bahagian 1 : arahan dan syarat kepada petender 1. … · 2020. 11. 26. · 4.5 perbadanan tidak...
TRANSCRIPT
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 1
BAHAGIAN 1 : ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PETENDER
1. KENYATAAN TAWARAN DAN JAMINAN ATAS TAWARAN
1.1 Semua Petender yang hendak menyertai tawaran tender ini hendaklah
terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di
bawah Kod Bidang 210101 ATAU 210109 dan sijil pendaftaran hendaklah
masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh tender ini
diiklankan dan petender telah ePerolehan enable (Sistem Perolehan Negeri
Pulau Pinang) dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi perolehan
berikut :
Perkhidmatan Program Sewaan Peralatan ICT Di Perbadanan
Perpustakaan Awam Pulau Pinang
1.2 Satu salinan Sijil Pendaftaran Kontraktor dengan Kementerian Kewangan dalam
kelas dan jenis pendaftaran berkaitan hendaklah disertakan semasa
mengemukakan dokumen tender.
1.3 Status bagi syarikat Petender adalah Bumiputera atau Bukan Bumiputera
1.4 Dokumen Tender hanya boleh diperolehi/dimuat turun melalui laman sesawang
Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (http://ep.penang.gov.my).
1.5 Nombor Spesifikasi Tender : PPAPP/BTM/T/01/20
1.6 Hanya Tender yang lengkap sahaja akan diproses. Tender yang tidak lengkap atau
tidak ditandatangani akan ditolak secara automatik.
1.7 Dokumen Tender ini mengandungi lampiran - lampiran seperti berikut :
i. Lampiran A1 : Senarai Semak Kewangan ii. Lampiran A2 : Senarai Semak Teknikal iii. Lampiran B : Akuan Tender iv. Lampiran C : Latar Belakang Petender v. Lampiran D : Surat Akuan Pembida vi. Lampiran E : Bon Pelaksanaan vii. Lampiran F : Lokasi Pembekalan viii. Lampiran G : Jadual SpesifikasiTeknikal ix. Lampiran H : Jadual Harga x. Lampiran J : Tempoh Pembekalan xi. Lampiran K : Jadual Pengalaman Petender xii. Lampiran L : Surat Jaminan Petender
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 2
xiii. Lampiran M : Senarai Pasukan Projek
1.8 Pendaftaran petender di Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke
atas tender yang dikemukakan. Sekiranya petender menarik balik tawaran
sebelum tender dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah surat setuju
terima dikeluarkan, tindakan yang boleh diambil adalah seperti berikut :
i. Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan
pertama;
ii. Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan
kedua; dan
iii. Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.
1.9 Syarikat-syarikat yang digantung/ dipotong pendaftarannya tidak akan
dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana tender yang dipelawa
oleh semua Kementerian/ Jabatan/ Badan Berkanun di seluruh Semenanjung
Malaysia
1.10 Bagi semua penggantungan/pemotongan pendaftaran petender, nama-
nama pengarah termasuk nama-nama pemegang saham terbesar akan
disenaraihitamkan.
2. SYARAT-SYARAT AM
2.1 Petender mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan memiliki
pengalaman dalam pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian,
pentauliahan dan penyelenggaraan peralatan sewaan.
2.2 Petender hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan
apabila menyertai tender ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan
terma yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan Petender
ditolak.
2.3 Pihak Perbadanan berhak membatalkan tender ini pada bila-bila masa,
sekiranya diperlukan. Sebarang kos yang ditanggung oleh pihak syarikat
kerana urusan tender ini adalah menjadi tanggungjawab syarikat
sepenuhnya. Pihak Perbadanan tidak akan bertanggungjawab terhadap
perkara tersebut.
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 3
2.4 Bilangan/Jumlah perkhidmatan yang dinyatakan di Jadual Tawaran Harga kepada
tender ini adalah anggaran perkhidmatan yang diperlukan dalam tempoh Kontrak
tersebut. Jumlah ini hanyalah untuk panduan sahaja. Perbadanan tidak
menjamin dalam apa cara sekalipun bahawa kuantiti yang disebutkan dalam
pelawaan tender ini akan dipesan kesemuanya, kurang atau lebih tetapi petender
yang berjaya mesti sedia membekalkan semua pesanan sekiranya pesanan-
pesanan melebihi kuantiti-kuantiti yang dianggarkan ini dengan harga setiap
kuantiti dan syarat-syarat adalah sama.
2.5 Harga tawaran hendaklah tetap tidak berubah dan mempunyai tempoh sah
laku untuk tempoh satu ratus lapan puluh (180) hari daripada tarikh tender ini
ditutup. Bagi tawaran yang berjaya, harga tawarannya akan terus sah sehingga
tempoh pelaksanaan tamat.
2.6 Petender tidak dibenarkan membuat tawaran pilihan (alternative offer) bagi mana-
mana butiran yang dimasuki. Jika terdapat tawaran pilihan, Perbadanan berhak
menolak kesemua tawaran yang dikemukakan.
