bahan manipulatif
TRANSCRIPT
TUGASAN 1MEMILIH 3 MASALAH BERBENTUK KEMAHIRAN BERFIKIR BERARAS
TINGGI DAN SELESAIKAN DENGAN MENGGUNAKAN SEKURANG-
KURANGNYA DUA STRATEGI YANG BERLAINAN BAGI SETIAP
MASALAH.
1
Soalan 1
En. Lim memiliki kedai tayar yang mempunyai sejumlah basikal dan beca untuk dijual. Di
kedainya, dia mempunyai koleksi 27 tempat duduk dan 60 roda kesemuanya. Tentukan
berapa banyak basikal dan berapa banyak beca yang dijual di kedainya.
STRATEGI TEKA DAN UJI
Rajah1:.gambar basikal rajah 2 :.gambar basikal
Langkah 1: Memahami masalah
Langkah awal dalam penyelesaian masalah ini ialah memahami masalah tersebut.
Bandingkan ciri-ciri beca dan basikal mengikut ciri-ciri yang diberi dalam soalan iaitu
berapakah bilangan roda yang ada pada sebuah basikal dan beca. Kita juga harus tahu
bilangan tempat duduk yang ada pada sebuah basikal dan beca. Berpandukan gambar
diatas,
dapat dijelaskan disini bahawa sebuah basikal mempunyai dua roda iaitu
roda depan dan roda belakang.
beca mempunyai tiga roda iaitu dua roda di belakang dan satu roda di hadapan.
Dari segi tempat duduk pula, basikal dan beca masing-masing mempunyai satu
tempat duduk kesemuanya.
kedai En. Lim mempunyai 60 roda.
27 tempat duduk yang merangkumi tempat duduk basikal dan beca.
Ini bererti, jumlah beca dan basikal yang dihasilkan mesti 27 buah.
2
STRATEGI 1
Langkah 2: Merancang strategi
Membina jadual memudahkan kita menggunakan strategi teka dan uji supaya tidak
mudah keliru. Kita adaptasikan data yang kita teka di dalam jadual supaya ia kelihatan
kemas dan tersusun.
Bina jadual yang memudahkan kita memahami informasi yang diberi. Pastikan
semua petunjuk yang diberi dalam soalan dimasukkan di dalam jadual.
Operasi yang digunakan ialah tambah ( + ) dan darab ( x ) sahaja.
langkah 3: Melaksanakan strategi penyelesaian
Bilangan basikal Bilangan beca Bilanga roda
15 12 (15 x 2) + (12 x 3) = 66
16 11 (16 x 2) + (11 x 3) = 65
17 10 (17 x 2) + (10 x 3) = 64
18 9 (18 x 2) + (9 x 3) = 63
19 8 (19 x 2) + (8 x 3) = 62
20 7 (20 x 2) + (7 x 3) = 61
21 6 (21 x 2) + (6 x 3) = 60
3
Jika lihat jadual di atas teka dan uji, kita harus meramalkan bilangan basikal kemudian
darabkan dengan dua iaitu bilangan roda yang ada dalam sebuah basikal. Jika
diekspresikan dalam ayat matematik :,
( bilangan basikal x bilangan roda sebuah basikal) =
Bilangan beca pula harus didarabkan dengan dengan bilangan roda sebuah
beca. Jika di ekspresikan dalam ayat matematik :,
(bilangan beca x bilangan roda sebuah beca) =
Kesimpulannya,( bilangan basikal x bilangan roda sebuah basikal) + (bilangan
beca x bilangan roda sebuah beca) = jumlah semua roda
Kita harus meneka bilangan basikal dan bilangan beca supaya jumlah bilangan
semau roda ialah 60
Jadi, bilangan semua basikal ialah 21 buah dan bilangan semua beca ialah 6
untuk menjadikan bilangan semua roda 60.
(21 x 2) + (6 x 3) = 6
Langkah 4 : Menyemak semula
Semua maklumat penting yang dinyatakan dalam soalan telah dikenalpasti
dengan betul.
Semakan semula pengiraan menggunakan kaedah terbalik
(21 x 2) + (6 x 3) = 60
(21 x 2) = 42 dan (6 x 3) = 18
(42 ÷ 2) =21 dan (18 ÷ 3) = 6
(21 + 6) = 27 tempat duduk
Oleh itu, jawapannya adalah betul.
