borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · 2. perpustakaan universiti teknologi malaysia...
TRANSCRIPT
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL : MENGUJI KEBERKESANAN ALAT “THIGHGYM” YANG TELAH
DIREKABENTUK DARI SEGI KEKUATAN OTOT BICEPS FEMORIS BAGI PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN SAINS SUKAN TAHUN EMPAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR.
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
Saya : LEE SIEW MOOI (KP : 811211025830 ) (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi Pengajian Tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 24, LORONG 4, TMN MULIA, MOHD. YUNOS. B. HJ DAHLAN 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. Nama Penyelia
Tarikh :6 Mac 2004 Tarikh: 6 Mac 2004
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TDAK TERHAD, sila lampirkan surat dari pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelididkan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penyelia : Mohd. Yunos B. Hj Dahlan
Tarikh : 6 Mac 2004
MENGUJI KEBERKESANAN ALAT “THIGHGYM” YANG TELAH
DIREKABENTUK DARI SEGI KEKUATAN OTOT BICEPS FEMORIS BAGI
PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN SAINS SUKAN TAHUN EMPAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR.
LEE SIEW MOOI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI 2004
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………..…………..
Nama Penulis : LEE SIEW MOOI
Tarikh : 6 Mac 2004
iii
DEDIKASI
Dedikasi ini ditunjukkan istimewa untuk:
Ayah, ibu dan keluarga yang tersayang , rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi,
pensyarah-pensyarah yang dihormati serta orang yang tercintai.
iv
PENGHARGAAN
Dengan segala hormatnya, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada
penyelia Projek Sarjana Muda, iaitu Mohd Yunos Hj Dahlan kerana beliau telah banyak
memberi tunjuk ajar, nasihat, cadangan, bimbingan, bantuan serta menolong menyemak
penulisan projek sarjana muda ini di samping mengadakan perbincangan dengan saya
dalam menghasilkan projek yang lebih berkualiti.
Saya juga ingin menujukan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan dan pihak-pihak berkaitan yang telah banyak memberi kerjasama, sokongan dan
bantuan kepada saya dalam usaha untuk menyiapkan projek ini.
Akhir sekali, penghargaan juga ingin disalurkan kepada ahli keluarga yang
sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada saya dalam menjayakan projek ini.
Segala budi baik mereka akan dikenang buat selama-lamanya.
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini adalah satu kajian eksperimental ke atas alat “Thighgym” yang
telah direkacipta oleh penyelidik. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur dan
membandingkan catatan sebelum dan selepas melakukan pergerakan yang ditetapkan
tanpa alat atau dengan menggunakan alat “Thighgym” ke atas kekuatan otot Biceps
Femoris. Seramai 6 orang pelajar perempuan tahun 4 Sains Sukan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah dipilih sebagai sample dalam kajian.
Seramai 50 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor terlibat dalam menjawab soal selidik yang diedarkan.
Ujian kekuatan otot dijalankan dengan menggunakan sistem BIOPAC Student Lab
(Electromyography 1, Standard and Integrated EMG). Data dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science version 11.5 (SPSS 11.5).
Hipotesis kajian diuji menggunakan Paired-Samples T Test melalui data yang diperolehi.
Hasil daripada penganalisaan data, didapati Ho berjaya ditolak. Ini kerana terdapat
perbezaan yang signifikan (p≤0.05) di antara ujian pra dan ujian pos dengan nilai kritikal,
t = -3.270.
vi
ABSTRACT
The purposes of this experimental study were to measure and to compare the
muscle strength of Biceps Femoris, before and after using the “Thighgym”. 6 female
fourth year Sports Science students of Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
were chosen as subject to perform the muscle strength test using the “Thighgym”. 50
respondents comprising students from Sports Science of Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Johor were required to answer a set of questionnaire. The BIOPAC Student Lab
System (Electromyography 1, Standard and Integrated EMG) was used in the
measurement of muscle strength. The data collected was analyzed using the Statistical
Package for Social Science (SPSS 11.5). Paired-Samples T Test of the data measured
was used for the hypothesis of test. The null hypothesis (Ho) was successfully rejected.
