bahagian b eseimen edu latest
TRANSCRIPT
-
5/26/2018 Bahagian b Eseimen Edu Latest
1/14
[BIMBINGAN DAN KAUNSELING EDU 3107] PISMP BM 1 2014
BAHAGIAN B
1. Profil lengkap kanak-kanak
PROFIL MURID
NAMA : ABDUL HADI BIN DZULKIFLI
UMUR : 8 TAHUN
KELAS : TAHUN 2
TARIKH LAHIR : 19 SEPTEMBER 2006
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL RAUB
ALAMAT RUMAH : NO 64, KG AJAI BARU, KUALA DONG, 27660, RAUB PAHANG.
NO. SURAT BERANAK : BQ 57377
TARIKH MASUK : 2 JANUARI 2013
NAMA BAPA : DZULKIFLI
PEKERJAAN BAPA : TIADA
NAMA IBU : AISAHBAHA
PEKERJAAN IBU : PENOREH GETAH
PENDAPATAN ISI RUMAH : RM 900
BIL. ADIK BERADIK : 12 ORANG
-
5/26/2018 Bahagian b Eseimen Edu Latest
2/14
[BIMBINGAN DAN KAUNSELING EDU 3107] PISMP BM 1 2014
ANAK KE : 12
BIL. ADIK BERADIK BEKERJA : 2 ORANG
BIL. ADIK BERADIK BERSEKOLAH : 5 ORANG
BIL. ADIK BERADIK BERKAHWIN : 2 ORANG
SATUS AKADEMIK : MURID PEMULIHAN
CITA-CITA : DOKTOR
HARAPAN : SAYA INGIN MEMBERIKAN IBU SAYA RUMAH
YANG BESAR DAN KESENANGAN SUPAYA TIDAK MENOREH GETAH LAGI.
-
5/26/2018 Bahagian b Eseimen Edu Latest
3/14
[BIMBINGAN DAN KAUNSELING EDU 3107] PISMP BM 1 2014
2. Latar belakang kanak-kanak dan punca permasalahan
Melalui pengalaman saya selama berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Kuala Dong ini, saya
telah mengenalpasti seorang klien yang menghadapi beberapa masalah meliputi isu akademik,
sosioekonomi dan keluarga yang dihadapi oleh murid tersebut. Sebagai guru dan pembimbing,
saya telah melaksanakan kajian dan mengenalpasti latar belakang kanak-kanak serta punca
permasalahan yang dihadapi. Nama klien yang ingin saya bantu ialah Abdul Hadi Bin Dzulkifli
atau lebih senang disapa Hadi merupakan anak bongsu kepada 12 orang adik beradik. Abdul
Hadi mempunyai 2 orang abang yang masih bersekolah di sekolah yang sama dan 2 orang lagi
bersekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Dong Raub. Kehidupan Abdul Hadi sangat
sederhana dan juga seorang yang sangat ceria serta sering membantu guru ketika berada di
sekolah. Ibu Abdul Hadi iaitu Puan Aisahbaha merupakan seorang penoreh getah dan terpaksa
menyara kehidupan anak-anak mereka setelah kematian suaminya beberapa tahun yang lalu.
Bilangan anak yang masih bersekolah ialah 5 orang dan yang sudah bekerja hanyalah 2 orang.
5 orang anaknya lagi masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
Setiap pagi, Abdul Hadi dan 2 orang lagi abangnya akan ke sekolah dengan menumpang
kereta jirannya yang juga bersekolah di sekolah yang sama. Oleh kerana faktor ibunya yang
kurang sihat dan tidak boleh membawa kenderaan menyebabkan mereka terpaksa menumpang
jiran mereka pada setiap pagi. Walaupun begitu, abang mereka yang lain tidak mahu
menghantar mereka ke sekolah serta mengambil mereka apabila pulang dari sekolah. Saya
juga telah menemu bual Abdul Hadi untuk mendapatkan maklumat mengenai abang mereka
dan didapati abang mereka tidak menjalankan tanggungjawab dan menolong ibu mereka untuk
menghantar mereka ke sekolah sebaliknya hanya mahu melepak dan tidur seharian di rumah.
