baiduri edisi pertama

16
LAWATAN BAIDURI KE 36 PDK M/S 8 & 9

Upload: lyxdes3919

Post on 18-Jun-2015

749 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Baiduri

TRANSCRIPT

Page 1: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak 1

LAWATAN BAIDURI KE 36 PDK M/S 8 & 9

Page 2: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak2

TUANKU ZARA sampai sumbangan rai anak yatim dan ibu tunggal

Anak yatim dan ibu tunggal adalah antara

golongan sasar BAI-DURI dalam melak-sanakan program ke-bajikan dan kerja amal sepanjang tahun 2009 dalam usaha memasti-kan mereka yang kurang berkemampuan dapat menjalani hidup dengan lebih sempurna.Bagi meraikan golongan

ini, BAIDURI mengam-bil langkah menyumbang sebanyak RM50,000 ke-pada anak yatim dan ibu tunggal di Perak bersem-pena dengan kedatangan Ramadan yang lalu. DYTM Raja Puan Be-

sar Tuanku Zara Salim b e r k e n a n

menyampai-kan bantuan tersebut bagi pihak BAID-URI dalam satu majlis ringkas di ke-diaman rasmi Menteri Be-sar Perak di Ipoh pada 8 Ogos.K e s e m u a

415 anak ya-tim yang hadir juga menerima beg berisi barang makanan atau“goodie bags”Tuanku Zara juga

berkenan menyerah-kan cek RM10,000 bagi pihak BAID-URI kepada Persat-uan Kebajikan Ibu Tunggal Cina Perak

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak2

Page 3: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak 3

Sebelas persatuan kebajikan di Perak yang bergiat aktif mem-bantu golongan kurang berna-

sib baik terutama golongan wanita dan kurang upaya mendapat sokongan mor-al dalam bentuk sumbangan dana dari-pada kerajaan negeri. Kesemua persatuan mendapat sum-

bangan kewangan sebanyak RM10,000 setiap satu bagi memastikan mereka dapat meneruskan program-program amal di negeri ini.Sumbangan telah disampaikan oleh

isteri Perdana Menteri Y.A.Bhg Datin Seri Rosmah Mansor sempena lawatan rasmi pemimpin nombor satu negara itu ke Ipoh pada 18 Oktober.Persatuan yang bertuah menerima

sumbangan adalah Persatuan Ibu Tung-gal Cekal Perak, Pertubuhan Orang-

11 persatuan kebajikan terima bantuan

Orang Cacat Penglihatan Ipoh, Per-satuan Untuk Insan Bermasalah Intelek, Persatuan Kebajikan Orang Cacat Manjung, Pertubuhan Kebaji-kan Anak-Anak Yatim Berlian Ayer Tawar, Society of Caring Hands Ipoh, Persatuan Kebajikan Orang Islam Kampar, Rumah Anak Yatim Nur Hi-dayah, Persatuan Kebajikan Warga Tua Seri Bahagia Ipoh, The Salvation Army dan Sikh Single Mother Asso-ciation.Datin Seri Rosmah memeriahkan

suasana dengan memenuhi perminta-an untuk beliau mendendangkan se-buah lagu bertajuk “Ruang Rindu” yang dipopularkan oleh band terkenal Indonesia Letto.Antara yang hadir di majlis tersebut

adalah Yang DiPertua BAIDURI Da-tin Seri Saripah Zulkifli, ahli BAID-URI, ahli PERKEP (Persatuan Kelu-arga PDRM) dan PUSPANITA.

Page 4: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak4

Tiga lagi Pusat Anak Permata Negara (Per-mata) akan dibina

tidak lama lagi menjadikan empat kemudahan seumpa-manya di Perak. Pusat Permata yang per-

tama di Perak adalah di Ber-cham, Ipoh yang beroperasi sejak awal 2008 Lokasi di mana pusat Per-

mata tersebut bakal dibina adalah Teluk Intan, Hilir

Perak, Pengkalan Hulu, Hulu Perak dan Pulau Pangkor, Manjung. Sebanyak RM200 juta peruntukan

telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat bagi tujuan membina ketiga-tiga pusat Permata tersebut. “Ketiga-tiga ini akan dibina serentak

dan kita jangkakan kerja tanah akan bermula pada tahun ini,” kata Pengerusi BAIDURI Datin Seri Saripah Zulkifli. Sebelum itu, beliau mengumumkan

berita gembira kepada penduduk Pang-kor mengenai pembinan pusat Permata di pulau itu tidak lama lagi. “Kita amat berterima kasih kepada ker-

ajaan pusat terutama Datin Seri Rosmah

Tiga lagi pusat anak pemata bakal dibina

di Perak

Dengan kualiti pembelajaran yang

disediakan, satu kerugian besar jika ada ibubapa yang

tidak merebut pelu-ang menghantar anak mereka ke

pusat ini,

Mansor kerana meluluskan tiga lagi pu-sat Permata di Perak termasuk di Pang-kor. Dengan kualiti pembelajaran yang disediakan, satu kerugian besar jika ada ibubapa yang tidak merebut peluang menghantar anak mereka ke pusat ini,” kata Datin Seri Saripah.Pusat Permata menyediakan perkhid-

matan pengasuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan sedang diperkembangkan secara berperingkat ke seluruh negara bermula di kawasan luar bandar. Pusat Per-mata yang d ipe lopo r i oleh isteri Perdana Men-teri Y.A.Bhg Datin Seri Ros-mah Mansor ini adalah pro-jek perintis yang beroperasi sejak 1 Mac 2007 den-gan keutamaan di-berikan kepada ibu bapa berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.Pengasuhan di pusat Permata berbeza

dengan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) biasa kerana ibu bapa perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya

sejam setiap minggu untuk bersama dengan anak mereka di pusat itu selain melawat pada waktu makan tengah hari untuk mewujudkan hubungan lebih erat antara ibu bapa dan anak.