This study revealed that there was a significant difference (p≤0.05) in muscle strength
before and after using the “Thighgym” with the critical value, t = -3.270.
vii
KANDUNGAN
SENARAI PERKARA
MUKASURAT
Borang Pengesahan
Borang Kelulusan
Judul
i
Pengakuan
ii
Dedikasi
iii
Penghargaan
iv
Abstrak
v
Abstract
vi
Kandungan
vii
Senarai Jadual
xii
Senarai Rajah
xiv
Senarai Lampiran xv
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1
1.2 Latar Belakang Masalah
3
1.3 Penyataan Masalah
6
1.4 Objektif Kajian
8
1.5 Persolan Kajian
8
1.6 Hipotesis Kajian
9
1.7 Kepentingan Kajian
9
1.8 Batasan Kajian
10
1.9 Definisi Istilah
11
1.10 Penutup
13
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
14
2.2 Kajian Mengenai Kekuatan Otot
15
2.3 Otot-otot yang Terlibat
16
2.4 Kajian Mengenai Rekabentuk
17
2.5 Kaedah Rekabentuk
18
2.6 Penutup 21
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
22
3.2 Rekabentuk Kajian
22
3.3 Subjek Kajian
23
3.4 Tempat Kajian
24
3.5 Instrumen Kajian
25
3.5.1 Kemudahan dan Peralatan
25
3.5.2 Prosedur Kajian
25
3.5.2.1 Peringkat
Menjalankan Ujian
26
3.5.2.2 Peringkat
Pengumpulan
Data
27
3.6 Kaedah Penganalisaan Data
29
3.7 Penutup 29
x
BAB IV PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan
30
4.2 Analisis Data
31
4.2.1 Analisis Inferensi
31
4.2.2 Analisis Deskriptif
34
4.2.2.1 Latar Belakang
Responden
34
4.2.2.2 Persepsi Terhadap
Alat ‘Thighgym”
38
4.3 Penutup 49 BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
50
5.2 Ringkasan Kajian
51
5.3 Perbincangan
51
5.3.1 Perbincangan Hasil
Kajian Yang Berkaitan
Dengan Keberkesanan
Alat “Thighgym” Yang
Telah Direkabentuk Dari
Segi Kekuatan Otot
Biceps Femories.
52
5.3.2 Perbincangan Hasil
Kajian Mengenai
52
xi
Pandangan Responden
Terhadap Alat
“Thighgym” Yang Telah
Direkabentuk.
5.4 Masalah yang dihadapai
54
5.4.1 Masa
54
5.4.2 Masalah BIOPAC
55
5.4.3 Rekabentuk alat
“Thighgym”
55
5.5 Cadangan
55
5.5.1 Pengubahsuaian Alat “Thighgym”
55
5.5.2 Sujek Kajian
56
5.6 Kesimpulan 56 BIBLIOGRAFI 57 LAMPIRAN 59
xii
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
3.1 Langkah-langkah Bagi Melakukan Set Up
Alatan
27
3.2 Prosedur Merekod Kadar Kekuatan Otot
Biceps Femoris
28
4.1 Analisis Ujian-t Kekuatan Otot Bagi Ujian
Pra dan Pos
31
4.2 Alat “Thighgym’ Selamat Digunakan
38
4.3 Alat “Thighgym” Mempunyai Rekabentuk
yang Menarik Minat
39
4.4 Kesesuaian Penggunaan Alat “Thighgym”
Kepada Lelaki ataupun Perempuan
40
4.5 Alat ‘Thighgym’ Membantu Meningkatkan
Kekuatan Otot
41
4.6 Alat “Thighgym’ Mudah Alih dan Sesuai
Digunakan di Mana-mana Tempat
42
4.7 Alat “Thighgym” Serbaguna dengan
Pelbagai Pergerakan yang Berlainan
43
xiii
4.8 Kelebihan Alat “Thighgym” yang Boleh
Mengasing atau Menyambungkan
Komponen-komponen untuk Keperluan
Sendiri
44
4.9 Alat “Thighgym” Berjaya Mengaitkan
Konsep Beban dan Tarikan Elastik yang
Berkesan Dalam Menguatkan Otot
45
4.10 Alat “Thighgym” Tidak Pernah Dijumpai
Di Pasaran
46
4.11 Alat “Thighgym” Mengaplikasikan
Permintaan Alatan Sukan yang Murah,
Kreatif, Mudahalih, Serbaguna Serta
Berkesan ke Dalam Satu
47
4.12 Alat “Thighgym” Boleh Diperbaiki Lagi
48
4.13 Keinginan Responden untuk Membuat Alat
“Thighgym” untuk Kegunaan Sekolah atau
Sendiri
49
xiv
xiv
SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Rekabentuk Kajian
23
4.1 Kedudukan Nilai-t = -3.270 Dalam
