bahagian 1 : keselamatan umum makmal 1.1. …...4 peraturan asas keselamatan yang mesti dipatuhi...
TRANSCRIPT
1
BAHAGIAN 1 : KESELAMATAN UMUM MAKMAL
1.1. Peraturan Umum Makmal
Objektif peraturan ini adalah untuk memastikan keselamatan diri sendiri, orang lain dan
persekitaran makmal. Peraturan yang disarankan seharusnya dipatuhi oleh semua pengguna
makmal bagi mencegah sebarang kemalangan yang tidak diingini di dalam makmal.
Peraturan asas yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut:
1. Kot makmal dan kasut bertutup mesti dipakai semasa berada di dalam makmal. Dilarang
memakai sebarang jenis selipar atau kasut yang mendedahkan bahagian kaki
2. Rambut yang panjang perlu diikat dengan kemas. Tudung hendaklah dikemaskan dan
dimasukkan ke dalam kot makmal.
3. Dilarang makan, minum dan merokok di dalam makmal.
4. Dilarang meletak makanan dan minuman di dalam peti sejuk makmal yang
mengandungi bahan kimia.
5. Kenalpasti dan gunakan alat perlindungan peribadi yang sesuai ketika menjalankan
kerja di dalam makmal.
6. Dilarang memakai kanta sentuh di dalam makmal.
7. Gunakan sarungtangan yang bersesuaian dalam semua kerja makmal yang melibatkan
sentuhan secara langsung dengan bahan berbahaya.
8. Baca dan fahami prosedur kerja sebelum memulakan kerja.
9. Patuh terhadap tanda amaran dan kawasan larangan.
10. Pastikan kedudukanperalatan-peralatan kecemasan dan laluan keluar.
11. Pastikan tahu cara penggunaan peralatan-peralatan kecemasan, seperti pemadam api,
peti kecemasan.
12. Pastikan tangan kering apabila memetik suis elektrik.
13. Baca Risalah Data Keselamatan Bahan (MSDS) bagi semua bahan kimia yang
dikendalikan sebelum memulakan kerja.
14. Dapatkan penerangan lengkap dari kakitangan makmal sebelum menggunakan mana-
mana peralatan makmal.
15. Laporkan sebarang kejadian, insiden atau kemalangan (cth: luka kecil) dengan segera
kepada pegawai insiden/ kakitangan makmal/ penyelia.
2
16. Penggunaan sumber api secara terbuka perlu diberi perhatian dan jangan ditinggalkan
begitu sahaja. Pastikan tiada pelarut mudah terbakar berhampiran dengan api.
17. Pastikan gas, bahan api dan elektrik telah ditutup sebelum meninggalkan makmal.
18. Meja kerja mestilah dikemaskan dan dilap bersih sebelum meninggalkan makmal.
19. Buang sarung tangan dan basuh tangan dengan bersih sebelum meninggalkan makmal.
20. Buang sisa amali ke dalam bekas berlabel yang disediakan. Sisa tidak boleh dibuang
ke dalam sinki. Sebarang sisa atau benda yang berpotensi menyala atau berbara tidak
boleh dibuang ke dalam tong sampah.
21. Tanggalkan kot makmal, sarung tangan apabila hendak ke tandas, menaiki lif atau
keluar dari makmal. Ini untuk mengelakkan pencemaran bahan berbahaya kepada
orang dan tempat lain.
22. Pelajar yang bekerja di luar waktu pejabat perlu mengisi borang kebenaran bekerja luar
waktu pejabat 3 hari sebelum penggunaan makmal. Elakkan dari menjalankan kerja
makmal bersendirian.
1.2. Peraturan Keselamatan Umum Biologi
Bahan biologi merangkumi:
I. Kultur sel dan mikroorganisma
II. Haiwan dan tumbuhan
III. Sampel darah dan urin manusia
Peraturan asas keselamatan biologi yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut:
1. Pengguna perlu mematuhi Peraturan Umum Keselamatan Makmal.
2. Pengguna harus tahu tentang klasifikasi risiko bahaya bahan biologi (Bahagian 8.3)
3. Pengguna hendaklah sentiasa beranggapan bahawa setiap mikroorganisma berupaya
menyebabkan penyakit.
4. Bagi sarung tangan pula, untuk kerja rutin/ harian, penggunaan sarung tangan adalah
tidak ditekankan. Sarung tangan perlu dipakai apabila terjadi kejadian berikut :
i. apabila mengendalikan prosedur/kerja yang memberi risiko yang
tinggi kepada pekerja atau tugasan yang boleh menyebabkan kontaminasi
kepada tangan pekerja.
ii. apabila membersihkan tumpahan terutamanya yang melibatkan tumpahan
terutamanya yang melibatkan tumpahan kultur mikroorganisma.
iii. apabila luka pada tangan atau kulit.
5. Sebelum memulakan kerja, kawasan/meja tempat kerja perlulah dinyahjangkitan
dengan larutan disinfektan terlebih dahulu.
3
6. Semua pengguna makmal hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan juga
persekitaran tempat kerja untuk mengelakkan sebarang kontaminasi berlaku.
7. Sedutan pipet hendaklah dilakukan secara perlahan dan tidak tergesa‐gesa bagi
mengelakkan pembebasan aerosol.
8. Kultur yang berspora perlu dikendalikan secara berhati hati di dalam kabinet khas (c
th : Biohazard Cabinet).
9. Penggunaan kapas dalam pipet adalah perlu untuk mengelakkan kontaminasi
terhadap cecair yang dikendalikan
10. Dawai inokulasi perlulah disterilkan sebelum dan selepas digunakan dengan
memanaskannya menggunakan penunu Bunsen sehingga keseluruhan dawai tersebut
menjadi merah menyala.
11. Pastikan kawasan kerja dikemas dan kultur mikroorganisma/ peralatan yang telah
digunakan dihantar ke bilik autoklaf untuk disterilkan setelah selesai.
12. Kawasan kerja perlu dicuci/dilap dengan disinfektan. Tangan hendaklah dibasuh
dengan disinfektan sebelum meninggalkan makmal.
1.3. Peraturan Keselamatan Umum Kimia
Peraturan asas keselamatan kimia yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut:
1. Mematuhi Peraturan Umum Keselamatan Makmal.
2. Alat pelindung mata, tangan dan pernafasan perlu dipakai semasa bekerja dengan
bahan kimia berbahaya.
3. Elakkan menghidu dan menyentuh secara langsung dengan sebarang bahan kimia.
4. Berhati-hati semasa membawa dan mengendali bahan kimia di dalam makmal.
5. Larutan bahan kimia tidak boleh dipipet menggunakan mulut.
6. Kendalikan semua bahan kimia meruap dan beracun di dalam kebuk wasap.
7. Botol atau bekas bahan kimia tidak boleh ditinggalkan di dalam kebuk wasap selepas
digunakan.
8. Apabila melakukan sebarang pencairan, sentiasa masukkan larutan yang pekat ke
dalam larutan yang cair bukan sebaliknya dan mesti dilakukan di dalam kebuk wasap.
9. Labelkan semua larutan dan bahan kimia yang disediakan menggunakan label yang
telah disediakan di makmal. (Rujuk Bahagian 7.4: Penggunaan Bahan Kimia)
10. Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja, tentukan kuantiti yang diperlukan dari
botol stok.
11. Bahan kimia yang berlebihan tidak boleh dituang semula ke dalam botol asal.
12. Segala lebihan bahan kimia mestilah dibuang ke dalam botol sisa mengikut
pengkelasan sisa terjadual.
1.4. Peraturan Keselamatan Umum dapur komersil /pemprosesan makanan
Terdapat tiga buah makmal yang tertakluk kepada peraturan keselamatan dapur komersil dan
pemprosesan makanan ini iaitu Makmal Asas Penyediaan Makanan, Makmal Komersil
Makanan dan Makmal Pemprosesan dan Penghasilan Produk Makanan. Pematuhan
terhadap peraturan, prosedur dan amalan yang selamat dalam makmal ini merupakan
tanggungjawab bersama untuk melindungi diri dan orang lain daripada dijangkiti atau
terdedah kepada bahaya dan risiko kemalangan.
4
Peraturan asas keselamatan yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut:
1. Kot makmal mesti dipakai sepanjang berada di dalam makmal.
2. Kasut bertutup mesti dipakai sepanjang berada di dalam makmal.
3. Penutup kepala (menutup seluruh rambut dan telinga) mesti dipakai sepanjang berada
di dalam makmal.
4. Sarung tangan yang bersesuaian dengan jenis kerja mesti dipakai sepanjang berada di
dalam makmal.
5. Jam dan barang kemas tidak boleh dipakai sepanjang berada di dalam makmal.
6. Penutup muka (face mask) mesti dipakai sekiranya memerlukan (debu, selsema dan
batuk).
7. Kenalpasti kedudukan suis utama, alat pemadam api, pintu kecemasan, alat kecemasan
dan telefon makmal.
8. Jangan berlari, bergurau atau bermain di dalam makmal atau di sepanjang koridor
makmal.
9. Jangan makan/ minum, membawa atau menyimpan makanan/ minuman luar di dalam
makmal, termasuk menyimpan makanan/ minuman di dalam peti sejuk makmal.
10. Pastikan pintu atau laluan kecemasan tidak terhalang dan dapat dibuka dengan mudah
semasa berlaku kecemasan/ kebakaran.
11. Hanya pelajar yang mendapat kebenaran pegawai makmal sahaja dibenarkan berada
dan menggunakan makmal.
12. Setiap tumpahan mestilah dibersihkan dengan segera.
13. Jangan bekerja sendirian di makmal. Pastikan peraturan makmal dipatuhi.
14. Semua sumber eletrik, air dan gas mesti dipadamkan atau ditutup semasa waktu tidak
bekerja sebelum meninggalkan tempat kerja.
15. Kemas segala peralatan /perkakas daripada mesin /peralatan yang berkaitan, di tempat
yang di sediakan selepas menggunakannya.
16. Pelajar diminta mematikan telefon bimbit atau menetapkannya pada mod senyap ketika
berada di dalam makmal.
1.5 Peraturan Keselamatan Ladang Agro
Peraturan asas keselamatan ladang agro perlu dipatuhi apabila pengguna berada di
Makmal Penyelidikan Luar atau di ladang.
1. Pengguna makmal mestilah mengenalpasti setiap kakitangan makmal yang bertugas.
2. Pengguna makmal mesti membaca, faham dan ikuti semua peraturan umum makmal
3. Pengguna perlu berhati-hati dan mengambil langkah–langkah keselamatan semasa
menggunakan racun perosak (rujuk pengendalian bahan kimia), peralatan dan jentera
(rujuk pengendalian bahan berisiko tinggi).
4. Mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan-
tidak memakai pakaian yang longgar dan aksesori yang labuh kerana ia mudah
tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan.
5. Pastikan kawasan bengkel tidak berminyak bagi mengelakkan kemalangan.
6. Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan
yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah.
5
7. Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan
besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.
8. Sisa haiwan dan sisa tumbuhan perlu dikendalikan dengan selamat (rujuk pengendalian
sisa makmal).
6
BAHAGIAN 2: PERALATAN PERLINDUNGAN PERIBADI (PPE)
Peralatan Pelindungan Peribadi atau Personel Protective Equipment (PPE) adalah peralatan keselamatan yang perlu dipakai dan digunakan ketika melakukan kerja-kerja pengendalian di dalam makmal. Ianya penting untuk mengelakkan berlaku kecederaan pada anggota tubuh dan kesihatan sewaktu bekerja. Peralatan perlindungan diri yang digunakan mestilah bersesuaian dengan kerja-kerja yang dilakukan. 2.1 Alat Pelindungan Mata Terdapat 3 jenis peralatan perlindungan mata yang biasa digunakan iaitu kaca mata keselamatan (Safety Glasses) (Rajah 2.1a), Goggle (Rajah 2.1b), dan juga kaca mata keselamatan untuk laser.
Kaca Mata Keselamatan (Safety Glasses) Kacamata keselamatan atau safety glasses digunakan untuk melindungi mata. Sesetengah model diperbuat dari bahan yang dapat menahan jenis sinaran UV dan terdapat pelindung pada bahagian kanan dan kiri bingkai. Kacamata digunakan ketika mengendalikan bahan kimia.
Goggle Goggle memberi perlindungan seluruh kawasan mata. Goggle melindungi mata dari impak, habuk dan percikan bahan kimia dan wasap yang datang dari semua arah.Terdapat bingkai pada kiri dan kanan yang melindungi mata dan permukaan kulit di bahagian tepi mata.Goggle lebih tahan hentakan dan boleh digunakan oleh pengguna berkaca mata.
2.2 Alat Pelindungan Muka Tiga jenis peralatan keselamatan bagi perlindungan muka yang biasa digunakan ialah pelindung wajah (face shield)(Rajah 2.2a), topeng muka pembedahan (Surgical Face Mask) (Rajah 2.2b) dan topeng muka N95 (Rajah 2.2c).
Pelindung Muka (Face Shield) Pelindung muka atau ‘face shield’ memberikan pelindungan menyeluruh di bahagian muka dan digunakan ketika pengimpalan logam, mengendalikan bahan kimia yang menghasilkan percikan atau partikel melayang. Walau bagaimanapun, pelindung muka ini tidak dapat melindungi mata dari sinaran UV. Oleh itu, alat ini hendaklah dipakai bersama-sama ‘safety glasses’ atau ‘goggle’.
Rajah 2.1b
Rajah 2.1a
Rajah 2.2a
7
Topeng Muka Pembedahan (Surgical Face Mask) Topeng muka berfungsi untuk melindungi hidung dan mulut dari zat berbau menyengat dan debu. Topeng muka ini, (Rajah 2.2b) hanya dapat menapis zarah-zarah bersaiz besar di udara tetapi tidak dapat memberi pelindungan terhadap wasap bahan kimia dan kebanyakan aerosol biologi seperti virus dan bakteria. Fungsi utama adalah untuk mencegah sebarang zarah biologi dari mulut dan hidung disebarkan oleh pemakai ke persekitaran.
Topeng Muka N95
Topeng muka jenis ini, (Rajah 2.2c) adalah untuk menapis zarah-zarah melebihi 5 micrometer seperti bakteria, spora, kulat dan zat-zat pepejal dan cecair. Abjad ‘N’ merujuk kepada sifat penapis yang tidak tahan terhadap minyak (non-oil resistant), dan ‘95’ merujuk kepada tahap kecekapan menapis iaitu minimum 95% cekap. Jenis penapis adalah bergantung terhadap ketahanan iaitu R-tahan minyak (oil- resistant) dan P- diyakini tahan terhadap minyak (oil-proof). 2.3 Alat Pelindungan Pernafasan
Alat Pernafasan (Respirator) (Rajah 2.3) Alat pernafasan atau respirator hanya digunakan apabila alat kawalan kejuruteraan seperti kebuk wasap tidak dapat digunakan ketika mengendalikan bahan kimia tertentu. Ia direka khas untuk melindungi sistem pernafasan dari dedahan terhadap bahan kimia yang hadir dalam bentuk gas atau zarah-zarah kecil dalam kadar kepekatan yang terhad. Jenis respirator yang dipilih untuk digunakan adalah berdasarkan fungsi berikut, iaitu menapis udara dengan menyahkan gas dan wasap berbahaya atau membekalkan pengudaraan.
