bahasa cina

35
PERANCANGAN 5 TAHUN AKTIVITI KOKURIKULUM PERSATUAN BAHASA CINA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN DISEDIAKAN OLEH

Upload: zamzuri-ahmad

Post on 22-Dec-2015

794 views

Category:

Documents


41 download

DESCRIPTION

persatuan dalam kokurikulum

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Cina

PERANCANGAN 5 TAHUN AKTIVITI KOKURIKULUM

PERSATUAN BAHASA CINA

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN

DISEDIAKAN OLEH

ENCIK NG KAM FOOKSMK DATUK MUHAMMAD YUSOF

Page 2: Bahasa Cina

PUAN ER SAN SANUNIT KURIKULUM JPNS

PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan dasar bahawa pendidikan yang diberikan kepada para pelajar seharusnya seimbang dan menyeluruh dalam segala potensi diri. Persatuan merupakan aktiviti kokurikulum yang dapat mengembang dan memperkukuh bakat pelajar di luar waktu sekolah untuk mempelajari kemahiran tambahan yang amat penting untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin, berkarisma, berkeyakinan dan berketrampilan.

Persatuan Bahasa Cina ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang dapat menggunakan Bahasa Cina secara berkesan untuk berfikir, berkomunikasi, menghayati kebudayaan serta berupaya menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi . Di samping itu, melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dipraktikkan dapat menimbulkan keseronokan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan adanya penulisan Modul Perancangan Lima Tahun Aktiviti Persatuan Bahasa Cina, kami berharap agar guru-guru penasihat Persatuan Bahasa Cina dapat memanfaatkan modul ini dengan sebaik-baiknya. Walau bagaimanapun, guru-guru penasihat boleh mengubahsuaikan aktiviti yang dirancang mengikut kesesuaian masa, pencapaian pelajar, kreativiti dan sumber kewangan persatuan di sekolah masing-masing.

OBJEKTIF

1. Mempererat persahabatan dan persefahaman dalam kalangan ahli-ahli Persatuan Bahasa Cina.2. Memberi motivasi kepada semua ahli supaya berminat untuk mempelajari Bahasa Cina.3. Meningkatkan prestasi akademik dalam mata pelajaran Bahasa Cina.4. Mewujudkan peluang kepada ahli-ahli untuk menghayati kebudayaan masyarakat cina.5. Memberi peluang berkomunikasi secara berkesan, memberi pandangan positif dan menyelesaikan masalah.

Page 3: Bahasa Cina

6. Menyampaikan maklumat secara lisan atau bertulis serta menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan.

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

1 Minggu Suai Kenal

1. Mengenali guru-guru penasihat dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Cina.

2. Mengumpul maklumat ahli-ahli persatuan.

3. Menerangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun.

4. Menjalin hubungan mesra dalam kalangan ahli lama dengan ahli baru.

1. Pengerusi memperkenalkan guru-guru penasihat Persatuan Bahasa Cina.

2. Pengerusi memperkenalkan ahli jawatankuasa sesi persekolahan baru kepada semua ahli.

3. Guru penasihat menyampaikan surat lantikan kepada ahli jawatankuasa persatuan.

4. AJK mengedarkan borang keahlian kepada semua ahli baru.

5. Pengerusi memberitahu tempoh pemulangan borang keahlian.

6. Pengerusi menerangkan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun.

7. Menetapkan kutipan yuran tahunan.8. AJK mengendalikan permainan

mengenali kawan baru.

1. Surat lantikan AJK (Lampiran 1)2. Borang Keahlian (Lampiran 2)

Page 4: Bahasa Cina

Lampiran 1Contoh Surat Lantikan

Nama Pelajar / Tingkatan Rujukan Kami :Nama / Alamat Sekolah Tarikh :

Saudara/Saudari,

LANTIKAN SEBAGAI JAWATANKUASA PERSATUAN BAHASA CINA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari telah dilantik dengan rasminya sebagai

Pengerusi (Nama jawatan) Persatuan Bahasa Cina SMK ……………………………………….

3. Perlantikan ini berkuatkuasa bermula dari …………………… hingga ………………………….. .

4. Semoga saudara/saudari dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab demi mengharumkan nama baik persatuan sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah

Lampiran 2

Contoh Borang Keahlian

Persatuan Bahasa Cina Nama / Alamat Sekolah

Maklumat Ahli No. Ahli………...

