bidang sastera
TRANSCRIPT
Selamat
Datang
Arahan :Dengar dengan teliti pantun
ini. Secara lisan, berikan jawapan yang betul.
Pantun Teka-teki Nama Benda
Pisang berangan dibuat pengat,Dicampur dengan gula melaka,
Setiap detik setiap saat,Menghitung waktu tak kira masa.
Matahari terbit sudahlah tinggi,Itulah tanda sudah dinihari,Selalu dipakai di bawah kaki,
Untuk berjalan dan juga berlari.
Di Pulau Mutiara menaiki beca,Melancung bersama ayah dan bonda,
Selalu diselak dan juga dibaca,Agar penuh ilmu di dada.
Pantun Teka-teki Nama Buah-buahan
Tiap pagi pergi ke sawah,Mencari rezeki untuk keluarga,
Terkenal sebagai raja buah,Durinya tajam tidak terkira.
Adik kecil mukanya bersih,Selepas di mandi oleh bonda,
Kulitnya ungu isinya putih,Rasanya manis seperti gula.
Naik basikal pergi ke pekan,Singgah membeli periuk belanga,
Sungguh manis bila dimakan,Kulitnya merah berambut pula.
TERIMA KASIH.