Pada setiap hari rabu juga, mereka akan pulang ke sekolah pada pukul 5 petang oleh kerana
pada setiap hari rabu merupakan hari kokurikulum mereka tidak akan dapat pulang jika jiran
mereka tidak hadir ke sekolah dan menyebabkan mereka menunggu hampir lewat petang. Jika
tiada salah seorang daripada abang mereka yang mengambil mereka, Abdul Hadi dan
abangnya akan pulang berjalan kaki sejauh 8 km dari sekolah dan ini amat membimbangkan
kerana jalan besar menuju ke Bandar Raub sangat sibuk dengan lori balak dan treler. dan
kebetulan apabila saya dan rakan ingin pulang saya membantu mereka dengan menghantar
pulang ke rumah.
Dari segi perwatakan Abdul Hadi juga saya dapati beliau merupakan seorang murid yang
sangat baik dan bersemangat untuk belajar. Walaupun Abdul Hadi merupakan murid pemulihan
-
5/26/2018 Bahagian b Eseimen Edu Latest
4/14
[BIMBINGAN DAN KAUNSELING EDU 3107] PISMP BM 1 2014
namun, beliau sangat rajin dan seorang yang minat untuk belajar serta sering bertanya guru.
Walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan masalah yang dihadapi namun Abdul Hadi
seorang yang tenang dan tidak murung malah ceria disamping rakan-rakannya. Dari segi
pergaulan dengan rakan sekelasnya amat baik dan tidak ada unsur buli dan pergaduhan.
Melalui kajian yang saya jalankan ini, terdapat tiga isu atau faktor iaitu akademik, sosioekonomi
dan keluarga yang menjadi permasalahan.
I. Akademik
Dari segi akademik, Abdul Hadi mempunyai masalah pembelajaran iaitu tidak dapat
membaca dan mengeja dengan betul. Abdul Hadi telah diasingkan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di kelas pemulihan dan akan di masukkan
semula ke kelas seperti biasa apabila Abdul Hadi dapat menguasai kemahiran membaca
dan mengeja. Namun begitu, minat dan kesungguhan beliau dapat dilhat semasa waktu
pembelajaran berlangsung. Manakala dari segi prestasi dalam pencapaian akademik,
Abdul Hadi tidaklah terlalu lemah dan teruk namun, dengan bantuan dan bimbingan yang
lebih terhadap beliau mungkin akan dapat meningkatkan prestasi Abdul Hadi. Bagi
pemerhatian saya, Abdul Hadi akan menjadi malas dan tidak membuat kerja jika tidak
diberikan penekanan dan perhatian yang sepenuhnya.
II. Sosioekonomi
Ibu Abdul Hadi merupakan penoreh getah dan pendapatannya juga tidak tetap kerana
mengikut bilangan hasil yang ditorehnya ditambah pula keadaan ibunya yang tidak sihat
dan sejak kematian ayahnya, ibu Abdul Hadi terpaksa menanggung perbelanjaan bulanan
keluarga beliau. Manakala abang Abdul Hadi yang ke 2 bekerja di kilang manakala
kakaknya yang sulung hanya mengambil upah untuk menjahit baju. Tahap kewangan
keluarga Abdul Hadi sangat terhad namun Abdul Hadi juga menerima makanan RMT
setiap kali waktu rehat dan ini dapat meringankan beban yang dihadapi keluarga beliau.
Dari segi keperluan Abdul Hadi untuk belajar juga contohnya kasut, baju sekolah, beg
sekolah dan sebagainya mungkin terlalu terhad dan ada yang tidak dapat dipenuhi.
peralatan menulis seperti pensel, pemadam, gunting dan gam juga kadang kala tidak
dimiliki oleh Abdul Hadi dan terpaksa meminjam daripada rakan sekelas.
