biskut makmur susu (

Upload: nurul-syafiqah

Post on 08-Jul-2015

545 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Biskut Makmur Susu Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )

1 tin kecil Ghee ( cairkan ) 5-6 sudu makan gula halus 5-6 sudu makan susu tepung 100 gram kacang tanah ( goreng & kisar ) tepung secukupnya ( goreng tepung tanpa minyak hingga sedikit kekuningan ) *Hiasan: 100 gram gula halus 100 gram susu tepung Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara 1. 1.Campurkan ghee cair , gula , kacang kisar dan susu tepung.Gaul sebati. 2. 2.Kemudian,masukkan tepung secukupnya sehingga tidak melekat pada tangan. 3. 3.Bentukkan doh menjadi bola-bola kecil. 4. 4.Susunkan di atas loyang dan bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 10 hingga 15 minit. 5. 5.Setelah biskut masak,salutkan biskut dengan gula dan susu tepung. 6. Klik untuk isi cara-cara di sini

Biskut Kacang Lazat

Bahan-bahan ( 150 - 160 keping )

250 g kacang tanah - sangar dan kisar halus 250 g gula icing - ayak 375 g tepung gandum - ayak 50 g minyak sapi (1/4 cawan)* 200 g minyak masak (1 cawan)* - (bahan * boleh diganti dgn 250g mentega cair yg berkualiti) 1-2 biji kuning telur - untuk sapu secukup kacang tanah panggang dicincang kasar atau dibelah 2 - untuk hiasan garam

Cara-cara 1. Campurkan 4 bahan pertama dan kacau rata.Tuang minyak sedikit2 sambil diuli hingga adunan menjadi doh yang boleh dikepal. 2. Ambil sedikit adunan/1 sudu kecil dan dibulat2kan.Susun di atas dulang pembakar dan sapu kuning telur dan hiaskan dengan kacang tanah di atasnya. 3. Bakar pd suhu 160C selama 20 min.

Biskut Arab Sumber: Buku Pandai Memasak Bahan-Bahan: 500 gm tepung gandum 250 gm gula halus 250 gm minyak sapi Cara: Gaulkan tepung dengan gula dan minyak sapi yang telah dicairkan hingga sebati. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli kemudian dileperkan sedikit. Bakar hingga elok kuningnya. Setelah masak angkat dan disejukkan. Kemudian digolekkan di atas gula halus.

Belimbing Sira Bahan-Bahan: 150 gm tepung gandum 30 gm majerin 1 biji kuning telur Garam 1/3 cawan air Gula halus Cara: Gaul tepung dengan majerin, garam dan telur hingga sebati. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga lembut. Canai nipis dan potong persegi kecil-kecil berukuran 2 cm x 2 cm. Lipat dua menjadi tiga segi. Lipat dua lagi bahagian di belakang dan picit sedikit supaya tepung melekat. Setelah habis, goreng hingga garing. Sejukkan dan golekkan di atas gula halus.

Biskut Comot Chocolate Bahan-Bahan: 2 cawan mentega 2 cawan gula halus 2 biji kuning telur 3 cawan tepung jagung 3 cawan tepung gandum Cara: 1) Pukul mentega dan gula hingga sebati 2) Masukkan telur dan kacau rata. 3) Masukkan esen vanilla dan kacau lagi 4) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, kacau sebati hingga menjadi doh 5) Bentukkan bulat-bulat dan bakar hingga kekuningan 6) Masakkan cooking chocolate ke dalam periuk dan dipanaskan di atas air yang mendidih 7) Setelah cooking chocolate cair, masukkan biskut yang telah dibakar tadi ke dalam periuk dan golekkan biskut dengan sudu di atas chocolate ini 8) Keluarkan biskut ini dan golekkan ke atas kacang tanah yang telah ditumbuk 9) Akhir sekali masukkan biskut ini kedalam 1 sudu kecil esen vanilla cooking chocolate sekilo kacang tanah digoreng dan ditumbuk

paper cup Tambahan: Biskut ini memang rupanya comot tapi rasanya....tak tau nak cakap sedap...klu nak rase cuba le try buat...semoga berjaya Review:

Biskut Batik Asli Bahan-Bahan: 1 bungkus biskut marie 500 gm milo 1 tin susu cair 1 paket buttercup 250gm 1 cawan gula 5 biji telur Cara: 1. Panaskan kuali dan masukkan buttercup hingga cair.Masukkan gula dan kacau hingga cair selepas itu masukkan telur yang telah dikepuk biasa dan susu cair. 2. Masukkan milo dan kacau hingga pekat akhir sekali masukkan biskut marie yang telah dipatahkan.Gaul dan masukkan kle dalam loyang tekan hingga padat serta sejukkan. Cadangan Hidangan: Potong biskut mengikut saiz biskut dan hidangkan sejuk.

