bentuk & binaan

10
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN PENGENALAN Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf. Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung, paper mache. TEKNIK-TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.

Upload: loan-klose

Post on 14-Dec-2015

384 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pendidikan Seni

TRANSCRIPT

Page 1: Bentuk & Binaan

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

PENGENALAN

Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti

untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan

bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan

membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.

Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada

perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur,

imbangan dan kestabilan.

Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam

perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah

bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung, paper mache.

TEKNIK-TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau

membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan,

cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-

teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.

Teknik Picitan

Teknik Lipatan

Teknik Potongan

Teknik Cantuman

Teknik Pembungkusan

Teknik Guntingan

Teknik Luakan

Page 2: Bentuk & Binaan

  JENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN.

Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat

perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan

kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses

penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-

kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan

peringkat perkembangan kanak-kanak.

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang

Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti

- ARCA TIMBUL

-ARCA MOBAIL

-ARCA STABAIL

-ASEMBLAJ

-MODEL

-DIORAMA

-BONEKA

-TOPENG

-ORIGAMI 

ALAT DAN BAHAN

Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan

karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat

dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang

sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan

bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.

Page 3: Bentuk & Binaan

- Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi,

kiri, kanan, atas dan bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia

atau bentuk ilusi dan ikon.

- Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain. Ruang

nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah

ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain.

- Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan

tidak simetri. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan

kekukuhan .

TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1. Tingkatkan Daya Kreativiti

-Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah

mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna

kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. (Herbert Read (1958)

- June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan

idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada.

- Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan

ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa

terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.

Page 4: Bentuk & Binaan

Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?

a. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar,

bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto.

b. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.

c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang

baik dan berketerampilan.

d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk

memperkaya maklumat dan pengetahuan.

e. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan

bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk peningkatan.

f. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau

tempat-tempat strategik.

g. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.

2. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - untuk

memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan

ketahanannya.

Temanya :

(a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran

(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis

(c) Aliran dan Tema Sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. cth wau

bulan, wau kucing dll

(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian – peralatan kegunaan harian.

Page 5: Bentuk & Binaan

Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang Membentuk dan

Membuat Binaan Berlaku?

(a) Pemerhatian dan Kajian Visual – penggunaan bahan dalam menghasilkan karya.

(b) Perubahan Cara Bekerja - Membuat percubaan yang tidak putusputus akan

mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih

unik dan berketerampilan.

(c) Penerokaan Simbol dan Makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru.

Penerokaan dan ekperimen bahan

1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.

2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang,

kulit siput dan sebagainya.

3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam

dan sebagainya

4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah,

papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi

1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.

2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek.

3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan.

4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.

Page 6: Bentuk & Binaan

5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi

pergerakan.

6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.

7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.

8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.

9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses

membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.

10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan

menyatakan kesannya.

11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil

bentuk rekaan.

12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi.

KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi

2. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.

3. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.

4. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik,

membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.

5 . Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.

6. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna,

imbangan dan kesatuan yang menarik.

7. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.

8. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

Page 7: Bentuk & Binaan

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

1. Kesesuaian topik, tema dan teknik

2. Membuat “tumbnail-print” / lakaran

3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia

4. Pilih teknik membuat yang sesuai.

5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.

6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali

diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.

7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-

manik dijadikan kemasan akhir produk.

8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

Mengenali Pelbagai Bentuk Asas

- Bentuk organik mempunyai sifat yang tidak menentu, bergerigis, berkeluk- keluk,

berjurai, lembik dan berbagai lagi. bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap,

lurus, keras dan padu.