* pusat Permata yang pertama di Bercham, Ipoh

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak4

Page 5: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak 5

Dalam usaha mengupay-akan golongan OKU, Dewan Perniagaan Me-layu Malaysia Cawangan Perak telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan latihan in-dustri penghasilan bah-an-bahan seni daripada seramik kepada golongan itu. Latihan yang dianjurkan bersama MOSTI (Minis-try of Science, Technol-ogy and Innovation) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak itu bertu-juan untuk merangsang minda golongan OKU supaya mereka menjadi lebih kreatif. Di samping itu latihan industri seperti tersebut merupakan satu bentuk penyediaan rawatan tera-pi alternatif kepada OKU untuk merangsangkan motor neuron anggota badan mereka. Seramai 26 peserta OKU dari 5 PDK Daerah Kinta, Semangat Maju dan NASOM dipilih un-tuk menyertai latihan se-lama 18 bulan itu yang juga merupakan projek perintis di Perak. Latihan yang bermula pada 2008 dengan kelas sebanyak empat kali se-bulan di Pusat Latihan Seramik, Chemor itu ber-akhir pada Oktober 2009. Bagi meraikan peserta, satu majlis penutupan kursus telah diadakan pada 31 Oktober den-gan kehadiran Pengerusi

BAIDURI Datin Seri Saripah Zulkifli sebagai tetamu kehormat. Di kesempatan itu, Datin Seri Saripah berpeluang melihat hasil kerja seni se-ramik yang dihasilkan peserta sepanjang tempoh latihan. Beliau yang amat kagum dengan kebolehan luar biasa OKU berhasrat untuk mengembangkan program seumpama itu supaya ianya dapat menjadi satu bentuk rehabilitasi kepada golongan OKU.

PROJEK PERINTIS BEKALKAN LATIHAN SENI PEMBUATAN SERAMIK KEPADA OKU

Page 6: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak6

Sifat kewanitaan pada setiap wanita di neg-ara ini yang diadun

dengan ilmu pencegahan, rawatan dan pemulihan da-dah mampu menangani isu penagihan dadah seterus-nya menjadikan Malaysia Bebas Dadah pada 2015.

Menyedari hakikat itu, BAIDURI mengorak lang-kah menjalin kerjasama dengan AADK menerusi Masyarakat Wanita Anti-dadah (MAWADAH) bagi menggerakan program pencegahan secara aktif selain membantu mening-katkan pengetahuan serta kefahaman wanita menge-nai isu berkenaan.

Yang DiPertua Baiduri Datin Seri Saripah Zulkifli yang juga pengerusi badan itu berkata penglibatan NGO wanita seperti BAID-URI penting bagi mem-

WANITA AGEN BANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH

bantu mengerakkan rakyat untuk menjadikan agenda pembasmian penagihan dadah sebagai keutamaan membina masa depan raky-at di negeri Perak.

Beliau juga yakin kerjasa-ma Mawaddah dan BAID-URI ini mampu memberi perubahan positif dalam mengurangkan kadar pen-ingkatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan anak remaja kita.

“Justeru, peranan wanita diambil sebagai satu ger-akan yang mampu me-nyampaikan maklumat kepada pihak berkenaan seperti penagih dadah itu sendiri, mahupun menyam-paikan informasi kepada pi-hak berwajib iaitu AADK,” katanya selepas majlis pelancaran Mawaddah an-juran BAIDURI yang dis-empurnakan Menteri Be-sar Dato’ Seri Dr Zambry

Abdul Kadir di kediaman rasmi baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Penga-rah AADK, Dato’ Abd. Ba-kir Zin.

Sementara itu Dato’ Seri Dr Zambry berkata, agenda membasmi dadah harus di-jadikan satu ‘gerakan raky-at’ yang melibatkan semua pihak termasuk menggem-bleng tenaga kaum wanita seperti Mawadah.

Katanya, penggunaan ‘kuasa wanita’ bagi melak-sanakan usaha murni itu boleh mencapai kejayaan kerana semangat yang ada pada kaum itu amat kuat dan selalunya memberi ke-san positif.

Jelas beliau, pendekatan lemah lembut tetapi te-gas yang diamalkan oleh kaum wanita itu juga bakal membantu kerajaan negeri membangunkan manusia berkualiti.

‘’Tidak mungkin kita akan dapat membina se-buah negeri yang hebat kalau tidak memulakannya dengan membina manusia berkualiti dan bebas dadah.

‘’Gerakan rakyat ini lebih penting daripada segala-galanya, kalau tidak masa depan generasi muda akan terbiar dan kita tidak akan dapat mencapai sebuah negeri maju,” katanya.

