borang pengesahan status tesis - faculty of education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07)...
TRANSCRIPT
PSZ 19: 16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: ANALISA PENERIMAAN BOLA PERTAMA DALAM PERMAINAN SEPAK
TAKRAW DI KALANGAN ATLET SEPAK TAKRAW NEGARA
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya: MOHD SHAHREN HAKIM BIN HJ IBRAHIM________
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
___________________________ __________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: Nama Penyelia:
BATU 27 ½ GAPIS NYALAS PROF. MADYA DR. ZAINAL ABIDIN BIN
77100 ASAHAN, ZAINUDDIN
MELAKA.
Tarikh : 18 JANUARI 2012 Tarikh : 18 JANUARI 2012
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ZAINAL ABIDIN BIN
ZAINUDDIN
Tarikh : 18 JANUARI 2012
“ANALISA PENERIMAAN BOLA PERTAMA DALAM PERMAINAN
SEPAK TAKRAW DI KALANGAN ATLET SEPAK TAKRAW NEGARA”
MOHD SHAHREN HAKIM BIN HJ IBRAHIM
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : MOHD SHAHREN HAKIM BIN HJ IBRAHIM
Tarikh : 18 JANUARI 2012
iii
DEDIKASI
Penulisan ini khas buat :
Ayah dan Bonda yang tersayang
Tuan Hj Ibrahim Bin Hj Sapar & Puan Hajjah Asmah Binti Haji Salleh,
Terima Kasih di atas segala pengorbanan,
Membesar dan mendidikku supaya menjadi manusia berguna,
Jasa kalian tidak akan terbalas selamanya.
Buat insan-insan yang disayangi
Abang-abang, kakak-kakak dan abang-abang dan kakak-kakak ipar
Abg Al, Abg Aman, Abg Taib dan semuanya,
Serta tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan
Terima kasih di atas segala sokongan dan kasih sayang anda
iv
PENGHARGAAN
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani”. Alhamdulillah,
bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya
menyiapkan tugasan penulisan ilmiah ini dengan sempurna.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Prof. Madya Dr.
Zainal Abidin Bin Zainuddin selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini atas segala bimbingan,
bantuan dan nasihat serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.
Segala ilmu yang diberikan amat berharga dan akan dikenang sepanjang hayat.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada kesemua pensyarah
Sains Sukan dan pendidik yang telah mencurahkan ilmu dan memberi tunjuk ajar yang tidak
berbelah-bahagi demi menjayakan kajian ini. Buat rakan-rakan yang dikasihi, terima kasih di
atas bantuan dan sokongan yang diberikan selama ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
dalam menjalankan kajian ini. Hanya Allah yang dapat membalas budi dan jasa baik kalian.
Mohd Shahren Hakim Bin Hj Ibrahim,
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan(Sains Sukan),
Universiti Teknologi Malaysia.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk melihat kebolehan pasukan sepak takraw negara untuk
menerima bola pertama yang ditujukan oleh pemain tekong dari pihak lawan kepada mereka.
Video perlawanan sebenar digunakan sebagai bahan kajian dalam kajian yang telah dijalankan
ini. Perkara utama yang menjadi keutamaan dan diperhatikan di dalam rakaman video yang
diperolehi ialah kawalan terhadap bola pertama yang diterima daripada servis yang dilakukan
oleh tekong pihak lawan kepada pemain Malaysia. Video perlawanan yang digunakan dalam
kajian ini ialah video kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia ISTAF 2011 yang melibatkan
perlawanan antara pasukan sepak takraw negara menentang pasukan negara Singapura dan juga
perlawanan antara pasukan negara menentang pasukan negara Thailand. Hasil dapatan daripada
analisis kajian yang dijalankan, didapati bahawa penerimaan bola pertama oleh pasukan sepak
takraw negara adalah baik, iaitu 76.5% daripadanya adalah kawalan yang berjaya dilakukan
terhadap bola pertama yang diterima dari bola servis yang ditujukan oleh pemain tekong kepada
mereka. Peratus kawalan bola pertama yang tinggi semasa mengambil bola pertama yang
diperolehi ini menunjukkan bahawa kebolehan pasukan sepak takraw negara untuk menerima
bola pertama dengan baik adalah tinggi. Oleh itu, kecuaian dalam penerimaan bola pertama tidak
boleh digunakan sebagai punca kekalahan pasukan negara kepada pihak lawan. Selain daripada
faktor penerimaan bola pertama, mungkin terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan prestasi
