bagaimana perjalanan tombirufffo di mata peminat

27
Bagaimana perjalanan Tombiruo di mata peminat? AKMALIAH RAZAK 18 Mac 2015 Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services 2 Tombiruo < 1 / 2 > PROSES perbincangan di peringkat lakon layar filem adaptasi, Tombiruo, nukilan novelis asal, Ramlee Awang Murshid, difahamkan bakal menemui titik persetujuan tidak lama lagi. Meskipun lebih daripada 18 draf telah dibina, namun persetujuan tiga pihak iaitu Layar Sunan Sdn Bhd, Alaf 21 dan Ideate Media, adalah perkara yang terpenting dalam memastikan proses seterusnya berjalan dengan lancar. Setelah lakon layar dipersetujui, proses seterusnya yang bakal dilalui pihak produksi adalah pemilihan barisan pelakon dan penggambaran. Lebih daripada enam bulan mengambil masa untuk penghasilan lakon layar, ia tentunya dilihat sebagai satu karya yang bukan mudah untuk dibawa ke layar sewenangnya. Pun begitu, ia tidak menjadi permasalahan besar buat ketiga-tiga produksi ini kerana masing-masing mahukan yang terbaik untuk filem sulung terbitannya.

Upload: twone-firdaus

Post on 18-Nov-2015

256 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

TOOOFFFFFFFFFFFFFFFFF

TRANSCRIPT

Bagaimana perjalanan Tombiruo di mata peminat?AKMALIAH RAZAK18 Mac 2015Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services2 Tombiruo

PROSESperbincangan di peringkat lakon layar filem adaptasi, Tombiruo, nukilan novelis asal, Ramlee Awang Murshid, difahamkan bakal menemui titik persetujuan tidak lama lagi.

Meskipun lebih daripada 18 draf telah dibina, namun persetujuan tiga pihak iaitu Layar Sunan Sdn Bhd, Alaf 21 dan Ideate Media, adalah perkara yang terpenting dalam memastikan proses seterusnya berjalan dengan lancar.

Setelah lakon layar dipersetujui, proses seterusnya yang bakal dilalui pihak produksi adalah pemilihan barisan pelakon dan penggambaran.

Lebih daripada enam bulan mengambil masa untuk penghasilan lakon layar, ia tentunya dilihat sebagai satu karya yang bukan mudah untuk dibawa ke layar sewenangnya.

Pun begitu, ia tidak menjadi permasalahan besar buat ketiga-tiga produksi ini kerana masing-masing mahukan yang terbaik untuk filem sulung terbitannya.

Setelah beberapa pandangan daripada pihak produksi telah dikeluarkan, namun kita tidak terkecuali untuk mendapatkan pandangan daripada pengikut setia serta pembaca karya itu sendiri.

Menerusi tinjauan Zass di laman Facebook, Ramlee Awang Murshid Fanclub (RAMFC), masing-masing tidak terkecuali melontarkan idea dan pandangan mereka mengenai proses pembikinan filem ini.

Selain mengharapkan yang terbaik, mereka juga turut berkongsi pandangan mengenai beberapa perkara lain yang berkaitan termasuk pemilihan pelakon, jalan cerita yang dikehendaki, lokasi penggambaran dan karakter tonggak utama, Ejim dan Amirudin.

Walaupun terpaksa menunggu lama untuk menyaksikan karya hebat ini di panggung, namun rata-rata pembaca mengharapkan yang terbaik buat filem ini.

Ianya dibuktikan dengan beberapa pandangan yang ditulis di laman kelab peminat berkenaan mengikut persepsi dan fahaman mereka sendiri.

Remy, Nabila jadi pilihan

Walaupun sebelum ini ada beberapa nama telah disenaraikan termasuk Datuk M.Nasir, Bront Palarae, Adi Putera, Fazura, Juliana Evans, Marsha, beberapa orang Sabah, namun Ramlee dan pengarah, Nasir Jani, sepakat untuk menjalankan uji bakat secara lebih telus dan adil.

Menerusi uji bakat itu, sesiapa sahaja layak untuk mencuba dan mengasah bakat dalam bidang lakonan walaupun tiada pengalaman.

Namun, bagi pembaca dan pengikut setia karya-karya novelis thriller hebat ini, pastinya ada senarai nama-nama pelakon yang mereka bayangkan untuk watak-watak penting seperti Ejim, Amirudin dan Wan Suraya.

Antara nama-nama yang mendapat perhatian golongan peminat dan pembaca ini adalah Nabila Huda, Zul Ariffin dan Remy Ishak. Malah, mereka juga turut memberi penjelasan mengapa nama-nama yang dipilih itu wajar diberi kepercayaan untuk mendukung watak berkenaan.

Keningau atau Kundasang?

Sebelum ini, Ramlee pernah memberitahu bahawa ketika dia mula membayangkan idea mengenai Tombiruo, fikirannya jauh menerawang ke kawasan hutan di Keningau dan Kundasang, Sabah.

Malah, untuk proses penggambaran yang bakal dijalankan tidak lama lagi, Ramlee mengakui bahawa antara kawasan yang menjadi pilihan adalah di Kundasang.

Rata-rata pengikut RAMFC juga mengakui bahawa kawasan itu adalah antara lokasi yang sesuai untuk mewujudkan kawasan yang didiami Ejim.

Faham konsep adaptasi

Sebagai pembaca, sudah tentu mereka mempunyai imaginasi tersendiri untuk membawa Tombiruo dalam dunia khayalan mereka sebelum ini.

Namun, setelah diperjelaskan oleh Ramlee dan Nasir mengenai perubahan yang akan dilakukan agar bersesuaian dengan keadaan semasa, kebanyakan daripada mereka memahami konsep adaptasi.

Pun begitu, mereka turut melontarkan pandangan dan idea agar karya itu tidak tersasar jauh dari apa yang mereka bayangkan selama ini.Adaptasi Tombiruo semakin rumit?AKMALIAH RAZAK11 Mac 2015Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

PADAminggu lalu, penulis novel thriller terkenal, Ramlee Awang Murshid, tampil berkongsi kisah mengenai penulisan awalnya menerusi novel, Tombiruo.

Jika di mata Ramlee, Tombiruo itu adalah sesuatu yang meninggalkan kesan nostalgia istimewa kepadanya, namun di mata pengarah filem adaptasi ini, ada sesuatu yang digambarkan pada kali pertama membacanya.

Menurut pengarah yang pernah menghasilkan filem, Kembara Seniman Jalanan dan Cinta Rozana 87, ini, Nasir Jani, mula membuka halaman lebih 500 muka surat itu pada 2010 di mana sebelum ini hanya anak-anaknya sahaja yang menjadikan karya Ramlee sebagai bahan bacaan.

Saya tidak pernah membaca karya Ramlee sebelum ini, namun saya tahu siapa dia dan novel-novelnya menerusi anak-anak saya.

Pertama kali membaca novel itu, satu perkataan yang saya ungkapkan adalah bodoh. Bukan kerana jalan ceritanya, namun kerana pondok yang didiami Ejim adalah di bawah pokok di dalam hutan sedangkan ia perlu dibina di atas.

