berita tranformasi pertanian - lpp.gov.my · kreativiti tinggi agar apa yang dihajati kerajaan akan...

8
Berita Tranformasi Pertanian 1

Upload: vudang

Post on 21-Jul-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita Tranformasi Pertanian - lpp.gov.my · kreativiti tinggi agar apa yang dihajati kerajaan akan ... infrastruktur kelas pertama dan lantaran itu, ... • Kursus GMP ISO 9000 anjuran

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n

1

Page 2: Berita Tranformasi Pertanian - lpp.gov.my · kreativiti tinggi agar apa yang dihajati kerajaan akan ... infrastruktur kelas pertama dan lantaran itu, ... • Kursus GMP ISO 9000 anjuran

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n

2

Sektor pertanian kini berada dalam kelasnya yang tersendiri. Perhatian dan tumpuan yang

diberikan oleh kerajaan pada masa ini menunjukkan bahawa pertanian mampu menjana ekonomi negara. Oleh yang demikian, pelaksanaan setiap program yang dirancang memerlukan penggerak yang mempunyai kreativiti tinggi agar apa yang dihajati kerajaan akan tercapai akhirnya.

Segalanya turut juga bergantung kepada kesediaan masyarakat untuk menerima setiap perubahan yang akan dilaksanakan. Malaysia mempunyai infrastruktur kelas pertama dan lantaran itu, masyarakat “minda kelas ketiga” perlu disisih kini. Kita perlukan masyarakat “berminda kelas pertama”. Masyarakat “berminda kelas pertama” adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memil iki kekuatan moral.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata, “Masyarakat minda kelas pertama mesti tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan Negara sentiasa dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan

kepada pegangan prinsip-prinsip berasaskan nilai-nilai universal yang luhur, akan diterapkan”.

Di peringkat Pertubuhan Peladang, agenda transformasi pertanian perlu diletakkan sebagai satu agenda penting sebaris dengan agenda-agenda pembangunan yang lain. Peranan pemimpin pertubuhan peladang sudah tentu mampu membantu kerajaan menggerakkan arus transformasi diperingkat bawahan bagi mengwujudkan satu dimensi baru dalam usaha memartabatkan sektor pertanian. Ini semua boleh dilaksanakan melalui pemimpin yang “berminda kelas satu”.

Tahun 2006 merupakan tahun permulaan bagi rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)

yang membolehkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melaksanakan dasar, strategi dan program serta projek-projek pembangunan bagi memajukan sektor agro-makanan selaras dengan matlamat kerajaan untuk

menjadikannya sebagai sumber baru bagi menjanakan

pertumbuhan ekonomi negara.

Oleh yang demikian, kita seharusnya telah menyematkan dalam diri kita bahawa “Core

Business” kita ialah untuk memajukan sektor

agro-makanan sebagai satu entiti komersial yang

maju, moden dan berdaya saing. Kejayaan “Core

Oleh: Rosly bin Abdul Rahman (Ibu Pejabat LPP)

Page 3: Berita Tranformasi Pertanian - lpp.gov.my · kreativiti tinggi agar apa yang dihajati kerajaan akan ... infrastruktur kelas pertama dan lantaran itu, ... • Kursus GMP ISO 9000 anjuran

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n

3

Business” bergantung kepada keupayaan kita untuk melaksanakan semua projek pembangunan yang dirancangkan.

Tidak ada sebab arus transformasi ini tidak dapat dilaksanakan apabila Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah disediakan peruntukan pembangunan yang agak besar dalam bajet 2006. Paling memberangsangkan, dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan, Kerajaan turut mencadangkan peruntukan sebanyak RM11.4 bilion kepada sektor pertanian yang merupakan peningkatan 70 peratus berbanding peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Sebahagian besar daripadanya akan diperuntukkan bagi pembangunan prasarana berkaitan pengairan dan saliran, R&D, peningkatan kemudahan kredit dan pelaksanaan program pembangunan usahawan.

Dalam usaha Kerajaan membawa perubahan kepada sektor pertanian, peranan penting ini bukan sahaja terletak di bahu pegawai-pegawai kerajaan semata-mata. Pegawai-pegawai yang ditempatkan di pertubuhan peladang adalah sebagai pengantara antara kerajaan dan golongan sasar serta memainkan peranan untuk menyelaras aktiviti-aktiviti yang

dilaksanakan. Di samping itu, mereka memainkan peranan untuk memberikan khidmat nasihat kepada ahli-ahli yang memerlukan. Oleh itu, peranan utama dalam industri pertanian hendaklah dimainkan atau dilaksanakan oleh peladang-peladang itu sendiri, sama ada mereka adalah peladang kecil-kecilan, tulen atau peladang usahawan.

