bhg a soalan edu 3018 (set a)aug10

of 23 /23
SULIT BAHAGIAN A (20 markah) Jawab semua soalan. 1. Hoyle (1980) mentakrifkan profesionalisme sebagai (A) penguasaan ilmu pengetahuan (B) pengawalan tingkah laku ahli suatu profesion (C) pegangan dan panduan sesuatu perkhidmatan (D) sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek pekerjaan 2. Antara pernyataan berikut, yang manakah menunjukkan ciri- ciri guru sebagai seorang profesional? I. mempunyai peraturan kendiri II. mempunyai kemahiran intelek yang tinggi III. mempunyai latihan ikhtisas yang mencukupi IV. mementingkan mutu pengajaran dan pembelajaran V. memerlukan pendidikan dan kecekapan dalam bidang diceburi (A) I, II, dan III sahaja (B) I, II dan V sahaja (C) II, III, dan IV sahaja (D) III, IV, dan V sahaja

Author: zahir-abu-bakar

Post on 14-May-2017

224 views

Category:

Documents


3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SULIT

No.Kod. EDU 3108

BAHAGIAN A

(20 markah)

Jawab semua soalan.1. Hoyle (1980) mentakrifkan profesionalisme sebagai

(A) penguasaan ilmu pengetahuan

(B) pengawalan tingkah laku ahli suatu profesion

(C) pegangan dan panduan sesuatu perkhidmatan

(D) sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek pekerjaan

2. Antara pernyataan berikut, yang manakah menunjukkan ciri-ciri guru sebagai seorang profesional?

I.mempunyai peraturan kendiri

II.mempunyai kemahiran intelek yang tinggi

III.mempunyai latihan ikhtisas yang mencukupi

IV.mementingkan mutu pengajaran dan pembelajaran

V. memerlukan pendidikan dan kecekapan dalam bidang diceburi

(A) I, II, dan III sahaja(B) I, II dan V sahaja

(C) II, III, dan IV sahaja

(D) III, IV, dan V sahaja

3. Seorang guru perlu mematuhi etika kerana untuk memelihara dan mengekalkan imej profesion keguruan.

Manakah pernyataan yang paling sesuai untuk meningkatkan imej profesion keguruan?

(A) Menghadiri kursus, seminar dan bengkel

(B) Memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui penyelidikan(C) Mempunyai rapport yang baik antara guru dan murid

(D) Meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

4. Sebagai seorang guru, kita harus mempunyai akauntabiliti terhadap profesion keguruanTindakan guru yang menunjukkan usahanya untuk meningkatkan akauntabiliti jenis ini ialahI. menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak merekaII. tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guruIII. menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegaraIV. sentiasa gigih dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuannyaV. berfikiran terbuka dan menerima idea dan inovasi baharu dalam pendidikan(A) I, II dan III sahaja(B) I, III dan IV sahaja(C) II, III dan V sahaja(D) II, IV dan V sahaja5. Guru perlu menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan dan menjadi pembimbing yang dihormati dan dicontohi oleh pelajarnya.Untuk itu, seorang guru mesti menunjukkan penampilan diri yang tidak diragui seperti berikut kecuali

(A) sihat tubuh badan dan berperawakan menarik dan kemas(B)berpegang pada prinsip kendiri dan tidak berganjak dengan pendapat dan kepercayaannya(C) sifat merendah diri, bertoleransi dan fleksibel dari segi menerima

pandangan orang lain(D) menunjukkan kecenderungan kepada pelbagai bidang dan petah

dalam menyampaikan pelajaran6. Profesionalisme keguruan merupakan satu pekerjaan yang mesti mempunyai kecekapan dan kemahiran mengajar.Prinsip Do It Right First Time (DIRFT) bermaksud

(A) mengelakkan kesilapan dan kesalahan dalam kerja(B) melaksanakan pengajaran seperti yang dirancang(C) meminimumkan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan (D)memastikan kerja yang dilakukan bebas daripada kesalahan dan kesilapan7. Shertzer dan Stone (1981) mendefinisikan bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai

Berikut merupakan peranan guru sebagai pembimbing kecuali

(A) menyemai minat dan memotivasi pelajar agar dapat meningkatkan pencapaian akademik(B) membantu pelajar mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri agar potensi mereka dapat dikembangkan

(C)menanamkan minat dan sikap yang disukai oleh individu agar keharmonian diri dapat dioptimumkan

(D)mengenal pasti dan membantu pelajar yang menghadapi masalah agar mereka dapat membuat penyesuaian peribadi

8. Menurut Profesor Syed Muhammad al-Altas, seorang guru yang profesional perlu bertindak sebagai pengamal budaya ilmu.Antara berikut, manakah tindakan yang menggambarkan tugas guru sebagai pengamal budaya ilmu?(A)Memupuk beberapa ciri peribadi positif (B) Mencipta pengalaman-pengalaman belajar(C)Menguasai segala ilmu terhadap mata pelajaran

(D)Memindahkan ilmu dan memberi petunjuk ke arah kebenaran9. Guru yang efektif akan peka kepada prinsip If children cannot learn the way we teach, we must teach them the way they learn.Amalan ini menunjukkan guru menekankan (A) potensi individu(B) gaya pengajaran(C) perbezaan individu(D) gaya pembelajaran 10.Kepemimpinan ialah kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi (Kim dan Maubourgne, 1992).

