borang pengesahan status tesis’ - fp.utm.my fileuntuk bonda dan ayahanda tersayang, yang telah...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16(Pin.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ JUDUL: FAKTOR-FAKTOR KE ARAH PENINGKATAN MODAL INSAN MINDA KELAS PERTAMA DI KALANGAN GURU- GURU DI SEBUAH SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH JOHOR BAHRU
SESI PENGAJIAN: 2006/2009 Saya HARITH BIN ABD. HAMID No. Matriks BP060069 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 46, Jalan Pulai Ria 3, Bandar Baru Kangkar Pulai, PUAN KHADIJAH BINTI DAUD 81300 Skudai, Johor Bahru. Nama Penyelia Tarikh: ___________________ Tarikh: ________________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)”
Tandatangan : ........................................................
Nama Penyelia : PUAN KHADIJAH BINTI DAUD
Tarikh : ........................................................
i
FAKTOR-FAKTOR KE ARAH PENINGKATAN
MODAL INSAN MINDA KELAS PERTAMA DI KALANGAN GURU-GURU
DI SEBUAH SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH JOHOR BAHRU
HARITH BIN ABD HAMID
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2008
ii
”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ...............................................
Nama Penulis : HARITH BIN ABD HAMID
Tarikh : ...............................................
iii
DEDIKASI
Terima kasih ke atas Guru-Guru ku yang selama ini dengan sabar mendidik,
membimbing, mengajar dan menitipkan ilmu, tulis dan baca tanpa jemu...
Untuk bonda dan ayahanda tersayang, yang telah kembali ke Rahmatullah di atas segala
doa, sokongan, jasa dan pengorbanan ... yang telah diberikan di sepanjang hayatmu,
semoga kejayaan ini sebagai amal kebajikan
yang ingin ku hadiahkan buatmu jua...
Buat isteriku yang ku kasihi,
Suhadah binti Mardan,
Terima kasih atas segala doa, dorongan dan sokongan yang dicurahkan selama ini...
Anak-anakku,
Muhammad Alief Al Hakiem dan Muhammad Syafiq Safwan,
Yang sentiasa menjadi perangsang dan kekuatan
ketika aku dalam kelemahan...
Abang-abang, kakak-kakak dan adik-adikku yang sentiasa memahamiku...
Aku amat menghargainya dan tidak akan kulupakannya...
Teman-teman seperjuangan dan teman sejati,
Perkukuhkanlah silaturrahim antara kita kerana Allah S.W.T.
Semoga kita sentiasa diredhai dan berada dalam rahmat NYA
Insya ALLAH
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Syukur
Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan
laporan Projek Sarjana Muda saya ini dengan sebaiknya.
Dikesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas saya
kepada penyelia saya iaitu, Puan Khadijah binti Daud di atas segala bimbingan dan
tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya sepanjang saya menyiapkan penyelidikan
ini. Berkat dedikasi, kesabaran dan kesungguhan beliau, segala kerumitan dapat di atasi.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Fakulti Pendidikan, EPRD
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Staf Akademik
Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, Johor Bahru yang telah memberi kerjasama
semasa kajian dijalankan.
Terima kasih kepada Dr Yusof bin Boon, Penyelaras PKPGB, teman dan rakan-
rakan seperjuangan dari kumpulan PKPGB Ambilan Pertama UTM Skudai kerana saling
memahami dan banyak memberi sokongan dan kerjasama dalam menyiapkan
penyelidikan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu-individu yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan penulisan ilmiah ini.
Akhir kata, semoga Allah SWT jualah yang akan melimpahkan rahmatNYA ke
atas mereka yang telah menyumbang segala kerjasama untuk menjayakan projek
penyelidikan ini. Wassalam.
v
ABSTRAK
Usaha menghasilkan modal insan minda kelas pertama di kalangan guru-guru
adalah menjadi suatu kemestian pada hari ini. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk
mengkaji faktor-faktor utama yang menyumbang ke arah penghasilan modal insan minda
kelas pertama di kalangan guru-guru di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor
Bahru, dalam aspek amalan pembelajaran sepanjang hayat, aspek kreativiti, aspek
kepercayaan dan aspek kompetensi. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik
yang terdiri daripada 82 item semuanya. Seramai 40 orang responden terlibat dalam
kajian ini. Data kajian yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian
Stastistical Package for Social Sciences (SPSS) version 12 for Windows. Bagi
mendapatkan jumlah kekerapan, peratus dan min. Kajian rintis telah dijalankan untuk
menguji kebolehpercayaan instrumen kajian ini dan nilai yang diperolehi ialah 0.9168
pada skala Alpha Cronbach. Dapatan kajian menunjukkan ke empat-empat aspek berada
pada tahap tinggi di dalam faktor-faktor yang menyumbang ke arah peningkatan modal
insan minda kelas pertama di kalangan responden dan aspek kreativiti merupakan
penyumbang pada tahap paling tinggi berbanding dengan yang lainnya. Justeru itu,
pengkaji mencadangkan kajian lanjutan dilakukan dalam aspek-aspek yang lebih
terperinci di masa hadapan.
