bahan benngkel guru
TRANSCRIPT
BENGKEL GURU STPM 2006
BAHAGIAN A (Soalan no. 1)
JAWAPAN CALON 1:
Sejak tahun kebelakangan ini, suatu program yang dinamakan
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilaksanakan. Idea ini
dihasilkan oleh Menteri Pertahanan Negara kita, Datuk Najib. Sejak
program ini dilancarkan, terdapat tentangan dan sokongan daripada
pelbagai pihak terutama golongan remaja dan ibu-bapa mereka.
Walaupun masalah-masalah tertimbul, namun rasional kerajaan untuk
melaksanakan program ini adalah baik
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ini dilaksanakan untuk
melahirkan generasi belia yang kuat dari segi fizikal dan mental.
Melalui program PLKN, kekuatan fizikal generasi muda dilatih. Pelbagai
aktiviti fizikal seperti memanjat, teknik melindungi diri dan sebagainya
dijalankan. Ia dapat meningkatkan daya tahan mereka terutamanya
mereka yang kurang bersenam tanpa menyertai program ini. Selain
itu, program PLKN dapat memupuk sifat dan sikap yang baik. Nilai-
nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur, tenang dan
sebagainya dapat dipelajari melalui aktiviti beramai-ramai. Program
ini yang melibatkan pelbagai kaum di negara kita juga dapat memupuk
perpaduan, persefahaman dan sikap hormat-menghormati di kalangan
kaum yang berlainan. Generasi muda dapat berkawan dan berkenalan
dengan orang ramai.
Di samping itu, program PLKN dapat membina imej negara yang
baik dan menggalakkan pembangunan negara. Program ini
melahirkan generasi muda yang perkasa dan kuat serta semangat
perpaduan yang kuat dapat mencegah musuh daripada menceroboh
negara kita. Imej negara yang baik dapat menggalakkan pertumbuhan
ekonomi. Generasi muda yang bersemangat nasionalisme dan
mempunyai sifat-sifat yang baik berpotensi menjadi tonggak negara
1
pada masa depan. Mereka mungkin menjadi ahli-ahli politik dan
usahawan yang berjaya pada masa kelak.
Cara lain untuk mencapai matlamat di atas ialah melalui
pendidikan. Bak kata pepetah ` melentur buluh biarlah dari
rebungnya’, generasi muda haruslah diasuh sejak dari kecil lagi.
Pendidikan dimulakan dari keluarga hingga ke sekolah. Nilai murni
dan sikap yang sesuai disemai melalui asuhan ibubapa dan guru-guru.
Ini dapat dilakukan melalui pembelajaran dalam kehidupan harian
ataupun pembelajaran formal di sekolah melalui pengajaran subjek
seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Agama dan Sejarah. Sifat-sifat
nasionalisme, rajin, hormat, dan sebagainya dapat disemai. Untuk
memperkuatkan fizikal generasi muda, Pendidikan Jasmani
mewajibkan pelajar-pelajar menjalani aktiviti sukan. Ini menjaminkan
generasi muda adalah kuat dari segi fizikal dan mental.
Selain itu, kempen-kempen boleh diadakan. Kempen diadakan
untuk memberi kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan
ilmu dan juga komunikasi sesama manusia.. Kempen-kempen seperti
`Program Rakan muda’ dan aktiviti sosial diadakan untuk memupuk
perpaduan dan sikap bekerjasama. Generasi muda digalakkan
menyertai kelab/ persatuan supaya tidak terpisah daripada orang
ramai. Media massa haruslah berusaha membantu menjayakan
aktiviti tersebut.
Generasi muda merupakan harapan negara, jadi, mereka
haruslah dipupuk supaya golongan ini berupaya menghadapi cabaran
dan memajukan negara kita pada masa depan.
2
JAWAPAN CALON 2
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu
program yang baik yang dilaksanakan di Negara kita. Program ini
bertujuan untuk memperkasakan generasi belia di negara ini dari segi
fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran pada masa kini dan masa
hadapan. Niat baik program yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat
diperlihatkan.
Rasional kerajaan melaksanakan program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) adalah untuk memupuk semangat patriotik dalam
remaja-remaja terhadap negara. Dalam program ini, semua remaja
akan belajar konsep kenegaraan dan Sejarah Malaysia. Remaja-remaja
akan memehami Rukun Negara dan bukan hanya sekadar
menghafalnya. Dengan itu, remaja-remaja akan lebih memahami jati
diri dan menyerap peristiwa-peristiwa lampau sebagai teladan untuk
masa hadapan. Semua kaum akan hidup dengan lebih bersatu-padu,
harmoni dan cinta akan negara.
Selain itu, Program latihan Khidmat Negara akan melahirkan
individu yang baik dan berguna. Melalui program ini, para remaja akan
belajar berdikari dan berdisiplim. Setiap hari, para remaja akan
bangun awal untuk berkawat. Ini mendorong mereka agar sebagai
orang yang menepati waktu. Dalam masa tiga bulan ini, mereka
belajar nilai-nilai kemanusiaan yang positif, memperkembangkan
ketrampilan diri dan memahami kebudayaan kaum berlainan.
Malahan, remaja juga melakukan kerja amal agar menolong golongan
yang memerlukan. Seterusnya, kes sosial dan jenayah akan
berkurang.
