dalam sistem ini, semua komputer dianggap sama
rata, serata dan seimbang. Hal ini membawa maksud kesemua komputer yang terdapat dalam
sesuatu rangkaian yang menggunakan sistem ini mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk
menggunakan sumber yang terdapat dalam komputer yang berada dalam rangkaian tersebut.
Rangkaian ini dicorakkan untuk memenuhi keperluan suatu kawasan kecil hingga sederhana
besar dan amat sesuai bagi Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Antara kebaikan menggunakan
NOS sesama pelanggan ialah kos dapat dikurangkan kerana fail pelayan tidak diperlukan dan
sistem operasi yang ingin digunakan telah dipasangkan ke dalam sistem pengoperasian
komputer. Manakala, keburukan rangkaian sesama pelanggan ialah ia tidak berpusat bermaksud
tiada keselarasan bagi fail dan aplikasi setiap komputer yang bersambung dalam rangkaian yang
sama dan juga dari segi keselamatan kerana ia tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi
komputer dalam rangkaian tersebut.
Rajah 1 Senibina Rangkaian Sesama Pelanggan
B) Sistem Pengoperasian Rangkaian Pelanggan/Pelayan (Client/Server)
Sistem Pengoperasian Rangkaian Pelanggan/Pelayan pula membenarkan
rangkaian ini memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail pelayan. Fail pelayan
ini menjadi pusat kepada sesebuah sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012
menyediakan ciri-ciri keselamatan. Stesen kerja individu yang terdapat dalam rangkaian boleh
menggunakan sumber-sumber yang terdapat dalam fail pelayan. Sistem ini turut menyediakan
mekanisma yang membolehkan integrasi antara semua komponen dan membenarkan ramai
pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di tempat yang berbeza.
Antara kebaikan menggunakan sistem Pelayan/Pelanggan ialah sistem ini diadakan secara
berpusat iaitu keselamatan sumber dan data dikawal oleh fail pelayan. Sistem ini juga memenuhi
keperluan iaitu mana-mana elemen dan dokumen boleh dialihkan secara berasingan mengikut
tahap keperluan yang meningkat. Sistem ini fleksibel kerana teknologi perisian yang terkini
mudah diadaptasi ke dalam sistem. Namun begitu, apabila berlakunya interoperasi bermaksud
sekiranya fail pelayan mengalami masalah dan gagal berfungsi, segala operasi akan turut terjejas.
Sistem Pengoperasian Rangkaian (Network Operation System – NOS) mempunyai fungsi
tambahan yang membenarkan komputer dan peranti berhubung dalam rangkaian.Sistem
pengoperasian secara spesifik membolehkan rangkaian berjalan dengan lancar. NOS berperanan
dalam mengarahkan lalu lintas data pada rangkaian, membenarkan dan menghalang pemindahan
data antara stesen kerja, mengelolakan aliran data antara pelbagai stesen kerja yang berbeza,
mengelolakan permintaan printer pelayan, mengelola permintaan dan pesanan antara pengguna
rangkaian dan mengelolakan hubungan antara jaringan dan lokasi jarak jauh.
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012
Rajah 2 Senibina Rangkaian Pelanggan/Pelayan
7.1 Perisian Pelayan (Server Software)
Berdasarkan eksiklopedia PCMag.com, definisi bagi perisian pelayan ialah perisian yang
di`install’ pada pelayan dan menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai pengguna dalam
rangkaian. Pelayan merupakan komputer fizikal yang khusus untuk menjalankan satu atau lebih
perkhidmatan dimana pelayan sebagai hos untuk memenuhi keperluan komputer lain dalam
rangkaian. Dalam konteks pelayan/pelanggan, komputer pelayan beroperasi untuk memenuhi
permintaan program lain. Oleh itu, pelayan akan melakukan tugas bagi pelanggan yang
disambungkan kepada rangkaian yang sama. Jenis pelayan bergantung pada perkhidmatan yang
ditawarkan seperti pelayan pangkalan data (Apache), pelayan fail dan pelayan pencetak
(SAMBA), pelayan mel (PostFix, SendMail), pelayan web dan pelayan permainan.