III. Keluarga
-
5/26/2018 Bahagian b Eseimen Edu Latest
5/14
[BIMBINGAN DAN KAUNSELING EDU 3107] PISMP BM 1 2014
Faktor yang ketiga ialah dari segi keluarga dimana, kurang memberi motivasi diri kepada
Abdul Hadi untuk belajar serta dorongan kepada beliau dan adik-adiknya yang lain.
Sebagai abang dan juga kakak yang telah dewasa, mereka sepatutnya membantu
keluarga dalam menjamin masa depan adik-adik mereka dan bukannya membiarkan
mereka begitu sahaja serta mengabaikan keperluan mereka. Semasa di rumah, hanya
ibunya sahaja yang membantu dalam memberi perhatian dalam pelajaran manakala abang
dan kakak mereka tidak mahu membantu dalam pelajaran dan memotivasikan mereka
untuk terus belajar sehingga berjaya. Dari segi tahap keselamatan juga kurang diambil
perhatian dan mengabaikan keperluan Abdul Hadi kerana kadang-kadang menghantar
mereka ke sekolah dan amat jarang sekali menjemput mereka pulang dari sekolah
sehingga menyebabkan guru atau jiran tetangga yang menolong untuk menghantar
pulang. Situasi sebegini amat memberikan kesan yang buruk kepada mereka sekiranya
tidak dijaga dan dibendung kerana bimbang mentaliti mereka akan berubah kepada sikap
yang negatif seperti ponteng sekolah, merokok, dan menghisap dadah kerana kurangnya
perhatian daripada keluarga terutama adik beradik mereka sendiri. Hal ini juga akan
memberi kesan terutama abang dan kakak mereka kerana mereka sepatutnya
menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik mereka dengan membantu keluarga dan
ibu mereka yang tidak sihat.
-
5/26/2018 Bahagian b Eseimen Edu Latest
6/14
[BIMBINGAN DAN KAUNSELING EDU 3107] PISMP BM 1 2014
3. Peranan guru sebagai pembimbing dalam membantu kanak-kanak bagi meningkatkan
kesejahteraan diri dan celik akal.
Guru bukan sahaja bertindak sebagai pendidik namun, tugas seorang guru amat berat dan
perlu menjadi contoh kepada murid dalam mendidik anak bangsa dan perlu sentiasa
membimbing dan memimpin mereka kearah kejayaan. Guru juga bertindak sebagai seorang
kaunselor yang sering mengambil berat mengenai masalah murid dan memberi motivasi serta
memberi penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh klien bernama Hadi ini, saya sebagai seorang guru akan
menjalankan beberapa langkah untuk membantu Hadi bagi meningkatkan kesejahteraan dan
celik akal beliau.
Peranan yang pertama perlu dilakukan oleh guru sebagai pembimbing ialah dekatkan diri
dengan murid atau klien tersebut serta bertindak sebagai pengganti ibubapa bagi membentuk
tingkah laku atau agen perubahan bagi murid tersebut. Seperti yang diketahui, Hadi telah
kehilangan bapanya beberapa tahun lalu dan kasih sayang seorang bapa juga tidak dapat
dirasakan sepenuhnya. Oleh kerana itu, ketika Hadi berada di dalam kelas, beliau sangat rajin
dan mendengar arahan guru ketika guru memberikan tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya
kepada beliau. Pada ketika inilah sikap dan tingkah laku Hadi dapat dibentuk serta diperbaiki
kerana pada usia sebegini beliau tidak didorong atau dipengaruhi oleh mana-mana medium
atau pengaruh sosial. Hal ini kerana, umur kanak-kanak pada waktu ini sangat mudah terikut
atau mudah dipengaruhi oleh guru mereka kerana mereka menganggap guru sebagai idola bagi
mereka.
