borang pengesahan status tesis · e borang soal selidik 115 xi senarai jadual no. jadual tajuk muka...
TRANSCRIPT
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL:
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya NORHANA FAZILLA BT. ROZIAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/ Doktor falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi malaysia. 2. Perpustakaan Universiti teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tanda (√) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: PROF.MADYA SYED MOHAMAD 19, JALAN SAGA 7, SHAFEQ BIN SYED MANSOR TAMAN SAGA AL-HABSHI 68000 AMPANG Nama Penyelia
Tarikh : 8 MEI 2006 Tarikh : 8 MEI 2006
√
HUBUNGAN KESERASIAN DARJAH KONGRUEN PERSONALITI-PERSEKITARAN TERHADAP KEPUASAN KERJA DI KALANGAN LIMA JAWATAN PERUBATAN DI SALAH SEBUAH HOSPITAL DI MELAKA.
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penyelia : PROF. MADYA SYED MOHAMAD SHAFEQ BIN SYED
MANSOR AL-HABSHI
Tarikh : APRIL 2006
HUBUNGAN KESERASIAN DARJAH KONGRUEN PERSONALITI-
PERSEKITARAN TERHADAP KEPUASAN KERJA DI KALANGAN LIMA
JAWATAN PERUBATAN DI SALAH SEBUAH HOSPITAL DI MELAKA.
NORHANA FAZILLA BT. ROZIAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ......................................
Nama Penulis : NORHANA FAZILLA BT. ROZIAN
Tarikh : 24 MAC 2006
iii
DEDIKASI......
Buat insan yang dikenang...
Ayah dan Ibu.....
Terima kasih di atas doa dan dorongan mu
Jasa dan pengorbananmu amatl ku sanjung.
Suami...
Terima kasih di atas doamu dan sokongan mu
Jasa dan pengertian mu ku kenang selamanya
Adik-adik tersayang...
Sokongan kalian amat dihargai
Rakan seperjuangan...
Terima kasih di atas segala panduan dan kerjasama kalian
iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah
S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Prof. Madya Syed
Mohamad Shafeq Bin Syed Mansor Al Habshi yang telah banyak memberi tunjuk ajar,
cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima
kasih juga kepada Pengarah dan kakitangan hospital di Melaka serta kakitangan Pusat
Sumber Bahagian Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah banyak
memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang
terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan keserasian darjah kongruen-
personaliti, persekitaran dengan kepuasan kerja di kalangan kakitangan hospital di
Melaka berdasarkan Teori Holland. Seramai 54 kakitangan hospital daripada pelbagai
jawatan telah mengambil bahagian iaitu Jururawat, Pegawai Farmasi, Juru X-Ray,
Fisioterapi dan Pembantu Perubatan. Tahap kepuasan kerja diukur dengan
menggunakan instrumen Job Descriptive Index (JDI), manakala darjah kongruen diukur
menggunakan Indeks Directed Search (SDS Form-easy) terjemahan Amla (1984, 1987)
telah digunakan. Analisa data dibuat menggunakan “statistical packages for social
sciences” (SPSS-PC+) dan kaedah deskritif serta inferensi telah digunakan untuk
menjawab persoalan kajian. Teknik yang digunakan ialah ujian ANOVA satu hala dan
korelasi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara kepuasan kerja dengan
darjah kongruen bagi kakitangan hospital tersebut. Hubungan antara kepuasan kerja
dengan darjah kongruen bagi jawatan Jururawat adalah sederhana, Fisioterapi adalah
tinggi, Pembantu Perubatan adalah lemah manakala Juru X-ray dan Pegawai Farmasi
adalah sangat lemah. Kajian telah mengenalpasti kod-kod bagi kakitangan hospital
berpandukan kod yang telah diwujudkan oleh Holland dalam The Occupational Finder.