Peringatan
a. Petender dikehendaki melengkapi Jadual-jadual dengan
menyertakan maklumat lengkap mengenai perkhidmatan yang
ditawarkan.
b. Petender juga dikehendaki memastikan kiraan harga setiap
perkhidmatan yang ditawarkan adalah betul. Kiraan harga yang
silap tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian.
c. Petender adalah DILARANG mencatat nama Syarikat atau apa-apa
tanda di luar sampul tender kecuali nombor tender dan tarikh tutup
tender sahaja.
d. Petender hendaklah menyertakan penyata kewangan bagi dua (2)
tahun terkini yang telah diaudit bagi Syarikat Sdn. Bhd. dan Penyata
Bank yang telah disahkan bagi tempoh tiga (3) bulan terkini bagi
syarikat persendirian. Petender-petender yang gagal berbuat
demikian tidak akan dipertimbangkan.
e. Dokumen-dokumen yang dikembalikan hendaklah disusun mengikut
turutan seperti di Lampiran A dan dijilid.
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 4
3. FORMAT CADANGAN DOKUMEN TENDER
3.1 Dokumen Tender ASAL mestilah dihantar bersama-sama lampiran yang
berkaitan dan lampiran tersebut hendaklah diasingkan dalam DUA bahagian
seperti berikut:
3.1.1 BAHAGIAN TEKNIKAL
Mengandungi lampiran - lampiran berikut :
◆ Senarai Semak Teknikal (Lampiran A2) ◆ Jadual SpesifikasiTeknikal - ( Lampiran G ) ◆ Tempoh Pembekalan (Lampiran J) ◆ Jadual Pengalaman Petender – Lampiran K ◆ Senarai Pasukan Projek – Lampiran ( M ) ◆ Katalog peralatan ◆ Lokasi Pembekalan - Lampiran F
3.1.2 BAHAGIAN KEWANGAN
Mengandungi lampiran - lampiran berikut :
◆ Senarai Semak Kewangan (Lampiran A1) ◆ Akuan Petender (Lampiran B) ◆ Latar Belakang Petender (Lampiran C) ◆ Surat Akuan Pembida (Lampiran D) ◆ Jadual Harga (Lampiran H) ◆ Penyata Kewangan Teraudit 2 Tahun Terkini (Audited Financial Statement ) ATAU Penyata Bank disahkan oleh Pegawai Bank Berkenaan (3 bulan terkini ) ◆ Salinan Sijil Pendaftaran Pembekal Dengan Kementerian Kewangan Malaysia ◆ Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (jika ada) ◆ Surat Jaminan Petender (Lampiran L)
3.2 Dokumen tender ini mestilah ditaip atau ditulis dengan terang. Tiada pindaan
dalam dokumen ini boleh diterima tanpa ditandatangani oleh petender.
3.3 Dokumen-dokumen yang dikembalikan hendaklah disusun mengikut turutan
dan dijilid
3.4 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah
dipotong dan ditandatangani ringkas pada setiap perubahan yang dibuat.
Penggunaan sebarang pemadam cecair adalah tidak dibenarkan.
Kegagalan pematuhan syarat ini boleh mengakibatkan tawaran Petender
ditolak.
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 5
3.5 Hanya borang yang dikeluarkan oleh Perbadanan sahaja yang akan diterima.
Lain-lain borang tidak diterima kecuali sebagai tambahan kepada borang yang
asal.
4. PENYERAHAN CADANGAN TENDER
4.1 Dokumen Tender ASAL (Arahan & Syarat Kepada Petender) mestilah dihantar bersama-sama lampiran berkaitan dan dikehendaki mengemukakan salinan cadangan tender bagi setiap bahagian seperti berikut: i. BAHAGIAN TEKNIKAL
-Satu ( 1 ) salinan asal dan ditandakan "ASAL (ORIGINAL)". -Satu ( 1 ) salinan tambahan dan tandakan " SALINAN (COPY) ". ii BAHAGIAN KEWANGAN - Satu ( 1 ) salinan asal dan tandakan " ASAL (ORIGINAL) " - Satu ( 1 ) salinan tambahan dan tandakan " SALINAN (COPY) ". 4.2 Salinan yang ditandakan "ASAL (ORIGINAL)" hendaklah mempunyai tandatangan ringkas ( initial ) penender pada setiap muka surat. Sekiranya terdapat sebarang perbezaan atau keraguan, dokumen yang bertanda "ASAL (ORIGINAL) " akan dirujuk dan digunapakai dalam penilaian seterusnya. 4.3 Dokumen Tender hendaklah dikemukakan di dalam sampul surat berlakri dan ditanda pada bahagian atas sebelah kiri sampul seperti berikut :
4.4 Semua dokumen tender mestilah dimasukkan ke dalam peti tender yang
telah ditentukan pada waktu pejabat di alamat seperti berikut tidak lewat
daripada tarikh dan masa yang ditetapkan:
Tingkat 2, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang JKR 2118, Jalan Perpustakaan 13700 Seberang Jaya Perai Pulau Pinang
Tender Perkhidmatan Program Sewaan Peralatan ICT Di Perbadanan
Perpustakaan Awam Pulau Pinang
NO. KENYATAAN TENDER : PPAPP/ BTM /T /01/20
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 6
4.5 Perbadanan tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan borang-borang
penyertaan Tender akibat daripada kesilapan peti yang dimasukkan atau
Tender yang di hantar melalui pos.
