basic concept of information technology

Upload: nor-hidayah-zainal

Post on 04-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    1/17

    CBCT2203

    1

    FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY AND MULTIMEDIA

    COMMUNICATION

    SEPTEMBER 2012

    CBCT2203

    BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    NO. MATRIKULASI : 860731305052001

    NO. KAD PENGNEALAN : 860731305052NO. TELEFON : 0143218110

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA LEARNING CENTRE

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    2/17

    CBCT2203

    2

    1. PENDAHULUANPenyelesaian penyimpanan yang sesuai buat G&J Consultation Sdn Bhd adalah

    dengan menggunakan Rangkaian Kawasan Penyimpanan atau dikenali sebagai SAN

    (Storage Area Network). SAN merupakan satu jaringan berkelajuan tinggi yang khusus

    yang terdiri daripada pelayan (server) dan penyimpan (storage). SAN boleh dilihat

    sebagai satu konsep bas penyimpanan yang membolehkan peranti storan dan pelayan

    akan saling menggunakan unsur-unsur yang sama seperti dalam Rangkaian Kawasan

    Setempat (LAN) atau Rangkaian Kawasan Luas (WAN). SAN juga boleh dikongsi atau

    khusus untuk satu pelayan (server) sahaja walaupun dengan jarak yang dekat ataupun

    jauh. Jika G&J Consultation Sdn Bhd memilih penyelesaian ini, segala masalah yangdihadapi akan dapat ditangani. Menurut Hulen.H & Graf.O, (2002), SAN merupakan satu

    sistem penyimpanan yang terdiri daripada elemen penyimpanan, peranti penyimpanan,

    sistem komputer atau peralatan, ditambah dengan perisisan kawalan dan berkomunikasi

    lebih dari rangkaian. Rajah 1 menunjukan kompenan bagi sistem SAN

    Rajah 1: Kompenan umum SAN ( Mohammaed Harun, 2002)

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    3/17

    CBCT2203

    3

    2. FAKTOR PEMILIHAN PENYIMPANANTerdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan penyelesaian ini. Antaranya

    adalah:

    2.1 Kesambungan Penyimpanan Sejagat ( Universal Storage Connectivity)

    Pada hari ini, komputer memang disambungkan kepada penyimpanan tetapi ada

    sebilangan yang lain tidak disambungkan dengan peyimpanan. Dengan adanya teknologi

    SAN, banyak komputer akan berhubung dengan banyak alat peranti penyimpanan. Ini

    membolehkan komputer tersebut dapat berbincang tentang pemilikan peranti dan

    berkongsi data dikalangan mereka. Seni bina SAN berasaskan sistem seperti dalam rajah2 yang menghapuskan pulau maklumat.

    Rajah 2: Sans menghapuskan pulau maklumat.

    (Barker.R & Massiglia.P,2002)

    Dengan adanya SAN, konsep hos komputer tunggal yang memiliki data atau

    penyimpanan sudah tidak ada maknanya lagi. Semua pelayan yang digunakan secara

    fizikalnya akan disambungkan kepada semua peranti penyimpanan seperti yang

    ditunjukan dalam rajah di atas. Kesemua pelayan boleh mengakses apa saja maklumat

    atau data antara pelayan yang lain. Contohnya jika pelayan A ingin mengakses data yang

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    4/17

    CBCT2203

    4

    dihasilkan oleh pelayan B, pelayan A tidak perlu untuk menyalin semula data tersebut

    sebaliknya pelayan A boleh terus mengakses maklumat atau data tersebut di tempat di

    mana pelayan B menyimpan data tersebut. Ini akan menyebabkan berlakunya perubahan

    logik pemilikan peranti penyimpanan dari pelayan A ke Pelayan B dimana Pelayan B

    akan meninggalkan alat penyimpanan semasa Pelayan A aktif mengakses data yang

    diperlukan. Kesambungan yang sejagat ini akan membolehkan syarikat ini memantapkan

    kuasa perkhidmatannya dimana syarikat ini tidak perlu lagi merangka jadual untuk

    perpindahan maklumat atau data antara pelayan dan tidak perlu membeli atau

    mengekalkan peranti penyimpanan tambahan untuk pementasan sementara dari satu data

    pelayan ke pelayan yang lain. Selain itu, syarikat tidak perlu risau mengenai ketepatankandungan data yang diberikan apabila penggunaan data yang sama oleh dua komputer

    yang menjalankan aplikasi yang berbeza kerana kedua-duanya bekerja dari salinan data

    yang sama.

