berdakwah melalui blog, satu analisis kandungan pendekatan dakwah saifulislam.com md rozalafri...

14
Berdakwah Melalui Blog: Satu Analisis Kandungan Pendekatan Dakwah Saifulislam.com Md Rozalafri Johori , Rosmawati Mohamad Rasit ¹ ² Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, KUIS ¹ [email protected] ² Jabatan Peng. Dakwah & Kepimpinan, FPI UKM [email protected] Abstrak Blog merupakan salah satu aplikasi medium interaktif media baru yang sangat popular dan sering dilayari oleh pengguna internet. Melihat kepada aspek ini, ia menjadi pendekatan alternatif kepada dakwah Islamiah dalam mendekati sasaran dakwah secara lebih meluas. Blog saifulislam.com dipilih sebagai sampel blog berdasarkan popularitinya yang dilihat dari statistik pengunjung blog, komen pada setiap posting artikel, jumlah respons/perbincangan pada setiap posting dan jumlah pengikut (followers) blog. Justeru, kajian ini menganalisa sejauhmana pendekatan dakwah yang dibawa oleh saifulislam.com dalam menyampaikan dakwah melalui blog. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dalam melihat isi kandungan artikel blog yang menepati konsep pendekatan dakwah. Kajian ini hanya memfokuskan kepada topik-topik di bawah kategori Revolusi Sikap yang keseluruhannya mempunyai 23 posting sejak tahun 2006. Ini kerana skop di bawah topik ini lebih menjurus kepada pendekatan dakwah yang berkaitan dengan tujuan kajian. Kata kunci: Media baru, pendekatan dakwah, blog 1. PENDAHULUAN Dakwah adalah seruan kepada nilai-nilai positif dan amal soleh (al-Fusilat: 33). Seruan nilai positif ini merupakan suatu kebiasaan bagi setiap manusia untuk menikmati hidup bermasyarakat yang harmoni. Setiap penyampaian nilai-nilai murni ini, pasti akan memberi kesan yang baik untuk ummah seluruhnya. Berdakwah adalah suatu tugas suci amalan nabi-nabi dan rasul- rasul. Amalan ini adalah untuk menyampaikan risalah Islamiah yang bertujuan memberi penerangan (basiroh) dan penyebaran (bayyinah) yang jelas tentang keindahan Islam serta keesaan Allah. Ini kerana perdakwah seharusnya mencontohi cara terbaik para nabi berdakwah dan menjadikan nabi sebagai ikutan bagi meneruskan tugas ini dan mewujudkan pendakwah-pendakwah yang lain (Ahmad Mahmud, 2003). Tugas ini adalah amanah untuk setiap umat Islam setiap zaman. Jadi, setiap umat Islam harus berusaha bersungguh-sungguh dan kreatif untuk mengaplikasikan apa sahaja cara atau medium penyampaian dakwah kepada masyarakat.

Upload: hakimbinhussein

Post on 03-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ff

TRANSCRIPT

Berdakwah Melalui Blog: Satu Analisis Kandungan Pendekatan Dakwah Saifulislam.com

Md Rozalafri Johori, Rosmawati Mohamad Rasit

Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, KUIS

[email protected] Peng. Dakwah & Kepimpinan, FPI UKM

[email protected]

Abstrak

Blog merupakan salah satu aplikasi medium interaktif media baru yang sangat popular dan sering dilayari oleh pengguna internet. Melihat kepada aspek ini, ia menjadi pendekatan alternatif kepada dakwah Islamiah dalam mendekati sasaran dakwah secara lebih meluas. Blog saifulislam.com dipilih sebagai sampel blog berdasarkan popularitinya yang dilihat dari statistik pengunjung blog, komen pada setiap posting artikel, jumlah respons/perbincangan pada setiap posting dan jumlah pengikut (followers) blog. Justeru, kajian ini menganalisa sejauhmana pendekatan dakwah yang dibawa oleh saifulislam.com dalam menyampaikan dakwah melalui blog. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dalam melihat isi kandungan artikel blog yang menepati konsep pendekatan dakwah. Kajian ini hanya memfokuskan kepada topik-topik di bawah kategori Revolusi Sikap yang keseluruhannya mempunyai 23 posting sejak tahun 2006. Ini kerana skop di bawah topik ini lebih menjurus kepada pendekatan dakwah yang berkaitan dengan tujuan kajian.