Selain daripada program ini, terdapat juga cara-cara lain untuk
mencapai matlamat tersebut. Melalui Program Rakan Muda, semua
3
remaja digalakkan menyertai demi saling mengenali sesama rakan
sebaya khasnya dan jiran umumnya. Terdapat banyak aktiviti yang
dijalankan oleh Rakan Muda yang berasional untuk melahirkan remaja
yang berguna kepada masyarakat dan merapatkan hubungan
kejiranan. Memandangkan masyarakat kini sering mementingkan
kematerialan, diharapkan program ini dapat mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu. Selain itu, anak remaja akan menggunakann masa
dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat, maka ia akan
mengurangkan ia akan menggurangkan kes jenayah juvana.
Tambahan pula, pendidikan memainkan peranan yang penting.
Pendidikan tidak formal perlu diberi oleh ibu bapa untuk mengajar
anak-anak tentang nilai-nilai moral dan agama. Di sekolah, Pendidikan
Moral dan Agama harus diterapkan. Malahan, para pelajar diwajibkan
aktif dalam ko-kurikulum untuk kesihatan tubuh badan dan minda.
Kerajaan dan badan-badan NGO patut mengadakan kempen
kesedaran tentang pentingnya perpaduan kaum.
Kesimpulannya, kerajaan berusaha melaksanakan pelbagai
aktiviti demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu-padu
untuk mencapai wawasan 2020.
4
BAHAGIAN A (Soalan no.2)
JAWAPAN CALON 1:
Negara yang ingin maju perlu memberi perhatian pembangunan
sektor industri tetapi jika sesebuah negara dapat menimbangkan
pembangunan sektor pertanian dan industri maka negara akan
menjadi sebuah negara yang maju dan mahir dalam pelbagai sektor
pengeluaran.
Sekotr pertanian ada memberi sumbangan dalam membekal
bahan mentah kepada sektor perindutrian. Pada masa sama negara
kita dapat mengurangkan import bahan mentah negara lain dan
wujudnya peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor pertanian
supaya kadar pengangguran dapat dikurangkan. Contoh tanaman
kelapa sawit menyumbang bahan mentah kepada indusri minyak
masak.
Sektor pertanian dapat menambah pendapatan negara kita. Jika
sektor pertanian dapat dibangunkan dengan sempurnanya maka
pengeluaran adalah besar-besaran dan sebahagian bahan mentah
yang tidak digunakan dalam industri tempatan boleh dieksport kepada
negara asing maka negara kita dapat untung maka wang asing.
Contoh tanaman getah selain membekal kepada industri tempatan
untuk membuat sarung tangan juga untuk dieksport ke luar dan
negara.
Sektor pertanian menjadikan ekonomi negara kita lebih stabil.
Kerajaan telah melaksanakan Dasar pelbagaian ekonomi supaya
5
menjamin kestabilan ekonomi. Dengan Dasar pelbagaian ekonomi
sektor pertanian telah memainkan peranan yang penting supaya
negara kita mengurangkan pergantungan keluaran bahan mentah
negara lain. Ini dapat dibuktikan apabila inflasi dunia berlaku
menyebabkan banyak bahan mentah industri harga telah meningkat
tetapi industri negara kita tidak akan menghadapi masalah tersebut.
Dan dapat dibukti pada masa kini harga getah di dunia telah
meningkat menyebabkan Malaysia untung banyak mata wang asing.
Pada masa kini dunia menghadapi masalah krisis tenaga. Maka
banyak negara telah membuat kajian dan pembangunan supaya dapat
tenaga dalam sektor pertanian. Disebabkan banyak tenaga fosil akan
habis digunakan manusia perlu mencari sejenis tenaga yang dapat
diperbaharui untuk menghadapi masalah krisis tenaga. Contoh melalui
kajian Lembaga Sawit Malaysia terdapat 5% minyak sawit boleh
campur dalam diesel. Dan diesel ini dipanggil Envo Diesel.
Kesimpulannya, kemajuan sesebuah negara perlu
membangunkan sektor perindustrian dan sektor pertanian. Maka
kerajaan perlu membuat banyak kajian dan pembangunan dalam
sektor pertanian supaya negara kita dapat bersaing dengan negara
maju.
6
JAWAPAN CALON 2:
Kebelakangan ini, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan
usaha membangunkan semula sektor pertanian di negara kita. Usaha
ini adalah wajar dalam memastikan pembangunan dan kemajuan
negara secara seimbang memandangkan sektor pertanian dan sektor
perindustrian adalah saling melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi
tersebut adalah sama-sama penting dan tidak boleh diabaikan mana-
mannya.
Tidak dapat dinafikan sektor perindustrian merupakan sektor
yang perlu diberi perhatian yang utama dalam konteks pembangunan
negara. Sektor perindustrian sememangnya dapat menjanakan
kemajuan negara secara berterusan. Pencapaian yang cemerlang
dalam sektor ini akan menarik masuk lebih banyak modal pelaburan
asing lalu menguntungkan ekonomi negara. Perkembangan dalam
sektor perkilangan pula membekalkan banyak peluang pekerjaan
untuk rakyat Malaysia disebabkan sektor ini melibatkan guna tenaga
yang besar.
7
Selain itu, taraf hidup penduduk juga bertambah baik dengan
adanya pembangunan dalam sektor perindustrian. Sektor ini secara
keseluruhannya dapat menambah pendapatan tahunan purata di
kalangan rakyat Malaysia yang melibatkan diri dalam bidang ini.
Tambahan pula, sektor perindustrian yang menitikberatkan kemahiran
dan teknologi pastinya dapat melahirkan tenaga kerja Malaysia yang
berdaya saing. Ia juga dapat membangunkan bidang teknologi
maklumat negara sebagai langkah menghadapi cabaran globalisasi
yang terkini.