pasukan sepak takraw negara yang kurang memuaskan seperti serangan yang tidak konsisten
atau pun kerana servis tekong skuad negara yang tidak tepat menuju ke sasaran yang ditujui.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to observe the ability of national sepak takraw team to receive
first ball from the opponent’s tekong. Complete actual video recording of the game was used to
examine the action. Emphasize were given to the ability to control the upcoming ball served
from the opponent’s tekong to Malaysian player. The Video used in this study are actual game
which involved Malaysian team competing in ISTAF 2011 Sepak Takraw World Cup against
Singapore and Thailand. Result from this study shows that overall performance for the national
team in receiving the first ball is good which recorded 76.5% success rate. The high percentage
of first ball control following receiving the ball has shows the ability of the Malaysian player to
receive the first ball is good. Thus, the negligence in recieving the first ball is not the
contributing factors to the defeats of Malaysian Team in the competition. Apart from reieving the
first ball, attacking strategies which are not consistent and concistency of our own tekong might
be the contributing factors to the defeats among Malaysian Team.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Definisi Operational 7
1.7 Batasan Kajian 11
viii
1.8 Rasional Kajian 11
1.9 Penutup 12
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kajian Yang Berkaitan 15
2.3 Penutup 17
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 18
3.2 Rekabentuk Penyelidikan 19
3.3 Pemilihan Video 22
3.4 Instrumen Kajian 22
3.5 Prosedur Kajian
3.5.1 Pengumpulan Data 23
3.5.2 Pemerhatian 23
3.5.3 Penjadualan dan Graf 23
3.5.4 Analisa 24
3.5.5 Perbandingan 24
3.5.6 Keputusan 25
3.6 Kaedah Penganalisaan Data 25
3.7 Penutup 25
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 26
4.2 Analisis Kualitatif 27
4.2.1 Analisa penerimaan bola pertama oleh
ix
skuad sepak takraw negara 29
4.2.2 Analisa perbandingan antara tampanan
bola pertama yang berjaya dikawal dengan
tampanan bola pertama yang tidak berjaya
dikawal oleh skuad sepak takraw negara 31
4.2.3 Analisa tampanan bola pertama yang diambil
oleh skuad sepak takraw negara dengan
menggunakan kepala 33
4.2.4 Analisa tampanan bola pertama yang diambil
oleh skuad sepak takraw negara dengan
menggunakan kaki 35
4.2.5 Analisa tampanan bola pertama yang diambil
oleh skuad sepak takraw negara dengan
menggunakan peha. 37
4.2.6 Analisa tampanan bola pertama yang diambil
oleh tekong skuad sepak takraw negara. 39
4.2.7 Analisa tampanan bola pertama yang diambil
oleh apit kiri skuad sepak takraw negara. 41
4.2.8 Analisa tampanan bola pertama yang diambil
oleh apit kanan skuad sepak takraw negara. 43
4.2.9 Analisa tampanan bola pertama yang mudah
diambil oleh skuad sepak takraw negara. 45
4.2.10 Analisa tampanan bola pertama yang
sederhana sukar diambil oleh skuad sepak
takraw negara. 47
4.2.11 Analisa tampanan bola pertama yang sukar
diambil oleh skuad sepak takraw negara. 49
x
4.3 Analisa Tampanan Bola Pertama Berdasarkan Posisi
4.3.1 Analisa tampanan bola pertama yang
diterima oleh pemain Tekong 51
4.3.2 Analisa tampanan bola pertama yang diterima
oleh pemain Apit Kiri 54
4.3.3 Analisa tampanan bola pertama yang diterima
oleh pemain Apit Kanan 56
4.4 Analisa Tampanan Bola Pertama Berdasarkan
Bahagian Badan Yang Menerima Bola Pertama
Mengikut Tahap Kesukaran Bola Yang Diterima
4.4.1 Analisa tampanan bola pertama menggunakan
Kepala 58
4.4.2 Analisa tampanan bola pertama menggunakan
Peha 61
4.4.3 Analisa tampanan bola pertama menggunakan
Kaki 63
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 66
5.2 Perbincangan 67
5.2.1 Analisa terhadap penerimaan bola pertama
berdasarkan bahagian badan yang digunakan
untuk menerima bola pertama mengikut tahap
kesukaran bola pertama yang diterima 67
xi
5.2.2 Analisa terhadap tahap kesukaran bola
pertama yang diterima mengikut posisi-posisi
pemain di dalam gelanggang, iaitu tekong,
apit kiri dan juga apit kanan 71
5.3 Kesimpulan 73
5.4 Cadangan 74
RUJUKAN 76
LAMPIRAN 78
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Penerimaan bola pertama oleh skuad sepak takraw negara 29
4.2 Bilangan bola pertama yang ditampan 31