Nama Ahli:……………………… Tingkatan:………...

Jantina:…………………………...

No. Kad Pengenalan:………………………………….

Tarikh Lahir:………………………

Agama:……………………………

Alamat:……………………………………………………………………………………………………………………….

Tarikh: Tandatangan:

Page 5: Bahasa Cina

……………………………………………….(Nama Ketua Guru Penasihat)Nama sekolah

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

2 Pertandingan Seni Kaligrafi Sempena Tahun Baru Cina(Hui Chun Bi Sai)

1. Menghayati seni kaligrafi Cina.

2. Mengembangkan kreativiti pelajar dalam bidang seni kaligrafi Cina.

3. Menghayati pengertian sebenar Tahun Baru Cina .

4. Menghargai keunikan seni kaligrafi Cina.

1. Semua pelajar Cina diwajibkan mengambil bahagian.

2. Terbahagi kepada kategori menengah rendah, kategori menengah atas dan kategori pelajar bukan Cina.

3. Pelajar dikehendaki membawa dakwat hitam Cina, berus Cina dan surat khabar lama sebagai alas.

4. Kertas merah yang telah siap digunting diedarkan kepada pelajar.

5. Pelajar dikehendaki menulis dua baris ungkapan yang mengandungi empat perkataan , tujuh perkataan dan peserta bukan Cina dikehendaki menulis satu perkataan sahaja.

6. Menjemput Pengetua sekolah untuk merasmikan pertandingan kaligrafi dengan menulis satu perkataan (contohnya ‘chun’) dalam majlis perasmian tersebut.

7. Pengumuman keputusan dan

1. Kertas Merah

2. Dakwat Cina

3. Berus Cina

4. Surat khabar lama

Page 6: Bahasa Cina

penyampaian hadiah.

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

3 Kuiz Bertulis Bahasa Cina

1. Menguasai dan meningkatkan penggunaan Bahasa Cina.

2. Menguasai semua aspek kemahiran tatabahasa, pemahaman dan kesusasteraan cina.

3. Merapatkan hubungan antara guru dengan pelajar.

4. Meningkatkan pencapaian prestasi dalam Peperiksaan PMR dan SPM.

1. Soalan-soalan Kuiz Bertulis disediakan oleh AJK.

2. Pelajar menengah rendah dan menengah atas menjawab set soalan yang sama..

3. Soalan-soalan Kuiz Bertulis Bahasa Cina sekolah menengah yang merangkumi semua aspek tatabahasa, peribahasa, sejarah perkembangan tulisan Cina, han yu pin yin dan kesusasteraan Cina klasik dan moden mengikut format Kuiz Bahasa Cina Peringkat Negeri.

4. Jumlah soalan ialah 40 soalan.5. Masa untuk menjawab ialah 1 jam.

1. Menyediakan soalan dalam bilangan yang mencukupi

2. Melantik pemeriksa

Page 7: Bahasa Cina

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

4 Pertandingan Mengarang Bahasa Cina Peringkat Sekolah

1. Pelajar mengetahui, memahami dan mengalami sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman.

2. Mencintai Bahasa Cina sebagai bahasa komunikasi yang mempunyai nilai antara bangsa.

3. Meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam penulisan karya Bahasa Cina.

4. Menambah minat mempelajari Bahasa Cina di kalangan pelajar.

1. Pertandingan mengarang Bahasa Cina dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori menengah rendah dan menengah atas.

2. Tajuk karangan ditentukan oleh guru penasihat Persatuan Bahasa Cina.

3. Sampul tajuk karangan akan dibuka dan tajuk diumumkan pada hari pertandingan.

4. Jumlah perkataan:Menengah Rendah : Tidak melebihi 700 patah kataMenengah Atas : Tidak melebihi 1000 patah kata.

5. Masa yang diperuntukkan bagi kedua-dua kategori ialah satu jam tiga puluh minit.

1.Menyediakan kertas menulis esei

2.Menetapkan tajuk karangan (boleh meminta guru Bahasa Cina dari sekolah lain menetapkan tajuk)

Page 8: Bahasa Cina

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

5 Program Membaca(Du Shu Hui)

1. Memupuk minat membaca di kalangan pelajar.

2. Menghayati kesusasteraan Cina klasik dan moden.

3. Memanfaatkan masa lapang dengan membaca hasil karya kesusasteraan Cina klasik dan moden.

4. Meningkatkan kemahiran membaca di kalangan pelajar.

5. Menambahkan bilangan buku yang dibaca dalam Program Nilam sekolah.

1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 10 orang.