Pada masa yang sama, kerajaan juga harus menitikberatkan
usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya disebabkan
kepentingannya yang luas. Negara kita dahulunya merupakan negara
pertanian yang mengutamakan pengeluaran getah dan kelapa sawit.
Pengeluaran komoditi tersebut dapat mendatangkan keuntungan yang
lumayan kepada negara melalui uasaha pemasaran dan
pengeksportan ke luar negara. Permintaan yang tinggi terhadap hasil
pertanian juga merupakan dorongan dalam memajukan sektor
pertanian negara. Pengeluaran bahan mentah dalam sektor ini juga
adalah pentong untuk menjamin bekalan sumber secara berterusan
kepada sektor pembuatan dan pemprosesan.
Selain itu, sektor pertanian harus dipergiatkan sebagai usaha
meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar dan menyediakan
infrastruktur yang sempurna di desa. Pelaksanaan program
pembangunan pertanian dapat membaiki taraf hidup penduduk di luar
bandar selaras dengan objektif pembasmian kemiskinan tanpa
mengira kaum dan wilayah. Malahan, perkembangan dalam sektor
pertanian boleh mengurangkan pergantungan berlebihan kepada
sektor perindustrian selain memperkukuh struktur asas dan daya
tahan ekonomi negara. Galakan penggunaaan biodiesel turut
memerlukan sektor pertanian untuk menyokongnya.
8
Kesimpulannya kerajaan harus menambahkan peruntukan dalam
pembangunan pertanian dan tidak boleh mengetepikan usaha ini.
Kerajaan harus memastikan perkembangan yang seimbang dalam
semua sektor ekonomi demi merealisasi wawasam 2020 sebagai
sebuah negara yang maju, berdikari dan makmur.
BAHAGIAN B (Soalan no.3)
JAWAPAN CALON 1:
Demi mengatasi masalah alam skitar, banyak usaha telah dan
sedang dijalankan untuk merealisasikan konsep mesra alam. Konsep
mesra alam mengutamakan kebersihan alam sekeliling, penjagaan
alam sekitar dan pemulihan alam semula jadi.
Kerajaan telah berusaha untuk memantau aktiviti-aktiviti
perindustrian supaya dapat menjaga alam semula jadi. Kilang-kilang
dikehndaki memasang penapis semasa menghasilkan gas-gas yang
berpotensi untuk mencemarkan udara dan menipiskan lapisan ozon
kita. Pembuangan sisa-sisa kilang perlu dilaksanakan dengan penuh
bertanggungjawab supaya tidak mengotori air sungai dan tidak
memudaratkan kesihatan flora dan fauna. Kawasan perindustrian
9
dikehendaki didirikan di kawasan yang jauh daripada kawasan
penempatan atau perumahan dan meminimunkan tahap pencemaran
alam sekitar.
Di samping itu, syarat-syarat pemilikan dan pengeluaran lesen-
lesen pembalakan kayu balak telah diketatkan. Ini adalah kerana
pembalakan yang berleluasa dan tanpa kawalan akan mengakibatkan
banjir kilat, tanah runtuh, hakisan tanah, dan fenomena rumah hijau.
Pengusaha-pengusaha aktiviti pembalakan dikehendaki menanam
semula pokok-pokok yang telah diterbang supaya alam semula jadi
sentiasa dijaga dan dipertahankan. Undang-undang juga mengariskan
hukuman yang bakal diterima bagi sesiapa yang membalak tanpa
lesen.
Selain itu, organisasi bukan kerajaan seperti Green Peace juga
giat menjalankan pelbagai aktiviti untuk merealisasikan konsep mesra
alam. Kempen-kempen kitar semula merupakan salah satu usaha
yang dijalankan oleh organisasi tersebut. Pondok kitar semula
didirikan di kawasn-kawasan perumahan supaya orang ramai dapat
melibatkan diri untuk menjaga alam semula jadi kita. Penyelidikan dan
pembangunan dijalankan. Sehinggga pensel-pensel yang diperbuat
daripada surat khabar lama dihasilkan.
Namun demikian, usaha-usaha untuk merealisasikan konsep
mesra alam adalah tidak mudah. Masih terdapat segolongan
masyarakat yang sedar akan tanggungjawab mereka. Sebagai
penghuni-penghuni di bumi ini. Pengusaha-pengusaha yang ingin
memaksimumkan keuntungan akan mengabaikan kaedah
pembuangan sisa-sisa toksik yang lebih mesra alam. Mereka yang
ingin menikmati kesenangan akan membuang sampah sarap ke
merata-rata tempat.
Walau bagaimanapun, konsep mesra alam perlu giat
diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Alam semula jadi yang
10
sihat dapatlah melahirkan manusia yang sihat dan ini seterusnya
mendorong manusia untuk terus memajukan dunia ini.
JAWAPAN CALON 2:
Alam merupakan tempat tinggal bagi beribu-ribu spesies
tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia dan mikroorganisasi kecil.
Kemusnahan alam menjadi semakin serius berpunca daripada
kegiatan manusia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengatasi
masalah ini demi kesinambungan genetik dan kesejahteraan
kehidupan.
Manusia meneroka tanah untuk penempatan dan pertanian
dengan pembalakan secara besar-besaran. Ini menyebabkan
11
kehilangan habitat flora dan fauna dan mereka akan kehilangan
sumber makanan. Penanaman semula hutan diadakan untuk
mengatasi masalah ini. Selain itu, pembalakan secara haram
dilarangkan. Rawatan silvikultur diadakan untuk menanam semula
khazanah hutan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi seperti
cenggal, kayu jati dan ubat tradisional.