4.6 Petender adalah dikehendaki menanggung sendiri semua kos yang terlibat
berhubung dengan tender yang disertainya tanpa mengambil kira sama ada
hasil proses tender ini berjaya atau sebaliknya.
4.7 Petender tidak boleh memasukkan apa-apa perbelanjaan berkaitan dengan
penyediaan tender ini dalam harga yang ditawarkan.
5. TARIKH DAN MASA TUTUP TAWARAN
5.1 Tarikh tutup tawaran adalah pada 14 Disember 2020 Jam 12.00 tengah hari.
5.2 Tawaran yang dihantar selepas jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup
tender tidak akan dipertimbangkan
6. DOKUMEN-DOKUMEN YANG MESTI DIKEMBALIKAN
a. DOKUMEN BAHAGIAN KEWANGAN
i. Senarai Semak Kewangan – Lampiran A1
ii. Borang Akuan Tender- Lampiran B;
Petender dikehendaki mengisi butir-butir yang diperlukan dan
menandatangani Borang Akuan Tender.
iii. Latar Belakang Petender – Lampiran C;
Petender hendaklah mengisi butir-butir yang diperlukan ke dalam
keterangan mengenai Petender dan mengemukakan semua dokumen
sokongan sebagai pembuktian.
iv. Jadual Harga – Lampiran H;
Harga yang dikemukakan di dalam Jadual Harga hendaklah dalam
nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM). Harga yang ditawarkan
hendaklah sah selama tempoh Kontrak.
v. Surat Akuan Pembida – Lampiran D;
Petender dikehendaki melengkapkan surat akuan pembida.
Tawaran tender yang tidak disertakan dengan dokumen tersebut
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 7
akan ditolak berdasarkan kepada Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2010 bertarikh 16 Disember 2010.
vi. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan;
Salinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dengan
Kod bidang 210101 ATAU 210109
vii. Salinan Sijil Taraf Bumiputera (jika ada);
viii. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank untuk tiga (3) bulan
terkini yang telah disahkan oleh pihak bank (bagi syarikat
persendirian) ATAU Salinan Akaun Syarikat bagi dua (2) tahun
kewangan terakhir (bagi Syarikat Sdn.Bhd) yang telah disahkan
dan diaudit oleh Juruaudit bertauliah (Certified Accountant). Petender
yang tidak disertakan dengan akaun ini akan ditolak;
ix. Salinan Sijil Pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM);
x. Surat Jaminan Petender – Lampiran L
Petender dikehendaki menandatangani Surat Jaminan Petender beserta
tandatangan saksi.
xi. Penyata Kewangan Teraudit 2 Tahun Terkini ATAU Penyata Bank disahkan
(3 bulan)
xii. Surat Perwakilan Kuasa Dengan Kepala Surat Petender
Petender dikehendaki melampirkan surat perwakilan kuasa kepada wakil
yang mewakili petender (sekiranya ada)
b. DOKUMEN BAHAGIAN TEKNIKAL
(i) Senarai Semak Teknikal – Lampiran A2
(ii) Jadual Spesifikasi Teknikal – Lampiran G;
Petender hendaklah menyatakan persetujuan terhadap spesifikasi
minimum dan menyatakan tawaran seperti yang disyaratkan di
dalam Lampiran G;
(iii) Tempoh Pembekalan– Lampiran J;
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 8
Petender dikehendaki mematuhi Tempoh Pembekalan yang
ditetapkan bertujuan perkakasan dapat beroperasi mengikut tarikh
yang telah ditetapkan.
(iv) Jadual Pengalaman Petender – Lampiran K (berkaitan projek
sewaan peralatan ICT yang pernah dijalankan oleh Petender)
(v) Senarai Pasukan Projek – Lampiran ( M )
Petender dikehendaki menyenaraikan ketua dan ahli pasukan
projek dan pengalaman masing-masing dalam melaksanakan
perkhidmatan program sewaan peralatan ICT
(vi) Katalog bagi peralatan yang ditawarkan
Petender dikehendaki melampirkan katalog bagi peralatan yang
ditawarkan.
(vii) Senarai Dokumentasi/Manual
Petender dikehendaki menyenaraikan dokumen/manual bagi
perkakasan sewaan yang dibekalkan.