Namun, secara keseluruhan, penceritaan dalam novel ini amat menarik sekali dengan watak yang dikembangkan. Namun, sekiranya ia bakal diangkat ke layar perak, perlu ada perubahan dari segi latar tempat (pondok) itu terutamanya, kata Nasir yang mengakui itu adalah novel Melayu pertama yang dibacanya.

Tambah Nasir, dia membaca novel berkenaan setelah diberitahu Ramlee bahawa novelis kelahiran Papar, Sabah itu berhasrat untuk mengangkat karyanya sebagai filem adaptasi.

Setelah memahami jalan cerita Tombiruo, saya merasakan ada beberapa babak yang perlu diperkemas lagi dan pasti akan ada perubahan kerana ia telah ditulis lebih dua dekad lalu.

Apabila saya menyuarakan apa yang perlu diubah, Ramlee bersetuju namun sebagai penulis asal, dia tetap ingin memastikan agar tiang seri itu tidak boleh diubah sesuka hati. Saya menghormati keputusannya itu, jelas Nasir lagi.

Ramlee ada hak

Walaupun adaptasi lebih dilihat sebagai sesuatu karya yang diangkat ke layar perak secara keseluruhan, namun Nasir memberitahu bahawa tidak semestinya ia memerlukan terjemahan 100 peratus.

Kata Nasir, perkara itu turut dibincangkan bersama Ramlee kerana pada pandangan awalnya, ia perlu sama dan perubahan yang ketara boleh menjejaskan gambaran peminat berdasarkan imaginasi mereka menerusi novel.

Ramlee ada mengemukakan beberapa kerisauannya apabila novel itu mengalami banyak perubahan. Malah, sebelum ini pernah berlaku kontroversi di mana penulis asal tidak berpuas hati dengan garapan dan olahan adaptasi.

Namun, saya menjelaskan perkara ini dengan jelas dengan memberi contoh-contoh terdekat termasuk filem-filem barat yang diadaptasi. Alhamdulillah, dia menerimanya dengan hati yang terbuka.

Namun, itu tidak bermakna, produksi yang terlibat dalam pembikinan ini boleh berbuat sesuka hati dengan karya berkenaan kerana sebagai pengarah, saya akan memastikan bahawa semangat novel itu mesti dikekalkan, katanya.

Tidak menganggap campur tangan Ramlee sebagai satu perkara yang merumitkan, dia mengakui bahawa penglibatan Ramlee secara keseluruhan adalah tindakan yang betul dalam memastikan novel itu tidak bercanggah sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati.

"Walaupun Ramlee terlibat dalam pembikinan filem ini, namun hal untuk berkarya tetap diserahkan kepada saya. Saya berhak menjadikan filem itu mengikut apa yang saya mahukan dari segi muzik, pergerakan kamera dan suntingan.

"Dari situ, orang akan tahu itu adalah sentuhan saya tanpa dibayangi oleh sesiapa. Lagipun, kami turut berbincang dan berkongsi idea masing-masing.

"Saya tiada masalah dengan Ramlee kerana dia bukan sahaja datang sebagai penulis asal, malah dalam pembikinan filem ini, dia adalah panel penulis 'screen play' dan juga salah seorang penerbit. Sekiranya ada perkara yang dia tidak puas hati, wajar untuk kita mendengarnya kerana hak itu lebih kepada dia," jelas Nasir lagi.

Tidak perlu terburu-buru

Walaupun sudah belasan draf yang dibina, namun persetujuan masih belum diperoleh daripada ketiga-tiga produksi yang terlibat iaitu Layar Sunan Sdn Bhd, Alaf 21 dan Ideate Media Sdn Bhd.

Tambah Nasir, tempoh masa yang diambil begitu lama tidak memberi kesan atau tekanan buat dirinya selaku pengarah kerana dia tetap berpihak kepada Ramlee dalam soal kemantapan lakon layar.

Saya hanya berpegang kepada satu prinsip di mana dalam penghasilan karya, proses pembikinan lakon layar tidak memerlukan bajet yang meletup walaupun mengambil masa yang agak lama.

Saya tidak kisah berapa lama masa yang diambil untuk memantapkan lagi jalan cerita kerana ia tidak melibatkan kos, melainkan jika kita terburu-buru memulakan peringkat seterusnya, baharu tahu ada perkara atau babak yang perlu ditukar.

"Ianya akan menjejaskan perjalanan penggambaran dan proses seterusnya termasuk kos produksi. Ini adalah novel pertama Ramlee dan sudah semestinya proses itu perlu dibuat betul-betul. Tak boleh main-main," katanya.

Jelasnya lagi, menggalas tanggungjawab sebagai pengarah, dia akan memastikan bahawa sentuhannya itu tidak mengecewakan Ramlee dan barisan produksi lain walaupun sudah hampir tiga dekad tidak diberi peluang untuk berada di kerusi itu.Zainir: Adaptasi Tombiruo bukan kerja mudahAKMALIAH RAZAK28 Januari 2015Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services8 Zainir Aminullah - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SIAPAtak kenal penulis hebat, Ramlee Awang Murshid, novelis thriller nombor satu negara di mana rata-rata karyanya mempunyai pengikut serta pembaca yang tersendiri.

Bermula dengan karya, Igauan Maut pada 1995, Ramlee berjaya menghasilkan lebih 25 novel di sepanjang penglibatannya dalam bidang penulisan termasuk Tombiruo, Ranggau, Anugerah Pertama, Mandatori, Semangat Hutan, Pei Pan, ADAM, Satu Janji, Tombiruo Terakhir, Rahsia Perindu, Bagaikan Puteri, Hatiku Diharajuku, Cinta Sang Ratu, Ungu Karmila, Hijab Sang Pencinta, Mikhail, 9 Nyawa, Cinta Sufi, Rayyan Fantasi, Sutera Bidadari, Sunan Musafir, Aku Bercerita, Mitos dan Magis.

Mengorak selangkah lagi dalam cabang industri, satu daripada karyanya, Tombiruo : Penunggu Rimba, bakal diangkat ke layar perak dengan terbitan syarikatnya sendiri, Layar Sunan serta kerjasama Kumpulan Media Karangkraf dan Ideate Media.

Bakal menemui penonton dan pembaca tidak lama lagi dalam bentuk visual di layar, pastinya ia memberi cabaran baharu buat pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan filem ini apatah lagi ianya merupakan projek julung kali serta berskala besar.

Berkesempatan menemui Ketua Pegawai Eksekutif Ideate Media, Zainir Aminullah, di pejabatnya yang terletak di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, beliau turut berkongsi kisah mengenai penghasilan projek mega itu dari mula hingga ke peringkat terkini. Ikuti temu bual yang disusun ini.

Terlibat dalam penerbitan karya adaptasi, Tombiruo : Penunggu Rimba, apakah keistimewaan yang ada pada karya ini sehingga berjaya menarik minat anda untuk menjalinkan kerjasama?

Secara jujur, saya mengenali Ramlee Awang Murshid sebagai novelis yang hebat di mana beliau mempunyai pengikut yang tersendiri. Lihat sahajalah novel-novel yang dihasilkan, semuanya mampu menarik pembaca untuk setia menyokongnya dari dahulu sehingga kini.

Kekuatan yang ada pada Ramlee dan Tombiruo itu sendiri sukar untuk dinafikan kerana ia adalah karya yang terbaik dan semestinya lain daripada yang lain. Malah, saya melihat, karya itu berpotensi untuk diangkat ke layar dan mampu bersaing dengan filem-filem lain.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk penghasilan filem ini?