4
STRATEGI MELAKONKAN MASALAH
Langkah 1: Memahami masalah
Mengetahui bilangan roda yang ada pada sebuah basikal dan beca
Mengetahui bilangan tempat duduk yang bagi basikal dan beca
Membayangkan bilangan basikal dan beca yang terhasil daripada 27 kerusi dan
60 roda.
Langkah 2: Merancang masalah
Strategi yang digunakan ialah melakonkan masalah.
- sediakan 27 tempat duduk.
- 60 roda
- gambar basikal dan beca.
Langkah 3 : Melaksanakan masalah
1. Pertama,di dalam sebuah kedai, terdapat 27 kerusi dan 60 roda.
2. Kedai En. Lim menjual basikal dan beca.
3. Basikal memerlukan 2 tayar manakala beca pula memerlukan 3 tayar.
4. Kedua-duanya hanya memerlukan 1 kerusi.
5. Lihat gambar dibawah supaya anda mendapat gambaran dengan lebih jelas lagi.
5
STRATEGI 2
6. Cuba anda bahagikan 27 kerusi dan 60 kerusi 9 tadi pada basikal dan beca.
7. Hasil yang anda akan dapat ialah,21 basikal dan 6 beca.
Langkah 4:Semak jawapan
Semua maklumat penting telah dikenalpasti
Bilangan basikal(21) + bilangan beca(6) = 27 buah (jumlah tempat duduk)
(22 x 2) + (7 x 3) = 60 (bilangan roda)
Gambarajah dilabel dengan betul dan diwarnakan dengan jelas
Oleh itu, jawapannya adalah betul dan tepat
JUSTIFIKASI
Strategi yang paling terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah strategi kedua iaitu
strategi penyelesaian melakonkan masalah. Strategi ini lebih mudah difahami dan
senang untuk dilihat. lakonan membantu mengembangkan minda supaya maklumat
diterjemahkan dalam bentuk gambaran minda. Cara ini terus menjurus kepada jawapan
berbanding dengan cara lain yang mengelirukan orang lain terutamanya murid-murid
sekolah rendah.
6
SOALAN 2
Ah Chong mengoyak beberapa helaian daripada sebuah buku . Helaian tersebut adalah
berturutan . Muka surat pertama yang dikoyaknya adalah 365 . Diketahui bahawa muka
surat terakhir yang dikoyak boleh ditulis menggunakan digit yang sama dalam turutan
berbeza. Cari bilangan helaian yang dikoyak oleh Ah Chong. (setiap helaian
mengandungi dua muka surat) .
Strategi Simulasi
Langkah 1 – Memahami masalah
Muka surat pertama yang dikoyak : 365
Muka surat terakhir yang dikoyak : digit yang sama dalam turutan berbeza.
Setiap helaian mengandungi : 2 muka surat
? : Helaian yang dikoyak.
Langkah 2 – Merancang strategi1 helaian mewakili = 2 muka surat
Kami menganggarkan 4 nilai dan cuba terbalikkan nombor yang diberi dalam soalan dan
mengambil nombor yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah .
Langkah 3 – Melaksanakan strategi
365 563 ( muka surat terakhir )536653 ꗷ 536 - 365 = 172
635 172 ÷ 2 = 86 helai
Langkah 4 – Menyemak jawapan
86 helai x 2 = 172 muka surat
7
STRATEGI 1
Strategi Memudahkan Masalah
Langkah 1 – Memahami Masalah
Muka surat pertama yang dikoyak : 365
Muka surat terakhir yang dikoyak : digit yang sama dalam turutan berbeza.
Setiap helaian mengandungi : 2 muka surat
? : Helaian yang dikoyak.
Langkah 2 – Merancang Strategi
1 helaian mewakili = 2 muka surat
Kami menganggarkan turutan nilai dan cuba terbalikkan nombor yang diberi dalam
soalan dan mengambil nombor yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah.
Langkah 3 – Melaksanakan Strategi
Muka surat terakhir yang diambil : 536
365 - 366 = 1 helaian
535 - 536 = helaian yang terakhir
1 helaian = 2 muka surat
? helaian = 170 muka surat
170 m/s ÷ 2 = 85 helaian , tambah lagi helaian pertama yang terkoyak ,
Maka , 85 + 1 = 86 helaian .