Berdasarkan definisi di atas, ciri penting seorang pemimpin ialah(A)berdikari(B)berinspirasi (C)berwawasan(D)berkebolehan

11.Tret personaliti seorang pemimpin berkarisma dikenal pasti berorientasikan

I. matlamatII. perubahan

III. kreativiti dan inovasiIV. sensitiviti yang tinggi V. penglibatan diri yang tinggi

(A) I dan II sahaja(B) IV dan V sahaja(C) I, II dan III sahaja(D) III, IV dan V sahaja

12.Teori Transformasi dalam kepemimpinan memberi fokus kepada(A) pencapaian matlamat organisasi(B) penggunaan kuasa yang bijak oleh pemimpin (C) kebolehan mempengaruhi pengikut untuk mencapai matlamat

(D) kewujudan situasi yang ideal antara pemimpin dengan pengikut

13. Struktur dan organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia dibentuk berdasarkan sistem politik dan pentadbiran negara.

Pilih susunan hierarki struktur organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang betul.I. EksekutifII. PelaksanaanIII. PenyeliaanIV. TeknikalV. Pengurusan(A) Eksekutif, Pengurusan, Pelaksanaan, Teknikal, Penyeliaan(B) Eksekutif, Pengurusan, Penyeliaan, Teknikal, Pelaksanaan(C) Pengurusan, Eksekutif , Pelaksanaan Teknikal, Penyeliaan(D) Pengurusan, Eksekutif, Penyeliaan, Teknikal, Pelaksanaan

14. Pengurusan pentadbiran dan kurikulum sekolah dikendalikan oleh Penolong Kanan I. Beliau dibantu oleh

(A) Guru Disiplin(B) Penolong Kanan II

(C) Penolong Kanan III

(D) Guru Kanan Mata Pelajaran15. Harapan guru untuk memperoleh ganjaran yang diingini bergantung kepada membuat jangkaan yang tepat.

Guru perlu membuat jangkaan terhadap

(A) Ahli politik, murid, ibu bapa dan diri sendiri(B) Murid, ibu bapa, pentadbir dan diri sendiri(C) Murid, ibu bapa, diri sendiri dan staf sokongan(D) Menteri Pelajaran, murid, ibu bapa dan staf sokongan

16. Pelan Pembelajaran Peribadi membantu guru menetapkan matlamat serta hala tuju kendiri dalam profesion keguruan.

Pelan Pembelajaran Peribadi mempunyai ciri-ciri berikut kecuali(A) menyemai amalan belajar secara berdikari(B) menyokong keputusan tentang hala tuju dan pencapaian individu(C) mewujudkan persaingan dalam usaha meningkatkan prestasi individu(D) menggalakkan penilaian kendiri tentang keperluan individu dalam mencapai objektif pembelajaran peribadi

17. Pelaksanaan penyelidikan tindakan membuktikan keikhlasan guru meningkatkan amalan profesionalnya. Antara pernyataan berikut, yang manakah mendorong guru menjalankan penyelidikan tindakan?(A) Membentangkan hasil dalam sesuatu seminar

(B) Menerbitkan hasil kajian dalam jurnal penyelidikan

(C) Mencapai penyelesaian kepada masalah yang dihadapi(D) Memperoleh kefahaman terhadap masalah yang dihadapi18. Guru digalakkan mengamal pemikiran reflektif untuk meningkatkan amalan pedagogi dalam bilik darjah. Antara pernyataan berikut, manakah perlu dilaksanakan oleh guru untuk mencapai matlamat tersebut?

