bm thn 5

4
SEKOLAH KEBANGSAAN 1 KUALA AMPANG PENILAIAN BULAN MAC 2015 BAHASA MALAYSIA ( PENULISAN ) TAHUN 5 NAMA : ______________________________________ TARIKH : __________________________ BAHAGIAN A [ 10 markah ] [ Masa dicadangkan : 15 minit ] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

Upload: norman

Post on 12-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bm,ujian

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN 1 KUALA AMPANGPENILAIAN BULAN MAC2015BAHASA MALAYSIA ( PENULISAN )TAHUN 5

NAMA : ______________________________________ TARIKH : __________________________

BAHAGIAN A[ 10 markah ][ Masa dicadangkan : 15 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

BAHAGIAN B[30 markah ][ Masa dicadangkan : 40 minit ]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk karangan dan tulid sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Pada cuti sekolah yang lalu , kamu berpeluang berkelah bersama-sama keluarga di sebuah tempat yang menarik.

Ceritakan pengalaman kamu tentang perkelahan tersebut.

ATAU

2. Membaca merupakan satu amalan yang mendatangkan banyak faedah.

Tulis karangan tentang faedah membaca.

ATAU

3. Baru baru ini sekolah kamu telah mengadakan aktiviti gotong-royong.

Tulis karangan tentang kebaikan bergotong-royong.

BAHAGIAN C[ 20 markah ]

[Masa dicadangkan : 20 minit ]

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan .Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Kamal sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba , dia dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu meminta wang daripada Kamal. Dia pun memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu.Pengemis itu mengucapkan terima kasih sebelum pergi.

Apabila bas sekolahnya tiba, Kamal beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika di dalam bas, beberapa orang murid bermain di dalam bas.Kamal memarahi budak - budak itu. Budak budak itu memohon maaf daripada Kamal. Kamal memaafkan lalu menasihati mereka agar tidak bermain lagi.

Setelah bas tiba di kawasan perumahannya, Kamal pun turun. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan. Setelah tiada kenderaan, barulah dia melintas jalan menuju ke rumahnya. Sampai sahaja di rumah, Kamal menegur ibunya dengan sopan.