biodata imam bukhari

2
JH-SEJARAH-002- BIODATA IMAM AL-BUKHARI :: ::al-ahkam.net:: ... http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=a... 1 of 2 08/06/2008 01:49 PM ::al-ahkam.net:: Siber Feqh Anda JH-SEJARAH-002- BIODATA IMAM AL-BUKHARI Posted by : alitantawi on Friday, March 28, 2008 - 08:33 AM CCT Oleh ibnu hazam dan alitantawi - Nama penuh beliau ialah Muhammad Ibn Ismail bin Ibrahim Ibn al-Mughirah al-Ju’fi, al-Bukhari. Gelarannya ialah Abu Abdillah. - Dilahirkan dalam keadaan yatim di Bukhara (Uzbekistan) pada tahun 194 Hijrah. Bapanya merupakan salah seorang ahli hadith yang pernah berguru dengan Imam Malik (179H) dan juga Abdullah Ibn al-Mubarak (181H). - Mula merantau mencari ilmu pada 210 hijrah ke seluruh pusat-pusat ilmu pada waktu itu seperti Mekah, Khurasan, Iraq, Mesir dan Syria. - Beliau terkenal dengan hafazan yang begitu kuat dan mantap. Ketika ditanya tentang rahsia ingatan yang kuat, beliau menyebut bahawa rahsianya ialah keinginan yang kuat serta sentiasa mengulang-ulang maklumat yang dihafaz. - Beliau mempunyai ramai guru dan murid. Di antara gurunya yang terkenal ialah Ali Ibn al-Madini (234H), Ahmad Ibn Hanbal (241H), Yahya Ibn Ma’in (233H) dan Ishaq Ibn Rahuyah/Rahawaih (238H). - Di antaranya muridnya yang terkenal ialah Imam Muslim (256H), Imam atTirmizi (279H) dan lain-lain lagi. - Di antara buku beliau ialah al-Jami’ al-Musnad al-Sahih atau lebih popular dengan nama Sahih al-Bukhari, al-Tarikh al-Kabir (biodata periwayat hadith), al-Adab al-Mufrad (hadith-hadith tentang adab dan akhlak) serta lain-lain lagi. - Hampir kesemua ahli hadith pada zaman beliau telah menobatkan beliau sebagai seorang ahli hadith yang hebat dan dipercayai. Namanya terkenal di seluruh negara Islam. - Di antara kehebatannya ialah beliau mewarisi kehebatan guru-gurunya dalam kemampuannya untuk menilai dan menapis hadith bagi membezakan antara yang sahih dan yang tidak. - Salah seorang gurunya iaitu Muhammad Ibn Bassyar menganggap al-Bukhari sebagai salah seorang daripada 4 pakar hadith terbaik pada waktu itu bersama-sama dengan Muslim, Abu Zur’ah dan juga al-Darimi. - Imam Muslim pernah berkata kepada al-Bukhari: Aku bersaksi bahawa tidak ada di dunia ini seseorang seperti kamu. - Beliau bukan sekadar hebat dalam bidang ilmu sahaja, namun beliau juga adalah seorang

Upload: abuqudamah

Post on 06-Jun-2015

4.129 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

al ahkam

TRANSCRIPT

Page 1: Biodata Imam Bukhari

JH-SEJARAH-002- BIODATA IMAM AL-BUKHARI :: ::al-ahkam.net:: ... http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=a...

1 of 2 08/06/2008 01:49 PM

::al-ahkam.net::Siber Feqh Anda

JH-SEJARAH-002- BIODATA IMAM AL-BUKHARI

Posted by : alitantawi on Friday, March 28, 2008 - 08:33 AM CCT

Oleh ibnu hazam dan alitantawi

- Nama penuh beliau ialah Muhammad Ibn Ismail bin Ibrahim Ibn al-Mughirah al-Ju’fi,

al-Bukhari. Gelarannya ialah Abu Abdillah.

- Dilahirkan dalam keadaan yatim di Bukhara (Uzbekistan) pada tahun 194 Hijrah.

