bidang_membuat corak dan rekaan_aktiviti_ikat dan celup
TRANSCRIPT
AHLI KUMPULAN 7 : NORSARINA BT NORDIN ( SK LKTP KRAU 1) NORHANA BT ZULKIPLY ( SK MUHAMAD JABAR) AISHAH BT SHAMSUDIN (SK TANJUNG PUTUS) NORHIDAYAH BT MOHD NOOR ( SK LKTP TERSANG 1 KAMISAH BT ABDUL HAKIM ( SK SATAK ) AZMAINAH BT ABDUL RAHMAN ( SK LEMBAH KLAU )
Tahun : 1Bidang : Membuat Corak dan RekaanAktiviti : Ikat dan CelupTema : Alam BendaTajuk : Penanda BukuMasa : 60 minitMedia : Alatan - berus lukisan, palet, getah gelang, gunting, penebuk lubang.
Bahan - Tisu dapur, kad manila, gam, reben, warna poster.
Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh corak teknik ikat celup.
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif Elemen Keusahawanan
STANDARD KANDUNGAN
Bahasa Seni Visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni ( unsur seni dan prinsip rekaan : warna, rupa, jalinan, kontra, ritma dan pergerakan serta harmoni).
Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual.
Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam karya seni.
Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik : Murid dapat mengenal, menamakan, dan
memahami bahasa seni visual yang
terdapat pada karya seni. 2.1.1 Unsur Seni 2.1.1.1 Warna – Primer dan sekunder 2.1.1.2 Rupa – geometri 2.1.2 Prinsip Rekaan 1.1.2.1 Kontra – Warna 1.1.2.2 Ritma dan Pergerakan – Rawak
2.2 Aplikasi Seni : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.2.2.1.1 Alatan - berus lukisan, palet, getah
gelang, gunting, penebuk lubang.2.2.1.2 Bahan- Tisu dapur, kad manila, gam,
reben, warna poster( warna air)
2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.
2.2.2.1 Teknik- Ikat celup (corak tidak terancang)
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru mengeluarkan sehelai tisu. Guru bertanyakan tentang kegunaan tisu. Murid memberi jawapan berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Guru menunjukkan contoh corak hasil teknik ikat dan celup dengan menggunakan tisu.
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Aplikasi Seni
Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik ikat dan celup.
Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan corak ikat dan celup.
Guru menunjukkan cara penghasilan corak ikat dan celup.
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Ekspresi Kreatif Murid menghasilkan corak teknik ikat dan celup dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1 Bancuh warna air dalam palet. Buat bancuhan warna primier dan sekunder. Sediakan sekeping tisu . Lipat atau gulung tisu mengikut kesukaan murid. Ikatkan tisu tadi menggunakan getah.
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Langkah 2 Celupkan tisu tadi ke dalam warna air yang telah dibancuh mengikut daya kreativiti murid. Langkah 3 Kering kan tisu tadi dibawah cahaya matahari. Buka ikatan getah dengan berhati- hati untuk melihat hasil corak teknik ikat dan celup ini. Guntingkan tisu tadi mengikut bentuk penanda buku yang murid kehendaki. Tampal tisu bercorak tadi pada penanda buku yang telah disediakan.
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Apresiasi Seni Murid mempamerkan hasil kerja. Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.
SEKIAN TERIMA KASIH