    2.2 Prestasi perkhidmatan yang memuaskan (Performance).

    SAN merupakan peranti penyimpanan yang berprestasi tinggi khusus untuk

    menyimpan maklumat atau data, meninggalkan pelayan dalam rangkaian yang akan

    digunakan hanya untuk memproses aplikasi atau maklumat, (Barker.R & Massiglia.P,

    2002). Apabila syarikat ini menyediakan perkongsian data dalam sistem SAN, ini

    membuatkan syarikat akan mencapai potensi yang sepenuhnya sekali gus meningkatkan

    prestasi. SAN boleh meningkatkan prestasi persekitaran dalam banyak cara iaitu dengan

    meletakan simpanan pada rangkaian berasingan yang berkelajuan tinggi atau boleh

    membebaskan LAN daripada trafik penyimpanan terutama semasa sandaracn atau

    pemulihan bencana. Prestasi SAN tidak akan terjejas oleh trafik internet atau cakera

    tempatan kerana data akan dihantar kepada atau dari SAN adalah pada rangakaian

    peribadi yang dibahagikan berlepas dari trafik pengguna, trafik sandaran dan lain-lain

    trafik SAN. Rangkaian jalur lebar tambahan boleh membantu meningkatkan prestasi

    untuk pengguna dan pelayan. SAN biasanya dilaksanakan oleh RAID atau virtualisasi

    yang mampu merealisasikan prestasi yang lebih tinggi I/O daripada penyimpanan yang

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    5/17

    CBCT2203

    5

    lama. Salah satu keupayaan dengan menggunakan sistem SAN berasaskan sistem fail

    global dan hos generik berasaskan sistem fail menyediakan keupayaan seperti

    menamakan mekanisme, pengurusan lokasi data dan kawalan akses. Jika syarikat

    menghubungkan banyak komputer serta banyak penyimpanan, ia akan dapat menunjukan

    prestasi syarikat dalam melakukan kerja secara serentak dengan tepat. Prestasi SAN baik

    dalam menyampaikan permindahan data input dan output yang tinggi berdasarkan

    permintaan. Sistem penyimpanan SAN berprestasi tinggi kerana 100-1000 TB boleh

    dikongsi dikalangan komputer pelanggan. Prestasi yang optimum adalah apabila sistem

    fail tunggal mengurus dan memberi akses kepada data dalam penyimpanan yang dikongsi

    oleh rangkaian Saluran Gentian (Fibre Channel) dengan jalur lebar yang tinggi yangmemudahkan pemindahan data dari satu storan ke storan yang lain. Ini dapat mengawal

    dan menghapuskan pelayan fail antara pelanggan dan penyimpanan pada tahap minimum.

    Kawalan maklumat akan dipisahkan daripada trafik data dan dalam sesetengah seni bina

    dua terpencil pada rangkaian yang berasingan. Rajah 3 menunjukan kawalan dan aliran

    data yang meningkatkan prestasi kepada pelanggan.

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    6/17

    CBCT2203

    6

    Rajah 3: Satu gambaran operasi membaca fail pengasingan data dan mengawal

    sistem fail SAN. (Hulen.H & Graf.O, 2002)

    2.3 Kapasiti

    Golongan organisasi boleh berkongsi cakera tatasusunan dengan menggabungkan

    data daripada subsistem penyimpanan yang berbeza walaupun bebeza lokasi dangan

    pelayan. Kapasiti cakera tatasusunan ini boleh dikongsi oleh pelbagai pelayan sekali gus

    pengguna juga mendapat faedah daripada fungsi-fungsi lanjutan yang biasanya

    ditawarkan oleh subsistem ini. Begitu juga dengan keupayaan RAID sebagai

    pencerminan kawalan jauh dan fungsi replikasi data serta merta yang tidak boleh didapati

    dengan lebih kecil dan cakera bersepadu. Kapasiti yang pelbagai boleh dibahagikan

    supaya setiap pelanggan mempunyai bahagian yang sesuai daripada GBs yang tersedia.

    Rajah 4 menunujukan penyimpanan disatukan.

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    7/17

    CBCT2203

    7

    Rajah 4 : Penyimpanan disatukan dan kapasiti cekap dikongsi (Tate.J et al., 2000 )

    Kapasiti boleh menjadi dinamik kepada mana-mana pelayan yang memerlukan ruang

    tambahan. Manakala kapasiti yang tidak diperlukan oleh aplikasi pelayan akan

    diperuntukan semula kepada pelayan yang lain. Ini dapat mengelakan ketidakcekapan

    kapasiti cakera yang bebas disertakan kepada satu pelayan yang tidak boleh digunakanoleh pelayan lain. Kapasiti boleh ditambah tanpa mengganggu yang lain.

    2.4 Menjimatkan masa

    Teknologi SAN diperlukan bagi mengoptimumkan masa tindakbalas

    penyimpanan dalam syarikat ini. Penyambungan SAN membolehkan pengumpulan

    komputer ke dalam kelompok kooperatif yang boleh pulih dengan cepat daripada

    kegagalan peralatan atau aplikasi dan mampu memproses data 24 jam sehari setiap

    tahun. SAN juga mengeluarkan intensif I/O trafik yang tinggi dari LAN yang digunakan

    untuk perkhidmatan pelanggan supaya perkhidmatanyang diberikan dapat diterima

    dengan cepat dan tepat. Ini juga boleh mengurangkan berlakunya tindak balas

    permohonan/pelanggan yang tidak menentu, mengurangkan masa permohonan/pelanggan

    yang menggunakan aplikasi yang panjang, dan membolehkan permohonan/pelanggan

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    8/17

    CBCT2203

    8

    baru untuk dilaksanakan. Rajah 5 menunjukan peranan SAN dalam pengagihan rangkaian

    pengkomputeran pelanggan dan pelayan yang telah mengoptimumkan masa dan tindak

    balas yang cepat.

    Rajah 5: SAN yang memisahkan trafik pelanggan dari cakera I/O

    (Barker.R & Massiglia.P,2002)

    2.5 Pemulihan Bencana

    Syarikat ini memerlukan SAN kerana ia dapat digunakan untuk pemulihan

    bencana. SAN juga membolehkan semua data atau maklumat yang penting atau kritikal

    yang telah disimpan pada sistem organisasi komputer boleh disalin pada masa yang sama

    kepada sistem penyimpanan yang lain yang terletak di tempat yang lain. Hal tersebut

    untuk mengelakkan sesuatu terjadi kepada penyimpanan tersebut apabila terdapat

    sebarang masalah seperti kebakaran, banjir, gempa bumi atau sebagainya. Sekiranya

    terjadi masalah tersebut pengguna atau pelanggan masih boleh mengakses data atau

    maklumat tersebut walaupun berada di tempat yang lain dalam masa yang singkat tanpa

    mengambil masa yang lama sehingga berhari- hari. SAN juga mengamalkan teknologi

    RAID dan apabila salah satu cakera SAN rosak, ia mampu untuk membina semula data

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    9/17

    CBCT2203

    9

    atau maklumat dari cakera yang rosak itu ke cakera ganti. Cakera yang rosak haruslah

    dibawa keluar dan digantikan dengan satu cakera yang baru ke lokasi yang sama dan

    format yang telah sedia ada. Jika SAN yang telah di set baik maka ia akan memainkan

    peranan yang penting untuk memperolehi kembali data dan maklmat sepanjang proses

    pemulihan bencana. Rutin sandaran atas SAN juga lebih cekap berbanding dengan

    pelayan dengan pelayan sandaran.