Bapanya merupakan salah seorang ahli hadith yang pernah berguru dengan Imam Malik

(179H) dan juga Abdullah Ibn al-Mubarak (181H).

- Mula merantau mencari ilmu pada 210 hijrah ke seluruh pusat-pusat ilmu pada waktu itu

seperti Mekah, Khurasan, Iraq, Mesir dan Syria.

- Beliau terkenal dengan hafazan yang begitu kuat dan mantap. Ketika ditanya tentang

rahsia ingatan yang kuat, beliau menyebut bahawa rahsianya ialah keinginan yang kuat

serta sentiasa mengulang-ulang maklumat yang dihafaz.

- Beliau mempunyai ramai guru dan murid. Di antara gurunya yang terkenal ialah Ali Ibn

al-Madini (234H), Ahmad Ibn Hanbal (241H), Yahya Ibn Ma’in (233H) dan Ishaq Ibn

Rahuyah/Rahawaih (238H).

- Di antaranya muridnya yang terkenal ialah Imam Muslim (256H), Imam atTirmizi (279H)

dan lain-lain lagi.

- Di antara buku beliau ialah al-Jami’ al-Musnad al-Sahih atau lebih popular dengan nama

Sahih al-Bukhari, al-Tarikh al-Kabir (biodata periwayat hadith), al-Adab al-Mufrad

(hadith-hadith tentang adab dan akhlak) serta lain-lain lagi.

- Hampir kesemua ahli hadith pada zaman beliau telah menobatkan beliau sebagai seorang

ahli hadith yang hebat dan dipercayai. Namanya terkenal di seluruh negara Islam.

- Di antara kehebatannya ialah beliau mewarisi kehebatan guru-gurunya dalam

kemampuannya untuk menilai dan menapis hadith bagi membezakan antara yang sahih dan

yang tidak.

- Salah seorang gurunya iaitu Muhammad Ibn Bassyar menganggap al-Bukhari sebagai salah

seorang daripada 4 pakar hadith terbaik pada waktu itu bersama-sama dengan Muslim, Abu

Zur’ah dan juga al-Darimi.

- Imam Muslim pernah berkata kepada al-Bukhari: Aku bersaksi bahawa tidak ada di dunia

ini seseorang seperti kamu.

- Beliau bukan sekadar hebat dalam bidang ilmu sahaja, namun beliau juga adalah seorang

Page 2: Biodata Imam Bukhari

JH-SEJARAH-002- BIODATA IMAM AL-BUKHARI :: ::al-ahkam.net:: ... http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=a...

2 of 2 08/06/2008 01:49 PM

tentera yang mahir terutama dalam memanah. Bentuk tubuh badan beliau digambarkan

sebagai seorang yang kuat dan sasa oleh sesiapa yang mengenalinya.

- Oleh kerana kehebatannya didalam ilmu hadith, terdapat sebahagian daripada

masyarakat pada zaman beliau yang merasa dengki lalu melakukan pelbagai tuduhan yang

tidak benar terhadap peribadinya.

- Akhirnya, beliau wafat di sebuah kampung di Samarqand pada 256 Hijrah.

Sumber rujukan:

1- Syarh ’Ilal al-Tirmidzi – Ibn Rajab al-Hanbali.

2- Hayat al-Bukhari – Syeikh Jamaluddin al-Qasimi.

3- Manhaj al-Bukhari Fi Tashih al-Ahadith wa Ta’liliha – Dr. Abu Bakr Kafi.

4- Muqaddimah analisis buku al-Ilzamat wa al-Tatabbu’ – Syeikh Muqbil al-Wadi’e.

5- Manhaj al-Muhaddithin – Dr. Sa’d al-Humayyid.

6- Masodir al-Sunnah wa Manahijuha – Dr. Hatim al-Syarif.

7- Manhaj al-Naqd Fi Ulum al-Hadith – Dr. Nuruddin Itr.

No access to comments.

Page created in 0.032095 Seconds

Powered by MD-Pro