bincangkan konsep new public management by shafezan

21
SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM SHAFEZAN BIN RUSLI G76427 BINCANGKAN KONSEP NEW PUBLIC MANAGEMENT. APAKAH ASPEK YANG DITEKANKAN DALAM PENGURUSAN AWAM BARU INI? New Public Management (NPM) adalah suatu bentuk pengurusan atau pentadbiran awam baru yang digunakan oleh kerajaan sejak 1980-an untuk memodernisasi di sektor awam. Pengurusan awam baru yang luas dan sangat kompleks istilahnya yang digunakan untuk menggambarkan gelombang reformasi sektor awam di seluruh dunia sejak tahun 1980-an. Hipotesis utama dalam gelombang reformasi NPM adalah bahawa lebih banyak orientasi pasaran di sektor awam akan mengarah pada kecekapan kos yang lebih besar bagi kerajaan, tanpa wujud kesan negatif pada objektifnya dan pertimbangan- pertimbangan lain. NPM lebih berorientasikan terhadap keputusan dan kecekapan melalui pengurusan yang lebih baik untuk kepentingan masyarakat awam. Hal ini dianggap boleh dicapai dengan melaksanakan persaingan, seperti yang dikenali dalam sektor swasta, untuk agensi-agensi dalam sektor awam, yang menekankan prinsip-prinsip ekonomi dan kepimpinan. Pengurusan awam baru bolehlah dikiaskan kakitangan perkhidmatan awam seperti pelanggan, dan sebaliknya warga negara sebagai pemegang saham. Model bagi NPM ini merupakan gabungan 1

Upload: mohd-noh-bin-md-yunus

Post on 13-Jun-2015

2.122 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Tugasan SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

TRANSCRIPT

Page 1: Bincangkan konsep new public management by Shafezan

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAMSHAFEZAN BIN RUSLI

G76427

BINCANGKAN KONSEP NEW PUBLIC MANAGEMENT. APAKAH ASPEK YANG

DITEKANKAN DALAM PENGURUSAN AWAM BARU INI?

New Public Management (NPM) adalah suatu bentuk pengurusan atau pentadbiran awam

baru yang digunakan oleh kerajaan sejak 1980-an untuk memodernisasi di sektor awam.

Pengurusan awam baru yang luas dan sangat kompleks istilahnya yang digunakan untuk

menggambarkan gelombang reformasi sektor awam di seluruh dunia sejak tahun 1980-

an. Hipotesis utama dalam gelombang reformasi NPM adalah bahawa lebih banyak orientasi

pasaran di sektor awam akan mengarah pada kecekapan kos yang lebih besar bagi kerajaan,

tanpa wujud kesan negatif pada objektifnya dan pertimbangan-pertimbangan lain. NPM lebih

berorientasikan terhadap keputusan dan kecekapan melalui pengurusan yang lebih baik untuk

kepentingan masyarakat awam. Hal ini dianggap boleh dicapai dengan melaksanakan persaingan,

seperti yang dikenali dalam sektor swasta, untuk agensi-agensi dalam sektor awam, yang

menekankan prinsip-prinsip ekonomi dan kepimpinan.

 Pengurusan awam baru bolehlah dikiaskan kakitangan perkhidmatan awam seperti

pelanggan, dan sebaliknya warga negara sebagai pemegang saham. Model bagi NPM ini

merupakan gabungan antara teori-teori ekonomi dan teknik pengurusan sektor swasta yang

dimasukkan ke dalam sektor awam untuk tujuan penambah baikkan kelemahan. Konsep

pengurusan awam baru ini adalah sebuah perspektif baru yang berkembang secara produksif

pada awal 1990-an, yang berusaha untuk menggabungkan nilai-nilai utama pentadbiran

perniagaan dalam rangka pentadbiran awam. Istilah New Public Management "dipakai untuk

pertama kalinya oleh Christopher Hood pada tahun 1991 dalam penulisannya bertajuk 'A New

Public Management for All Seasons' yang diterbitkan dalam jurnal dan juga disebut 'Public

Administration beliau adalah seorang Professor di Universiti Oxford dan pengarah program

penyelidikan ESRC Perkhidmatan Awam : Kualiti, Prestasi Dan Penyampaian.