Dato’ Abdul Bakir pula berkata selain mempu-nyai semangat keibuan, golongan wanita juga si-nonim dengan sifat ket-abahan dan penerimaan yang tinggi, kelembutan serta merupakan seorang pendidik yang baik. Dato’ Abdul Bakir berkata senario penyalahgunaan dadah di seluruh dunia kini merebak tanpa batasan ter-masuk pada hari ini wani-ta Malaysia telah berani menjadi pengedar bertaraf antarabangsa sama ada mereka sedar atau tidak. Katanya statistik Malay-sia menunjukkan golongan wanita yang terlibat dalam kancah penagihan tidak ra-mai iaitu hanya 263 orang dan hanya terdapat sebuah Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen) wanita iaitu di Ba-chok, Kelantan.

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak6

Page 7: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak 7PENGENALAN PROGRAM SEMAI BAKTI PDK

Program Semai BAKTI PDK (Pusat Pemu-lihan Dalam Komu-

niti) adalah salah satu projek perkongsian pintar antara BAIDURI untuk membantu kerajaan negeri dalam usaha memberi perhatian, lati-han, bimbingan dan ban-tuan kepada golongan ke-lainan upaya khsususnya untuk masyarakat luar bandar. Pusat-pusat PDK telah ditu-buhkan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan dan Ma-syarakat di bawah Kementeri-an Pembangunan Wanita, Ke-luarga dan Masyarakat dengan matlamat untuk menyediakan tempat latihan dan kelas bimb-ingan bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang mengalami masalah terencat akal, penyakit Sindrom Down, Autisme Ringan atau keca-catan anggota dan mengalami masalah pembelajaran spesifik yang tidak dapat ditempat-kan di pusat-pusat pemulihan kanak-kanak kurang upaya. Terdapat 36 buah pusat PDK di seluruh Perak yang menem-patkan 886 OKU.

Kebanyakkan lokasi pusat PDK berada di luar bandar dan pada amnya pendeka-tan ini dibuat bagi membo-lehkan masyarakat setempat dan NGO setempat berper-anan bersama-sama dengan guru-guru pelatih yang telah disedikan oleh kerajaan bekerjasama membimbing anak-anak kurang upaya ini. Namum, pergantungan 100% kepada guru-guru dan tenaga pengajian yang disediakan oleh kerajaan tidak dapat men-jamin keberkesanan program pemulihan yang dijalankan dan dapat mempercepatkan proses pemulihan kanak-kanak ini. Kanak-kanak kurang upaya ini memerlukan lebih dari itu, mereka memerlukan perhatian

Penubuhan PDK adalah bertujuan untuk men-galakkan sikap prihatin,

berdikari serta rasa tanggung-jawab masyarakat setempat dalam mendidik anak-anak OKU melalui program-pro-

gram pemu-lihan OKU yang di-jalankan di PDK.

Program PDK meru-pakan salah satu pro-gram utama di bawah K e m e n t -

eriaN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kewujudan pusat PDK telah terbukti mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada golongan OKU, malah ma-syarakat serta ibu bapa yang mempunyai anak atau ahli ke-luarga dari golongan tersebut juga turut mendapat impak-

yang l e b i h dari keluarga dan masyarakat se-tempat, kasih sayang dan galakan untuk pulih dan berkeyakinan dalam hidup. Menyedari hakikat ini, BAI-DURI di bawah kepimpinan Datin Seri Saripah Zulkifli mengambil langkah turun ke bawah membuat lawatan kes-emua 36 pusat PDK di Perak sejak awal tahun ini.

Program PDK adalah di bawah pengawasan Jawatankuasa Induk Program Pelaksana Semai Bakti Pu-sat yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Datin Seri Saripah adalah pengerusi badan tersebut di peringkat negeri.

Program Semai Bakti adalah bertujuan membantu PDK menyediakan khidmat terbaik kepada OKU. Khid-mat ini seperti menyediakan kursus kepada petugas pusat PDK serta pemimpin komu-niti se-tempat, m e m -b a i k p u l i h prasara-na PDK, menin-gkatkan m u t u k e m u -d a h a n latihan dan pemulihan PDK. Program ini juga bertujuan menggalakkan jaringan usaha sama dengan tenaga pa-kar dari pelbagai universiti dan badan profesional yang dapat membantu meningkat-kan mutu khidmat PDK dan program Semai Bakti ini.

LATAR BELAKANG PDKPada tahun 2008, kerajaan telah melu-

luskan peruntukan sebanyak RM72.4juta bagi tujuan pemban-

gunan dan peman-tapan, dari segi

program pemulihan, pembelajaran dan

latihan, peralatan, serta peningkatan elaun pekerja dan

penyelia PDK.

nya. Pada tahun 2008, kerajaan

telah meluluskan peruntukan sebanyak RM72.4juta bagi tujuan pembangunan dan pemantapan, dari segi pro-gram pemulihan, pembelaja-ran dan latihan, peralatan, ser-ta peningkatan elaun pekerja dan penyelia PDK. Bagi tahun 2009, peruntukan untuk mem-biayai PDK di seluruh negara berjumlah RM60.5juta.

Program PDK di bawah ke-lolaan Jabatan Kebajikan Ma-syarakat adalah berlandaskan strategi pembangunan bagi membolehkan golongan OKU menjalani program pemuli-han dalam keluarga dan ko-muniti setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata dan membolehkan mereka di-integrasikan dalam kehidupan berdikari. Program pemulihan dan pembelajaran ini dikenda-likan oleh penyelia dan petu-gas PDK yang terlatih.