4.3 Peratus berjaya menampan bola pertama 32
4.4 Bilangan bola pertama yang ditampan menggunakan kepala 33
4.5 Peratus bola pertama yang ditampan menggunakan kepala 34
4.6 Bilangan bola pertama yang ditampan menggunakan kaki 35
4.7 Peratus bola pertama yang ditampan menggunakan kaki 36
4.8 Bilangan bola pertama yang ditampan menggunakan peha 37
4.9 Peratus bola pertama yang ditampan menggunakan peha 38
4.10 Bilangan bola pertama yang ditampan oleh tekong 39
4.11 Peratus bola pertama yang ditampan oleh tekong 40
4.12 Bilangan bola pertama yang ditampan oleh apit kiri 41
4.13 Peratus bola pertama yang ditampan oleh apit kiri 42
4.14 Bilangan bola pertama yang ditampan oleh apit kanan 43
4.15 Peratus bola pertama yang ditampan oleh apit kanan 44
4.16 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan 45
4.17 Peratus bola pertama yang mudah ditampan 46
4.18 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan 47
4.19 Peratus bola pertama yang sederhana sukar ditampan 48
4.20 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan 49
xiii
4.21 Peratus bola pertama yang sukar ditampan 49
4.22 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan oleh tekong 51
4.23 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan
oleh tekong 52
4.24 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan oleh tekong 52
4.25 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan oleh apit kiri 54
4.26 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan
oleh apit kiri 54
4.27 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan oleh apit kiri 55
4.28 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan oleh
apit kanan 56
4.29 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan
oleh apit kanan 56
4.30 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan oleh
apit kanan 57
4.31 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan
dengan menggunakan kepala 58
4.32 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan
dengan menggunakan kepala 59
4.33 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan dengan
menggunakan kepala 59
4.34 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan
dengan menggunakan peha 61
4.35 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan dengan
menggunakan peha 61
4.36 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan
dengan menggunakan kaki 63
4.37 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan
dengan menggunakan kaki 63
xiv
4.38 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan dengan
menggunakan kaki 64
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta alir rekabentuk kajian 20-21
4.1 Kawalan bola pertama yang diterima 31
4.2 Peratus kawalan bola pertama 32
4.3 Tampanan bola pertama dengan kepala 33
4.4 Peratus kawalan bola pertama dengan kepala 34
4.5 Tampanan bola pertama dengan kaki 35
4.6 Peratus kawalan bola dengan kaki 36
4.7 Tampanan bola pertama menggunakan peha 37
4.8 Peratus kawalan bola menggunakan peha 38
4.9 Tampanan bola pertama oleh tekong 39
4.10 Peratus kawalan bola pertama oleh tekong 40
4.11 Tampanan bola pertama oleh apit kiri 41
4.12 Peratus tampanan bola pertama oleh apit kiri 42
4.13 Tampanan bola pertama oleh apit kanan 43
4.14 Peratus kawalan bola pertama oleh apit kanan 44
4.15 Tampanan bola pertama yang mudah 45
4.16 Peratus tampanan bola pertama mudah 46
4.17 Tampanan bola pertama sederhana sukar 47
4.18 Peratus tampanan bola pertama sederhana sukar 48
4.19 Tampanan bola pertama sukar 49
4.20 Peratus tampanan bola pertama sukar 50
xvi
4.21 Bola pertama yang diterima oleh tekong 53
4.22 Bola pertama yang diterima oleh apit kiri 55
4.23 Bola pertama yang diterima oleh apit kanan 57
4.24 Tampanan bola pertama menggunakan kepala 60
4.25 Tampanan bola pertama menggunakan peha 62
4.26 Tampanan bola pertama menggunakan kaki 64
xvii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat lampiran permohonan dari fakulti bagi proses 78
pengumpulan data
B Rakaman Video Perlawanan Yang Digunakan 79
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam meniti era sains dan teknologi yang kian berkembang pada masa kini, terdapat
pelbagai saingan serta cabaran yang perlu ditempuhi oleh kerajaan bagi memastikan kesemua
sektor dan semua bidang yang diceburi oleh negara kita setanding pencapaiannya di mata dunia.
