bahagian kewangan, kementerian pendidikan · pdf filesenarai akuan penerimaan/penolakan...
TRANSCRIPT
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 1
BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
____________________________________________________________
GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA KEPADA MURID DI SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN),
SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) DAN SEKOLAH SWASTA (PERSENDIRIAN)
TAHUN 2014
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 2
GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA KEPADA MURID DI SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN),
SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) DAN SEKOLAH SWASTA (PERSENDIRIAN)
TAHUN 2014 ____________________________________________________________ 1. PENDAHULUAN
Pada 25 Oktober 2013, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet Tahun 2014 telah
meluluskan peruntukan sejumlah RM540 juta untuk pemberian
Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada murid Tahun 1
hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2014.
2. OBJEKTIF
Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan
persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau
penjaga murid.
3. KRITERIA KELAYAKAN
3.1 Murid warganegara Malaysia; 3.2 Bagi murid bukan warganegara salah seorang
ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara Malaysia;
3.3 Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi
sesi persekolahan tahun 2014; dan
3.4 Bersekolah di Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama
Negeri (SAN) dan Sekolah Swasta (tidak termasuk Sekolah-
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 3
Sekolah Antarabangsa/Ekspatriat) yang berdaftar dengan
Kerajaan.
4. TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan tahun 2014
sahaja.
5. KADAR
Kadar bantuan sebanyak RM100.00 bagi setiap murid. 6. AGIHAN BANTUAN
Agihan bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) terus ke akaun sekolah/trustee/tunggal/syarikat
secara berperingkat mulai 15 Januari 2014.
7. TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN / JABATAN
7.1 Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM)
a) Mengeluarkan Surat Siaran dan Garis Panduan
Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan
1Malaysia; dan
b) Menyalurkan bantuan ke akaun sekolah/ trustee/ tunggal/
syarikat sekolah-sekolah berkenaan.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 4
7.2 Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan Bahagian Pendidikan
Swasta (BPS)
a) Menyelaras data maklumat sekolah dan bilangan murid
daripada Sektor Pendidikan Islam/Sektor Pendidikan
Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Jabatan Agama
Islam Negeri (JAIN)/Majlis Agama Islam Negeri
(MAIN)/Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk dikemukakan
kepada KPM selewat-lewatnya 31 Januari 2014; dan
b) Menyelaras rumusan agihan Bantuan Khas Awal
Persekolahan 1Malaysia daripada JPN/JAIN/MAIN/YIK
untuk dikemukakan kepada Bahagian Kewangan KPM
selewat-lewatnya pada 15 April 2014.
7.3 Sektor Pendidikan Islam/ Sektor Pendidikan Swasta,
Jabatan Pendidikan Negeri/Jabatan Agama Islam Negeri /
Majlis Agama Islam Negeri/Yayasan Islam Kelantan.
a) Memaklumkan kepada semua sekolah yang layak
mengenai pelaksanaan bantuan ini termasuk
mengedarkan Surat Siaran dan Garis Panduan;
b) Mengesahkan data maklumat sekolah dan murid yang
diterima daripada sekolah beserta salinan penyata akaun
sekolah dan mengemukakan kepada BPI/BPS selewat-
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 5
lewatnya pada 22 Januari 2014 seperti format di
Lampiran 1;
c) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan
pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan
kewangan yang ditetapkan; dan
d) Melaporkan rumusan agihan Bantuan Khas Awal
Persekolahan 1Malaysia kepada BPI/BPS selewat-
lewatnya pada 31 Mac 2014 seperti format di Lampiran 2.