Kod bagi personaliti Jururawat (SCI), Pegawai Farmasi (ISC), Juru X-ray (SAI),
Fisioterapi (SCI) dan Pembantu Perubatan (SIA). Oleh yang demikian, kesimpulan
kajian ini mendapati bahawa hubungan antara darjah kongruen dan kepuasan kerja pada
keseluruhannya adalah pada tahap yang berbeza-beza . Ini menunjukkan kekongruenan
personaliti persekitaran dapat melahirkan kepuasan kerja di kalangan kakitangan
hospital.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the degree congruence- personality
environment with job satisfaction among hospital employees at Malacca base on
Holland’s Theory. 54 hospital employees were selected by different position as nurse,
pharmacist, radiographer, physiotherapist and medical assistant. The level of job
satisfaction measured using Job Descriptive Index (JDI) instrument, while the degree of
congruence measured using the Index Congruence Iachan. The data was analyzed using
“ Statistical Packages Sciences” (SPSS-PC+). The descriptive and inferensi were used
to answer the research question. The technic used are one way ANOVA and correlation.
Result from this research shows that the relation between job satisfaction with degree of
congruence for hospital employees were different as nurse are medium, physiotherapist
are high and medical assistant are low. For radiographer and pharmacist are very low.
The research identified codes for hospital employees based on Holland in The
Occupational Finder. Code personality for nurse (SCI), pharmacist (ISC), radiographer
(SAI), physiotherapist (SCI) and medical assistant (SIA). From the research, it also
shows that there are significant relation between personality congruence with job
satisfaction.. This shows that the congruence personality-environment are related with
the job satisfaction belongs hospital employees.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definasi Istilah 11
1.9.1 Kepuasan Kerja 11
1.9.2 Personaliti 12
1.9.3 Persekitaran 15
viii
1.9.4 Darjah Kongruen 17
1.9.6 Kakitangan Hospital 18
1.9.7 Jururawat 18
1.9.8 Juru X-ray 18
1.9.9 Fisioterapi 19
1.9.10 Pembantu Perubatan 19
1.9.11 Gaji 20
1.9.12 Kenaikan Pangkat 20
1.9 Kesimpulan 20
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 21
2.2 Latar Belakang Kajian 22
2.3 Kajian-kajian Lepas di Luar Negari 24
2.4 Kajian-kajian Lepas di Malaysia 25
2.5 Kesimpulan 28
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Lokasi Kajian 30
3.4 Sampel Kajian 30
3.5 Pengelolaan Kajian 31
3.6 Instrumen Kajian 31
3.6.1 Job Descriptive Index (JDI) 32
3.6.2 Jadual Pemarkatan JDI 34
3.6.3 Kebolehpercayaan dan keesahan JDI 35
3.6.4 Self Directed Search (SDS) 35
3.6.5 Skor Manual Self Directed Search (SDS-Form Easy) 37
ix
3.6.6 Kebolehpercayaan dan keesahan Self Directed Search
(SDS-Form Easy). 39
3.7 Indeks Iachan 39
3.8 Penganalisaan Data 40
3.9 Kesimpulan 41
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Deskriptif Subjek 46
4.2.1 Analisis Deskriptif Tahap Indeks Iachan 46
4.3 Deskriptif Item Kepuasan Kerja 52
4.4 Analisis Tahap 57
4.5 Analisis Inferensi – Perbezaan 59
4.6 Analisis Inferensi – Perhubungan 72
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 83
5.2 Perbincangan 84
5.2.1 Perbincangan Mengenai Hasil Dapatan Taburan
Responden 85
5.2.2 Perbincangan Mengenai Tahap Kepuasan Kerja 86
5.2.3 Perbincangan Mengenai Analisis Kod Tiga Huruf
yang Diperolehi Pengkaji Berbanding Kod Tiga
Huruf Holland dan Analisis Tahap Indeks
Kongruen Mengikut Jawatan 87
5.2.4 Perbincangan Mengenai Analisis Skor Min
ANOVA Sehala 91
5.2.5 Perbincangan Mengenai Hipotesis Ujian Korelasi Pearson
Antara Kepuasan Kerja Dengan Indeks Kongruen 94
x
5.3 Rumusan 97
5.4 Cadangan 98
5.5 Cadangan Kerja Lanjutan 98
5.6 Kesimpulan 99
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