Pencemaran udara wujud daripada pembakaran bahan api fosil
seperti arang batu, gas asli. Dengan itu, kerajaan berusaha mencari
sumber alternatif untuk menggantikan bahan api fosil yang
melepaskan banyak kandungan karbon dioksida ke udara. Penjanaan
kuasa melalui tenaga suria, hidroelektrik dan angin telah dilaksanakan
kerana ia tidak akan mencemari udara. Udara yang tercemar boleh
mengakibatkan kesan rumah hijau dan meningkatkan suhu bumi
seperti fenomena El-Nino.
Usaha telah dijalankan melalui isi rumah yang merupakan punca
utama pencemaran alam sekitar. Kenderaan dan kilang-kilang akan
melepaskan gas monoksida ke udara yang akan menjejaskan
kesihatan manusia dan menimbulkan penyakit seperti radang paru-
paru, batuk. Pemandu harus melengkapkan cerobong penapis
bermangkin dalam enjin untuk mengurangkan pencemaran. Isi rumah
harus mengurangkan penggunaan barang yang mengandungi
kluoroflorokarbon (CFC) seperti alat penghawa dingin, penyembur.
Dalam bidang pertanian, baja kimia harus dikurangkan. Isi rumah
harus menguruskan sampah ditempat tertentu dan tidak melakukan
pembakaran terbuka di merata-rata tempat. Kerajaan akan
mengenakan hukuman dan denda ke atas mereka yang tidak
mematuhi peraturan.
Sementara itu, pencemaran sungai juga amatlah serius. Kilang-
kilang tidak harus membuang sisa toksid ke dalam sungai. Ini boleh
menyebabkan kepupusan hidupan akuatik. Isi rumah tidak harus
membuang sampah ke dalam sungai dan mencemarinya. Ini akan
12
membawa penyakit taun, malaria apabila kita terminumnya. Kapal
tangki harus berhati-hati harus semasa mengangkut minyak di atas
laut untuk mengelakkan pertumpahan minyak.
Kerjasama antarabangsa diadakan untuk mengatasi pencemaran
alam sekitar. Hutan di Indonesia dan Malaysia akan terbakar setiap
tahun disebabkan kecuaian manusia dan cuaca yang panas. Tabungan
kewangan antarabangsa diadakan untuk membekal bantuan
kewangan semasa masalah berlaku. Negara lain juga akan
menghantar pasukan bomba untuk bantuan.
Alam merupakan kurniaan tuhan. Ini merupakan tanggnngjawab
kita semua untuk menjaga dan menghargainya demi generasi akan
datang.
BAHAGIAN B (Soalan no.4)
JAWAPAN CALON 1:
Ilmu sains dan teknologi merupakan ilmu yang penting
kepada manusia. Banyak masalah dan peralatan dapat diselesai dan
13
dicipta demi menyelesaikan, menyempurnakan dan kebaikan manusia.
Sebagai contoh, kapal terbang membolehkan kita bertolak ke satu
jarak yang jauh dengan singkat, telefon bimbit membolehkan kita
menghubung sesiapa di mana jua, dan komputer untuk mengemaskan
dokumen-dokumen penting. Selain itu, sains dan teknologi juga dapat
membantu manusia untuk mengatasi masalah jenayah.
Apabila kes pembunuhan berlaku, kumpulan yang mengumpul
bahan bukti dari pihak polis akan datang mengumpul cap jari yang
tertinggal oleh pesalah di tempat kejadian untuk mencari pesalah
tersebut kerana setiap manusia di bumi ini telah dikesankan
mempunyai cap jari yang berlainan termasuk kembar. Dengan
memadankan cap jari melalui computer dengan maklumat yang ada
pada pihak polis untuk mengecam pesalah tersebut.
Selain cap jari dikumpulkan, benda seperti rambut yang
tertinggal, air liur, darah dan sebagainya juga turut dikumpul oleh
pihak polis dalam proses siasatan tersebut, ini kerana benda-benda
tersebut mengandungi DNA, DNA juga adalah berlainan bagi setiap
orang kecuali anak kembar berkongsi DNA, dapat membantu pihak
polis mengenal pasti pesalah, seperti cara memadankan DNA yang
terkandung dalam sperma didapati di badan si mangsa untuk
mengesan perogol.
Selain itu, CCTV atau kamera bersembunyi membolehkan kita
merakam proses jenayah jikalau jenayah seperti kes curi berlaku,
dengan menyerah pita tersebut kepada pihak polis, muka penjenayah
tersebut dapat dikenal pasti dan arahan akan diberi untuk menangkap
pencuri itu, begitu juga bunyi siren membolehkan kita mengelak dari
berlaku jenayah.
Dengan semua peralatan itu, ia dapat membantu pihak polis
mengenal pasti sesiapa yang melakukan jenayah, dan ada bukti yang
kukuh untuk mendakwa pesalah-pesalah supaya mereka tidak dapat
melepaskan diri dari undang-undang dan hukuman berpatutan, ia juga
14
telah mengecilkan kawasan untuk memulakan penyiasatan bagi pihak
polis, membolehkan mereka menjalankan tugas dengan lebih cepat
dan tepat.
Ilmu sains dan teknologi memanfaatkan manusia.