Langkah 4 – Menyemak Jawapan
86 helaian × 2 muka surat = 172 muka surat .
8
Mempunyai 170 muka surat di antara helaian pertama dan helaian terakhir .
STRATEGI 2
Justifikasi :
Soalan masalah bukan rutin ini telah digunakan 2 strategi yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah ini. Strategi yang pertama ialah menggunakan strategi
menjalankan simulasi. Strategi yang kedua ialah menggunakan strategi memudahkan
masalah. Pada pandangan saya, saya berasa strategi yang pertama lebih sesuai untuk
menyelesaikan masalah ini. Strategi pertama adalah menggunakan strategi
menjalankan simulasi. Menjalankan simulasi/melakonkan adalah strategi yang paling
berkesan untuk melihat pola perubahan dan keseluruhan masalah dapat dihayati
dengan jelas. Dengan menggunakan model konkrit, ianya mempermudahkan
penyelesaian masalah tersebut .
9
SOALAN 3
Jika Ahmad memerlukan 3 jam untuk mengecat 9 meter dinding, berapakah jumlah
masa yang diperlukan untuk 3 orang lelaki mengecat 12 meter dinding .
( kadar mengecat Ahmad dan 3 orang lelaki ini adalah sama ).
Strategi Cuba Jaya
Langkah 1 – Memahami masalah
3 jam untuk mengecat 9 meter dinding
masa yang diperlukan untuk 3 orang lelaki mengecat 12 meter dinding
kadar mengecat Ahmad dan 3 orang lelaki ini adalah sama.
Langkah 2 – Merancang strategi
Kami menganggarkan beberapa nilai dan cuba gantikan dalam soalan sebanyak dua
kali untuk dapatkan yang tepat.
Langkah 3 – Melaksanakan strategi
a) 12 meter ÷ 3 orang b) 1 jam = 3 meter
= 4 meter Maka = 3 jam x 3 meter
1 jam = 3 meter = 9 meter
baki 1 meter setiap seorang = 12 meter – 9 meter = 3 meter
maka 3 meter = 1 jam = 1 meter = 1 jam ( 60 minit )
jumlah masa = ??? 3
= 20 minit (jawapan yang
tepat kerana kadarnya
mengecatnya sama dengan
Ahmad)
10
STRATEGI 1
Langkah 4 – Menyemak jawapan
1 jam + 20 minit
Maka 3 orang lelaki memerlukan 1 jam 20 minit masing – masing untuk
mengecat 12 meter dinding.
Strategi Melukis Gambarajah
Langkah 1 – Memahami Masalah
3 jam untuk mengecat 9 meter dinding
masa yang diperlukan untuk 3 orang lelaki mengecat 12 meter dinding
kadar mengecat Ahmad dan 3 orang lelaki ini adalah sama.
Langkah 2 – Merancang StrategiKami menggunakan beberapa gambar dan cuba gantikan dalam soalan untuk
dapatkan yang tepat.
Langkah 3 – Malaksanakan Strategi
11
Mengecat 9 meter dinding dalam 3 jam . Maka , 1jam = 3 meter
Mengecat 12 meter dinding , Maka , seorang kena mengecat 4 meter . 1 jam = 3 meter , ini maksud setiap orang akan guna 1 jam . jumlah masa yang terambil bagi tiga orang adalah 1 jam untuk 9 meter .
STRATEGI 2
Tinggal lagi 3 meter yang belum mengecat ( maksudnya ada lagi 1 jam )
Akhirnya , seorang perlu 1 jam 20 minit untuk mengecat 12 meter dinding .
Langkah 4 – Menyemak jawapan 1 jam + 20 minit
Maka 3 orang lelaki memerlukan 1 jam 20 minit masing – masing untuk
mengecat 12 meter dinding.
Justifikasi : Soalan masalah bukan rutin ini telah digunakan 2 strategi yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah ini. Strategi yang pertama ialah menggunakan strategi cuba
jaya. Strategi yang kedua ialah menggunakan strategi melukis gambarajah. Pada
pandangan saya, saya berasa strategi yang kedua lebih sesuai untuk menyelesaikan
masalah ini. Strategi kedua adalah menggunakan strategi melukis gambarajah. Dengan
melukis gambarajah kita dapat melihat pergerakan masalah tersebut secara tersusun. Ia
akan menjadi lebih jelas dan lebih mudah difahami. Gambarjah akan membantu kita
memahami keseluruhan soalan yang ditanya. Ia akan menjelaskan soalan-soalan
dengan teliti.