(viii) Lokasi Pembekalan - Lampiran F
Petender dikehendaki membekal peralatan sewaan seperti yang
ditetapkan dalam Lampiran 2
(ix) Jadual Pematuhan Program Sewaan – Lampiran 1
Petender dikehendaki menyatakan persetujuan terhadap syarat-
syarat dan menyatakan tawaran seperti dalam Lampiran 3
(x) Liputan Insurans – Lampiran 2
Petender dikehendaki menyediakan liputan insurans seperti di
Lampiran 4
6.1 Tawaran yang lewat dikemukakan atau tidak lengkap tidak akan
dipertimbangkan.
6.2 Petender yang tidak mengemukakan semua dokumen seperti yang
dinyatakan di atas akan menyebabkan tawarannya tidak akan
dipertimbangkan.
6.3 Senarai semak dokumen adalah seperti di Lampiran A1 dan Lampiran A2.
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 9
7. TAWARAN HARGA / TEMPOH SAH LAKU TAWARAN
7.1 Harga tawaran hendaklah dalam MATA WANG RINGGIT MALAYSIA (RM).
7.2 Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun, kos
penghantaran, servis dan cukai duti setem serta kos tambahan yang
berkaitan.
7.3 Tempoh sah laku tawaran ini ialah selama 180 hari mulai daripada tarikh tutup
tender.
7.4 Sebarang tuntutan kenaikan harga dalam jangka masa sah laku tender
tidak akan dilayan.
7.5 Perbadanan berhak memohon pelanjutan tempoh sah laku harga yang
ditawarkan. Permohonan akan dibuat secara bertulis kepada Petender yang
berjaya. Sekiranya Petender bersetuju untuk melanjutkan tempoh sah laku tender,
Petender hendaklah menjawab secara bertulis kepada Perbadanan.
8. PENERIMAAN TAWARAN
8.1 Perbadanan tidak terikat untuk menyetujui terima tender yang terendah atau
mana-mana tender. Perbadanan tidak akan melayan sebarang surat-
menyurat yang berupa rayuan dari syarikat-syarikat berkenaan, sekiranya
mereka tidak berjaya.
8.2 Perbadanan berhak untuk memecah/membahagi tawaran kepada lebih dari
satu jika dirasakan perlu dan berpatutan.
9 BANTAHAN KE ATAS SPESIFIKASI TENDER
9.1 Petender dibenarkan untuk membuat bantahan ke atas sesuatu spesifikasi
tender yang menjurus kepada sesuatu jenama. Bantahan tersebut
hendaklah dibuat secara bertulis kepada Perbadanan Perpustakaan Awam
Pulau Pinang beserta bukti-bukti yang kukuh dalam tempoh empat belas
(14) hari dari tarikh dokumen tender ini mula dijual.
9.2 Bantahan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan
dipertimbangkan.
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 10
10. BON PELAKSANAAN BAGI KONTRAK BEKALAN/PERKHIDMATAN
(BAGI PETENDER BERJAYA)
10.1 Petender yang berjaya dikehendaki mengemukakan bersama-sama dengan
Surat Setuju Terima, Bon Pelaksanaan yang nilainya adalah seperti berikut:
i. Dua peratus setengah (2.5%) daripada jumlah harga Kontrak bagi nilai
Kontrak bekalan atau perkhidmatan yang kurang dari RM500,000.00;
atau
ii. Lima peratus (5%) daripada jumlah harga Kontrak bagi nilai Kontrak
bekalan atau perkhidmatan yang bernilai melebihi RM500,000.00.
10.2 Bagi Kontrak yang bernilai kurang dari RM500,000.00 Jaminan Insurans dari
syarikat-syarikat insurans yang berdaftar di Malaysia yang diluluskan boleh
juga dipertimbangkan.
10.3 Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam Ringgit Malaysia (RM) dari
bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan oleh
Perbendaharaan sama ada dalam bentuk;
i. Jaminan Bank/Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh bank-
bank/syarikat Kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi
Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atau
ii. Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di
bawah Akta Bank Islam 1983 yang beroperasi di Malaysia; atau
iii. Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans
yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 yang beroperasi di
Malaysia; atau
iv. Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang berlesen
di bawah Akta Takaful 1984 yang beroperasi di Malaysia;
atau
v. Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad
(BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME
Bank).
vi. Jaminan Bank mestilah sah berkuat kuasa di sepanjang tempoh
Kontrak sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat tempoh
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 11
Kontrak atau selepas obligasi terakhir, mengikut mana yang
terkemudian.
10.4 Bon Pelaksanaan akan dikembalikan setelah Kontrak itu dilaksanakan
dengan memuaskan. Sekiranya Kontrak itu tidak dilaksanakan atau
dilaksanakan dengan tidak memuaskan, maka Bon Pelaksanaan itu tidak akan
dikembalikan atau dikembalikan sebahagiannya.
10.5 Selain daripada remedi-remedi lain yang sedia terkandung di dalam
Kontrak ini, Perbadanan juga sentiasa berhak memotong kesemua atau apa-
apa jumlah wang yang terkumpul di dalam Bon Pelaksanaan tersebut jika
sekiranya terdapat apa-apa pelanggaran syarat di bawah Kontrak yang akan
ditandatangani oleh Petender yang berjaya.
