bentang btn..zam

11
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBATANG SUKU KATA KV+KV MURID PENDIDIKAN KHAS (SLOW- LEARNER) MENGGUNAKAN KAEDAH BERMAIN DADU BERBUNYI TAJUK

Upload: tompok-manggis

Post on 10-Dec-2015

261 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

all

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBATANG SUKU KATA KV+KV MURID PENDIDIKAN KHAS

(SLOW- LEARNER) MENGGUNAKANKAEDAH BERMAIN DADU BERBUNYI

TAJUK

Pendahuluan

Membaca boleh ditakrifkan sebagai perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Membaca boleh juga dimaksudkan sebagai menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang bertulis dan memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bermakna mengajar murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.

Membaca merupakan asas kepada kejayaan seseorang murid. Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf, membunyikan suku kata, membatangkan suku kata seterusnya membaca perkataan dan ayat. Kemahiran membaca merupakan salah satu fokus dalam Kemahiran Komunikasi Bahasa Malaysia yang perlu dikuasai oleh murid Pendidikan Khas. Menguasai kemahiran membaca bukan sekadar membantu kanak-kanak lebih berjaya menguasai kemahiran lain tetapi juga membantu meningkatkan proses perkembangan mental, psikologikal dan sosial dengan lebih baik.

Kajian ini dijalankan bertujuan menambahbaik amalan pengajaran guru untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membatang suku kata terbuka KV+KV bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran membaca yang lebih kompleks

Saya menggunakan kaedah belajar melalui bermain sebagai suatu inisiatif untuk meningkatkan kemahiran murid pendidikan khas(slow-learner)untuk membatangkan suku kata terbuka KV+KV melalui kaedah bermain dadu berbunyi.

Kaedah berbentuk permainan yang menyeronokkan dengan suku kata yang ada pada kotak dadu berwarna-warni diharapkan dapat menarik minat murid untuk meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka KV+KV.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

1. Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid diharap akan mencapai objektif seperti berikut:Kaedah bermain Dadu Berbunyi dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka KV+KV. 2. Mengekalkan minat murid dalam membatangkan suku kata terbuka KV+KV menggunakan kaedah bermain Dadu Berbunyi.

3.2 Soalan Kajian

1. Persoalan kajiaan yang ingin dikaji adalah seperti berikut :Adakah Kaedah bermain Dadu Berbunyi dapat meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka KV+KV ? 2. Adakah Kaedah bermain Dadu Berbunyi dapat mengekalkan minat murid semasa membatangkan suku kata terbuka KV+KV.

Subjek kajian

Subjek kajian melibatkan murid-murid Pendidikan Khas,Sekolah Kebangsaan Kampung Nyoir,Terengganu.

Subjek kajian ini terdiri tiga orang murid lelaki dan seorang murid perempuan.Mereka mempunyai sijil Pendidikan Khas.Semua murid berbangsa melayu.Mereka berumur dalam lingkungan 9 hingga 12 tahun.