12
1 jam( 60 minit )
20 minit
20 minit 20 minit
TUGASAN 2MEMBINA SATU MODEL FIZIKAL
DENGAN MENGGUNAKAN BONGKAH-BONGKAH 3-DIMENSI. TERANGKAN BAGAIMANA ANDA
AKAN GUNAKAN MODEL FIZIKAL INI DALAM PENGAJARAN
PEMBELAJARAN ANDA.
13
2.0. BONGKAH-BONGKAH MODEL FIZIKAL 3-DIMENSI
PERMUKAAN = 5
BUCU = 6
SISI = 12
PERMUKAAN = 5
BUCU = 6
SISI = 12
PERMUKAAN = 5
BUCU = 6
SISI = 9
Penerangan
Kumpulan kita membina model fizikal iaitu telefon bimbit dengan menggunakan
bongkah-bongkah 3-dimensi. Model fizikal ini membantu kita untuk pengajaran dan
pembelajaran kepada murid-murid tahap 1 ataupun prasekolah. Melalui model ini murid-
murid boleh mengenal nombor. Murid juga minat belajar untuk mengenal nombor.
Apabila seorang anak kecil praformal berjaya menguasai asas nombor dan
juga kemahiran mengira lebih awal dari rakan sebayanya dengan menggunakan model
telefon bimbit yang kumpulan kita. Murid-murid juga akan lebih bersedia untuk
memahami subjek matematik di sekolah rendah kelak. Dalam erti kata lain, kanak-kanak
praformal yang sudah mula berjinak dengan nombor dan kemahiran mengira seawal
usia dua atau tiga tahun akan memiliki kelebihan yang jelas apabila mereka mula
mempelajari subjek matematik secara lebih formal dan teratur di tadika dan
kemudiannya di sekolah rendah dengan menggunakan model fizikal telefon bimbit.
Menggunakan model fizikal telefon bimbit dalam subjek matematik murid-murid juga
harus dikuasai secara bertahap yakni sebelum kanak-kanak boleh melakukan operasi
tambah, tolak, darab, bahagi serta menggunakan formula matematik yang lebih
kompleks - mereka perlu menguasai tahap yang lebih asas dahulu seperti konsep
nombor dan juga kemahiran mengira. Melalui model fizikal telefon bimbit yang kita buat
juga murid minat untuk belajar mengenal nombor dengan cara sentuh benda itu dan
14
minat apabila nampak alat tersebut. Pengenalan nombor sangat penting untuk kanak-
kanak kerana pengenalan nombor adalah asas untuk murid-murid tahap 1. Apabila
murid-murid mengenal nombor baru seseorang murid dapat belajar bab matematik yang
lain dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana itu penggunaan model fizikal
telefon bimbit sangat membantu untuk murid-murid untuk mengenal nombor.
Dengan itu juga model fizikal ini juga boleh menggunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Ini disebabkan oleh ramai dikalangan kanak-kanak menggunakan
telefon bimbit dalam keadaan baik dan perkara-perkara yang buruk. Oleh sebab itu guru
boleh menunjukkan alat ini sebagai bahan bantu belajar untuk menulis karangan
penggunaan telefon bimbit di kalangan kanak-kanak. Murid lebih minat untuk membuat
karangan dan cepat membuat karangan tersebut.
Akhirnya hasil model fizikal ini dapat membantu dalam pengajarn bahasa dan
matematik. Ini dapat banayak kebaikan kepada kanak-kanak.
15
TUGASAN 3BAGAIMANA PENGGUNAAN BAHAN
MANIPULATIF DAPAT MENINGKATKAN PENCAPAIAN
MURID-MURID DALAM MATEMATIK.