10.6 Semua Jaminan Bank/Jaminan Syarikat Kewangan/Jaminan Insurans/Jaminan
Bank Islam/Jaminan Takaful untuk Bon Pelaksanaan hendaklah menggunakan
format dan kandungan seperti di LAMPIRAN E.
11. BAYARAN GANTI RUGI
11.1 Petender adalah diingatkan bahawa sekiranya pihak Petender:-
i. Melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan; atau
ii. Tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan; atau
iii. Hanya mematuhi/menepati separuh daripada syarat/peraturan yang
telah ditetapkan;
Maka selain daripada tindakan seperti di perenggan di atas, Perbadanan juga
berhak menuntut bayaran ganti rugi daripada petender. Jumlah ganti rugi akan
ditentukan oleh Perbadanan dan keputusan Perbadanan adalah muktamad.
Bayaran ganti rugi akan dituntut melalui potongan bayaran kepada petender
atau lain-lain kaedah bayaran yang ditentukan oleh Perbadanan.
11.2 Keputusan adalah muktamad, sebarang rayuan dari Petender-petender
yang tidak berjaya tidak akan dilayan.
12. TINDAKAN TATATERTIB / PEMBATALAN PETENDER
12.1 Tindakan tatatertib / pembatalan petender akan dilaksanakan, jika mana-mana
Petender melakukan perkara-perkara berikut :
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 12
i. Menarik balik tawarannya sebelum tamat tempoh Sah Laku Tawaran
Tender atau apa-apa tempoh lanjutan: atau
ii. Mengenakan had, syarat atau perjanjian tambahan selepas tarikh
akhir yang ditetapkan bagi penyerahan dan dalam hal yang
sedemikian ia hendaklah disifatkan enggan dan tidak mendepositkan
bon pelaksanaan atau tidak meneruskan perkhidmatan/kerja
setelah tendernya di setuju terima;
13. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
13.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan
daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu
kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009. (Akta 694);
13.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan
atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang
berhampiran.Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu
kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
(Akta 694);
13.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap
anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Petender boleh
diambil sekiranya mana-mana pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. (Akta 694);
DAN
13.4 Mana-mana Petender yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan
ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekalkan mengikut
spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-
mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan
adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
14. LARANGAN PENGIKLANAN DAN PUBLISITI
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 13
Tiada maklumat berkenaan Kontrak boleh disiarkan dalam sebarang akhbar,
majalah atau alat pengiklanan/media massa melainkan jika pengiklanan itu
telah pun dihantar kepada dan diluluskan oleh Jawatankuasa Tender
Perbadanan terlebih dahulu.
15 TAFSIRAN
15.1 Tender ini dan apa-apa Kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan
mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan petender bersetuju
tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-
apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai tender
ini atau apa-apa Kontrak yang timbul daripadanya.
15.2 Sekiranya Jawatankuasa Penilaian Tender Perbadanan Perpustakaan Awam
Pulau Pinang memerlukan penjelasan lanjut berkenaan tender semasa
menjalankan proses penilaian tender, Perbadanan akan mendapatkan
kebenaran bertulis daripada Pengerusi Jawatankuasa Tender bagi tujuan
tersebut. Sebarang perundingan tidak dibenarkan.
16. PENAMATAN KONTRAKTOR
16.1 Perbadanan, selepas memberi notis bertulis 14 hari kepada PETENDER,
mempunyai hak untuk menamatkan dengan serta-merta Kontrak ini jika :
i. PETENDER melakukan sebarang pelanggaran obligasi-obligasinya
di bawah mana-mana peruntukan Kontrak ini; atau
ii. Didapati bahawa PETENDER atau agennya, atau mana-mana
orang yang digajikan olehnya atau bertindak bagi pihak dirinya,
telah terlibat dalam apa-apa cara yang menyalahi undang-
undang/amalan salah kerana melakukan atau cuba melakukan atau
kerana telah melakukan atau telah cuba melakukan apa-apa
tindakan yang menyalahi undang-undang berhubung dengan
mendapatkan, penyempurnaan dan/atau pelaksanaan Kontrak ini
atau mana-mana Kontrak lain dengan KERAJAAN Malaysia; atau
iii. Jika Perbadanan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa
Petender, pekerja-pekerja atau mana-mana pihak yang bertindak
bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan
Petender), telah melakukan perbuatan rasuah dan/atau apa-apa
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 14
perbuatan yang akan terjumlah kepada suatu kesalahan di bawah
Akta Pencegahan rasuah 1997 (Akta575) berhubung dengan
Kontrak ini dan/atau mana-mana Kontrak lain dengan Kerajaan.
17. TIMBANG TARA
Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Perbadanan dan Petender mengenai
pentafsiran, pengertian atau penguatkuasaan Kontrak ini atau hak dan/atau
tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit
darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah diputuskan menurut
prosedur yang sedia terkandung di dalam Akta Timbang Tara 1952 dan
sebarang pindaan kepadanya.