Program PDK ini dilak-sanakan melalui kerjasama bersepadu semua pihak iaitu OKU sendiri, keluarga, komu-niti, pihak swasta, pertubuhan sukarela serta agensi kerajaan yang berkaitan dalam melak-sanakan program pencegahan, pemulihan dan pembangunan golongan OKU ke arah ke-hidupan yang lebih selesa dan sejahtera.

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak 7

Page 8: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak8LAWATAN

KE PDK 2 BRIGED

Lawatan PDK MANJUNGLAWATAN

KE PDK DAERAH KERIAN

BERUAS

PANGKOR

PANTAI REMIS

TLDM

LAWATANPDK DAERAH LMS

BATU KURAU

IJOK

PANTAI BESAR

SELAMA

LAWATANPDK DAERAH LMS

LAWATANBATANG PADANG

Bukit Gantang

Sg Tinggi

Trong

Page 9: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak 9Lawatan

KE PDK DAERAH KUALA KANGSAR

KG.PASIR BATANG KULIM

LEMPOR

PADANG RENGAS

SRI MURNI LASAH

LAWATAN KE PDK HILIR PERAK

LAWATANKE PDK HULU PERAK

LAWATAN PDK KINTA

LAWATAN PERAK TENGAH

PROGRAM INTEGERASI PDK DI LANGKAWI

Labu Kubong

Permatang Guntung

Sg Manila

Bota

Parit

Felda Lawin Selatan

Gerik

Lenggong

Seramai 197 peny-elaras, penyelia, dan petugas dari 36 PDK seluruh Perak berpelu-ang menghadiri krusus dua hari di Langkawi, Kedah bagi meman-tapkan lagi kecekapan mengurus dan men-gendalikan pusat PDK masing-masing. Krusus yang ber-lansung di Eagle Bay Hotel dari 10 hingga 12 November itu bertu-juan memberi pendeda-han dan latihan kepada mereka yang terlibat dengan operasi harian PDK.

Sepanjang tempoh krusus, peserta diberi penekanan kepada aspek pengurusan PDK yang lebih terancang dan ber-kesan serta meningkat-kan kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab mereka dalam memberi-kan khidmat terbaik ke-pada golongan OKU. Pengerusi BAIDURI Datin Seri Saripah Zulki-fli telah meluangkan masa untuk merasmikan Majlis Penutup Program Intergrasi tersebut pada 12 November.

Page 10: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak10

Page 11: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak 11

BANTUAN SEMPENA RAMADAN

Perak. PDK tersebut adalah OKU PDK Alor Pongsu, OKU PDK Gugu-san Manjoi, OKU PDK Kampung Pasir Batang Kulim, PDK Labu

Kubung, OKU POD Lenggong, PDK Pantai Remis, PDK Parit, PDK Permata Nilam, PDK Tapah, dan OKU PDK Trong.

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak 11

Dasar berbakti dan men-ghulurkan bantuan sen-tiasa dirancang dan diatur

oleh BAIDURI termasuklah pada bulan Ramadan bagi mengambil keberkatan bulan yang mulia itu. Dan seperti tradisinya, BAID-URI pada Ramadan yang lalu ti-dak melepaskan peluang menghu-lurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik. Bantuan sempena Ramadan ber-mula dengan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada PDK Negeri Perak di bawah Pro-gram Semai Bakti pada 4 September, 2009. Bertempat di kedia-man rasmi Menteri Be-sar, seramai 322 kanak-kanak dari kalangan kurang upaya meneri-ma sumbangan sepas-ang baju raya dan duit raya daripada Yang Di-Pertua BAIDURI Datin Seri Saripah Zulkifli. Kanak-kanak yang menerima sumbangan adalah dari 10 PDK di

Page 12: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak12

BAIDURI berazam mahu menjadi pertubuhan bu-

kan kerajaan (NGO) yang mudah didekati dan sentiasa prihatin terhadap masalah dihadapi ma-syarakat setempat.Organisasi itu juga

mahu sentiasa bersedia mendengar segala ma-salah rakyat dan berusaha menyelesaikannya dalam pelbagai cara mengikut kemampuan yang ada.‘’Baiduri bukan milik

segelintir orang sahaja, kami akan menyusur dari kampung ke kampung dalam menyempurnakan khidmat sukarela dan menyumbang sedikit bantuan setakat yang termampu,” kata Yang DiPertuanya, Datin Seri Saripah Zulkifli.Sebelum itu, Datin Seri

Saripah menyampaikan bantuan kepada 27 pe-lajar Kolej Islam Darul

BAIDURI AZAM JADI NGOMUDAH DIDEKATI MASYARAKAT

Ridzuan dan Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan di rumah Ahli Dewan Undan-gan Negeri Chandan, Datuk Wan Moham-mad Khairil Anuar Wan Ahmad di Kuala Kangsar.Menurut Datin Seri

Saripah, sasaran BAI-DURI kini lebih ke-pada golongan miskin, kurang upaya, pelajar, warga emas dan ibu tunggal yang harus di-berikan bantuan agar mereka tidak lagi berasa tersisih.Tegas beliau, dalam

usaha mencapai sasa-ran tersebut, semua ahli jawatankuasa di pering-kat Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu mengatur program dan bergerak secara aktif dalam usaha memberi maklumat yang diperlu-kan dari semasa ke sema-

sa bagi memudahkan tindakan diambil.‘’Usaha begini akan

berterusan meman-dangkan golongan itu memang memerlukan bantuan dan perhatian kerana jika dibiarkan, kemungkinan ia akan

menimbulkan masalah lain,” ujar Saripah.Sehingga kini, katanya,

BAIDURI telah mela-wat ke beberapa DUN seperti Changkat Jering, Kamunting, Manjung, Terong dan Bukit Chan-dan dengan jumlah ban-tuan disumbangkan mer-eka ialah RM40,000.