Seterusnya guru juga perlu memberi bimbingan untuk memastikan perkembangan murid atau
klien dapat dibentuk sebagai satu personaliti yang diinginkan murid. Berdasarkan profil
maklumat klien, Hadi mempunyai cita-cita yang sangat tinggi iaitu ingin menjadi seorang doktor
dan ingin mengubah nasib hidup keluarganya. Sebagai guru, kita boleh memberikan sokongan
dan bimbingan bagaimana ingin membentuk personaliti yang diinginkan murid. Guru perlu
menjadi perangsang agar murid dapat berusaha untuk meningkatkan tahap pencapaian supaya
dapat memiliki personaliti yang diinginkan kelak.
Bimbingan sebagai langkah pencegahan juga perlu dilakukan bagi memastikan tidak berlaku
sebarang masalah sahsiah murid seperti ponteng sekolah dan buli rakan-rakan di sekolah.
Masalah sebegini sering kali berlaku pada masa kini kerana kurangnya bimbingan daripada
ibubapa dan guru yang sentiasa dekat dan orang yang mendidik mereka. Masalah ini terjadi
-
5/26/2018 Bahagian b Eseimen Edu Latest
7/14
[BIMBINGAN DAN KAUNSELING EDU 3107] PISMP BM 1 2014
kerana mereka menginginkan kepuasan dan kurangnya perhatian terhadap keperluan murid
menyebabkan mereka terdorong melakukan kesalahan sahsiah. Jika tidak dibendung dengan
segera, masalah ini akan menjadi lebih serius dan menjadi semakin berat.
Selain itu juga, bimbingan untuk pemulihan perlu dititikberatkan. Hal ini kerana, bimbingan
pemulihan adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dan potensi murid. Daripada pemulihan
itu juga kita dapat mencungkil bakat-bakat yang terpendam yang ada pada Hadi. Contohnya
pada waktu kokurikulum Hadi sentiasa pulang lewat kerana tiada antara ahli keluarganya yang
boleh mengambilnya pulang, jadi beliau terpaksa menunggu anak jirannya tamat aktiviti
kokurikulumnya. Daripada Hadi merayau di kawasan sekolah sementara menunggu aktiviti
kokurikulum berakhir lebih baik kita sebagai guru memberi peluang kepada Hadi terlibat sama
dalam aktiviti tersebut. Melalui penglibatan tersebut, akan menambahkan lagi keyakinan serta
mendapat lebih ramai kawan dan mempelajari perkara baru untuk meningkatkan minat untuk
terus belajar disamping memotivasikan diri membentuk potensi sahsiah yang lebih baik.
Yang terakhir ialah bimbingan dalam menghadapi krisis dimana tahap emosi murid atau klien
pada ketika ini sukar untuk dikawal dan sering kali bertindak di luar emosi contohnya kes krtikal
melibatkan pergaduhan yang berpunca daripada ejekan dan sindiran sehingga mengganggu
tahap emosi murid tersebut. Bagi Hadi, beliau akan bertindak untuk melarikan diri serta tidak
mahu menerima pujukan daripada sesiapa termasuk rakan dan guru apabila mengalami situasi
seperti ini. Perkara ini terjadi kerana tahap kepercayaan Hadi hanya diberikan kepada bapanya
dan beliau amat rapat dengan arwah bapanya. Sebagai guru, kita haruslah memberikan
sokongan dan membantu murid dengan membuat penyesuaian peribadi dan cuba untuk
rapatkan murid dengan murid lain dan guru lain agar tidak terasa menyisihkan beliau dengan
murid lain. Selain itu juga, penyesuaian sosial iaitu tahap pergaulan dan rakan juga haruslah
dilibatkan dengan aktiviti kumpulan atau tugasan. Aspek emosi adalah sangat penting dan
penerapan nilai agama perlu diberikan pada Hadi dengan sentiasa mendirikan solat lima waktu
dan mengaji Al-Quran supaya hati dan jiwa akan sentiasa tenang.