1

Page 2: Bincangkan konsep new public management by Shafezan

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAMSHAFEZAN BIN RUSLI

G76427

Jika dilihat dari perspektif sejarahnya bagaimana pendekatan pengurusan baru bagi sektor

awam ini yang pada awalnya muncul di Eropah pada tahun 1980 dan 1990 sebagai reaksi dari

model pentadbiran awam tradisional. Pada awal perkembagannya, pendekatan pengurusan

moden tersebut memiliki banyak istilah seperti “managerialism”, “new public management”,

“market-based public administration”, “post-bureaucratic”, paradigm dan “entrepreneurial

government”. Istilah yang kemudian yang banyak dipakai untuk menyebut model pengurusan

awam moden tersebut adalah “New Public Management” dan “Managerialism” sering saling

disebut, namun istilah “New Public Mangement” yang kemudian yang banyak digunapakai.

Konsep NPM merupakan isu penting dalam reformasi sektor awam. Konsep NPM juga

memiliki kaitan dengan permasalahan pengurusan tenaga kerja sektor awam kerana pengukuran

tenaga kerja menjadi salah satu prinsip NPM yang utama. Gerakan NPM pada awalnya terjadi

di negara – negara maju seperti di Eropah akan tetapi pada perkembangan konsep NPM telah

menjadi satu gerakan global sehingga negara-negara membangun pun juga terpengaruh dengan

penyebaran global dari konsep ini. Negara-negara maju seperti Amarika, Kanada, dan New

Zealand telah mendahului dalam mereformasikan pengurusan awam di negara mereka dan

menganggap model bagi NPM ini merupakan gabungan antara teori-teori ekonomi dan teknik

pengurusan sektor swasta yang dimasukkan ke dalam sektor awam untuk tujuan penambah

baikkan kelemahan. Antara faktor utama kejayaan sistem ini ialah pengagihan kuasa yamg lebih

meluas kepada pengurusan sektor awam seperti memberi kuasa aotonomi mana-mana agensi

awam yang dikenalpasti dan mereka diberi kuasa umtuk mengawal bajet serta pengurusan

kewangan mereka, peningkatan penggunaan pasaran dan persaingan di dalam perkhidmatan

awam dengan dasar pensyarikatan dan penswastaan, menekankan peningkatan tahap kualiti kerja

serta daya pengeluaran dan mengutamakan perkhidmatan pelanggan

Konsep pengurusan awam baru ini adalah sebuah perspektif baru yang berkembang

secara produksif pada awal 1990-an yang berusaha untuk menggabungkan nilai-nilai utama

pentadbiran perniagaan dalam rangka pengurusan awam. Sarjana mereka mentakrifkan

2

Page 3: Bincangkan konsep new public management by Shafezan

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAMSHAFEZAN BIN RUSLI

G76427

pengurusan awam baru ini juga dikenali sebagai 'Entrepreneurial Government' bertujuan pada

kecekapan, keberkesanan dan prestasi ekonomi di sektor awam dengan menggunakan konsep

penilaian moden seperti penilaian prestasi, pemotongan kos, autonomi fungsional, insentif

kewangan, pengeluaran, inovasi, dan sebagainya yang melibatkan kearah pembaharuan

pengurusan awam agar ianya lebih efektif mengikut keadaan semasa. Seperti yang dinyatakan

Perry dan KE JL Kraemer, NPM adalah penggabungan orientasi normatif pentadbiran awam

tradisional dan orientasi instrumental pengurusan umum. Ringkasnya, pengurusan awam

tujuannya berasal daripada pentadbiran awam dan ciri daripada pentadbiran perniagaan. Asas

dasar disebalik pengurusan awam baru ialah untuk mencipta konsep-konsep baru, teknik dan

prosedur untuk mencari hala tuju sektor awam sehingga boleh secara berkesan mencapai

matlamat dalam persekitaran perubahan globalisasi dunia. Untuk tujuan ini, kaedah-kaedah,

amalan dan prosedur daripada pentadbiran perniagaan secara tidak langsung membantu dalam