Pengujian Hipotesis
32
4.2 Perbezaan Min Antara Ujian Pra dan Ujian
Pos
33
4.3 Jantina Responden
34
4.4 Umur Responden
35
4.5 Bangsa Responden
35
4.6 Taraf Perkahwinan Responden
36
4.7 Bidang Sukan yang Diceburi oleh
Responden
36
4.8 Kekerapan Responden Menggunakan
Peralatan Gym Dalam Satu Minggu
37
xv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Senarai Bahan dan Kos Pembuatan Alat
“Thighgym”
59
B Surat Ajakan Ujian
60
C Borang Ujian Individu
61
D Borang Soal Selidik
63
E Analisis Inferensi dan Diskriptif
67
F Gambar Eksperimen
77
G Gambar Alat Thighgym”
79
BAB I
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Obesiti dan overweight adalah istilah untuk menyatakan badan. Obesiti bererti lemak
tubuh yang dapat membahayakan kesihatan manakala overweight menggambarkan
kelebihan dibandingkan berat badan normal.
Kelebihan berat badan dulu sering dikaitkan dengan kemakmuran. Namun,
kemudian kelebihan berat badan lebih berkait dengan penampilan, dan akhirnya orang
sedar bahawa kejadian ini terkait dengan banyak penyakit. Overweight dan obesiti
diketahui dapat menyebabkan beberapa penyakit seperti penyakit jantung, diabetes,
hipertensi, dan dislipidemia.
Dengan ini, masyarakat kini telah semakin mengambil berat tentang kesihatan dan
bentuk badan sendiri. Demi mencapai bentuk badan yang diingini dan menjaga
kesihatan, terdapat banyak permintaan di pasaran terhadap produk-produk yang
berkaitan dengan penurunan berat badan dan menjaga kesihatan seperti ubat, krim,
lotion, makanan atau minuman kesihatan, alat bantu serta rawatan menguruskan badan
untuk menyelesaikan masalah bentuk badan kaum wanita dan golongan orang gemuk.
2
Walaubagaimanapun, kesihatan yang cergas dan pengurangan lemak di badan hanya
paling berkesan dengan melaksanakan aktiviti sukan serta pemakanan yang seimbang.
Oleh yang demikian, kegiatan sukan telah mengambil tempat yang penting dan utama.
Menurut kepada Corbin dan Linsey (1994), kecergasan fizikal sebagai keupayaan
keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisyen dan berkesan. Kecergasan
fizikal dikaitkan dengan kebolehan seseorang bekerja dengan efisyen dan berkesan,
menikmati masa riadah, menjadi sihat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi
keadaan-keadaan kecemasan.
Terdapat pelbagai jenis kegiatan sukan yang boleh menjadi pilihan masyarakat
seperti kegiatan sukan tertutup dan terbuka yang berunsur bola, padang, air atau
mengangkat berat dan lain-lain. Selain itu, juga terdapat peralatan sukan dan gym yang
telah direkacipta untuk memajukan dan mempelbagaikan kegiatan sukan secara
sempurna.
Teknologi berkaitan sains biomekanik telah mencipta mesin-mesin untuk tujuan
latihan dan pemulihan. Mesin-mesin yang berkomputer seperti alat motion analysis, time
measurement divice, electromyography, dynomometer, whole body reaction measuring
aquipment, muscles stimulator, three-dementional movement analysis system,
spirometer, dan lain-lain lagi telah memberi banyak pengetahuan tentang sistem
lokomotor manusia bagi memudahkan latihan-latihan dijalankan dengan pendekatan
yang bersistematik. Alat-alat latihan isokinetik, isometrik dan isotonik telah banyak
membantu atlet meningkatkan daya fizikal mereka mengikut keperluan sukan masing-
masing (Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad, 2000).