7.4 Sekolah
a) Menyediakan senarai nama murid yang layak dan
dikemukakan kepada JPN/JAIN/MAIN/YIK selewat-
lewatnya pada 15 Januari 2014 seperti format di
Lampiran 3;
b) Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat apabila peruntukan
telah sah dimasukkan ke akaun sekolah/ trustee/ tunggal/
syarikat. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama
Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan dikemukakan ke Bahagian
Kewangan KPM;
c) Mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan
mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa/penjaga/murid
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 6
dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh
bantuan diterima;.
d) Pengagihan bantuan selain daripada wang tunai adalah
TIDAK DIBENARKAN;
e) Sekolah hendaklah mengagih bantuan secara tunai
sepenuhnya. Sebarang pemotongan TIDAK
DIBENARKAN SAMA SEKALI;
f) Memastikan ibu bapa/penjaga/murid menandatangani
Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan
disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format
di Lampiran 4; dan
g) Menghantar Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan
Bantuan kepada JPN/JAIN/MAIN/YIK selewat-lewatnya
pada 15 Mac 2014.
8. TATACARA PENGELUARAN WANG
Tatacara pengeluaran wang tunai daripada bank oleh pihak sekolah
mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa.
Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai
seperti berikut :
8.1 Pengeluaran wang sehingga RM10,000.00 oleh Pengetua/Guru
Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 7
8.2 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru
Besar adalah dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah
keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan
eskot polis jika difikirkan perlu.
9. MURID BERPINDAH SEKOLAH 9.1 Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid
yang akan berpindah sekolah, perlu mengecop ‘TELAH BAYAR
BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA’
pada borang perpindahan sekolah murid berkenaan. Ini bagi
mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan ini di
sekolah baharu nanti; atau
9.2 Murid yang telah berpindah sekolah dan belum menerima
bantuan ini, hendaklah menuntutnya di sekolah baharu.
10. KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN
10.1 Kekurangan Peruntukan
a) Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada
menerima bantuan ini, pihak sekolah diminta
mendahulukan peruntukan sedia ada sekolah atau
lain-lain peruntukan sekiranya peruntukan asal tidak
mencukupi; dan
b) Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan
peruntukan tambahan kepada Bahagian Kewangan, KPM
melalui Sektor Pendidikan Islam/Sektor Pendidikan
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 8
Swasta, JPN/JAIN/MAIN/YIK bersama Senarai Akuan
Penerimaan/Penolakan Bantuan.
10.2 Lebihan Peruntukan
Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar
WAJIB mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian
Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan,
Kementerian Pendidikan Malaysia” selewat-lewatnya pada
30 April 2014.
11. PENUTUP
11.1 Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan
Khas Awal Persekolahan 1Malaysia hendaklah dikemaskini dan
disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan
pengauditan.
11.2 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai
pelaksanaan program ini, BPI/BPS,JPN/JAIN/MAIN/YIK
/sekolah boleh menghubungi pegawai Bahagian Kewangan
seperti berikut:-
i) Puan Ramlah binti Mohamad Amin No. Telefon : 03-88847642
No. emel: [email protected]
ii) Encik Mohd. Adyirwan bin Arshad No. Telefon : 03-88847091
No. emel: [email protected]
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 9
Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Kewangan, Aras 6 & 7, Blok E12, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 10
LAMPIRAN 1
RUMUSAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014 (DISEDIAKAN OLEH PIHAK JPN/ JAIN/MAIN/YIK DAN DIKEMUKAKAN KEPADA BPI/BPS SELEWAT-LEWATNYA PADA 22 JANUARI 2014)
NEGERI: JABATAN: ALAMAT JABATAN: NO. TELEFON / FAKS: JUMLAH PERMOHONAN: RM…………………………….. SENARAI SEKOLAH YANG LAYAK:
BIL. KATEGORI SEKOLAH
NO. PENDAFTARAN SEKOLAH NAMA SEKOLAH
NO. AKAUN BANK SEKOLAH
NAMA BANK JUMLAH MURID KPM JAIN /MAIN/YIK
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 11
BIL. KATEGORI SEKOLAH
NO. PENDAFTARAN SEKOLAH NAMA SEKOLAH
NO. AKAUN BANK SEKOLAH
NAMA BANK JUMLAH MURID KPM JAIN /MAIN/YIK
JUMLAH KESELURUHAN
Disediakan oleh: Disahkan oleh: (Tandatangan) (Tandatangan)
Nama: Nama:
No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh:
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 12
LAMPIRAN 2
RUMUSAN AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014 (DISEDIAKAN OLEH PIHAK JPN/ JAIN/MAIN/YIK DAN DIKEMUKAKAN KEPADA BPI/BPS SELEWAT-LEWATNYA PADA 31 MAC 2014)
NEGERI: JABATAN: ALAMAT JABATAN: NO. TELEFON / FAKS: JUMLAH KESELURUHAN LEBIHAN PERUNTUKAN: RM…………………………………………….. JUMLAH KESELURUHAN LEBIHAN/KEKURANGAN PERUNTUKAN: RM…………………….