Biskut Coklat Bahan-Bahan: 400 gm mentega 1 biji telur putih 200 gm gula aising sudu teh esen vanila 500 gm tepung 50 gm serbuk koko Cara: Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius dan siapkan dulang pembakar. Putar mentega bersama gula aising hingga kembang kemudian masukkan putih telur dan putar lagi hingga semua adunan kembang. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko dan putar sebati adunan. Rehatkan dalam peti sejuk selama 15 minit. Gunakan acuan yang dipilih dan terap di atas dulang pembakar. Anda boleh menghias bahagian atasnya dengan gula aising. Bakar selama 15 hingga 20 minit.

Biskut Cornflake Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum cawan tepung ubi cawan gula halus 1 biji telur 1 cawan cornflake, diramas cawan mentega 1 camca teh esen vanila Sedikit cornflake untuk hiasan Cara: Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila, adun sehingga sebati. Masukkan cornflake yang telah diramas tadi. Kemudian, masukkan tepung gandum dan juga tepung ubi. Kacau hingga sebati. Kemudian bentukkan adunan bulat-bulat. Hiaskan dengan cornflake dan bakar.

Biskut Cornflakes Bahan-Bahan: 3 cawan oat 1 cawan gula halus 1 buku mentega 4 sudu golden syrup 350 gm emping jagung Cara: Pukul mentega dan gula, masukkan golden syrup. Masukkan oat dan kemudian masukkan emping jagung. Gaulkan sebati dan masukkan ke dalam acuan cawan kertas. Kemudian bakar sehingga masak.

Biskut Cornflake Ber Madu Bahan-Bahan: 3 cawan cornflake 3 sudu besar madu 1 paket badam di panggang @ dibakar(di potong panjang) ceri potong Cara: 1.campurkan semua bahan tersebut dan kacau sehingga sebati. 2.masukkan adunan tadi ke dalm paper cup dgn menggunakan sudu. 3.bakar ada suhu 120C selama 10minit

Biskut Gulungan Coklat Badam Bahan-Bahan: 1 cawan mentega/marjerin 1 cawan gula aising 2 butir kuning telur 1 - 1 cawan tepung gandum 1 sudu besar tepung jagung

cawan sebuk badam 1 sudu teh esen vanila cawan serbuk koko 1 cawan badam cincang coklat rice (jika suka) Cara: 1. Mentega, gula aising, tepung gandum & tepung jagung digaul rata menjadi serbuk roti. 2. Kemudian di campur kuning telur & gaul rata supaya menjadi doh lembut serta dibahagi 2. 3. Doh pertama di campur dengan serbuk badam & gaul. Doh kedua pula digaul dengam serbuk koko. 4. Kedua-dua adunan tadi dicanai berasingan setebal 5 mm. Setelah itu dilapiskan, warna kuning dibawah manakala warna coklat diatas. 5. Gulung lapisan tersebut menjadi bentuk silinder panjang. Simpan sebentar di dalam peti dingin beku selama 15 minit. 6. Keluarkan dan potong setebal 5 mm - 7 mm.

Susun didalam acuan pembakar & hias dengan badam cincang atau coklat rice. 8. Bakar pada suhu 100' celcius selama 10-15 minit atau sehingga masak kekuningan. 9. Setelah masak, keluar & sejukkan diatas redai kuih. Hidangkan. Biskut Milo Kiriman: L12 Sumber: saudara mara Hits: 807 Rating: 10.00 Review: 0 Bahan-Bahan: Biskut Marrie 1 bungkus 2 cawan milo cawan serbuk koko 3 biji telur buku butter tin susu pekat (tin kecil) Segenggam badam @ kekacang yang telah digoreng tanpa minyak (optional)

Email this Recipe

Print this Recipe

Cara: Pecahkan (jangan jadi serbuk dah la) biskut marrie. Ketepikan. Panaskan periuk @ kuali & cairkan butter. Masuk pula susu pekat. Kacau lagi sampai sebati. Pecahkan telur sebiji & kacau cepat supaya telur tidak berketul. Api perlulah dalam keadaan

kecil. Masukkan serbuk koko & milo perlahan-lahan & kacau agar ia tak berketul. Bila milo dah sebati & kelihatan mencair, masuk pula biskut marrie & kacang kacangan. (masuk sikit lagi senang kacau). Bila semua bahan dah bersalut dengan biskut, angkat & alihkan ke dalam bekas. Mampatkan, biarkan sejuk dalam suhu bilik kemudian barulah dipotong & nyam nyam! Cadangan Hidangan: Bila dah sejuk, letak dalam peti ais. Then baru makan. mak ai, rasa dia lagi heaven!! Kalau nak simpan lama, elok simpan dalam peti ais sebab letak kat luar nanti dia akan sedikit lembik & melekat-lekit bila potong. Tambahan: Kalau tak ada koko, jadikan adunan milo sebanyak 3 cawan. Kalau suka manis, habiskan 1 tin kecil susu. Tapi tin tu pun dah secukup rasa. Review:

Biskut Nescafe Sumber: Internet Hits: 3616 Rating: 10.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 200 gm mentega 50 gm gula halus 150 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung 1 sudu besar nescafe Cara: Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Kemudian baru masukkan Nescafe dan apabila sudah sebati masukkan tepung gandum dan jagung. Apabila adunan tadi sudah sebati dan lembut, terapkan adunan dengan bentuk yang anda suka. Bakar di dalam ketuhar hingga masak.