    3.0 KELEBIHAN SAN

    Pemilihan penyelesaian penyimpanan dengan menggunakan SAN ini berdasarkan

    beberapa kelebihan yang dianggap akan memberi faedah dan manfaat kepada syarikat.Antara kelebihannya adalah :

    3.1 Mudah

    Perisian pengurusan SAN mudah dan tidak mengganggu jika data dipindahkan

    antara ruang penyimpanan dan pelayan, (Mohammed Harun, 2002). Penggunaan SAN

    akan menjadikan segala urusan atau perkhidmatan yang dijalankan menjadi lebih cepat

    dan mudah untuk mengurus daripada sistem penyimpanan yang lain. Dengan menyatukan

    maklumat ke dalam satu tempat yang mudah diakses, ia lebih memudahkan maklumat

    tersebut untuk diakses dan juga meningkatkan kapasiti apabila diperlukan. SAN juga

    merupakan satu rangkaian penyimpanan yang mudah diakses oleh rangkaian

    pengkomputeran yang berlainan atau berbeza sistem operasi. SAN juga mudah diakses

    tidak kira di mana kita berada dengan syarat adanya rangkaian internet walaupun tidak

    berada berdekatan dengan lokasi SAN. SAN juga mudah untuk diuruskan berbanding

    sistem penyimpanan lain yang tersembunyi oleh pelayan sekali gus menjadikan

    penglihatan data itu sukar. Contohnya pengguna MAC dan peranti operasi Linux masih

    boleh mengakses fungsi SAN dan jika pelanggan ingin mengakses data yang dikeluarkan

    ia menjadi lebih mudah kerana semua maklumat dan data ditempatkan dalam

    penyimpanan yang sama dan mudah untuk diakses tanpa menunggu masa yang lama.

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    10/17

    CBCT2203

    10

    3.2 Kecekapan

    SAN meningkatkan kecekapan. Sesebuah syarikat dengan beberapa lokasi dan

    lokasi penyimpanan data boleh memaksimumkan penyimpanan mengikut keperluan dan

    bukannya di mana data dan maklumat itu disimpan. Ini membuktikan bahawa

    penyimpanan boleh digunakan dengan lebih cekap sebagai sumber yang diperlukan. Ia

    juga cekap kerana penyimpanan boleh meningkat dengan mudah tanpa memberi kesan

    kepada prestasi rangkain sesebuah syarikat. Kecekapannya boleh memindahkan data dari

    satu sumber penyimpanan seperti cakera atau pita ke SAN secara langsung dan bukannya

    di seluruh rangkaian dan ini dapat mengurangkan data yang dihantar merentasi rangkaian

    dan cekap untuk menggunakan pelayan atau kuasa pengkomputeran rangkaian.

    3.3 Pengasingan Data

    Dengan SAN pengguna atau pelanggan tidak perlu berasa risau kerana data atau

    maklumat yang disimpan tidak akan disalin, ditiru atau dikongsi dengan sesiapa sahaja

    yang berkongsi SAN yang sama. Pentadbir SAN juga tidak boleh melihat data atau

    maklumat yang disimpan. Setiap data dan maklumat ini akan dizonkan setelah

    dikonfigurasikan dengan cara yang betul. Zon inilah yang akan melindungi data atau

    maklumat tersebut daripada diceroboh dari orang lain pada penggunaan SAN yang sama.

    Pembahagian kepada zon ini juga telah memisahakan bebanan kerja yang dilakukan dari

    satu sama lain pada SAN. Ia bukan sahaja melindungi data tetapi ia juga menyediakan

    halangan terhadap beban kerja yang tidak perlu dan tidak berkaitan yang mana akan

    menjejaskan prestasi aplikasi itu.