Kata kunci: Media baru, pendekatan dakwah, blog1. PENDAHULUAN

Dakwah adalah seruan kepada nilai-nilai positif dan amal soleh (al-Fusilat: 33). Seruan nilai positif ini merupakan suatu kebiasaan bagi setiap manusia untuk menikmati hidup bermasyarakat yang harmoni. Setiap penyampaian nilai-nilai murni ini, pasti akan memberi kesan yang baik untuk ummah seluruhnya. Berdakwah adalah suatu tugas suci amalan nabi-nabi dan rasul-rasul. Amalan ini adalah untuk menyampaikan risalah Islamiah yang bertujuan memberi penerangan (basiroh) dan penyebaran (bayyinah) yang jelas tentang keindahan Islam serta keesaan Allah. Ini kerana perdakwah seharusnya mencontohi cara terbaik para nabi berdakwah dan menjadikan nabi sebagai ikutan bagi meneruskan tugas ini dan mewujudkan pendakwah-pendakwah yang lain (Ahmad Mahmud, 2003). Tugas ini adalah amanah untuk setiap umat Islam setiap zaman. Jadi, setiap umat Islam harus berusaha bersungguh-sungguh dan kreatif untuk mengaplikasikan apa sahaja cara atau medium penyampaian dakwah kepada masyarakat. Kini, penyampaian dakwah tidak lagi terbatas kepada cara konvensional iaitu melalui ceramah, usrah atau perjumpaan bersemuka (komunikasi interpersonal atau komunikasi berkumpulan) tetapi melangkau jauh dari itu dengan menggunakan media massa dan yang terkini adalah media baru (new media).Media baru merupakan suatu media yang berasaskan internet. Internet adalah singkatan kepada interconnected-networking iaitu rangkaian komputer yang terhubung di dalam beberapa rangkaian. Menurut Md. Salleh Hassan et al. (2009), media baru adalah seperti komputer, internet, telefon bimbit, PDA dan beberapa lagi media baru yang dikenali dengan ICT.

Hari ini mengikut World Stats (2010) dalam Rakis (2010), terdapat lebih 1,802,330,457 pengguna internet seluruh dunia. Manakala statistik pengguna internet di Malaysia pula berjumlah 16,902,600 orang. Ia menunjukkan bahawa 66% penduduk Malaysia adalah pengguna internet. Daripada jumlah ini, pengguna terbesar bertumpu di Selangor, diikuti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Menurut Murphy (2008) dalam Md salleh et. al (2009) rakyat Malaysia meluangkan masa selama 2 jam 47 minit sehari untuk melayari internet. Ini menunjukkan bahawa media baru mempunyai kekuatan dalam memberikan dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat termasuklah untuk berdakwah. Ini disandarkan pula kepada pelayar dan pembaca maklumat daripada internet yang agak tinggi di Malaysia yang menurut Musa (2008) dalam Md salleh et. al (2009) pada tahun 2007 peratusan kesampaian maklumat dari media baru kepada masyarakat adalah pada kadar 17.6%.Melalui internet, terdapat pelbagai aplikasi yang boleh digunakan dalam menyampaikan dakwah iaitu antaranya homepage, website, forum, portal, email atau menggunakan jaringan laman sosial seperti facebook, twitter atau myspace dan yang difokuskan dalam kajian ini adalah blog. Blog merupakan salah satu aplikasi media baru yang merupakan singkatan daripada perkataan web blog. Ia merupakan suatu jurnal online personal yang merupakan tulisan-tulisan yang dimuat turun sebagai suatu koleksi posting pada sebuah halaman web umum secara kronologi mengikut tarikh yang mempunyai komen dan links. (Education Learning Initiative, 2007). Ia pertama kali diperkenalkan oleh blogger.com yang dimiliki oleh Pyralab. Namun kini Pyralab telah diambil alih oleh Google.com pada 2002.