Ideate Media, Layar Sunan dan Karangkraf telah sama-sama melalui proses perbincangan dan penghasilan skrip melebihi enam bulan. Mungkin ianya akan mengambil sedikit masa lagi untuk siap sepenuhnya dari segi skrip dan penyusunan jalan cerita.

Mungkin sesetengah pihak berpendapat kami mengambil masa yang agak lama untuk menyediakan skrip namun, itulah yang terbaik setelah mendapat persetujuan daripada pihak-pihak yang terlibat.

Untuk projek berskala besar sebegini, sudah tentu kami perlu menyediakan latar yang terbaik agar ianya tidak menimbulkan permasalahan di kemudian hari. Kami mahukan agar ianya berjalan dengan lancar ketika proses seterusnya nanti. Buat masa ini, fokus kami hanya pada skrip terlebih dahulu.

Boleh anda jelaskan serba sedikit mengenai Ideate Media.

Ideate Media Sdn Bhd adalah syarikat yang ditubuhkan dengan kerjasama Khazanah Nasional Berhad dan Astro Limited Overseas.

Syarikat ini telah ditubuhkan sejak dua tahun lalu di mana kami komited dalam mencari karya-karya tempatan yang mempunyai potensi untuk dikembangkan ke pelbagai medium komersial termasuk di peringkat antarabangsa.

Misi kami adalah untuk membangunkan, mengeluarkan dan mengkomersialkan kandungan berkualiti tinggi untuk penonton secara global termasuk menerusi televisyen, filem dan animasi. Sepanjang penubuhan Ideate Media, ini adalah projek pertama kami yang melibatkan penerbitan filem tempatan.

Bagaimana pula dengan kerjasama daripada Ramlee sendiri? Adakah beliau turut terlibat secara rapat dalam proses ini?

Saya berterima kasih kepada Ramlee kerana dia sangat komited dalam memastikan karya ini diolah dengan baik dan mendapat persetujuan bersama untuk membina jalan cerita yang berkesan.

Selama enam bulan ini, kami sering mengadakan perjumpaan untuk berbincang dan memastikan perjalanan skrip ini lancar. Dalam pertemuan itu, kami akan berbincang mengenai susunan babak, jalan cerita dan penambahbaikan dalam cerita.

Dalam hal ini, saya kagum dengan Ramlee kerana walaupun dia sibuk dengan urusannya, namun masih ada masa untuknya duduk bersama-sama kami. Malah, dia juga turut berkongsi pendapat untuk diguna pakai dalam penghasilan skrip ini.

Selain Ramlee, kami mendapat kerjasama yang rapat daripada Karangkraf untuk berbincang dan memastikan elemen-elemen penting yang perlu digarap dalam filem ini.

Mengenai penghasilan skrip, adakah karya adaptasi ini turut mengalami perubahan ketara berbanding karya asal?

Untuk menghasilkan karya adaptasi dari buku ke layar perak bukanlah satu kerja yang mudah kerana asas bahan sudah ada. Walaupun tiada ketetapan untuk kita perlu mengangkat 100 peratus daripada novel asal, namun penambahan atau perubahan pastinya disedari oleh golongan pembaca.

Malah, setiap pembaca mempunyai imaginasi mereka sendiri dalam membayangkan penceritaan ini sekiranya ia dibawa ke layar. Untuk itu, kami perlu memastikan agar ianya tidak mengecewakan pembaca dan berjaya menarik minat penonton yang belum membaca karya asal.

Untuk novel setebal Tombiruo, kami berdepan dengan kekangan masa untuk membawa kesemuanya dalam sudut visual.

Sudah pastinya ada beberapa babak yang terpaksa dikurangkan namun ianya perlu dipastikan kepentingan jalinan babak itu agar tidak mengganggu jalan cerita. Selain itu, ada juga sedikit penambahan yang dipersetujui bersama agar ianya selari dengan pemikiran masyarakat kini.

Walaupun karya ini masih belum siap sepenuhnya dari segi penghasilan skrip, namun sudah ramai yang mula berteka-teki mengenai pemilihan pelakon. Malah, mereka sudah ada pilihan sendiri. Adakah perkara ini sudah dibincangkan?

Saya tahu mengenai hal itu dan saya turut meneliti nama-nama yang dipilih, antaranya Bront Palarae dan Beto Kusyairy.

Namun, buat masa ini, kami masih belum berfikir ke tahap itu kerana apa yang penting adalah skrip dahulu.

Dalam penghasilan Tombiruo, kami amat menitikberatkan tiga perkara iaitu cerita, karakter dan penceritaan. Kami perlu mengukuhkan tiga aspek itu baharulah ianya boleh diteruskan ke peringkat seterusnya.

Mendapat sentuhan pengarahan daripada Nasir Jani, adakah anda mempercayai kehebatan pengarah ini dan adakah dia mampu membawa Tombiruo ke tahap yang tersendiri?

Mungkin bagi generasi baharu, nama Nasir Jani asing dalam industri perfileman tempatan. Namun, jika diselak sejarah penglibatannya dalam bidang pengarahan filem, dia merupakan pengkarya yang tidak asing lagi di era 80 an.

Lihat sahajalah filemnya, Kembara Seniman Jalanan dan Rozana Cinta 87, ianya mempamerkan kekuatan dan kehebatan Nasir dalam membawa karya yang hebat ke layar.

Walaupun sudah hampir tiga dekat dia tidak terlibat dalam kerja-kerja pengarahan filem, namun dia masih bernafas dalam industri dengan kerja-kerja di belakang tabir dan mengikuti perkembangan semasa industri.

Melihat kepada profil pengarah ini, tidak ada sebab untuk kami ragu-ragu dengan kebolehannya dan kami yakin, dia boleh bawa Tombiruo seperti yang kami mahukan.

Akhir sekali, apakah harapan anda untuk Tombiruo yang bakal menemui penonton di pawagam nanti?

Secara jujurnya, saya memerhatikan perjalanan industri dan paling ketara adalah sejak 2013, industri berdepan dengan kemerosotan dari segi kutipan di pawagam. Namun, ianya mungkin berkaitan dengan jumlah filem yang semakin bertambah setiap tahun.

Saya tidak rasa bahawa penonton itu sudah tiada atau makin kurang, namun penonton kini lebih bijak dalam menilai karya yang dipertontonkan di pawagam. Saya berharap agar Tombiruo dapat memberi perbezaan kepada industri perfileman tempatan walaupun genrenya janggal daripada kebanyakan filem tempatan.

Apa yang pasti, kami akan bekerja keras untuk Tombiruo termasuk dari segi pemasaran. Malah, kami menjangkakan kempen untuk filem ini akan dibuat lebih awal dengan pelbagai medium yang ada.Tombiruo: Adaptasi 100 peratus?AKMALIAH RAZAK25 Februari 2015Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services1 Tombiruo

DITUBUHKANsejak 2008 untuk penggemar karya novelis thriller ini, sehingga kini Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC), mengumpul hampir 70,000 pengikut di laman Facebook berkenaan.

Menerusi RAMFC, pelbagai input dan juga perbincangan di kalangan pengikut dapat dilihat apabila mereka menggunakan platform ini untuk berbincang dan bertukar pendapat mengenai karya-karya popular novelis hebat itu.

Apatah lagi, kini tiga produksi iaitu Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Layar Sunan Sdn Bhd dan Ideate Media Sdn Bhd sedang bertungkus-lumus dalam pembikinan adaptasi filem, Tombiruo: Penunggu Rimba.

Sebagai laman yang mengumpulkan hampir keseluruhan pengikut Ramlee, mereka juga tidak terlepas dalam membincangkan mengenai penghasilan filem ini, malah ada beberapa perkara yang mereka tekankan agar ianya tidak lari daripada pemahaman dan penyampaian asal menerusi novel.

Menurut salah seorang daripada admin RAMFC, yang dikenali sebagai Elle, pelbagai bentuk maklum balas dan sesi perbincangan yang melibatkan Tombiruo di kalangan pengikut dan pembaca tegar.

Katanya, walaupun Tombiruo masih lagi dalam proses mengukuhkan jalan cerita, namun ramai di kalangan pengikut mula melahirkan pendapat dan kerisauan akan pemilihan pelakon serta penceritaan yang bakal divisualkan.

"Dalam banyak-banyak perbincangan yang mereka suarakan di RAMFC, paling sering menjadi topik utama adalah mengenai pemilihan pelakon dan penceritaan di layar perak itu nanti.

"Apa yang saya perhatikan, mereka terlalu teliti dalam pemilihan pelakon dan tidak hanya mengharapkan populariti seseorang pelakon yang dipilih.

"Walaupun ada beberapa nama yang disebut-sebut, namun mereka tetap menyuarakan pendapat sendiri dengan nama-nama pilihan mereka yang dirasakan bersesuaian," katanya.

Tambah Elle, dari segi jalan cerita pula, ramai di antara mereka yang mahu perjalanan kisah Tombiruo diangkat 100 peratus daripada karya asal.

"Mereka banyak kali menyuarakan agar karya ini diangkat 100 peratus ke layar perak. Namun, dengan berhemahnya kami akan menerangkan kepada mereka bahawa adaptasi ini tidak semestinya perlu mengikut kesemua babak atau penceritaan asal.

"Bersesuaian dengan peredaran masa dan zaman, mereka perlu menerima perubahan dan pembaharuan dalam penceritaan. Pun begitu, pihak produksi perlu mengambil perhatian dalam perkara ini kerana mereka juga merupakan kelompok yang perlu diberi peluang untuk bersuara dan melontarkan buah fikiran.

"Kami membaca setiap pendapat mereka dan sekiranya ada penjelasan yang menarik, kami akan menyampaikannya sendiri kepada Ramlee terutamanya," katanya yang berharap agar perubahan yang dilakukan tidak begitu ketara.

Imaginasi watak Ejim

Selain pemilihan pelakon dan jalan cerita yang dibincangkan, ada di kalangan pengikut RAMFC tampil berkongsi beberapa lakaran untuk watak, Ejim, dari kaca mata mereka menerusi pembacaan dan penghayatan.

Salah seorang pelukis yang juga sepupu Ramlee, Awang Fauzi, turut memberi lakaran Ejim berpandukan imaginasinya setelah bertanya kepada Ramlee sendiri.

"Lakaran tersebut berdasarkan ciri-ciri dan gambaran penulis yang ada dalam novel. Idea melukis juga saya dapat dari bertanya sendiri penulis tentang pakaian, topeng dan bentuk tubuh badan Tombiruo. Melalui pembacaan dan pertanyaan tersebut saya membuat lakaran seperti dalam lukisan.

"Pakaian Tombiruo saya ambil daripada motif pakaian tradisi suku kaum Kadazan-Dusun kemudian olah sedikit menjadi pakaian ala primitif yang diperbuat daripada kulit kayu. Topeng pula saya reka berdasarkan imaginasi sendiri melalui pernyataan Ramlee iaitu 'topeng penuh'. Nampak mistik tapi bukan menakutkan.

"Pedang yang digunakan ada motif kepala singa seperti yang tertulis dalam novel. Dari maklumat yang terkumpul maka terhasillah lakaran penuh Ejim. Pada saya Tombiruo ialah legenda masyarakat Sabah khususnya kepada suku kaum Kadazan-Dusun yang menggambarkan semangat hutan," jelasnya.

Tambah Awang Fauzi, apabila disebut legenda maka ianya adalah mitos penting dalam sejarah Kadazan-Dusun.

"Saya melihat sangat penting untuk mewujudkan satu lakaran watak yang menepati atau sekurangnya hampir dengan mitos lagenda tersebut kerana ia melibatkan sejarah, peradaban dan tradisi Kadazan-Dusun.

"Alhamdulillah lakaran saya mendapat komen yang positif dari peminat-peminat RAMFC," katanya lagi.

REAKSI PENGIKUT RAMFC

"Saya dapat tahu mengenai novel Tombiruo akan difilemkan menerusi Sinar Harian dan tentu sekali filem ini merupakan filem yang paling saya tunggu-tunggu dalam hidup.

Cerita yang diolah cukup baik dari hanya satu mitos di hutan Keningau. Saya memang peminat tegar Ramlee Awang Mursyid. Semua karya-karyanya saya akan beli dan baca.

Sebut sahaja tajuk novel saya boleh ingat satu persatu. Mengenai Tombiruo, saya ada baca berita pemilihan watak wartawan (Wan Suraya) dan saya gembira jika Juliava Evans dipilih menggalas watak tersebut.

Secara keseluruhannya saya memang tidak sabar untuk melihat Tombiruo dalam karakter yang diimaginasikan oleh Ramlee sendiri kerana selama ini, saya membayangkan dari imaginasi saya sahaja. -Fatin G Hassan (Pahang)

"Sebagai pembaca, saya rasa teruja sangat apabila dimaklumkan bahawa novel kegemaran saya ini bakal difilemkan dan ditayangkan di seluruh pawagam tidak lama lagi. Namun, kalau boleh, ianya adalah 100 peratus daripada karya asal kerana apabila ditokok tambah, macam tak seronok pula.

Sebagai pembaca, saya sudah dapat memberi imaginasi sendiri apabila menonton filem itu nanti," -Hayati Abd Razak (Sabah)-

"Apabila mendapat tahu novel ini bakal diadaptasi, saya sangat teruja! Bagi saya, novel Ramlee Awang Murshid semuanya terbaik dan saya dapat rasakan filem ini akan mendapat sambutan hangat di kalangan penonton. Ini kerana jalan cerita novel ini adalah lain dari yang lain.

Pun begitu, kalau boleh, saya memang tidak mahu sekiranya ada babak yang dipotong namun tidak kisah sekiranya ada penambahan untuk mencantikkan lagi jalan cerita. Saya percaya, idea Ramlee sememangnya bagus dan dia tidak akan mengecewakan peminat serta pembaca.

Tapi rasanya kalau terlalu banyak pemotongan, ia akan memotong 'mood' peminat yang sudah mengetahui jalan cerita novel itu." - Beebee Aisyah Sayed Kadir (Sarawak)

Tombiruo: Penunggu Rimba uji kemampuan Nasir JaniAKMALIAH RAZAK1 Januari 2015Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services3 Tombiruo

PELUANG pengarahan yang diberikan kepadanya hanyalah untuk dua filem sahaja iaitu Kembara Seniman Jalanan dan Rozana Cinta 87 ketika era 80-an. Menyelak perjalanan seninya, terlalu banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuh pengarah ini dalam menyampaikan karyanya.

Enggan menggali lagi kontroversi hebat yang pernah ditempuhnya pada satu ketika dahulu, Nasir Jani kini bangkit dengan semangat baharu. Malah, kemunculannya pada kali ini masih berpaksikan jiwa yang cukup besar untuk sama-sama memajukan industri perfileman.

Sentuhan pengarahan yang ditinggalkan lebih dua dekad itu kini diuji oleh novelis thriller, Ramlee Awang Murshid, dalam merealisasikan novelnya, Tombiruo: Penunggu Rimba ke layar perak.

Hadir di majlis pra pelancaran filem terbitan Kumpulan Media Karangkraf, Layar Sunan dan Ideate Media ini, Nasir turut berkongsi beberapa perkara mengenai kemunculannya menerusi filem ketiganya ini.

Apabila diberi tanggungjawab ini oleh novelis, Ramlee Awang Murshid, dalam menjayakan filem ini, bagaimanakah perasaan anda?

Sejujurnya, saya rasa amat gembira apabila diberi peluang ini. Mana tidaknya selama 27 tahun, saya langsung tidak mendapat peluang untuk mengarah. Walaupun sudah lebih dua dekad tidak menghasilkan sebarang filem, namun jiwa saya untuk mengarah masih menebal.

Sejak dahulu hingga kini, minat saya dalam industri tetap sama. Saya bersyukur kerana masih ada ruang saya dalam industri atas bantuan Ramlee, Karangkraf dan Ideate Media.

Cukup lama anda tidak mengarah, apakah cabaran yang paling besar perlu anda hadapi?

Mengenai cabaran dalam menjayakan filem ini, saya lebih membimbangkan diri saya sendiri. Adakah saya mampu untuk menyampaikan apa yang telah Ramlee gambarkan menerusi novelnya ke layar perak?

Perkara ini sering bermain di fikiran saya kerana saya tahu novel ini ramai pembaca. Saya risau, sekiranya ia tidak mampu memuaskan pembaca sebelum ini dan tidak memenuhi gambaran mereka. Bukan sahaja di kalangan pembaca, malah saya perlu berdepan dengan cabaran daripada penonton dan peminat karya Ramlee. Itu adalah cabaran yang paling asas yang perlu saya hadapi.

Dari segi perjalanan cerita, adakah ianya mengalami perubahan dalam membawanya ke layar perak?

Sebenarnya, adaptasi adalah tidak semestinya 100 peratus daripada buku atau novel itu perlu dibawa ke layar. Sebagai contoh karya adaptasi, All The Presidents Men, hanya mengambil pertengahan jalan cerita sahaja.

Pun begitu, menerusi filem ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengubah perjalanan cerita. Bagaimanapun, saya telah berbincang dengan Ramlee mengenai perkara ini dan kami bersetuju untuk mengubah beberapa babak agar ianya bersesuaian dengan zaman kerana Ramlee menulis buku itu pada 20 tahun yang lalu. Sudah tentu ada beberapa perkara yang perlu diubah suai untuk memantapkan lagi jalan cerita.

Adakah anda sudah bersedia untuk berdepan dengan pandangan dan kritikan daripada golongan pembaca dan penonton?

Saya sentiasa bersedia menerima apa jua pandangan dan teguran kerana mereka juga berhak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, sebagai penonton, mereka perlu faham dengan konsep adaptasi.

Saya tak kata yang filem ini 100 peratus sama kerana ada juga yang kita tambah. 20 tahun lalu, mungkin Ramlee ada tertinggal babak-babak menarik dan menerusi konsep visual ini, kita akan keluarkan dalam filem agar ianya menghasilkan karya lebih baik lagi. Apa yang penting, kami tetap mengekalkan roh dan semangat Tombiruo.

Berapa lamakah masa yang diambil menjayakan filem ini?

Saya dan Ramlee mula berbincang mengenai karya ini sejak 2010 lagi. Setiap kali berbincang, kami akan mengumpul input dan menghasilkan draf awal. Sepanjang tempoh itu, sebanyak 13 draf yang telah dibuat apabila ia terus diolah sehingga menghasilkan jalan cerita yang dipersetujui. Malah sehingga kini, ia masih dalam proses penulisan.

Saya seronok bekerjasama dengan Ramlee kerana dia tidak meninggalkan saya terkapai-kapai sendirian. Malah, dia juga tidak lokek dalam memberikan idea dan buah fikiran yang bernas.

Filem ini dijangka bakal menemui penonton pada pertengahan tahun depan, adakah anda sudah bersedia jika berdepan dengan kontroversi atau golongan pengkritik?

Saya berpegang dan percaya kepada let my work do the talking. Kita tidak boleh memaksa masyarakat untuk menerima kita. Namun, kita kena terima hakikat bahawa manusia berubah dan saya juga inginkan perubahan.Saya juga seperti manusia lain yang mahukan pembaharuan dan perubahan yang lebih positif. Lagipun usia saya sudah menjangkau 60 tahun dan banyak perkara yang telah saya lalui.

Semuanya saya simpul dalam lipatan kenangan. Saya berharap agar kehadiran saya dalam industri dipandang dari sudut positif kerana saya juga mahu sama-sama memerah keringat sebagai anak seni.

Selepas Tombiruo, apakah karya lain yang bakal anda hasilkan?

Saya akan meneruskan kerja seni saya dalam bidang pengarahan. Buat masa ini, saya tengah mengumpulkan kawan-kawan saya dahulu untuk mengembalikan zaman kegemilangan Kembara Seniman Jalanan.

Saya berhasrat untuk menghasilkan Kembara Seniman Jalanan 2 yang tetap mengutarakan isu cetak rompak yang kini dilihat makin berleluasa. Saya berharap agar perancangan saya ini akan membuahkan hasil dan semestinya saya akan lebih berhati-hati selepas ini.

Akhir sekali, sebagai orang lama, apa harapan anda dalam industri?

Satu ketika dahulu saya pernah merasai apa itu glamor. Namun, sebenarnya glamor itu tidak membawa kita ke mana-mana dan tidak penting pun. Hampir 30 tahun, saya tidak dapat berkarya dan tidak dapat membantu dalam menambah khazanah seni tanah air.Apabila diberi peluang untuk kembali, saya tidak berharap untuk mencari glamor atau nama. Saya hanya berdoa agar diberi kesihatan yang baik agar dapat menghasilkan karya sebanyak mungkin kerana 27 tahun saya tertinggal. Selepas segala yang berlaku dalam kehidupan saya, kini saya semakin tenang.

Apa yang menguatkan semangat saya adalah keluarga dan kawan-kawan. Saya tak sangka masih ada lagi kawan-kawan yang tidak berbelah bahagi dalam memberikan semangat dan sokongan. Malah, saya bersyukur kerana mereka masih lagi berada di sisi saya tidak kira susah mahupun senang.Laksamana Sunan menyusul ke layar perakRAZIATUL HANUM A. RAJAK19 Februari 2015Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services3

[VIDEO] LEGASISunan seperti Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta bakal menyusul karya sulung novelis thriller terkenal, Ramlee Awang Murshid yang berjudul Tombiruo : Penunggu Rimba ke layar perak tidak lama lagi.