    3.4 Alat pengurusan & berpusat

    SAN merupakan alat pengurusan atau alat pemantauan secara automatik yang

    boleh mencari dan menetapkan apa-apa kesilapan tanpa memerlukan kakitangan untuk

    pakar teknikal yang terlibat. Ia juga boleh memberi amaran kepada jabatan sokongan

    yang ada masalah. Sistem ini mampu menghapuskan maklumat pendua contohnya

    beberapa salinan dokumen perkataan dan ayat yang sama dan salinan ini boleh

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    11/17

    CBCT2203

    11

    mengambil sejumlah besar simpanan yang hasilnya boleh mempunyai overhed yang

    mahal. SAN juga memerlukan pelayan atau unsur gagal penyimpanan kerana data boleh

    ditiru dengan mudahnya. Ia adalah penting kerana ia dapat meningkatkan daya tahan

    rangkaian dalam mengira persekitaran di mana ia dilihat sebagai sesuatu yang kritikal.

    3.5 Penyelenggaraan

    Penyelenggaraan buat SAN adalah mudah kerana SAN bekerja sendiri dan bebas

    dari pelayan organisasi. Jika ada masalah kepada pelayan atau jika penyelenggaraan

    sedang dijalankan ke atas pelayan itu, kakitangan masih boleh mengakses data kritikal

    pada SAN dan bebas daripada rangkaian. Sebarang kerja yang dibawa keluar tidak akanmemberi kesan kepada pengguna rangkaian.

    3.6 Kelajuan

    Menurut Tate.J et al. (2000), salur gentian mampu memindahkan data pada 100

    MB persaat lebih pantas daripada kemampuan tipikal SCSI dan lebih pantas lagi dari

    standard pemindahan data LAN. SAN direka khas untuk menyediakan akses

    penyimpanan yang cepat kepada sesuatu aplikasi atau data yang ingin diakses dan jauh

    lebih cepat daripada pelayan tipikal dan kemudahan pelayan. SAN mempunyai sistem

    yang sendiri dan tidak berharap pada pelayan yang lain. SAN juga boleh

    memaksimumkan teknologi yang sedia ada dengan adanya kedua-dua cakera dan pita.

    Pita selalunya digunakan untuk sandaran kerana ianya murah berbanding dengan yang

    lain. SAN juga boleh menggunakan teknologi yang lain termasuk peti lagu optik,

    perpustakaaan pita dan cakera tatasusunan.

    3.7 Fleksibel

    SAN sangat fleksibel kerana ia boleh digunakan bersama-sama dengan Network

    Attached Storage (NAS) kerana Kebolehan SAN yang boleh berkomunikasi dengan

    pelbagai peranti storan termasuk NAS.

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    12/17

    CBCT2203

    12

    3.8 Kebolehskalaan

    SAN adalah berskala iaitu dengan SAN sebuah syarikat tidak mempunyai had

    segelintir cakera yang boleh dilampirkan kepada sistem. SAN boleh berkembang untuk

    beratus-ratus cakera dalam apa jua saiz tetapi pelayan mempunyai had fizikal iaitu kira-

    kira dalam sedozen.

    3.9 Penjimatan Kos ModalPenjimatan kos adalah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi

    pemilihan penyimpanan ini. SAN boleh menjimatkan kos modal yang besar kerana

    semua data atau maklumat dalam talian boleh diakses oleh semua komputer dan tiadanyaalat penyimpanan sementara tambahan . Dengan SAN, syarikat boleh mengurangkan alat-

    alat yang mahal dan jarang diperlukan jika pemacu pita dan pengendali media robotik

    boleh diakses secara langsung oleh semua komputer. Ini juga dapat mengurangkan

    jumlah kos modal yang diperlukan oleh syarikat untuk memproses maklumat tanpa

    mengurangkan kualiti perkhidmatan yang disampaikan. Selain itu dengan adanya SAN,

    syarikat dapat mengurangkan kos modal untuk membayar perkhidmatan pekerja untuk

    menyalin data dari satu tempat ke tempat yang lain kerana SAN dapat menjalankan

    operasi dan melaksanakan operasi tersebut.