Ia juga termasuklah dalam sektor pembangunan sukan amnya dan khususnya dalam sukan sepak
takraw. Jika dahulu, sepak takraw hanya dimainkan sebagai salah satu daripada aktiviti riadah
harian sahaja tetapi kini sepak takraw telah dikenali sebagai salah satu acara sukan tumpuan yang
dinanti-nantikan persembahannya di kalangan peminat-peminat dan juga penonton-penonton
yang meminati sukan ini.
2
Oleh itu, sewajarnya pihak kerajaan merangka satu program yang khusus kepada skuad
sepak takraw negara demi memastikan pembangunan sepak takraw di negara kita mencapai
kehendak dan matlamat yang diinginkan. Persembahan yang baik serta aksi permainan yang
bermutu di dalam gelanggang sememangnya merupakan tarikan utama yang ditunggu-tunggu
oleh para penonton yang hadir menyaksikannya. Pada temasya sukan sea Guangzhou 2010 yang
lalu, kita dapat menyaksikan skuad sepak takraw kita ditundukkan oleh pasukan dari negara
Thailand di peringkat akhir iaitu dengan kekalahan 2-0 manakala pada kejohanan Sepak Takraw
Piala Dunia ISTAF 2011 pula, pasukan negara kita sekali lagi tewas kepada pasukan negara
Thailand dengan keputusan 3-0. Berdasarkan daripada keputusan dan gaya permainan yang telah
ditunjukkan oleh skuad sepak takraw negara, kita dapat lihat bahawa skuad negara perlu
berusaha lebih gigih untuk merampas kembali piala kejohanan tersebut pada kejohanan yang
akan datang. Hal ini disebabkan penguasaan gelanggang yang dipamerkan oleh skuad negara
masih ditahap yang sederhana.
Ketika ini, sentuhan yang diberikan oleh para pemain negara di gelanggang pertandingan
juga masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Dalam kejohanan Sepak Takraw
Piala Dunia ISTAF 2011 yang lalu, jika dilihat dari aspek tampanan bola pertama selepas bola
servis diberikan, didapati bahawa kebolehan bagi skuad negara untuk mengambil bola servis itu
agak baik dan skuad negara juga berhasil membuat serangan balas keatas pihak lawan.
Sememangnya telah menjadi tanggungjawab serta peranan apit kanan untuk merejam bola yang
dilambungkan oleh apit kiri kepadanya dan apa yang dapat diperhatikan persembahan dari apit
kanan ini sememangnya jarang dihampakan. Perkara yang perlu diberikan perhatian adalah
bagaimana mewujudkan peluang tersebut supaya rejaman-rejaman yang bermutu dapat
dilakukan oleh apit kanan skuad negara.
Oleh itu, kita perlu mengukuhkan lagi kebolehan para pemain untuk menampan bola
pertama dari servis pihak lawan. Walaupun tekong skuad negara tidak dapat mempamerkan
persembahan dan sepakan bola yang menggugat pertahanan pemain pihak lawan, ini tidak boleh
dijadikan alasan kepada skuad negara diatas pencapaian yang tidak mencapai sasaran dan
3
menemui kegagalan dalam pertandingan. Hal ini kerana skuad negara akan dapat menunjukkan
aksi persembahan yang lebih bermutu sekiranya bola pertama dari pihak lawan dapat ditampan
dan dikembalikan semula dengan hujanan bola yang mengancam oleh apit kanan secara
konsisten. Oleh itu, kita perlu meneliti apakah yang menjadi punca kepada kegagalan pemain
sepak takraw negara untuk menampan dan mengawal bola pertama yang ditujukan oleh tekong
pihak lawan kepada mereka. Dari situ, kita akan dapat mencari kelemahan atau kekuatan skuad
negara yang perlu diperkukuhkan lagi dan diberi tumpuan untuk memastikan skuad negara tidak
akan terlepas lagi untuk menggungguli piala kejohanan yang dipertaruhkan oleh penganjur pada
masa akan datang. Selain itu, tidak harus dilupakan juga untuk mengukuhkan lagi dan
manajamkan kebolehan barisan tekong skuad negara dengan menguasai servis kuda selain servis
sila supaya ianya boleh digunakan sebagai senjata dalam mencari dan mencuri mata
pertandingan apabila melakukan sepakan mula.