I. Mengumpul data daripada pelbagai sumber

II. Menilai kekuatan dan kelemahan kendiri

III. Meninjau tindakan alternatif yang sesuaiIV. Mendapatkan pengesahan daripada seorang pakar

V. Meninjau keberkesanan tindakan yang diambil

(A) I, II dan IV sahaja(B) I, III dan V sahaja(C) II, III dan IV sahaja(D) II, III dan V sahaja

19. Pelbagai Kursus Dalam Perkhidmatan dilaksanakan untuk guru sekolah. Impak utama pelaksanaan kursus tersebut ialah(A) meningkatkan kompetensi dan kemahiran guru

(B) membolehkan guru mendapat kenaikan pangkat(C) memberi motivasi kepada guru untuk terus belajar

(D) membolehkan guru berkongsi pengetahuan dan pengalaman20. Sekolah hendaklah memainkan peranan penting dalam memastikan guru dan murid boleh mengakses maklumat untuk menjayakan pembelajaran secara elektronik. Manakah antara pernyataan berikut perlu diberi perhatian serius oleh sekolah?

I. Memberi bimbingan dan latihan kepada guru

II. Menyebarkan maklumat terkini kepada murid

III. Mewujudkan sistem penyelenggaraan yang berterusan

IV. Menyediakan infrastruktur dan infostruktur yang mencukupi

V. Mewujudkan rangkaian dengan pihak yang terlibat dalam pendidikan

(A) I, III dan IV sahaja(B) I, III dan V sahaja(C) II, III dan IV sahaja(D) II, IV dan V sahajaBAHAGIAN B

(40 markah)

Jawab semua soalan.

1. Kesantunan guru merupakan aspek yang amat penting dalam profesion keguruan.

a) Nyatakan empat ciri kesantunan guru.

(i) ________________________________________________(ii) ________________________________________________(iii) ________________________________________________(iv) ________________________________________________

(4 markah)b) Terangkan tiga kesantunan berbahasa verbal yang perlu dipatuhi oleh setiap guru.

(i) ________________________________________________

________________________________________________(ii) ________________________________________________

________________________________________________

(iii) ________________________________________________

________________________________________________

(6 markah)

2. Menurut Trotter, seorang guru perlu melalui lima peringkat perkembangan untuk menjadi seorang guru pakar. (a) Senaraikan peringkat-peringkat tersebut mengikut turutan.(i) ________________________________________________(ii) ________________________________________________(iii) ________________________________________________(iv) ________________________________________________(v) ________________________________________________ (4 markah)(b)

Jelaskan tiga ciri seorang guru pakar.(i) ________________________________________________

________________________________________________(ii) ________________________________________________

________________________________________________

(iii) ________________________________________________

________________________________________________

(6 markah)

3. Bimbingan didefinisikan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang memerlukan untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu. (a)

Nyatakan tiga peranan guru sebagai pembimbing(i) ________________________________________________

________________________________________________(ii) ________________________________________________

________________________________________________

(iii) ________________________________________________

________________________________________________ (6 markah) (b) Guru sebagai pembimbing mungkin berperanan sebagai mentor.

Jelaskan dua ciri mentor yang berkesan.

(i) ________________________________________________

________________________________________________(ii) ________________________________________________

________________________________________________

(4 markah)

4.Teori Tret mengandaikan manusia memiliki tret-tret tertentu untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan.

(a)Senaraikan lima tret seorang pemimpin yang berkesan.

(i) ________________________________________________

(ii) ________________________________________________

(iii) ________________________________________________

(iv) ________________________________________________

(v) ________________________________________________(5 markah)

(b)Nyatakan lima kemahiran yang dimiliki oleh seorang pemimpin.(i) ________________________________________________

(ii) ________________________________________________

(iii) ________________________________________________

(iv) ________________________________________________

(v) ________________________________________________ (5 markah)

BAHAGIAN C

(40 markah)

Jawab dua soalan sahaja

1. Seseorang guru harus sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi demi memartabatkan profesion keguruan.

(a) Berdasarkan pernyataan di atas, sarankan lima tanggungjawab guru kepada murid.

(10 markah)

(b) Huraikan lima langkah yang boleh diambil oleh guru untuk menunjukkan akauntabiliti terhadap sekolah.

(10 markah)2. Masyarakat dan negara mengharapkan guru memainkan peranan utama dalam membangunkan modal insan cemerlang serta meletakkan nama negara di persada antarabangsa.

a) Jelaskan bagaimana anda sebagai guru permulaan akan memenuhi hasrat tersebut.( 10 markah )

Selain membangunkan modal insan cemerlang guru juga berperanan sebagai pelaksana kurikulum di sekolah.

b) Jelaskan lima cara guru dapat melaksanakan kurikulum secara berkesan di sekolah.

( 10 markah )

3. Latihan dalam perkhidmatan dapat menyediakan latihan dan latihan semula kepada guru-guru dalam meneruskan kerjaya bagi mengharungi cabaran dunia pendidikan.

a) Jelaskan objektif latihan dalam perkhidmatan kepada golongan guru. (10 markah)

b) Huraikan dua aktiviti latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan

dalam sekolah serta kelebihan aktiviti tersebut. (10 markah)

15SULIT