2.4 Alat Pelindungan Tangan Alat pelindungan tangan dapat melindungi tangan daripada sentuhan secara langsung terhadap bahan kimia, bahan biologi atau bahan-bahan pada suhu terlampau yang menyebabkan kerengsaan atau rasa terbakar pada kulit. Melalui pemakaian sarung tangan yang sesuai, risiko pendedahan secara langsung dapat dikurangkan. Pemilihan jenis sarung tangan adalah berdasarkan kesesuaian kerja yang akan dilakukan serta saiz yang bersesuaian dengan pengguna.
Sarung tangan getah (Latex) (Rajah 2.4a) Sarung tangan jenis getah (latex) dapat melindungi tangan dari mikroorganisma dan bahan kimia tertentu. Sarung tangan ini hanya sesuai digunakan untuk sekali pakai sahaja.
Rajah 2.2b
Rajah 2.2c
Rajah 2.3
Rajah 2.4a
8
Sarung Tangan Neoprene (Rajah 2.4b)
Sarung tangan ini diperbuat dari getah sintetik yang melindungi tangan dari cecair hidraulik, gasolin, alkohol, asid organik dan alkali.
Sarung Tangan Jenis Nitril (Rajah 2.4c) Sarung tangan yang diperbuat dari polimer memberi pelindungan dari larutan berklorin, minyak, gris, asid dan alkohol tetapi tidak dapat melindungi dari agen pengoksidaan yang kuat, keton dan asetat.
Sarung Tangan Jenis Butil (Rajah 2.4d)
Diperbuat dari getah sintetik dan memberi pelindungan terhadap pelbagai jenis bahan kimia seperti bahan peroksida, asid mengkakis, alkali kuat, alkohol, aldehid, keton dan ester.
Sarung Tangan Jenis Kulit (Rajah 2.4e) Sarung tangan jenis ini dapat melindungi kulit dari permukaan kasar, percikan api dan objek keras.
Sarung Tangan ‘Padded Cloth’ (Rajah 2.4f)
Sarung tangan jenis ini dapat melindungi tangan dari hujung tajam, pecahan kaca, kotoran dan getaran. Sesuai digunakan untuk mengendalikan bahan sejuk atau dalam cuaca sejuk.
Sarung Tangan Kriogenik (Rajah 2.4g) Sarung tangan kriogenik ini digunakan untuk pengendalian bahan kriogenik pada suhu sejuk lampau seperti cecair nitrogen, oksigen, argon.
Rajah 2.4b
Rajah 2.4c
Rajah 2.4d
Rajah 2.4e
Rajah 2.4g
Rajah 2.4f
9
Sarung Tangan Tahan Panas (Rajah 2.4h)
Sarung tangan ini melindungi tangan dari kepanasan semasa
mengendalikan peralatan seperti oven, furnace dan alat radas/ sampel yang
panas.
Sarung Tangan Metal mesh (Rajah 2.4i)
Sarung tangan ini melindungi tangan daripada alatan tajam seperti pisau
dan mesin tajam seperti yang terdapat di Makmal Pemprosesan Makanan.
2.5 Kot Keselamatan Makmal (Rajah 2.5a)
Kot keselamatan makmal dipakai untuk melindungi diri dan pakaian
dari sentuhan secara langsung terhadap bahan kimia melalui
percikan mahupun tumpahan. Kot keselamatan makmal tidak boleh
dipakai di luar makmal. Terdapat beberapa jenis kot keselamatan
makmal. Ia bergantung kepada penggunaan dan jenis kendalian
yang dilakukan.
Ciri-ciri pemakaian kot makmal yang sesuai adalah; a. selesa dipakai
b. diperbuat dari bahan kain yang cukup tebal
c. berwarna terang (putih)
d. panjang lengan hendaklah meliputi pergelangan tangan dan panjang sehingga ke aras lutut.
e. berkancing atau berbutang dan mudah ditanggalkan
f. ukuran sesuai dan tidak terlalu kecil atau terlalu besar.
Rajah 2.4h
Rajah 2.4i
Rajah 2.5a
Rajah 2.4h
10
Kot keselamatan Ladang Kot keselamatan Ladang (Rajah 2.5b), dipakai untuk melindungi diri
dan pakaian, hendaklah menggunakan apron plastik (dilarang
menggunakan apron yang diperbuat daripada kain).
Setiap pengguna racun perosak hendaklah memakai pakaian
keselamatan yang sempurna semasa mengendalikan racun seperti
penutup muka, penutup mulut, sarung tangan, seluar panjang, baju
berlengan panjang, kasut but dan topi. Peralatan ini hendaklah
dibersihkan selepas diguna dan disimpan berasingan dari tempat
simpanan racun perosak.
Kot Keselamatan Dapur Komersil
Kot keselamatan Dapur Komersil hendaklah dipakai untuk
melindungi diri dan pakaian, hendaklah menggunakan Chef jaket
(Rajah 2.5c) dan apron.
2.6 Alat Pelindung Kaki Kasut bertutup yang meliputi seluruh bahagian kaki dipakai bagi melindungi bahagian kaki
dari tumpahan bahan kimia, alat kaca pecah dan debu. Pemakaian selipar dan sandal adalah
dilarang sama sekali bagi mengelakkan sebarang kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.
Kasut bertumit tinggi juga dilarang kerana menyukarkan pergerakan dan meningkatkan risiko
kemalangan.
Kasut Tahan Kimia Terdapat beberapa jenis kasut yang boleh digunakan untuk melindungi dari terkena tumpahan bahan kimia seperti berikut;
Kasut yang diperbuat dari ‘latex’ (getah) Melindungi kaki terhadap bahan kimia tertentu dan permukaan licin.
Kasut yang diperbuat dari butil Memberi pelindungan terhadap keton, aldehid, alkohol, asid dan bes.
Kasut yang diperbuat dari vinil Tahan terhadap bahan pelarut, asid, bes.
Kasut yang diperbuat dari nitril Kasut jenis ini tahan terhadap lemak haiwan, oleo dan bahan kimia.
Rajah 2.5b
Rajah 2.5c
11
BAHAGIAN 3: SIMBOL DAN PAPAN TANDA KESELAMATAN
3.1 Pengenalan
Simbol dan papan tanda keselamatan di makmal adalah sangat penting bagi memudahkan
pengguna mengenalpasti jenis bahaya serta hazard yang ada di kawasan kerja serta secara
tidak langsung dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan. Occupational Safety and
Health Act (OSHA) telah pun mengeluarkan simbol-simbol piawai yang seragam untuk
digunakan di seluruh negara. Setiap simbol mempunyai maksud yang tersendiri.
3.2 Pengkelasan bahan berbahaya
Secara umumnya bahan berbahaya dibahagikan kepada 9 kelas utama iaitu:
i) Kelas 1: Bahan Peledak
ii) Kelas 2: Gas
iii) Kelas 3: Cecair Mudah Terbakar
iv) Kelas 4: Pepejal Mudah Terbakar
v) Kelas 5: Bahan Pengoksida dan Peroksida Organik
vi) Kelas 6: Bahan Toksik dan Bahan Berjangkit
vii) Kelas 7: Bahan Radioaktif
viii) Kelas 8: Bahan Mengkakis
ix) Kelas 9: Bahan dan Artikel Berbahaya Lain.
Kelas 1 – Bahan Peledak (Rajah 3.2i)
Bahan ini merupakan bahan kimia yang berbahaya dan harus dikendalikan dengan berhati-
hati. Penstoran bahan kimia di dalam kumpulan ini hendaklah disimpan di ruang yang
berasingan daripada bahan lain dan mempunyai suhu yang stabil. Bahan kimia di dalam
kumpulan ini mudah meletup sekiranya berlaku gegaran, geseran, ketukan serta terdapat
percikan api dan juga haba. Antara contoh bahan kimia yang tergolong di dalam kumpulan ini
adalah seperti ammonium nitrat.
Rajah 3.2i
12
Kelas 2 – Gas (Rajah 3.2ii)
Terdapat 3 subkelas gas iaitu gas mudah terbakar, gas tidak mudah terbakar dan juga gas
beracun. Gas yang digunakan di dalam makmal biasanya diisi di dalam silinder besi waja
pada tekanan yang tinggi. Oleh itu, silinder gas di dalam makmal perlu berada dalam
kedudukan tegak dan dirantai untuk memastikan keselamatan pengguna di makmal.
Penstoran gas termampat memerlukan bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik dan
berasingan daripada bahan atau gas lain yang boleh menghasilkan tindak balas bagi
mengelakkan sebarang kebakaran berlaku.
Kelas 3 – Cecair Mudah Terbakar (Rajah 3.2iii)
Bahan kimia di dalam kumpulan ini menghasilkan wap yang mudah terbakar pada suhu rendah daripada 61°C (142°F). Terdapat 3 subkelas yang diasingkan mengikut takat kilat iaitu: i) Cecair dengan takat kilat kurang daripada 18°C (0°F)
ii) Cecair dengan takat kilat antara 18°C (0°F) hingga 23°C (73°F)
iii) Cecair dengan takat kilat antara 23°C (73°F) hingga 61°C (142°F) Penstoran dan pengendalian bahan kimia di dalam kumpulan ini
perlulah mengikut subkelas di atas bagi mengelakkan sebarang
kebakaran berlaku. Pengguna perlu menggunakan bahan ini di tempat yang jauh daripada
percikan api dan juga haba.
Kelas 4 –Pepejal Mudah Terbakar Hazard dalam Kelas 4 terbahagi kepada tiga subkelas iaitu:
i) Kelas 4.1: Pepejal Mudah Terbakar (Rajah 3.2iv-a)
Bahan kimia dalam subkelas ini merupakan pepejal yang sangat
mudah terbakar walaupun tanpa sumber api. Faktor lain seperti
geseran dan haba yang wujud semasa proses pemindahan bahan
tersebut dari satu bekas ke bekas yang lain juga boleh
menyebabkan berlakunya kebakaran serta-merta. Contoh pepejal
yang mudah terbakar ialah logam natrium, kalium, hidrida dan
produk nitroselulosa.
Rajah 3.2ii
Rajah 3.2iii
Rajah 3.2iv-a
13
ii) Kelas 4.2 : Bahan Mungkin Terbakar Secara Spontan (Rajah 3.2iv-b)
Cecair atau pepejal piroforik yang terdedah kepada oksigen, air atau lembapan udara selama
5 minit boleh menyebabkan berlakunya letupan dan terbakar secara
spontan walaupun bahan tersebut dalam kuantiti yang sedikit dan
tanpa sumber api. Bahan-bahan piroforik mempunyai suhu
pengautocucuhan di bawah suhu bilik yang apabila terdedah dengan
udara atau air dengan mudahnya boleh menyebabkan kebakaran
secara spontan. Contoh bahan bagi subkelas ini ialah logam natrium,
pentaboran, karbon teraktif, fosforus, dan Raney Nikel (bahan
pemangkin diperbuat daripada aloi, aluminium dan nikel).
iii) Kelas 4.3 : Bahan Membebaskan Gas Mudah Terbakar Apabila Bersentuhan Dengan Air (Rajah 3.2iv-c)
Suatu bahan yang apabila terkena pada air secara spontannya boleh terbakar atau
mengeluarkan gas yang mudah terbakar serta beracun pada
kadar yang lebih besar daripada 1 liter/ kilogram bahan/ jam.
Contoh bahan dalam kumpulan ini ialah logam natrium, kalsium
hidrida, kalsium karbida, barium dan serbuk aluminium.
Penstoran bagi Kelas 4 ini perlulah disimpan mengikut
pengkelasan hazard bahan kimia yang telah ditetapkan. Antara
langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa
mengendalikan bahan-bahan kimia dalam Kelas 4 ini ialah:
i) jauhkan bahan tersebut dari percikan api dan sumber haba.
ii) jangan sesekali memanaskan bahan tersebut dalam keadaan api terbuka dan hendaklah dilakukan di dalam kebuk wasap serta menggunakan steam bath, water bath atau oil bath.
Kelas 5 – Bahan Pengoksida dan Peroksida Organik i) Bahan Pengoksida (Rajah 3.2v-a) Bahan pengoksida merupakan suatu bahan yang boleh menghasilkan oksigen melalui proses pengoksidaan sehingga menyebabkan kebakaran dan merebak pada bahan-bahan lain dan dikenali sebagai agen pengoksida. Bahan pengoksida sangat tidak serasi dengan bahan kimia dari Kelas 3 dan 4. Bahan pengoksida perlu disimpan berasingan daripada pepejal atau cecair mudah terbakar. ii) Peroksida Organik (Rajah 3.2v-b) Bahan-bahan organik yang mengandungi struktur bivalen (-O-O-) hasil terbitan hidrogen peroksida ,satu atau kedua-dua atom hidrogen telah diganti oleh radikal organik. Peroksida organik mempunyai sifat terma yang tidak stabil menyebabkan berlaku proses penguraian eksotermik apabila terkena haba atau cecair mudah terbakar.