Seperti yang kita sedia maklum, pertandingan sepak takraw kebiasaannya dilangsungkan
di dalam dewan yang berbumbung iaitu secara tertutup. Oleh itu, bilangan penonton yang dapat
menyaksikannya juga terhad dan ini menyebabkan bunyi sorakan dan sokongan yang diberikan
oleh penyokong dan juga penonton yang menyaksikan pertandingan ini berlangsung seakan
gegak gempita dan memecah suasana dewan. Sedikit sebanyak, ia akan menjejaskan perhatian
para pemain yang sedang beraksi khususnya kepada pemain yang disogok dengan sokongan
yang tidak membina serta caci-maki yang dilontarkan kepada mereka sekiranya persembahan
yang mereka tunjukkan itu kurang memuaskan hati penonton. Di dalam pertandingan sepak
takraw, setiap pemain perlu bersedia untuk menerima bola pertama yang ditujukan kepada
mereka dari pelbagai arah dan tahap kelajuan bola supaya bola yang diterima tersebut berjaya
ditampan dan dikawal dengan baik. Dengan itu, barulah para pemain boleh merancang untuk
melakukan serangan-serangan balas berupa rejaman bola yang akan dilakukan oleh apit kanan
sekiranya mahu menguasai pertandingan tersebut. Segala usaha dan latihan yang telah dilalui
akan berkesudahan dengan sia-sia sahaja sekiranya ia tidak dapat dipamerkan secara maksimum
ketika perlawanan sebenar berlangsung jika bola pertama yang ditujukan kepada mereka tidak
dapat dikembalikan atau dikawal dengan baik.
4
1.2 Latar Belakang Kajian
Pencapaian dalam sukan sepak takraw di negara ini dilihat semakin merosot berbanding
pada suatu ketika dahulu iaitu ketika negara ini memegang takhta kejohanan sepak takraw. Ini
dapat dilihat berdasarkan keputusan pertandingan yang lalu dimana skuad sepak takraw negara
dikalahkan oleh pasukan Thailand dengan keputusan 3-0 pada kejohanan Sepak Takraw Piala
Dunia ISTAF 2011 yang lalu. Fenomena permainan sepak takraw yang dipamerkan oleh skuad
negara didapati masih belum sempurna seolah-olah kekurangan sesuatu dan strategi perlawanan
yang digunakan tidak berupaya untuk menguasai permainan sepak takraw ini demi merampas
semula status kuasa utama sepak takraw dunia yang dipegang oleh Thailand pada masa kini.
Pada dasarnya, skuad sepak takraw negara dikatakan setaraf dengan skuad dari negara Thailand
berdasarkan latihan dan penguasaan gelanggang yang ditunjukkan tetapi bagi skuad negara
Thailand, mereka mempunyai kelebihan dari sepakan servis iaitu menggunakan servis kuda. Jika
servis kuda yang diberikan oleh tekong pasukan Thailand dapat disambut dan ditampan dengan
kemas, skuad negara mungkin berpeluang menewaskan lawan iaitu dengan membalas semula
dengan rejaman berbisa dari apit kanan skuad negara. Secara amnya, bahagian depan (apit kiri
dan apit kanan) kita, adalah setanding dengan Thailand yang pada masa ini merupakan juara
dunia dalam sukan sepak takraw.
Servis dalam permainan takraw antara faktor kenapa Thailand masih di
singgahsana juara sehingga sekarang. Mereka mempunyai barisan tekong yang mampu
melakukan servis tajam dan laju yang dikenali dengan servis kuda. Servis kuda dikatakan
mempunyai banyak kelebihan berbanding servis yang biasa digunakan iaitu servis sila.