Selain itu, guru biasa juga perlu menggunakan strategi bimbingan dan kaunseling untuk
memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid iaitu membantu murid-murid mengenali
kekuatan mereka dan menjadi lebih terbuka serta berkeyakinan, membantu murid-murid lebih
jelas mengenai diri mereka sebagai seorang individu, membantu murid-murid lebih kuat dan
yakin, membantu murid-murid mengatasi isu-isu seperti stres,buli,kebimbangan menghadapi
-
5/26/2018 Bahagian b Eseimen Edu Latest
8/14
[BIMBINGAN DAN KAUNSELING EDU 3107] PISMP BM 1 2014
peperiksaan, persahabatan, masalah keluarga dan sebagainya serta membantu murid-murid
memilih mata pelajaran yang ingin mereka belajar.
Kesimpulannya, peranan guru biasa sebagai guru pembimbing ini ialah berusaha untuk
menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi, akademik,
perkembangan mental dan akhlak. Selain itu, menolong murid menyediakan perancangan
persekolahan bersesuaian dengan kebolehan, minat, dan perkembangan masing-masing. Guru
ini juga turut memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan
pelajaran di dalam kehidupan untuk menjadi seorang insan yang berjaya dalam kehidupan.
Bahkan bukan itu sahaja, menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran
di samping membimbing membuat keputusan yang rasional. Akhirnya guru biasa juga
menolong murid dalam membentuk tabiat yang baik, menghargai diri di samping berusaha
untuk bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan murid dari semasa ke
semasa.
-
5/26/2018 Bahagian b Eseimen Edu Latest
9/14
[BIMBINGAN DAN KAUNSELING EDU 3107] PISMP BM 1 2014
4. Mencadangkan intervensi serta proses bimbingan dan kaunseling bagi membantu
kanak-kanak tersebut
Daripada pemerhatian saya, saya dapati bahawa akar punca masalah yang dihadapi oleh Hadi
berpunca daripada keluarganya sendiri. Kesimpulan pemerhatian saya, Hadi adalah anak
bongsu daripada 12 orang adik beradik yang mempunyai taraf pendidikan yang rendah.
Disebabkan oleh kematian ayah beliau, Hadi ti dak mendapat perhatian dan kasih saying yang
mencukupi daripada ibunya.Hal ini juga berpunca kerana pekerjaan ibunya sebagai penoreh
getah yang terpaksa memenuhi masa hariannya dengan bekerja dar awal pagi hingga ke lewat
petang.
Intervensi disini bermaksud campur tangan.Dimana guru perlu campur tangan dalam hal-hal
peribadi murid supaya murid tersebut dapat mengatasi masalah peribadi yang mereka sedang
hadapi. Cadangan yang ingin saya bentangkan disini adalah melakukan sesi kaunseling
berkumpulan antara guru pembimbing,lebih digalakkan lagi seorang kaunselor dengan seluruh
isi keluarga Hadi.
Tujuan saya memilih kaedah intervensi ini adalah kerana saya berpendapat bahawa isu yang
dihadapi oleh Hadi ini perlu diketahui dan disedari oleh kesemua isi keluarganya. Terutamanya,
ibu dan abang-abang Hadi. Berikut adalah antara langkah-langkah yang akan saya ikut untuk
melaksanakan intervensi ini.
Langkah Pertama :
Saya akan mencadangkan kepada pihak sekolah untuk menghasilkan satu surat rasmi kepada
ibu hadi untuk menjemputnya dan seluruh ahli keluarganya ke sekolah untuk menghadiri
perbincangan mengenai masa depan Hadi.
Langkah Kedua :
Saya akan pastikan ibu dan ahli-ahli keluarga Hadi yang lain akan hadiri perbincangan tersebut
dengan meminta tolong para guru dan guru besar sendiri untuk meyakinkan ibu Hadi,supayabeliau dapat yakinkan seluruh ahli keluaranya untuk turut hadir dalam perbincangan tersebut.
Walau bagaimanapun,jika terdapat halangan-halangan tertentu yang memaksa ahli keluarga
tersebut tidak dapat menghadiri perbincangan tersebut maka saya akan memulakan sesi
kauseling berkumpulan itu dengan ahli-ahli keluarganya yang dapat hadir,
-
5/26/2018 Bahagian b Eseimen Edu Latest
10/14
[BIMBINGAN DAN KAUNSELING EDU 3107] PISMP BM 1 2014
Langkah Ketiga :
Induksi kaunseling berkumpulan, iaitu dimana saya akan menunjukkan rekod-rekod Hadi serta
rekod pencapaian akademiknya kepada ahli keluarganya. Saya akan menerangkan kepada
mereka kelemahan dan cabaran yang sedang dihadapi oleh Hadi sepanjang
persekolahnnya.Tujuan induksi ini adalah untuk menarik minat ahli keluarganya untuk lebih
menumpukan perhatian mereka terhadap perkembangan semasa Hadi disekolah.
Langkah Keempat :
Seterusnya, saya akan menunjukkan kepada ahli keluarga Hadi kekuatannya pula. Mungkin
lukisan-lukisan atau produk-produk yang telah dihasilkan oleh Hadi semasa dalam kelas. Selain
itu, saya juga akan menceritakan kepada mereka sikap-sikap positif yang ada Hadi dan
bagaimana Hadi boleh menggunakan kekuatan-kekuatannya itu untuk membawa dirinya
menjadi murid yang lebih cemerlang. Hadi mempunyai cita-cita yang tinggi maka sifat-sifat yang
ada padanya boleh membantu perjalanannya mencapai impiannya itu.
Langkah Kelima :
Saya akan menerangkan kepada ahli keluarga Hadi,masalah Hadi yang sebenarnya. Iaitu
kekurangan sokongan daripada ahli keluarganya untuk memotivasikan dirinya untuk
bersungguh dalam pembelajarannya. Saya akan menceritakan kesan terhadap perkara ini
terhadap Hadi dan bagaimana perkara ini boleh member kesan yang besar kepada masahadapan Hadi.
Langkah Keenam :
Saya akan memberi ruang kepada ahli keluarga Hadi untuk meluahkan masalah dan pendapat
mereka, Selain itu, meminta mereka menyuarakan harapan mereka terhadap pihak sekolah dan
masyarakat.
Langkah Ketujuh.
Berbincang secara mendalam langkah-langkah yang boleh mereka ambil untuk menolong
keadaan Hadi ini. Selain itu, membantu mereka menerokai pilihan yang mereka ada untuk
memudahkan urusan semua ahli keluarga.
-
5/26/2018 Bahagian b Eseimen Edu Latest
11/14
[BIMBINGAN DAN KAUNSELING EDU 3107] PISMP BM 1 2014
Penamat :
Meminta ibu dan ahli keluarga Hadi selalu meminta nasihat daripada pihak sekolah jika mereka
menghadapi sebarang masalah mengenai kebajikan Hadi, terutamanya jika ia berkait dengan
isu-isu pembelajarannya.
Kesimpulannya, Sebagai seorang manusia biasa, sememangnya kita tidak dapat lari daripada
orang-orang di sekeliling kita. Sama ada orang-orang itu mempunyai hubungan dengan kita
atau pun tidak, pasti ianya memberi makna dalam kehidupan kita. Adalah menjadi suatu yang
agak sukar apabila kita hidup sendirian tanpa orang lain di sekeliling kita. Perkara yang mudah
akan menjadi susah kerana kehidupan kita yang mungkin akan digelar kera sumbang sedikit
sebanyak pasti akan mempengaruhi kehidupan seharian kita nanti. Mungkin sesetengah orang
amat selesa dengan cara hidup yang sedemikian tetapi ada ketikanya mereka amat
memerlukan orang lain untuk membantu mereka dalam beberapa perkara. Sebagai seorang
guru dan pembimbing, hanya kitalah yang mampu membantu mereka untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi agar tidak mengganggu sebarang fokus mereka dalam pembelajaran.
-
5/26/2018 Bahagian b Eseimen Edu Latest
12/14
[BIMBINGAN DAN KAUNSELING EDU 3107] PISMP BM 1 2014
Penulisan Reflektif
Muhamad Syazwan Bin Razali
Pada tanggal 27 Januari 2014, saya telah menerima satu tugasan projek EDU 3107 iaitu
Bimbingan dan Kaunseling bagi semester 7 tahun 2014. Saya telah menerima taklimat
mengenai tugasan projek dan perlu dilaksanakan ketika berada di sekolah iaitu semasa
praktikum bagi mengesan murid yang mempunyai masalah dari segi sosioekonomi, keluarga,
sosial, fizikal dan isu akademik. Saya telah diberikan tempoh selama empat minggu bagi
menyiapkan tugasan ini. Pada awal pemerhatian saya, saya telah mula mencari dan mengesan
murid yang mempunyai masalah namun, pada hari rabu minggu kedua iaitu hari kokurikulum
semasa saya hendak bergerak pulang saya telah melihat seorang murid Tahun 2 yang masih
belum pulang ke rumah sedangkan waktu pulang bagi tahun 2 ialah pada pukul 1.05 petang.
Saya mula merasakan bahawa murid tersebut mempunyai masalah yang dihadapi dan langkah
pertama yang saya lakukan ialah bertanya kepada kakitangan sekolah serta guru-guru
mengenai murid tersebut. Ternyata murid tersebut mempunyai masalah keluarga dimana
keluarganya tidak mengambil beliau apabila pulang dari sekolah dan hanya membiarkan murid
tersebut pulang dengan hanya berjalan kaki jika tiada jiran atau guru yang menghantarnya
pulang. Keadaan ini amat menyedihkan lagi apabila murid tersebut telah kematian bapa dan
ibunya terpaksa menyara keluarga yang mempunyai 12 orang anak dengan hanya menorah
getah.
Pengalaman saya sepanjang menjalankan tugasan ini ialah saya dapat melihat dan merasai
masalah keluarga yang dihadapi oleh murid dengan lebih dekat lagi dengan mengetahui latar
belakang keluarga beliau. Murid tersebut mempunyai 2 orang lagi abang yang bersekolah sama
dengan beliau dan saya dapat melihat melalui raut wajah beliau kesusahan dan kepayahan
hidup yang dialami. Murid tersebut merupakan seorang yang sangat ceria dan aktif ketika
berada di dalam kelas namun mempunyai masalah pembelajaran dan merupakan murid
pemulihan kerana tidak pandai membaca dan mengeja.
Jika saya mempunyai waktu yang terluang, saya akan cuba untuk mengajar murid tersebut dan
saya dapati, beliau seorang yang sangat rajin dan tidak mudah berputus asa untuk mencuba
serta sentiasa mendengar arahan yang diberikan. Di situ telah terbukti bahawa murid tersebut
amat minat untuk belajar dan memerlukan sokongan dan bimbingan daripada keluarga dan
guru. Walaupun telah kematian bapa, murid tersebut sangat pandai mengawal emosi dan ketika
-
5/26/2018 Bahagian b Eseimen Edu Latest
13/14
[BIMBINGAN DAN KAUNSELING EDU 3107] PISMP BM 1 2014
berada di dalam kelas, beliau juga sangat mementingkan perhatian dari guru dan apabila guru
kurang memberi perhatian murid tersebut akan mula berjalan-jalan dan bermain dengan rakan-
rakan. Disini dapat disimpulkan bahawa murid tersebut kekurangan kasih sayang dari keluarga
teruatama kasih sayang seorang bapa. Adik beradiknya yang lain seperti abangnya terlalu
mengabaikan keperluan yang diperlukan oleh adik beliau iaitu menghantar serta mengambil
mereka pulang dari sekolah.
Sepanjang menjalani tugasan ini tidak banyak halangan dan masalah yang dihadapi kerana
setiap maklumat dan bahan dapat diperoleh dengan mudah. Saya juga sering menghantar
murid tersebut pulang ke rumah dan berbual dengan murid tersebut untuk mendapatkan
maklumat. Berdasarkan maklumat yang saya peroleh itu, saya cuba untuk memikirkan langkah
untuk membantu serta peranan yang perlu dilakukan oleh seorang guru sebagai pembimbing.
Saya telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh dijalankan dan memilih kaunseling
secara berkumpulan dimana saya akan menjemput semua keluarga murid untuk hadir ke
sekolah dan pihak sekolah juga hadir bersama untuk membantu menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh murid tersebut. Murid tersebut sebenarnya memerlukan penjagaan yang
sempurna dan sokongan yang padu terutama daripada keluaraga kerana keluarga merupakan
orang yang paling rapat dan berkesan dalam memberi motivasi terhadap murid tersebut. Jika
tidak diberi perhatian serta keperluan yang sepatutnya akan menyebabkan murid tersebut
cenderung kearah masalah sosial dan sahsiah yang berlaku pada murid dan remaja sekarang
seperti ponteng sekolah, buli, mencuri dan gansterism. Pada keadaan itu, amat sukar untuk
dibentuk dan dikawal kerana daripada perngkat awal inilah kita boleh membentuk mereka
kearah yang lebih baik ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya
Melalui tugasan ini juga saya dapat mempelajari bagaimana cara untuk membantu murid dan
membinbing murid yang mengalami masalah seuai dengan pembelajaran yang saya pelajari
pada semester ini iaitu bimbingan dan kaunseling. Saya juga sedar bahawa tugas kita sebagai
guru bukan sahaja setakat mengajar namun, berperanan sebagai pembimbing dalam ruang
lingkup bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Setiap guru yang prihatin dan mengambil
berat terhadap pendidikan kanak-kanak mempunyai tanggungjawab untuk memandu arah,
membetul dan membina kanak-kanak menjadi seorang insan yang berkualiti. Bimbingan secara
positif dan mendisiplinkan kanak-kanak adalah sukar kerana guru mengajar kanak-kanak untuk
mengawal diri-sendiri, mengajar kanak-kanak untuk bertanggungjawab dan menjadikan kanak-
kanak melakukan pilihan-pilihan yang bermakna untuk dirinya.
-
5/26/2018 Bahagian b Eseimen Edu Latest
14/14
[BIMBINGAN DAN KAUNSELING EDU 3107] PISMP BM 1 2014
Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga turut bersetuju bahawa tiada formula khusus yang
dapat menyelesaikan semua masalah kanak-kanak. Oleh itu, strategi bimbingan yang berkesan
terhadap seorang kanak-kanak mungkin berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Bimbingan
yang berterusan dan disiplin yang berkesan adalah focus utama terhadap perkembangan dalam
diri kanak-kanak. Lantaran itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat diperlukan bagi
membantu guru memainkan perana sebagai pembimbing dalam membantu kanak-kanak
mencapai celik akal dan kesejahteraan hidup.
Sebagai seorang manusia biasa, sememangnya kita tidak dapat lari daripada orang-orang di
sekeliling kita. Sama ada orang-orang itu mempunyai hubungan dengan kita atau pun tidak,
pasti ianya memberi makna dalam kehidupan kita. Adalah menjadi suatu yang agak sukar bila
kita hidup sendirian tanpa orang lain di sekeliling kita. Perkara yang mudah akan menjadi susah
kerana kehidupan kita yang mungkin akan digelar kera sumbang sedikit sebanyak pasti akan
mempengaruhi kehidupan seharian kita nanti. Mungkin sesetengah orang amat selesa dengan
cara hidup yang sedemikian tetapi ada ketikanya mereka amat memerlukan orang lain untuk
membantu mereka dalam beberapa perkara.