    3.10 Perkongsian Data

    SAN menggunakan pencerminan kawalan jauh untuk menyalin data. Perkongsian

    data juga dapat menggambarkan pelbagai pengguna yang mengakses salinan tunggal fail.

    Ia terbukti kerana dalam persekitaran pelayan homogen dengan kawalan permohonan

    aplikasi yang sesuai pelbagai pelayan boleh mengakses satu salinan data yang disimpan

    pada subsistem yang disatukan. Kelebihan SAN dalam mempertingkatkan perkongsian

    data ini dapat mengurangkan keperluan untuk menyimpan pelbagai sistem fail atau

    pengkalan data yang sama dan sekali gus dapat megurangkan pertindihan kos perkakasan

    untuk menyimpan salinan tersebut. Ia juga meningkatkan keupayaan untuk melaksanakan

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    13/17

    CBCT2203

    13

    untuk merentasi aplikasi perniagaan seperti e-perniagaan yang menjadi penghalang

    apabila pelbagai salinan data disimpan.

    3.11 Sandaran dan pemulihan

    SAN membenarkan penyambungan pita pemacu dan pita perpustakaan yang lebih

    besar pada jarak yang lebih besar kerana jika menyediakan pita pemacu untuk setiap

    pelanggan adalah mahal dan melibatkan penambahan pentadbiran dalam penjadualan

    tugas untuk menguruskan pita media. Pita pengumpulan berkebolehan untuk lebih

    daripada satu pelayan untuk berkongsi secara logik pemacu pita dalam perpustakaan

    automatik. Sandaran dengan menggunakan LAN menggerakkan pentadbir untukmemusatkan pita pemacu atau pita perpustakaan automatik. Tetapi pengalaman LAN

    yang mengalami kelantangan trafik yang terlalu tinggi semasa operasi sandaran atau

    pemulihan dan ini boleh menyebabkan gangguan ketika permohonan untuk mengakses

    rangkaian. Walaupun dianggarkan waktu bukan puncak adalah masa untuk sandaran ia

    mungkin tidak memberikan masa yang mencukupi dan ia tidak boleh menjadi praktikal

    dalam sesuatu perusahaan yang beroperasi dalam pelbagai zon masa. SAN menyediakan

    penyelesaian dengan membolehkan penghapusn sandaran dan permulihan pergerakan

    data di seluruh LAN. Saluran gentian jalur lebar tinggi dan keupayaan pelbagai jalan

    bertukar fabric membolehkan pelayan berganda untuk sandaran aliran data serentak

    untuk pita pemacu berkelajuan tinggi serta dapat membebaskan LAN untuk trafik

    permohonan yang lain. . Rajah 6 menunjukan gambaran memuatkan rangkaian IP.

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    14/17

    CBCT2203

    14

    Rajah 6 : Sandaran / pemulihan LAN dengan memuatkan rangkaian IP

    (Tate.J et al. 2000 )

    4.0 KELEMAHAN SAN

    Terdapat beberapa kelemahan SAN yang perlu diambil kira dalam pemilihan

    SAN sebagai alat penyimpanan yang sesuai untuk sesebuah syarikat besar antaranya

    adalah seperti:

    4.1 Terhad

    SAN hanya terhad dan sesuai untuk sebuah organisasi yang besar sahaja dan tidaksesuai kepada organisasi yang kecil. Ini menyebabkan penggunaannya terhad pada

    sebuah organisasi yang besar dan tidak membawa makna dan manfaat kepada organisasi

    yang kecil. Dan jika organisasi yang kecil ini mempunyai hanya beberapa pelayan maka

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    15/17

    CBCT2203

    15

    dianggap tidak sesuai untuk SAN kerana sesuai untuk organisasi yang mempunyai

    berpuluh dan beratus pelayan.