Rajah 3.2iv-b
Rajah 3.2iv-c
Rajah 3.2v-a
14
Antara ciri-ciri bahan organik dalam subkelas ini ialah: a) Bahan boleh terurai menyebabkan letupan b) Boleh terbakar dengan cepat c) Sensitif kepada geseran d) Menghasilkan tindak balas berbahaya dengan bahanlain e) Boleh menyebabkan kerosakan pada mata. Contoh bahan kimia dalam subkelas ini ialah hidrogen peroksida, ferum nitrat, litium nitrat, plumbum perklorat, benzoil peroksida serta pepejal dan cecair peroksida organik yang lain. Penstoran bagi bahan kimia perlu disimpan di tempat berasingan dengan bahan mudah terbakar atau cecair yang mempunyai takat kilat yang rendah. Bilik penstoran perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan dingin bagi mengelakkan berlakunya penguraian bahan. Kelas 6 – Bahan Toksik & Bahan Berjangkit Hazard Kelas 6 terbahagi kepada dua subkelas yang lain iaitu:
i) Kelas 6.1 – Bahan Bertoksik (Rajah3.2vi-a) Bahan kimia di dalam subkelas ini termasuklah bahan bertoksik, beracun dan berbahaya. Antara contoh bahan kimia ialah logam bromida, bromoaseton, bromobenzil sianida dan gas pemedih mata. Elakkan daripada terkena sentuhan pada anggota badan kerana boleh menyebabkan kerosakan teruk atau parah. Tempat penstoran bagi bahan kimia beracun perlulah berasingan daripada asid dan bahan pengoksida yang kuat serta mempunyai pengudaraan yang baik. Bahan toksik yang mudah meruap perlu disimpan di dalam peti penyimpanan pada suhu (-20⁰C) untuk mengelakkan proses penyejatan berlaku. Bekas
bahan kimia yang telah dibuka perlu ditutup semula dengan ketat dan dipita (seal) bagi mengelakkan kebocoran.
ii) Kelas 6.2 – Bahan Berjangkit (Rajah3.2vi-b) Bahan berjangkit adalah satu bahan yang berkemungkinan atau membawa patogen. Patogen
ialah bendasing yang boleh menyebabkan penyakit pada manusia atau haiwan. Contoh-
contoh patogen termasuklah bakteria, virus, kulat dan ejen-ejen berjangkit yang lain. Contoh
bahan bagi subkelas ini ialah sisa perubatan, sisa biologi, bahan-bahan forensik dan produk
penjagaan kesihatan terpakai.
Rajah 3.2v-b
Rajah 3.2vi-a
Rajah 3.2vi-b
15
Kelas 7 – Bahan Radioaktif (Rajah 3.2vii)
Bahan radioaktif bermaksud bahan pepejal, cecair dan gas yang boleh mengeluarkan sinaran mengion secara spontan seperti sinaran alfa, beta dan gamma. Bahan ini boleh didapati sama ada dalam bentuk punca terkedap dan punca tidak terkedap: i) Punca terkedap (Sealed sources) adalah suatu punca sinaran yang terdiri daripada bahan radioaktif yang disatukan dengan kukuh dalam bahan yang pejal dan tidak aktif atau dikedapkan dalam satu bekas tidak aktif yang mempunyai kekuatan untuk mencegah penyerakan isi kandungannya. ii) Punca tidak terkedap (Unsealed sources) adalah bahan radioaktif dalam bentuk yang boleh terserak sama ada dalam bentuk cecair, pepejal dan gas.
Contoh bahan radioaktif adalah seperti uranium, thorium, radium dan tritium. Bahan radioaktif
ini sangat berbahaya dan boleh menyebabkan gangguan pada sistem biologi organisma hidup
terutamanya manusia. Pendedahan radiasi pada tahap yang tinggi boleh menyebabkan
kematian dan kemusnahan pada peringkat selular. Pengendalian yang selamat terhadap
bahan ini adalah menggunakan PPE (Personal Protective Equipment) yang sesuai seperti kot
makmal radioaktif, sarung tangan dan cermin mata keselamatan.
Kelas 8 – Bahan Mengkakis (Rajah 3.2viii)
Bahan mengkakis bermaksud bahan yang boleh menyebabkan
kerosakan yang dapat dilihat atau perubahan kekal pada
permukaan tisu kulit dan permukaan logam. Klasifikasi bahan
kimia yang mudah mengkakis adalah asid kuat, bes kuat dan
agen dehidrasi. Bahan mengkakis boleh menyebabkan
kerosakan pada tisu kulit dan juga mata melalui sentuhan secara
langsung. Pengguna yang tertelan bahan kimia jenis ini boleh
menyebabkan kerosakan pada salur pernafasan dan
gastrointestinal. Contohnya asid hidroklorik, asid sulfurik,
natrium hidroksida dan hidrogen peroksida. Pengendalian yang
selamat terhadap bahan ini adalah menggunakan PPE yang
sesuai seperti kot makmal, sarung tangan jenis nitril, topeng muka dan cermin mata
keselamatan. Pengendalian bahan kimia jenis ini juga perlu dilakukan di dalam kebuk wasap.
Rajah 3.2vii
Rajah 3.2viii
16
Kelas 9 – Bahan dan Artikel Berbahaya Lain (Rajah 3.2ix)
Bahan yang berbahaya kepada alam sekitar bermaksud bahan yang boleh menyebabkan risiko pencemaran terhadap tanah, air dan udara. Bahan berbahaya kepada alam sekitar boleh menyebabkan kemusnahan terhadap hidupan akuatik dan perlu dilupuskan mengikut peraturan pelupusan yang telah ditetapkan. Contoh bahan kimia bagi kelas ini ialah ammonium hidroksida, benzene klorida dan logam berat (plumbum dan kromium).
3.3 Piktogram bahaya Piktogram bahaya ini kebiasaannya didapati pada label botol atau bekas bahan kimia. Simbol
ini membawa maksud pengkelasan bahaya jika menggunakan bahan kimia tersebut.
Piktogram yang biasa digunakan dalam pengkelasan bahan berbahaya di peringkat
antarabangsa adalah seperti di bawah.
Bahan letup (Rajah 3.3a)
Bahan letup tidak stabil
Bahan letup; bahaya letupan besar
Bahan letup; bahaya luncuran teruk
Bahan letup; bahaya kebakaran, ledakan atau luncuran
Mudah Terbakar (Rajah 3.3b)
Gas mudah terbakar
Aerosol mudah terbakar
Cecair dan wap mudah terbakar
Pepejal mudah terbakar
Rajah 3.2ix
Rajah 3.3a
Rajah 3.3b
17
Gas, cecair atau pepejal mengoksida (Rajah 3.3c)
(Nyalaan atas bulatan)
Boleh menyebabkan atau memarakkan kebakaran; pengoksida
Boleh menyebabkan kebakaran atau letupan ; pengoksida kuat
Boleh memarakkan kebakaran; pengoksida
Toksik dan Sangat Toksik (Tengkorak dan tulang bersilang) (Rajah 3.3d)
Ketoksikan akut (oral) – Maut jika tertelan /toksik jika tertelan
Ketoksikan akut (kulit) – Maut jika terkena kulit/toksik jika terkena kulit
Ketoksikan akut (penyedutan) – Maut jika tersedu/toksik jika tersedut
Mengkakis (Rajah 3.3e)
Kakisan atau kerengsaan kulit
Kerosakan mata atau kerengsaan mata yang serius
Mengakis logam
Berbahaya Kepada Alam Sekitar (Rajah 3.3f)
Berbahaya kepada persekitaran akuatik-bahaya akut
Berbahaya kepada persekitaran akuatik-bahaya kronik
Bahaya kesihatan (Rajah 3.3g)
Boleh menyebabkan kanser (carcinogenic)
Kemutagenan sel germa (boleh menyebabkan kecatatan genetik)
Ketoksikan pembiakan (boleh merosakkan kesuburan/janin)
Ketoksikan organ khusus (menyebabkan kerosakan organ)
Ketoksikan aspirasi (boleh membawa maut jika tertelan dan memasuki
saluran pernafasan
Rajah 3.3c
Rajah 3.3d
Rajah 3.3e
Rajah 3.3f
Rajah 3.3g
18
Gas termampat (Rajah 3.3h)
Mengandungi gas di bawah tekanan; boleh meletup jika dipanaskan
Mengandungi gas sejuk; boleh menyebabkan lecuran atau
kecederaan kriogenik.
Tanda seru (Rajah 3.3i)
Menyebabkan kerengsaan kulit
Menyebabkan kerengsaan saluran pernafasan
Boleh menyebabkan tindak balas alahan kulit
Memudaratkan jika terkena kulit / jika tersedut/ jika tertelan
Ketoksikan akut (memudaratkan)
Kesan narkotik (menyebabkan mengantuk atau kepeningan)
3.4 Pengkelasan dan simbol bagi racun perosak
Terdapat 3 jenis racun perosak iaitu racun serangga, racun kulat dan racun
rumpai.
Setiap pengguna mestilah terlebih dahulu membaca label pada racun perosak
sebelum menggunakannya
Setiap racun berbeza mengikut pengkelasan seperti Jadual 3.4
Jadual 3.4 : Pengelasan dan simbol bagi racun perosak
Rajah 3.3h
Rajah 3.3i
19
BAHAGIAN 4: PERALATAN KESELAMATAN MAKMAL
Peralatan Keselamatan yang terdapat di makmal adalah berfungsi untuk menyelamatkan
pengguna makmal sekiranya berlaku insiden atau kemalangan yang tidak diingini. Tindakan
pantas menggunakan peralatan keselamatan dengan betul dapat mengurangkan risiko
kecederaan.
4.1 Pembilas Mata Keselamatan (Eye Wash)
Alat ini digunakan untuk membilas mata apabila terkena
percikan bahan kimia atau bendasing yang boleh
memudaratkan mata. Ianya merupakan keselamatan asas yang
perlu ada di dalam makmal dan pengguna makmal perlu tahu
bagaimana cara menggunakan pembilas mata ini. (Rajah 4.1)
4.2 Selimut Kebakaran
Alat ini digunakan untuk memadamkan api pada badan mangsa semasa kebakaran. Selimut
ini berfungsi mengurangkan bekalan oksigen pembakaran supaya kebakaran badan
mangsa dapat dipadamkan. Balut badan mangsa dengan selimut dan gulingkan mangsa
yang terbakar di atas tanah /lantai sehingga api padam. (Rajah 4.2)
4.3 Peti Pertolongan Cemas
Peti pertolongan cemas adalah sebuah bekas yang dilengkapkan dengan bahan asas bantu
kecederaan. Di dalam peti pertolongan ini terdapat ubat-ubatan untuk kegunaan luaran
sahaja. Ubat makan seperti paracetamol tidak boleh disimpan di dalam peti ini. Peti ini
seharusnya berada pada keadaan yang mudah dilihat dan dicapai. Ubatan di dalam peti ini
perlu berkeadaan baik dan
tidak luput tarikh. (Rajah 4.3)
Rajah 4.1 : Eye Wash
Rajah 4.2 : Selimut kebakaran
Rajah 4.3 : Peti pertolongan cemas
20
4.4 Pancuran Air Keselamatan (Safety Shower)
Pancuran air keselamatan ini dikhaskan untuk menyingkirkan tumpahan
bahan kimia dari anggota tubuh atau pakaian mangsa. Alat ini perlu ada di
dalam makmal yang menggunakan bahan kimia. Aliran air mestilah deras
dan banyak bagi menyingkirkan tumpahan bahan kimia. Pancuran air
keselamatan ini mestilah diperiksa secara berkala dan direkodkan bagi
memastikan ianya berfungsi apabila diperlukan. Kebiasaannya alat ini
dilengkapi dengan pembilas mata keselamatan (eye wash). (Rajah 4.4)
4.5 Alat Pemadam Api
Alat pemadam api ini digunakan dalam bantu mula untuk mengawal kebakaran. Alat ini
mempunyai beberapa jenis, antaranya jenis busa (foam), jenis serbuk ABC, jenis CO2, jenis
air dan jenis tekanan (Rajah 4.5). Penggunaannya adalah bergantung kepada punca
kebakaran. Pengguna harus tahu punca kebakaran supaya api dapat dikawal sebelum
merebak menjadi besar. Jadual 4.5a menunjukkan jenis alat pemadam kebakaran yang
bersesuaian dengan jenis kebakaran, manakala Jadual 4.5b menunjukkan cara penggunaan
alat pemadam kebakaran.
Rajah 4.3 : Peti pertolongan cemas
Rajah 4.4 : Safety Shower
Rajah 4.5 : Jenis alat pemadam api
21
Jadual 4.5a: Kelas api dan jenis pemadam kebakaran
Kelas Api Jenis Kebakaran Jenis Alat Pemadam Kebakaran
A Pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah terbakar.
Serbuk Kering
B Cecair seperti minyak, varnis, plastik dan lain-lain
Serbuk Kering
C Gas dan Elektrik seperti gas butana, gas asetilena, pendawaian, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.
Serbuk Kering dan Karbon dioksida
D Logam seperti kalium (potassium), logam natrium (sodium), kalsium dan magnesium.
Serbuk Kering
E Minyak seperti minyak yang digunakan secara komersial.
Serbuk Kering
Jadual 4.5b: Cara Penggunaan Alat Pemadam Kebakaran (PASS):
TINDAKAN KETERANGAN GAMBAR
Tarik (Pull) Cabutkan pin keselamatan pada pemadam kebakaran.
Hala (Aim) Halakan muncung (nozzle) pemadam kebakaran ke arah punca kebakaran. Pastikan semburan tidak melawan arus angin. Sebaliknya mengikut arah angin.
Tekan (Squeeze) Tekan tuil
Layang (Sweep)
Layangkan ke kiri dan ke kanan
22
4.6 Kit Kawalan Tumpahan (Spillage Kit)
Alat ini merupakan satu set lengkap pengawalan tumpahan bahan kimia di ruang kerja/
makmal. Set ini perlu digunakan serta merta jika berlaku tumpahan bahan kimia. Set ini
dilengkapi dengan bahan yang boleh menyerap tumpahan bahan kimia dengan cepat dan
seterusnya meminimakan pencemaran. Perkakasan dalam set ini adalah seperti sarung
tangan getah, pad tumpahan, granul (natural, asid dan alkali). (Rajah 4.6)
4.7 Kebuk Wasap
Terdapat 2 jenis kebuk wasap (Rajah 4.7) yang biasa ditemui iaitu
kebuk wasap umum dan kebuk wasap perklorik. Kebuk wasap ini
perlu digunakan oleh pengguna makmal ketika mengendalikan
bahan kimia berbahaya yang meruap bagi menggelakkan
kebocoran gas berbahaya dalam makmal. Kebuk wasap ini perlu
diselenggara sebaiknya bagi memastikan sedutan dan pengaliran
gas ke luar makmal adalah baik.
4.8 Biological Safety Cabinet (BSC)
Biological safety cabinet merupakan satu peralatan primer yang efektif apabila mengendalikan agen infeksi (cth: patogen). Amnya, terdapat 3 jenis BSC iaitu Kelas 1, Kelas 2 dan Kelas 3. Penggunaan jenis kabinet bergantung kepada biosafety level agen infeksi yang dikendalikan oleh pekerja (Rajah 4.8). Kelas 1 BSC‐ memberi perlindungan kepada pekerja dan persekitaran, tetapi tidak kepada
produk. Pergerakan udara menyerupai chemical fume hood, bezanya ia mempunyai penapis HEPA dalam sistem ekzos untuk melindungi persekitaran. Kelas 2 BSC (Types A, Bl, B2,and B3) - memberi perlindungan kepada pekerja, persekitaran dan juga produk. Kelas 3 BSC –direka untuk mengendalikan agen mikrobiologi biosafety level peringkat 4. Ianya menyediakan perlindungan yang maksimum kepada pekerja.
Rajah 4.6 : Spillage kit
Rajah 4.7 : Kebuk wasap
23
4.9 Laminar Airflow Cabinet:
Terdapat 2 jenis laminar iaitu horizontal dan vertical. Kedua‐
duanya bukan biological safety cabinet. (Rajah 4.9)
Horizontal laminar air flow – udara yang melalui penapis HEPA dilepaskan ke arah
pengguna. Laminar jenis ini hanya menyediakan perlindungan kepada produk sahaja.
Elakkan menggunakan laminar sekiranya mengendalikan kultur mikroorganisma yang
berbahaya.
Vertical laminar air flow – digunakan sebagai kawasan bersih (clean area) untuk apa juga
penyediaan yang tidak melibatkan mikroorganisma seperti persampelan makanan,
pengeringan plate, tisu kultur dll. Laminar jenis vertical mempunyai sash dan udara
dilepaskan ke persekitaran melalui bawah sash tersebut. Seperti laminar jenis horizontal,
elakkan menggunakannya sekiranya pekerja mengendalikan patogen atau lain‐lain kultur
mikroorganisma yang berbahaya.
4.10 Bekas Sisa
Bekas Sisa Kaca
Kotak sisa kaca (Rajah 4.10a) digunakan untuk mengumpulkan sisa bahan kaca yang pecah
bagi mengelakkan kemalangan di dalam makmal. Apabila kotak khas ini telah penuh, sisanya
perlu dilupuskan mengikut jadual pelupusan sisa kaca yang ditetapkan
Rajah 4.8 : Biological safety cabinet
Rajah 4.9 : Laminar air flow
24
.
Bekas sisa bahan tajam
Bekas sisa bahan tajam (Rajah 4.10b) digunakan untuk membuang sisa klinikal yang tajam
seperti jarum dan slaid kaca.
Tong Sisa Biohazard
Tong sisa ini digunakan untuk mengumpulkan sisa bahan biohazard bagi mengelakkan
pencemaran biohazard di dalam makmal. Sisa perlu dilupuskan mengikut jadual pelupusan
biohazard yang ditetapkan dengan pengendalian yang betul. (Rajah 4.10c)
Tong Sisa Radioaktif
Tong sisa radioaktif (4.10d) digunakan untuk mengumpulkan sisa radioaktif dan bahan tercemar radioaktif sebelum dilupuskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Rajah 4.10a : Bekas sisa kaca
Rajah 4.10b : Bekas sisa bahan tajam
Rajah 4.10c : Tong sisa biohazard
25
5.0 Alat Pengesan Kebakaran Alat pengesan kebakaran ini digunakan untuk mengesan asap dan haba yang tinggi di dalam bangunan. Alat ini ditempatkan di atas siling di kebanyakan koridor bangunan dan di dalam makmal. Alat ini akan menghantar isyarat kepada panel keselamatan bangunan jika mengesan kehadiran asap dan haba yang tinggi. Seterusnya panel keselamatan akan membunyikan loceng kebakaran secara automatik sebagai isyarat kepada semua pengguna di dalam bangunan untuk pengungsian bangunan. Alat pengesan kebakaran terbahagi kepada 3 jenis iaitu alat pengesan asap (Rajah 5.0a), alat pengesan haba (Rajah 5.0b), alat pengesan haba dan asap (Rajah 5.0c).
Rajah 5.0a: Alat Pengesan Asap.
Rajah 5.0b: Alat Pengesan Haba.
Rajah 5.0c: Alat Pengesan haba dan asap.
Rajah 4.10d : Tong sisa radioaktif
26
6.0 Simbol – simbol Peralatan Keselamatan Terdapat beberapa simbol peralatan keselamatan yang sering dipaparkan di kawasan makmal untuk memberitahu pengguna makmal lokasi alat tersebut seperti simbol alat pemadam api (Rajah 6.0a), simbol selimut kebakaran (Rajah 6.0b), simbol pembilas mata keselamatan (Rajah 6.0c) dan simbol pancuran air keselamatan (Rajah 6.0d).
Rajah 6.0a: Simbol Alat Pemadam Api.
Rajah 6.0b: Simbol Selimut Kebakaran.
Rajah 6.0c: Simbol Pembilas Mata Keselamatan.
Rajah 6.0d: Pancuran Air Keselamatan.
27
BAHAGIAN 5: PENGENDALIAN PERALATAN BERISIKO TINGGI
Pengendali alatan perlu mendapat latihan secukupnya dari staf bertanggungjawab sebelum
mengendalikan alatan berisiko tinggi. Laporkan segera kepada staf makmal jika berlaku
sebarang kerosakan pada alat.
5.1 PERALATAN SUHU TINGGI
Contoh alatan seperti Furnace (Rajah 5.1), oven, water boiler dan steamer.
1. Pengguna hendaklah memakai peralatan perlindungan diri ketika mengendalikan peralatan yang panas.
3. Gunakan sarung tangan yang sesuai dipakai iaitu yang bersifat rintang haba.
3. Kot makmal hendaklah dipakai dengan sempurna semasa menjalankan kerja di makmal yang berkaitan untuk melindungi anggota badan. 5.2 PERALATAN BERHAMPAGAS (VACUUM) Contoh alatan seperti vacuumdessicator, rotary evaporator (Rajah 5.2) , vacuum flask, vacuum oven, vacuum evaporator, ultracentrifuge dan Freeze Dryer
Rotary evaporator 1. Pastikan ia diperiksa sebelum digunakan bagi mengelakkan ia rosak (implode) semasa digunakan. 2. Pastikan ia sentiasa ditutup dengan sempurna dengan menggunakan alat pelindung khas yang diluluskan. Pastikan nilai hampagas yang digunakan tidak melebihi had yang dibenarkan. 3. Selepas digunakan, pastikan tekanan di dalam peralatan tersebut sama dengan tekanan atmosfera sebelum pelindung/ penutup dibuka. 4. Waste container perlu dikosongkan selepas selesai analisis
Rajah 5.1 : Furnace
Rajah 5.2 : Rotary evaporator
28
5.3 PERALATAN BERTEKANAN TINGGI Contoh alatan seperti autoclave (Rajah 5.3a), retort (Rajah 5.3b) , air compressor dan hydraulic press. 1. Pastikan ia diperiksa setiap masa sebelum digunakan bagi mengelakkan ia meletup (explode) semasa menggunakannya. 1. Pastikan ruang kerja mencukupi bagi memastikan keselamatan
semasa mengendalikan peralatan tersebut. 2. Pastikan nilai tekanan yang digunakan tidak melebihi had yang
dibenarkan. 3. Selepas digunakan, pastikan tekanan di dalam peralatan tersebut
sama dengan tekanan atmosfera sebelum pelindung dibuka. Autoklaf
1. Sebelum menggunakan autoklaf untuk kali pertama, pastikan anda
membaca SOP yang disediakan.
2. Pastikan penutup botol cecair yang hendak diautoklaf ditutup
dengan longgar supaya tekanan dari wap air yang terhasil
semasa pemanasan tidak menyebabkan letupan.
3. Perhatikan paras air sebelum proses pensterilan dilakukan.
4. Jangan autoklaf cecair yang mudah terbakar atau yang mudah
meruap kerana bahan‐bahan tersebut boleh meletup.
5. Pastikan pintu autoklaf dikunci sebelum beroperasi. Ini untuk
mengelakkan pelepasan stim tekanan tinggi secara tiba‐tiba.
6. Jangan buka autoklaf sebelum tekanan turun ke kosong atau suhu
di bawah 100°C
7. Gunakan heat‐resistant glove apabila memindahkan botol dari
autoklaf selepas pensterilan dilakukan.
Pengempar
1. Sebelum menggunakan pengempar untuk pertama kali, pastikan anda membaca
dan memahami SOP yang disediakan.
2. Elakkan menggunakan tiub pengempar yang retak. Ini adalah untuk mengelakkantiub
dari pecah semasa pengempar beroperasi.
3. Berat/ isipadu sampel di dalam setiap tiub pengempar mestilah seimbang.
4. Elakkan mengisi tiub yang mengandungi sampel sehingga telah penuh.
5. Tiub pengempar yang mengandungi mikroorganisma berbahaya perlu dibuka di dalam
biological safety cabinet.
6. Apabila rotor berhenti, jangan buka pengempar, biarkan seketika untuk mengelakkan
aerosol tersebar.
7. Semasa membuka tiub tersebut, pastikan sarung tangan dipakai sekiranya sampel
mengandungi mikroorganisma berbahaya. Ini adalah kerana penutup tiub tersebut
berpotensi untuk dikontaminasi oleh sampel tersebut.
Rajah 5.3b : Retort
Rajah 5.3a : Autoclave
29
8. Selepas menggunakan pengempar, bahagian‐bahagian pengempar seperti tiub
pengempar dan rotor perlu disterilkan sekiranya alat
tersebut mengempar sampel yang mengandungi mikroorganisma.
5.4 Peralatan Tajam
Pisau Dan Peralatan Memotong Di Makmal Memasak
i) Cara pengendalian pisau (Rajah 5.4a)
1. Pastikan pisau yang digunakan tajam bagi mengurangkan tekanan ketika menggunakan pisau dan bagi mengelakkan pisau tersebut tergelincir ketika memotong.
2. Gunakan papan pemotong yang dialaskan dengan kain lembab untuk mengelakkannya dari tergelincir.
3. Elakkan dari memotong terus di atas permukaan meja kerja. 4. Jangan gunakan lebih dari satu pisau pada satu-satu masa. 5. Sekiranya peralatan tajam jatuh, jangan cuba untuk menangkap atau menyambut alat
tersebut. Berundur ke belakang dan biarkan alat tersebut jatuh. 6. Semasa membersihkan alatan tajam, elakkan daripada meletakkan alat tersebut di
dalam sinki. 7. Bawa pisau dengan cara yang betul, pastikan pisau berada di sisi tubuh dengan hujung
yang tajam menghala ke bawah. 8. Bagi menggunakan mesin yang bermata tajam, pakai sarung tangan keselamatan bagi
mengelakkan kecederaan.
ii) Cara pengendalian peralatan memotong elektrik. Contoh peralatan memotong elektrik adalah seperti meat slicer (Rajah 5.4b), Bowl Cutter (Rajah 5.4c) dan Pengisar makanan (Rajah 5.4d)
1. Baca buku panduan penggunaan alat terlebih dahulu sebelum menggunakan sesuatu
peralatan. Rancang setiap kerja. Fikir apakah yang mungkin gagal dan tentukan faktor
yang memungkinkan ia berlaku.
2. Pastikan lokasi suis utama bekalan elektrik dan tempat bekerja dalam keadaan kering.
3. Tentukan peralatan yang akan digunakan berada dalam keadaan selamat dan
berfungsi.
4. Jangan bekerja dengan tangan yang basah atau berdiri di atas lantai yang lembab
apabila menggunakan peralatan elektrik.
Rajah 5.4a : Pisau
30
5. Matikan suis sumber kuasa dan tanggalkan palam daripada soket elektrik sebelum
membuat sambungan atau sebarang perubahan pada litar atau peralatan.
6. Pastikan suis peralatan dimatikan dan palam ditanggalkan daripada soket elektrik
sebelum kerja-kerja pembersihan alatan dibuat.
7. Pakai PPE yang bersesuaian dengan alatan yang digunakan.
Peralatan Memotong Di Makmal Penyelidikan Luar Dan Ladang
Jigsaw, Disc Metal Cutter,Chain Saw (Rajah 5.4e)
i) Cara pengendalian peralatan mesin rumput
1. Memastikan bilah mata pemotong diketatkan dengan sempurna.
2. Memastikan tiada orang berada dalam lingkungan radius 3 meter.
3. Jangan merokok ketika menggunakan alat ini.
4. Jangan memotong dahan pokok menggunakan alat ini.
5. Jangan meninggalkan peralatan ini yang sedang berfungsi tanpa operator.
6. Gunakan semua Alat Perlindungan Diri yang diperlukan.
7. Guna mata bilah yang sesuai bagi sesuatu kerja.
Rajah 5.4b : Meat slicer Rajah 5.4c : Bowl cutter Rajah 5.4d : Pengisar makanan
Rajah 5.4e : Jigsaw, Disc Metal Cutter,Chain Saw
31
8. Jika berlaku kecemasan semasa melaksanakan kerja, berhentikan kerja dan hantar
pekerja ke hospital yang berhampiran.
9. Memastikan semua komponen dan peralatan disusun dengan teratur, mengikut turutan
penggunaan sebelum, semasa dan selepas kerja pemotongan rumput.
5.5 Peralatan berjentera
Peralatan seperti Power Tiller C/W Roda Getah & Pemutar Cultivator Tiller (Rajah 5.5)
digunakan untuk membajak tanah dan melibatkan komponen berjentera.
Rajah 5.5: Power Tiller C/W Roda Getah & Pemutar
Cultivator Tiller
5.6 Peralatan Menggunakan Haba Tinggi
Peralatan menggunakan haba tinggi yang sering terdapat di dalam makmal adalah seperti
Oven (Rajah 5.6a), Water boiler (Rajah 5.6b), dapur memasak (Rajah 5.6c), Deep fat fryer
(Rajah 5.6d) dan Griller (Rajah 5.6e)
1. Pengguna hendaklah memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) ketika mengendalikan peralatan yang panas.
2. Pemakaian yang betul dalam pengendalian peralatan panas adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kecederaan kepada mangsa atau mengelakkan sebarang kecuaian yang boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan.
3. Biasanya, penggunaan sarung tangan yang sesuai dipakai adalah bersifat rintang haba.Elakkan daripada memakai sarung tangan yang basah kerana stim yang terhasil dari tindak balas haba dengan air akan menyebabkan melecur.
4. Sarung tangan rintang haba dapat melindungi tangan dari haba panas semasa mengendalikan peralatan suhu tinggi.
5. Kot makmal hendaklah dipakai dengan sempurna semasa menjalankan kerja di makmal yang berkaitan untuk melindungi anggota badan.
6. Jangan tinggalkan cecair yang panas seperti air atau minyak tanpa pengawasan di atas dapur.
32
5.7 Peralatan Yang Besar Dan Berat
Peralatan berat dan besar yang sering digunakan di dalam makmal adalah seperti Fish
deboner (Rajah 5.7a), Soybean grinder (Rajah 5.7b), Stand mixer (Rajah 5.7c)
Cara pengendalian
1. Pastikan kaki anda berada dalam posisi yang betul dan berdiri serapat mungkin dengan muatan.
2. Bengkokkan lutut dan luruskan belakang badan.
Rajah 5.6a : Oven Rajah 5.6b : Water boiler
Rajah 5.6c : Dapur memasak
Rajah 5.6d : Deep fat fryer
Rajah 5.6e : Griller
33
3. Pegang objek dengan tangan yang kukuh, dan angkat kepala apabila mengangkat muatan.
4. Angkat muatan menggunakan kekuatan otot kaki dengan struktur badan yang lurus. 5. Letakkan muatan di atas permukaan yang kukuh dan rata, semasa menurunkan beban
bengkokkan lutut dan bukan bahagian belakang badan. Postur badan yang betul semasa mengangkat bebanan adalah seperti Rajah 5.7d.
6. Pertimbangkan risiko yang mungkin berlaku sebelum memulakan pengendalian (mengangkat) secara manual.
7. Sentiasa ingat had kemampuan anda, jangan cuba sesuatu yang tidak mampu dilakukan.
8. Gunakan pengangkat mekanikal (trolley) jika muatan tersebut besar, atau sukar untuk dikendalikan (janggal dari saiz atau bentuk).
9. Dapatkan bantuan secara berpasukan, sekurang-kurangnya dua orang jika muatan tersebut sederhana berat atau sukar untuk dikendalikan.
10. Pastikan dahulu saiz, berat, bentuk objek dan jarak perjalanan.Jangan bawa objek yang terlalu besar sehingga menghalang pandangan.
11. Pastikan juga keadaan lantai tidak licin atau tidak rata ataupun terdapat halangan yang boleh membahayakan anda.
12. Matikan suis elektrik dan cabut palam (plug) peralatan elektrik sebelum dibersihkan. Pastikan tangan anda kering sebelum menyentuh suis elektrik.
Rajah 5.7c : Stand Mixer
Rajah 5.7b : Soybean Grinder
Rajah 5.7a : Fish Deboner
Rajah 5.7d
34
5.8 Peralatan Sinaran UV
Peralatan yang dlengkapi dengan sinaran UV adalah seperti Biohazard Cabinet dan UV
Cabinet
Cara pengendalian
1. Gunakan alat perlindungan diri yang sesuai ketika mengendalikan alat.
2. Elakkan dari terkena terus pada pancaran UV tersebut.
5.9 Peralatan Bersuhu Rendah
Peralatan bersuhu rendah yang sering terdapat di dalam makmal adalah seperti Freezer
bersuhu (-20⁰C), (-40⁰C) dan (-80⁰C) serta Cold Room.
Cara pengendalian:
1. Gunakan alat perlindungan diri seperti Cryogenic gloves semasa mengambil atau
menyimpan sampel/bahan di dalam peralatan bersuhu rendah.
2. Jangan buka pintu freezer terlalu lama.
3. Jika perlu berada di dalam cold room, jangan duduk terlalu lama.
35
BAHAGIAN 6: PENGENDALIAN PERALATAN KACA
6.1 Teknik Pemanasan Dan Penyejukan Radas Kaca 1. Menggunakan radas kaca yang tahan pada haba ketika pemanasan. Tidak dibenarkan memanaskan radas kaca yang retak/ calar kerana ketahanan terhadap haba telah berkurang. 2. Jangan panaskan radas kaca pada suhu yang maksima kerana boleh menyebabkannya pecah. 3. Ketika melakukan penyejatan cecair, suhu hendaklah dibiarkan turun secara perlahan–lahan mengikut penurunan paras cecair untuk mengelakkan retak pada radas kaca. 4. Jangan meletakkan peralatan kaca yang panas kepada permukaan sejuk atau sebaliknya. 6.2 Teknik Pemotongan Radas Kaca 1. Membuat tanda pada bahagian yang hendak dipotong dengan kikir atau pemotong kaca. 2. Memastikan pemakaian sarung tangan, kot makmal dan goggle jika perlu bagi langkah keselamatan. 3. Kedua-dua ibu jari diletakkan pada garisan yang telah dibuat dan sentap dengan perlahan untuk mematahkan tiub atau batang kaca. 4. Kemudian, memastikan keratan yang telah dibuat dilicinkan dengan cara dibakar. 6.3 Teknik Penyambungan Dan Penanggalan Radas Kaca 1. Pengguna hendaklah berhati-hati semasa melakukan penyambungan yang melibatkan radas kaca. Gunakan gris untuk memudahkan penyambungan. 2. Dapatkan bantuan pembantu makmal jika terdapat kesukaran membuka penyambungan tersebut. 6.4 Teknik Ekstraksi / Refluks 1. Memastikan sambungan tiub getah dari condenser ke punca air adalah tidak tertanggal dan dalam keadaan baik. 2. Mantel pemanas boleh digunakan untuk kerja pengekstrakan kerana ia boleh dipanaskan dengan haba yang seragam dan terkawal. 6.5 Pengendalian peralatan kaca dapur komersil 1. Sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan peralatan kaca.
2. Peralatan kaca mesti disusun pada saiz yang sama dan elakkan menyusun terlalu tinggi.
3. Lakukan pra pemanasan peralatan kaca sebelum diisi dengan masakan panas.
36
4. Jangan meletakkan peralatan kaca yang panas kepada permukaan sejuk atau
sebaliknya.
5. Jika peralatan kaca pecah di dalam sinki yang berair, keluarkan cecair yang berada di
dalam sinki sebelum mengutip serpihan kaca tersebut dengan menggunakan sarung tangan
yang sesuai.
6.5 Teknik Pembuangan Sisa Kaca
1. Jika peralatan kaca pecah di dalam sinki yang berair, keluarkan cecair yang berada di
dalam sinki sebelum mengutip serpihan kaca tersebut dengan menggunakan sarung tangan
yang sesuai.
2. Semua bahan buangan berasaskan kaca perlu dibungkus dengan kertas dan diletakkan di
dalam kotak yang dilapisi dengan plastik polibag (Rajah 6.5). Semua bekas buangan kaca
yang pecah perlu dilabel dengan jelas. Pastikan bekas buangan tidak terlebih muatan. Apabila
bekas buangan telah ¾ penuh, bekas buangan kaca mesti diseal dan dibuang. Peralatan kaca
yang sumbing dan pecah tidak boleh digunakan semula. Pastikan peralatan kaca yang
dibuang dalam keadaan kering.
Rajah 6.5: Kotak sisa kaca
37
BAHAGIAN 7: PENGENDALIAN BAHAN KIMIA
7.1 PEMBELIAN BAHAN KIMIA
1. Semua bahan kimia hendaklah dibeli dari pembekal yang berkelayakan (kod bidang pembekalan bahan kimia, rekod perkhidmatan yang baik, kaedah hantaran yang sesuai).
2. Kuantiti bahan kimia yg dipesan hendaklah sesuai digunakan dalam masa setahun
sahaja atau selesai sesuatu projek.
3. Dilarang membeli bahan kimia tanpa sebarang tujuan yang khusus.
4. Pastikan pakej pembungkusan bahan kimia yang dipesan perlu sesuai dengan tempat penyimpanan atau stor sedia ada. Elakkan memesan bahan kimia dalam pembungkusan 10 Liter ke atas.
5. Elakkan membeli larutan (pelarut) kimia yang disimpan di dalam tin kerana mudah
berkarat dan seterusnya bocor.
6. Jika ingin membeli bahan kimia yg dikategorikan sebagai bahan kawalan/larangan oleh pihak berkuasa dipastikan mendapat kelulusan terlebih dahulu, sebelum urusan jual-beli dibuat.
7. Pastikan bahan kimia yang akan dibeli boleh digunakan dengan selamat oleh
persekitaran makmal yang sedia ada.
8. Sebelum membeli bahan kimia dipastikan langkah kawalan penggunaan selamat telah diwujudkan.
7.2 PENERIMAAN BAHAN KIMIA
1. Hendaklah dipastikan spesifikasi bahan kimia diterima adalah sama dengan pesanan belian.
2. Adalah dilarang menerima bahan kimia yang tidak dipesan.
3. Pembekal perlu melampirkan Helaian Data Keselamatan (SDS - Safety Data Sheet)
yang lengkap bagi setiap bahan kimia yg dihantar.
4. SDS mestilah disediakan dalam dwibahasa. SDS hendaklah didokumenkan serta mudah diakses oleh semua pengguna makmal.
5. Pastikan bahan kimia yang diterima itu sempurna dari segi pembungkusan, penutup,
pelabelan dan fizikal luarnya.
6. Jika bekas/ botol telah rosak, jangan sahkan penerimaan. Bahan kimia yang diterima hendaklah disimpan di dalam stor dengan segera di ruangan yang sesuai.
7. Tidak dibenarkan menerima bahan kimia milik orang lain.
8. Daftarkan dengan segera bahan kimia yang diterima dalam Rekod Inventori Bahan
Kimia.
38
9. Jabatan perlu menyediakan Daftar Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan.
10. Jabatan juga perlu menyediakan Senarai Bahan Kimia yang memerlukan Pengawasan Perubatan.
7.3 PENYIMPANAN BAHAN KIMIA
1. Tempat yang paling sesuai menyimpan bahan kimia ialah Stor Kimia yang lengkap dengan sistem pencegahan kebakaran dan keselamatan lain.
2. Stor mestilah mempunyai pengudaraan yang cukup (dilengkapi dengan exhaust fan).
3. Stor bahan kimia perlu mempunyai rekod inventori bahan kimia keluar masuk.
4. Bahan kimia hendaklah disimpan mengikut kaedah mengasing dan menyimpan yang
betul (Jadual 7.3a)
5. Bahan kimia boleh dikelaskan mengikut sifat fisiokimia iaitu mudah meletup, pengoksidaan, amat mudah terbakar, sangat mudah terbakar, mudah terbakar.
6. Bahan kimia juga boleh dikelaskan mengikut kesan kesihatan iaitu sangat toksik,
toksik, memudaratkan, mengakis, merengsa.
7. Lambang bahaya atau tanda bahaya (berdasarkan sifat fisiokimia perlu ditampal di luar pintu stor sebagai peringatan.
8. Di dalam stor kimia bahan kimia cecair disusun mengikut keserasian fisiokimia dan
lokasi yang disediakan dan tidak disusun mengikut abjad.
9. Keserasian fisiokimia merujuk kepada hazard serupa diletakkan bersama atau hazard berlainan tetapi tiada tindakbalas.
10. Lokasi penyimpanan kimia baik adalah merujuk kepada penggunaan rak, kabinet, peti
sejuk, peti sejukbeku, chemical safety cabinet (Rajah 7.3a) dan Corrosive cabinet (Rajah 7.3b) Lokasi penyimpanan tidak baik ialah atas meja (bench top), kebuk wasap, di bawah laminar flow, di atas lantai, laci, bawah sink, tempat lebih tinggi dari aras mata.
11. Sebuah stor kimia yang baik mesti dilengkapi dengan kabinet asid, kabinet bahan
mudah terbakar, kabinet penyimpanan kimia, peti sejuk beku dll. Suhu dalaman stor mesti dikawal supaya tidak panas, begitu juga dengan sistem pengudaraan.
Rajah 7.3a: Chemical safety cabinet Rajah 7.3b: Corrosive cabinet
39
Jadual 7.3a : Langkah mengasing dan menyimpan kimia dalam stor
Kategori Kimia Cadangan penyimpanan
Hazard, Toksik Persekitaran (Pepejal/cecair), racun makhluk perosak
Disimpan di seksyen yang berasingan. Cecair hazad diletakkan dalam bekas sekunder (secondary container) dan disimpan di rak/ kabinet/ peti sejuk/ peti sejukbeku. Cth : arsenik, merkuri, radioaktif, Gramoxone® Harquat® , OZA 276.
Pepejal tidak teroksida, tidak mudah terbakar
Disimpan di atas rak atau kabinet bersama kumpulannya (mengikut abjad).
Pepejal mudah terbakar Disimpan dalam Flammable Storage Cabinet (bahan mudah terbakar lain boleh ditempatkan bersama). Cth: camphor, naphtalene, kalium sulfida.
Cecair mudah menyala/terbakar Disimpan dalam flammable cabinet (steel cabinet), jangan disimpan dalam peti sejuk rumah Cth: eter, methanol, ethanol, aceton, toluena.
Acid Inorganik. Disimpan dalam bekas sekunder (untuk asingkan dengan asid & bes lain) dan ditempatkan dalam acid/ corrosive cabinet. Cth: nitric acid, sulphuric acid, hydrochloric acid.
Acid Organik Disimpan dalam bekas sekunder (untuk asingkan dengan asid & bes lain) dan ditempatkan dalam Acid/Corrosive cabinet. Cth: lactic acid, acetic acid, formic acid, oxalic acid, benzoic acid.
Peroksida Organik Disimpan dalam bekas sekunder (untuk asingkan dengan bahan organik & tidak organik). Cth : mempunyai nama peroksida – benzoil peroksida, hidrogen peroksida dll.
Pyrophoric / aktif air Disimpan dibawah minyak paraffin, diasingkan dari bahan mudah teroksida. Cth: logam natrium,alkali logam, iron sulfate.
Agen Pengoksidaan (oxidizer/oxidant) Disimpan dalam bekas sekunder (untuk asingkan dengan bahan organic & inorganic). Cth: Potassium permanganate, potassium dikromat, perchlorat, ozon,
40
12. Racun perosak juga perlu dikendalikan seperti bahan kimia berbahaya dan boleh
dikelaskan mengikut tahap keracunannya sepertimana jadual 7.3b.
Jadual 7.3b: Kelas Racun Perosak
13. Racun perosak disimpan mengikut fungsinya iaitu racun serangga, racun kulat dan
racun rumpai.
14. Pengguna perlu mengasingkan pengunaan peralatan menyembur, menyukat
mengikut racun serangga, rumpai dan kulat.
7.4 PENGGUNAAN BAHAN KIMIA Peraturan am pengendalian kimia:
1. Pengguna mestilah merujuk Helaian Data Keselamatan (SDS - Safety Data Sheet) sebelum menggunakan bahan kimia.
2. Pengguna hendaklah memahami label amaran yang tertera pada botol tersebut
sebelum menggunakan bahan kimia.
3. Guna alat pelindung diri yang sesuai sebelum bekerja. Sila rujuk Helaian Data Keselamatan yang berkaitan untuk maklumat lanjut.
4. Pengguna wajib melabelkan semua bekas yang mengandungi bahan kimia (nama
bahan, kepekatan, tarikh penyediaan, disediakan oleh) sepertimana contoh di bawah:
41
5. Elakkan dari mengendali bahan kimia mudah terbakar berhampiran dengan sumber nyalaan api. Contoh : asetaldehid, dimetil sulfide, dietil eter, etilena oksida, propana, pentane.
6. Pengguna tidak dibenarkan menyentuh, merasa dan menghidu secara langsung
dengan bahan kimia.