menambah baik pengurusan awam ini. Perkembangan peringkat pertama NPM banyak

berpandukan kepada-prinsip-prinsip pengurusan yang disarankan Taylor. Sementara itu, tokoh-

yokoh NPM yang lain ialah Sterart dan Walsh dan Kooiman. Koiiman ada menyatakan bahawa

pola hubungan masyarakat, pemerintah dan swasta merupakan hubungan yang kompleks,dinamis

dan beragam. Perkembangan seterusnya muncul pula sistem pengurusan yang lebih

mengutamakan pelanggan yang diperkenalkan.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan sebelum ini, pelbagai tafsiran dan

pemahaman untuk menyebut pendekatan pengurusan awam baru ini di sektor awam tersebut

yang pada dasarnya bermula pada pandangan umum yang sama. Pertama, perubahan model

pengurusan awam tersebut menunjukkan adanya perubahan besar dari model pengurusan awam

tradisional menuju sistem pengurusan awam moden yang memberikan perhatian yang lebih besar

terhadap pencapaian kerja dan akauntabiliti pengurus awam itu sendiri. Kedua, Perubahan itu

menunjukkan adannya keinginan untuk bergerak dan berubah meninggalkan model birokrasi

klasik menuju model organisasi moden yang lebih fleksible dan bersesuaian dengan keadaan

semasa supaya lebih efektif. Ketiga, perlunya dibuat tujuan organisasi yang jelas dan tujuan

3

Page 4: Bincangkan konsep new public management by Shafezan

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAMSHAFEZAN BIN RUSLI

G76427

personal. Hal itu bergantung pada perlunya dilakukan pengukuran atas prestasi yang mereka

capai melalui indikator kerja dan wujudnya perubahan program secara sistamatik. Keempat,

kakitangan senior tampaknya secara politik lebih “commit” terhadap pemerintah saat itu

daripada bersikap “neutral” dan yang kelima, fungsi pemerintah tampaknya akan lebih banyak

berhadapan dengan pasaran, misalnya tender oleh Osborne dan Gaebler (1992) disebut

“catalytic government: steering rather than rowing”. Keterlibatan pemerintah tidak selalu

bererti pemfasilitisan pemerintah melalui saranan birokrasi dan yang terakhir terdapat

kecenderungan untuk mengurangi fungsi pemerintah melalui penswastaan dan bentuk lain dari

pengurusan sektor awam.

Bagi memenuhi ekspetasi pucuk pimpinan, kemahuan pelanggan dan menangani isu-isu

semasa, pengurusan awam dari segi perkhidmatan dan pentadbirannya perlu terus meningkatkan

usaha berasaskan ciri-ciri utama yang diperkenalkan melalui falsafah NPM seperti berikut :

Pertama, menyediakan perkhidmatan yang berorientasi dan mesra kepada pelanggan.

Matlamatnya adalah dapat menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan cekap

kepada masyarakat. Antara program yang dilakukan ialah dengan memperkukuhkan

Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), menggalakkan inovasi, mempertingkatkan

pelaksanaan piagam pelanggan, memeperkemaskan Kumpulan Meningkatkan Mutu

Kerja (KMK) dan berbagai lagi.

Kedua, dengan memperbaiki sistem dan prosedur kerja kerana ianya memberi kesan

terhadap prestasi organisasi. Output yang tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan

atau perkhidmatan yang kurang memuaskan hati boleh disebabkan oleh system prosedur

yang tidak cekap. Oleh itu, system output ini yang berkaitan prosedur perlulah bersifat

dinamik dan fleksibel supaya mudah dilaksanakan dan dapat dijuruskan kepada

pencapaian misi organisasi. Program-progaram untuk memperbaiki system dan prosedur

memberi tumpuan kepada mengemaskini sistem pengurusan dan rekod, penggunaan

borang yang bersesuaian dan ketelusan di dalam membuat keputusan, meningkatkan

4

Page 5: Bincangkan konsep new public management by Shafezan

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAMSHAFEZAN BIN RUSLI

G76427

automasi pejabat dan mewujudkan usaha-usaha ke arah pewujudan Paper Less Civil

Services.

