belajar cara satu
TRANSCRIPT
![Page 1: Belajar cara satu](https://reader037.vdocuments.net/reader037/viewer/2022100400/55b8384dbb61eb032e8b458e/html5/thumbnails/1.jpg)
Salah satu daripada cara belajar atau membuat ulang kaji ialah dengan cara S.A.T.U.
Cara ini mudah untuk dilaksanakan dan boleh diamalkan oleh adik-adik.
Bagi memulakan belajar cara ini, peralatan dan keperluan untuk belajar perlu disediakan dulu. Oleh itu, pastikan dahulu, adik-adik telah bersedia dengan buku yang hendak dibaca, alat tulis yang sepatutnya, dan kertas untuk ditulis.
Belajar cara ini tidaklah membebankan sangat dan boleh dilakukan dengan tenang.
Ikutilah langkah-langkah yang diberikan di bawah ini:
S Selak muka surat yang hendak dibaca, tidak terlalu laju tetapi cukup untuk menangkap tajuk utama dalam bab yang ingin dibaca.
A Awasi tajuk-tajuk, gambar rajah, huruf yang ditebalkan, kata kunci, graf, dan ilustrasi yang ada dalam tajuk yang hendak dibaca.
T Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas anda dan pecahkan menjadi peta minda, iaitu tajuk-tajuk kecil yang lain sebagai dahan-dahan kepada tajuk utama. Usah fikirkan kekemasan atau kecantikan peta minda. Sebaliknya, utamakanlah pecahannya dulu.
U Ulang sekali lagi dengan membaca keseluruhan kandungan yang dipilih untuk dibaca dan diulang kaji tadi.
Namun, kali ini dengan melengkapkan isi kepada dahan-dahan yang telah dibina di atas kertas tadi.
Tulislah secara bebas dengan tidak takut untuk melakukan kesilapan.
Adik-adik boleh kemaskan nota anda.
Kemudian setelah selesai, buatlah bacaan sepenuhnya.
![Page 2: Belajar cara satu](https://reader037.vdocuments.net/reader037/viewer/2022100400/55b8384dbb61eb032e8b458e/html5/thumbnails/2.jpg)
Nota yang terbaik adalah nota yang adik-adik fahami. Oleh itu, ikutlah cara adik-adik kerana adik-adik sendiri yang akan menggunakannya.