2. Melantik seorang ketua, seorang pencatat dan seorang pelapor bagi setiap kumpulan.

3. Ketua mengedarkan bahan bacaan kesusasteraan Cina klasik atau moden kepada ahli kumpulan.

4. Pelajar diberikan masa 30 minit untuk membaca bahan yang diedarkan.

5. Selepas 30 minit, borang soalan diedarkan kepada setiap kumpulan.

6. Ahli-ahli dalam kumpulan dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan.

7. Pelajar membuat perbincangan yang dipengerusikan oleh ketua kumpulan dan pencatat mencatat

1.Bahan bacaan kesusasteraan cina klasik atau moden boleh dipetik dari mana-mana bahagian cerpen, novel atau petikan yang lengkap ceritanya. Jumlah perkataan tidak melebihi 3000.

2.Soalan disediakan

Page 9: Bahasa Cina

hasil perbincangan.8. Pelapor membuat laporan.9. Guru penasihat membuat ulasan.

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

6 Pertandingan Bahas Dalam Bahasa Cina Ala Parlimen Peringkat Sekolah

1. Memperkenalkan format perbahasan yang menarik dan mencabar para pelajar.

2. Melahirkan pelajar yang bakal menjadi pemimpin yang berani berhujah dan berfikiran tajam.

3. Menguasai kemahiran berhujah secara spontan.

4. Melahirkan pelajar yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah yang bernas dan teratur.

5. Melahirkan pelajar yang bertatasusila semasa berhujah.

1. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang dan seorang simpanan.

2. Peserta dalam pasukan boleh terdiri daripada pelajar menengah rendah atau menengah atas.

3. Usul perbahasan akan diberikan kepada pasukan yang bertanding dua minggu sebelum bermulanya pertandingan.

4. Cabutan undi akan dijalankan untuk menentukan pihak kerajaan dan pembangkang satu jam sebelum pertandingan.

5. Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan yang terlibat akan diberi masa untuk membuat persediaan masing-masing.

6. Pertandingan dipengerusikan oleh Yang Arif Tuan Speaker dan

1.Melantik AJK untuk mengendalikan pertandingan seperti Yang Arif Tuan Speaker, penjaga masa, pengira markah, menyusun meja kerusi mengikut pelan yang betul dan sebagainya

2.Menyediakan borang hakim

Page 10: Bahasa Cina

dibantu oleh seorang penjaga masa.

7. Guru-guru penasihat sebagai hakim.

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

7 Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Individu dan Berpasukan

1. Meluaskan pengalaman berpuisi di kalangan pelajar.

2. Membina keyakinan diri berinteraksi melalui persembahan.

3. Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang mendatangkan manfaat.

4. Mengetengahkan bakat dan kebolehan penggunaan Bahasa Cina baku dalam deklamasi sajak.

5. Menghayati keindahan puisi Bahasa Cina melalui lirik puisi yang indah dan puitis.

1. Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada pelajar menengah rendah dan menengah atas.

2. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Kategori individu terdiri daripada pelajar menengah atas manakala kategori berpasukan terdiri daripada pelajar menengah rendah yang tidak melebihi empat orang dalam satu pasukan.

3. Pelajar diberi masa yang mencukupi untuk membuat persediaan.

4. Muzik iringan dibenarkan.5. Jumlah masa persembahan bagi

kedua-dua kategori tidak melebihi 6 minit.

6. Guru penasihat sebagai hakim.

1.Mengikut peraturan dan pemarkahan pertandingan peringkat kebangsaan.

2.Pertandingan peringkat sekolah harus disempurnakan sebelum bulan Mac.