16
PENGENALAN BAHAN MANIPULATIF
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik di sekolah rendah
menggunakan bahan manipulatif seharusnya menjadi suatu kemestian. Ramai dalam
kalangan pendidik khususnya guru matematik mengakui hakikat bahawa bahan
manipulatif adalah kunci penting kepada pengajaran kepada kanak-kanak. Perkara ini
didasari oleh teori Jean Piaget, seorang ahli psikologi dan falsafah yang banyak
mengkaji dan membahaskan ilmu berkaitan tahap kognitif kanak-kanak. Menurut Piaget
(1952) kanak-kanak memerlukan pengalaman konkrituntuk memahami istilah matematik
dan simbol matematik. Hal ini kerana, murid-murid sekolah rendah masih berada dalam
peringkat operasi konkrit di mana pemikiran abstrak dan hypotetikal mereka masih
belum terbina sepenuhnya. Peringkat operasi konkrit adalah dalam peringkat umur 7
tahun hingga 11 tahun iaitu julat umur bagi kebanyakan murid-murid sekolah rendah.
Pemikiran hypotetikal ialah pemikiran di mana seseorang itu berfikir berdasarkan situasi
atau idea yang boleh diimaginasi berbanding yang realistik dan benar. Daya imaginasi
pada peringkat kanak-kanak adalah lebih rendah berbanding orang lebih dewasa.
Menurut Heddens (2005) bahan manipulatif ialah model konkrit yang melibatkan konsep
matematik, menarik kepada beberapa deria serta boleh disentuh dan digerakkan oleh
murid-murid. Pada masa sekarang, bahan manipulatif digunakan dalam pengajaran
matematik telah diterima yang boleh diguna pakai sebagai satu kaedah yang akan
membantu murid-murid belajar matematik dengan lebih bermakna. Pendek kata, bahan
manipulatif membantu murid-murid membina imej mental yang lebih jelas untuk
memahami idea-idea dan konsep-konsep matematik (Weiss, 2006)
17
JENIS-JENIS BAHAN MANIPULATIVE
ABAKUS
Bermula di negeri China dan dikenali dengan nama abakus atau cipoa. Digunakan untuk
membuat penambahan dan penolakan dan terdiri daripada beberapa biji bebola kayu
yang boleh digerakkan. Enam Sebab Utama Penggunaan Abakus Dan Aritmetik Mental
dalam Pengajaran & Pembelajaran Matematik iaitu penumpuan, ingatan, gambaran dan
inspirasi, pemerhatian, kepantasan, membaca dan mendengar. Semua deria utama
digunakan apabila mengendalikan abakus. Oleh itu, ia akan meningkatkan penumpuan
murid. Kedua--dua otak kiri dan otak kanan aktif apabila menggunakan abacus. Otak
kanan mengingati corak dan imej manakala otak kiri mengira secara mental.
DEKAK-DEKAK
Penggunaan dekak-dekak yang efisien membolehkan murid-murid membezakan
nilai tempat tersebut dengan senang. Murid juga boleh membanding-beza yang mana
satu nilai yang lebih besar dan lebih kecil. Bukan itu sahaja, murid juga dapat
menggunakan dekak-dekak ini untuk menambah atau menolak nombor. Guru perlu
menyediakan manic atau polysterene yang digunakan untuk dimasukan dalam palang
dengan dua atau tiga warna yang berbeza. Hal ini demikian kerana untuk membezakan
setiap nilai nombor. Secara tidak langsung pengguna warna yang pelbagai
menyenangkan murid untuk membezakan dan dapat menarik minat murid untuk
menumpukan dengan penuh perhatian.
Selain itu, dekak-dekak ini amat mudah dibawa oleh guru kerana ringan dan
boleh dibuat mengikut saiz yang dikehendaki. Selain itu, cara pembuatannya juga
mudah dan senang. Jika saiz yang ingin dibuat oleh itu banyak dekak-dekak yang boleh
dicipta, oleh itu guru boleh menggunakan kaedah kooperatif tetapi dalam jumlah murid
yang sedikit. Hal ini demikian kerana, jika jumlah murid yang sikit dalam sesuatu
18
kumpulan, setiap murid berpeluang untuk merasai pengalaman sendiri menggunakan
dekak-dekak tersebut.
BLOK DIENES
Blok Dienes adalah salah satu alat peraga yang boleh digunakan untuk menanamkan
konsep penjumlahan, pengurangan, perkalian, dan pembagian. Alat peraga ini cukup
berkesan untuk pelajar SD kelas rendah, anak boleh bereksplorasi dan mencari sendiri
konsep yang perlu dikuasai, sehingga belajar menjadi lebih menyenangkan bagi anak.