Atas dasar itulah, penyelidik cuba mencari pendekatan baru dengan meneroka
bidang rekabentuk alatan sukan. Penyelidik akan mereka, mencipta dan menguji
keberkesanan alat rekacipta mengikut prosedur-prosedur yang betul. Alat yang diberi
nama ‘Thighgym’ ini akan memberi kesan ke atas kekuatan bahagian paha (Biceps
3
Femoris) pengguna setelah menggunakan alat tersebut dengan jenis latihan atau
pergerakan aerobik yang boleh dilakukan.
Rekacipta adalah penghasilan sesuatu projek atau barangan baru atau
pengubahsuaian dalam bidang teknologi untuk memenuhi kehendak, keperluan dan
permintaan pengguna. Kreativiti dalam rekacipta hanya berharga sekiranya penghasilan
itu adalah berguna dan mencapai matlamat.
Menurut A.K. Hosking dan M.R. Harris (1981), rekabentuk adalah proses yang
menggunakan unsur-unsur dalam pengetahuan Sains, Kejuruteraan, Matematik, Lukisan
Teknik dan prinsip-prinsip saintifik dalam usaha untuk menghasilkan pelan, dimana
kemudiannya membawa kepada penyelesaian dan seterusnya membawa kepada
keperluan praktikal. Satu rekabentuk yang bagus sepatutnya membawa kepada
pembangunan dan pencapaian tujuan tertentu mengikuti perubahan dan perkembangan
semasa.
1.2 Latar Belakang Masalah Secara umumnya, otot-otot bahagian paha terdiri daripada Adductors, Vastus
Lateralis, Vastus Intermedius, Vastus Medialis, Rectus Femoris dan Biceps Femoris.
Otot paha yang sering digunakan semasa melakukan pergerakan kai adalah otot Rectus
Femoris dan otot Biceps Femoris dimana rectus terdapat di hadapaan dan biceps terdapat
di belakang. Kedua-dua otot ini saling bergantung iaitu apabila satu daripada mereka
mengecut, yang satu lagi mengendur untuk membolehkan pergerakan.
Kekuatan adalah salah satu daripada komponen-komponen kecergasan
berasaskan kesihatan. Kekuatan ialah jumlah tenaga luaran yang boleh dihasilkan oleh
otot. Pada lazimnya ia diukur dengan jumlah berat yang boleh diangkat oleh seseorang.
(Wee Eng Hou, 1996).
4
Berdasarkan distribusi lemak dalam tubuh, terdapat dua jenis pengumpulan
lemak. Pegumpulan lemak di bahagian bawah tubuh disebut bentuk ginoid dan
pengumpulan lemak di bahagian perut disebut bentuk android yang lebih dikenali
sebagai obesiti abdominal atau obesiti sentral.
Menurut WH Sibuea, bentuk tubuh lelaki umumnya seperti apel (android).
Lemak banyak disimpan di pinggang, rongga perut, dan badan bagian atas. Bentuk
badan wanita menyerupai pir (ginoid). Pengumpulan lemak terjadi di bahagian bawah,
seperti perut bahagian bawah, pinggul dan paha.
Menurut Fiastuti Witjaksono dan Gizi Medik, pengurus Indonesian Society for
the Study of Obesity (ISSO)/Himpunan Obesiti Indonesia (HISOBI), obesiti tiga kali
lebih banyak dijumpai pada kaum wanita. Keadaan ini disebabkan oleh metabolisme
pada kaum wanita yang lebih rendah terutamanya pada masa menopause. Obesiti dapat
menyebabkan gangguan proses reproduksi pada kaum wanita, salah satunya adalah
sindrom ovarium polikistik (SOPK).
Fisiologi badan juga merupakan satu faktor pengumpulan lemak di bahagian
punggung dan paha kaum wanita dimana kesediaan punggung dan paha wanita dewasa
dalam melahirkan anak. Keadaan ini akan menjadi serius setelah kelahiran anak kerana
lemak yang terkumpul di bahagian tersebut adalah susah dihapuskan dan menjadikan
otot-otot di bahagian tersebut kelihatan tidak ketat dan longgar.
Obesiti merujuk kepada kelebihan jaringan lemak tubuh, iaitu melebihi dari 25%
berat badan pada lelaki dan melebihi 30% pada wanita. Untuk mengukur obesiti boleh
menggunakan Indeks Massa Tubuh (IMT), iaitu berat badan dibahagi dengan tinggi.
Kiraan normal IMT Asia-Pasifik adalah 18,5-22,9 kg/m². Sekiranya melebihi kiraan itu
termasuk ke dalam kelompok berisiko, dan di atas 25 kg/m² dikira obesiti.
5
Boleh juga menggunakan ukuran komposisi lemak tubuh. Pengukuran lemak
tubuh dapat diukur dengan menggunakan alat berupa skin fold atau body fat analizer.
Wanita dikatakan obesiti apabila komposisi lemak tubuhnya melebihi 25% berat badan,
sedangkan laki-laki disebut obesiti apabila komposisi lemak tubuhnya melebihi 20%
berat badan.
Faktor utama obesiti adalah ketidakseimbangan kemasukan tenaga dengan
pengeluaran tenaga. Kemasukan tenaga tinggi apabila pengambilan makanan berlebihan,
sedangkan pengeluaran tenaga menjadi rendah apabila metabolisme tubuh dan aktiviti
fizik rendah.
Obesiti selain daripada tabiat pemakanan yang tidak baik dan kekurangan
aktiviti sukan, ia juga disebabkan oleh gangguan endokrin, iaitu gangguan di
hipotalamus, hipofisis, kelenjar gondok, kelenjar adrenal, ovarium, atau pancreas.
Menurut Yunus Tanggo, gaya hidup kurang gerak, masalah genetik, ubat hormonal, dan
adanya kalsin di otak juga menyebabkan obesiti.
Semenjak usia 20 tahun, metabolisme badan adalah bersifat membangun
(anabolisme) dan mula berubah secara berannsur-ansur menjadi metabolisme yang
mendatar, melambat, dan akhirnya merombak (katabolisme) ketika memasuki usia senja.
Metabolisme yang merombak menyebabkan penurunan massa otot dan tulang serta
peningkatan pengumpulan lemak tubuh, khususnya di sekitar anggota badan seperti
jantung, usus, ginjal, dan di bawah kulit.
Metabolisme (reaksi kimia dalam tubuh untuk memanfaatkan unsur-unsur gizi
bagi pembentukan tenaga dan pelbagai keperluan lain) sudah mula melambat pada usia
di atas 40 tahun. Saat itu otot dan organ tubuh mula mengecil. Tubuh badan juga
memerlukan kalori yang lebih rendah daripada sebelumnya. Kegemukan terjadi jika pola
pemakanan tetap sama seperti pada usia remaja tetapi kegiatan fizik sudah menurun
sementara metabolismenya melambat.
6
Latihan fizikal kepada orang yang obesiti haruslah dilakukan bersamaan dengan
pemakanan yang rendah kalori untuk meningkatkan pembakaran lemak. Latihan fizikal
sangat membantu dalam mempertahankan berat badan agar tidak mudah naik kembali.
Khususnya menjalakan aktiviti sukan selama minima 30 minit dengan frekuensi 3-5 kali
satu minggu. Juga digalakkan memperbanyak aktiviti fizikal seperti berjalan,
membersihkan rumah, dan lain-lain yang melibatkan pergerakan tubuh badan.
Menurut Johanes Chandrawinata dan Gizi Medik, kegiatan sukan yang boleh
membantu penurunan berat badan adalah kombinasi latihan beban dan aerobik. Latihan
beban seminggu sekali dan aerobik 3-5 kali seminggu bukan hanya membantu
menurunkan berat, tetapi juga akan mempertahankan berat yang sudah tercapai.