BAIDURI berazam menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan program kebajikan membantu anak-anak yatim dan ibu-ibu

tunggal miskin di negeri ini.Yang DiPertua BAIDURI Datin Seri Saripah Zulki-

fli berkata, kegiatan amal dan kebajikan ini akan membabitkan semua kaum tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

“Ini selaras dengan slogan Satu Malaysia yang di-perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib

AZAM LEBIH PROAKTIF LAKSANA PROGRAM KEBAJIKAN

Tun Razak yang mengutamakan kepentingan dan ke-bajikan rakyat,”’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmi-kan program sumbangan BAIDURI kepada 400 anak yatim dan ibu tunggal miskin seluruh Perak di kedia-man rasmi Menteri Besar pada 8 Ogos

Menurut Datin Seri Saripah, selain sumbangan BAI-DURI, usaha mengadakan program kebajikan me-merlukan sumbangan dari sektor korporat dan para dermawan di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta sektor korporat dan para dermawan supaya tampil ke depan bekerjasama dengan BAIDURI bagi membantu golongan insan yang kurang bernasib baik ini.

Page 13: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak 13

Gandingan kera-jaan dan badan-badan bukan

kerajaan dalam mem-bantu pengidap autisme dapat membantu mereka untuk hidup seperti insan lain.

Yang DiPertua BAI-DURI, Datin Seri Sar-ipah Zulkifli berkata, kerja-kerja amal sebegini perlu diletakkan sebagai matlamat utama.

Beliau juga berkata program sebegini dapat mengeratkan hubungan kedua-dua belah pihak di samping memberi gal-akan kepada NASOM untuk meneruskan usaha dan tanggungjawab membantu kanak-kanak autisme.

Beliau berkata tahap kesedaran mengenai au-tisme di kalangan rakyat Malaysia masih rendah.

LAWATAN KE PUSAT AUTISME

Autisme merupakan gangguan dalam perkem-bangan mental kanak-kanak di mana mereka mengalami masalah per-tuturan, komunikasi dan tingkah laku yang luar biasa.

Beliau berkata demiki-an ketika mengadakan Lawatan ke Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) di Ipoh anjuran Sekre-tariat Kebajikan Wanita UMNO Perak.

Hadir sama Pengerusi Sekretariat Dato’ Ainon Khairiah Mohd Abas, Presiden NASOM Malay-sia Megat Ahmad Shah-rani Megat Shahruddin dan Pengerusi NASOM Ipoh, Enzalelawathy Za-ludin serta Pergerakan

W a n i t a U M N O Perak.

D a l a m pada itu, P e r g e r -akan dan Sekretariat K e b a j i -kan Wanita U M N O Perak turut mem-beri sumbangan berbentuk ketu-har dan basikal kepada NASOM Ipoh.

Suasana di wad 2A Hospital Tuanku Bainun berubah men-

jadi ceria apabila rombon-gan BAIDURI yang diket-uai oleh Datin Seri Saripah hadir untuk menyampaikan hamper Hari Raya kepada pesakit-pesakit yang se-

SUMBANGAN HAMPER HARI RAYA DI WAD 2A

dang menerima rawatan di wad tersebut sempena pada 10 Oktober lalu. Kegembiraan jelas ter-pancar di wajah pesakit-pesakit kerana kehadiran Datin Seri Saripah dan rombongan bukan sekadar menziarahi tetapi mem-

bawa buah tangan hamper Hari Raya. Menziarahi pesakit di hos-pital dan pemberian ham-per di musim perayaan juga merupakan salah satu pro-g r a m t r a d i s i B A I -DURI

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak

bagi meraikan mereka yang tidak berpeluang membuat persiapan Hari Raya. Menerusi lawatan sebegini, BAIDURI berharap mereka yang sedang menanggung derita sakit akan merasa

senang hati sekaligus dapat memper-cepatkan proses

untuk sembuh.

13

Page 14: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak14

Kedudukan premis yang tidak strategik, uzur, sempit dan faktor keselamatan pelatih adalah antara permasalahan utama yang rata-rata dihadapi pusat-pusat PDK di Perak.

Permasalahan ini dikenalpasti BAIDURI berdasarkan siri lawatan kesemua 34 pusat PDK di daerah-daerah sejak awal tahun ini.

Yang diPertua BAIDURI, Datin Seri Sar-ipah Zulkifli berkata permasalahan ini akan dimasukkan dalam laporan Program Semai Bakti peringkat negeri.