7.1.1 Perisian Server bagi Client/Server
Komputer pelayan merupakan pusat sistem rangkaian yang membolehkan capaian kepada
sumber dan menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi menjalankan pengurusan pusat untuk
melayan pengguna-pengguna. Perisian bagi komputer pelayan ini adalah berbeza mengikut jenis
perkhidmatan. Sistem ini menyediakan mekanisma untuk mengintegrasikan semua komponen
dalam rangkaian bagi membolehkan pengguna berkongsi sumber yang sama secara serentak
tanpa mengira lokasi fizikal. Komputer pelayan ini perlu dipasangkan program atau perisian bagi
menjalankan perkhidmatan yang diperlukan. Antara contoh pelayan yang digunakan bagi
Pelayan/Pelanggan ialah Windows Server, Unix dan Novell Netware.
Hasil Pembelajaran
1. Menulis definisi perisian pelayan dengan betul2. Menulis dua contoh perisian pelayan mengikut senibina rangkaian
dengan tepat.
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012
Microsoft Windows Server dikeluarkan oleh Microsoft Corporation. Perisian ini
menambahkan kecekapan versi Windows 2000 yang menyediakan program perisian berkuasa
tinggi. Perisian ini berupaya memenuhi pelbagai tugas melibatkan perangkaian. Antara contoh
perisian keluaran Microsoft ialah Microsoft Windows 2000 Server dan Microsoft Windows NT
Server.
Rajah 3 Contoh Tetingkap bagi Windows Server 8 dan Windows NT Server
Unix mula dibangunkan pada awal 1970an oleh para saintis dari makmal Bell. Unix
adalah satu sistem operasi yang berkuasa tinggi dimana ia berupaya mengendalikan jumlah
transaksi yang banyak dalam satu persekitaran pelbagai pengguna(multi-user) dan bekerja
dengan pelbagai sistem pemprosesan unit (CPU) menggunakan multiprocessing. Oleh itu, Unix
banyak digunakan untuk stesen kerja dan pelayan.
Novell Netware merupakan program yang paling popular di pasaran bagi
Pelayan/Pelanggan. Program ini mempunyai sokongan teknikal yang baik serta mampu
menguruskan hampir semua saiz rangkaian. Antara ciri fungsi bagi program ini adalah fail
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012
dipadatkan (file compressed) dimana ia membenarkan sistem fail menghimpun lebih banyak
data atas talian. Disk Duplexing dan Disk Mirroring pula merupakan ciri istimewa yang
melindungi data daripada kegagalan fungsi dengan cara menulis dan menyalin maklumat ke
dalam dua pemacu (drive) yang berbeza dalam rangkaian.
Antara kebaikan penggunaan pelayan/pelanggan ialah sistem rangkaian yang dipusatkan
adalah lebih stabil, ciri keselamatan disedia dan diseliakan oleh pelayan, perkakasan dan
teknologi yang terkini dapat diintegrasikan dengan mudah ke dalam sistem serta ianya boleh
dicapai secara jarak jauh dari lokasi yang berbeza.
Keburukan penggunaan sistem rangkaian pelayan/pelanggan ialah kos untuk membeli
dan mengoperasikan pelayan adalah tinggi, kebergantungan terhadap lokasi pusat untuk
beroperasi dan ia memerlukan penyelenggaraan dan dikemaskini secara berkala.
7.1.2 Perisian Server bagi Peer-to-Peer (P2P)
Sistem ini tidak melibatkan komputer pelayan dan ia membenarkan perkongsian perkakasan dan
fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses data kerana setiap komputer
mempunyai potensi yang sama. Contoh perisian bagi p2p ialah AppleShare, dan Windows for
Workgroups. Sistem ini sesuai digunakan untuk organisasi kecil seperti sekolah dan pejabat.