1.3 Penyataan Masalah Melalui kajian yang telah dilakukan, didapati bentuk badan wanita adalah
menyerupai pir (ginoid). Iaitu pengumpulan lemak terjadi di bahagian bawah badan
seperti perut bahagian bawah, pinggul dan paha. Menurut Fiastuti Witjaksono dan Gizi
Medik, dari Indonesian Society for the Study of Obesity (ISSO)/Himpunan Obesiti
Indonesia (HISOBI), obesiti tiga kali lebih banyak dijumpai pada kaum wanita sekiranya
berbanding dengan kaum lelaki.
Pengumpulan lemak di bahagian punggung dan paha akan menyebabkan bentuk
badan seseorang wanita itu kelihatan kendut dan gemuk. Kegemukan ini juga merbahaya
sekiranya melebihi tahapnya dimana akan menjadi punca penyakit. Dengan ini,
pembakaran lemak berlebihan di bahagian-bahagian pinggul, punggung dan paha adalah
diperlukan.
Demi menguatkan otot pada bahagian-bahagian uang disebut, terdapat banyak
pilihan bagi kaum wanita tetapi yang paling popular dan disanjungi ramai adalah
7
peralatan gym yang boleh digunakan bila-bila masa kerana kebanyakan daripada mereka
adalah sibuk ataupun malu membuat aktiviti sukan di kalangan orang ramai. Dengan ini
maka penyelidik bermatlamat untuk merekabentukkan satu peralatan gym iaitu alat
“Thighgym” yang khususnya untuk meningkatkan kekuatan otot paha kaum wanita.
Matlamat tambahan penyelidik terhadap peralat gym yang ingin direkabentuk ini
adalah alat ini mesti murah, berkesan bagi meningkatkan kekuatan otot, serbaguna,
mudahalih, selamat digunakan dan mudah dibentuk supaya pihak yang berminat boleh
membinanya dengan sendiri sekiranya ingin menjimatkan kos.
Peralatan gym yang dijual di pasaran adalah mahal dan biasanya tidak mampu
dibeli oleh kalangan orang ramai yang biasa. Ini disebabkan kebanyakan daripada
peralatan gym itu adalah diimport daripada luar negara ataupun dibentuk dengan bahan
mentah dan alatan canggih yang kosnya tinggi maka harga jualan yang ditetapkan juga
mahal.
Sesuatu peralatan sukan atau peralatan gym yang pentingnya bukan disebabkan
ianya mahal atau susah didapati tetapi yang penting adalah keberkesanannya. Bagi
pilihan kaum wanita yang biasanya berjimat-cermat mereka semestinya lebih cenderung
dalam membeli satu peralatan gym yang lebih murah tetapi keberkesanannya adalah
terjamin. Oleh yang demikian, kos bagi alat ‘Thighgym” hendaklah rendah tetapi
mestilah berkesan untuk memenuhi pasaran dan permintaan kaum wanita.
Alat “Thighgym” yang direkacipta oleh penyelidik dapat mencapai tujuan
meningkatkan kekuatan otot Biceps Femoris pada paha dengan cara yang betul dan sihat
tanpa kesan negatif serta dapat mencapai keberkesanan yang maksimum. Ini kerana alat
“Thighgym” yang direkabentuk oleh penyelidik ini mengabungkan dua konsep yang
penting dalam peningkatan kekuatan otot iaitu konsep beban dan konsep tarikan elastik.
8
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah bertujuan untuk:
1.4.1 Merekabentuk satu peralatan gym iaitu alat “Thighgym” yang menggabungkan
konsep beban dan tarikan elastik.
1.4.2 Mengetahui keberkesanan alat “Thighgym” yang telah direkabentuk oleh
penyelidik terhadap peningkatan kekuatan otot Biceps Femoris di bahagian paha.
1.4.3 Mendapat maklum balas daripada responden soal selidik terhadap alat
“Thighgym” yang telah direkabentuk oleh penyelidik.
1.5 Persoalan Kajian 1.5.1 Adakah alat “Thighgym” direkabentuk dapat menggabungkan konsep beban dan
tarikan elastik?
1.5.2 Adakah alat “Thighgym” yang direkabentuk oleh penyelidik berkesan dalam
meningkatkan kekuatan otot Biceps Femoris?
1.5.3 Adakah alat ‘Thighgym” yang direkabentuk oleh penyelidik mendapat
pandangan yang positif daripada responden soal selidik?