Tulisan-tulisan atau posting blog disiarkan dalam turutan tarikh posting yang terbaru dan diikuti dengan posting yang sebelumnya. Kebiasaannya ia dapat dilayari oleh semua pengguna internet sesuai dengan topik dan tujuan blog tersebut. Blog diwujudkan oleh pengendali berdasarkan topik dan fungsi yang pelbagai yang berevolusi pada peringkat awalnya sebagai sebuah catatan harian, kempen politik, analisis politik, aktiviti sosial, promosi perniagaan, promosi media, aktiviti budaya, berkaitan agama, pandangan dunia, perkongsian ilmu atau perkongsian hobi.Kebiasaanya blog dikendalikan oleh seorang penulis, manakala ada juga blog yang dikendalikan oleh beberapa orang penulis. Di dalam blog terdapat aplikasi yang membolehkan pengendali blog berinteraksi dengan pengunjung seperti ruangan komen, ruangan interaktif dan sebagainya. Keadaan ini ditekankan oleh Musa (2000) dalam Md Salleh et. al (2009), bahawa komputer dan internet sering dikaitkan dengan keupayaan untuk menyebar, menjana, menyimpan dan mengurus maklumat yang tidak terhad. Ini menjadikan blog suatu aplikasi media baru yang sangat berpengaruh kerana penyebaran maklumat bukan hanya berlaku dalam sehala tetapi interaksi berlaku secara interaktif. Perkara ini dapat dilihat daripada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (2008) dalam Md Salleh et. al (2009), perbandingan antara tahun 2006 dan 2008 berkaitan tujuan penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat meningkat dari 84.5% kepada 94.4%. Bagi tujuan berkomunikasi menggunakan teks pula berubah dari 80.7% kepada 84.7%. Penggunaanya untuk pendidikan juga meningkat dengan ketara dari 52.6% kepada 64.5%. Manakala bagi aktiviti waktu lapang juga meningkat dengan peratusan yang besar iaitu 45.9% kepada 63.5%. 2.SAIFULISLAM.COM

Erti hidup pada memberi merupakan kata-kata hikmah yang telah digunakan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil selaku penulis blog saifulislam.com. Beliau merupakan pemegang Bachelor Syariah & pengajian Islam dari Universiti Mutah, Jordan.Usaha mulia ini merupakan pegangan penulis blog ini menyeru kepada para pembaca blog ini supaya kembali kepada Allah yang menyahut fimanNya dalam surah Az-Zariat ayat 56:

Dan tidak Aku ciptaka jin dan manusia itu hanyalah supaya mereka beribadat kepadaKu.Ini kerana tujuan manusia di dunia ini hanyalah untuk beribadat kepada Allah. Jadi tugas pendakwah harus sentiasa mengingatkan manusia supaya kembali kepada tujuan ini. Secara tidak langsung ia selaras dengan ikrar umat Islam ketika membaca doa iftitah dipermulaan solat iaitu:

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Taala.

Ikrar ini dapat saifulislam.com terjemahkan melalui dengan kata-kata hikmah yang penulis blog ini lampirkan iaitu menulis bukan untuk memberitahu, tetapi untuk mencetus mahu, agar bergerak menuju mampu. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi kembara insan mencari Tuhan.

Beliau merupakan pendakwah kontemporari yang mengikuti arus perubahan zaman. Ini kerana setiap zaman mempunyai cabaran tersendiri dalam berdakwah yang sangat berbeza dengan zaman sebelumnya. Ini merupakan cabaran dunia globalisasi dan ledakan maklumat menerusi media baru. Medium dan method yang digunakan oleh Hasrizal selaku penulis saifulislam.com selari dengan kata pengantar oleh Datuk Mohd Nakhaie Haji Ahmad, Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, dalam Ahmad Mahmud (2003) bahawa pendakwah tanpa mengira zaman harus memiliki cara penyampaian dakwah yang berkesan dan mapan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Tuan Sidek et. al (2010), blog saifulislam.com merupakan antara blog pilihan iaitu 42% iatu 65 orang pelayar internet di kalangan 200 orang responden terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Pahang. Ini kerana menurut responden kajian tersebut, mereka menggemari blog Islam yang disediakan oleh orang perseorangan yang mempunyai asas Islam yang baik. Kajian tersebut turut mendapati bahawa 94% daripada responden sering melayari blog dan website islam. Malah 29% daripada mereka melayarinya setiap hari, ini termasukalah blog saifulislam.com.Blog saifulislam.com diwujudkan sejak 2006 merupakan blog yang dakwah yang lebih memfokuskan kepada isu sosial semasa dan perubahan sikap masyarakat menjadi muslim sejati. Ia tidak hanya memfokuskan satu isu, tetapi menggabungkan setiap perkara kehidupan manusia dari aspek fekah, aqidah, ibadah dan akhlak. Kandungan, intipati dan integrasi maklumat blog ini menjadikannya popular yang mana menurut kajian Tuan Sidek et. al (2010), laman web dan blog islam yang paling digemari adalah yang membincangkan isu semasa dalam skop Islam iaitu 63% yang merupakan pilihan tertinggi responden. Diikuti bidang aqidah dan ibadah 51%, akhlak 48% dan selainnya 28%.Ini memperlihatkan dakwah di saifulislam.com merupakan komunikasi Islam yang mengaprisiasikan usaha dakwah yang bersahaja, santai dan mudah difahami oleh semua peringkat masyarakat. Saifulislam membawa suatu pendekatan komunikasi Islam yang sebenar, menyampaikan risalah Allah supaya pembaca kembali kepada keimanan yang sebenar seperti yang terdapat dalam ayat;