Faktor yang mungkin menjadi penyebab kepada kekalahan skuad sepak takraw negara
kita ialah kegagalan untuk menampan bola pertama yang dilontarkan dari pihak lawan dengan
kemas. Dalam permainan sepak takraw, kebolehan melakukan servis yang baik sememangnya
suatu kelebihan bagi sesebuah pasukan tersebut tetapi ia bukanlah satu ancaman yang besar bagi
5
pihak lawan untuk menguasai semula rentak permainan dan seterusnya mencapai kemenangan
sekiranya ia boleh diatasi dengan menampan bola pertama dari tekong lawan dengan kemas dan
berjaya mengawalnya serta berjaya melakukan serangan balas.
Untuk mengenal pasti punca kegagalan menerima dan menampan bola pertama dari
pihak lawan, suatu kajian telah dilakukan untuk menganalisa kebolehan dalam penerimaan bola
pertama dari pihak lawan di kalangan skuad sepak takraw negara.
1.3 Pernyataan Masalah
Analisis tidak rasmi dalam permainan sepak takraw mendapati kegagalan sesebuah
pasukan untuk menang dalam pertandingan adalah turut dipengaruhi oleh kemampuan pasukan
mengambil bola pertama. Pada kebiasaannya pemain tengah atau tekong adalah orang yang akan
menerima bola pertama. Walau bagaimanapun peningkatan kualiti permainan terutamanya
kepelbagaian servis menjadikan ketiga-tiga pemain yang berada di gelanggang mempunyai
peranan yang sama dalam mengambil bola pertama. Fokus kepada kualiti mengambil bola
pertama adalah matlamat kajian ini kerana kemampuan sesuatu pasukan untuk menyerang adalah
bergantung kepada kawalan bola pertama.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan mempunyai objektif berikut iaitu:-
6
1.4.1 Menganalisa penerimaan bola pertama yang diberikan oleh pihak lawan selepas bola
servis dimulakan.
1.4.2 Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan dalam menerima bola pertama dari pihak lawan
berdasarkan anggota badan yang digunakan untuk mengambil bola tersebut.
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan ini mengkhususkan kepada punca pemain tidak dapat menerima
dan menampan bola pertama yang dilontarkan dari pihak lawan ke gelanggang pemain dengan
kemas. Di dalam permainan sepak takraw, kebolehan pemain menerima tampanan bola pertama
adalah sesuatu perkara yang penting dan merupakan benteng pertama bagi sesebuah pasukan.
Hal ini adalah kerana apabila pemain gagal untuk menampan bola pertama yang dilontarkan dan
bola dapat dimatikan, ia akan berpihak kepada pihak lawan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah
bersesuaian dengan kehendak skuad sepak takraw negara dalam usaha untuk mencapai
kemenangan yang diimpikan dengan mengenalpasti kelemahan apabila menampan bola pertama
tersebut.
Kajian yang akan dijalankan juga bertujuan memberi panduan kepada jurulatih sepak
takraw untuk menilai dan merancang strategi latihan yang khusus untuk menampan bola pertama
dari pihak lawan dalam permainan sepak takraw ini. Melalui kajian yang dijalankan ini pihak
yang terlibat dalam merangka kaedah latihan dalam permainan sepak takraw juga dapat
menggunakan panduan kajian sebagai satu rangka di dalam latihan permainan sepak takraw ini.
Dengan mengetahui pelbagai masalah di dalam permainan sepak takraw ini terutamanya dari
segi teknik latihan maka permasalahan yang berkaitan di dalam penerimaan bola pertama ini
dapatlah digunakan oleh pihak yang terlibat di dalam merangka struktur latihan dalam permainan
7
ini. Selain itu mereka juga dapat menggunakan kajian ini untuk memperolehi dan mendapatkan
corak permainan yang baik bagi memperolehi kejayaan dalam permainan sepak takraw negara.
Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan mutu
permainan sepak takraw negara khasnya pada masa hadapan terutamanya semasa menerima dan
menampan bola pertama dari pihak lawan selepas servis dilakukan, seterusnya kearah
pembangunan sepak takraw Malaysia dan antarabangsa amnya.
1.6 Definisi Operational
Definisi yang digunakan dalam konteks kajian ini mempunyai maksud yang tertentu.
Diantara pengertian yang membantu dalam menjalankan kajian ialah
1.6.1 Servis
Sepakan mula yang dibuat oleh tekong ke arah gelanggang lawan setelah menerima bola
lontaran dari apit kanan atau apit kiri.