JAWAPAN CALON 2:
15
Pada zaman dahulu, penyelesaian sesuatu kes jenayah
merupakan perkara yang remeh-temeh. Pakar forensik zaman dahulu
hanya bergantung kepada pengalaman harian mereka bagi
menyelesaikan sesuatu kes jenayah. Maka, ini telah menjadi salah satu
sebabnya berlakunya peningkatan kadar jenayah zaman dahulu.
Walaubagaimanapun, dengan bantuan ilmu sains dan teknologi,
masalah jenayah dapat diselesaikan dengan mudah sekali dalam
zaman yang serba moden ini. Sebagai contoh, dengan peningkatan
teknologi, pakar forensik kini berkeupayaan menyiasat mayat kes
jenayah dan mengenalpasti punca kematian mayat tersebut dengan
mudah sekali. Bukti-bukti yang ada pada mayat dapat dikendali dan
dicari dengan baik bagi menjejak identiti pembunuh. Contohnya ialah
air mani yang terdapat pada mangsa rogol. Pakar forensik kini dapat
menganalisis air mani itu dan mengenalpasti pemiliknya. Kes jenayah
daoat diselesaikan dengan lebih mudah.
Selain itu, polis dapat mencari bukti jenayah di tempat kejadian
dengan bantuan ilmu sains dan teknologi. Sebagai contoh, cap jari,
jenis peluru, jenis senjata dan juga proses kejadian dapat dikenali
dengan begitu mudah. Bukti-bukti ini kemudiannya dapat digunakan
untuk mengenalpasti identiti penjenayah dan juga sebagai bukti yang
dihadap ke mahkamah. Dengan ini, para penjenayah akan berasa
takut akan teknologi ini dan secara langsung, kadar jenayah akan
menurun.
Di samping itu, ilmu teknologi yang dipergunakan di negara
seperti Britain, Taiwan, Amerika Syarikat ialah kamera litar tertutup di
merata-rata tempat khususnya tempat awam. Dengan bantuan
kamera , polis kini dapat merekod dan mengetahui seluruh proses
berlakunya jenayah itu. Selain itu, wajah muka penjenayah juga boleh
dikenali menerusi rekod kamera itu. Ini telah menjadi sebab utama
mengakibatkan negara England mempunyai kadar jenayah yang
begitu rendah.
16
Di sesetengah negara, terdapat penggunaan alat yang boleh
menjejak sama ada seseorang telah berbohong. Di Amerika Syarikat,
alat ini digunakan di mahkamah agar memastikan saksi memberi
keterangan dengan jujur. Ini adalah kerana pembohongan saksi akan
menyusahkan sesuatu kes adan menyebabkan keputusan mahkamah
menjadi tidak tepat. Ternyata sekali ilmu teknologi dapat menangani
masalah jenayah dengan efektif.
Sebagai kesimpulan, ilmu sains dan teknologi harus diaplikasikan
dengan lebih banyak lagi untuk menangani masalah jenayah dengan
lebih effisien. Dengan ini, satu keadaan harmoni antara masyarakat
akan terhasil dan Malaysia akan dikenali sebagai satu negara yang
aman dan sejahtera.
17
BAHAGIAN C (Soalan no.5a)
JAWAPAN CALON 1:
(i) Kesan sosial daripada transformasi ekonomi Negara
adalah kemerosotan system nilai masyarakat Malaysia
seperti tidak bertanggungjawab di jalan raya, alam
sekitar dan kemudahan awam.
(ii) Kerajaan patut menguatkuasakan undang-undang.
Hukuman yang setimpal patut diberikan kepada
golongan-golongan yang mengalami penghakisan
sistem nilai contohnya tidak bertanggungjawab di jalan
raya dan terhadap alam sekitar. Kempen kesedaran
juga patut dilaksanakan seperti melalui ceramah. Ini
dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingan
nilai murni supaya tidak mengabaikan sistem nilai
semasa transformasi ekonomi.
JAWAPAN CALON 2:
(i) Kesan sosial seperti penghakisan sistem nilai
masyarakat misalnya sikap tidak bertanggungjawab dan
kurang kepekaan sivik, terutamanya di jalan raya, dan
sikap tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar
dan kemudahan awam telah timbul akibat transformasi
ekonomi negara.
(ii) Untuk mengelakkan kesan sosial yang timbul,
penguatkuasaan undang-undang seperti memberatkan
hukuman harus dilaksanakan. Pemantauan pihak polis
melalui kamera di tempat awam dapat mengurang
pencerobohan harta kerajaan. Dalam hal ini, orang
awam patut melaporkan kes-kes berkenaan kepada
pihak polis. Namun, pihak polis harus memberi ganjaran
18
yang setimpal kepada mereka yang buat laporan
sebagai penghargaan.
BAHAGIAN C (Soalan no.5b)
JAWAPAN CALON 1:
(i) Pengguna dapat mendapat maklumat tentang sesuatu
produk atau perkhidmatan dan pengguna dapat membuat
pilihan terhadap sesuatu produk dengan membuat
perbandingan daripada pelbagai jenama melalui iklan.
(ii) Iklan dapat menonjolkan kemewahan sesuatu
produk. Pengguna yang mementingkan status akan
tertarik dengan produk itu dan membelinya walaupun
harganya mahal.
Iklan yang memberi maklumat tentang terdapat
barang percuma atau akan memenangi hadiah besar
apabila membeli produknya. Pengguna yang tertarik
dengan iklan itu akan membeli walaupun seseorang itu
tidak memerlukannya.