Dan demi sesungguhnya kami telah sampaikan firman-firman kami (Al-Quran) kepada mereka supaya mereka beroleh peringatan (lalu beriman).

(Al-Qasas: 51)

Medium dan pendekatan dakwah yang digunakan oleh saifulislam.com sangat memenuhi kehendak masyarakat yang mengikuti arus terkini yang bergerak pantas menggunakan ruang dan masa dalam mendapatkan ilmu. Situasi ini disokong oleh kajian Tuan Sidek et. al (2010), bahawa kebayakan responden kajian beliau mengakui kelebihan menggunakan laman web dan blog islam adalah merupakan cara terpantas untuk mengetahui sesuatu hokum dengan capaian internet 24 jam seminggu. Malah tidak ramai yang ingin pergi ke masjid dan surau untuk mengaji ilmu fekah kerana jawapan bagi setiap persoalan boleh didapati dengan pantas dan relevannya penggunaan terknologi terkini untuk berdakwah menyampaikan ilmu dan mesej Islam.3.DAKWAH MELALUI BLOG Berdakwah tidak lagi terbatas dengan cara berkomunikasi secara tradisional iaitu melalui ceramah-ceramah agama di masjid atau di surau. Kini pendekatan dakwah harus menyeluruh dengan menggunakan semua kaedah media yang mampu mencapai khalayak sasaran dengan pantas, meluas dan tepat. Jadi, menurut Mohd. Sahri (1994) dalam Ghazali (1998) bagi berdakwah pada abad ke-21:Pendakwah hari ini perlu melihat kembali peranan mereka dalam merubah masyarakat ke arah menghayati Islam sebagai satu ad-din dan sistem hidup. Sekiranya mereka tidak peka dengan waqi atau realiti persekitaran mereka lantas bertindak segera besar kemungkinan cita-cita untuk melihat Islam sebagai satu ad-din yang syumul itu tidak akan berhasil.Ini bagi menjamin penghayatan bahawa Islam itu memang agama yang syumul, flesibel dan bersesuaian untuk semua zaman dan realiti kehidupan setiap peringkat hidup insan.

Oleh itu matlamat untuk berdakwah harus seiring dengan persekitaran masyarakat, ini kerana kini terutama golongan belia atau remaja mempunyai pendedahan maklumat yang melangkaui zaman. Selain itu, golongan ini juga terlalu terdedah dan terpengaruh dengan pandangan dan cara hidup barat melalui media konvensional dan media baru. Oleh itu, pendekatan paling berhemah perlu dilakukan oleh pendakwah. Ini selari dengan firman Allah dalam surah An-Nahl, ayat 125 iaitu:

Serulah manusia kepada jalan tuhanMu (wahai Muhammad) dengan hikmah bijaksana dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.

Bagi kajian ini, memfokuskan pendekatan dakwah melalui ayat di atas. Menurut Ahmad Mahmud (2003), berdasarkan ayat di atas terdapat tiga pendekatan dalam berdakwah iaitu: i. Berhikmah.

Ia merupakan suatu sifat yang menggambarkan perkataan yang digunakan untuk menerangkan asas-asas dakwah. Dalam Al-Quran Allah menerangkan tentang hikmah seperti firmannya dalam surah al-Furqan ayat 52:

... dan berjuanglah dengan hujah-hujah al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.

Hikmah dalam medan dakwah memerlukan pendakwah mengetahui cara untuk mendakwahkan individu dengan cara yang berbeza antara orang awan dan orang berpangkat, perlu mengetahui tujuan nasihat, perlu menyesuaikan cara berdakwah, perlu menggunakan kata-kata yang sopan. ii. Nasihat yang baik.