A Surat Kebenaran Hospital 104
B Surat Kebenaran UTM 106
C The Occupations Finder 108
D Keputusan Kod Tiga Huruf bagi Jururawat, Fisioterapi,
Juru X-ray, Pegawai Farmasi dan Pembantu Perubatan 111
E Borang Soal selidik 115
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pecahan item bagi setiap dimensi 33
3.2 Pecahan-pecahan item positif dan negatif
mengikut dimensi 33
3.3 Jadual Pemarkatan JDI 34
3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed
Search ( SDS-Form Easy) 36
3.5 Contoh penggunaan skor kasar dan subskala
Self Directed Search (SDS-Form Easy) 37
3.6 Tahap Indeks Kongruen Berdasarkan
Indek Iachan 40
4.1.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Jawatan 42
4.1.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Tempoh Berkhidmat 43
4.1.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina 44
4.1.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Umur 44
4.1.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Taraf Perkahwinan 45
4.1.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Kelulusan Tertinggi 45
4.2.2 Taburan Item Mengikut Dimensi Dan Persekitaran 46
xii
4.2.3 Analisis Kod Tiga Huruf Pengkaji Berbanding
Kod Tiga Huruf Holland 47
4.2.4 Analisis Tahap Indeks Kongruen Mengikut
Bidang Pengkhususan 48
4.2.5 Analisis Kod Tiga Huruf Dan Indeks Kongruen
Bagi Jururawat 49
4.2.6 Analisis Kod Tiga Huruf Dan Indeks Kongruen
Bagi Jawatan Pegawai Farmasi 50
4.2.7 Analisis Kod Tiga Huruf Dan Indeks Kongruen
Bagi Jawatan Juru X-ray 50
4.2.8 Analisis Kod Tiga Huruf Dan Indeks Kongruen
Bagi Jawatan Fisioterapi 51
4.2.9 Analisis Kod Tiga Huruf Dan Indeks Kongruen
Bagi Jawatan Pembantu Perubatan 51
4.3.1 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap
Item Pekerjaan Sekarang 52
4.3.2 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap
Item Gaji Sekarang 53
4.3.3 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap
Item Peluang Kenaikan Pangkat 54
4.3.4 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap
Item Penyelia Dan Penyeliaan 55
4.3.5 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap
Item Rakan Sekerja 56
4.4.1 Analisis Tahap Kepuasan Terhadap Setiap
Faktor Kepuasan Kerja Dan Tahap Kepuasan
Kerja Keseluruhan
4.5.1 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan
Kepuasan Terhadap Pekerjaan Sekarang Dari
Segi Jawatan 59
4.5.2 Analisis Ujian LSD Perbandingan Kepuasan Terhadap
Pekerjaan Sekarang Dari Segi Jawatan 60
xiii
4.5.3 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan
Kepuasan Terhadap Gaji Sekarang Dari Segi Jawatan 62
4.5.4 Analisis Ujian LSD Perbandingan Kepuasan Terhadap
Gaji Sekarang Dari Segi Jawatan 63
4.5.5 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan
Kepuasan Terhadap Peluang Kenaikan Pangkat Dari
Segi Jawatan 64
4.5.6 Analisis Ujian LSD Perbandingan Kepuasan Terhadap
Kenaikan Pangkat Dari Segi Jawatan 65
4.5.7 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan
Kepuasan Terhadap Penyelia Dan Penyeliaan
Dari Segi Jawatan 67
4.5.8 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan
Kepuasan Terhadap Rakan Sekerja Dari Segi Jawatan 68
4.5.9 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan
Kepuasan Kerja Keseluruhan Dari Segi Jawatan 70
4.5.10 Analisis Ujian LSD Perbandingan Kepuasan Terhadap
Kepuasan Kerja Keseluruhan Dari Segi Jawatan 71
4.6.1 Analisis Hubungan Antara Indeks Kongruen Dengan
Setiap Faktor Kepuasan Kerja Di Kalangan Jururawat 72
4.6.2 Analisis Hubungan Antara Indeks Kongruen Dengan
Setiap Faktor Kepuasan Kerja Di Kalangan Fisioterapi 75
4.6.3 Analisis Hubungan Antara Indeks Kongruen Dengan
Setiap Faktor Kepuasan Kerja Di Kalangan Juru X-Ray 77
4.6.4 Analisis Hubungan Antara Indeks Kongruen Dengan
Setiap Faktor Kepuasan Kerja Di Kalangan