JAWAPAN CALON 2:
(i) Iklan dapat memberikan manfaat kepada pengguna
daripada ruangan yang diberi oleh pengguna untuk
membuat perbandingan dan pemilihan terhadap sesuatu
barang daripada pelbagai jenama yang terdapat di
pasaran.
(ii) Iklan mendorong pengguna membuat keputusan yang
kurang rasional kerana pengguna akan dinaik oleh iklan
yang tidak realistik. Iklan mungkin memberi maklumat
yang tidak betul. Pengguna mungkin percayai terhadap
iklan dalaman watak tersebut. Selain itu, iklan menyebar
19
produk sebagai lambang sahaja. Ia tidak memberi
kegunaan dengan efektif.
BAHAGIAN C (Soalan no.6a)
JAWAPAN CALON 1:
(i) Alat implan koklea menyelesaikan masalah pendengaran
lebih baik daripada alat bantu pendengaran biasa dan
meningkatkan kebolehan oral individu.
(ii) Orang yang cacat pendengaran tidak dapat mengeluarkan
bunyi kata yang tepat. Mereka menghadapi kesulitan
hidup dan tidak dapat menikmati keindahan bunyi. Mereka
juga sering berada dalam keadaan yang berbahaya kerana
tidak dapat mendengar bunyi benda jatuh, bunyi
kenderaan dan lain-lain. Mereka dikertawakan atas
percakapan yang berbeza daripada kita.
JAWAPAN CALON 2:
(i) Kaedah implan koklea adalah satu alternatif baru bagi alat
bantu pendengaran biasa yang boleh meningkatkan
kebolehan oral individu dan ia terbukti berfaedah terhadap
kes-kes cacat pendengaran yang teruk.
(ii) Individu yang cacat pendengaran tidak dapat
mengeluarkan bunyi dengan tepat. Mereka tidak dapat
dengar sebutan sesuatu perkataan. Mereka hanya boleh
berkomunikasi dengan menggunakan isysarat tangan.
Tambahan, mereka mudah terdedah kepada risiko
kemalangan. Mereka tidak dapat mendengar bunyi-bunyi
20
yang dikeluarkan oleh kenderaan. Oleh itu, mereka tidak
dapat mengelakkan diri dengan mudah daripada
kemalangan jalan raya.
BAHAGIAN C (Soalan no.6b)
JAWAPAN CALON 1:
(i) Teknologi penyinaran makanan ialah teknologi
pendedahan makanan dalam bentuk bahan mentah atau
yang telah diproses kepada sinaran mengion di tempat,
jangka masa dan matlamat tertentu.
(ii) Banyak negara memilih untuk menggunakan teknologi
penyinaran makanan kerana teknik ini menjimat masa
pemprosesan makanan yang dikawal oleh manusia
langkah demi langkah sebelum itu dan hasil dapat
dieksport dengan cepat untuk menampung permintaan.
Ini juga menjimatkan kos dan wang untuk pengupahan
pekerja kerana mesin dapat menguruskan semua langkah.
JAWAPAN CALON 2:
(i) Teknologi penyinaran makanan adalah satu teknologi dalam
pemprosesan makanan yang mendedahkan makanan
dalam bentuk bahan mentah ataupun yang telah diproses
dalam satu sistem pengionan di sesuatu tempat khas bagi
tempoh masa yang tertentu untuk sesuatu kepentingan
bersama.
(ii) Penggunaan teknologi penyinaran makanan dipraktikkan
adalah untuk penyimpanan bahan makanan untuk jangka
masa yang lebih lama. Ini dapat mengatasi masalah
kekurangan makanan. Makanan hasil proses ini adalah
21
bebas daripada pembentukan bakteria dan merosakkan
makanan. Makanan jenis ini adalah lebih mutu dari segi
kesihatan dan dapat dihasilkan dalam bilangan yang
banyak serta efektif.
BAHAGIAN D (Soalan no.7 & 8)
(Sila rujuk lampiran.)
BAHAGIAN E (Soalan no.9)
JAWAPAN CALON 1:
Jadual 1 dan Jadual 2 menafsirkan tentang hubung kait keluasan
tanaman dengan pengeluaran hasil tanaman dari tahun 1997 hingga
tahun 1999.
Jumlah keseluruhan keluasan kawasan tanaman utama dan
pengeluaran hasil tanaman utama menunjukkan pola meningkat. Bagi
jumlah keluasan tanaman utama pada tahun 1997 menunjukkan
keluasan seluas 5,341,000 hektar dan meningkat kepada 5,696,000
hektar pada tahun 1999. Perbezaan peningkatan sebanyak 355000
hektar dan peratus peningkatan ialah 6.64%. Pada tahun 1997,
pengeluar hasil tanaman ialah sebanyak 10,660,000 tan metrik dan
meningkat kepada 13,083,000 tan metrik pada tahun 1999.
Perbesaan peningkatan tersebut sebanyak 2,423,000 tan metrik dan
peratus peningkatan ialah 22.72%.
Jenis tanaman yang menunjukkan pola keluasan tanaman
meningkat dan pola pengeluaran hasil tanaman meningkat ialah
kelapa sawit. Keluasan tanaman kelapa sawit pada tahun 1997 ialah
22
2,818,000 hektar dan meningkat kepada 3,312,000 hektar pada tahun
1999. Peningkatan nilai mutlak ialah sebanyak 494000 hektar dan
peratus peningkatan ialah 17.53%. Pada tahun 1997, pengeluaran
kelapa sawit ialah sebanyak 8,319,000 tan metrik dan meningkat
kepada 10,842,000 tan metrik. Peningkatan nilai mutlak ialah
sebanyak 2,523,000 tan metrik dan peratus peningkatan ialah 30.32%.