Ketiga, mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

kerana ianya dapat membantu sector awam dalam mencapai gerakan pembaharuan

pengurusannya agar lebih teratur dan tersusun. Kecekapan dalam aplikasi penggunann

teknologi maklumat merupakan medium penting dalam membantu pengurusan awam

dalam membuat perancangan, pengesanan, pengawalan, dan membuat keputusan dengan

lebih berkesan. Sebagai contoh di Malaysia, ICT terus dijadikan asas dalam usaha dalam

meningkatkan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan dengan lebih berkesan seperti

melalui pelaksanaan Kerajaan Elektronik (eServices), perolehan elektronik (Electronic

Procurement-ep), Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource

Manajement Information System-HRIMS) dan kebanyakkan sistem ict tersebut telah

dilaksanakan dan digunapakai di dalam perkhidmatan sektor awam.

Keempat, mempertingkatkan Pelaksanaan Dasar Pensyarikatan dan Penswastaan

Malaysia. Dasar ini merupakan salah satu ciri NPM yang memberi penekanan kepada

kerjasama erat antara sektor awam dan swasta dalam menghadapi saingan global. Faedah

yang boleh dicapai daripada kerjasama pakatan kedua-dua sector ini ialah keuntungan

yang lebih tinggi bagi sektor swasta yang mana akan membawa kepada peningkatan

kepada pelaburan, perkembangan dan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi

yang pesat akan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan akan

menambah hasil kerajaan dan dapatlah ia membiayai program-program pembangunan

ekonomi dan perbelanjaan pengurusan kerajaan. Strategi persepakatan penting dalam

usaha kerajaan memulih, mengembang dan memantapkan ekonomi Negara dari masa ke

semasa. Dalam masa yang sama dasar penswastaan telah dapat mengurangkan kos

pengurusan awam yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan sekaligus meningkatkan

prestasi syarikat awam seperti Tenaga Nasional Berhad, Pos Malaysia Berhad, dan lain-

lain lagi khususnya dalam memberi perkhidamatan kepada pelanggan.

5

Page 6: Bincangkan konsep new public management by Shafezan

Kelima, memperkukuhkan struktur organisasi dan pengurusan sumber manusia. Ia adalah

merupakan kompenan penting yang perlu diberi penekanan dalam menyediakan jentera

pentadbiran yang efisyen dan berkesan struktur yang sistematik membolehkan organisasi

mengendalikan pengurusan sector awam dengan lebih cekap dan efisyen. Bagi

mengukuhkan struktur organisasi sektor awam tumpuan telah diberikan kepada usaha

penyesuaian saiz dan penstrukturan semula organisasi dan meneruskan program

penswastaan. Dalam aspek pengurusan sumber manusia program latihan kepada pekerja

dan pentadbir dilaksanakan kepada semua peringkat dan memberi peluang juga untuk

mereka meningkatkan kerjaya prestasi.

Keenam, meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan displin. Kecekapan dan prestasi

kualiti yang tinggi perlu disokong dengan sikap anggota dan pentadbirnya yang

mempunyai tahap displin yang tinggi. Anggota yang bertanggungjawab perlu

melaksanakan setiap tugasan dengan sempurna berteraskan kepada nilai-nilai budaya

yang baik dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan berkesan. Ia juga perlu

mengikut undang-undang dan peratauran yang telah ditetapkan. Mereka

bertanggungjawab member keterangan atau penjelasan ke atas tindakan dan prestasi

mereka kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan pemantauan secara berterusan

dilakukan.

Ketujuh, kejayaan pelaksanaan segala usaha kea rah pembaharuan bergantung kepada

sejauh mana anggota-anggota perkhidmatan awam itu sendiri menghayati perubahan-

perubahan dan matlamat pelaksanaanya dilakukan. Perkara ini memerlukan proses

pembudayaan yang berterusan supaya nilai-nilai kecemerlangan ini terus dilaksanakan,

tumpuan telah diberi kepada beberpa langkah strategic bagi mengukuhkan usaha-usha

penerapan nilai etika di dalam pentadbiran. Antaranya adalah penerapan nilai-nilai murni,

memperluaskan system inspektorat dan meningkatkan mutu system pengiktirafan

Berdasarkan kepada ciri utama di atas, secara umumnya, pengurusan awam baru ini

merupakan satu usaha pembaharuan pengurusan dan pentadbiran awam untuk membawa

perubahan ke atas sesuatu sistem pentadbiran kerajaan supaya pentadbiran dan sitem

pengurusannya dapat dikemaskinikan dan dilaksanakan dengan lebih efisyen dan berkesan 6