    4.2 Terdedah dengan bencana

    Bentuk fizikal SAN berpotensi terdedah dengan bencana seperti banjir,

    kebakaran, gempa bumi dan sebagainya kerana SAN mempunyai bentuk fizikal yang

    boleh dilihat dan disentuh tidak seperti penyimpanan secara maya. Sudah tentulah SAN

    diletakan di suatu tempat yang dikira selamat tetapi sebarang kemungkinan akan berlaku

    terhadap SAN bila berlakunya bencana.

    4.3 Kompleks

    Sistem SAN adalah sangat komplek. Ini kerana seni bina SAN yang banyak

    menghubungkan beberapa jenis perkakasan seperti komputer, peranti, pelayan, NAS,

    sistem RAID dan lain-lain menjadikan sistem dan fizikalnya lebih kompleks dan bukan

    mudah untuk dikendalikan. Hal ini akan menyebabkan berkemungkinan besar untuk

    mencapai kegagalan dalam salah satu kompenan yang ada dalam sisitem SAN ini dan

    akan menjejaskan persekitaran dan prestasi keseluruhan penyampaian.

    4.4 Memerlukan tenaga kerja yang mahir

    Disebabkan SAN adalah suatu sistem yang komplek, maka belum tentu sesiapa

    sahaja dapat mengendalikan sistem SAN ini baik muda, tua, cerdik atau sebagainya.

    Perlaksanaan sistem SAN haruslah dikendalikan oleh tenaga kerja yang mahir yang

    diberi latihan sepenuhnya terhadap sistem ini. Oleh yang demikian, jika sebuah syarikat

    ingin menggunakan sistem SAN ini maka timbullah kesukaran bagi mereka kerana

    mereka harus mencari tenaga kerja yang betul-betul mahir untuk mengendalikan sistem

    tersebut kerana ia mempengaruhi prestasi syarikat tersebut. Dan syarikat juga haruslah

    melatih lebih ramai lagi pekerja untuk mahir dalam sistem tersebut dengan mengadakan

    kursus atau menghantar mereka belajar ke tempat-tempat yang berkaitan. Secara tidak

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    16/17

    CBCT2203

    16

    langsung ia merupakan satu beban kepada syarikat untuk mengeluarkan kos tambahan

    untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam pengendalian sistem SAN.

    4.5 Kos perlaksanaan yang tinggi

    Untuk melaksanakan sistem SAN ini bagi memberi perkhidmatan yang terbaik

    kepada pelanggan, sebuah syarikat haruslah mengeluarkan sejumlah kos yang tinggi

    untuk perlaksanaannya. Syarikat haruslah membeli pelbagai jenis perkakasan yang perlu

    ada dalam sisten SAN untuk meningkatkan prestasi dan juga perkhidmatan yang

    diberikan.

  • 7/29/2019 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

    17/17

    CBCT2203

    17

    RUJUKAN

    Barker.R & Massiglia.P. (2002). What Storage Networking Is and What It Can

    Mean to You. New York : John Wiley & Sons, Inc.

    Friedman.M.B. (2002). An Introduction to SAN Capacity Planning. USA: Datacore

    Software.

    Hulen.H & Graf.O. (2002). Storage Area Networks and the High Performance Storage

    System. Houston: IBM Global Services

    Liao.H. (2003). Storage Area Network Architectures Technology White Paper.

    Canada: PMC-Sierra, Inc. PMC-2022178

    Mohammed Haron, (2002). Is Your Storage Area Network Secure? An overview of

    Storage Area from security perspective. [Online]. Available :

    http://www.sans.org/reading_room/whitepapers/storage/storage-area-network-

    secure-overview-storage-area-network-security-perspective_516 [8 Nov 2012]

    Tate.J et al. (2000). Redbooks :Designing an IBM Storage Area Network. California:

    IBM Corporation, Inc. SG24-5758-00

    http://www.sans.org/reading_room/whitepapers/storage/storage-area-network-http://www.sans.org/reading_room/whitepapers/storage/storage-area-network-