bina ayat bhgn a-1.ppt
TRANSCRIPT
TIPS MENULIS AYAT• Kenal pasti kehendak soalan aktiviti /
suasana / tentang gambar• Teliti gambar.• Bulatkan pada gambar.• Tuliskan aktiviti / suasana / tentang
gambar.• Bina ayat mengikut turutan jika gambar
bersiri.• Bina ayat majmuk yang mudah.• Bina ayat lebih gramatis jika yakin betul.
Contoh 1:Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.
KATA KERJA /SIAPA AKTIVITI KETERANGAN
Kata nama Aktiviti keterangan
Seorang lelaki
menjual Pelbagai jenis sayur dan buah yang segar.
Ayat 1
watak aktiviti keterangan
Seorang wanita
membawa sebuah bakul untuk mengisi sayur-sayuran yang akan dibelinya.
Ayat 2
Kata nama aktiviti keterangan
Seorang lelaki dan anaknya
menunggu penjual itu memotong daging yang hendak dibelinya.
Ayat 3
Contoh 2:Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana yang terdapat dalam gambar.
Kata nama aktiviti keterangan
Seorang wanita
membawa Sebuah bakul untuk mengisi buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang akan dibelinya.
Ayat 1
Kata nama aktiviti keterangan
Seorang penjual
menimbang ikan dengan berhati-hati supaya pelanggannya gembira.
Ayat 2
Kata nama aktiviti keterangan
wanita itu meneliti wang yang akan
dibayar kepada penjual ikan.
Ayat 3
Contoh 3Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
Contoh ayat
1. Sekumpulan lelaki sedang bermain layang-layang di kawasan lapang yang berangin.
2. Beberapa batang pokok kelapa bergoyang kerana ditiup angin.
3. Seorang budak lelaki ketawa apabila melihat layang-layang itu terbang tinggi.
Contoh 4
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.
Contoh ayat• Ali ternampak sebuah rumah sedang
terbakar ketika pulang dari sekolah.
• Rumah yang terbakar itu mengeluarkan asap berwarna hitam.
• Ali menelefon bomba di pondok telefon yang berhampiran rumah itu.
• Ahli bomba bertungkus-lumus memadamkan api supaya tidak merebak ke kawasan lain.
• Pak Abu mengucapkan terima kasih kepada Ali kerana telah membantunya.