borang pengesahan status tesis...dan penempatan semasa dalam mei 2003 9 3.1 taburan responden kajian...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : TAHAP PENGGUNAAN MATEMATIK DALAM KURSUS TEKNIKAL YANG DIJALANKAN DI KOLEJ KOMUNITI
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya : NOOR HAZWAN BIN ZOLKAFLI ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengansyarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmilikmya adalah kepunyaan UTM.
2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis.
3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak.
5. * Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
6. ** Sila tandakan ( √ ) SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD ___________________________ ___________________________ ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap: NO 24, JALAN MESRA 4/5 PROF. DR. MUHAMMAD RASHID TAMAN MESRA, BIN HJ RAJUDDIN KANCHONG DARAT, Nama Penyelia 42700 BANTING, SELANGOR Tarikh : 25 April 2006 Tarikh : 24 April 2006 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD
√
ii
TAHAP PENGGUNAAN MATEMATIK
DALAM KURSUS TEKNIKAL
YANG DIJALANKAN DI KOLEJ KOMUNITI
NOOR HAZWAN BIN ZOLKAFLI
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2006
iii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada
pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan
kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) ”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : Prof. Dr. Muhammad Rashid Bin Hj. Rajuddin
Tarikh : April 2006
iv
“Saya akui karya ini yang bertajuk ‘Tahap Penggunaan Matematik
Dalam Kursus Teknikal Yang Dijalankan Di Kolej Komuniti’ adalah
hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : Noor Hazwan bin Zolkafli
Tarikh : April 2006
v
DEDIKASI PENULIS
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
etinggi-tinggi kalungan penghargaan dan tanda terima kasih yang tidak terhingga buat mereka yang menyumbang apa jua bentuk sokongan dan bantuan sepanjang penghasilan projek ini. Hanya Tuhan yang benar-
benar layak membalas budi dan jasa hambaNya. Semoga Tuhan terus memberi kekuatan dan semangat perjuangan kepada diri ini dalam mengejar cita-cita dan melalui kehidupan penuh bermakna. ” Penyelia Projek,
Dr Rashid “ Tunjuk ajar yang diperolehi tiada gantinya ” Keluarga Tercinta, Abah, Mama, Hanis, Haziq “ Semoga kita terus bahagia bersama selamanya dengan lindunganNya ” Yang Teristimewa, “ Dikau banyak mengajar erti kehidupan yang bukan sedikit ”
Rakan Seperjuangan, “Aku mahu dunia ini berhenti di kala kita bersama”
Tulus dan ikhlas Noor Hazwan Zolkafli
“ S
vi
PENGHARGAAN
Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya membenarkan penulis
melengkapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini dengan baik. Segala puji bagi
Allah s.w.t, pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa
yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan dan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada Prof. Dr Muhammad Rashid bin Hj Rajuddin selaku
pensyarah pembimbing. Sememangnya beliau banyak memberikan tunjuk ajar,
bimbingan, nasihat, dorongan dengan sabar dalam usaha menyiapkan penulisan
ini. Berada di bawah penyeliaan beliau begitu banyak membuka pandangan saya
mengenai dunia pendidikan dan masa hadapan.
Penghargaan ini juga kepada pihak yang memberikan kerjasama terbaik
melibatkan staff pengurusan dan akademik di Kolej Komuniti Kuala Langat dan
Kolej Komuniti Selayang, Selangor Darul Ehsan. Usaha mendidik yang anda
lakukan menyumbang impak besar dalam pembangunan negara ini.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan dan
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak dalam menjayakan
penyelidikan yang begitu bermakna pada diri ini. Sekian, Wassalam.
vii
ABSTRAK
Matematik merupakan subjek yang memainkan peranan penting dalam
bidang sains dan teknologi. Kajian dijalankan untuk menentukan tahap
penggunaan matematik dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti
Kuala Langat dan Selayang, Selangor Darul Ehsan. Konteks kajian hanya
menilai tahap penggunaan matematik dalam tiga aspek iaitu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran berbentuk teori dan amali serta dalam proses
penyelesaian masalah. Empat puluh orang pensyarah kolej dipilih secara rawak
sebagai responden kajian. Kajian menggunakan borang soal selidik sebagai
instrumen dengan nilai kebolehpercayaan, alpha crombach α = 0.7691. Kajian
adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan statistik secara frekuensi dalam
proses penganalisisan data. Secara keseluruhannya, penggunaan matematik
dalam kursus teknikal berada pada tahap rendah dengan nilai penggunaan
sebanyak 21.8% sahaja.
viii
ABSTRACT
Mathematics is a subject that plays an important role in science and
technology. The aim of the study is to determine the level of mathematics
application in technical courses at Kolej Komuniti Kuala Langat and Selayang,
Selangor Darul Ehsan. The context of the study is to evaluate mathematics
application levels in three aspects; theoretically, practically and problem solving
process during class. The total number of respondent selected randomly is 40; all
of them are college lecturers. The instrument of the study is self - constructed
questionnaire with alpha crombach α = 0.7691, value of reliability. It is
descriptive research and the data analyzed using frequency statistic. The result
shows that the level of mathematics application in technical course is classified
as low; with value of 21.8%.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
TAJUK ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
PENGAKUAN PENULIS iv
DEDIKASI PENULIS v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 6
1.2 Pernyataan Masalah 11
1.3 Persoalan Kajian
1.4 Objektif Kajian 12
1.5 Kepentingan Kajian 13
x
1.5.1 Pensyarah Kolej
1.5.2 Pengurusan Kolej Komuniti
1.5.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 14
1.5.4 Pelajar Kolej Komuniti
1.6 Skop Kajian
1.7 Definisi Istilah 15
1.7.1 Tahap
1.7.2 Penggunaan
1.7.3 Matematik 16
1.7.4 Penyelesaian Masalah
1.7.5 Pengajaran
1.7.6 Pembelajaran 17
1.7.7 Teori
1.7.8 Amali
1.7.9 Kolej Komuniti 18
II KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan 19
2.1 Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia
2.2 Perkembangan Pengajaran dan Penggunaan Matematik 21
2.3 Matematik Gunaan dan Penggunaan dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran 22
2.4 Matematik dan Penggunaan dalam Proses Penyelesaian
Masalah 23
2.5 Topik-Topik dalam Matematik Gunaan 25
2.6 Kursus Teknikal di Kolej Komuniti 28
xi
III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 29
3.1 Reka Bentuk Kajian
3.2 Kerangka Operasi 31
3.3 Responden Kajian 33
3.4 Instrumen Kajian
3.5 Kajian Rintis 35
3.6 Analisis Data 36
3.7 Andaian Kajian 38
3.8 Batasan Kajian 39
IV ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 40
4.1 Analisis Maklumat Soal Selidik Bahagian A
4.2 Analisis Maklumat Soal Selidik Bahagian B 43
4.2.1 Tahap Penggunaan Matematik dalam Pengajaran
dan Pembelajaran berbentuk Teori 44
4.2.2 Tahap Penggunaan Matematik dalam Pengajaran
dan Pembelajaran berbentuk Amali 46
4.2.3 Tahap Penggunaan Matematik dalam Proses
Penyelesaian Masalah 48
4.2.4 Tahap Penggunaan Mateamtik dalam Kursus
Teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti
Mengikut Jenis Kursus 50
4.3 Rumusan Data 51
xii
IV PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 52
5.1 Rumusan Kajian 53
5.1.1 Rumusan Latar Belakang Responden 54
5.1.2 Rumusan Persoalan Kajian 57
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 58
5.2.1 Tahap Penggunaan Matematik dalam Pengajaran
dan Pembelajaran berbentuk Teori
5.2.2 Tahap Penggunaan Matematik dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran berbentuk Amali 59
5.2.3 Tahap Penggunaan Matematik dalam Proses
Penyelesaian Masalah 60
5.2.4 Tahap Penggunaan Matematik mengikut Jenis
Kursus Teknikal 62
5.2.5 Tahap Penggunaan Teknikal dalam Kursus
Teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti 63
5.3 Cadangan
5.3.1 Cadangan untuk Pensyarah Kolej
5.3.1.1 Motivasi Pelajar terhadap
Kepentingan Matematik 67
5.3.1.2 Penjelasan Perkaitan Matematik
dengan Kursus Teknikal 68
5.3.2 Cadangan untuk Pihak Pengurusan Kolej
5.3.2.1 Pemantauan Matematik sebagai asas
Kursus Teknikal
5.3.2.2 Pendedahan Matematik melalui Langkah
Alternatif 69
5.3.3 Cadangan untuk Kementerian Pendidikan
5.3.3.1 Penggubalan Semula Kurikulum Khusus
Mateamtik untuk Peringkat Kolej Komuniti
5.3.3.2 Semakan Pengisian Kursus Teknikal
di Kolej Komuniti 70
5.3.4 Cadangan untuk Relajar Kolej Komuniti
xiii
5.3.4.1 Peningkatan Kesedaran terhadap
Kepentingan Matematik
5.3.5 Cadangan untuk Kajian Lanjutan
5.3.5.1 Pengukuran Tahap Penggunaan Subjek Lain 71
5.3.5.2 Perluasan Skop Kajian
5.3.5.3 Kajian Institut Latihan Awam Lain
5.3.5.4 Kepelbagaian Instrumen Kajian 72
5.3.5.5 Pengolahan Semula Soal Selidik
5.3.5.6 Penukaran Responden Kajian
5.3.5.7 Penilaian Tahap Penggunaan Matematik
dalam Bidang Lain 73
5.4 Penutup 71
RUJUKAN 74-80
LAMPIRAN
Lampiran A – C 81-91
xiv
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk Halaman
1.1 Senarai Kolej Komuniti (Perintis) dan Lokasi 5
1.2 Maklumat Pasaran Buruh Bulan Februari 2004 8
1.3 Statistik Pekerja Mendaftar, Kekosongan Pekerjaan
Dan Penempatan Semasa dalam Mei 2003 9
3.1 Taburan Responden Kajian 33
3.2 Skala Pilihan Jawapan Soal Selidik Bahagian B 34
3.3 Nilai alpha crombach untuk Soal Selidik 36
3.4 Nilai Peratusan dan Klasifikasi Tahap Penggunaan 38
4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Kursus Diajar 41
4.2 Taburan Umur Responden 41
4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 42
4.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan
Pendidikan 42
4.6 Nilai Peratusan dan Klasifikasi Tahap Penggunaan 43
4.7 Analisis Tahap Penggunaan Matematik dalam
Pengajaran dan Pembelajaran berbentuk Teori 44
4.8 Analisis Tahap Penggunaan Matematik dalam
Pengajaran dan Pembelajaran berbentuk Amali 46
4.9 Analisis Tahap Penggunaan Matematik dalam
Proses Penyelesaian Masalah 48
xv
4.10 Analisis Tahap Penggunaan Matematik mengikut
Jenis Kursus 50
4.11 Rumusan Data Kajian 51
5.1 Analisis Tahap Penggunaan Matematik Mengikut Topik 65
xvi
SENARAI RAJAH
No. Rajah Tajuk Halaman
2.1 Edaran Perkembangan Pengajaran dan
Penggunaan Matematik 21
3.1 Kerangka Operasi Kajian 32
xvii
SENARAI SINGKATAN
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
JP Tek Jabatan Pendidikan Teknik
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
PMR Penilaian Menengah rendah
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
ICT Information Communication Technology
xviii
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Tajuk Halaman
A Borang Soal Selidik 81
B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia 87
C Risalah Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia 89
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Dunia telah menyaksikan perkembangan sains dan teknologi yang pesat ketika
ini. Arus globalisasi telah membawa kepada perkongsian maklumat yang begitu pesat
melampaui batasan geografi dan masa. Malaysia tidak terlepas daripada arus
perubahan ini sebagai sebuah negara yang sedang membangun daripada sebuah
negara pertanian kepada sebuah negara yang berasaskan sektor perindustrian.
Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah
memberi fokus matlamat negara, untuk mencapai taraf sebuah negara maju menjelang
tahun 2020, iaitu dengan mengalihkan tumpuan ekonomi negara daripada berasaskan
bidang pertanian kepada bidang perindustrian. Dalam merealisasikan wawasan 2020
secara umumnya, para majikan bersetuju bahawa pendidikan teknik dan vokasional
dapat membantu menyediakan pekerja mahir dan separa mahir (Ramlee Mustapha,
2000). Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian yang baru di bidang ini, jelas
memerlukan pelbagai jenis dan peringkat kemahiran tenaga manusia untuk
memperkembangkan ekonomi negara (Berita Harian 1990).
Pendidikan teknikal dan vokasional seharusnya berupaya membangunkan
minda yang kreatif, kritis dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan negara
2
dalam persaingan global. Ia juga merupakan agen utama untuk mencorakkan
sosioekonomi yang lebih saksama. Bertepatan dengan apa yang dirancang oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyasarkan objektif utama pelajaran
vokasional dan teknik ialah pelajar-pelajar hendaklah dibekalkan dengan kemahiran
serta pengetahuan teknikal agar apa yang dirancang oleh negara menjadi kenyataan
(Buku Panduan Latihan Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia, 1991).
Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia telah diperkenalkan semenjak
tahun 1930 melalui Technical Trade School. Berasaskan daripada Technical Trade
School inilah Sekolah Menengah Vokasional (kini dikenali sebagai Sekolah
Menengah Teknik) mula ditubuhkan selepas Sistem Pendidikan Aneka Jurusan
diperkenalkan pada tahun 1965 (Mok Soon Sang, 2000). Perubahan kurikulum yang
berlaku dari semasa ke semasa telah memperkenalkan Sistem Baru Pendidikan Teknik
dan Vokasional pada tahun 1989 melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) bagi membolehkan masyarakat menyumbang tenaga untuk keperluan negara.
Kewujudan sekolah vokasional dapat menyediakan latihan kemahiran yang
khusus untuk mengeluarkan tenaga pekerja yang mahir dan separuh mahir yang
beretika dan dapat menepati aspirasi dan ekspektasi rakyat, masyarakat dan negara ke
arah mewujudkan generasi yang produktif dan bersatu (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1990). Kurikulum yang ditawarkan di sekolah menengah teknik dan
vokasional perlu mengikut permintaan pasaran industri kerana pelajar perlu
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dengan keperluan pekerjaan. Di Britain,
pihak industri berpendapat sekolah perlu memasukkan unsur vokasional di dalam
kurikulumnya tetapi tidaklah di tahap sehingga pelajar-pelajarnya boleh bekerja
dengan kemahiran yang diperolehi tanpa sebarang latihan. Ini memandangkan, pihak
industri lebih suka memberi latihan di tempat kerja dan pihak institusi vokasional
memberikan latihan asas. Kurikulumnya meliputi pengetahuan asas, kemahiran
komunikasi, kemahiran teknikal serta etika kerja. (Soo Wee Leng dan Juma’ayah
Salleh 1997, 103)
Perkembangan pendidikan teknik dan vokasional seterusnya adalah di
peringkat selepas tamat sistem pendidikan sekolah menengah. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah cuba membangunkan sebuah institusi pengajian yang
3
bercorakkan pendidikan tentiari iaitu melalui program Kolej Komuniti, Politeknik
serta pendidikan tinggi yang menyediakan produk yang berbeza tetapi mempunyai
matlamat yang sama iaitu melahirkan generasi yang berkemahiran. (Pembangunan
Pendidikan 2001 – 2010, Perancangan Bersepadu Pelajaran, 2001).
Kolej Komuniti merupakan sebuah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan.
Ianya di kendalikan oleh satu bahagian khas yang di tubuhkan di bawah Jabatan
Pendidikan Teknik (JP.Tek), Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif penubuhan
Kolej Komuniti ini terdapat kelainan jika dibandingkan dengan pusat kemahiran sedia
ada kerana sasaran yang hendak di capai agak luas iaitu melibatkan masyarakat
setempat.
Objektif penubuhan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia adalah seperti berikut:
a. Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan
pelajar tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan
kemahiran dalam bidang – bidang teknikal dan vokasional.
b. Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan
masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
c. Membolehkan syarikat –syarikat swasta menggunakan khidmat Kolej
Komuniti untuk memberi latihan kepada pekerja mereka.
d. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara ahli masyarakat, kerajaan
tempatan dan sektor swasta bagi memajukan kawasan setempat.
e. Menyepadukan dan menyelaras latihan dan kemahiran yang disediakan
oleh pelbagai Kementerian supaya dapat memenuhi keperluan pasaran
dan penduduk setempat.
f. Memberikan peluang kepada masyarakat setempat untuk menggunakan
kemudahan – kemudahan yang disediakan di Kolej Komuniti.
g. Memberi khidmat nasihat / kaunseling kepada masyarakat setempat
bagi mempertingkat tahap pengetahuan dan perkembangan kerjaya
mereka.
(Memorandum Kementerian Pendidikan, Penubuhan Kolej Komuniti)
4
Di peringkat awal penubuhan kolej ini, seramai 1088 orang pelajar telah
diterima mendaftar dalam pelbagai bidang kursus yang di tawarkan di 11 buah kolej
perintis. Ianya beroperasi secara menumpang di Politeknik atau di Sekolah- Sekolah
Teknik seluruh Malaysia (Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti , Kementerian
Pendidikan Malaysia). Pelajar- pelajar yang telah menamatkan pengajian selama 2
atau 3 tahun (termasuk 6 bulan latihan industri) dan akan di anugerahkan Sijil atau
Diploma Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penubuhan Kolej Komuniti ini berlainan dari segi konsep dan objektifnya jika
dibandingkan dengan kolej-kolej kemahiran lain yang terdapat di Malaysia. Keadaan
ini secara tidak langsung menunjukkan pendekatan dan kaedah pengajarannya juga
adalah berlainan. Proses pengajaran pembelajaran di kolej ini adalah berdasarkan
modul yang tersendiri yang mana dengan cara ini membolehkan konsep pembelajaran
sepanjang hayat dapat di realisasikan kepada semua peringkat masyarakat. Selain itu,
pihak kolej juga menawarkan kursus-kursus pendek berasaskan permintaan awam dan
industri merangkumi kursus- kursus bukan formal yang mempunyai jangka masa
singkat dan bermusim (Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti, Kementerian
Pendidikan Malaysia).
Sebanyak 11 buah Kolej Komuniti telah menjadi perintis program Kolej
Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Jadual
1.1 mengenai Kolej Komuniti (Perintis) dan lokasi.
5
Jadual 1.1 Senarai Kolej Komuniti (Perintis) dan Lokasi
Nama Kolej Komuniti (Perintis)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Lokasi Politeknik atau
SM Teknik yang digunakan
1. Kolej Komuniti Arau, Perlis
2. Kolej Komuniti Bandar Baru Aman, Kedah
3. Kolej Komuniti Kepala Batas, P Pinang
4. Kolej Komuniti Jempol, N. Sembilan
5. Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor
6. Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka
7. Kolej Komuniti Segamat, Johor
8. Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
9. Kolej Komuniti Kuala Terengganu
10. Kolej Komuniti Kuching, Sarawak
11. Kolej Komuniti Tawau, Sabah
SM Teknik Arau, Perlis
Politeknik Sultan Abd Halim, Jitra
Politeknik Kepala Batas, P. Pinang
SM Teknik Juasseh, N Sembilan
SM Teknik Kuala Selangor
Politeknik Bukit Beruang, Melaka
SM Teknik Segamat, Johor
SM Teknik Kuantan, Pahang
Politeknik Kota, Kuala Terengganu
SM Teknik Sejingkat, Kuching
SM Teknik Tawau, Sabah
Penubuhan Kolej Komuniti ini adalah berdasarkan kepada kelulusan Jemaah
Menteri pada 5hb Julai 2000 yang mempertimbangkan memorandum daripada
Menteri Pendidikan No.398/2225/00 tentang konsep penubuhan dan perlaksanaan
Kolej Komuniti di setiap kawasan Parlimen. (Butir-Butir Keputusan Mesyuarat
Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000).
Pendidikan teknik dan vokasional ini dilihat secara langsung dapat membantu
negara merealisasikan Wawasan 2020 melalui penerapan pendidikan tersebut di
peringkat sekolah dan institusi peringkat tinggi. Memandangkan negara sedang
menjurus kepada pembangunan ekonomi yang berteraskan teknologi dan
perindustrian, maka sudah tentunya harapan yang tinggi dipertanggungjawabkan
kepada bidang pendidikan teknik dan vokasional. Ini selari dengan pendapat Siti
Maspah Hassan dan Nor Azizah Mohd. Salleh (1995), yang menyatakan pendidikan
vokasional semakin penting dalam era pembangunan ekonomi dan sosial negara.
Negara yang sedang pesat membangun amat memerlukan tenaga profesional dan
separa profesional bagi menentukan kesinambungan pembangunan negara. Mereka
merupakan aset terpenting yang merencanakan teras pembangunan sesebuah negara.
6
Pengisian pendidikan teknikal dan vokasional ini pastinya melibatkan
gabungan subjek-subjek teknikal yang memenuhi keperluan tenaga mahir dalam
pembangunan negara. Kursus-kurus bercorak teknikal yang dianjurkan jelas
melibatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi selaras
dengan dunia perkembangan sains dan teknologi ketika ini. Situasi ini dapat dilihat
dalam kandungan kursus teknikal yang dijalankan melibatkan subjek seperti asas
perakaunan dan keusahawanan, reka bentuk struktur, teori dan amali teknologi kuasa,
lukisan teknikal dan grafik, teknologi dan keterampilan komunikasi dan matematik
kejuruteraan (Buku Panduan Kemasukan Pelajar ke Politeknik dan Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia). Walau bagaimanapun, matematik dilihat
menjadi asas kendungan kursus-kursus teknikal yang ditawarkan berdasarkan
keutamaan pemilihan peserta kursus yang merupakan calon-calon setempat serta
mendapat pencapaian terbaik dalam Matematik dan Sains Peringkat SPM atau setaraf
(Risalah Kolej Komuniti). Hal ini menunjukkan betapa pengetahuan matematik
menjadi asas kepada pendidikan teknik dan vokasional.
Dalam dunia sains dan teknologi ini, penguasaan dan penggunaan ilmu
matematik amat penting dalam kehidupan manusia secara langsung ataupun tidak.
Berdasarkan hakikat inilah, subjek matematik diberi penekanan sama ada dalam
peringkat sekolah rendah, menengah mahupun institusi pengajian yang lain seperti
kolej dan universiti. Pembelajaran matematik merupakan proses penggunaan kognitif
ke arah penanggapan, pembinaan konsep, penilaian serta penyelesaian masalah.
Menurut Abdul Latif (1983), bahawa kebolehan penaakulan secara operasi formal
seseorang individu biasanya dapat dikaitkan dengan kebolehan dalam menyelesaikan
masalah matematik dan sains yang seterusnya mempengaruhi pencapaian individu
dalam mata pelajaran tersebut.
1.1 Latar Belakang Masalah
Penggunaan matematik dalam bidang-bidang tertentu sememangnya
diperlukan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam proses penyelesaian masalah.
Penekanan subjek matematik dalam proses pendidikan menjadi satu perkara utama
7
dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti. Situasi dalam institusi latihan awam
turut memperlihatkan perkara yang sama di mana matematik menjadi teras dalam
kursus-kursus yang dijalankan. Namun persoalannya, sejauh manakah pengetahuan
matematik ini akan digunakan nanti dan adakah ia berkaitan secara langsung terhadap
peluang kerjaya yang ditawarkan dengan pengetahuan matematik yang dipelajari.
Mengikut Kerajaan Malaysia (1999), kemasukan ke institusi latihan awam
telah meningkat daripada 28, 900 orang pada tahun 1996 kepada 47, 300 pada tahun
2000. Sehubungan itu, dari statistik tersebut Kementerian Pendidikan (1998) pula
menganggarkan jika dalam tempoh 30 tahun akan datang, 40 peratus daripada lepasan
pelajar sekolah menengah yang memasuki pendidikan teknik dan vokasional, maka
kerajaan memerlukan RM 11, 831, 436 juta untuk menyediakan tenaga pengajar serta
kemudahan peralatan yang sesuai dan mencukupi.
Selain daripada itu dalam satu kajian Kementerian Sumber Manusia (2001)
didapati bahawa kadar pekerja yang mempunyai kemahiran vokasional yang
memasuki ke pasaran pekerjaan adalah rendah iaitu sekitar 3 peratus hingga 12
peratus. Kebanyakan pelajar-pelajar daripada pelbagai pusat latihan kemahiran gagal
menempatkan diri di industri berkaitan kerana kemahiran yang diperolehi tidak selari
dengan keperluan industri terbabit.
Dalam pada itu, Jabatan Tenaga Kerja menurut statistik maklumat pasaran
buruh pada Bulan Februari (2004) telah memperlihatkan bahawa penempatan pekerja
tidak dapat dilakukan meskipun jumlah pendaftaran yang aktif melebihi daripada
kekosongan sesuatu kumpulan pekerjaan. Ini dapat dilihat dalam Jadual 1.2 di
sebelah.
8
Jadual 1.2 Maklumat Pasaran Buruh Bulan Februari 2004
Kumpulan
Pekerjaan
Jumlah
Pendaftar
Aktif
Jumlah Kerja
Kosong
Keseluruhan
Jumlah
Penempatan
Keseluruhan
Kekosongan
Yang Belum
Diisi
Penggubal Undang-
Undang, Pegawai
Kanan dan
Pengurus
1664 32 0 32
Profesional 9539 456 8 448
Juruteknik 5956 443 5 438
Pekerja
Perkeranian 9936 1333 23 1310
Pekerja Mahir
Pertanian dan
Perikanan
95 157 0 157
Pekerja
Pertukangan 400 3 0 3
Operator Loji dan
Mesin 525 137 1 136
Pekerjaan Asas 1070 212 7 205
Jumlah 29185 2773 44 2729
Jabatan Tenaga Kerja (2003) dalam statistiknya, menunjukkan sejumlah
36,104 orang yang mendaftar dalam pelbagai bidang pekerjaan dan daripada jumlah
itu, 12,663 orang yang mempunyai latihan seperti latihan ikhtisas, latihan perkeranian,
penjualan dan latihan perindustrian (Rujuk Jadual 1.3). Daripada jumlah itu pula,
hanya 1,198 orang sahaja yang dapat ditempatkan dalam sektor pekerjaan berkaitan
meskipun pada Bulan Mei 2003, terdapat 6,374 kekosongan dalam pelbagai bidang
pekerjaan.
9
Jadual 1.3 Statistik Pekerja Mendaftar, Kekosongan Pekerjaan dan
Penempatan Semasa dalam Mei 2003.
Status Bilangan Pekerja
Daftar 36,104
Kekosongan Semasa 6,374
Penempatan Semasa 1,198
Tengku Mahaleel Tengku Ariff (2002) dalam statistik calon yang melepasi
tahap kedua untuk bekerja sebagai jurutera di industri Proton memaparkan bahawa
sebilangan besar lepasan pengajian tinggi tempatan gagal mendapat tempat bekerja
dengan industri Proton berbanding dengan lepasan pengajian tinggi luar negara.
Statistik mendapati hanya 30 peratus daripada calon universiti tempatan yang berjaya
mendapat tahap kedua temu duga di dalam pemilihan yang dibuat oleh Syarikat
Proton. Keadaan ini dibandingkan seterusnya dengan lepasan pelajar daripada
universiti luar negara iaitu daripada calon yang dipilih untuk temu duga, berjaya
dipilih sebagai jurutera di Kilang Proton Tanjung Malim. Menurut beliau lagi, antara
punca graduan tempatan gagal dalam temu duga di dalam kebanyakan syarikat adalah
kerana mereka gagal meyakinkan penemu duga mengenai kelebihan yang ada pada
diri masing-masing dan tidak mampu untuk mengeluarkan pemikiran yang bernas
walaupun antara mereka mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.
Data dan statistik yang dinyatakan di atas telah menerangkan betapa berlaku
ke tidak serasian antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa pengajian
kursus dengan keperluan untuk kerjaya. Masalah ini mungkin memerlukan
penstrukturan semula isi kandungan kursus-kursus yang dijalankan terutamanya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran teori dan amali. Sebagai perbandingan,
Negara Jepun membuat rombakan besar-besaran terhadap kurikulumnya setiap lebih
kurang sepuluh tahun. Cadangan-cadangan untuk kajian semula dilakukan oleh
pelbagai ahli jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar kurikulum, profesor universiti,
guru, pegawai pendidikan dan lain-lain. Meskipun begitu, selang masa sepuluh tahun
adalah terlalu lama jika dibandingkan dengan perkembangan teknologi dan tempat
bekerja. Ia adalah satu cabaran kepada pendidikan teknikal dan vokasional kerana
10
kandungan pendidikan teknikal dan vokasional adalah berkait rapat dengan
perkembangan teknologi dan tempat serta suasana bekerja (Shoji Murata & Sam
Stern, 1993).
Memandangkan subjek matematik menyumbang kepentingan yang tinggi
dalam pembangunan sains dan teknologi ketika ini, subjek ini perlu diberi perhatian
sewajarnya berhubung dengan masalah ini. Topik-topik yang terkandung dalam
Matematik Gunaan memainkan peranan penting sebagai asas kepada pengetahuan lain
selain menjadi aplikasi utama dalam menyelesaikan masalah dalam bidang
kejuruteraan pembinaan dan pembangunan khususnya. Matematik Gunaan melibatkan
banyak topik seperti Aritmetik, Sistem Persamaan Linear, Matriks, Program Linear,
Set, Kebarangkalian, Statistik, Kalkulus Pembezaan dan Pengamiran, Taburan,
Logarithma dan Eksponen, Graf dan Fungsi, Pengukuran, Geometri, Nisbah dan
Perkadaran, Sistem Logik, Matematik Kewangan dan sebagainya. Johnson dan
Mowry (2004) menjelaskan pendedahan topik-topik matematik kepada para pelajar
amat penting kerana pengetahuan dan kemahiran amat relevan dan dapat
diaplikasikan dalam setiap persekitaran.
Matematik merupakan satu bidang yang luas penggunaannya. Namun,
menurut Noor Azlan (1995), kebanyakan individu seperti ahli sosiologi, psikologi,
para pentadbir sekolah termasuk kadangkala guru matematik serta orang awam
melihat matematik sebagai disiplin yang statik dan terhad kepada proses mengira
sahaja.
Kebanyakan orang melihat matematik sebagai satu bidang ilmu yang tetap dan telah lama wujud dalam bentuk yang ada sekarang. Bidang pengajiannya yang terdiri daripada manipulasi nombor-nombor dan pembuktian deduksi geometri. Ia adalah satu bidang yang kaku dan tidak memberi ruang untuk pertimbangan atau kreativiti (Barbeau, 1989; 2).
Menurut Johnson dan Rising (1976), memahami pelbagai pandangan
mengenai matematik adalah mustahak kerana penekanan yang dibawa oleh para
pendidik matematik yang berbeza mempengaruhi penggubalan dan perlaksanaan
kurikulum matematik. Justeru, menurut Noor Azlan (1995), melihat perspektif yang
berbeza ini boleh membantu ahli pendidik dalam mencapai pemahaman yang lebih
11
mendalam mengenai matematik dan mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.
Perbincangan telah menjelaskan masalah bidang pendidikan dan vokasional
yang gagal untuk mengeluarkan produk untuk memenuhi keperluan tenaga mahir
negara. Senario juga memperlihatkan kepentingan Matematik Gunaan dalam
pembangunan negara selain sumbangan penyelidikan penggunaan matematik yang
membantu keberkesanan ilmu pengetahuan dan kemahiran pendidikan untuk
digunakan secara luas dalam pendidikan teknikal dan vokasional khasnya institut
latihan awam.
1.2 Pernyataan Masalah
Perbincangan menerangkan berlakunya masalah antara pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari semasa pengajian kursus teknikal dan keperluan untuk
kerjaya. Masalah ini mungkin memerlukan pengkajian semula kandungan kursus-
kursus yang dijalankan melibatkan pengajaran dan pembelajaran berbentuk teori dan
amali. Tambahan lagi, memandangkan subjek matematik menyumbang kepentingan
yang tinggi dalam kandungan kursus selain berperanan penting dalam bidang
pembangunan sains dan teknologi, subjek ini perlu diberi perhatian sewajarnya
berhubung masalah ini. Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin memberi fokus
masalah ini terhadap para pelajar di salah satu institusi latihan awam iaitu Kolej
Komuniti dengan mengkaji sejauh manakah tahap penggunaan matematik dalam
pengajaran kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti?
1.3 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi menentukan sejauh manakah tahap penggunaan
matematik dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti. Justeru, kajian
ini akan dijalankan berdasarkan persoalan kajian seperti yang dinyatakan berikut:
12
i - Apakah tahap penggunaan matematik dalam pengajaran dan pembelajaran
berbentuk teori dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti?
ii - Apakah tahap penggunaan matematik dalam pengajaran dan pembelajaran
berbentuk amali dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti?
iii- Apakah tahap penggunaan matematik dalam proses penyelesaian masalah
dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti?
iv- Apakah tahap penggunaan matematik dalam pengajaran kursus teknikal yang
dijalankan di Kolej Komuniti mengikut jenis kursus?
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan secara amnya untuk menentukan tahap penggunaan
matematik dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti. Sehubungan itu,
objektif kajian ini adalah untuk:
i - Menentukan tahap penggunaan matematik dalam pengajaran dan pembelajaran
berbentuk teori dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti.
ii - Menentukan tahap penggunaan matematik dalam pengajaran dan pembelajaran
berbentuk amali dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti.
iii- Menentukan tahap penggunaan matematik dalam proses penyelesaian
masalah dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti.
iv- Menentukan tahap penggunaan matematik dalam kursus teknikal yang
dijalankan di Kolej Komuniti mengikut jenis kursus.