Di sinilah peranan pemimpin y a n g t u r u t m e n e r a j u i per tubuhan peladang di kawasan masing-masing dilihat sebagai amat penting. Mereka adalah mentor dan penggerak kepada masyarakat tani setempat dan turut

memainkan peranan yang lebih berkesan bagi membimbing peladang-peladang di bawah seliaannya supaya mereka berada di landasan yang betul.

Secara umumnya, tugas pemimpin adalah memimpin. Kepimpinan yang lemah akan menyebabkan pengurusan sesebuah organisasi itu kurang menyerlah berbanding kepimpinan cemerlang yang akan meletakkan organisasinya dihormati. Secara ilmiahnya, pemimpin ini didefinisikan sebagai orang yang mampu untuk mempengaruhi aktiviti sesuatu kumpulan dalam membentuk matlamat dan seterusnya mencapai matlamat tersebut dengan jayanya.

Jadi, pemimpin hendaklah memimpin dengan adil dan saksama. Bagi pemimpin pertubuhan peladang, mereka ini dipilih atau dilantik serta mempunyai kuasa-kuasa berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh akta dan perlembagaan. Oleh yang demikian, sebagai pemimpin masyarakat peladang yang dipilih oleh mesyuarat agung atau dilantik atas kuasa menteri, mereka hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan ini tanpa ada unsur-unsur kepentingan diri. Sebahagian besar pemimpin di pertubuhan peladang kini mempunyai ciri kepemimpinan yang bertauladan dan boleh

Page 4: Berita Tranformasi Pertanian - lpp.gov.my · kreativiti tinggi agar apa yang dihajati kerajaan akan ... infrastruktur kelas pertama dan lantaran itu, ... • Kursus GMP ISO 9000 anjuran

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n

4

dianggap menghalang kemajuan. Ada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang dan perlu dipatuhi sepenuhnya. Paling penting, tidak mentafsirkan undang-undang dan peraturan untuk kepentingan diri atau kelompok individu tertentu.

Pemimpin pertubuhan peladang sering disaran oleh pemimpin kerajaan dalam ucapan-ucapan di majlis rasmi supaya mampu membuat keputusan dengan bijaksana. Setiap keputusan yang dibuat adalah selaras dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan dan selari dengan perancangan kerajaan. Pelbagai dasar dan perancangan yang diumumkan sejak akhir-akhir ini semuanya adalah untuk kepentingan masyarakat tani yang menjadi nadi penggerak sektor pertanian. Jangan jadikan peluang ini sebagai “seketul ais di persekitaran terbuka”, sama ada kita rebut peluang atau tidak, ais tersebut akan cair akhirnya.

Pertubuhan peladang ditubuhkan berdasarkan Akta 109 tahun 1973 yang digubal dan diluluskan oleh Parlimen. Aspek pematuhan undang-undang oleh pemimpin dan pengurusan pertubuhan peladang merupakan aspek penting dalam perjalanan sesebuah organisasi. Sebagai contohnya, setiap mesyuarat yang dijalankan di pertubuhan peladang hendaklah dengan bimbingan LPP dan nasihat oleh Pengurus Besar pertubuhan peladang. Telah diputuskan juga, setiap mesyuarat hendaklah mempunyai agenda transformasi pertanian dan membincangkan tentang pelan perniagaan pertubuhan peladang. Setiap keputusan yang dibuat pula hendaklah menjurus kepada kepentingan ahli. Jadi peraturan yang ditetapkan ini tentunya bukan sebagai penghalang kemajuan transformasi pertanian.

membawa perubahan kepada organisasi yang dipimpin.

Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang merupakan pemimpin yang dipilih atau dilantik, mempunyai status bertaraf “honorary” (bukan executive sebagaimana syarikat) merupakan pemegang amanah yang tidak dibayar gaji atau imbuhan tetap. Mereka dipilih atau dilantik bukan berasaskan jumlah saham yang dimiliki atau dalam erti kata lain, bukan penentu muktamad untuk memegang kuasa. Integriti, karisme dan kesanggupan menerima serta melaksanakan tanggungjawab adalah antara faktor penting mengapa mereka dipilih. Namun, dalam melaksanakan fungsi sebagai pemimpin, pemimpin turut memikirkan bagaimana untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik terutamanya kepada ahli-ahli pertubuhan peladang. Bagaimana mereka sebagai pemimpin, berusaha untuk memotivasikan masyarakat peladang sekeliling mereka supaya menjadi penggerak bagi memartabatkan sektor pertanian.

Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, karenah birokrasi kadang kala mengganggu perjalanan sesuatu kemajuan aktiviti pertanian. Tetapi ini bukan menjadi sebab atau penghalang kepada usaha mentransformasikan sektor pertanian. Tidak dinafikan terdapat prosedur atau kaedah yang lapuk dan tidak lagi sesuai diguna pakai dalam persekitaran semasa tetapi ia memerlukan penilaian semula supaya cadangan penambahbaikan boleh dilaksanakan.

Tetapi setiap cadangan penambahbaik hendaklah berasaskan rasional bukan berasaskan emosi dengan membuang semua prosedur dan kaedah yang

Page 5: Berita Tranformasi Pertanian - lpp.gov.my · kreativiti tinggi agar apa yang dihajati kerajaan akan ... infrastruktur kelas pertama dan lantaran itu, ... • Kursus GMP ISO 9000 anjuran

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n

5

Perlu kita fahami bahawa undang-undang yang ada di pertubuhan peladang bukan bertujuan untuk menyekat atau menghalang sesuatu aktiviti yang hendak dijalankan. Yakinlah kepada undang-undang pertubuhan peladang yang ada pada hari ini lebih kepada memberi pelindungan (protection) kepada pemimpin dan pengurusan pertubuhan peladang bukan sebaliknya untuk menimbulkan halangan terhadap kemajuan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti demi faedah ahli. Implikasi besar akan timbul sekiranya terdapat golongan yang suka membelakangkan peraturan dan perlembagaan. Ini akan memberi kesan kepada kepentingan ahli-ahli dan akhirnya semua pihak akan rugi termasuklah peladang, per tubuhan peladang dan kerajaan ser ta menimbulkan kekecewaan semua pihak.

Hasrat kerajaan yang disampaikan kepada LPP supaya menjadikan pertubuhan peladang sebagai agen perubahan kepada peladang. Kerajaan ingin melihat setiap program transformasi pertanian dilaksanakan di peringkat pertubuhan peladang dan memberikan impak yang berkesan dalam jangka panjang. Perkara ini tidak sukar untuk dilakukan memandangkan setiap pertubuhan peladang yang ada di seluruh negara boleh menggunakan perkhidmatan daripada jabatan dan agensi pertanian di peringkat daerah terutamanya yang melibatkan perkara-perkara teknikal.

Ini semuanya atas konsep kerjasama yang wujud di bawah MOA Incooperated. Jabatan dan agensi ini juga boleh menggunakan pertubuhan peladang sebagai agen perubahan supaya peladang boleh berubah dengan lebih pantas. Pertubuhan peladang mempunyai mekanisme untuk menggembleng peladang-peladang dan jabatan/agensi ini boleh menggunakan mekanisme yang ada ini.

Seterusnya, bagi menjadikan agenda transformasi pertanian berjalan dengan lancarnya, Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pernah menyarankan supaya unit-unit peladang di pertubuhan peladang perlu diaktifkan semula. Ini kerana kebanyakan unit-unit Peladang yang ada tidak mempunyai aktiviti yang boleh dimanfaatkan oleh ahli-ahli. Sehubungan dengan itu, tidak mustahil pemimpin-pemimpin di pertubuhan peladang mampu memainkan peranan bersama-sama LPP bagi mengaktifkan semula unit-unit

peladang yang tidak aktif ini.

Berdasarkan analisis, sekiranya sebahagian besar daripada 7,036

unit peladang di 243 PPK seluruh negara dapat diaktifkan,

maka satu gelombang perubahan yang besar

akan berlaku dalam s e k t o r p e r t a n i a n k h u s u s n y a b a g i merealisasikan hasrat

kerajaan mendapat imbangan dagangan positif

dalam komoditi makanan. Tambahan pula pelbagai

kempen telah dijalankan seperti Kempen Bumi Hijau yang boleh

juga dilaksanakan di peringkat unit peladang. Ini akan menjadi hala

tuju strategik yang mesti dilaksanakan untuk meningkatkan dan mempercepatkan proses transformasi pertanian bermula dari unit peladang.