Page 7: Bincangkan konsep new public management by Shafezan

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAMSHAFEZAN BIN RUSLI

G76427

kepada masyarakat awam khususnya dan amnya kepada pengurusan awam di dalam sesebuah

negara. Sepertimana yang kita sedia maklum pengurusan awam itu dapat dilihat sebagai

perantaraan di antara kerajaan dan rakyat bagi memenuhi citarasa, keperluan dan kehendak yang

berkaitan dengan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab kepada

rakyat secara keseluruhannya. Justeru, secara jelasnya disini reformasi yang dibuat dalam

pengurusan awam itu agar lebih baik menekankan tentang penyerapan pembaharuan pengurusan

di sektor awam yang bertujuan untuk meningkatkan daya produktiviti dan kualiti pengurusan dan

perkhidmatan awam di sesebuah negara. Pembaharuan yang dilakukan ini ialah usaha-usaha

program yang dibentuk dan dilaksanakan berpandukan kepada keperluan semasa dan selaras

dengan matlamat pembangunan sesebuah negara. Pembaharuan yang dilakukan meliputi

pembaharuan daripada segi struktur, sistem dan pendekatan yang hendak dilaksanakan oleh

organisasi. Program yang diwujudkan adalah bermotifkan untuk meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan para pegawai dan kakitangan dalam melaksanakan kerja dengan mencapai

piawaian yang memuaskan berdasrkan usaha yang dijalankan.

NPM merupakan teori pengurusan awam yang beranggapan bahawa praktik pengurusan

swasta adalah lebih baik dibandingkan dengan praktik pengurusan pada sektor awam. Oleh

kerana itu, untuk memperbaiki tenaga kerja sektor awam perlu digunakan beberapa praktik dan

teknik pengurusan yang diterapkan di sektor swasta ke dalam organisasi sektor awam seperti

aplikasi mekanisme pasaran, “Compulsory Competitive Tendering” CCT dan sebagainya.

Penerapan konsep NPM telah menyebabkan terjadi perubahan pengurusan sektor awam yang

drastik dari sistem pengurusan tradisional yang statik, biroktratis dan menjadi model pengurusan

awam yang fleksible dan lebih mengakomodasi pasaran. Penerapan kosep NPM dapat dipandang

sebagai suatu bentuk modenisasi atau reformasi pengurusan dan secara tidak langsung memberi

kesan positif kepada pentadbiran awam juga. Perubahan tersebut juga telah mengubah peranan

pemerintah terutama dalam hal hubungan antara pemerintah dengan masyarakat. Konsep “New

Public Management” pada dasarnya mengandungi tujuh komponen utama seperti yang

menyentuh berkenaan pengurusan profesional di sektor awam, wujudnya standard tenaga kerja

dan ukuran tenaga kerja didalam sektor awam, penekanan yang lebih besar terhadap

7

Page 8: Bincangkan konsep new public management by Shafezan

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAMSHAFEZAN BIN RUSLI

G76427

pengendalian “output” dan “outcome”, pembahagian unit-unit kerja di dalam sektor awam,

menciptakan persaingan di sektor awam, mengadaptasi gaya pengurusan di sektor perniagaan ke

dalam sektor awam dan penekanan pada disiplin dan penghematan yang lebih besar dalam

menggunakan sumber tenaga. Semuanya ini adalah untuk mengubah pengurusan awam yang

lebih biasa bersifat seperti perusahaan. Pengurusan awam sebagai penyedia jasa bagi semua dan

harus sedar akan tanggungjawabnya untuk menghasilkan layanan yang berkesan dan cekap

kepada masyarakat.