Halangan pada umumnya adalah kerana biasanya sekolah tidak mempunyai dalam
jumlah banyak, tidak semua pelajar dapat menggunakannya dengan leluasa. Dewasa ini
telah berkembangkan program visualisasi blocks dienes dengan komputer, untuk
mengatasi keterbatasan tersebut.
KESAN PENGGUNAAN BAHAN MANIPULATIF
19
Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PnP) yang menarik dan kondusif sangat
digalakan semasa interaksi di dalam kelas kerana dengan suasana yang menarik, para
guru dapat menarik perhatian murid-murid untuk lebih fokus ketika pembelajaran
berlaku. Selain itu, untuk menghasilkan pembelajaran dan Pengajaran yang menarik,
seseorang guru memerlukan bahan bantu mengajar untuk menjayakan proses PnP.
Memilih dan menyediakan bahan manipulatif yang sesuai akan dapat mewujudkan
suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif
merupakan aspek yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-murid dapat
belajar dan menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu,
murid-murid yang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat
belajar dengan baik.
Terdapat beberapa jenis bahan manipulatif yang guru boleh gunakan untuk sesi
pembelajaran dan pembelajaran matematik berjalan. Antara jenis bahan manipulatif
yang boleh digunakan adalah Alat bantu mengajar bukan elektronik. Apa yang dikatakan
dengan bahan bukan elektronik adalah model tiga dimensi, (yang mudah alih dan
mudah dibawa dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan
sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi).
Bahan manipulatif ini sering digunakan kerana bahan ini berbentuk maujud dan
mudah dibuat dan murid akan lebih tertarik dengan bahan yang berbentuk maujud
kerana mereka boleh pegang sendiri dan merasa sendiri bahan tersebut dengan tangan
mereka sendiri. Selain itu, cara memilih bahan ini juga perlu kreatif dan pemilihan warna
sangat penting seperti kombinasi warna yang ceria tetapi tidak terlalu serabut.
Bukan itu sahaja, penggunaan bahan manipulatif memudahkan guru kerana lebih
jimat penggunaan kertas dan lebih cepat untuk mengajar. Selain itu, dengan
penggunaan bahan manipulatif guru juga boleh menjadikan bahan tersebut sebagai
bahan yang berinteraktif dimana terdapat interaksi dua hala iaitu murid-murid memberi
maklum balas pada bahan manipulatif yang diberi oleh guru. Oleh itu, kelas akan
menjadi lebih kondusif dan lebih ceria dengan berlakunya interaksi dua hala di dalam
20
kelas. Terdapat banyak kepentingan yang dapat diperolehi penggunaan bahan
manipulatif dalam proses pembelajaran dan pembelajaran.
Matapelajaran matematik memerlukan lakonon sebagai bahan iaitu simulasi
penggunaan wang semasa membeli-belah dan sebagainya. Hal ini sangat penting
kerana bahan yang seperti ini memerlukan murid untuk terlibat secara keseluruhan dan
secara tidak langsung murid akan lebih memahami kerana mengalami sendiri
pengalaman tersebut. Selain itu, pameran juga boleh dijalankan. Sebagai contoh, guru
boleh mengadakan minggu matematik. Pada minggu itu, pelbagai info tentang
matematik boleh diketengahkan sebagai contoh pameran bentuk-bentuk yang dipelajari
dalam matematik, kepelbagaian bacaan ukuran, timbangan dan panjang. Penggunaan
bahan manipulatif memberi pengalaman dan bahan sebenar walaupun tidak digunakan
secara berkala kerana bahan seperti ini tidak memakan masa guru, namun impak dan
manfaat yang dapat diperoleh oleh murid sangat banyak dan memberikan kesan yang
positif terhadap pembelajaran murid tersebut
Oleh itu, seseorang guru itu perlu kreatif dalam penggunaan bahan manipulatif yang
menarik, berguna dan memberi manfaat kepada murid untuk murid tersebut dapat
menguasai dalam pelajaran matematik. Bukan itu sahaja, guru yang hebat juga perlu
menyesuaikan bahan tersebut dengan tahap pemikiran murid agar murid dapat
mengikuti pelajaran dengan lancar.