Bererti meyakinkan orang ramai dengan cara yang benar dan baik supaya menjauhi maksiat (keburukan) dan kerosakan serta membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan.

iii. Berbahas dengan sopan.Ia merupakan suatu cara yang penting untuk berdakwah ke jalan Allah. Cara ini digunakan untuk berhadapan dengan orang yang suka membangkang dan keras hati yang memerlukan dalil-dalil bagi membuktikan bahawa tentangan mereka itu tidak benar, seterusnya akan membuatkan mereka menyukai kebaikan dan kebenaran.Berdakwah dalam ertikata yang sebenar haruslah mempunyai seni. Dalam menyampaikan dan mengajak kepada sesuatu yang murni perlu ada kaedah yang terperinci dan halus untuk memenangi hati manusia. Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan pendekatan-pendekatan berdasarkan surah An-Nahl, ayat 125 yang digunakan dalam blog saifulislam.com.4.HASIL KAJIAN DAN RUMUSAN Metod berdakwah melalui blog yang digunakan oleh saifulislam.com boleh dirungkai secara ringkas melalui kajian ini. Bagi mendapatkan gambaran ringkas dan jelas, pendekatan dakwah tersebut telah dikategorikan berdasarkan pendekatan surah surah An-Nahl, ayat 125. Kajian telah dilakukan berdasarkan tiga pendekatan iaitu berdakwah secara berhemah, berdakwah menggunakan nasihat yang baik dan berdakwah secara berbahas dengan sopan.4.1Pendekatan Dakwah

Melihat hasil kajian seperti jadual 1 menunjukkan bahawa terdapat 23 artikel yang menjadi sampel kajian, didapati bahawa 20 daripadanya berdakwah dengan secara berhikmah iaitu sebanyak 46.5%. Pendekatan dakwah dengan menggunakan nasihat yang baik terdapat dalam 17 sampel dan selebihnya berdakwah dengan cara berbahas dengan sopan iaitu 13.9%._________________________________________________________________________

Analisis

Berhikmah Nasihat Yang Baik Berbahas Dengan Sopan

_________________________________________________________________________

Kekerapan (f)

20 17 6

Peratusan (%) 46.5 39.5 13.9

_________________________________________________________________________

Jadual 1: Pendekatan Dakwah

Ini menunjukkan bahawa cara berhemah adalah tunjang kepada berdakwah yang mana ia merangkumi keseluruhan pendekatan dakwah yang tulen. Cara berhemah memerlukan pendakwah bertindak dan berfikir dalam semua aspek latar belakang penerima mesej dan suasana persekitaran mereka yang melayari dan membaca blog. Ini kerana, pendakwah melalui blog tidak dapat menjangkakan latar belakang pengunjung dan pembaca blog secara keseluruhannya berbeza.

Begitu juga dengan pendekatan nasihat yang baik. Memberi nasihat di dalam medium internet terutama blog perlu sentiasa beradap dan beretika. Nasihat dalam medium ini tidak boleh bersangkaan bahasa semua pembaca boleh menerima nasihat secara sinis atau kasar. Oleh itu sangat wajar jika saifulislam.com menggunakan pendekatan yang baik dalam member nasihat terutamanya dengan menyampaikan cerita kisah masyarakat yang boleh dijadikan pengajaran yang berkaitan dengan nasihat tersebut.

Hanya terdapat sedikit sahaja pendekatan berbahas secara bersopan yang digunakan dalam sampel kajian. Walaupun medium ini secara interaktif, namun kewajaran berbahas haruslah memberi manfaat kepada semua pengunjung saifulislam.com. Kajian mendapati bahawa perbahasan yang dibuat oleh pemilik blog adalah berkaitan dengan artikel sebelumnya atau berkaitan dengan isu semasa yang berkaitan dengan isu sosial masyarakat yang kadangkala membingungkan. Namun begitu perbahasan yang dipaparkan didalam blog ini, menghurai persoalan secara sopan lagi berhemah tanpa mengguris perasaan pembaca yang mempunyai perkaitan yang khusus dengan isu tersebut.4.2Pendekatan Dakwah Mengikut Sampel KajianPerlu dijelaskan disini bahawa setiap sampel kajian tidak hanya menggunakan satu pendekatan. Kebanyakan pendekatan yang digunakan menggabungkan samaada dua atau semua pendekatan kajian.

_________________________________________________________________________

Item

Pendekatan

Jumlah

Berhikmah Nasihat Yang Baik Berbahas Dengan Sopan

_________________________________________________________________________

Sampel 1

-

2Sampel 2

3Sampel 3

-

2Sampel 4

-

2Sampel 5

-

2Sampel 6

-

-

1Sampel 7

-

-

-

0Sampel 8

-

-

1Sampel 9

-

2Sampel 10

3Sampel 11

3Sampel 12

-

-

1Sampel 13

-

-

1Sampel 14

-

-

1Sampel 15

3Sampel 16

-

2Sampel 17

3Sampel 18

-

2Sampel 19

-

2Sampel 20

3Sampel 21

-

-

1Sampel 22

-

2Sampel 23

-

-

1_________________________________________________________________________

Jadual 2: Penggunaan Pendekatan Dakwah

Berdasarkan jadual 2, kebanyakkan sampel kajian menggunakan gabungan dua pendekatan dakwah iaitu sebanyak 9 artikel sampel kajian. Selain itu terdapat 6 artikel sampel kajian yang menggunakan semua pendekatan dakwah. Manakala terdapat 7 artikel menggunakan satu pendekatan sahaja. Malah terdapat satu sampel yang tidak menggunakan apa-apa pendekatan dakwah. Ini kerana sampel tersebut hanya merupakan iklan aktiviti penulis saifulislam.com sebagai penceramah bengkel iaitu sampel kajian 7.Hasil daripada jadual 2 menunjukan bahawa pendekatan dakwah yang baik menerusi blog saifulislam.com adalah melalui penggabungan pendekatan. Penggabungan ini lebih memberikan impak terhadap pembaca yang mana selain menggunakan pendekatan berhemah, nasihat yang baik dapat meruntun hati pembawa dalam membawa perubahan dalam diri, malah berbahas secara sopan menjana pemikiran dan idea baru dalam menentukan perubahan diri ke arah yang lebih baik.

5.KESIMPULAN Bagi melihat keberkesanan pendekatan yang digunakan oleh saifulislam.com dalam menyampaikan dakwah secara santai dan berhemah, ia melihat kepada empat komponen interaktif keterlibatan audien iaitu;i. Melihat statistik pengunjung.

ii. Melihat kepada jumlah komen pada setiap posting artikel.

iii. Melihat jumlah respon/perbincangan pada setiap posting.

iv. Melihat kepada jumlah pengikut (follower)

Blog mahupun media baru tidak akan berpengaruh jika tiada audiens yang memanfaatkannya. Bagi mengetahui samaada blogsaifulislam.com memberi manfaat kepada pembacanya, ia haruslah dilihat kepada keaktifan dan pendekatan interaktif blog ini. Kajian keterlibatan audiens (audience involvement) sebenarnya cuba melihat perkara yang sama iaitu kesan media, namun ia terbit dari perspektif audiens. Dalam konteks ini, audiens diberi hak dan kebebasan untuk menyatakan sendiri tentang pemikiran dan perasaan mereka terhadap sesuatu kandungan media (Dzuhaimi et. al, 2009). Penglibatan audiens ini menurut Krugman (1966) dalam Dzuhaimi et. al, (2009) bermaksud sebagai pengalaman peribadi secara terus oleh audiens semasa mereka menerima sesuatu mesej. Berdasarkan blog saifulislam.com, keterlibatan pengunjung memberi komen dalam setiap artikel yang disiarkan menunjukkan respon, penyertaan dan keberkesanan mesej dakwah yang disiarkan. Ini menunjukkan pengunjung berfikir dan berinteraksi secara interaktif dalam memberikan buah fikiran terhadap mesej dakwah saifulislam.com. apabila berlaku tidakbalas audiens menunjukkan mesej tersebut sampai kepada audien, samada meruntun hati dengan nasihat yang baik lagi berhemah atau menjana pemikiran atau idea audiens itu sendiri dengan perbahasan yang diutarakan. Ini adalah sejajar dengan pandangan Kim dan Rubin (1997) dalam Dzuhaimi et. al, (2009) yang menyatakan bahawa audiens yang aktif akan melakukan tiga perkara ketika memilih untuk mendedahkan mereka kepada media massa yang mana proses tersebut ialah pemilihan (selectivity), perhatian (attention) dan penglibatan (involvement). Berdasarkan kajian pendekatan dakwah di dalam blog saifulislam.com dapat menjelaskan bahawa kaedah yang baik akhirnya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dalam berdakwah. Ini kerana masyarakat Malaysia kini sangat hamper dengan teknologi maklumat ini. Masyarakat kini telah sedar betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam meningkatkan potensi diri ke arah kehidupan yang lebih baik. Dennis, (2001); Parjo, (2002) dan Vikas, (2000) dalam Narimah et. al. (2009) menyatakan bahawa, media baru yang berasaskan ICT memainkan peranan penting dalam usaha ke arah pembentukan k-masyarakat yang berupaya mencari, menerima, menghasilkan dan berkongsi maklumat, mentafsir, memahami, menghayati dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan keupayaan diri.