Bagi mengatasi masalah ini, BAIDURI kat-anya telah mensyorkan kepada pihak penguru-san PDK yang berhadapan dengan lokasi yang kurang strategik supaya menyewa bangunan lain.

“Kita melihat menyewa bangunan lain seb-agai alternatif terbaik. Langkah ini lebih prak-tikal dan menjimatkan masa,” katanya.

Alternatif menyewa bangunan juga boleh

MASALAH PDK PERAK DIKENALPASTI

diambil bagi pusat PDK yang meng-hadapi masalah premis uzur dan sempit.

Bagaimanapun, pihak pengurusan haruslah memastikan bangunan baru yang hendak disewa itu benar-benar sesuai dan memenuhi keperluan pu-sat PDK yang menghadapi masalah.

“Proses untuk memiliki bangu-nan sendiri juga agak sulit meman-dangkan tempoh kelulusan tapak mengambil masa selain kerja-kerja pembinaan bangunan baru yang se-

lalunya memakan masa panjang,” kata Datin Seri Saripah.

Bagi meringankan beban bayaran sewa, be-liau menyeru PDK yang menghadapi masalah seumpama ini supaya memohon peruntukan yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyara-kat (JKM).

“Ini kerana JKM ada menyediakan perun-tukan bagi membayar sewa bangunan dengan had maksima RM3,000 sebulan,” katanya.

Datin Seri Saripah juga mengakui se-tiap PDK mempunyai masalah mereka yang tersendiri dan ia memerlukan kerjasama se-genap lapisan masyarakat bagi mencari jalan penyelesaian.

“Sebagai sebuah NGO, Baiduri tidak mam-pu bergerak bersendirian tanpa sokongan dari agensi lain seperti badan korporat. Kerana itu, kita merasakan penglibatan semua pihak

adalah amat penting,” ujar beliau.Namum, pengumuman Perdana Menteri

dalam Bajet 2010 yang memperuntukkan RM224 juta bagi membantu golongan OKU di seluruh negara sangat dialu-alukan oleh BAI-DURI.

“Saya berharap dengan peruntukan yang sebegini besar, semua permasalahan yang di-hadapi oleh PDK di Perak dapat dibantu atau dinaiktaraf dari segi bangunan mahupun pera-latan bagi rawatan fisioterapi.

“Peruntukan besar yang disediakan ini turut membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menjayakan gagasan 1Malaysia yang mengutamakan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama,” kata Datin Seri Saripah.

Bagi memasti-kan penubuhan PDK di Perak mencapai

matlamatnya dalam memban-tu golongan kelainan upaya (OKU), BAIDURI mengambil inisiatif menubuhkan tabung bagi mengumpul dana tamba-han.

Dinamakan Tabung PDK BAIDURI, penubuhan tabung ini bertujuan menampung per-belanjaan bagi menjayakan se-tiap program yang dirancang.

Yang Dipertua Baiduri, Da-tin Seri Saripah Zulkifli, keti-ka mengumumkan penubuhan tabung ini berkata peruntukan yang diterima BAIDURI kini tidak mencukupi untuk me-nampung keperluan lain.

BAIDURI menerima pe-runtukan tahunan sebanyak RM10,000 daripada BAKTI (Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri

dan Timbalan Menteri) dan RM1,000 bagi setiap daripada 36 PDK.

“Peruntukan BAI-DURI amat terhad. Kita tidak mahu kekangan kewangan jejaskan aktiviti dan program yang diatur untuk faedah pelatih PDK,” katanya.

Sehubungan itu, kata Datin Seri Sar-ipah, akan melan-carkan tabung itu pada penghujung Disember depan bagi menarik pe-nyertaan masyarakat dalam membantu OKU.

“Sasaran utama kita ter-tumpu kepada wakil rakyat dan sektor korporat di Perak untuk mengisi Tabung PDK Baiduri yang bakal dilancar-kan penghujung tahun ini atau

BAIDURI TUBUH TABUNG PDK

Peruntukan BAIDURI amat ter-

had. Kita tidak mahu kekangan

kewangan jejaskan aktiviti dan pro-gram yang diatur

untuk faedah pela-tih PDK,”

selewat-lewatnya awal tahun depan.

“Kita mahu melihat syarikat korporat yang beroleh kekayaan di Perak tampil memberi sumbangan kepada rakyat negeri yang kurang ber-

nasib baik termasuklah pelatih PDK,” katanya.

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak14

Page 15: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak 15

BAIDURI

Bagi mereal-isasi usaha BAIDURI untuk menambah-

baik PDK seluruh Perak, persatuan itu telah melaksanakan program turun ke bawah bagi mengenalpasti dengan lebih dekat lagi masalah yang diha-dapi setiap PDK. Dalam setiap lawatan ke daerah, BAIDURI, turut membawa bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyara-kat (JKM) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas). Baru-baru ini rombongan BAID-URI telah ke daerah Manjung dan PDK pertama dilawati adalah PDK Beruas yang mempunyai 28 pelatih OKU dan diletakkan di bawah seliaan pengerusinya, Fairus Abdullah. Daripada jumlah itu, 14 pelatih kata Fairus, mendapat lawatan ke rumah pada setiap Jumaat kerana mereka tidak berupaya hadir ke pusat berke-naan kerana faktor kesihatan serta masalah pengangkutan. Mengulas masalah utama yang di-hadapi pusat itu, Fairus berkata, pi-haknya amat memerlukan khidmat jurupulih anggota bagi membantu pelatih OKU yang terlantar disebab-kan kecacatan yang dialami mereka. Selain itu, pusat yang beroperasi di kuaters Telekom itu juga memerlukan bangunan tambahan memandangkan