Pegawai Farmasi 79
4.6.5 Analisis Hubungan Antara Indeks Kongruen Dengan Setiap
Faktor Kepuasan Kerja Di Kalangan Pembantu Perubatan 81
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran Hospital 104
B Surat Kebenaran UTM 106
C The Occupations Finder 108
D Keputusan Kod Tiga Huruf bagi Jururawat,
Fisioterapi, Juru X-ray, Pegawai Farmasi dan
Pembantu Perubatan 111
E Borang Soal selidik 115
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Seseorang individu telah dianggarkan bahawa telah menghabiskan kira-kira 1/3
daripada jangka hayat dalam melakukan persedian-persediaan, peranan-peranan dan
aktiviti yang berkait dengan pekerjaan pada waktu individu itu sebelum, semasa dan
selepas menjawat pekerjaan itu menurut Super, 1979 (dalam Ting See How,1993)
Pekerjaan menyediakan 3 fungsi asas hidup:-
1. Merupakan sumber ekonomi
2. Memberikan sokongan sosial
3. Membentuk identiti dan penghargaan kendiri
Pine dan Innis,1987 (dalam Ting See How, 1993)
2
Oleh itu, pekerjaan merupakan satu bahagian utama untuk menyempurnakan
kehidupan manusia. Ia merupakan satu aspek kehidupan yang dapat mendatangkan
kepuasan mendalam. Kakitangan hospital juga merupakan satu pekerjaan dan jentera
kepada kemajuan dalam bidang perubatan dan rawatan terkini dan terbaik. Sebagaimana
yang telah kita sedia maklum, perubahan yang pesat didalam arena perubatan dan
rawatan telah membawa keuntungan kepada masyarakat di negara kita. Perubahan-
perubahan ini selaras dengan perkembangan sains dan teknologi dewasa ini.
Oleh sebab itu, perkaitan dan kesesuaian personaliti kakitangan hospital dengan
bidang pekerjaan harus di ambil kira. Ini kerana personaliti merupakan faktor-faktor
yang penting dalam kehidupan seseorang individu. Personaliti mempengaruhi segala
bentuk kelakuan individu tersebut. Ia melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang
dan mencirikan perbezaan antara manusia dengan manusia yang lain.
Menurut Hein (1978), personaliti merupakan keseluruhan individu iaitu kesemua
sifat yang memberinya keindividuan dan membezakan seseorang individu dengan
individu yang lain. Personaliti termaksuklah kombinasi semua tret, sentimen,
kecenderungan, minat, kemahiran, kehendak, cita-cita dan gaya yang membentuk setiap
individu.
Persoalan ukuran personaliti ini melibatkan setiap individu dalam organisasi. Ia
mempunyai pengaruh ke atas pencapaian kepuasan kerja, peningkatan pengeluaran
dalam organisasi negara. Maka di sini penting untuk mengenalpasti personaliti
kakitangan hospital samada menghasilkan kepuasan kerja yang tinggi atau sebaliknya.
Bagi kepuasan kerja yang rendah, pihak organisasi akan cuba mengatasinya dan
melakukan beberapa perubahan sama ada dari segi personaliti, komunikasi dan juga
individu organisasi itu sendiri.
3
Pengklasifian personaliti yang sesuai dalam bidang pengurusan harus dijalankan
dengan lebih teliti lagi. Hal ini dapat di sokong dengan lebih kuat sekiranya faktor-
faktor lain yang berkaitan turut di ambil kira. Faktor ini termasuklah kecenderungan
seseorang terhadap kerjaya yang ingin di ceburi atau minat kerjaya individu tersebut.
Langkah-langkah seperti ini dapat membantu mengurangkan tekanan di kalangan
kakitangan hospital dalam bidang yang penuh mencabar ini. Sebagaimana yang kita
tahu, tanggungjawab yang di berikan terhadap kakitangan hospital amat berat untuk
dilaksanakan. Kakitangan hospital bukan sahaja perlu memupuk dan meningkatkan
kualiti perkhidmatan perubatan dan rawatan yang bermutu tinggi bagi pesakit-pesakit
dalam dan pesakit-pesakit luar. Malah perlu melengkapkan diri mereka sejajar dengan
perkembangan semasa seperti mempelajari perubatan dan rawatan moden dan canggih
bagi rawatan kesihatan peringkat primer, sekunder dan tertiari.
Rencana akhbar (Harian Metro, 14 Mei 2002) menyatakan, menunjukkan sikap
kasar atau kurang mengendahkan pesakit bukan jalan penyelesaian. Sebaliknya,
jururawat harus bijak dan matang mengendalikan situasi pesakit yang sering meluahkan
rasa tertekan dan kesakitan mereka menerusi pelbagai cara. Apatah lagi, jururawat juga
bagaikan seorang kaunselor yang tidak kering dengan nasihat untuk memberi dorongan
kepada seseorang dalam usaha melawan kesakitan yang dihadapinya.
Berdasarkan kajian Dr Rene Spitz, 1947 (dalam rencana akhbar Harian Metro, 14
Mei 2002) mengenai kuasa sentuhan terhadap bayi di rumah anak yatim, mendapati bayi
yang mendapat susu mencukupi, namun tidak mendapat belaian jururawat lebih mudah
jatuh sakit berbanding bayi yang mendapat belaian sewajarnya daripada jururawat.
4
Justeru itu, kepusan kerja dan pola personaliti persekitaran amat penting kerana
pemilihan kerja berdasarkan pola personaliti tidak ada banyak menimbulkan beban
kepada seseorang itu. Ini kerana di dorong oleh minat dan kesungguhan didalam
melakukan kerja. Ini juga dapat membantu mereka yang berkhidmat dalam bidang
perubatan memberikan khidmat yang lebih cenderung dan berkesan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Cabaran-cabaran kakitangan hospital pada hari ini bergantung kepada objektif
Kementerian Kesihatan Negara, maka setiap perubahan samada dalam teknologi
perubatan ataupun perubahan dalam organisasi pertadbiran yang berlaku dan setiap kali
itu juga kewibaan kakitangan hospital akan tercabar. Perubahan-perubahan ini dapat di
lihat dalam jangka masa yang panjang yang mana boleh mengakibatkan tekanan fizikal
dan mental serta mempengaruhi tingkah laku kakitangan.
Objektif Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk membantu seseorang
individu supaya dapat mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi
membolehkannya menjalankan kehidupan sosial dan ekonomi yang produktif.
Menyediakan perkhidmatan kesihatan asas untuk rakyat bagi menunjukkan kehidupan
yang sihat dan bersih. (Sumber:Kementerian Kesihatan Malaysia)
Oleh sebab itu, Holland (1973) menyatakan bahawa membuat keputusan
mengenai pemilihan kerjaya adalah amat penting supaya seseorang individu dapat
memperolehi kepuasan daripada pekerjaanya. Ketidak serasian pemilihan kerjaya akan
menyebabkan seseorang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja secara
5
efektif dan individu tersebut berkemungkinan akan meninggalkan pekerjaannya begitu
sahaja.
Holland (1973), turut menyatakan bahawa keserasian personaliti dan persekitaran
seseorang seterusnya akan mengakibatkan beberapa reaksi yang boleh diramalkan. Jika
seseorang individu berjaya memilih pekerjaan yang serasi maka individu tersebut akan
dapat memperolehi kepuasan dalam bidang yang diceburi.
1.3 Pernyataan Masalah
Sebagaimana kita ketahui, perubatan di negara ini dan dasar kerajaan telah
menunjukan dorongan dan pemikiran baru dalam era perubatan. Kakitangan hospital
memainkan peranan penting bagi pencapaian matlamat perubatan kearah kesihatan
masyarakat di negara ini.
Namun begitu tidak semua kakitangan hospital memandang perkara tersebut
sebagai satu perkara yang positif. Pembaharuan-pembaharuan ini adakalanya
meletakkan mereka kepada tahap kepuasan kerja yang minima apatah lagi jika kerjaya
sebagai kakitangan hospital ini bukan dari jenis pola personaliti dan persekitaranya.
Berhubung dengan itu, perkara-perkara tersebut dianggap bebanan tugas yang besar
yang harus dihadapi di samping tugas-tugas harian yang perlu dilakukan.