Jenis tanaman yang menunjukkan pola keluasan tanaman
menurun dan pola pengeluaran hasil tanaman menurun ialah getah.
Keluasan kawasan tanaman getah pada tahun 1997 ialah 1,593,000
hektar dan menurun kepada 1,985,000 hektar pada tahun 1999.
Perbezaan nilai mutlak ialah sebanyak -108,000 hektar dan peratus
penurunan sebanyak 6.77%. Pengeluaran getah pada tahun 1997
ialah 971,000 tan metrik dan menurun kepada 768,000 tan metrik
pada tahun 1999. Penurunan nilai mutlak ialah sebanyak -203000 tan
metrik dan peratus penurunan ialah 20.90%. Hal ini berlaku kerana
permintaan dan harga getah di pasaran antarabangsa menurun.
Keluasan tanaman dan pengeluaran hasil tanaman yang
menunjukkan pola tidak konsisten ialah kelapa. Keluasan tanaman
kelapa pada tahun 1997 ialah 189,000 hektar dan menurun sebanyak
12,000 hektar menjadi 177,000 hektar pada 1998. Peratus penurunan
ialah 6.34%. Jumlah ini meningkat sebanyak 15,000 hektar menjadi
192,000 hektar pada tahun 1999. Peratus peningkatan ialah 8.47%.
Pengeluaran kelapa pada tahun 1997 ialah 24,000 tan metrik dan
menurun sebanyak 6000 tan metrik menjadi 18,000 tan metrik pada
tahun 1998. Peratus penurunan ialah 25%. Walau bagaimanapun,
jumlah ini meningkat sebanyak 3000 tan metrik menjadi 21,000 tan
metrik pada tahun 1999. Peratus peningkatan ialah 16.66%. Hal ini
berlaku kerana faktor cuaca yang tidak menentu di samping
permintaan pasaran.
Kesimpulannya, keluasan kawasan tanaman memainkan peranan
dalam pengeluaran hasil tanaman.
23
JAWAPAN CALON 2:
Jadual 1 dan 2 masing-masing menunjukkan keluasan kawasan
tanaman utama dan pengeluaran hasil tanaman utama di Malaysia dari
tahun 1997 hingga 1999. Keluasan kawasan tanaman kelapa sawit
menunjukkan pola meningkat dari tahun 1997 ke tahun 1999.
Keluasan pada tahun 1997 ialah 2,818,000 hektar dan meningkat
kepada 3,312,000 hektar pada tahun 1999. Perbezaan nilai mutlak
ialah 494,000 hektar dan perubahan peratusan ialah 17.53%.
Pengeluaran hasil kelapa sawit pula menunjukkan pola meningkat iaitu
dari 8,319,000 tan metrik pada tahun 1997 kepada 10,842,000 tan
metrik pada tahun 1999. Perbezaan nilai mutlaknya ialah 2,523,000
tan metrik dan perubahan peratusan adalah sebanyak 30.33%.
Keluasan kawasan tanaman getah dan pengeluaran hasilnya
menunjukkan pola yang menurun. Pada tahun 1997, keluasan
kawasan tanaman getah ialah 1,593,000 hektar dan menurun kepada
1,485,000 hektar pada tahun 1999. Perbezaan nilai mutlaknya ialah
108,000 hektar dan perubahan peratusan ialah 6.78%. Hasil keluaran
getah pada tahun 1997 ialah 971,000 tan metrik dan merosot kepada
768,000 tan metrik pada tahun 1999. Perbezaan nilai mutlak ialah
203,000 tan metrik dan perubahan peratusan ialah 22.14%.
24
Penurunan keluasan kawasan dan hasil keluaran getah adalah
disebabkan terdapat getah tiruan di pasaran. Harga getah tiruan lebih
rendah daripada harga getah asli dan pemintaan turut menurun dan
menyebabkan keluasan kawasan tanaman dan hasil keluarannya turut
menurun.
Keluasan kawasan tanaman dan hasil keluaran bagi kelapa
menujukkan pola tidak konsisten. Pada tahun 1997, keluasan kawasan
tanaman kelapa ialah 189,000 hektar dan merosot kepada 177,000
hektar pada tahun 1998. Perbezaan nilai mutlak ialah 12,000 hektar
dan pernbahan peratusan ialah 6.35%. Hasil keluaran kelapa pada
tahun 1997 ialah 24,000 tan metrik merosot kepada 18,000 tan metrik
pada tahun 1998. Perbezaan nilai mutlah ialah 6,000 tan metrik dan
perubahan peratusan ialah 25.0%. keluasan kawasan tanaman kelapa
meningkat dari 177,000 hektar pada tahun 1998 kepada 192,000
hektar pada tahun 1999. Perbezaan nilai mutlak ialah 15,000 hektar
dan perubahan peratusan ialah 8.48%. Hasil keluaran kelapa pada
tahun 1999 ialah 18,000 tan metrik dan meningkat kepada 21,000 tan
metrik pada tahun 1999. Perbezaan nilai mutlak ialah 3,000 tan metrik
dan perubahan peratusan ialah 16.67%. Keadaan ini adalah
disebabkan permintaan pengguna yang sentiasa berubah.