7. Pengguna perlu merancang kuantiti keperluan bahan kimia. Ia penting untuk mengelakkan pembaziran.
8. Semasa penyediaan larutan, pastikan larutan berkepekatan tinggi dituang kepada
larutan berkepekatan rendah. Larutan asid atau alkali hendaklah dituang ke dalam air, dilarang menuang sebaliknya.
9. Eksperimen yang melibatkan penggunaan pelarut organik, atau bahan mudah
meruap, berbau, berasid, beralkali pekat hendaklah dijalankan di dalam kebuk wasap.
10. Jika larutan kimia yang jenis mudah terbakar disediakan, pastikan ianya disimpan di dalam botol gelap dan tempat bersuhu rendah.
11. Jika terlebih mengambil bahan kimia, jangan letakkan semula di dalam bekas asal
(elakkan pencemaran).
12. Setiap pengguna racun perosak hendaklah memakai pakaian keselamatan yang
sempurna semasa mengangkut, membancuh, menyembur dan mencuci peralatan
meracun.
13. Peralatan perlindungan peribadi (PPE) hendaklah dibersihkan selepas digunakan dan
disimpan ditempat berasingan dari racun perosak.
7.5 PERATURAN PENGGUNAAN CECAIR KRIOGENIK
1. Kriogenik adalah merupakan sesuatu bahan yang mempunyai suhu yang terlampau rendah di bawah -150⁰C.
2. Ketika mengendalikan cecair kriogenik mestilah menitikberatkan peraturan-peraturan berikut.
i) Mengelakkan berlakunya sentuhan antara anggota badan dengan cecair atau bekas kriogenik.
ii) Memakai pakaian dan peralatan perlindungan diri (PPE) terutamanya sarung tangan, pelindung muka, goggle dan kot makmal. Pastikan memakai kasut keselamatan.
iii) Memastikan peredaran udara berkeadaan baik.
iv) Menggunakan bekas yang betul. Cecair kriogenik hendaklah digunakan di dalam bekas yang dapat membendung perubahan suhu yang cepat.
v) Jangan mencampur cecair-cecair kriogenik yang berlainan kerana mempunyai takat beku yang berbeza.
42
vi) Contoh cecair yang bersifat kriogenik adalah cecair nitrogen, oksigen dan helium. Ciri-ciri cecair kriogenik adalah seperti dalam Jadual 7.5
Jadual 7.5: Jenis dan ciri-ciri cecair kriogenik
Jenis cecair kriogenik Ciri-ciri
Oksigen Pencampuran antara cecair oksigen dengan bahan-bahan organik yang mudah terbakar boleh mengakibatkan letupan yang hebat dan menyebabkan kebakaran.
Nitrogen Gas daripada cecair nitrogen berupaya memenuhi ruang dengan cepat. Walaupun gas nitrogen tidak bahaya, tetapi gas ini akan menggantikan oksigen di dalam ruang yang tertutup. Ini akan menyebabkan kesukaran bernafas. Peredaran udara yang baik adalah penting semasa pengendalian cecair nitrogen
Karbon Dioksida Karbon dioksida adalah dalam bentuk ais kering yang berupaya membebaskan gas karbon dioksida hingga menyebabkan kesukaran bernafas. Penggunaan ais kering dilakukan di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
Hidrogen Cecair hidrogen yang melepaskan gas hidrogen boleh menyebabkan kelemasan kerana ianya menggantikan oksigen dalam udara. Gas hidrogen bersifat mudah terbakar, tidak berbau dan tidak beracun.
4. Keselamatan pengendalian bahan/cecair kriogenik adalah menggunakan sarung tangan kriogenik dan goggle. 5. Penggunaan cecair kriogenik boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada tisu badan iaitu sama seperti kemalangan kebakaran sejuk. 6. Selain daripada itu, boleh menyebabkan kebas pada tangan jika cecair kriogenik terkena pada permukaan kulit. 7. Jangan sesekali mengurut atau menggosok kawasan yang terkena cecair kriogenik. 8. Jangan membenarkan mangsa merokok atau meminum minuman keras. 9. Jika mangsa mengalami kesukaran bernafas, bawa mangsa tersebut ke kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik dan longgarkan pakaian mangsa. 10. Dapatkan rawatan doktor dengan segera.
11. Cara pengendalian cecair nitrogen:
a. Cecair nitrogen perlu dikendalikan dengan sangat berhati-hati kerana sifatnya yang
terlalu sejuk (-196⁰C/77.3K) boleh menyebabkan frost bite kepada pengguna dan
letupan jika diletakkan di dalam bekas yang tidak sesuai.
b. Panduan untuk mengendalikan cecair nitrogen:
i. Berhati- hati mengendalikan cecair nitrogen dan sampel yang disejukkan
dengan cecair nitrogen.
ii. Elakkan cecair nitrogen dari terkena pakaian yang sedang dipakai.
43
iii. Memakai alat perlindungan mata, muka dan sarung tangan khas semasa
mengendalikan cecair nitrogen dan menyentuh sampel yang disejukkan
dengan cecair nitrogen.
iv. Menggunakan bekas yang sesuai sahaja unuk mengisi cecair nitrogen untuk
mengelakkan letupan.
v. Jangan celup sebarang tiub yang berlubang ke dalam bekas yang diisi cecair
nitrogen.
vi. Kendalikan cecair nitrogen di dalam bilik yang luas dan mempunyai peredaran
udara keluar masuk/ tempat terbuka unuk mengelakkan suffocation.
vii. Jangan tuang cecair nitrogen ke atas lantai.
viii. Jangan menyimpan cecair nitrogen di dalam bekas yang tidak tertutup terlalu
lama. Walaubagaimanapun, bekas yang digunakan tidak boleh ditutup
sepenuhnya untuk mengelakkan letupan.
ix. Jika terdapat gejala-gejala seperti pening dan tidak sedarkan diri kepada
pengendali, bawa pengendali ke tempat terbuka dan hubungi pegawai yang
bertugas.
x. Jika pengendali mengalami frost bite, dedahkan kawasan yang terkena ke
suhu yang normal (37⁰C). Longgarkan pakaian pengendali untuk
membenarkan pengaliran darah yang aktif ke kawasan badan yang berkenaan
dan hubungi pegawai yang bertugas.
44
BAHAGIAN 8: PENGENDALIAN BAHAN BIOLOGI
8.1 CARA PENGENDALIAN UMUM
9. Semua permukaan dan tempat kerja hendaklah disapu dengan disinfektan sebelum dan selepas digunakan
10. Pastikan pelajar/pengguna makmal tidak mengalami luka yang terdedah atau dibalut sebelum menjalakan kerja makmal.
11. Gunakan sarung tangan yang sesuai ketika mengendalikan spesimen biologi seperti haiwan makmal, darah, urin, dan mikroorganisma .
12. Semua tumpahan dan kemalangan mestilah dilaporkan walaupun tidak melibatkan sebarang kecederaan.
8.2 PENGENDALIAN MIKROORGANISMA DAN KULTUR TISU
(HAIWAN & TUMBUHAN)
1. Mikroorganisma (virus, bakteria dan fungi) adalah berbahaya. Teknik aseptik perlu
diaplikasikan sewaktu menjalankan eksperimen menggunakan mikroorganisma.
2. Kerja pengkulturan bakteria dan sel kultur tisu dari pelbagai sumber perlu dikawal dari
tercemar dengan sebarang agen yang berpotensi di dalam makmal. Sel kultur sama
ada yang mengandungi virus atau tidak perlu dikendalikan di dalam Biological Safety
cabinet. Cara pengendalian yang selamat adalah seperti di dalam Jadual 8.2.
3. Kultur mikroorganisma dan sel haiwan/tumbuhan perlu dinyahkuman terlebih dahulu
sebelum dibuang.
4. Dilarang membuka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma bagi
mengelakkan berlakunya sebarang jangkitan bahaya.
5. Cuci tangan dengan bahan pencuci antiseptik selepas eksperimen yang melibatkan
organisma.
6. Maklumkan kepada kakitangan makmal sekiranya berlaku tumpahan kultur
mikroorganisma.
7. Sekiranya tumpahan mikroorganisma terkena kulit, basuh dengan cecair sabun dan
air dengan segera. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika perlu.
45
8.3 PENGENDALIAN AGEN BIOLOGI (HAIWAN & TUMBUHAN)
1. Sample haiwan/tumbuhan yang dibawa ke makmal perlu dikendalikan sebaik- baiknya
dan terkawal. Radas dan peralatan yang digunakan untuk pengendalian sampel
haiwan/tumbuhan tidak sepatutnya bercampur dengan radas yang digunakan untuk
sampel lain.
2. Sampel haiwan/tumbuhan yang dikendalikan haruslah berdasarkan kelas ( Biosafety
Level - BSL) yang telah ditetapkan;
BSL-1
a. Sesuai untuk dipraktikkan semasa mengendali sampel haiwan/tumbuhan yang
tidak mempunyai penyakit berjangkit dan berpotensi menyebabkan bahaya
yang minimum kepada manusia.
b. Pengendali harus mempunyai teknik asas untuk mengendalikan sampel
haiwan/tumbuhan dan diselia oleh pegawai yang berpengetahuan dan
berpengalaman dalam bidang yang berkaitan.
BSL-2
a. Sesuai untuk dipraktikkan semasa mengendali sel haiwan/tumbuhan yang
mempunyai penyakit berjangkit dan berpotensi menyebabkan jangkitan dan
bahaya yang sederhana kepada manusia.
b. Pengendali harus mempunyai teknik asas dalam mengendalikan sampel
haiwan/tumbuhan yang berjangkit dan patogen. Pengendali mesti diselia oleh
pegawai yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang yang
berkaitan seperti mengendalikan sampel yang mempunyai penyakit yang
berpotensi, agen mikrobiologi, manipulasi haiwan dan penternakan.
Pengendalian sampel harus dilakukan di dalam biological safety cabinet.
BSL-3
a. Sesuai dipraktikkan untuk mengendalikan sampel haiwan/tumbuhan yang
dijangkiti dengan agen yang eksotik (indigenous disease), agen yang boleh
menjangkiti melalui udara (aerosol) dan agen yang menyebabkan penyakit
serius yang boleh menyebabkan kematian kepada manusia.
b. Makmal untuk mengendalikan sample kelas BSL-3 perlu mempunyai
rekabentuk khusus dan sesuai untuk mengendalikan kes penyakit berjangkit.
c. Laluan keluar masuk ke makmal ini perlu dikawal ketat.
d. Pengendali harus mempunyai teknik asas untuk mengendalikn sel
haiwan/tumbuhan yang berjangkit dan menyebabkan kematian. Pengendali
perlu diselia oleh pegawai yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam
bidang berkaitan. Sebarang kerja berkenaan sampel haiwan level ini harus
dilakukan di dalam BSC.
46
Jadual 8.2: Panduan untuk perlindungan diri semasa mengendalikan sampel
mikroorganisma dan sel haiwan:
BSL-1 BSL-2 BSL-3
Pengendali mengenakan
labcoat untuk mngelakkan
sebarang pencemaran
daripada pakaian.
Perlindungan mata, muka
dan pernafasan perlu
dipakai di dalam ruang
pengendalian sampel
haiwan.
Alat perlindungan mata harus
dipakai untuk mengelakkan
percikan mikrobiologi atau
bahan yang berbahaya.
Pengendali yang memakai
kanta lekap perlu memakai
alat perlindungan apabila
memasuki ruang
pengendalian sampel yang
berpotensi mempunyai ‘air-
borne disease’.
Sarung tangan perlu
sentiasa dipakai semasa
mengendalikan sampel
haiwan.
Pengguna mesti
mengenakan labcoat
semasa mengendali sampel
haiwan.
Alat perlindungan muka
dan mata (mask, goggles,
face shield) mesti dipakai
untuk mengekalkan percikan
dari bahan yang berbahaya
dan berjangkit daripada
sampel haiwan.
Pengendali yang memakai
‘contact lense’ perlu
memakai alat perlindungan
mata apabila memasuki
ruang pengendalian sampel
yang berpotensi tinggi
mempunyai ‘air-borne
disease’.
Sarung tangan perlu
sentiasa dipakai semasa
mengendalikan sampel
haiwan.
Pengendali mengenakan
pakaian perlindungan pakai
buang (disposable personal
protective equipment) sebelum
memasuki ruang pengendalian
(*labcoat berbutang di depan
tidak sesuai dikenakan semasa
mengendalian sampel ini)
Alat perlindungan muka dan
mata (mask, goggles, face
shield) mesti dipakai untuk
mengekalkan percikan dari
bahan yang berbahaya dan
berjangkit daripada sampel
haiwan.
Sample harus dikendalikan di
dalam Biological safety cabinet.
Pengendali yang memakai
kanta lekap perlu memakai alat
perlindungan mata apabila
memasuki ruang pengendalian
sampel yang berpotensi tinggi
mempunyai ‘air-borne disease’.
Sarung tangan perlu sentiasa
dipakai semasa mengendalikan
sampel haiwan.
Kasut yang perlu ditutup dengan
sepenuhnya dengan shoe covers
untuk engelakkan pencemaran
silang.
47
8.2 PENGENDALIAN SAMPEL DARAH DAN URIN
1. Pelajar atau staf yang bertanggungjawab mengambil dan mengendalikan sampel
darah dan urin mestikan mengaplikasikan cara kerja yang bersih dan selamat.
2. Gunakan baju makmal, sarung tangan dan penutup mulut semasa mengendalikan
sampel.
3. Simpan sampel dalam bekas dan suhu penyimpanan yang sesuai.
4. Asingkan sisa selepas selesai eksperimen. Bahan yang bersentuhan dengan sampel
seperti tisu, kapas, tiub dan sebagainya hendaklah dimasukkan ke dalam plastik
kuning berlabel biohazard dan perlu diautoklaf terlebih dahulu sebelum dibuang
manakala bahan tajam seperti picagari, jarum, cuvette kaca hendaklah dimasukkan
ke dalam sharp bin atau bekas khas yang tidak mudah tembus.
48
BAHAGIAN 9: PENGENDALIAN GAS TERMAMPAT DAN GAS LPG
Aspek keselamatan pengendalian gas merangkumi jenis gas seperti berikut:
a. Gas termampat
b. Gas LPG
9.1 KESELAMATAN PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN SILINDER GAS TERMAMPAT
1. Silinder gas termampat yang biasanya terdapat di makmal adalah seperti helium,
oksigen, nitrogen, karbon dioksida, asetilena, argon, gas petroleum cecair, nitrus oksida dan udara tertulen (purified air). Gas termampat dikelaskan sebagai Kelas 2 iaitu gas yang dicairkan atau dilarutkan di bawah tekanan tertentu. Klasifikasi Kelas 2 adalah seperti jadual 9.1 :
Jadual 9.1: Klasifikasi Gas Termampat
Bil Kelas Sifat Gas Keterangan Contoh Gas
1
2.1 Mudah Terbakar Menyala apabila bersentuh dengan punca api
Asetelin, propana, hidrogen, oksigen, argon, helium
2 2.2 Tidak Mudah Terbakar Gas yang tidak mudah terbakar dan tidak beracun.