Biskut Nestum Sumber: Buku Resepi Selera Perantau Hits: 6813 Rating: 4.50 Review: 1 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 3 cawan nestum 1 cawan gula halus 3 cawan tepung gandum Minyak sapi (ikut lembut) Cara: Minyak sapi dicairkan terlebih dahulu dan sejukkan sebentar. Gaulkan semua bahan tadi kemudian masukkan minyak sapi tadi. Teraplah dengan acuan sesuka hati. Sebelum bakar, sapu kuning telur di atasnya dan bakar hingga kekuningan.

Biskut Sarang Burung Hits: 1626 Rating: 5.50 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 168 gm tepung gandum 56 gm tepung jagung 112 gm mentega 112 gm gula halus 2 biji kuning telur 1 biji putih telur 1 camca teh esen ros 500 gm badam dipotong halus memanjang Sedikit jem strawberi 1 cawan bijirin Kellogg's dihaluskan Cara:

Tepung gandum dan tepung jagung diayak. Campurkan bijirin Kellogg's dan gaulkan sehingga sebati. Mentega dan gula dipukul sampai kembang. Masukkan kuning telur dan esen ros. Pukul lagi sehingga putih. Masukkan tepung yang diayak tadi bersama bijirin Kellogg's. Gaul hingga rata. Ambil sejemput adunan lalu digentel sebesar guli dan lubangkan di tengahnya. Celup ke dalam putih telur yang ditaburkan badam. Bakar dan apabila dikeluarkan dari ketuhar letakkan jem di tengah biskut.

Biskut Ulat Bulu Kiriman: Puan Nismah Hj.Salleh Hits: 1697 Rating: 6.75 Review: 0 Bahan-Bahan: cawan Mentega 2 Cawan Tepung Gandum 1 Cawan Tepung Jagung

Email this Recipe

Print this Recipe

Sedikit Perwarna Hijau Sedikit Perasa Pandan Sedikit Gula Halus (ditabur ke atas biskut

2 Biji Kuning Telur

yang telah masak) Untuk Inti: 1 Cawan kurma (Dicincang /dihiris halus)

Cara: 1. Ayak bersama tepung gandum dan tepung jagung. 2. Masukkan mentega dan kuning telur, gaul sehingga sebati. 3. Kemudian masukkan perwarna hijau dan perasa pandan, gaul lagi sehingga rata. 4. Ambil sedikit adunan dan masukkan sedikit kurma cincang di dalamnya. Setelah itu bentukkan seperti ulat bulu. 5. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit. 6. Setelah sejuk taburkan gula halus di atasnya. Tambahan: Adunan hendaklah dibentuk kecil-kecil kerana aduanan akan kembang apabila dibakar. Review:

Cornflakes Permata Sumber: Majalah Wanita November 2000 Hits: 3549 Rating: 9.50 Review: 0 Bahan-Bahan: 125 gm mentega 100 gm gula 1 biji telur 175 gm tepung gandum Cara:

Email this Recipe

Print this Recipe

1 sudu teh serbuk penaik 125 gm cornflakes Ceri merah Mangkuk kertas hitam

Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila. Ayak tepung bersama serbuk penaik. Campur tepung dan cornflakes ke dalam adunan mentega. Gaul rata. Ambil secubit-secubit dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Bubuh ceri sebagai hiasan. Review: Mama Carrie Hits: 2205 Rating: 10.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan: Bahan (a) 250 gm mentega 125 gm icing sugar 275 gm tepung 50 gm tepung jagung 1 sudu makan tepung susu Cara: Satukan bahan (a) dan putar selama 2 minit. Simpan dlm peti sejuk 1/2 jam. Canai adun setebal 1.5 cm dan terap dengan acuan pilihan anda. Putar putih telur dan gula hinga pekat. kemudian masukan tepung jagung. Bahagikan adunan 2 bahagian yg satu warna cokelat & yg satu putih. Sapukan aduan warna putih diatas tepung yg diterap, kemudian picitkan/titikkan adunan cokelat bentuk melingtang diatasnya dan gunakan lidi, gariskan bentuk melintang tadi. Bakar 180 C hingga masak. Bahan (b) 50 ml putih telur 150 gm icing sugar 1 sudu makan tepung jagung

Review: