borang pengesahan status€¦ · borang pengesahan status tesis ... kesediaan pelajar dalam...
TRANSCRIPT
-
PSZ 19 : 16 ( Pind 1/97 )
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: FAKTOR KESEDIAAN PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN
ELEKTRONIK DALAM PEMBENTUKAN KERJAYA
SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya NOR AZURA BINTI RASID .
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 3B-01-06, PURI AIYU CONDOMINIUM, EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT NO 50, JLN JUBLI PERAK 22/1, SEKSYEN 22, NAMA PENYELIA 40400 SHAH ALAM, SELANGOR. Tarikh : 06 MEI 2009 Tarikh : 06 MEI 2009.
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah clan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
-
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ………………………..
Nama Penyelia : En. Mahyuddin bin Arsat
Tarikh : 06 Mei 2009
-
i
FAKTOR KESEDIAAN PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN
ELEKTRONIK DALAM PEMBENTUKAN KERJAYA
NOR AZURA BINTI RASID
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
-
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………………
Nama Penulis : NOR AZURA BINTI RASID
Tarikh : 06 Mei 2009
-
iii
DEDIKASI
“Istimewa untuk ayahanda dan bonda tersayang
Serta kedua mertuaku.......
Yang sentiasa mendoakan kejayaan anakmu
Terima kasih atas sokongan dan pengorbananmu.
Khas buat suamiku yang tercinta dan dihormati……
Mohd. Rafidi bin Mohd. Saman
Jasa dan keringat, nasihat dan dorongan
Perangsang dan galakan
Adalah inspirasi perjuangan dalam pelajaranku.
Buat anak yang kusayangi…….
Nur Wardah Wajihah binti Mohd. Rafidi
Semoga memperolehi kejayaan
cemerlang di dunia dan akhirat serta menjadi
anak yang solehah.
Untuk keluarga dan rakan-rakan……
Segala jasa dan sokongan akan
kukenang selama-lamanya.”
-
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah s.w.t. dan selamat serta salam
kepada Junjungan Besar Rasulullah s.a.w, kaum keluarga serta para sahabatnya.
Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Saya mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Mahyuddin bin
Arsat selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya. Beliau telah banyak
memberikan bimbingan, tunjuk ajar, pendapat serta dorongan dengan penuh
keikhlasan kepada saya bagi menyiapkan kajian ini.
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah dan
khususnya kepada pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Tanpa sokongan dan bantuan mereka kajian ini tidak mungkin akan dapat
dijalankan.
Akhirnya, tidak ketinggalan ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada
keluarga dan rakan-rakan serta individu yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Mudah-mudahan segala
sumbangan dan curahan keringat kalian akan diberkati Allah di dunia dan akhirat.
Wassalam
Nor Azura binti Rasid
-
v
ABSTRAK
Masalah persediaan diri dalam menceburkan diri dalam alam pekerjaan telah lama wujud dalam diri remaja di negara kita. Masalah ini telah mewujudkan banyak masalah lain seperti timbulkan kesan terhadap tahap prestasi sesebuah organisasi berkenaan. Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dalam pembentukan kerjaya. Kajian ini dijalankan ke atas 57 orang pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi Windows 15.0 bagi mendapatkan frekuensi dan peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor seperti minat, pengalaman dan situasi pekerjaan mampu mempengaruhi kesediaan pelajar dalam pembentukan kerjaya. Manakala faktor pengetahuan hanya berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, didapati secara keseluruhannya keempat-empat faktor berkenaan mempengaruhi kesediaan pelajar dalam pembentukan kerjaya mereka kelak dengan tahap yang tinggi. Di samping itu, kajian ini juga memberi cadangan kepada pihak-pihak tertentu agar mereka boleh mengambil tindakan yang sewajarnya selain memastikan pelajar ini dapat memenuhi matlamat kerjaya mereka.
-
vi
ABSTRACT
Lacks of self-prepareness to involve in employment world have been exist among graduated students. This issue contributes to others problems as give effect and impacted to performance level of organizations. Generally, the purpose of research is to find the factors that influence Electrical and Electronic Engineering students preparing for career development. This descriptive research has been carried out 57 students of Electrical and Electronic Engineering students through questionnaire as a research instrument. All the data have been analyzed by Statistical Programme for Social Science (SPSS) Version 15.0 and evaluated in the forms of frequencies and percentages. Data evaluation shows that factors such as interest, experience and job nature were able to influence students preparation of career development. The knowledge factors are only at moderate level. However, all the factors were highly influenced the Electrical and Electronic Engineering students in their career development. Beside that, this research also give the suggestions to related party so that they should make a suitable action to ensure that these students can achieved their career goal.
-
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAHAGIAN SATU
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop Kajian 11
-
viii
1.8 Definisi Operasional 11
1.8.1 Faktor 12
1.8.2 Kesediaan 12
1.8.3 Pelajar 12
1.8.4 Peranan 13
1.8.5 Jurutera 13
1.8.6 Kerjaya 13
1.8.7 Pembentukan Kerjaya 14
1.8.8 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 14
1.9 Kesimpulan 15
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kerjaya Jurutera 16
2.3 Faktor Minat 21
2.4 Faktor Pengetahuan dan Pengalaman 23
2.5 Faktor Situasi Pekerjaan 26
2.6 Kesimpulan 28
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Reka Bentuk Kajian 30
3.3 Tempat Kajian 31
3.4 Populasi Kajian 32
3.5 Sampel Kajian 32
3.6 Instrumen Kajian 33
-
ix
3.6.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 34
3.6.2 Bahagian B : Persoalan Kajian 34
3.7 Kajian Rintis 37
3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik 38
3.9 Prosedur Kajian 39
3.10 Analisis Data 42
3.11 Kesimpulan 44
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 45
4.2 Bahagian A - Latar Belakang Responden 46
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 47
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Tahun
Kursus 48
4.3 Bahagian B – Maklum Balas Item Soal Selidik 49
4.3.1 Persoalan Kajian 1 50
4.3.2 Persoalan Kajian 2 53
4.3.3 Persoalan Kajian 3 56
4.3.4 Persoalan Kajian 4 59
4.4 Rumusan Analisis Data 62
BAHAGIAN LIMA
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan Kajian 66
5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 67
-
x
5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 70
5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 71
5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 73
5.3 Rumusan 75
5.4 Cadangan 77
5.4.1 Pelajar 77
5.4.2 Ibu Bapa 78
5.4.3 Tenaga Pengajar 79
5.4.4 Pihak Industri 79
5.4.5 Pihak UTM 80
5.4.6 Kementerian Pelajaran Malaysia 80
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81
5.6 Kesimpulan 82
-
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK M/S
3.1 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Latar Belakang
Pelajar 34
3.2 Pembolehubah-pembolehubah Yang Digunakan Dalam
Kajian 35
3.3 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Persoalan Kajian 35
3.4 Set Skala Likert 36
3.5 Pengkategorian Nilai Alpha Cronbach (Davis, 1971) 38
3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 43
3.7 Skala Pemeringkatan 43
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 47
4.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Kursus 48
4.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan Persoalan Kajian
terhadap Faktor Minat Mempengaruhi Kesediaan Pelajar
dalam Pembentukan Kerjaya 51
4.5 Taburan Frekuensi dan Peratusan Persoalan Kajian
terhadap Faktor Pengetahuan Mempengaruhi Kesediaan
Pelajar dalam Pembentukan Kerjaya 54
4.6 Taburan Frekuensi dan Peratusan Persoalan Kajian
terhadap Faktor Pengalaman Mempengaruhi Kesediaan
Pelajar dalam Pembentukan Kerjaya 57
4.7 Taburan Frekuensi dan Peratusan Persoalan Kajian
terhadap Faktor Situasi Pekerjaan Mempengaruhi
Kesediaan Pelajar dalam Pembentukan Kerjaya 60
4.8 Rumusan Analisis Data 62
-
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK M/S
3.1 Carta Aliran Prosedur Menjalankan Kajian 41
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 47
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 48
4.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Kursus 49
-
xiii
SENARAI SINGKATAN
SEL - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
SPSS - Statistical Package For Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PSM - Projek Sarjana Muda
JERI - Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek
-
xiv
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
< - Lebih kurang daripada
> - Lebih banyak daripada
-
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
Lampiran A Borang Soal Selidik
Lampiran B Surat Akuan Pelajar
Lampiran C Akuan Pengesahan Soalan Soal Selidik
Lampiran D Analisis SPSS Alpha Cronbach
-
- 1 -
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Negara merupakan landasan pendidikan di Malaysia.
Pendidikan adalah satu bidang yang bersifat dinamis bagi melahirkan
warganegara yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Dari masa ke semasa ia melalui pelbagai perubahan, sesuai dengan kemajuan
fikiran, kehendak dan teknologi manusia. Oleh yang demikian, setiap individu
perlu dibentuk dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan agar mempunyai
wawasan dan visi yang jauh dalam kehidupan mereka. Pendedahan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman amatlah diperlukan bagi mencapai tahap
kesempurnaan kendiri seseorang.
Kerjaya memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan
seseorang individu. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara
keseluruhannya pertuturan dan gaya pakaian (Nik Azis dan Mutter, 1982).
Manakala menurut Super (1957), kerjaya berperanan untuk menentukan status
sosial, nilai, sikap dan gaya seseorang. Justeru itu, tidak dapat dinafikan bahawa
-
- 2 -
mempunyai sesuatu kerjaya yang baik merupakan matlamat dalam kehidupan
manusia. Setiap individu wajar berkehendakkan satu kerjaya yang dapat
menjamin kehidupan mereka kelak. Oleh itu, pembentukan kerjaya perlulah
dirancang dengan sebaik mungkin agar seiring dengan kebolehan diri, kepuasan
dan jaminan masa hadapan.
Kini, negara kita sedang mengorak langkah membuat persediaan ke arah
globalisasi untuk bersaing dan usaha ini selaras dengan cabaran strategik
Wawasan 2020 bagi mewujudkan masyarakat yang mewah dengan keadaan
ekonomi yang berdaya saing, dinamik, kukuh dan cekal mengikut acuan sendiri.
Wawasan 2020 adalah idea Perdana Menteri Malaysia ke-4, Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohammad yang merangkumi perancangan tiga puluh tahun bagi
menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Wawasan 2020 menitikberatkan ’pembangunan menyeluruh’ bukan sahaja
pembangunan ekonomi tetapi juga politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan
kebudayaan (Ahmad Baharuddin Abdullah, 2003). Antara cabaran yang perlu
dihadapi dalam merealisasikan Wawasan 2020 ialah keperluan mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi yang bukan
sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa depan.
Sesuai dengan kepesatan dan pencapaian sains teknologi terkini, Malaysia
sepatutnya mempunyai sebilangan ahli sains yang komited terhadap kerjayanya.
Dalam konteks ini, Malaysia bukan sahaja memerlukan pekerja-pekerja yang tahu
menggunakan teknologi, malah tahu mencipta teknologi baru bagi keperluan
industri. Sudah tiba masanya Malaysia melahirkan golongan ahli sains, jurutera,
juruteknik, teknokrat dan ahli industri. Insentif yang diberikan kepada golongan
ini sudah pasti akan meningkatkan motivasi mereka mencipta dan mereka
teknologi yang lebih maju lagi.
-
- 3 -
1.2 Latar Belakang Masalah
Teknologi penting untuk kerajaan sesebuah negara, ini kerana kekuatan
ekonomi bergantung kepada kemajuan teknologi. Oleh yang demikian, negara
amat memerlukan pekerja berilmu yang berkualiti dan mencukupi melalui sistem
pendidikan yang berkesan. Dengan cara ini sahaja Malaysia akan menjadi contoh
kepada negara yang sedang membangun sekaligus dapat mencapai taraf sebuah
negara maju. Urutan daripada itu, rakyat harus berani menerima perubahan dan
bersedia berubah demi memasuki abad ke-21 kelak.
Ahamad Sipon (New Straits Times, Sabtu, 30 Jun 2001) menyatakan bahawa:
“The country needs sufficient skilled manpower,
especially in this new era, to help propel it towarda
developed nation status. Malaysia, for instance,
requires 137,200 engineers and 331,700 assistant
engineers by 2010 in the chemical, mechanical,
electrical, electronic and ather high technology
areas like fotonic and nano-technology”.
(m.s 23)
Kenyataan Ahamad Sipon (2001), jelas menunjukkan dalam memfokuskan ke
arah sebuah negara maju, maka pendidikan yang bercorak teknik dan vokasional
merupakan satu cabang aliran pendidikan yang mampu untuk menampung
kehendak tersebut.
Mulai penghujung dekad 20-an, aktiviti perindustrian di Malaysia telah
berkembang dengan begitu pesat sekali. Terbukti daripada pelbagai industri yang
wujud di sekitar negara ini. Salah satu cabang perindustrian yang berkembang
dengan begitu pesat sekali ialah industri elektrik dan elektronik. Berdasarkan
kepada kestabilan politik, kemudahan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan
-
- 4 -
lain yang terdapat di negara ini tidak hairanlah banyak syarikat yang turut serta
dalam melabur di Malaysia. Sehubungan dengan itu, sudah pasti syarikat
berkenaan memerlukan lebih ramai pekerja separuh mahir menceburi diri di
dalam bidang elektrik dan elektronik.
