berita

Upload: azman-hariffin

Post on 06-Jan-2016

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Berita

TRANSCRIPT

BERITA

Andaikan bahawa sekolah anda telah menganjurkan Hari Kantin. Sebagai wartawan majalah sekolah, anda telah ditugaskan untuk menulis berita tentang program tersebut. Tulis berita tentang program tersebut selengkapnya.

Sambutan Hari Kantin Sekolah

KAPIT, Jumaat - Sekolah Kebangsaan Methodist, Kapit menganjurkan Hari Kantin di sini, hari ini. Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato Dr. James Jemut Masing. Antara tetamu yang hadir termasuklah Pegawai Pelajaran Daerah, Encik Jamit Ajok.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Methodist, Kapit Encik Layang Ugek berkata, tujuan program tersebut diadakan untuk mengutip derma bagi menampung kos pembinaan dewan sekolah.

Menurut beliau, sebanyak 20 buah gerai telah disediakan kepada para pengunjung. Gerai-gerai ini menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Antaranya termasuk makanan tradisional seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, kuih-muih, dan sebagainya. Sambutan yang diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan. Kira-kira 1000 keping kupon yang berharga RM2, RM5 dan RM 10 telah habis dijual, kata beliau lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau amat berpuas hati dengan penganjuran program berkenaan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ibu bapa, para guru, dan murid-murid yang telah bersungguh-sungguh menjayakan program tersebut.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada individu tertentu serta syarikat swasta yang telah menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai dan tajaan barangan.

CATATAN: Isi berita MESTI mempunyai lima perkara:1. Tajuk- tajuk berita2. Di mana- tempat berlaku kejadian3. Bila- tarikh, tempoh atau hari kejadian berlaku4. Siapa- orang yang terlibat dalam kejadian5. Mengapa- punca-punca kejadian itu berlaku6. Bagaimana- cara sesuatu kejadian berlaku dan kesudahannya7. Penutup- selitkan nasihatBERITA

Andaikata kamu seorang pemberita salah sebuah akhbar tempatan. Kamu dikehendaki menulis berita tentang kejadian banjir. Tulis tentang kejadian tersebut.

Banjir Melanda Pekan Kapit

KAPIT, Rabu Seramai 208 orang daripada 40 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Methodist apabila kawasan Kampung Baru dan Kampung Bleteh dilanda banjir. Hujan yang turun tidak berhenti-henti sejak lima hari lalu mengakibatkan air di hulu Sungai Rejang dan Balleh mula naik setinggi 2 hingga 4 meter. Banyak harta benda tidak sempat diselamatkan rosak termasuk haiwan ternakan mati lemas.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Gerakan Banjir Daerah, pihaknya telah mengenal pasti lapan pangkalan pusat pendaratan helikopter bagi memudahkan bantuan makanan dibekalkan kepada penduduk-penduduk yang terbabit.

Setakat ini belum ada kejadian buruk berlaku. Ini adalah kerana penduduk-penduduk yang terlibat telah membuat persiapan awal bagi menghadapi banjir serta mematuhi arahan pihak berkuasa supaya segera berpindah ke pusat pemindahan atau ke tempat yang selamat apabila keadaan memerlukan.

CATATAN: Isi berita MESTI mempunyai enam perkara:1. Tajuk- tajuk berita2. Di mana- tempat berlaku kejadian3. Bila- tarikh, tempoh atau hari kejadian berlaku4. Siapa- orang yang terlibat dalam kejadian5. Mengapa- punca-punca kejadian itu berlaku6. Bagaimana- cara sesuatu kejadian berlaku dan kesudahannya7. Penutup- selitkan nasihat_______________________________________________________________________

BERITA

Andaikata kamu seorang pemberita. Kamu bertemu dengan satu kemalangan jalan raya. Tulis berita tersebut.

Kemalangan Jalan Raya

SIBU, Jumaat Dua orang terbunuh dan dua orang lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan lori balak di Kilometer 10, Jalan Oya Bintulu.

Menurut Ketua Polis Daerah, Encik John Kedebo, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.00 pagi ketika hujan lebat. Mangsa tersebut dikenali sebagai Jacky Melintang, 36 tahun. Beliau meninggal di tempat kejadian kerana tersepit di dalam kereta. Ahli bomba dan penyelamat yang datang ke tempat kejadian berusaha menyelamatkan Jacky Melintang tetapi tidak berjaya kerana cedera di bahagian tengkuk dan dada yang sangat teruk.

Manakala isterinya Jeba anak Keretum, 34 tahun meninggal ketika dalam perjalanan dihantar ke hospital kerana luka parah di bahagian kepala. Dua orang lagi anak mereka, Lamau 12 tahun dan Sudau 10 tahun yang cedera parah masih dirawat di Hospital Besar Sibu.

Pihak penguasa polis menasihatkan pengguna-pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika memandu terutamanya ketika hujan lebat.

____________________________________________________________________________

BERITA

Sebuah rumah hangus dijilat api dalam suatu kebakaran. Sebagai wartawan, kamu diminta supaya menulis berita tentang kebakaran tersebut. Tulis berita tersebut selengkapnya.

Rumah Kedai kan mencecah RM1 juta. Walau bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.h kerugian akibat kebakaran itu ditaksDijilat Api

KAPIT, Khamis Sebuah rumah kedai yang terletak di Jalan Tun Jugah dijilat api dalam suatu kebakaran. Kejadian itu berlaku kira-kira pada pukul 4.30 petang.

Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada panahan petir ketika hujan lebat pada petang semalam. Dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit tiba di tempat kejadian selepas sepuluh minit menerima panggilan kecemasan.

Menurut pemilik rumah kedai terbabit, Encik Jabun Kasau, ketika kejadian itu dia berada di pejabatnya. Semua pekerjanya sudah pulang. Dia terdengar bunyi percikan api yang sangat kuat serta terhidu bau asap di bahagian belakang. Dia bergegas ke bahagian belakang dan mendapati api sudah merebak.

Apabila ternampak api, saya segera menelefon bomba. Api begitu cepat merebak sehingga bahagian penyimpanan kain. Saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa dokumen pun, tambahnya lagi.

Penguasa Bomba dan Penyelamat, Encik Nigel Amos yang ditemui berkata, pihak bomba menghadapi kesukaran untuk memadamkan api kebakaran itu kerana tekanan air rendah di kawasan tersebut. Selain itu, api kebakaran itu begitu cepat merebak.

Pihak bomba terpaksa mengambil masa selama sejam untuk memadamkan api kebakaran itu. Jumlah kerugian akibat kebakaran itu ditaksirkan mencecah RM1 juta. Walau bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.___________________________________________________________________________

BERITAAndai kamu seorang wartawan. Tulis berita tentang kejadian lemas yang berlaku baru-baru ini.

Seorang Budak Sekolah Mati Lemas

KAPIT, Selasa Seorang budak lelaki sekolah lemas semasa mengadakan Perkhemahan Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Methodist di Pantai Tanjung Manis semalam. Kejadian itu berlaku kira-kira pada pukul 2.30 petang.

Menurut guru pengiring perkhemahan itu, Encik Abdul Abas, kejadian itu berlaku kerana budak tersebut bermandi-manda tanpa meminta izin daripada guru. Budak itu lemas disebabkan dipukul oleh ombak yang besar. Budak itu dikenali sebagai Mindah anak Manggai, berumur 12 tahun.

Kejadian itu disedari oleh Encik Abdul Abas semasa beliau memberi taklimat kepada semua peserta perkhemahan. Beliau mendapati bahawa seorang murid tidak bersama mereka ketika kehadiran dilaksanakan. Orang kampung yang menangkap ikan berdekatan dengan pantai tersebut menjumpai mayat seorang budak lelaki terdampar di tepi pantai. Encik Abdul Abas bersama murid-murid lain bergegas ke tempat kejadian.