Page 11: Bahasa Cina

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

8 Demonstrasi Seni Guntingan Kertas (Jian Zhi Yi Shu)

1. Memperkenalkan seni halus masyarakat Cina.

2. Menimbulkan minat terhadap seni guntingan kertas masyarakat Cina di kalangan pelajar.

3. Menghubungkaitkan seni guntingan kertas dengan perayaan masyarakat Cina dan upacara-upacara tertentu.

4. Meningkatkan kemahiran kreatif di kalangan pelajar.

1. Pengerusi menerangkan sejarah seni guntingan kertas kepada pelajar.

2. AJK menunjukkan beberapa hasil seni guntingan kertas yang telah dikumpul.

3. AJK menyediakan corak yang terdiri daripada pelbagai motif seperti tulisan, flora, fauna, watak, abstrak dan sebagainya.

4. Pelajar menggunting corak-corak mengikut rangka yang telah siap.

5. Tampalkan corak yang telah digunting di atas kertas warna.

6. Pelajar juga boleh menampal corak tulisan yang telah digunting pada daun pintu, almari atau pada dinding.

1.Kertas merah

2.Gunting

3.Gam

Page 12: Bahasa Cina

Minggu Program Objektif

Pelaksanaan Aktiviti Catatan

9 Pertandingan Pidato Bahasa Cina

1. Memberi peluang kepada pelajar menyerlahkan bakat dan kepetahan bercakap secara teratur.

2. Membolehkan pelajar berasa lebih yakin diri dan berani mengemukakan pandangan tentang sesuatu isu atau permasalahan.

3. Mencungkil dan menyuburkan bakat yang ada di kalangan pelajar demi melahirkan pelajar yang berkaliber.

4. Menjana keupayaan berfikir secara kritis dan analitis serta mampu melahirkan idea yang

1. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori menengah rendah dan kategori menengah atas.

2. Topik pidato akan diberikan sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh pertandingan.

3. Pemidato kategori menengah rendah diberi masa 5 minit . Pemidato kategori menengah atas biberi masa 7 minit.

4. Undian giliran akan dilakukan oleh pemidato-pemidato sebelum pertandingan dimulakan.

5. Penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan, 1 markah akan ditolak bagi setiap 1 hingga 30 saat masa lebihan.

Page 13: Bahasa Cina

bernas serta bijaksana. 6. Guru penasihat sebagai hakim dalam pertandingan ini.

7. Penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

10 Pertandingan Menyanyi Lagu Mandarin(Pertandingan Kara-oke)

1. Mencungkil bakat dalam bidang seni suara di kalangan pelajar.

2. Menjalin hubungan mesra antara pelajar.

3. Memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan potensi diri.

4. Merancang hiburan yang sihat untuk mengisi masa lapang pelajar.

1. Pertandingan menyanyi solo sahaja.

2. Terbuka kepada semua pelajar menengah rendah dan menengah atas.

3. Lagu yang dipertandingkan tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak sihat.

4. Setiap peserta dikehendaki membawa VCD kara-oke sendiri.

5. Peserta diberi peluang menguji suara sekali sahaja sebelum pertandingan dimulakan.

6. Menjemput guru penasihat dan guru-guru Cina lain menjadi hakim.

7. Pengumuman keputusan.8. Penyampaian hadiah oleh guru

penasihat.

1.Meminjam perakam video dan televisyen daripada pihak sekolah atau sumber lain

2.Menggunakan Laptop dan LCD sebagai alternatif

Page 14: Bahasa Cina

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

11 Sudut Bacaan Bahasa Cina Dalam Kelas

1. Menceriakan kelas.2. Memupuk semangat

bekerjasama antara pelajar.3. Menyediakan bahan bacaan

untuk mengisi masa lapang.4. Menambah ilmu

pengetahuan.5. Menyerlahkan daya kreativiti

pelajar.6. Menghargai dan menghayati

bahan-bahan bacaan yang dapat membantu proses pembelajaran.

1. Mencari dan mengumpul bahan-bahan bacaan.

2. Pelajar dibahagikan kumpulan mengikut Tingkatan dan kelas masing-masing.

3. Ahli-ahli kumpulan melekat bahan-bahan bacaan pada kad manila yang disediakan.

4. Meletakkan bahan-bahan bacaan di sudut bacaan di kelas masing-masing.

1. Kata-kata hikmat

2. Peribahasa3. Isu-isu

semasa4. Hasil karya

pelajar5. Contoh

karangan

Page 15: Bahasa Cina

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

12 Pertandingan Keratan Akhbar

1. Meningkatkan daya kreativiti pelajar.

2. Memperoleh kemahiran mengumpul maklumat.

3. Memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama.

4. Menambahkan keratan akhbar di Pusat Sumber Sekolah.

5. Menjadikan keratan akhbar sebagai sumber maklumat yang dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1. Menerangkan syarat-syarat untuk menyertai Pertandingan Keratan Akhbar.

2. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang setiap kumpulan terdiri daripada minimum 10 orang ahli dan maksimum 15 orang ahli.

3. Topik keratan akhbar.4. Tarikh tutup penyertaan.

Page 16: Bahasa Cina

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

13 Perancangan Kem Motivasi

1. Meningkatkan daya kepimpinan di kalangan pelajar.

2. Melahirkan pelajar yang berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin dan berketrampilan.

3. Menjalin hubungan mesra antara ahli-ahli Persatuan Bahasa Cina.

4. Pembentukan sahsiah yang unggul melalui aktiviti berpasukan.

1. Membentuk ahli jawatankuasa Kem Motivasi. 2. Menerangkan tugas spesifik setiap jawatan. 3. Aspek dalam perancangan awal termasuk

3.1 Tempat3.2 Perbelanjaan3.3 Penceramah3.4 Bilangan peserta3.5 Agihan tugas3.6 Aktiviti3.7 Bayaran peserta3.8 Pengangkutan3.9 Peralatan3.10Keselamatan

4. Merancang aktiviti yang akan dijalankan dalam Kem Motivasi.

Page 17: Bahasa Cina

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

14 Kem Kaligrafi 1. Mengetahui jenis-jenis kaligrafi mengikut sejarah dinasti China.

2. Menghayati keunikan seni kaligrafi Cina.

3. Membanding dan membezakan jenis-jenis kaligrafi.

4. Menimbulkan minat terhadap seni kaligrafi di kalangan pelajar.

1. Menjemput guru kaligrafi yang berpengalaman untuk mendemonstrasi kaligrafi.

2. Pelajar belajar menulis kaligrafi.

3. Mempamerkan kaligrafi yang telah siap.

1.Kertas “jiu gong ge” disediakan

2.Dakwat Cina

3.Berus Cina

Page 18: Bahasa Cina

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

15 Pertandingan Catur Cina

1. Menimbulkan minat dalam permainan tradisional masyarakat Cina.

2. Mewujudkan persaingan sihat antara pelajar.

3. Pelajar dapat berfikiran matang dalam proses menyusun strategi sebelum bertindak.

4. Mencungkil bakat dalam permainan tradisional masyarakat Cina di kalangan pelajar.

5. Meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.

1. Pendaftaran pelajar yang menyertai pertandingan.

2. Mempamerkan jadual pertandingan.

3. Pelajar bertanding mengikut kategori.

4. Pengerusi mengumumkan keputusan.

5. Penyampaian hadiah.

1.Menyediakan set catur dalam bilangan yang diperlukan

2.Boleh meminta pelajar membawa set catur sendiri

Page 19: Bahasa Cina

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

16 Permainan Bahasa Mengikut Stesen

1. Memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan.

2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

3. Sebagai alternatif mengisi masa lapang.

1. Contoh stesen yang boleh disediakan1.1 Permainan Teka Teki1.2 Permainan Teka Silang Kata1.3 Permainan Simpulan Bahasa1.4 Permainan Menguji Kepintaran Bahasa1.5 Permainan Fonetik Han Yu Pin Yin

2. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

3. Setiap kumpulan ada seorang ketua dan pencatat.

4. Seorang petugas berada di setiap stesen untuk memberi penerangan.

5. Setiap stesen diberi masa 10 minit.6. Pelajar bergerak ke stesen lain apabila

loceng dibunyikan.7. Pencatat menyerahkan borang jawapan

setiap stesen kepada AJK.

Page 20: Bahasa Cina

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

17 Kuiz Peribahasa (Ming Ju Jing Hua)

1. Menyatakan ungkapan peribahasa dengan betul.

2. Menerangkan maksud peribahasa.

3. Mengetahui latar belakang sejarah kewujudan sesuatu ungkapan peribahasa.

4. Menggunakan peribahasa dalam pertuturan harian dan penulisan.

5. Membantu pelajar menjawab soalan bahagian peribahasa dalam PMR dan SPM.

1. Pertandingan ini dibahagikan kepada kategori menengah rendah dan kategori menengah atas.

2. AJK menyediakan set soalan peribahasa yang mengandungi 40 soalan objektif bagi kategori menengah rendah dan 60 soalan objektif bagi kategori menengah atas.