Menurut Ahmad Baharuddin Abdullah (2003), kejuruteraan secara
umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik bagi
menyelesaikan masalah praktikal. Pengetahuan itu apabila digabungkan bersama
dengan pengalaman menggunakan bahan dan sumber semula jadi akan
menghasilkan sesuatu yang menakjubkan. Beliau juga menjelaskan bahawa
kejuruteraan adalah disiplin ilmu yang menggunakan prinsip-prinsip sains dan
teknologi secara amali melalui reka bentuk, pembinaan dan operasi struktur, alat-
alat dan sistem secara cekap dan jimat. Kepakaran kejuruteraan amat diperlukan
demi menjadikan sesebuah negara itu maju. Perkembangan semasa di negara kita,
menunjukkan keperluan yang kritikal kepada profesion kejuruteraan.
Pembangunan yang pesat dalam bidang elektrik dan elektronik
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Bagi menampung
perkembangan ini, sudah tentu negara memerlukan ramai tenaga mahir
terutamanya lulusan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Bidang
ini memainkan peranan yang sangat penting menuju ke arah negara perindustrian.
Permintaan terhadap para profesional dalam bidang ini kian bertambah dan akan
berterusan.
Oleh yang demikian, terdapat banyak institusi pengajian tinggi (IPT)
menawarkan kursus kejuruteraan bagi memenuhi permintaan jurutera yang
diperlukan oleh industri. IPT merupakan kilang yang akan meneruskan
kesinambungan proses pendidikan. Selepas melepasi peringkat ini, siswazah akan
menempuh ke alam baru yang lebih mencabar iaitu alam pekerjaan. Industri
pendidikan di Malaysia memberi penekanan dari segi mutu graduan yang
-
- 5 -
dilahirkan selaras dengan hasrat negara menjadi pusat perkembangan pendidikan
tinggi.
Dalam usaha negara menuju ke arah status negara maju dengan ekonomi
berasaskan pembuatan, jurutera mekanik dan jurutera pembuatan perlu memahami
kejuruteraan yang merentangi bidang-bidang yang umumnya berkaitan dengan
disiplin dan profesion lain. Oleh yang demikian, suatu pembentukan akademik
yang meluas sebagai asas kerjaya jurutera adalah penting di samping
kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Daya saing negara
dalam pasaran global juga banyak bergantung kepada kecekapan tenaga manusia
mengolah proses pengeluaran dalam industri, melalui daya kreativiti dan inovasi
yang tinggi bagi meningkatkan daya saing.
Dalam suasana industri yang menyaksikan kemajuan teknologi terkini
dalam pelbagai aspek bidang, maka wajar bagi Institusi-institusi Pengajian Tinggi
mengeluarkan siswazah-siswazah dalam bidang-bidang kejuruteraan terutamanya
dalam bidang elektrik dan elektronik yang didedahkan kepada pembaharuan dan
kemajuan terbaru ini. Ini sangat penting bagi mengelakkan wujudnya jurang
maklumat dan ilmu antara yang dipelajari dengan yang ada dalam realiti dunia
industri sebenar. Tetapi yang menjadi persoalannya, adakah pendidikan dan
latihan yang diterima oleh para profesional ini cukup bagi mereka menampung
tugas sebenar? Adakah mereka bersedia untuk berkhidmat dengan peringkat
pengetahuan, kemahiran dan profesionalisme yang sedia mereka ada?
Kerjaya jurutera penting dan besar sumbangannya kepada kemajuan
negara. Tanpa jurutera , tugas-tugas merancang dan mereka bentuk projek-projek
seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang
tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Dewasa kini, skop tugas seorang jurutera
bukan sahaja meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan
-
- 6 -
pengawalan dan pengeluaran sesuatu produk malah juga melibatkan perundingan,
pengurusan dan latihan.
Jurutera merupakan individu yang terlatih dalam mereka bentuk,
membangun dan menggunakan jentera atau berkemahiran tinggi dalam mana-
mana cabang kejuruteraan (Ahmad Baharuddin Abdullah, 2003). Jurutera dalam
bidang elektrik dan elektronik perlu berupaya mereka bentuk, mengendali dan
menyelenggarakan peralatan dan sistem elektrik dan elektronik yang merupakan
keperluan yang sangat penting pada masa kini.