18. SPESIFIKASI TEKNIKAL
18.1 Petender dikehendaki mengemukakan huraian lengkap ke atas cadangan
keperluan teknikal berdasarkan kepada spesifikasi yang dinyatakan di dalam
dokumen tender ini. Sila rujuk Lampiran G (Jadual Spesifikasi Teknikal)
bagi maklumat spesifikasi teknikal yang mesti dipatuhi.
18.2 Perbadanan tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan
harga akibat daripada perbezaan antara tafsiran Petender dengan
Perbadanan mengenai penentuan spesifikasi teknikal.
18.3 Bagi Jadual Penentuan Spesifikasi Teknikal, Petender MESTI mengisinya
dengan betul dan jelas perkataan “YA” atau “TIDAK” pada lajur “Pematuhan
(YA/TIDAK)”. Petender juga perlu mengisi dengan betul, ringkas dan tepat
pada lajur “Cadangan (Sila perincikan spesifikasi) Mandatori”.
Penggunaan perkataan “ditto”. “seperti di atas”, “Ya”, “Yes” dan “Comply” serta
“Rujuk kepada Katalog” tidak akan diterima. Sekiranya tiada apa-apa
maklumat hendak dicatat, sila gunakan perkataan “Tidak Berkenaan”.
18.4 Perbadanan BERHAK menolak tanpa penjelasan terhadap Petender yang
gagal mematuhi perenggan 18.3 atau jawapan yang diberikan
menimbulkan keraguan.
18.5 Sebarang pindaan/pembetulan di dalam mana-mana dokumen mestilah
ditandatangani oleh pegawai bagi pihak Petender.
19. SKOP PROJEK
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 15
19.1 Skop tender ini adalah bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji,
Melatih dan Menyelenggara peralatan sewaan tanpa sebarang kos
tambahan serta Menyediakan liputan insurans bagi peralatan sewaan
dalam tempoh sewaan
20. TEMPAT DAN MASA PENGHANTARAN
20.1 Semua kuantiti yang dipesan hendaklah dihantar, dipasang dan diuji di semua
tempat yang terbabit. Lokasi, kuantiti serta masa pemasangan seperti di
Lampiran 2. Sebelum membuat penghantaran, Petender yang berjaya
dikehendaki memaklumkan kepada Perbadanan jadual penghantaran.
Penghantaran dan penyerahan peralatan hendaklah dibuat semasa waktu
pejabat SAHAJA.
21. LATIHAN
20.1 Petender yang berjaya hendaklah memberi latihan penggunaan peralatan
sewaan kepada kakitangan perpustakaan yang berkaitan tanpa melibatkan kos
tambahan
20.2 Latihan teknikal (Administrator) disedia dan diberikan kepada pegawai ICT
Perbadanan. Jadual latihan, masa dan tempat hendaklah dicadangkan oleh
petender yang berjaya dan dipersetujui oleh Perbadanan.
22. DOKUMENTASI
22.1 Petender yang berjaya MESTI mengemukakan semua dokumentasi,
Standard of Procedure (SOP) dan manual perkakasan dan perisian yang
telah dipersetujui
22.2 Petender yang berjaya MESTI menyediakan DUA (2) set dokumentasi yang
lengkap mengenai pemasangan, penggunaan, penyeliaan dan
penyenggaraan ke atas setiap perkakasan dan perisian. Dokumentasi
tersebut disediakan dalam bentuk hardcopy.
22.3 Petender yang berjaya MESTI membekalkan set lengkap dokumentasi dan
manual untuk setiap perkakasan dan perisian semasa program sewaan
berjalan.
22.4 Dokumentasi yang berkaitan dengan penggunaan peralatan sewaan
hendaklah disediakan, merangkumi dokumentasi seperti berikut :
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 16
• Manual Pengguna
• Manual Administrator ( pegawai ICT Perbadanan )
• Dokumen User Acceptance Test (UAT) yang telah ditandatangani.
23. PRESTASI PERKHIDMATAN
Petender adalah bertanggungjawab bagi segala prestasi dan jaminan ke atas
perkhidmatan Program Sewaan Peralatan ICT Di Perbadanan
Perpustakaan Awam Pulau Pinang agar berjalan lancar dan berfungsi
dengan baik.
24. TEMPOH JAMINAN
24.1 Semua peralatan/perkakasan sewaan tersebut mempunyai tempoh
jaminan selama tiga puluh enam (36) bulan selepas tarikh penerimaan
akhir. Semua perkhidmatan sokongan teknikal dan penyelenggaraan
peralatan/perkakasan hendaklah diberikan secara percuma selama
tempoh tersebut.
24.2 Dalam tempoh jaminan, semua peralatan/perkakasan dijamin dari segi prestasi,
dan kelancaran peralatan/perkakasan berfungsi pada tahap yang diperlukan
oleh Perbadanan
24.3 Sebarang bugs/error dan masalah ke atas sistem pengoperasian
peralatan/perkakasan sewaan, yang dilaporkan hendaklah diselesaikan
dalam tempoh (response time) yang ditetapkan.
25 KONTRAK PERJANJIAN (PETENDER BERJAYA)
25.1 Petender yang berjaya dikehendaki mengikat Kontrak dengan Perbadanan. Syarat-
syarat tawaran tender ini akan dijadikan sebahagian daripada Kontrak. Petender
yang berjaya perlulah mematuhi dan menerima syarat-syarat tender yang telah
ditetapkan oleh Perbadanan. Dokumen kontrak ditandatangani secepat mungkin
selepas semua terma dan syarat dipersetujui oleh kedua-dua pihak selewat-
lewatnya empat (4) bulan dari tarikh keluarnya Surat Setuju Terima.
25.2 Semua syarat-syarat yang terkandung di dalam dokumen atau di mana-mana jadual
yang terdahulu bersama-sama dengan dokumen tender ini adalah merupakan
sebahagian daripada Kontrak Perjanjian yang akan ditandatangani di antara
Perbadanan dan Petender yang berjaya. Petender yang berjaya dikehendaki
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 17
menandatangani Kontrak Perjanjian dengan pihak Perbadanan dan membayar segala
ganti rugi jika tidak memenuhi syarat-syarat Kontrak Perjanjian.
25.3 Tarikh kuat kuasa kontrak (effective date) hendaklah dinyatakan sebagai tarikh
Surat Setuju Terima ditandatangani oleh petender yang berjaya manakala tarikh
kontrak ialah tarikh kontrak ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
25.4 Petender berjaya hendaklah menyatakan dengan lengkap dan jelas jenis
perkhidmatan serta syarat dan terma-terma yang terlibat dalam Kontrak Perjanjian.
Petender yang berjaya dikehendaki menyediakan Kontrak Asal serta salinan-salinan
fotostat kontrak dan distemkan. Perbelanjaan tersebut akan ditanggung oleh Petender
yang berjaya.
25.5 Perbadanan mempunyai hak untuk menamatkan Kontrak Perjanjian pada bila-
bila masa apabila Petender tersebut gagal memenuhi obligasi Kontrak mengikut
perjanjian
26 PERUBAHAN SYARAT-SYARAT
26.1 Perbadanan sentiasa berhak mengubah dari masa ke semasa syarat-syarat yang
terkandung dalam kontrak dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh
Perbadanan dan barang-barang yang dikehendaki itu hendaklah mengikut
perubahan-perubahan tersebut.
26.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi
pengeluaran atau tempoh pengeluaran, maka harga yang terlibat dengan
perubahan itu hendaklah dibuat dengan kedua-dua pihak secara bertulis.
27 CARA PESANAN
27.1 Petender yang berjaya dikehendaki membekalkan semua bekalan dalam
tempoh tiga (3) hingga empat (4) minggu dari tarikh yang dinyatakan dalam
surat setuju terima. Sekiranya terdapat apa-apa pesanan tambahan bagi alat-
alat yang tidak disenaraikan dalam spesifikasi tender, maka Perbadanan akan
mengeluarkan senarai pesanan tersebut dalam tempoh masa kontrak berjalan.
Apabila pesanan dikeluarkan, bekalan tambahan tersebut hendaklah
dilaksanakan mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang sama dalam
dokumen tender ini melainkan diarahkan sebaliknya secara bertulis oleh
Perbadanan.
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 18
27.2 Sekiranya pembekalan tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan, Petender hendaklah mengemukakan alasan yang munasabah
secara bertulis kepada Perbadanan. Walaubagaimana pun Perbadanan berhak
menolak alasan tersebut dan Perbadanan boleh
i. menuntut daripada Petender denda sebanyak lima (5) peratus daripada
nilai pesanan
ATAU
ii. membatalkan pesanan tersebut dan mendapatkan perkhidmatan
pembekalan dari petender lain. Dalam hal sedemikian, jika kos bagi
perkhidmatan tersebut melebihi harga kontrak, Petender berjaya
hendaklah membayar amaun yang lebih itu.
28 BEKALAN TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI / KONTRAK
28.1 Sekiranya pembekalan tidak mengikut spesifikasi/kontrak sama ada rosak,
rendah kualitinya atau bukan keluaran semasa/baru, Perbadanan boleh :
i. menolak peralatan/perkakasan itu dan Petender hendaklah membaiki atau
menggantikannya kepada yang lain
ii. Sekiranya Perbadanan tidak menolak peralatan/perkakasan rosak/tidak menepati
spesifikasi disebabkan ia telah dipakai/digunakan sebelum diketahui rosak/tidak
menepati spesifikasi, maka Perbadanan akan membuat tuntutan untuk
mendapatkan ganti rugi daripada Petender yang bernilai sama banyak dengan kos
sewaan peralatan/perkakasan tersebut mengikut jumlah hari peralatan/perkakasan
tidak dapat beroperasi ATAU
iii. Jika selepas peralatan/perkakasan tersebut diserahkan, Perbadanan mendapati
bahawa peralatan/perkakasan tersebut bukan keluaran semasa/baru atau rendah
kualitinya, Perbadanan berhak menolak peralatan/perkakasan tersebut dan
Petender dikehendaki untuk menggantikan peralatan/perkakasan lain.