3. Soalan-soalan untuk menengah rendah merangkumi sukatan pelajaran Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 3.

4. Soalan-soalan untuk menengah atas merangkumi sukatan pelajaran Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5.

5. Masa menjawab satu jam.

Page 21: Bahasa Cina

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

18 Minggu Kebudayaan

1. Menjalin hubungan mesra antara pelajar dengan guru yang terdiri daripada berbilang kaum di sekolah.

2. Memperkenalkan kebudayaan masyarakat Cina kepada semua warga sekolah.

3. Menghayati dan menghargai khazanah kebudayaan masyarakat Cina.

4. Memberi peluang kepada semua warga sekolah untuk memahami kebudayaan masyarakat Cina.

1. Aktiviti Sebelum Minggu Kebudayaan1.1 Menubuhkan jawatankuasa Minggu

Kebudayaan.1.2 Menyediakan soalan-soalan pertandingan.1.3 Menyediakan bahan-bahan pameran seperti

barang konkrit, replika, bahan bacaan dari internet atau hasil tangan sendiri.

1.4 Membuat publisiti.2. Aktiviti Semasa Minggu Kebudayaan 2.1Perasmian Minggu Kebudayaan oleh Pengetua sekolah pada perhimpunan rasmi pagi hari Isnin. 2.2Menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Minggu Kebudayaan. 2.3Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti pertandingan teka silang kata, pertandingan catur Cina, persembahan tarian tradisional Cina, pertunjukan seni guntingan kertas dan sebagainya. 2.4Pameran yang diadakan adalah seperti pameran Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Perahu Naga, Perayaan Kuih

Page 22: Bahasa Cina

Bulan (Pesta Tanglung), pakaian tradisional masyarakat Cina, kaligrafi Cina dan sebagainya.

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

19 Menerbitkan Buletin Bahasa Cina Tahunan

1. Mencungkil bakat pelajar dalam bidang penulisan.

2. Mendapatkan sumber kewangan daripada jualan Buletin Bahasa.

3. Memupuk semangat bekerjamasa di kalangan pelajar.

1. AJK menentukan konsep buletin.

2. Mengumpul karya-karya pelajar.

3. Menyusun dan mengedit bahan-bahan yang dikumpul.

4. Menerbit buletin.5. Mengedar buletin kepada ahli.

Page 23: Bahasa Cina

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

20 Tayangan Video 1. Membuat sipnosis cerita selepas menonton tayangan.

2. Menyenaraikan watak-watak utama serta perwatakan mereka dalam tayangan tersebut.

3. Menimbulkan keseronokan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1. Menayangkan tayangan gambar VCD dengan menggunakan Laptop dan LCD.

2. Sesi soal jawab selepas tayangan.

1. Laptop2. LCD

Page 24: Bahasa Cina

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

21 Lawatan Sambil Belajar

1. Memberi peluang membuka minda pelajar.

2. Menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman pelajar.

3. Menghargai keindahan alam sekitar Malaysia.

4. Memupuk semangat cinta akan negara.

5. Mendedahkan teknik pengurusan lawatan.

1. Merancang masa, tempat, perbelanjaan dan aktiviti lawatan.

2. Mengenal pasti bilangan pelajar yang akan menyertai rombongan tersebut.

3. Menguruskan kebenaran lawatan daripada pengetua sekolah dan PPD.

4. Mengeluarkan surat kebenaran kepada ibu bapa atau penjaga.

5. Melawat ke destinasi yang telah dijadualkan.

6. Pelajar diminta membuat laporan selepas lawatan tersebut.

Lawatan sambil belajar boleh dijalankan pada hari persekolahan

Page 25: Bahasa Cina

Minggu Program Objektif Pelaksanaan Aktiviti Catatan

22 Mesyuarat Agung Persatuan

1. Melantik AJK baru.2. Membuat perancangan tahunan.

1. AJK baru dipilih oleh ahli persatuan.

2. Mengedarkan buku panduan bidang tugas AJK.

3. Merancang aktiviti tahunan pada tahun depan.