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik merupakan mata pelajaran yang
penting dan memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan seharian
seterusnya memberi kesan terhadap pembangunan kemajuan negara kita. Walau
bagaimanapun, menurut Prof. Dr. Ishak et al (1997) masih terdapat individu yang
mengalami masalah dalam persediaan diri mereka dalam menceburi bidang
tersebut sebagai kerjaya mereka. Alam pekerjaan yang penuh dengan persaingan
dan cabaran baru memerlukan proses pembelajaran yang berterusan jika ingin
berjaya di dalam kerjaya yang diceburi.
Kajian-kajian ahli psikologi yang lalu banyak membuktikan kaum remaja
menghadapi masalah penyesuaian kerja yang tinggi. Di Malaysia juga terdapat
kajian yang dilakukan bagi membuktikan kenyataan tersebut. Misalnya, kajian
Hassan Langgulung (1975) telah menunjukkan kaum remaja di Malaysia
menghadapi masalah yang berkaitan dengan kerjaya.
Tanggungjawab seseorang profesional bukan sahaja memerlukan
seseorang itu memiliki pengetahuan yang cukup dalam bidangnya, tetapi juga sifat
tugas itu juga memerlukannya memiliki keazaman yang tinggi untuk membuat
sesuatu keputusan yang tepat. Adakalanya terdapat kes-kes yang memerlukan
-
- 7 -
para profesional untuk memikirkan di luar batasan. Oleh itu, kita perlu
menggalakkan golongan profesional untuk meningkatkan lagi pembangunan
profesional mereka. Selain daripada itu, para profesional perlu sentiasa mencari
jalan dalam membina jati diri, amanah, berpegang kepada keputusan dan
sebagainya yang akan memuliakan lagi kerjaya masing-masing (Dr. Ahmad Jais
Alias, 2008).
Kesimpulannya, setiap pelajar yang bakal menceburi profesion sebagai
seorang jurutera dalam bidang elektrik dan elektronik perlu mengetahui faktor-
faktor penting yang dapat mempengaruhi kesediaan pelajar dalam pembentukan
kerjaya mereka kelak. Pelajar yang tidak dapat menguasai sains dan teknologi
merupakan masyarakat yang mundur kerana kualiti warganegara adalah
merupakan aset kepada negara.
Persoalannya, adakah faktor minat, faktor pengetahuan, faktor pengalaman
dan faktor situasi pekerjaan mempengaruhi kesediaan pelajar dalam pembentukan
kerjaya mereka kelak? Urutan daripada itu, satu kajian perlu dijalankan bagi
mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik dalam pembentukan kerjaya.
-
- 8 -
1.3 Penyataan Masalah
Memandangkan kemajuan industri elektrik dan elektronik yang begitu
pesat berkembang maka menjadi tanggungjawab masyarakat untuk
mempertingkatkan usaha terutama di peringkat Institusi Pengajian Tinggi di mana
pelajar boleh mendapat pengetahuan atau pengalaman kemahiran yang
bersesuaian sama ada secara teori atau praktikal. Masyarakat yang tidak dapat
menguasai sains dan teknologi merupakan masyarakat yang mundur kerana kualiti
warganegara adalah merupakan aset kepada negara. Berikutan dengan itu, kajian
ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah faktor yang mempengaruhi kesediaan
pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dalam pembentukan kerjaya.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi
kesediaan pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dalam pembentukan
kerjaya. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah seperti berikut :
i) Mengenalpasti sama ada faktor minat mempengaruhi kesediaan pelajar
dalam pembentukan kerjaya.
ii) Mengenalpasti sama ada faktor pengetahuan mempengaruhi kesediaan
pelajar dalam pembentukan kerjaya.
iii) Mengenalpasti sama ada faktor pengalaman mempengaruhi kesediaan
pelajar dalam pembentukan kerjaya.
-
- 9 -
iv) Mengenalpasti sama ada faktor situasi pekerjaan mempengaruhi kesediaan
pelajar dalam pembentukan kerjaya.
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti beberapa aspek yang
perlu dikaji. Di antara perkara yang menjadi persoalan kajian ini adalah :
i) Adakah faktor minat mempengaruhi kesediaan pelajar dalam pembentukan
kerjaya?
ii) Adakah faktor pengetahuan mempengaruhi kesediaan pelajar dalam
pembentukan kerjaya?
iii) Adakah faktor pengalaman mempengaruhi kesediaan pelajar dalam
pembentukan kerjaya?
iv) Adakah faktor situasi pekerjaan mempengaruhi kesediaan pelajar dalam
pembentukan kerjaya?