Pada tahun 1997, tanaman kelapa sawit mempunyai keluasan
kawasan tanaman yang paling luas, iaitu 2, 818, 000 hektar daripada
jumlah keseluruhan 5,341,000 hektar iaitu 52.76% daripada jumlah
keseluruhan. Hasil keluaran kelapa sawit juga menunjukkan hasil
paling banyak pada tahun 1997 iaitu 8,319,000 tan metrik iaitu
78.04% daripada jumlah keseluruhan 10,660,000 tan metrik. Keluasan
kawasan dan hasil keluaran kelapa menymbangkan paling sedikit.
Keluasan kawasan kelapa ialah 189, 000 hektar daripada jumlah
keseluruhan 5,341,000 hektar iaitu 3.54% daripada jumlah
keseluruhan. Hasil keluarannya ialah 24,000 tan metrik iaitu 0.23%
daripada jumlah keseluruhan 10,660, 000 tan metrik.
25
Oleh itu, tanaman kelapa sawit menymbangkan paling banyak
dari segi hasil keluaran dan keluasan kawasan tanaman.
BAHAGIAN E (Soalan no.10)
JAWAPAN CALON 1:
Jadual menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi mengikut
sektor di Malaysia pada tahun 2000 hinggga 2003.
Jumlah keseluruhan kadar pertumbuhan ekonomi di Malaysia
dari tahun 2000 hingga tahun 2003 menunjukkan perubahan tidak
konsisten. Pada tahun 2000, jumlah semua sektor ialah 30.6% dan
mengalami penurunan sehingga 6.8% pada tahun 2001 dan naik
semula pada tahun 2003 menjadi 20.8%. Perubahan ini disebabkan
oleh pihak kerajaan telah menggalakkan sektor-sektor dengan
memberi khidmat nasihat, subsidi dan sebagainya.
Bagi sektor perlombongan, kadar pertumbuhan menunjukkan
pola tidak konsisten. Pada tahun 2000, kadarnya ialah 3.1% dan
merosot kepada 2% menjadi 1.1% pada tahun 2001. Pada tahun
seterusnya, ia meningkat sebanyak 0.6% menjadikan kepada 1.7%.
Pada tahun 2003, ia menurun lagi kepada 0.2% menjadi 1.5%.
26
Perbezaan nilainya ialah sebanyak 1.6%. Hal ini disebabkan oleh risiko
yang tinggi dalam kerja-kerja melombong.
Terdapat sektor yang mengalami kadar pertumbuhan ekonomi
negatif iaitu pada tahun 2001 dan 2002. Pada tahun 2001, sektor
pembuatan mengalami kadar pertumbuhan negatif iaitu -5.5%
manakala pada tahun 2002 sektor pertanian adalah sebanyak -0.5%.
Terdapat sektor yang paling tinggi dalam tahun 2003 iaitu sektor
pembuatan dengan kadar sebanyak 8.3%. Kadar terendah pula ialah
dalam sektor pertanian iaitu 1.1%. Hal ini disebabkan oleh sektor
pembuatan banyak permintaan manakala sektor pertanian kurang
diminati.
Kesimpulannya, semua sektor penting untuk membangun
negara. Walaupun pertumbuhannya tidak konsisten, kerajaan harus
memberi perhatian pada semua sektor.
JAWAPAN CALON2:
Berdasarkan jadual yang diberikan, semua sektor telah
mengalami kadar pertumbuhan yang tidak konsisten. Sebagai contoh,
kadar pertumbuhan sektor perkhidmatan pada tahun 2000 ialah 4.8%
manakala pada tahun 2001 pula menjadi 3.4%. Seterusnya pada
tahun berikutnya meningkat sedikit kepada 3.8% dan mendadak naik
kepada 5.2%. Keadaan ini disebabkan oleh minat golongan pekerja
yang berbeza-beza dan juga pasaran ekonomi dunia yang sering
berubah.
Bagi sektor pertanian pula, ia juga mengalami kadar
pertumbuhan yang tidak konsisten. Pada tahun 2000, kadarnya
sebanyak 0.6% dan meningkat sebanyak 2.9% dan menjadi 3.5% pada
tahun berikutnya. Manakala pada tahun 2002 pula, kadar
pertumbuhannya menurun kepada -0.5% dan naik semula kepada
27
1.1% pada tahun akhir. Perubahan ini disebabkan kemajuan teknologi
dan kemelesetan ekonomi.
Selain itu, terdapat kadar pertumbuhan yang paling tinggi dalam
tahun 2003 iaitu sektor pembuatan sebanyak 8.3%. Manakala kadar
pertumbuhan yang terendah pula ialah dalam sektor pertanian iaitu
1.1%. Kadar pertumbuhan paling tinggi disebabkan oleh sambutan
yang tinggi terhadap keluaran sektor pembuatan manakala kadar
pertumbuhan paling rendah pula disebabkan oleh keadaan iklim yang
tidak menentu telah mempengaruhi sektor pertanian.
Keadaan yang hampir sama juga berlaku dalam tahun 2002.
Sektor paling tinggi kadar pertumbuhan ekonominya ialah pembuatan
iaitu sebnayak 4.9%. Manakala kadar pertumbuhan yang paling
rendah ialah sektor pertanian iaitu -0.5%. Hal ini disebabkan minat
yang berbeza daripada golongan pekerja. Mereka lebih gemar bekerja
di kilang-kilang berbanding bekerja sebagai petani. Jadi, keadaan ini
telah mempengaruhi tahun 2002.
Sebagai kesimpulan, keadaan yang tidak konsisten bagi semua
sektor ini hendaklah dipandang serius kerana ia akan mempengaruhi
kemajuan ekonomi negara kita.
28