Sampai di situ, mereka mendapati bahawa salah seorang rakan mereka mati lemas. Mayat mangsa terus dihantar ke Hospital Besar Kapit untuk dibedah siasat. Susulan itu, pegawai polis Daerah Kapit menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika berkelah di tepi pantai terutamanya musim tengkujuh.

BERITAAndai kamu seorang wartawan. Tulis berita tentang kejadian lemas yang berlaku baru-baru ini.

Murid Lemas Mandi Kolam Ketika Balik Dari Sekolah

SIBU, Isnin Seorang murid perempuan tahun lima sebuah sekolah rendah di sini mati lemas di sebuah kolam yang terletak kira-kira 200 meter dari sekolahnya.

Sebelum kejadian, mangsa yang berusia 11 tahun mandi di kolam berkenaan sementara menunggu ahli keluarga dating untuk menjemputnya pulang ke rumah. Difahamkan, mangsa merupakan murid sesi pagi dan baharu sahaja selesai menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan waktu sebenar mangsa berkunjung ke kolam terbabit. Insiden malang tersebut hanya disedari murid lain yang kemudian meminta bantuan daripada pihak sekolah.

Sementara itu, orang awam yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian terus bergegas ke kolam berkenaan untuk membantu mencari mangsa. John Ingka, 32 tahun, orang pertama menemui mangsa ketika ditemui memberitahu, mangsa ditemui di dasar kolam.

Sepasukan anggota paramedik dari Hospital Sibu bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan. Siasatan lanjut sedang dilakukan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Pegawai polis Daerah Sibu memperingatkan orang ramai agar sentiasa menasihati anak supaya tidak bermain di kolam atau di tebing sungai terutamanya ketika musim hujan.

BERITASekolah kamu meraikan sambutan Hari Guru. Tulis berita tentang majlis sambutan tersebut.

Sambutan Hari Guru

KAPIT, Jumaat Sekolah Kebangsaan Methodist, Kapit telah meraikan sambutan Hari Guru secara besar-besaran untuk kali ke-5 sejak tahun 2009.

Menurut Guru Besar, Encik Nigel anak Joel, sambutan majlis itu diadakan seawal pukul 8.30 pagi hingga pukul 5.30 petang. Acara sambutan pada sesi pagi dimulakan dengan perhimpunan dan ucapan di tapak perhimpunan. Acara pada sebelah petang pula dimeriahkan dengan persembahan pentas.

Antara acara yang paling menarik ialah seramai 44 orang guru lelaki dan perempuan masing-masing menerima sebakul gubahan bunga daripada setiap wakil kelas.

Jamuan makan tengah hari ditaja oleh Lembaga Pengurusan Sekolah, selain mendapat peruntukan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut. Ramai ibu bapa hadir memberi sokongan kepada guru meraikan majlis tersebut.

Pada sebelah petang pula, murid-murid mengadakan persembahan pentas yang merangkumi acara nyanyian, lakonan, tarian, dan sebagainya. Sebahagian besar ibu bapa turut menonton acara tersebut.

Pihak sekolah berasa gembira kerana sambutan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

____________________________________________________________________________

BERITA

Suatu kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa telah berlaku di tempat kamu. Tulis berita tentang kejadian itu selengkapknya. Panjangnya karangan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

KAPIT, Khamis Sebuah banglo mewah ranap dalam kejadian tanah runtuh di Batu 12, Hulu Sungai Kapit, dekat sini. Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4.00 pagi itu, ribuan tan tanah lereng bukit di belakang rumah banglo itu runtuh sebelum menimbus sebahagian besar rumah mangsa.

Menurut Azmi Junit, 45 tahun ahli keluarganya seramai enam orang sedang tidur di dalam tiga buah bilik berasingan ketika kejadian itu berlaku. Dalam keadaan yang kelam-kabut dan gelap-gelita, Azmi dan isterinya, Nalaila Edward, 39 tahun mengerah tenaga untuk membawa keluar dua orang daripada anak mereka, iaitu Alif, 8 tahun dan Suraya, 6 tahun daripada timbunan tanah tempat mereka terperangkap.