Karbon dioksida
3 2.3 Beracun Gas yang beracun boleh menyebabkan kematian atau kecederaan serius jika dihidu.
Arsenik
2. Pemasangan alat atur (gas regulator) pada silinder gas:
a) Arah putaran yang berbeza.
i. Gas mudah terbakar : Putaran ke arah kiri (left hand thread)
ii. Gas tidak mudah terbakar : Putaran ke arah kanan (right hand thread)
b) Penggunaan satu alat atur gas dikhaskan hanya untuk satu jenis gas sahaja yang hendak digunakan. Perkongsian alat atur gas dilarang sama sekali.
3. Peraturan berikut perlu dipatuhi semasa mengendalikan silinder gas termampat.
a) Pastikan silinder gas diikat dengan baik pada meja kerja atau troli pengangkut
(wheel cart).
b) Mengenalpasti jenis gas termampat yang akan digunakan.
c) Stor silinder gas termampat mestilah mempunyai peredaran udara yang baik dari bahagian atas dan bawah. (Rajah 9.1)
49
d) Penyimpanan silinder gas di tempat terbuka, mestilah dilindungi dari pancaran matahari yang tepat.
e) Guna peralatan perlindungan diri iaitu sarung tangan kain kapas dan kasut keselamatan.
f) Gunakan pelindung pernafasan untuk gas-gas yang beracun.
g) Dapatkan pertolongan daripada staf makmal sekiranya perlu.
h) Tidak dibenarkan menanggalkan atau mengoyak nombor identifikasi atau label pada silinder gas.
i) Tidak boleh menanggalkan penutup keselamatan (cap) pada injap silinder gas tanpa arahan pegawai bertanggungjawab.
j) Tidak dibenarkan mencabut, memasang atau menyelaras pengawal atur (regulator) dan injap paip gas yang telah disambungkan pada silinder tanpa kebenaran pegawai bertanggungjawab.
k) Pastikan tiada sumber nyalaan dan semua jenis suis elektrik kecuali suis elektrik jenis kalis api berada berhampiran dengan silinder gas yang mudah terbakar.
l) Pastikan injap silinder gas ditutup dengan sempurna tanpa menyelaraskan pengawal atur.
m) Pastikan silinder gas ditutup dengan penutup keselamatan (cap) setiap masa sekiranya tidak disambungkan pada peralatan.
n) Silinder gas yang kosong dilabelkan dengan jelas dan diletakkan berasingan dari silinder yang penuh.
o) Elakkan sebarang kebocoran gas. Kebocoran gas dapat dikesan dengan menggunakan larutan sabun atau 5% larutan teepol pada sambungan gas.
p) Jauhi silinder gas dari sumber-sumber haba (relau, dandang dan radiator). Sekiranya silinder gas terdedah kepada haba, dinding silinder akan menjadi semakin lemah dan tekanan gas akan bertambah. Ini akan meningkatkan bahaya.
Rajah 9.1: Stor silinder gas termampat
50
4. Setiap silinder akan dicatkan dengan warna berlainan bagi membezakan kandungan gas di dalamnya sepertimana Rajah 9.2.
Rajah 9.2: Kod warna silinder gas
51
9.2 PERATURAN PENGGUNAAN GAS LPG
1. Pastikan injap utama dibuka dan diperiksa supaya sentiasa berkeadaan baik. Injap utama berada di tempat penyimpanan silinder gas yang mengawal keseluruhan saliran LPG di bangunan makmal. Gas LPG yang digunakan adalah cecair propana.
2. Patuhi amaran keselamatan yang ditampal di Stor Gas LPG (Rajah 9.3)
3. Injap kedua gas LPG berada berdekatan pintu masuk setiap makmal yang menggunakan gas LPG yang mengawal kesemua pointyang berada di makmal.
4. Injap ketiga berada di bawah meja di makmal untuk mengawal setiap point gas LPG
yang terdapat di atas meja.
5. Lokasi injap gas adalah seperti di Jadual 9.2:
Jadual 9.2: Injap gas dan lokasi
Injap Lokasi
Injap utama Stor penyimpanan silinder gas (mengawal keseluruhan saliran LPG di bangunan makmal).
Injap kedua Berdekatan pintu masuk setiap (mengawal kesemua point yang berada di makmal).
Injap ketiga Bawah meja makmal /alat (mengawal setiap point gas (LPG) yang terdapat di atas meja / alat).
6. Pastikan tiada sumber nyalaan atau bahan mudah terbakar berada berhampiran
dengan gas LPG bagi mengelakkan kebakaran.
7. Sebelum menggunakan penunu bunsen (Rajah 9.2) atau dapur memasak, pastikan tiada kebocoran pada kartrij gas (gas yang bocor akan mengeluarkan bau seperti telur busuk).
8. Pastikan makmal mempunyai pengudaraan yang baik.
9. Pastikan bahan mudah terbakar dijauhkan dari penunu Bunsen atau dapur memasak.
10. Nyalakan pemetik api terlebih dulu pada penunu Bunsen atau ‘pilot light’ dapur
memasak sebelum membuka injap gas.
11. Laraskan penunu Bunsen sehingga nyalaan biru dihasilkan. Jika tidak, tutup injap dan hentikan penggunaan penunu Bunsen tersebut.
12. Sekiranya terdapat bau gas berterusan, tutup injap gas dengan segera. Buka semua
pintu dan tingkap, padamkan semua nyalaan, matikan suis elektrik dan pastikan tiada orang di makmal tersebut.
13. Segera dapatkan bantuan pegawai yang bertanggungjawab untuk mengesan dan
mengawal kebocoran.
14. Jika terdapat sebarang kebakaran atau letupan, hubungi unit keselamatan UMT, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan segera.
52
Rajah 9.2 Penunu Bunsen
Rajah 9.3: Simbol keselamatan bagi Stor Gas LPG
53
BAHAGIAN 10: PENGENDALIAN SISA MAKMAL
Terdapat pelbagai jenis sisa yang terhasil dari aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya:
1. Sisa kimia
2. Sisa biologi
3. Sisa awam
4. Sisa Jentera
10.1 PENGENDALIAN SISA KIMIA
1. Sisa kimia merujuk kepada bahan kimia yang;
i) Terhasil dari ekperimen (bahan kimia yang telah digunakan)
ii) Tidak diketahui komposisinya akibat tidak dilabel
iii) Bahan kimia yang tertumpah
iv) Telah luput tarikh
v) Telah berubah sifat fizikal atau sifat kimia (akibat teroksida/terturun)
2. Pengguna hendaklah membuang sisa kimia ke dalam botol yang sesuai (Rujuk
Helaian Data Keselamatan). Sisa kimia tidak dibenarkan dibuang ke dalam sinki atau
tong sampah.
3. Pengguna tidak dibenarkan mencampur atau mengumpul sisa-sisa kimia yang tidak
serasi di dalam satu bekas. (Jadual 10.1)
4. Pengguna hendaklah memastikan hanya ¾ isipadu botol dipenuhi dengan sisa kimia.
5. Pengguna hendaklah melabelkan setiap botol sisa dengan maklumat berikut:
i) Nama sisa kimia.
ii) Klasifikasi sisa kimia (Jadual 10.1).
iii) Tarikh sisa kimia dibotolkan.
iv) Nama pengguna (penjana sisa).
6. Sisa asid hidroflorik dan sebatiannya hendaklah disimpan di dalam botol plastik.
7. Sisa bahan sianida dan sebatiannya hendaklah dibotolkan berasingan.
8. Pengguna tidak dibenarkan menyimpan botol sisa kimia di ruang tertutup (seperti
dalam rak/ laci meja makmal) atau stor bahan kimia. Walaubagaimanapun sisa kimia
tidak boleh terdedah secara terus dengan cahaya matahari.
9. Botol-botol sisa kimia boleh digunakan semula sebagai bekas buangan sisa kimia.
10. Botol plastik yang tidak digunakan hendaklah ditebuk di bahagian bawah bagi
mengelakkan diguna semula sebagai bekas minuman.
11. Botol kaca yang tidak digunakan diasingkan penutupnya dan dibuang untuk
mengelakkan dari diguna semula.
54
12. Pengguna hendaklah memindahkan sisa kimia dengan segera ke tempat
pengumpulan sisa kimia dan dilabelkan jenis sisa.
13. Bahan sisa kimia akan dibungkus mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh
kontraktor yang di lantik, seterusnya diangkut oleh Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd.
Jadual 10.1 : Klasifikasi Sisa Kimia Kualiti Alam Sdn. Bhd
KUMPULAN JENIS SISA
A
SISA MINYAK MINERAL
Sisa mengandungi minyak pelincir, minyak hidrolik, tanah yang
tercemar dengan minyak dan seumpamanya.
B
SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/
ATAU SULFUR > 1 %
Freon, sisa-sisa PVC, kloroform, pelarut-pelarut, kapasitor dan
pengubah arus (transformer) yang mengandungi printed circuit board
dan seumpamanya.
C
SISA PELARUT YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU
SULFUR < 1 %
Aseton, alkohol (cth: etanol, metanol), benzena, turpentin, xilena dan
seumpamanya. Sisa hendaklah boleh dipam, mengandungi <50 % air
dan nilai kalorifik 18 MJ/kg.
H
SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/
ATAU SULFUR < 1 %
Gam, lateks, cat, fenol, dakwat percetakan, minyak sintetik, sabun,
epoksi dan seumpamanya.
K
SISA YANG MENGANDUNGI RAKSA
Raksa, lampu wap, cecair COD, bateri yang mengandungi raksa dan
seumpamanya.
T SISA PESTICIDE
Racun serangga, fungus, weed killer, racun tikus dll.
X
SISA TIDAK ORGANIK
Asid, alkali, natrium hipoklorit, garam-garam tak organik, enap cemar
logam hidroksida, sisa kromat dan sianida dan seumpamanya.
Z
LAIN-LAIN
Sisa perubatan, lab - packs, sisa abestos, enap cemar mineral,
isosianat (MDI, TDI), bateri dan seumpamanya.
55
10.2. PENGENDALIAN SISA BIOLOGI
Sisa biologi merangkumi bahan buangan biologi yang boleh menimbulkan kemudaratan atau
hazard biologi. Bahan biologi ini termasuklah bahan kumuhan, tisu, bangkai dan patogen
samada dari sumber haiwan atau tumbuhan. Setiap mikroorganisma di dalam makmal mesti
dianggap berpotensi menjadi patogen dan dengan demikian mesti diperlakukan seperti bahan
biologi. Prosedur pelupusan sisa biologi tidak hanya terhad kepada bahan biologi tetapi
merangkumi bahan pembawanya seperti besi keluli, bekas plastik dan kaca. Oleh itu tindakan
pelupusan sisa biologi haruslah mengambilkira jenis pembawanya.
1. Jenis sisa biologi
i) Sisa mengandungi bahan berjangkit. Contohnya sisa perubatan, spesimen
perubatan, patologi dan makmal penyelidikan. Selain itu termasuk juga piring
kultur, peralatan yang digunakan untuk memindah, inokulasi dan mencampurkan
kultur serta buangan vaksin hidup/yang dilemahkan.
ii) Sisa patologi yang terhasil daripada aktiviti surgeri, autopsi, aktiviti pengajaran
dan penyelidikan seperti darah, produk darah, tisu , organ dan cecair badan
iii) Sisa klinikal seperti benda tajam yang telah tercemar dengan sisa biologi.
Contohnya jarum dan picagari, skapel, pisau, kaca pecah dan slaid kaca.
iv) Lain-lain sisa makmal yang tercemar dengan sisa biologi seperti bekas spesimen,
sarung tangan pakai buang, tisu dan bahan yang digunakan untuk membersihkan
tumpahan.
v) Sisa tanaman/haiwan yang digunakan dalam eksperimen atau penyelidikan.
2. Kaedah pengasingan sisa mestilah dilakukan mengikut kategori berikut:
i) Bahan tercemar untuk autoklaf dan dikitar semula.
ii) Bahan tercemar untuk dilupus.
iii) Bahan tajam.
iv) Bahan tidak tercemar (sisa bahan tanaman/haiwan).
3. Pelupusan sisa biologi yang selamat boleh dilakukan dengan merujuk kepada Risalah
Data Keselamatan (Safety Data Sheet). Di antara kaedah yang biasa digunakan
adalah seperti berikut:
i. Pembakaran menggunakan insinerator.
Kaedah ini dilakukan untuk melupuskan sisa biologi tunggal yang sudah tidak
mempunyai kaedah lain untuk dinyahjangkitkan.
ii. Autoklaf
Kaedah autoklaf digunakan ke atas sisa biologi dan bekas untuk menyahaktifkan
sebarang patogen. (Contoh: petri dish, botol, strips urin atau darah yang telah
digunakan, darah, urin, sel haiwan/tumbuhan)
a. Asingkan bekas spesimen, petri dish dan botol yang telah digunakan.
b. Kumpulkan sisa (plate agar yang telah digunakan) di dalam beg autoklaf.
Pastikan autoklaf beg diisi hanya ¾ sahaja.
c. Sisa yang terus dibuang selepas autoklaf hendaklah diasingkan dengan
peralatan yang boleh dikitar semula.
56
d. Bagi pelupusan sisa cecair yang berinfeksi (culture broth) pula hendaklah
diletakkan ke dalam bekas yang dikhaskan untuk sisa berinfeksi dan diautoklaf.
e. Bekas yang mengisi peralatan tersebut hendaklah diikat dengan ketat untuk
mengelakkan tumpahan berlaku semasa pemindahan bekas tersebut ke bilik
autoklaf.
f. Sisa yang telah diautoklaf dengan sempurna boleh dibuang sebagai sampah
biasa setelah tanda Biologi ditanggalkan.
10.3. PENGENDALIAN SISA AWAM
Terdiri daripada bahan pembungkus, sisa pembungkus, sisa makanan, sisa haiwan, sisa
tumbuhan dan lain-lain sisa yang tidak mempunyai/memberi masalah atau bahaya kepada
kesihatan manusia atau alam sekitar.
a. Sisa makanan mesti dikumpul dan diletakkan dalam tong sampah bertutup yang
dilapisi plastik dan dibuang di tempat pembuangan sampah. Kontraktor pembersihan
akan melupuskan sisa mengikut kaedah yang ditetapkan.
b. Sisa bahan tanaman yang tidak berpenyakit boleh dijadikan kompos, makanan
ternakan dan sungkupan serta digunakan sebagai ekstrak untuk tujuan pembajaan
c. Sisa haiwan yang telah dirawat boleh digunakan untuk tujuan baja organik.