Menyatakan impiannya itu, Ramlee berkata, pihaknya akan cuba merealisasikan legasi Sunan sejurus selepas filem Tombiruo berjaya dilahirkan.

Perkhabaran ini pastinya bakal mencipta senyuman di bibir peminat-peminatnya yang telah sekian lama menantikan Laksamana Sunan atau Saifudin ini divisualkan selepas hanya membayangkan wataknya melalui penceritaan dari siri novel Ramlee.

Selepas Tombiruo, insya-ALLAH kita akan bekerja untuk legasi Sunan.

Maksudnya, untuk permulaan ini, tiga novel itu dahulu. Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta akan kita pisah-pisahkan.

Cuma, impian saya itu untuk menjadikan Sunan ke layar perak. Insya-ALLAH. Doakan saya , katanya kepada Sinar Online.

Akui tidak melupakan karyanya yang lain, Ramlee berkata akan kembali menyelesaikan sambungan filem Tombiruo selepas legasi Sunan selesai.

Yang lain itu kemudian dulu. biar kami bereskan dahulu yang tiga.

Kalau lihat Tombiruo pun ada sekuelnya juga cuma perancangan kita adalah selepas Tombiruo, kita akan angkat Sunan.

Kemudian baru kembali kepada sambungan Tombiruo tetapi akan makan masa sedikit, katanya.

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang diterbitkan bersama Kumpulan Media Karangkraf ini dijangka akan memulakan penggambaran beberapa bulan lagi dan ditayangkan tahun depan.

Sebelum itu, pihak produksi akan menjalankan sesi uji bakat bagi memilih barisan pelakon yang layak untuk membawa watak-watak dalam filem tersebutTombiruo bakal mulakan penggambaranRAZIATUL HANUM A. RAJAK9 Februari 2015Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services5

FILEMsulung hasil karya novelis thriller terkenal, Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba yang dinanti-nanti sekian lama akhirnya bakal memulakan penggambaran dalam masa terdekat.

Memahami kesukaran untuk memasukkan kesemua elemen dari novel ke filem, Ramlee hanya berharap tiang seri ceritanya itu tidak runtuh. Sementara, pengarah filem itu, Nasir Jani mengambil peluang ini untuk membuktikan tajinya masih tajam dalam mewarnakan karya tersebut.

Ikuti temu bualSINAR HARIANdenganRAMLEEdanNASIR JANIbagi mengupas lebih lanjut perkembangan filem itu.

SINAR HARIAN: Kenapa Tombiruo : Penunggu Rimba yang dipilih untuk dijadikan filem berbanding karya-karya Ramlee yang lain?

RAMLEE: Sebenarnya pilihan kita antara Tombiruo dengan legasi Sunan (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta). Tetapi kita melihat daripada bajet. Apabila bajet dihitung, legasi Sunan itu lebih banyak pada bajet. Jadi, kita buat keputusan untuk jalankan Tombiruo dalam bersederhana untuk divisualkan ke filem.

Sejak 2008, kami merancang untuk menerbitkan Tombiruo terlebih dahulu. Insya-ALLAH dari Tombiruo itu nanti ada hasilnya dan dengan bajet itu juga kami akan buat Sunan. Cuma kenapa Tombiruo?

Tombiruo adala novel pertama saya dengan Alaf 21 (Kumpulan Media Karangkraf). Ia begitu istimewa sekali...berlatarbelakangkan Sabah, saya orang Sabah dan saya nak orang Sabah bangga dengan produk ini. Sebab buat julung-julung kali, Tombiruo ini dalam bahasa Kadazan-Dusun dipilih untuk dijadikan filem.

Tombiruo ini sebagai pintu masuk untuk novel-novel lain (karya Ramlee) yang akan diadaptasi.

SINAR HARIAN: Berkenaan pemilihan Nasir Jani sebagai pengarah Tombiruo. Mengapa beliau dipilih?

RAMLEE: Nasir Jani ini kami berjumpa pada tahun 2010. Saya dicadangkan rakan kongsi saya, supaya kita ambil Nasir Jani. Sebab pada tahun 1980-an, Nasir Jani dengan masterpiece Kembara Seniman Jalanan mempunyai pemikiran pandangan shot yang berbeza berbanding dengan pengarah-pengarah lain.

Jadi, Tombiruo ini adalah satu comeback untuk beliau. Saya mengharapkan taji Nasir Jani ini keluar dan ditumpahkan keseluruhannya dengan Tombiruo. Kami berkeyakinan penuh bahawa Nasir Jani mudah bersatu dengan jiwa Tombiruo ini sejak 2010 dan kami meyakini Tombiruo insya-ALLAH akan sukses di tangan beliau.

SINAR HARIAN: Seperti yang kita sedia maklum, karya Ramlee mempunyai ramai pengikut. Adakah itu memberi tekanan kepada Nasir Jani dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang pengarah?

NASIR: Memang seperti yang semua orang tahu, pengikut Ramlee ramai. Pada saya, untuk mengeluarkan Tombiruo itu 100 peratus daripada novel, saya rasa mana-mana pengarah pun di dunia ini tidak akan mampu. Pertama faktor masa. Novelnya 500 muka surat. Kita ada paling tinggi pun 120 minit. Kalau kita ambil satu muka surat satu minit, maknanya 500 minit. 500 minit itu kena kurangkan jadi 120 minit.

Jadi, kami berbincang dan kami cuba...yang terlibat dalam olahan ini daripada novel ke lakon layar bukan saya seorang. Ada rakan kongsi...produser juga. kami berbincang dan saya sebagai pembikin filem, ada cara-cara atau syarat-syarat tertibnya untuk mengolah novel.

Ada peraturannya. Jadi, saya tak boleh lawan atau khianat apa yang saya belajar. Mengadaptasi novel ke filem itu ada caranya, jadi, saya akan ikut seberapa yang dekat dan tidak lari daripada konteksnya.

SINAR HARIAN: Setelah sekian lama tidak mengarah dan kini kembali pada zaman serba baru, berteknologi tinggi yang jauh berbeza dengan zaman dahulu, jadi, adakah itu menjadi cabaran untuk Nasir Jani kembali beraksi?

NASIR: Teknologi itu satu kemudahan. Memudahkan kerja saya. Tetapi cabarannya ialah bagaimana saya nak menggunakan teknologi baru ini untuk beri apa yang Ramlee sebagai penulis novel mahu dan peminat-peminat, penonton serta pembaca novel itu mahukan.

SINAR HARIAN: Sebagai penulis, kongsikan kerisauan-kerisauan yang wujud dalam rangka untuk menghasilkan filem sulung dari karya-karya Ramlee.

RAMLEE: Sebagai penulis asal, apa yang saya takuti bahawa filem ini tidak boleh menandingi novel. Jadi, sebab itulah saya duduk dalam panel untuk sama-sama meneliti semua lakon layar yang kami buat. Kalau diikutkan di tangan kami sudah ada 14 draf kemudian dengan draf dari rakan kongsi ada empat, jadi ada 18 draf.

Percaya atau tidak, saya masih tak puas hati lagi. Sebab kalau boleh saya nak sedekat-dekat mungkin novel dengan filem itu sendiri.