Pola personaliti dan persekitaran yang berbeza dengan pekerjaanya mendorong
kakitangan hospital untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar. Contohnya mereka akan
6
mencari duit tambahan dengan cara menjadi agen sesuatu produk, kerja sambilan di
klinik-klinik swasta ataupun membuka perniagaan secara kecil-kecilan selepas waktu
pekerjaan. Hal ini dibuktikan oleh seorang jururawat yang bernama Noraini Bt. Ishak
dari Alor Setar, Kedah yang menyertai jualan langsung dan dia menyatakan bahawa
bidang perniagaan tersebut menjadikannya lebih berjaya
(http://www.faznet.net/kisahkejayaan.html). Oleh yang demikian tumpuan kurang
dilakukan di dalam memberi rawatan dan perkhidmatan kepada pesakit atau pelawat
yang datang ke hospital.
Selain itu, ketidakpuasan pekerjaan juga menjadi tekanan kepada para
kakitangan hospital. Ini kerana minat mereka di dalam bidang lain dan terpaksa
berkhidmat pula sebagai kakitangan hospital atas sebab-sebab yang tertentu. Kakitangan
hospital seperti ini akan bersikap negatif dan sentiasa menolak perubahan yang di
lakukan oleh pihak berwajib. Ia akan menganggap pekerjaan itu sebagai sesuatu yang
membebankan dan membosankan seterusnya akan menyebabkan mereka bekerja dalam
suasana ketegangan dan seterusnya objektif profesyen sebagai kakitangan hospital tidak
akan tercapai.
Menurut rencana akhbar (Harian Metro,14 Mei 2002), kerjaya jururawat yang
menjanjikan seribu macam cabaran, seolah-olah tidak mampu menarik minat rakyat
negara ini membabitkan diri dalam bidang berkenaan. Bidang kejururawatan barangkali
tidak sehebat golongan eksekutif atau mereka yang menduduki bilik berhawa dingin,
namun tugas yang sering menjadi pilihan terakhir generasi muda ini sebenarnya
memiliki status yang cukup penting.
Sekiranya kakitangan hospital tidak dapat menjalankan tugas yang di
amanahkan, maka kesan susulan ialah kegagalan negara dalam melahirkan rakyat sihat
negara maju. Oleh sebab itu, kajian ini di jalankan untuk mengukur hubungan kepuasan
7
kerja dengan indeks kongruen- personaliti, persekitaran agar kakitangan hospital dapat
menilai tahap kepuasan kerja mereka akan cuba memperbaiki dari kepentingan bersara.
Seterusnya berkhidmat dengan lebih berkesan dan cemerlang.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:
1.4.1 Mengenalpasti sejauhmana tahap kepuasan kerja (pekerjaan sekarang, gaji
sekarang, peluang kenaikan pangkat, penyelia dan penyeliaan dan rakan sekerja)
dikalangan kakitangan hospital (Pembantu Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray,
Fisioterapi dan Pegawai Farmasi).
1.4.2 Mengenalpasti pola personaliti dan pola persekitaran kakitangan hospital
(Pembantu Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray, Fisioterapi dan Pegawai Farmasi).
1.4.3 Mengenalpasti tahap keserasian personaliti-persekitaran kakitangan hospital
(Pembantu Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray, Fisioterapi dan Pegawai Farmasi).
1.4.4 Mengenalpasti hubungan tahap keserasian personaliti - persekitaran dengan
kepuasan kerja kakitangan hospital (Pembantu Perubatan, Jururawat, Juru X-
Ray, Fisioterapi dan Pegawai Farmasi).
8
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti yang dinyatakan di bawah :
1.5.1 Apakah tahap kepuasan kerja (kerja itu sendiri, gaji, peluang kenaikan pangkat,
penyeliaan dan rakan sekerja) dikalangan kakitangan hospital(Pembantu
Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray, Fisioterapi dan Pegawai Farmasi).
1.5.2 Apakah pola personaliti dan pola persekitaran kakitangan hospital (Pembantu
Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray, Fisioterapi dan Pegawai Farmasi).
1.5.3 Apakah tahap keserasian personaliti - persekitaran kakitangan hospital
(Pembantu Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray, Fisioterapi dan Pegawai Farmasi).
1.5.4 Apakah hubungan indeks tahap keserasian dengan kepuasan kerja kakitangan
hospital (Pembantu Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray, Fisioterapi dan Pegawai
Farmasi).
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis kajian di bentuk adalah seperti berikut:
1.6.1 Tiada terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja (pekerjaan itu sendiri)
kakitangan hospital (Pembantu Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray, Fisioterapi
dan Pegawai Farmasi).