Berasaskan elemen dakwah, blog membantu menyampaikan sesuatu yang baik untuk kesejahteraan masyarakat tentang Islam yang sebenar dalam kacamata sosial sesebuah masyarakat yang berubah mengikut zaman. Ini dikukuhkan lagi dengan pandangan Musa (2002) dalam Narimah et. al. (2009) menyatakan bahawa peranan ICT yang utama adalah agen sosialisasi diikuti dengan penggalak pembelajaran, menyokong kegiatan ekonomi serta pelbagai peranan yang boleh menyumbang kepada perubahan dalam masyarakat.

Namun begitu, ia bergantung kepada pendedahan dan keterlibatan individu terhadap media ini. Ia seiring dengan Teori Penggunaan dan Pemuasan Kehendak (Bumler & Katz, 1974) dalam Saodah et. al. (2004) yang menerangkan bahawa individu atau audiens memilih media atau kandungan media berdasarkan setakat mana media atau kandungan yang dipilih itu memenuhi kehendak mereka.Kesimpulannya, fenomena pencarian maklumat menerusi media baru memang sedang berlaku. Menurut Bahaman et. al. (2009), tidak ragu-ragu lagi bahawa sumber media baru masa kini iaitu ICT akan memainkan peranan yang semakin penting di masa akan datang dan memberi implikasi yang besar terhadap setiap individu dalam masyarakat kita. Oleh itu, peranan pendakwah seperti saudara Hasrizal yang mewujudkan blog saifulislam.com kini memberi impak yang besar terhadap individu malahan masa depan masyarakat dalam pembangunan sesebuah negara. RUJUKANAhmad Mahmud Abu Zaid. 2003. Pendakwah Masa Kini dan Sikap Serta Pendekatan. Terj. Usamah Hussein. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Bahaman Abu samah, Jegak Uli, khadijah Alavi (pnyt). 2009. Media dan pengembangan pertanian: ke arah memperkasakan komuniti luar Bandar. Serdang, Universiti Putra Malaysia.

Dzuhailmi Dahalan. et al. 2009. Implikasi Keterlibatan Audiens Belia dengan Kempen Perpaduan di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu dan Bukan Melayu. Malaysian Journal of Youth Studies. Volume 1: 23-4.Education Learning Initiative. 2007. 7 things you should know about blogs. http://www.educause.edu/eli. [1 Mac 2011].

Ghazali Darussalam. 1998. Dakwah Islam dan Ideologi Barat: Ancaman Post Modernisme Terhadap Umat Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Md. Salleh Hj. Hassan. et al.2009. ICT, Media Massa, Komuniti Tani dan Pengembangan Pertanian: Usaha ke Arah Memperkasakan Sektor Pertanian di Malaysia: 32-47.

Musa Abu Hassan. et al. 2009. Jaringan dan Khidmat Sokongan ICT dalam Kalangan Usahawan Asas Tani: 112-120.

Narimah Ismail. Et al. 2009. Profil Projek ICT Luar Bandar: 48-66.

Rakis Santa. 2010. Internet Antara Privasi, Manipulasi Dan Agenda Nasional. Jutawan Disember: 14-17.

Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd Yusof Hussain. 2004. Teori-Teori Komunikasi. Bentong: PTS Publication & Distributors.

Tuan Sidek Tuan Muda. et al. 2010. Kesan Laman Web dan Blog Islam Terhadap Kefahaman Fekah: Tinjauan Terhadap Pelajar dan Kakitangan Universiti Malaysia Pahang: 340-352.