Dua orang anak mangsa, Aleena, 12 tahun dan Surani, 14 tahun terkorban akibat terperangkap dalam timbunan tanah. Mayat kedua-dua mangsa hanya berjaya dikeluarkan pada pukul 4.30 petang dan 6.30 petang keesokan harinya.

Kejadian runtuhan itu berlaku akibat hujan lebat sejak seminggu di kawasan tersebut. Struktur tanah menjadi lembut menyebabkan gelongsoran tanah tidak dapat dikawal. Pihak polis berserta 120 orang tenaga penyelamat turut memberikan pertolongan dalam menangani kejadian tersebut.

BERITAAndai kamu seorang wartawan. Tulis berita tentang kejadian sebuah bot ekspres karam.

Bot Ekspres Karam Menuju ke Kapit

KAPIT, Selasa Sebuah bot ekspres dalam perjalanan turun ke pekan Kapit telah karam di jeram Bungan, Belaga. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi.

Menurut seorang penumpang bernama Likong anak Amos, 28 tahun kejadian itu berlaku kerana bot ekspres tersebut membawa terlalu ramai penumpang yang hendak meraikan Hari Gawai. Bot tersebut sepatutnya hanya dapat menampung seramai 75 penumpang. Tetapi ketika kejadian, bot itu membawa 205 penumpang. Ada dalam kalangan penumpang duduk di atas bumbung bot kerana tidak ada tempat duduk menyebabkan bot tersebut terlalu sarat.

Mangsa yang dapat menyelamatkan diri berenang ke tebing sungai dan ditempatkan di dua buah rumah panjang yang berdekatan sementara menunggu pasukan penyelamat memberi bantuan. Menurut Ketua Polis Daerah Belaga, DSP Bakar anak Sebau, seramai dua mangsa belum dapat ditemui. Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Daerah Kapit, Sibu dan Bintulu dikerah ke tempat kejadian untuk memberi bantuan.

Sehubungan itu, pegawai penguasa Lembaga Sungai Sarawak menasihatkan penumpang-penumpang yang hendak balik ke kampung terutama semasa perayaan perlu mematuhi peraturan untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku.

Berita

SAMBUTAN HARI GURU

KAPIT, Rabu Sekolah Kebangsaan Methodist telah menyambut Hari Guru secara besar-besaran. Ini merupakan kali kedua sekolah itu menyambut perayaan seperti ini.

Menurut Guru Besar, Encik Darrel Lugom, sambutan itu bermula dari pagi hingga petang. Acara sambutan pada waktu pagi dimulakan dengan perhimpunan dan ucapan yang diadakan di tapak perhimpunan.

Seorang guru bertugas, Encik Nazar Ismail berkata bahawa sambutan seperti ini dapat diadakan kerana kerjasama yang erat daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta sokongan daripada guru-guru dan murid-murid. Pelbagai acara telah disusun dan diatur sempena perayaan ini. Antaranya ialah ucapan daripada Pegawai Pelajaran Daerah.

Pelajar-pelajar turut membuat persembahan seperti nyanyian, lakonan, dan sebagainya. Ada juga guru-guru yang terlibat dalam acara persembahan tersebut. Yang jelasnya perayaan ini melibatkan seluruh masyarakat sekolah sama ada pelajar, guru mahupun kakitangan sekolah.

Sebenarnya perayaan ini banyak menimbulkan kesan yang positif. Ia boleh memupuk semangat bekerjasama, menanamkan budaya penyayang, toleransi, dan rasa hormat antara satu sama lain.

Perayaan ini berakhir lebih kurang pada pukul enam petang. Pihak sekolah berasa gembira kerana perayaan tersebut telah berjalan seperti yang dirancang, bahkan sambutan yang diberikan sangat menggalakkan dan meriah.