Saya tahu bahawa setiap filem itu mustahil untuk menterjemahkan keseluruhan visual itu sendiri. tapi, seperti saya katakan tadi, kita ambil yang paling hampir dan kita jangan robohkan tiang-tiang cerita ini. Kalau kita mahu ubah tingkap, ubahlah. Nak ubah dinding, ubahlah tapi, tiang itu jangan diubah.

Apabila tiang diubah, maka runtuhlah rumah. Dalam perbincangan, perkara ini saya luahkan dan alhamdulillah diambil positif. Cuma dalam lakon layar Tombiruo ini, percaya atau tidak, dari tahun 2008 sampai sekarang saya belum luluskan lagi.

Maksudnya belum memenuhi apa yang saya mahu. Saya tidak mahu ia 100 peratus sama tapi sedekat yang boleh. Jadi, kalau itu boleh dipenuhi, insya-ALLAH kerisauan itu tetap ada tapi berkuranganlah.

SINAR HARIAN: Kenapa proses pra-produksi Tombiruo ini mengambil masa yang terlalu lama?

RAMLEE: Cabarannya adalah mencari dana dan kami bukan tak berusaha. Kami berusaha. Wang bukan segala-galanya tapi wang juga boleh menggerakkan Tombiruo ini. Jadi, perkara paling penting yang menjadi cabaran untuk menerbitkan Tombiruo adalah dana.

Sehingga tahun lalu, Kumpulan Media Karangkraf telah sudi untuk melabur dalam filem ini dan juga syarikat Ideate Media. Alhamdulillah sekarang ini proses Tombiruo sedang berjalan.

SINAR HARIAN: Jadi, sekarang ini filem Tombiruo berada di peringkat apa?

NASIR: Sekarang ini kita dalam proses memantapkan apa yang perlu. Undang-undang pertama mengadaptasi novel ke filem, bukan skrip hebat tapi restu penulis itu. Itu yang beliau sebut tentang tiang seri cerita itu. Jadi, tugas kami sekarang ini ialah memastikan tiang seri itu ada.

Kalau dirobohkan, kena buat semula. Kalau dah ada, cantikkan lagi. Beginilah, pegang kata-kata pengarah filem tersohor dunia termasuk Steven Spielberg. Beliau kata, belum pernah lagi berlaku, bajet meletup ketika proses membuat skrip.

Buatlah skrip selama mana sebab bajet tak akan meletup kerana apabila penggambaran telah dimulakan, itu tak boleh. Kita gunakan kesempatan itu. Itu lebih baik daripada ketika sudah mula penggambaran, baru sedar banyak yang tak betul.

Pada saya, persediaan yang paling penting ialah persediaan yang tidak melibatkan bajet meletup, tidak melibatkan kewangan yang buat kita terus takut untuk teruskan projek ini. Jadi, ubahlah seberapa banyak pun.

SINAR HARIAN: Jangkaan draf filem Tombiruo akan siap?

NASIR: Kata putus bila kemantapan skrip itu akan siap, kita ada dateline. Insya-ALLAH skrip muktamad sekurang-kurangnya penghujung bulan Februari. Filem ini besar. Contohnya, untuk lokasi sahaja, kalau tak betul-betul susun, akan memakan masa.

SINAR HARIAN: Ramai yang ternanti-nanti dan tertanya-tanya siapakah pelakon yang akan menggalas watak utama dalam filem Tombiruo ini. Jadi, siapakah yang bakal dipilih sebagai pelakon nanti?

RAMLEE: Ada nama-nama yang kita senaraikan seperti Datuk M.Nasir, Bront Palarae, Adi Putera, Fazura, Juliana Evans, Marsha, beberapa orang Sabah...tapi pada akhirnya, kita mengambil keputusan untuk menjalankan uji bakat. Jadi, mereka ini akan datang untuk uji bakat.

Kalau pengarah kata OK, lulus. Kita akan ambil pelakon ini untuk memegang watak Ejim, Amirudin, Wan Suraya. Keputusannya terletak pada uji bakat itu nanti. Tak lama lagi, insya-ALLAH.

SINAR HARIAN: Apa kriteria pelakon utama yang dicari oleh Ramlee?

RAMLEE: Ejim itu sama dengan Amirudin, cuma bezanya satu ada rupa dan satu lagi tiada rupa. Kedua-duanya nampak lelaki. Tapi wajah Ejim itu sendiri yang juga Tombiruo, karakternya memakai topeng dan dalam filem ini juga kita tak akan tunjuk siapa dia sebenarnya. Tapi pelakon itu mestilah fighter, berbadan sasa dan tahan lasak. Dalam karakter itu sendiri, kita bina karakter itu orang yang tak banyak cakap tapi kelelakian itu mesti ada.

SINAR HARIAN : Apa harapan Nasir Jani sebagai pengarah dalam sesi uji bakat itu nanti?

NASIR : Saya perhatikan juga cerita tentang pelakon-pelakon yang disebut-sebut dan ia sudah menjadi viral. Pada saya begini, untuk berlaku adil kepada semua, kita adakan uji bakat. Ketika uji bakat itu nanti, pelakon yang memang kita sudah senarai pendekkan, kita akan uji bakat mereka.

Siapa-siapa yang berminat nak datang, datanglah. Sebab kita tak tahu siapa yang layak. Mungkin ketika sesi uji bakat, kita jumpa pelakon yang mampu pukul semua pelakon lain untuk jadi Tombiruo yang kita cari. Kemungkinan, tiada yang mustahil.

SINAR HARIAN : Maksudnya, kemungkinan pelakon utama itu nanti bukan dalam kalangan pelakon popular?

NASIR : Kemungkinan. Sebab kita tak boleh tahu. Semuanya mungkin. Jangan kita hadkan diri kita dan berfikiran terbuka menjadikan Tombiruo ini sesuatu. Kalau nak gempak, biar gempak habislah.

RAMLEE: Kalau anda biasa baca buku-buku saya, begitulah. Kita sangka dia pembunuh, rupanya orang lain yang membunuh. Jadi, mungkin itu yang berlaku dalam uji bakat. Mungkin kita kata Bront Palarae rupanya M.Nasir.

Mungkin kita kata, Nasir rupanya Adi Putra. Pelakon baharu. Mana tahu kan? Apabila saya masuk dalam industri filem ini, magisnya lain macam. Kalau dalam novel, magisnya saya kawal sendiri tapi kalau filem, magisnya dari segenap arah boleh berlaku.

SINAR HARIAN: Ketika Ramlee menulis Tombiruo, siapakah yang dibayangkan sebagai watak utama itu?

RAMLEE: Dulu saya membayangkan Eman Manan sebab dia bersilat. Tapi masa berubah. Macam watak Sunan saya membayangkan M.Nasir. Tapi apabila masa sudah berubah, tak boleh M.Nasir. Jadi, ketika saya menulis, waktu itu Eman Manan popular.

Sekarang sudah 17 tahun, kita kena ikut masa sekarang. Kalau ikut yang lama, habis kita. Jadi, mahu atau tidak, saya serahkan kepada pengarah, Nasir Jani. Mata beliau ialah mata seorang pengarah. Mata saya ialah mata seorang penulis. Tentu arah kami berbeza dengan cita rasa, pemikiran kami tersendiri.

SINAR HARIAN: Jangkaan Tombiruo akan ditayangkan di pawagam negara lain?

RAMLEE: Insya-ALLAH kita akan sampai ke peringkat global. Kalau mengikut daripada perbincangan awal, filem ini akan keluar awal 2016 dan kita sudah hampir dengan tarikh untuk mula penggambaran.

SINAR HARIAN: Kata-kata akhir kepada pembaca di luar sana yang menanti karya pertama Ramlee divisualkan.

RAMLEE: Saya sebenarnya sangat terseksa menunggu Tombiruo ini menjadi filem. Apa yang saya mampu berdoa. Kepada pembaca-pembaca buku saya, tolong doakan kejayaan kami untuk ke arah merealisasikan novel Tombiruo ke layar lebar. Doakan kami.

NASIR: Doakan supaya apa yang kami buat ini dengan tenaga dan pemikiran yang digunakan ini untuk melahirkan filem ini dapat memuaskan hati semua orang. Adaptasi novel ke filem sangat kompleks dan susah. Lebih baik saya buat skrip sendiri.

RAMLEE: Lebih baik saya buat novel.

NASIR: Kalau tak mampu puaskan hati 100 peratus tapi sekurang-kurangnya 70 peratus semangat novel itu ada.Penunggu hutan KeningauOleh SHANIKA ABDULLATIBLegenda Tombiruo dan Rogon masih popular di Sabah.

POKOK ara sering dikaitkan dengan penunggu hutan.

SEMASA Amiruddin mendengar berita sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, Sabah, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya, kekasihnya. Gadis itu ialah antara mangsa yang terlibat.Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu.Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman.Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu. Amiruddin atau Rogonkah yang lebih dahulu menemui Wan Suraya?Rogon tersebut ialah salah satu watak dalam novel seram, Semangat Hutan karya penulis prolifik kelahiran Papar, Ramlee Awang Murshid.Latar belakang novel itu mengambil tempat di hutan Keningau yang sememangnya terkenal dengan cerita-cerita misteri penunggu hutan.Bagi etnik Kadazandusun di Sabah khususnya yang tinggal berdekatan hutan Keningau hingga sempadan Sandakan, semangat hutan itu akan terus ada dalam kehidupan mereka.Dan kerana tingginya semangat hutan yang dipercayai menjaga keamanan hutan Keningau, Ramlee menukilkan mengenai Rogon dan satu lagi makhluk hodoh, Tombiruo dalam novel-novelnya.ImaginasiEntiti Tombiruo dan Rogon adalah simbolik kepada unsur kebaikan dan kejahatan yang ada di dalam hutan.Secara tidak langsung, entiti ini juga membuka minda kita agar lebih menghormati hutan, tetapi bukan menyembahnya, tegas beliau.

Ramlee memberitahu, Tombiruo, seperti yang digambarkan dalam novelnya dengan tajuk yang sama, merujuk kepada hantu hutan atau mahkluk hodoh yang mendiami belantara.Entiti ini lebih bersifat pelindung. Ia melindungi hutan daripada dimusnahkan oleh manusia yang berniat jahat.Orang dahulu juga menggambarkan Tombiruo sebagai berwajah buruk dan sesiapa yang terserempak dengan semangat ini akan ditimpa sial, jelas Ramlee.Rogon pula dari pandangan Ramlee dan cerita lama yang dikutip daripada pelbagai sumber, lebih bersifat kejam. Ia lebih bersifat kebinatangan berbanding Tombiruo.Semangat hutan itu turut dikaitkan dengan insiden kehilangan individu di hutan Sandakan yang sehingga kini masih belum terjawab.Ia berlaku sekitar lewat 1980-an. Hutan Sandakan yang bersempadan dengan hutan Keningau gempar apabila individu tersebut dilaporkan hilang secara misteri.Walaupun dijejaki menggunakan anjing pengesan, mangsa gagal ditemui. Yang membingungkan, anjing itu beberapa kali mengelilingi sebatang pokok, cerita Ramlee.Di situlah, mereka menjumpai tinggalan tulang manusia dan beberapa helai pakaian yang dilipat kemas.Sejak itu, pelbagai spekulasi timbul termasuk ada yang mendakwa ia angkara semangat hutan ataupun manusia kanibal.Bagi masyarakat Kadazandusun yang amat menghormati hutan, kata Ramlee, kejadian seumpama itu dipercayai berlaku kerana niat manusia yang mahu merosakkan kesucian hutan.Jadi, semangat hutan ini, kemungkinan Tombiruo atau Rogon, melakukan sesuatu untuk melindungi hutan yang menjadi tempat tinggalnya, ungkapnya.Jelas beliau, biarpun apa yang dinukilkan di dalam novel-novelnya itu disulam dengan elemen fiksyen dan imaginasi, Ramlee percaya hutan adalah kawasan yang penuh dengan pantang larang.Kita tidak akan tahu siapa atau apa yang berada di dalamnya. Dan seringkali kita terlupa terdapat satu lagi alam yang perlu dihormati, katanya.Kayu araBaru-baru ini, satu lagi insiden mengejutkan penduduk daerah itu. Makhluk berkepala besar tanpa kaki dan tangan ditemui di Kampung Kapayan Baru dekat Keningau.Ia benar-benar wujud dan menakutkan akui Rapail Igau, 49, seperti dipetik New Sabah Times.Rapail yang merupakan seorang kakitangan Yayasan Sabah memberitahu, beliau tanpa sengaja merakam gambar makhluk halus itu menggunakan kamera telefon bimbit pada 21 Oktober lepas.Imej yang didakwa makhluk halus itu juga telah diuji ketulenannya.Menurut Rapail, pada petang kejadian beliau melawat Empangan Pengairan Kampung Kapayan Baru yang baru sahaja siap dibina sambil ditemani seekor anjing belaannya.

RAMLEE AWANG MURSYID

Katanya, beliau merakam beberapa sudut empangan tersebut untuk tujuan dokumentasi, tetapi tidak menyangka sekeping daripada kira-kira 20 rakaman menghasilkan imej seperti manusia berkepala ganjil tanpa kaki dan tangan duduk di atas leher anjingnya.Kira-kira satu meter dari tempat anjingnya berdiri pula, terdapat sebatang pokok ara yang dikatakan telah wujud sejak tahun 60-an lagi.Pokok itu sejak sekian lama diketahui oleh penduduk kampung itu sebagai berpenunggu.Empangan air itu dibina bagi menggantikan empangan konvensional atau dikenali sebagai kinalian untuk kemudahan pengairan kepada ratusan pesawah di kampung itu.Sejak awal tahun 60-an, kawasan itu terkenal sebagai berpenunggu dan setiap kali penduduk membaiki empangan kinalian, upacara pen- yembahan dilakukan bagi mengelak gangguan makhluk halus.Rapail memberitahu, nenek moyang mereka akan menyembelih ayam putih atau babi sebelum aktiviti gotong-royong dijalankan bagi membaiki ampangan kinalian itu.Bagaimanapun katanya, habitat makhluk itu mungkin terganggu ekoran daripada projek pembinaan empangan moden itu.Kisah rakaman gambar penunggu hutan Rapail ini hanya akan memanjangkan lagi legenda Tombiruo dan Rogon di kalangan masyarakat Sabah.

Artikel Penuh:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz3Uj8P7UL9Hakcipta terpelihara