10.4 PENGENDALIAN SISA JENTERA
a. Sisa jentera dalam bentuk cecair (minyak pelincir) dilupuskan dengan cara yang betul
(rujuk kaedah pelupusan sisa kimia)
b. Sisa jentera jenis pepejal (getah, besi, plastik, kaca, tekstil dll) dikumpulkan dan
dilupuskan dengan cara yang betul di tempat yang dibenarkan seperti Pusat Kitar
Semula atau pembeli yang berdaftar.
57
BAHAGIAN 11: TINDAKAN KECEMASAN
11.1 Peraturan Umum
1. Maklumkan segera sebarang kemalangan/ kecemasan yang berlaku kepada kakitangan makmal.
2. Loceng kecemasan hendaklah ditekan segera jika berlaku kebakaran. 3. Kecemasan atau kemalangan ringan seperti terluka, bolehlah menggunakan peti
kecemasan yang disediakan sebelum mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Kesihatan Pelajar, UMT.
4. Hubungi pihak Keselamatan UMT (09-6684118) atau pihak Pusat Kesihatan Pelajar UMT (09-6684595) jika berlaku kecemasan yang serius.
11.2 Tindakan Jika Berlaku Kebakaran
a) Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua kakitangan/ pelajar/ kontraktor/ pembekal/ pelawat hendaklah melakukan tindakan berikut:
i) Hentikan semua kerja serta merta.
ii) Matikan semua kuasa elektrik.
iii) Tutup gas dan semua bahan yang mudah terbakar dari terdedah. iv) Tutup semua tingkap dan pintu. vi) Keluar melalui laluan selamat dan jangan gunakan lif.
v) Jangan berlari.
vi) Jangan tolak menolak antara satu sama lain. vii) Jangan sengaja buat bising. ix) Jangan berpatah balik untuk mengambil barang-barang yang tertinggal. x) Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan (assembly point). xi) Bekerjasama dan ikut arahan pegawai insiden atau pengawal keselamatan.
b) Antara langkah pencegahan kebakaran adalah seperti berikut:
i) Membuat perancangan kerja. ii) Meminimumkan penggunaan bahan yang mudah terbakar.
iii) Menyimpan bahan yang mudah terbakar di tempat selamat yang telah dikhaskan. iv) Memastikan penggunaan alat elektrik dipadamkan selepas penggunaan. v) Melaporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada kakitangan di makmal atau pegawai insiden.
58
vi) Memastikan api yang digunakan bagi tujuan eksperimen dalam keadaan terkawal. vii)Memastikan peralatan yang mudah terbakar tidak berdekatan dengan sumber haba atau api.
c) Panduan menyelamatkan diri jika terperangkap dalam asap kebakaran adalah;
i) Bergerak keluar ke tempat selamat dengan merendahkan diri seperti merangkak.
ii) Bernafas pendek-pendek melalui hidung hingga sampai ke tempat selamat.
iii) Jika boleh, tutup hidung dengan tuala atau kain basah.
iv) Gunakan belakang tapak tangan untuk meraba jalan menyusur dinding hingga bertemu pintu keluar.
d) Panduan menyelamatkan diri jika terperangkap di dalam bangunan terbakar adalah;
i) Tutup semua pintu di antara anda dengan api bagi menghalang api merebak dengan cepat.
ii) Sumbat semua celah pintu dan lubang angin dengan kain atau sebagainya bagi mengurangkan asap dan bahang.
iii) Pergi ke tingkap untuk meminta bantuan dengan mengibar kain berwarna cerah atau lampu picit.
iv) Jangan terjun dari tingkap, tunggu pasukan penyelamat tiba.
Nota : Talian kecemasan : 999 Pusat kawalan Keselamatan UMT : 09-6684118 Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu : 09-6224444 / 09-6234444
11.3 Tindakan Jika Berlaku Renjatan Elektrik
a) Tindakan jika mangsa masih terlekat pada punca arus elektrik ialah: i) Menjerit meminta pertolongan
ii) Matikan suis punca elektrik
iii) Jangan tarik mangsa menggunakan tangan anda
iv) Jauhkan mangsa dari punca arus elektrik menggunakan bahan penebat seperti kayu atau plastik
v) Periksa pernafasan dan denyutan nadi dan laporkan kepada pegawai insiden untuk tindakan seterusnya
59
11.4 Tumpahan Bahan Kimia
a) Tumpahan bermaksud sesuatu yang keluar dari bekasnya secara tidak sengaja. Bahan kimia yang tertumpah mungkin dalam bentuk cecair ataupun pepejal dan memerlukan tindakan untuk mengawal punca tumpahan. Sesuatu bahan kimia tersebut dikatakan berbahaya jika bahan kimia tersebut mendatangkan kerosakan fizikal, kesihatan manusia, alam sekitar dan harta benda seperti; i) mudah terbakar
ii) menghasilkan wap dan habuk yang berbahaya
iii) mengakis
iv) beracun
b) Tindakan Jika Berlaku Tumpahan Bahan Kimia
i) Jika terpercik pada bahagian mata;
1) Segera ke pembilas mata keselamatan (eye wash)
2) Alirkan air ke dalam mata selama 15 hingga 20 minit
3) Jika mangsa menggunakan kanta sentuh, tanggalkan kanta sentuh dengan segera
4) Pegang kelopak mata dengan jari bagi membolehkan mata terbuka
5) Gerakkan bebola mata supaya air dapat mengalir keseluruhan mata
6) Biarkan mata terbuka selepas selesai dibilas.
7) Balut mata yang tercedera dengan kain kasa steril (sterile gauze)
8) Laporkan kepada pegawai insiden
9) Dapatkan rawatan dari pegawai perubatan.
ii) Jika tumpahan mengenai bahagian tubuh;
1) Alirkan air selama 20 minit di bahagian yang terkena bahan kimia untuk mengelakkan dari kerosakan pada tisu.
2) Tanggalkan pakaian yang terjerap bahan kimia.
60
3) Jika bahagian tersebut melecur, cuci bahagian tersebut dengan bahan peneutral berikut;
a. Jika asid – gunakan larutan beralkali contohnya losyen natrium bikarbonat berkepekatan 5%
b. Jika alkali – gunakan larutan berasid contohnya asid sitrik cair atau cuka makan.
4) Laporkan kepada pegawai insiden.
5) Dapatkan rawatan dari pegawai perubatan
iii) Jika terdedah atau tertelan bahan kimia
1) Kejadian ini berlaku akibat dari kelalaian seseorang yang tidak mematuhi
peraturan.
2) Tindakan yang perlu dilakukan adalah berbeza mengikut jenis bahan kimia.
Oleh yang demikian, setiap tindakan kecemasan bahan kimia tersebut perlu dirujuk kepada MSDS setiap bahan kimia.
11.5 Tindakan Jika Terkena Patogen
Pengguna yang mengendalikan patogen mestilah mendapatkan imunisasi terlebih dahulu. Jika pengguna jatuh sakit, dapatkan rawatan dengan segera dan memaklumkan patogen yang digunakan.
11.6 Tindakan Jika Tercedera Di Tempat Kerja
Antara kecederaan yang mungkin berlaku ialah :
a) Pengsan Pengsan ialah keadaan seseorang yang dalam keadaan tidak sedar diri. Orang yang pengsan akan sedar kembali apabila darah mengalir kembali ke kepala. Tanda-tanda orang yang hampir pengsan ialah:
i) pucat
ii) nadi menjadi lemah, cepat dan tidak sama denyutannya
iii) pening dan lemah badan.
iv) pernafasan menjadi lemah dan perlahan
Tindakan rawatan bagi orang yang pengsan ialah:
i) memberi ruang yang selesa kepada mangsa dengan meminta orang ramai agar tidak mengerumuni mangsa
ii) baringkan mangsa
61
iii) longgarkan pakaian mangsa pada bahagian leher, dada dan pinggang
iv) minta rakan untuk menghubungi pegawai insiden atau kakitangan dalam makmal
b) Luka
Luka merupakan kecederaan yang menyebabkan darah mengalir keluar dari tubuh. Luka juga akan memungkinkan pencemaran dalaman seperti terkena kotoran dan dijangkiti bakteria. Tindakan yang perlu dilakukan apabila berlaku kecederaan (luka) ialah:
i) buang kotoran yang terdapat pada luka dengan cermat.
ii) pergi ke kawasan yang selesa.
iii) tinggikan bahagian yang luka.
iv) cuci dan balut dengan kemas.
v) dapatkan rawatan yang selanjutnya sekiranya kecederaan berada dalam keadaan serius.
Jenis-jenis luka
a) Luka terhiris (incised wound) - luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.
b) Luka terkoyak (lacerated wound) - luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alat-alat yang tidak tajam, contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau sebagainya.
c) Luka lebam (contusion) - luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang berat.
d) Luka tembus (punctured wound) - luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya.
Jenis-jenis pendarahan
a) Pendarahan dari saluran arteri - darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya mengikut rentak denyutan jantung. Darah yang keluar pula keadaannya merah cerah.Ini disebabkan ianya mengandungi oksigen yang tinggi.
b) Pendarahan dari saluran vena - darah keluar secara meleleh dan berterusan. Di samping itu, warna darahnya pula berwarna merah gelap. Ini disebabkan darah mengandungi kandungan gas karbon dioksida yang tinggi.
62
c) Pendarahan dari salur kapilari- darah keluar secara menitis dan darah cepat berhenti. Warna darah adalah merah cerah kerana mengandungi kandungan oksigen.
Tanda dan gejala luka dan pendarahan adalah seperti berikut: i. Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera. ii. Pucat. iii. Pening kepala. iv. Meloya dan kemungkinan muntah. v. Gelisah dan berpeluh dengan banyak. vi. Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya. vii. Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek. viii. Kulit badan berpeluh dan sejuk. ix. Hilang kekuatan atau keupayaan. x. Berlaku renjatan dan pengsan.
Rawatan am luka dan pendarahan
a) Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna.
b) Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar. c) Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan
saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan.
d) Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang. e) Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang
banyak. f) Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:
i) Hentikan pendarahan secara langsung:
- mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.
ii) Secara tidak langsung:
- menekan urat-urat darah.
- menggunakan penjerut – catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit.
-setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai.
- jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan.
-dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.
Pendarahan-pendarahan / luka khas
i) Pendarahan dari hidung
o Picit pangkal tulang lembut dengan tulang mangsa 10 minit. o Tundukan kepala si mangsa sedikit supaya darah tidak masuk ke dalam perut
atau saluran pernafasan. o Tenangkan mangsa dan mengarahkan mangsa bernafas melalui mulut. o Beri demahan sejuk pada bahagian hidung dan dahi mangsa agar dapat
mengurangkan sakit atau menghentikan pendarahan. o Jangan buang ketulan-ketulan darah beku kerana ini boleh menyebabkan
berlaku pendarahan kembali.
63
o Dapatkan rawatan perubatan segera. o Pendarahan dari gusi. o Tenangkan mangsa dan letakkan di dalam keadaan yang selesa. o Letakan kain kasa atau kapas pada tempat yang berdarah dan arah mangsa
menggigit kain kapas selam 15 minit. o Beri demahan sejuk di bahagian pipi supaya saluran darah menjadi kecut dan
mengurangkan kesakitan. o Jangan meludah-ludah tanpa berhenti-henti. o Jangan berkumur terlampau banyak. o Jangan membuang darah beku pada tempat luka. o Dapatkan rawatan perubatan segera.
ii) Pendarahan dari telinga.
o Baringkan mangsa dengan merendahkan telinga yang mengalami pendarahan bagi mangsa yang tidak sedarkan diri kerana kemungkinan berlaku pendarahan atau pecah tengkorak.
o Jangan menyumbat kapas ke dalam telinga yang berdarah. o Balut telinga yang berdarah dengan kain yang bersih. o Dapatkan rawatan perubatan segera.
iii) Pendarahan lebam
o Tenangkan mangsa. o Berikan demahan sejuk pada tempat yang lebam bagi mengurangkan sakit dan
bengkak o Jangan mengurut tempat lebam
iv) Pendarahan Dalam Badan (Internal Bleeding)
Tanda dan gejala:
o Muka mangsa pucat o Mangsa lemah dan tiada upaya. o Gelisah o Badan sejuk o Pening kepala dan muntah o Pernafasan cepat dan lemah o Nadi berdenyut cepat tetapi berkeadaan lemah.
Rawatan :
o Tenangkan mangsa. o Baringkan mangsa dalam keadaan tinggikan kaki. o Longgarkan pakaian yang ketat. o Jangan beri sebarang makanan dan minuman. o Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa. o Sekiranya mangsa mengalami renjatan, cuba pulihkan mangsa. o Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
c) Terbakar dan melecur
i) Terbakar - kecederaan yang berpunca dari bahan-bahan panas kering. Contohnya api, kilat, besi panas, cahaya matahari, asid, alkali dan sebagainya.
ii) Melecur - kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau basah. Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.
64
Tanda-tanda dan gejala :
i. Sakit yang kuat. ii. Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas. iii. Terjadi gelembung air pada kulit. iv. Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh
asid atau alkali. v. Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair. vi. Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.
Rawatan Am Terbakar dan Melecur
a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat dan berudara.
b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.
e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu.
f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat.
g) Cuci tempat cedera dengan cermat. Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.
h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i) Jangan pecahkan gelembung kerana memudahkan jangkitan.
j) Jika pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang.
k) Dapatkan rawatan perubatan segera.
Terbakar oleh Asid atau Alkali
a) Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera.
b) Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak.
c) Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid.
d) Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.
e) Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih.
f) Dapatkan rawatan perubatan.
65
Rawatan Terbakar Pakaian
a) Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya api dapat dipadamkan.
b) Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian.
c) Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api.
e) Cuci tempat terbakar dengan cermat.
f) Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.
Rawatan Terbakar atau Melecur Tekak.
a) Beri mangsa minuman sejuk atau ais sebanyak mungkin.
b) Beri demahan sejuk pada bahagian leher.
c) Dapatkan rawatan perubatan.
11.7 Tanda Arah Keselamatan Apabila berlaku kebakaran, pengguna makmal hendaklah keluar menggunakan pintu kecemasan. Lampu kecemasan (Rajah 11.7a) dan tanda arah menuju pintu kecemasan, (Rajah 11.7b) adalah peralatan sokongan untuk memberikan cahaya kepada semua laluan keselamatan, semua arah pintu laluan keluar serta dapat membantu penghuni, anggota bomba untuk mencari jalan keluar/masuk dengan lebih selamat di dalam bangunan semasa kecemasan atau semasa berlakunya kebakaran.
Rajah 11.7a
Rajah 11.7b