Kini, terserahlah kepada peranan yang dimainkan oleh pemimpin peladang supaya mereka bukan sekadar bermegah pada nama tetapi bermegah kerana dapat menyumbang kepada kemajuan peladang yang dipimpin. Semoga dengan iltizam ini, akan tercapai hasrat kerajaan “membina negara yang lebih makmur – lebih maju; lebih progresif – lebih dinamik; negara yang berupaya menyediakan kualiti hidup lebih baik kepada warganya. Semoga akan terbina tamadun agung yang dihormati di persada dunia. Semoga segala keikhlasan dan kegigihan mendapat keberkatan ILAHI”.

Page 6: Berita Tranformasi Pertanian - lpp.gov.my · kreativiti tinggi agar apa yang dihajati kerajaan akan ... infrastruktur kelas pertama dan lantaran itu, ... • Kursus GMP ISO 9000 anjuran

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n

6

Usaha MerubahSegalanya

Usaha MerubahSegalanyaOleh: Rohman bin Jasmani (Ibu Pejabat LPP)

Perusahaan Kecil Sederhana pesat membangun dengan pendekatan yang diambil oleh kerajaan

dalam pengeluaran makanan halal bagi membolehkan Malaysia menjadi salah satu hub pengeluar makanan halal dunia.

Atas galakan kerajaan dan peluang yang terdapat, banyak syarikat pengeluaran makanan telah beroperasi tetapi kebanyakannya dimonopoli oleh bukan bumiputera. Pelbagai produk makanan berasaskan pertanian telah dikeluarkan bagi memenuhi permintaan domestik dan eksport.

Menyedari hakikat kurangnya bumiputera terlibat dalam pengeluaran makanan halal,

Lt. Kol. (B) Haji Yunos bin Othman, 60 tahun

mengambil inisiatif mengusahakan pemprosesan bihun berjenama Perwira. Syarikat yang dinamakan Kubu Pengkalan

Sdn . Bhd . i n i t e r le tak d i Lo t

7 9 7 7 , K a w a s a n Perindustr ian Gong

Badak, Kuala Terengganu.

Ahli kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Maras/Batu Rakit ini mula mengusahakan pemprosesan bihun pada tahun 1998 di kawasan seluas 0.4 hektar. Setelah melalui pelbagai halangan dan berkat usaha yang tidak pernah luntur, kejayaan akhirnya diperolehi. Kilang yang pada awalnya diusahakan secara usahasama diambilalih sepenuhnya dengan tumpuan utama memproses bihun.

Berbekalkan modal RM500,000 yang diperolehi daripada simpanan sendiri dan pinjaman daripada bank komersial, beliau meningkatkan kemudahan yang ada dengan penggunaan teknologi MARDI dalam kerja pemprosesan bihun.

Di samping itu bagi memastikan syarikat yang diusahakan berkembang maju, beliau telah menghadiri pelbagai kursus untuk penambahbaikan. Antara kursus yang dihadiri ialah:• Kursus Pembungkusan dan Pelabelan anjuran MARDI.• Kursus Pengurusan Strategik anjuran MARDI.• Kursus GMP ISO 9000 anjuran FAMA.• Kursus Perakaunan Berkomputer anjuran MPPB.• Kursus Keselamatan dan Kawalan Mutu Makanan anjuran MARDI. • Kursus Halal Food Standard anjuran PPIM.• Kursus Hala Tuju Sektor Makanan anjuran FAMA.• Kursus Etika Perniagaan Usahawan Islam anjuran Yayasan Nurul Taqeem.

Page 7: Berita Tranformasi Pertanian - lpp.gov.my · kreativiti tinggi agar apa yang dihajati kerajaan akan ... infrastruktur kelas pertama dan lantaran itu, ... • Kursus GMP ISO 9000 anjuran

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n

7

• Kursus Teknologi Maklumat dan Perhubungan anjuran Tesdec.

Pengurusan syarikat dikendalikan sendiri di mana beliau bertindak sebagai Pengarah Urusan dan dibantu oleh isteri, Hajah Noor Aini binti Osman sebagai Pengarah. Operasi kilang dikendalikan oleh seorang pengurus dengan dibantu oleh dua orang penyelia dan 12 orang kakitangan pengeluaran.

Dalam menjaga kualiti produk yang dikeluarkan, Haji Yunos mengutamakan bahan-bahan asas seperti beras hancur, tepung sagu, tepung gandum dan tepung jagung yang digunakan untuk menghasilkan bihun. Penggunaan bahan asas yang rendah mutunya akan mempengaruhi produk yang dikeluarkan. Bahan utama beras hancur diperolehi dari Kilang Padi PPK Kangkong, Kelantan yang terjamin mutunya secara kontrak bagi memastikan bekalan mencukupi.