ruang sedia ada yang sempit bagi me-nampung bilangan pelatih yang dijan-gka bertambah di masa depan. “Dengan adanya bangunan tambahan itu nanti, kita mahu membuka bengkel kemahiran kepada pelatih OKU di sini selain mengusahakan projek pertanian secara kecil-kecilan,” katanya. Rombongan kemudiannya ke PDK Pantai Remis yang menumpang di bangunan milik Kemas untuk berop-erasi. Pengerusi PDK Pantai Remis, Mohd Shukhairi Mohd Ibrahim, berkata pu-sat itu ditubuhkan pada 1992 di bawah seliaan JKM daerah dan sudah beber-apa kali berpindah randah sebelum di-tawarkan beroperasi di bengkel jahitan milik Jabatan Kemas hingga kini. Katanya, terdapat 45 pelatih OKU yang berdaftar dengan pusat itu dan daripada jumlah itu, 18 pelatih hadir ke PDK setiap hari manakalanya sele-bihnya di bawah katogeri lawatan ke rumah. “Antara kategori kecacatan pelatih OKU di sini adalah masalah pembe-

lajaran, autisme, hyper aktif dan cel-ebral pasly,” katanya sambil berharap pusat itu dapat beroperasi di bangunan sendiri pada masa depan. Masalah hampir sama turut dihadapi PDK Pangkor yang beroperasi di lot kedai dengan sewa RM1,000 sebulan. Pengerusinya, Marzuki Jalil, ber-kata ahli jawatankuasa pusat itu su-dah mengenalpasti sebidang tanah di pulau itu bagi mendirikan bangunan milik mereka sendiri. Katanya, dengan adanya bangu-nan baru itu nanti, ia diharap dapat memuatkan lebih ramai pelatih OKU selain menyediakan persekitaran yang selesa kepada mereka. “Tanah yang dikenalpasti itu terletak hanya 500 meter dari tempat sekarang dan kita berharap Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dapat meluluskan tanah berkenaan untuk membina PDK Pangkor yang baru dengan secepat mungkin,” katanya. Hentian terakhir BAIDURI adalah PDK TLDM Lumut, dimana rom-bongan Baiduri berpeluang melihat

kejayaan pusat itu menguruskan 27 pelatih OKU dengan bantuan empat tenaga pengajar. Dengan kemudahan asas dan pera-latan fisioterapi serba lengkap, segala aktiviti yang dilaksanakan pusat itu sentiasa mendapat kerjasama penuh daripada ibu-bapa pelatih yang tidak ketinggalan turun padang untuk me-mantau perkembangan anak mereka pada setiap hari. Penyelia PDK TLDM, Sandra Devi, berkata sokongan padu yang ditunjukkan antara pihak pentadbi-ran TLDM dengan ibu bapa pelatih di situ wajar dicontohi PDK lain di Perak. “Dengan kemudahan asas yang lengkap dan berhawa dingin, pelatih dapat mengikuti rawatan yang diken-dalikan tenaga pengajar berpengala-man dengan lebih selesa. “Kesedaran ibu bapa untuk meng-hantar anak mereka ke pusat pemuli-han ini juga semakin meningkat hasil sokongan yang diberikan pentadbiran TLDM,” katanya.

LAWATAN BAIDURI KE PDK DAERAH MANJUNG

Dalam rangka lawatan ke PDK Daerah Hilir Perak, rombongan Baiduri telah

ke PDK Labu Kubon di Chen-derong Balai, Permatang Guntung di Mukim Sungai Durian dan Sun-gai Manila. Pengerusi PDK Labu Kubong, Nu-ruddin Ibrahim, berkata pusat itu beroperasi sepenuhnya pada Ogos 1992 bagi melatih dan membimbing kanak-kanak OKU yang berumur bawah 18 tahun. Kini, pusat itu membimbing 33 pelatih OKU di situ manakala lapan lagi menerima lawatan ke rumah di bawah seliaan empat kakitangan sepenuh masa.“Selain mengikuti pelbagai latihan dan rawatan pemulihan yang dise-diakan, pelatih PDK Labu Kubong juga berjaya mengeluarkan produk ais krim dan perabot kecil un-tuk jualan. “Untuk masa depan, kita juga bercadang untuk mengusahakan tanaman sayur-sayuran bagi menyediakan ke-mahiran kepada pelatih di sini dalam bidang per-tanian pula,” kat-anya. Mengulas ma-salah dan jenis

bantuan yang di-perlukan PDK Labu Kubong, Nu-ruddin berkata, pusat itu berhasrat membeli mesin membuat ais krim baru bagi menampung permintaan yang semakin meningkat teruta-manya pada musim perayaan. “Selain itu, barisan ahli jawatankuasa pusat juga ber-harap kerajaan dapat terus mem-benarkan ia terus beroperasi di loka-si sekarang kerana kedudukan yang strategik dan mudah dikunjungi ibu bapa, yakni di pekan Chenderong Balai,” katanya. Rombongan Baiduri seterus-nya bergerak di PDK Permatang Guntung yang beroperasi di se-buah rumah dengan bayaran sewa RM200 sebulan. Pengerusinya, Abd Rahman Moha-mad Noor, berkata, pusat itu mem-bimbing 23 pelatih OKU termasuk