29 PEMERIKSAAN SEMASA PENERIMAAN BEKALAN
29.1 Dokumen User Acceptance Test (UAT) perlu ditandatangani bersama oleh
pihak Perbadanan dan Petender yang berjaya jika didapati semua
peralatan/perkakasan menepati ujian yang ditetapkan dalam dokumen UAT
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 19
30 TERMA PEMBAYARAN
30.1 Pembayaran dalam Ringgit Malaysia (RM). Perbadanan akan membuat
pembayaran secara bulanan selama tiga puluh enam (36) bulan- selaras dengan
bilangan penyelenggaraan pencegahan (Preventive Maintenance). Pembayaran
dibuat setelah Petender berjaya membekal dan menghantar sepenuhnya kuantiti
yang dikehendaki oleh Perbadanan.
30.2 Petender yang berjaya perlu mengemukakan invois (setiap bulan) bagi proses
pembayaran. Jumlah yang tercatat di dalam Kontrak adalah jumlah maksimum
dan jumlah sebenar akan ditentukan oleh kuantiti/kualiti bekalan yang
disediakan (termasuk pengiraan denda ke atas ketidakpatuhan kontrak, jika
berkaitan)
30.3 Petender yang berjaya perlu mengemukakan invois untuk setiap proses
bayaran.
31 TEMPOH PEMBEKALAN
Petender hendaklah memastikan bahawa tempoh pembekalan adalah seperti
Lampiran J.
32 LIQUIDATED ASCERTAINED DAMAGES (LAD)
32.1 Petender hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Perbadanan bagi
sebarang kelewatan yang dihadapi dengan penjelasan sewajarnya.Liquidated
Ascertained Damages (LAD) dengan maksimum 1% daripada kos keseluruhan
projek akan dikenakan bagi setiap satu hari (1) kelewatan daripada tarikh akhir
projek yang ditetapkan jika kelewatan tersebut adalah disebabkan oleh
Petender.
32.2 Perbadanan berhak membatalkan pesanan sekiranya tempoh pembekalan tidak
dipatuhi tanpa alasan munasabah secara bertulis.
33 PERTANYAAN
33.1 Petender yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen
tender dan pertanyaan boleh merujuk kepada:
1. Nama : Asmah Bt. Ahmad No. Tel : 04-3971058 E-mel : [email protected]
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021 -2024
DOKUMEN TENDER 20
2. Nama : En. Hairul Fikri Bin Omar No. Tel : 04-3971058 E-mel : [email protected]
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021-2024
SENARAI SEMAK (CHECKLIST) LAMPIRAN A1 TENDER PPAPP/BTM/T/01/20
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG BAGI TAHUN 2021-2024 Arahan kepada Petender 1. Sila tandakan bagi dokumen-dokumen yang disediakan. 2. Pastikan senarai semak ini diisi dengan lengkap dan dikepilkan di luar
sampul CADANGAN KEWANGAN. CADANGAN KEWANGAN
1. Dokumen Asal Tender – Arahan Dan Syarat Kepada Petender
2. Akuan Petender – Lampiran B
3. Latar Belakang Petender – Lampiran C
4 Surat Akuan Pembida – Lampiran D
5 Jadual Harga - Lampiran H
6 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dengan Kementerian Kewangan
7 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (jika ada)
8 Surat Jaminan Petender seperti di Lampiran L
9 Penyata Kewangan Teraudit 2 Tahun Terkini ATAU Penyata Bank disahkan (3 Bulan)
✓
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2021-2024
SENARAI SEMAK (CHECKLIST) LAMPIRAN A2 TENDER PPAPP/BTM/T/01/20
PERKHIDMATAN PROGRAM SEWAAN PERALATAN ICT DI PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG BAGI TAHUN 2021-2024
Arahan kepada Petender 1. Sila tandakan bagi dokumen-dokumen yang disediakan. 2. Pastikan senarai semak ini diisi dengan lengkap dan dikepilkan di luar
sampul CADANGAN TEKNIKAL. CADANGAN TEKNIKAL
1. Dokumen Asal Tender – Arahan Dan Syarat Kepada Petender
2. Jadual Spesifikasi Teknikal – Lampiran G
3. Tempoh Pembekalan - Lampiran J.
4. Jadual Pengalaman Petender – Lampiran K
5. Senarai Pasukan Projek – Lampiran M
6. Katalog bagi peralatan yang ditawarkan
7. Senarai Dokumentasi / Manual
8. Lokasi Pembekalan – Lampiran F
9. Jadual Pematuhan Program Sewaan – Lampiran 1
10. Liputan Insurans – Lampiran 2
✓