Proses pembuatan bihun perlu dipantau sepenuhnya bagi m e m a s t i k a n campuran yang digunakan mengikut sukatan. Proses dimulakan dengan membasuh beras hancur berulang kali bagi membuang kotoran yang terdapat. Kemudian beras hancur tersebut akan direndam dengan campuran natrium bisulfat agar mudah diproses.

Seterusnya beras tersebut akan dikisar

sehingga hancur menjadi larutan tepung. Selepas itu larutan tersebut akan ditapis bagi mendapatkan patinya dan dinyahair. Untuk proses mengadun atau membancuh, pati tersebut akan dicampur dengan tepung sagu, tepung gandum dan tepung jagung serta diadun sehingga campuran bahan tersebut sebati. Adunan yang telah sebati akan dilakukan proses pembutiran atau pellet making.

Dalam proses pembutiran ini adunan akan dimasukan ke dalam mesin khas sebelum kerja pengukusan dijalankan. Semasa pengukusan dilakukan adunan tersebut akan menjalani proses semperit atau putaran membentuk helaian panjang bihun.

Helaian bihun akan dipotong secara manual dan diletakkan di atas troli ampaian untuk dimuatkan ke dalam alat steam cooker bagi proses pengukusan

sekali lagi. Setelah dikukus troli yang mengandungi helaian bihun akan dikeluarkan dan bihun dibiarkan

sejuk semalaman untuk proses pengeringan. Seterusnya

bihun tersebut akan dibasuh dan dilipat

mengiku t sa iz tertentu sebelum d i k e r i n g k a n menggunakan mesin drying c h a m b e r .

Kemudian kerja pembungkusan

“Bahan utama beras hancur diperolehi dari Kilang Padi PPK Kangkong, Kelantan yang terjamin mutunya secara

kontrak bagi memastikan bekalan mencukupi.”

Page 8: Berita Tranformasi Pertanian - lpp.gov.my · kreativiti tinggi agar apa yang dihajati kerajaan akan ... infrastruktur kelas pertama dan lantaran itu, ... • Kursus GMP ISO 9000 anjuran

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n

8

“Pasaran kontrak dijalankan kepada pasaraya The Store.

Bihun juga dibekalkan kepada KOHILAL, PURNAMA, MAIS, Pusat Serenti selain menjadi

pembekal kepada FAMA. Manakala untuk jualan runcit,

bihun diedarkan kepada peniaga sekitar Terengganu dan Kelantan.”

akan dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan bihun patah dan hancur.

Pasaran untuk bihun jenama Perwira dijalankan secara kontrak dan runcit. Pasaran kontrak di ja lankan kepada pasaraya The Store. Bihun juga d ibekalkan kepada KOHILAL, PERNAMA, MAIS, Pusat Serenti selain menjadi pembekal kepada FAMA. Manakala untuk jualan runcit, bihun diedarkan kepada peniaga sekitar Terengganu dan Kelantan.

Pasaran untuk kontrak dan runci t menghasilkan permintaan melebihi 300,000 bungkus bihun yang setiap bungkus mengandungi 10 peket setahun. Daripada

pasaran yang dilakukan syarikat memperolehi pendapatan kasar sekitar RM300,000 setahun.

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh MARDI daripada 30 kilang bihun seluruh negara yang beroperasi secara aktif, hanya Kubu Pengkalan Sdn.Bhd. merupakan milik penuh Bumiputera. Beliau sekarang dalam usaha mendapatkan modal tambahan untuk memantapkan dan mempelbagai produk keluaran syarikat. Beliau tidak malu untuk mengakui bahawa

sebagai sebuah syarikat yang sedang meningkat naik modal merupakan masalah besar yang

dihadapi pihak syarikat. Untuk itu beliau berharap agar pelbagai skim yang

diwujudkan oleh pihak kerajaan akan dapat membantu usahawan kecil seperti beliau. Beliau berterima kasih kepada pelbagai agensi d i bawah Kementerian Pertanian dan Industri

Asas Tani melalui konsep MOA INC yang telah banyak membantu seperti

FAMA, MARDI, LPP dan SIRIM. Pada masa ini, Haji Yunos sedang berusaha

memasarkan produk keluarannya ke agensi kerajaan secara kontrak. Operasi syarikat akan turut

ditingkatkan jika kontrak tersebut diperolehi. Menurut beliau, pengeluaran produk halal yang diungguli oleh bukan bumiputera perlu disertai oleh bumiputera bagi memenuhi permintaan pada masa depan.