Apabila seseorang guru tersebut memilih bahan manipulatif, guru tersebut perlu
memberi perhatian kepada warna untuk menarik murid agar tertarik dengan sesi
Pembelajaran dan Pengajaran. Setiap warna memberi makna yang berlainan, apabila
guru menggunakan warna yang ceria dan terang, murid akan lebih terangsang dan
bersemangat berbanding penggunaan warna yang gelap dan malap akan membuatkan
murid lesu dan tidak berminat dengan pembelajaran yang guru sedang mengajar.
Contoh bahan yang sering digunakan sewaktu proses pembelajaran dan
pengajaran adalah cara penggunaan abakus. Abakus dipilih kerana bahan ini memberi
impak yang besar kepada murid pada peringkat permulaan pembelajaran matematik.
Antara kelebihan penggunaan abakus adalah dapat meningkatkan kemahiran pengiraan
dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid. Murid juga
21
dapat mengira dengan pantas, meningkatkan penggunaan otak kanan murid dan
penglibatan semua deria utama murid ketika mengendalikan abakus. Ini dapat
meningkatkan daya kreativiti murid dalam menyelesaikan masalah menggunakan
abakus.
Penggunaan dekak-dekak ini hampir sama dengan penggunaan abakus atau
lebih dikenali sebagai sempoa. Inovasi cara penggunaan boleh digunakan untuk
mendapatkan hasil yang lebih baik dan lebih kreatif agar mendapat cara baru untuk
mengajar murid-murid di sekolah. Sekolah-sekolah juga telah menyediakan jumlah
dekak-dekak yang banyak kerana fungsi penggunaan dekak-dekak telah terbukti
keberkesananya dalam subjek matematik. Penggunaan dekak-dekak juga boleh
digunakan tanpa pengawasan guru secara terperinci kerana dekak-dekak tidak
membahayakan murid-murid. Dekak-dekak merupakan satu alat yang selamat
digunakan untuk semua lapisan umur.
Bahan manipulatif lain dalam matematik yang sering digunakan adalah Blok
Dienes. Blok dienes adalah salah satu alat bantuan yang boleh digunakan untuk
memantapkan lagi konsep penambahan, penolakan, darab, mahupun bahagi. Alat
bantuan ini cukup berkesan untuk pelajar sekolah rendah, murid-murid boleh
bereksperimen dan mencari sendiri konsep yang perlu dikuasai, sehingga belajar
menjadi lebih menyenangkan bagi kanak-kanak. Pada umumnya adalah alatan ini
mempunyai jumlah yang banyak di sekolah oleh itu, tidak semua pelajar dapat
menggunakannya dengan selesa. Murid-murid apabila menggunakan blok dienes,
mereka berpeluang untuk memanipulasi objek - satu teknik penting dalam pembelajaran
prinsip-prinsip asas matematik, terutama di peringkat awal perkembangan kognitif.
Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan alat manipulatif berkurangan semasa
mereka bergerak kepada pembelajaran tinggi.
Saya juga percaya bahawa subjek Matematik memerlukan pembinaan konsep
asas yang kukuh. Tidak dapat dinafikan bahawa kefahaman konsep di dalam matematik
adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Para pendidik juga sedia maklum
bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang
kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri
melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. Oleh sebab itu, saya
22
berpendapat bahawa pembinaan konsep Matematik boleh diperjelaskan melalui
penggunaan bahan resos yang bersifat konkrit. Ini kerana bahan konkrit atau manipulatif
boleh dipegang dan disentuh oleh murid menggunakan pancaindera sekaligus mereka
akan merasai, berfikir, membentuk dan membina pemahaman konsep Matematik
tersebut. Contoh bahan manipulatif yang terbaik ialah rod Cuissenaire, papan geo dan
sebagainya. Guru juga boleh mereka cipta bahan manipulatif sendiri tanpa terikat
dengan bahan manipulatif yang telah sedia ada. Ini akan memberikan pengalaman
yang sebenar kepada murid untuk memahami sesuatu konsep asas Matematik itu.
Pada pendapat saya, guru perlu sentiasa berusaha untuk mempelajari perkara baru
terutama apabila berkaitan dengan bahan baru terutama teknologi. Ini kerana
sememangnya bahan-bahan seperti inilah yang menjadi pemudahcara ketika mengajar
kelak.
23