BIL.
NO. PENDAFTARAN SEKOLAH
NAMA SEKOLAH NO. AKAUN BANK
SEKOLAH NAMA BANK
JUMLAH LEBIHAN
PERUNTUKAN (RM)
JUMLAH KEKURANGAN PERUNTUKAN
(RM) KPM JAIN /MAIN/YIK
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 13
BIL.
NO. PENDAFTARAN SEKOLAH
NAMA SEKOLAH NO. AKAUN BANK
SEKOLAH NAMA BANK
JUMLAH LEBIHAN
PERUNTUKAN (RM)
JUMLAH KEKURANGAN PERUNTUKAN
(RM) KPM JAIN /MAIN/YIN
JUMLAH KESELURUHAN
Disediakan oleh: Disahkan oleh: (Tandatangan) (Tandatangan)
Nama: Nama:
No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh:
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 14
LAMPIRAN 3
BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014 (DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN DIKEMUKAKAN KEPADA JPN/JAIN/MAIN/YIK SELEWAT-LEWATNYA 15 JANUARI 2014)
KATEGORI SEKOLAH: NO. PENDAFTARAN SEKOLAH: NAMA SEKOLAH: ALAMAT SEKOLAH: NO. TELEFON / FAKS: NO. AKAUN BANK SEKOLAH: PENAMA AKAUN: NAMA BANK: ALAMAT BANK: JUMLAH PERMOHONAN: RM…………………………………………. SENARAI MURID YANG LAYAK:
BIL. NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN TAHUN / TINGKATAN
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 15
BIL. NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN TAHUN / TINGKATAN
Disediakan oleh: Disahkan oleh: (Tandatangan) (Tandatangan)
Nama: Nama:
No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan:………………………………………………..
Tarikh: Tarikh:
*(Sila sertakan bersama salinan penyata akaun sekolah yang telah disahkan)
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 16
LAMPIRAN 4
SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014 (DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN DIKEMUKAKAN KEPADA JPN/JAIN/MAIN/YIK SELEWAT-LEWATNYA PADA 15 MAC 2014)
KATEGORI SEKOLAH: NO. PENDAFTARAN SEKOLAH: NAMA SEKOLAH: ALAMAT SEKOLAH: NO. TELEFON / FAKS: NO. AKAUN BANK SEKOLAH: PENAMA AKAUN: NAMA BANK: ALAMAT BANK: PERUNTUKAN DITERIMA: RM……………………………… PERUNTUKAN DIAGIH: RM………………………………….. LEBIHAN/ KURANGAN: RM…………………………………..
BIL. NAMA MURID MENERIMA (/) / MENOLAK (X)
NAMA PENERIMA NO. KAD
PENGENALAN PENERIMA
TARIKH TANDATANGAN
PENERIMA
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 17
BIL. NAMA MURID MENERIMA (/) / MENOLAK (X)
NAMA PENERIMA NO. KAD
PENGENALAN PENERIMA
TARIKH TANDATANGAN
PENERIMA
Pembayar: Saksi: Disahkan Oleh Pengetua/Guru Besar (Tandatangan) (Tandatangan) (Tandatangan)
Nama: Nama: Nama:
No. K/P: No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh: Tarikh:
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 18