1.6.2 Servis sila
Sepakan mula yang dibuat oleh tekong kearah gelanggang lawan setelah menerima
lontaran dari apit kanan atau apit kiri dengan kaki yang akan menyepak seperti menyila dan kaki
diangkat separas atau tidak melebihi paras kepala semasa menyentuh bola.
8
1.6.3 Servis Kuda
Sepakan mula yang dibuat oleh tekong kearah gelanggang lawan setelah menerima
lontaran dari apit kanan atau apit kiri dengan kaki yang akan menyepak diangkat tinggi melepasi
kepala semasa menyentuh bola.
1.6.4 Tekong
Orang yang melakukan sepakan mula.
1.6.5 Pengumpan
Orang yang memindahkan atau menghantar bola kepada perejam untuk dibuat libasan
atau rejaman ke pihak lawan.
1.6.6 Perejam
Orang yang bertanggungjawab mematikan bola dengan membuat libasan atau sepakan
kencang setelah menerima umpanan dari apit kiri atau kanan ke pihak lawan.
1.6.7 Apit kiri
9
Pemain yang berada di posisi kiri dan boleh terdiri dari perejam atau pengumpan.
1.6.8 Apit Kanan
Pemain yang berada di posisi kanan dan boleh terdiri daripada perejam atau pengumpan.
1.6.9 Rally
Satu gabungan kekuatan dan tumpuan dalam setiap servis yang dilakukan.
1.6.10 Bola Pertama
Merupakan bola dari servis pihak lawan yang masuk ke dalam gelanggang.
1.6.11 K
Merujuk kepada aras bola pertama yang diterima adalah pada aras kaki.
1.6.12 P
Merujuk kepada aras bola pertama yang diterima adalah pada aras peha
1.6.13 X
Merujuk kepada aras bola pertama yang diterima adalah pada aras kepala.
10
1.6.14 M
Merujuk kepada tahap kesukaran bola pertama yang diterima adalah mudah
1.6.15 SS
Merujuk kepada tahap kesukaran bola pertama yang diterima adalah sederhana sukar.
1.6.16 S
Merujuk kepada tahap kesukaran bola pertama yang diterima adalah sukar.
1.6.17 KK
Merujuk kepada bahagian badan yang digunakan untuk mengambil bola pertama adalah
kaki kanan.
1.6.18 KP
Merujuk kepada bahagian badan yang digunakan untuk mengambil bola pertama adalah
kepala.
1.6.19 Y
Merujuk kepada bahagian badan yang digunakan untuk mengambil bola pertama adalah
peha
1.6.20 B
11
Merujuk kepada kawalan keatas bola pertama yang diterima adalah berjaya
1.6.21 G
Merujuk kepada kawalan keatas bola pertama yang diterima adalah gagal.
1.6.22 ISTAF
Pertubuhan sepak takraw antarabangsa.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan melalui analisi video perlawanan yang melibatkan pasukan sepak
takraw negara Malaysia menentang pasukan dari negara Singapura dan juga melibatkan video
perlawanan antara pasukan negara menentang pasukan negara Thailand. Video yang dipilih ini
adalah video perlawanan sebenar yang berlangsung semasa Kejohanan Sepak Takraw Piala
Dunia ISTAF 2011 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 24 Julai 2011 yang lalu. Dalam
kejohanan yang turut disertai oleh pasukan sepak takraw negara ini, pasukan sepak takraw
negara telah bertemu dengan pasukan negara Singapura di peringkat separuh akhir kejohanan.
Manakala, pasukan negara Malaysia juga telah bertemu dengan pasukan negara Thailand di
peringkat akhir. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini dianalisa berdasarkan rakaman penuh dari
video kedua-dua perlawanan ini.
1.8 Rasional Kajian
12
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk menunjukkan bahawa penerimaan bola pertama
daripada servis yang dilakukan oleh tekong pihak lawan juga memainkan peranan yang penting
kepada kekuatan sesebuah pasukan sepak takraw itu.
1.9 Penutup
Sesungguhnya kajian terhadap sukan sepak takraw merupakan satu bidang kajian yang
meluas yang boleh dilakukan. Namun, kajian ini hanya menilai kebolehan pemain sepak takraw
negara ketika menerima bola pertama daripada bola yang di servis oleh pemain tekong pasukan
lawan. Adalah diharapkan, semoga kajian yang dijalankan ini dapat menjadi suatu rujukan dalam
meningkatkan lagi mutu permainan sepak takraw di Malaysia.