Persatuan Komanwel Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM), iaitu sebuah

pertubuhan untuk pengamal pentadbiran awam dan ahli akademik di 54 negara Komanwel

British menyatakan antara aspek yang ditekankan dalam reformasi ke arah pengurusan awam

baru ini adalah memberikan perkhidmatan berkualiti dan efektif kepada pelanggan iaitu

masyarakat atau rakyat di dalam sesebuah Negara. Selain itu ianya dapat mengukur dan menilai

peningkatan prestasi organisasi dan individu di dalam sektor awam itu sendiri. NPM juga dapat

memberi taraf autonomi dengan adil dan saksama sesama rakyat dan mengakui pentingnya

menyediakan sumber manusia dan teknologi untuk memenuhi sasaran prestasi mereka selain itu

pegawai awam perlu membuka minda untuk menerima pembaharuan di dalam system

pengurusan dan pentadbiran awam dalam meningkatkan kualiti agar lebih efisyen. Jika dilihat

dalam konteks Malaysia sendiri, bagi meningkatkan daya saing, perkhidmatan awam telah

berusaha untuk menyediakan persekitaran yang dapat merangsangkan pertumbuhan ekonomi

negara. Bagi menyempurnakan peranan ini perkhidmatan awam telah mengorak langkah dengan

mengadakan program pembaharuan menjurus kepada meningkatkan kualiti sektor sokongan

perkidmatan awam. Matlamat kepada usaha-usaha ini agar memastikan sektor awam mempunyai

kualiti perkhidmatan yang baik berasakan kepada nilai-niali teras iaitu kualiti, produktiviti,

inovasi, integrity, berdisplin dan profesional.

Orientasi pada pelanggan adalah perkara yang diambil perhatian seterusnya dan perkara

ini bolehlah disebut didalam konsep NPM berbunyi “ Segala sesuatu yang tidak bermanfaat

bagi pelanggan adalah pemborosan”. Ungkapan ini bermaksud bahawa pengurusan bukanlah

tujuan akhir dan ia hanya mempunyai satu tanggungjawab iaitu memberikan layanan kepada

8

Page 9: Bincangkan konsep new public management by Shafezan

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAMSHAFEZAN BIN RUSLI

G76427

rakyat yang memang berhak mendapatkannya. Di beberapa negara pernah dikembangkan

“citizen carta”(piagam pelanggan/warga) yang merangkumi hak-hak apa saja yang dimiliki

pelanggan sebagai pembayar cukai kepada negara. New Public Service diperkenalkan oleh David

Osborne dan Ted Gaebler dan dijelaskan di dalam buku mereka, Reinventing Government 1992

yang menjelaskan pengutamaan layanan kepada pelanggan berdasarkan perkhidmatan yang

berkualiti. Selain itu, pembaharuan pengurusan awam baru turut didorong oleh kombinasi

ekonomi, soial, politik dan faktor teknologi baik di negara maju dan yang sedang membangun.

Seterusnya, pengawalan yang bermaksud sebagai satu konsep gunasama

mengendalikan pengurusan di sektor awam secara cekap dan ekonomis dalam rangka mencapai

tujuan yang telah ditetapkan oleh pemerintah. Pengawalan harus menyediakan informasi yang

ditubuhkan pada saat yang tepat. Informasi disesuaikan dengan tingkat yang dimiliki pengurusan

politik atau pemerintah sebagai pihak perancang dan pentadbiran sebagai pelaksana. Aspek yang

lain teknik informasi. Prinsip-prinsip pengurusan yang telah diuraikan di atas berserta bentuk

pengendalian suatu sistem informasi yang sempurna. Penggabungan informasi dan komunikasi

yang cepat, pemadatan data untuk pengendalian dan kemungkinan mengakses kumpulan data

guna memenuhi keinginan pelanggan. Semua itu membolehkan jaringan alat pengolahan data

sehingga pekerjaan biasa dilakukakan dengan cepat. Tanpa teknik informasi dan komunikasi

yang menggunakan jaringan struktur, unit yang bekerja secara tengah tidak boleh dikendalikan

dan tidak mungkin pula dapat buat pengolahan data pelanggan yang memuaskan.

Secara praktiknya, NPM juga telah diaplikasikan di negara-negara yang sedang

berkembang selain daripada negara-negara maju. Terdapat juga negara-negara yang sedang

membangun itu terus aktif melakukan perubahan dan transformasi berterusan dalam struktur

pengurusan awam di negaranya. Reformasi sektor awam banyak dipengaruhi peranan oleh World

Bank, United Nations Development Programme (UNDP) iaitu sebuah rangkaian pembangunan

global, sebuah pertubuhan penyokongan untuk perubahan dan menyambung negara-negara untuk

pengetahuan, pengalaman dan sumber daya untuk membantu masyarakat membina kehidupan

yang lebih baik, International Monetary Fund (IMF) dan Organisation for Economic Co-

Operation and Development (OECD). Reformasi sector awam ini di Negara-negara yang sedang

9

Page 10: Bincangkan konsep new public management by Shafezan

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAMSHAFEZAN BIN RUSLI

G76427

membangun banyak mengarah pada penerapan NPM. Perubahan yang dilakukan oleh Negara-

negara berkembang tersebut dipengaruhi kepada pengurusan yang dilakukan oleh Negara-negara

maju terutama Eropah, Amarika Syarikat, Kanada dan New Zealand.

Beberapa pihak berpendapat bahawa New Public Management tidak sesuai diaplikasikan

untuk negara yang sedang berkembang membangun. Antara persoalan yang dikemukakan

adaptasi model NPM yang dilakukan negara-negara berkembang apakah memang benar-benar

menjadikan lebih baik atau hanya sekadar perubahan luarnya saja. Apakah pengurusan baru yang

dilakukan di negara-negara maju dapat diaplikasikan di negara berkembang. Hal tersebut

menjadi pertanyaan kerana pengurusan dan sistem yang ada di negara-negara barat mungkin

akan berbeza hasilnya jika dilaksanakan di tempat yang berbeza. Tingkat keberhasilan negara

berkembang dan membangun dalam mengadaptasi prinsip pengurusan model barat memang

bervariasi. Sebagai contoh, Malaysia menerapkan Total Quality Management (TQM) sebagai

bentuk dari modernisasi pengurusan sektor awam dan penerapannya dianggap berjaya, namun

Bangladesh dan beberapa negara Afrika banyak mengalami kegagalan. Implementasi NPM di

negara-negara berkembang tidak mudah dilakukan kerana kecenderungan birokrasi masih

ditahap tinggi. Pandangan bahawa NPM tidak tepat untuk negara-negara berkembang kerana

alasan korupsi dan rendahnya kualiti dalam pengurusan adalah tidak tepat. Penerapan NPM pada

negara-negara berkembang bergantung kepada faktor-faktor localised contingency dan bukan

kerana ciri-ciri nasional secara umum. Faktor-faktor seperti korupsi dan lemahnya kemampuan

pengurusan memang mempengaruhi sistem pentadbiran, akan tetapi localized contingencies

lebih besar pengaruhnya sebagai penentu keberhasilan atau kegagalan upaya reformasi.

Terdapat juga beberapa masalah dalam menerapkan konsep NPM di negara yang sedang

membangun. Antaranya, NPM berdasarkan pada penerapan prinsip atau mekanisme pasaran atas

kebijaksanaan awam dan pengurusan. Hal ini juga berkait dengan pengurangan peranan

pemerintah yang digantikan dengan pengembangan pasaran iaitu dari pendekatan pemerintah

negeri (state centered) menjadi pasaran tertumpu (market centered approach). Selain itu,

10

Page 11: Bincangkan konsep new public management by Shafezan

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAMSHAFEZAN BIN RUSLI

G76427

perubahan dari mekanisme birokrasi ke mekanisme pasaran apabila tidak dilakukan secara

berhati-hati. Hal ini juga berkait dengan permasalahan budaya korupsi yang kebanyakkan

dialami negara-negara membangun. Pergeseran dari budaya birokrasi yang bersifat patrionistik

menjadi budaya pasaran yang penuh dengan persaingan memerlukan tenaga yang kuat untuk

mengurangkan kuasa birokrasi. Terdapat juga masalah untuk berpindah pada model kontrak

dalam pemberian pelayanan awam jika aturan hukum dan ianya tidak kuat. Model kontrak akan

berjalan baik jika “outcome” mudah ditentukan. Jika tujuan organisasi tidak jelas maka

penggunaan model-model kontrak kurang berhasil. Terdapat permasalahan politik yang lebih

besar di negara-negara membangun dibandingkan dengan negara maju termasuk dalam hal-hal

politik penyediaan layanan awam, pemberian kontrak kepada kroni-kroninya. Kesulitan

penerapan NPM di negara membangun juga berkait dengan adanya permasalahan perlembagaan

permodalan dan kapitalis sumber tenaga manusia. Selain itu negara membangun terus

melakukan reformasi yang tidak berkait atau bahkan berlawanan dengan agenda NPM.

Kesimpulannya, NPM lebih berorientasikan terhadap keputusan dan kecekapan melalui

pengurusan yang lebih baik untuk kepentingan masyarakat awam merupakan gabungan antara

teori-teori ekonomi dan teknik pengurusan sektor swasta yang dimasukkan ke dalam sektor

awam untuk tujuan penambah baikkan kelemahan. Gerakan NPM pada awalnya terjadi di

negara – negara maju seperti di Eropah akan tetapi pada perkembangan konsep NPM telah

menjadi satu gerakan global sehingga negara-negara membangun pun juga terpengaruh dengan

penyebaran global dari konsep ini. Negara-negara maju seperti Amarika, Kanada, dan New

Zealand telah mendahului dalam mereformasikan pengurusan awam di negara mereka dan

menganggap model bagi NPM ini merupakan gabungan antara teori-teori ekonomi dan teknik

pengurusan sektor swasta yang dimasukkan ke dalam sektor awam untuk tujuan penambah

baikkan kelemahan. NPM merupakan satu usaha pembaharuan pengurusan dan pentadbiran

awam untuk membawa perubahan ke atas sesuatu sistem pentadbiran kerajaan supaya

pentadbiran dan sitem pengurusannya dapat dikemaskinikan dan dilaksanakan dengan lebih

11

Page 12: Bincangkan konsep new public management by Shafezan

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAMSHAFEZAN BIN RUSLI

G76427

efisyen. Konsep NPM dapat reformasi yang dibuat dalam pengurusan awam itu agar lebih baik

menekankan tentang penyerapan pembaharuan pengurusan di sektor awam yang bertujuan untuk

meningkatkan daya produktiviti dan kualiti pengurusan dan perkhidmatan awam di sesebuah

negara. Sektor awam telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan dalam pentadbiranyang

bertujuan untuk menyesuaikan peranannya dengan tuntutan perubahan persekitaran yang

dinamik. Reformasi peranan dan fungsi, stuktur dan proses, nilai dan corak minda merupakan

antara langkah permulaan untuk meletakkan petanda awal kea rah pengurusan awam yang

berkualiti, berdaya tahan dan kreatif. Secara umumnya pengenalan NPM telah member kesan

yang sangat besar terhadap system pengurusan awam di seluruh dunia termasuklah Malaysia

sendiri. sitem pengurusan awam yang lebih moden dan sesuai sekaligus dapat membantu

meningkat dan mengenbangkan seperti yang diharapkan. Kerjasama semua pihak terutama

daripada rakyat dan pelanggan yang berurusan dengan jabatan kerajaan juga dituntut bagi

meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam bertaraf dunia. Idea dan cadangan

penambahbaikkan mutu pengurusan di sector awam amat dialu-alukan dan bukan hanya member

ulasan negative kepada setiap pelaksanaan kerajaan

12

Page 13: Bincangkan konsep new public management by Shafezan

RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain. 1986. Pengantar Pentadbiran Awam. Kuala Lumpur. Utusan Publication

& Distributors Sdn. Bhd.

Perkhidmatan awam Malaysia. 2004. Memperkukuhkan Agenda Pembaharuan (Laporan

Pembaharuan dan kemajuan dalam perkidmatan awam tahun 2004

http://forum-politisi.org/downloads/New_Public_Management.pdf

http://journal.uii.ac.id/index.php/sinergi/article/view/919/849

http://setabasri01.blogpost.com/2009/05/new-public-management.html

http://unpan1.un.org/intradoc/groups/public/documents/ASPA/UNPAN000563.pdf

13