13 yang me-nerima lawatan ke rumah pada setiap Selasa. Dengan so-

kongan masyarakat tempatan yang prihatin dengan nasib OKU, keper-luan makan dan minuman pelatih ditaja sepenuhnya oleh restoran terkenal di Teluk Intan pada setiap hari, katanya. Namun, pusat itu katanya, masih memerlukan sebuah van bagi men-gangkut pelatih yang tidak mem-punyai kenderaan sendiri un-tuk berulang-alik. “Kita amat mengalu-alukan kh-idmat sukarelawan bagi mem-bantu pihak pengurusan dalam menjalankan program yang diatur selain bantuan peralatan pembela-jaran khas untuk OKU,” katanya. Mengenai perancangan masa de-pan pusat itu, Abd Rahman berka-ta, jawatankuasa tadbirnya mahu membina bangunan baru yang merangkumi pejabat, kelas bimb-

ingan dan latihan serta kemudahan asas dalaman dan luaran yang se-lesa untuk pelatih. Peralatan jurupulih anggota, kerja dan pertuturan juga perlu dise-diakan bagi membantu pelatih men-jalani pemullihan di sini, katanya. Lawatan terakhir rombongan Bai-duri di Daerah Hilir Perak berjaya menjejaki PDK Sungai Manila, dekat Hutan Melintang yang berop-erasi sejak sembilan tahun lalu.Dengan hanya tujuh pelatih ketika ia dibuka, pusat itu kini mempu-nyai 36 pelatih OKU berdaftar, kata pengerusinya, Mohd Khusni Hamdi. Beroperasi di tingkat bawah surau kampung yang tidak digunakan lagi, Mohd Khusni berkata, pi-haknya memerlukan bantuan segera untuk membaikpulih bangunan itu yang sudah uzur. “Sebelum ini, saya pernah beber-apa kali mengemukakan permo-honan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membina bangu-

nan sendiri yang lebih selesa kepada pelatih tetapi sehingga kini belum diluluskan. “Selain dapat mengi-kuti pelajaran dengan selesa, keselamatan pelatih juga lebih ter-jamin jika kita mem-punyai bangunan baru atau sekurang-kurangnya pusat ini dapat dibaikpulih dengan segera,” kat-anya.

LAWATAN BAIDURI KE PDK DAERAH HILIR PERAK

Page 16: baiduri edisi pertama

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak16

Selain hebat melaku-kan kerja-kerja amal, BAIDURI

membuktikan kehebatan ahli-ahlinya beraksi apabi-la muncul juara bagi acara bowling di Program Ta-hunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2009 Disember lalu. Pasukan bowling BAI-

DURI yang diwakili Datin Seri Kamariah Mokri, Da-tin Zahidah Saedin, Toh Puan Ezatul Hamsiah Hus-sein, Datin Azizah Salleh, Datin Mazidah Hamidon, Chik Mun Ling, Datin Ru-beah Zainal Abidin dan Puan Zakiah Abd Rahman berjaya mengalahkan pasu-kan lain untuk muncul tem-pat pertama. Tempat kedua dimenangi

Bakti (Selangor) manaka-la tempat ketiga Pekerti (Negeri Sembilan). Pertandingan bowling

itu diadakan bersempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat BN selama empat hari bermula 2 Disember di Bandar Ser-emban. Lokasi itu bertukar men-

jadi `perkampungan sukan’ apabila pasukan-pasukan isteri-isteri wakil rakyat BN mempamerkan ke-hebatan masing-masing dalam acara bowling dan badminton. Antara pasukan yang

mengambil bahagian ialah Badan Amal dan Kebajik-an Tenaga Isteri-isteri Men-teri dan Timbalan Menteri (BAKTI) yang diketuai is-teri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, se-laku Yang Dipertua Bakti. Pasukan yang men-

gambil terdiri daripada Bistari (Melaka), Seri-kandi (Terengganu), Bai-

duri (Perak), Juita (Johor), Teratai (Pahang), Bakisa (Sabah), Sabati (Sarawak), Penawar (Kelantan), Bi-dara (Kedah), Kasih (Selangor), Baidunita (Perlis), Pulau Pinang dan Pekerti (Negeri Sembilan). Acara unik dan penuh semangat setiakawan ini

berjaya menjalinkan rasa mesra antara semua isteri wakil rakyat melalui aktiviti sukan dan riadah ini. Program itu berakhir dengan aksi perlawanan bad-

minton turut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selain Menteri Besar, Datuk

Seri Mohamad Hassan dan beberapa menteri dan Menteri Besar. Bakti pula muncul sebagai juara badminton

Piala Perdana 1Malaysia setelah menewaskan pasukan Bakisa Sabah 3-2. Sementara itu bagi Piala Sri Perpatih dalam

acara badminton dimenangi oleh pasukan Sabati Sarawak menakala tempat kedua oleh pasukan Bidara Kedah.

Baiduri JUARA BOWLING

Baiduri Badan Amal Dan Usaha Isteri(Barisan Nasional) Negeri Perak16

Pasukan Bowling Baiduri

Kontinjen Baiduri