A) AppleShare untuk Apples’ Computer
AppleShare merupakan produk ‘Apple Computer’ yang melaksanakan pelbagai
perkhidmatan rangkaian. Tujuan utama perisian ini ialah perisian ini bertindak sebagai pelayan
fail dengan menggunakan protokol AFP (Apple Filing Protokol – protokol rangkaian bagi
perkhidmatan fail bagi MAC OS). AppleShare digunakan untuk menghubungkan rangkaian yang
menyokong produk Apple. AppleShare dikeluarkan oleh Apple Computer’s Solution dimana
perisian ini memuatkan dua program perisian termasuk pelayan dan stesen kerja. Perisian ini
dapat menyokong pelbagai tugasan dan perkhidmatannya dapat memenuhi keperluan setiap
pengguna secara serentak. AppleShare menyediakan tiga protokol untuk perkhidmatan lapisan-
aplikasi iaitu Fail Pelayan AppleShare, Pelayan Pencetak AppleShare dan Komputer Peribadi
AppleShare. Keperluan sistem bagi perisian ini ialah menyokong komputer yang menggunakan
pemproses MAC.
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012
Rajah 4 Contoh Tetingkap Perisian AppleShare
B) Windows for Workgroups
Windows for Workgroups (WFW) pula digunakan untuk mewujudkan rangkaian peer-to-
peer dengan komputer lain dalam rangkaian yang sama. WFW versi Windows 3.1 adalah serba
lengkap termasuk semua perisian rangkaian yang diperlukan untuk berkongsi fail, pencetak,
objek OLE dan data DDE dengan komputer lain yang dilengkapi dengan WFW atau Microsoft
LAN Manager yang sesuai dengan rangkaian pelanggan atau pelayan. WFW mengandungi
antaramuka pengguna yang lebih baik termasuklah pilihan konfigurasi untuk penggunaan LAN
Manager atay pelayan Netware dengan pelayannya sendiri. Antara ciri perisian ini ialah ia
disediakan untuk rangkaian sesama pelanggan, penjadualan elektronik, menambah baik
pengurusan fail, pengurusan cetak dan panel kawalan.
Keperluan perisian WFW ini ialah:
i. MS-DOS 3.3 atau selepasnya (5.0 atau selepasnya disyorkan).
ii. PC dengan 80.286 atau lebih tinggi (386SX atau lebih tinggi yang diperlukan untuk fail
dan cetak berkongsi).
iii. 3 MB RAM (4 MB disyorkan) dan 386SX atau lebih tinggi untuk perkongsian fail dan
pencetak perkongsian.
iv. 2 MB RAM dan 80286 atau lebih tinggi tanpa perkongsian fail dan cetak (standard
mod).
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012
Rajah 5 Contoh Tetingkap Windows for Workgroups
Antara kebaikan penggunaan Peer-to-peer ialah mudah untuk disediakan dan tidak
banyak perkakasan diperlukan kerana komputer pelayan tidak perlu disediakan.Kelemahannya
pula ialah tiada lokasi pusat bagi tujuan penyimpanan dan kurang keselamatan yang ditawarkan
berbanding pelayan/pelanggan.
7.2 Perisian Pelanggan (Client Software)
7.2.1 Perisian PelangganPerisian pelanggan merupakan program yang digunakan oleh pengguna untuk melakukan
interaksi dalam sesebuah rangkaian. Perisian ini perlu dipasang pada komputer pelanggan bagi
membentuk hubungan dalam rangkaian tersebut. Perisian pelanggan dikategorikan mengikut
Hasil Pembelajaran
1. Menulis definisi perisian pelanggan dengan betul.2. Menulis jenis-jenis perisian pelanggan dengan tepat.3. Menulis contoh perisian pelanggan dengan baik.
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012
fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan. Antara contoh perisian tersebut adalah Pelayar Web,
Email Client, Network Utilities, Network File Manager dan File Transfer Protocol.
7.2.2 Jenis-jenis Perisian Pelanggan
7.2.2.1 Pelayar Web (Web Browser)
Pelayar web membenarkan pengguna agar mudah dan cepat dalam mengakses maklumat dari
pelbagai halaman web. Selain itu, pelayar web juga membenarkan pengguna memapar dan
berinteraksi dengan dokumen HTML (hypertext markup language) yang diterima dari pelayan
web (web server). Teks dan imej dalam satu-satu laman web boleh mengandungi hiper rangkai
(hyperlink) kepada laman web yang sama atau berlainan. Banyak contoh aplikasi pelayar web
yang boleh dimuat turun secara percuma.Antaranya ialah Google Chrome, Mozilla Firefox,
Internet Explorer, Opera, Safari dan Netscape.
Rajah 6 Contoh Perisian Pelayar Web
7.2.2.2 Email Pelanggan (Email Client)
Email Pelanggan merupakan sejenis aplikasi yang menguruskan komunikasi dalam talian dengan
membolehkan pengguna untuk menghantar, menerima, menyimpan dan menguruskan e-mail.
Antara contoh bagi email pelanggan ini ialah MS Outlook, Thunderbird dan Netscape
Communicator.
Rajah7 Contoh Perisian Email Pelanggan
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012
7.2.2.3 Kemudahan Rangkaian (Network Utilities)
Traceroute merupakan kemudahan rangkaian yang digunakan untuk menunjukkan haluan yang
diambil oleh paket data melalui rangkaian Protokol Internet (IP).Antara contoh bagi traceroute
ialah variasi IPv6 dan traceroute6 yang boleh didapati secara meluas.
7.2.2.4 Pengurus Fail Rangkaian (Network File Manager)
Pengurus Fail Rangkaian merupakan sistem yang melaksanakan perkhidmatan fail dan peranti di
mana data disimpan. Sistem ini menyediakan akses yang lebih cepat untuk mencapai data,
pentadbiran data yang lebih muda dan konfigurasi pelayan fail. Antara contohnya ialah My
Network Places dan Network Neighborhood.
Rajah 8 Contoh Perisian Pengurus Fail Rangkaian
7.2.2.5 Protokol Pemindahan FailFile Transfer Protocol (FTP) adalah protokol rangkaian piawai yang digunakan untuk
memindahkan fail dari satu hos atau kepada hos lain melalui rangkaian berasaskan TCP, seperti
Internet. Untuk melakukan pertukaran fail dengan selamat, Secure Shell Transfer Protocol (SSH
FTP) digunapakai. Protokol ini memerlukan pengguna memasukkan pengenalan ID dan kata
laluan sebelum melakukan aktiviti pertukaran dan capaian fail.
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012
RujukanAhmad Sabri Saad, N. M. (n.d.). Perisian Perangkaian Komputer. Retrieved December 1, 2012,
from http://ihashimi.aurasolution.com/networking/Perisian%20perangkaian%20Komputer.pdf
Forouzan, B. A. (2007). Data Communication dan Networking Fourth Edition. McGraw Hill Higher Education.
Jenis-jenis LAN. (n.d.). Retrieved November 30, 2012, from Pengenalan Kepada Sistem dan Rangkaian Komputer: http://foxtain.tripod.com/network.html
Network Security Technologies. (n.d.). Retrieved December 1, 2012, from Windows Server: http://mustbehero.wordpress.com/windows-server-2012/
Retrosoftware: Visual Software Museum. (n.d.). Retrieved November 30, 2012, from The History of Windows NT: http://www.retrosoftware.net/museum/windowsnt.htm
Sistem Rangkaian Komputer. (n.d.). Retrieved November 30, 2012, from Perisian dan Sistem Pengoperasian: http://tienee.tripod.com/sistem_rangkaian_komputer.htm
Timothy J O'leary, L. I. (2000). Asas Pengkomputeran. McGraw-Hill.