vi
ABSTRACT
The effort to improve the first class human capital among the teachers nowadays
is a compulsory. The purpose of this descriptive study was to find out the factors which
contribute towards improving the first class human capital among the teachers in one of
the primary school in the district of Johor Bahru, in the aspects of lifelong learning,
creativity, trust and competencies were the most important variables to be studied. The
instrument used in this research is questionnaire that contains 82 items. 40 respondents
have been chosen for this research. The data collected were analyzed using Statistical
Package for Social Sciences (SPSS) version 12 for Windows to get the frequency,
percentage and mean. A pilot study was done earlier to test the reliability of the
instrument used in this study and the reliability values were stated at 0.9168 in the scale
of Alpha Cronbach. The findings of this study showed that all four aspects were in a
higher level which contribute towards the first class human capital among the
respondents which is creativity aspects that shows the highest to compare with other
variables. Therefore, the researcher suggested that a deeper and more detailed research
should be done in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN TESIS
PERAKUAN PENYELIA
JUDUL i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii - x
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Skop dan Batasan Kajian 12
viii
1.8 Definisi Operasional 13
1.8.1 Pembelajaran Sepanjang Hayat 13
1.8.2 Kreativiti 14
1.8.3 Kepercayaan 15
1.8.4 Kompetensi 16
1.9 Kesimpulan 16
2 TINJAUAN LITERATUR 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Pembangunan Modal Insan 18
2.3 Minda Kelas Pertama 21
2.4 Pembelajaran Sepanjang Hayat 22
2.4.1 Sistem Pementoran Sebagai Cara Peningkatan Diri 23
2.4.2 Diskusi Di Pusat Kegiatan Guru 24
2.5 Organisasi Pembelajaran 24
2.6 Aspek Kreativiti 26
2.7 Aspek Kepercayaan 27
2.8 Aspek Kompetensi 28
2.9 Kesimpulan 29
3 METODOLOGI KAJIAN 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Pembolehubah 33
3.4 Populasi Kajian 34
3.5 Keesahan dan Kebolehpercayaan 34
3.6 Instrumen Kajian 36
3.6.1 Bahagian A : Demografi 37
3.6.2 Bahagian B 37
3.7 Prosedur Kajian 38
ix
3.8 Penganalisisan Data 39
3.9 Kesimpulan 39
4 ANALISIS DATA 41
4.1 Pengenalan 41
4.2 Analisis Bahagian A 42
4.2.1 Jantina Responden 42
4.2.2 Umur Responden 43
4.2.3 Kelulusan Responden 44
4.2.4 Tempoh Berkhidmat Di Sekolah Ini 44
4.3 Analisis Bahagian B 45
4.3.1 Nilai Min Bagi Faktor-Faktor Ke Arah 45
Pembelajaran Sepanjang Hayat
4.3.2 Tahap Taburan Kekerapan FaktorAmalan Pembelajaran
Sepanjang Hayat 46
4.3.3 Tahap Taburan Kekerapan Faktor Kreativiti 47
4.3.4 Tahap Taburan Kekerapan Faktor Kepercayaan 47
4.3.5 Tahap Taburan Kekerapan Faktor Kompetensi 48
4.3.6 Tahap Taburan KekerapanFaktor Yang Paling
Menyumbang Ke Arah Peningkatan Modal Insan
Minda Kelas Pertama Di Kalangan Guru-Guru
Di sekolah Yang Di kaji 49
4.4 Penutup 50
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGA 51
5.1 Pengenalan 51
5.2 Perbincangan 52
5.3 Rumusan 58
5.4 Cadangan 59
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59
5.6 Penutup 60
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Rekabentuk Soal Selidik 36
3.2 Bilangan Item Yang Terdiri Daripada
Pembolehubah Bebas 38
3.3 Analisis Skor Min 39
4.1 Jantina Responden 42
4.2 Umur Responden 43
4.3 Kelulusan responden 44
4.4 Tempoh Berkhidmat Di Sekolah Ini 44
4.5 Nilai Min Bagi Faktor-Faktor Ke Arah
Peningkatan Modal Insan 45
4.6 Tahap Taburan Kekerapan Faktor Amalan Pembelajaran
Sepanjang Hayat 46
4.7 Tahap Taburan Kekerapan Faktor Kreativiti 47
4.8 Tahap Taburan Kekerapan Faktor Kepercayaan 47
4.9 Tahap Taburan Kekerapan Faktor Kompetensi 48
4.10 Tahap Taburan KekerapanFaktor Yang Paling Menyumbang
Ke Arah Peningkatan Modal Insan Minda Kelas Pertama 49
xiii
SENARAI SIMBOL
BPG - Bahagian Pendidikan Guru
ICT - Information and Communicational Technology
IPG - Institut Pendidikan Guru
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KPT - Kementerian Pengajian Tinggi
RMK - Rancangan Malaysia Ke
SGM - Standard Guru Malaysia
TMK - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 67 - 74
B Surat Kebenaran Dari Kementerian Pelajaran
Malaysia 75 - 76
C Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran
Negeri Johor 77
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Berbagai-bagai perubahan telahpun dilakukan oleh manusia bagi membentuk
tamadun masing-masing dalam usaha mereka untuk mencapai kecemerlangan. Dalam
semua usaha yang dilakukan untuk memperbaiki lagi keadaan, penambahan nilai kepada
yang sedia ada menjadi dorongan yang menimbulkan kemajuan. Di samping itu,
penemuan baru, pengubahsuaian serta rekaan dan ciptaan terkini akan menjadi
pemangkin dan penggerak kepada perubahan. Kita harus terus melakukan perubahan
dalam setiap aspek kehidupan, kerana, jika tidak, kita akan ditinggalkan oleh perubahan
yang berlaku di sekeliling kita (Ahmad Zaharudin, 2001).
Menurut Rosna Taib (2001) dalam Ahmad Zaharudin (2001), proses memupuk
ilmu bermula dengan perolehan ilmu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran,
pelajar menimba ilmu daripada guru yang mempunyai kefahaman yang lebih mendalam
dan pengalaman yang lebih luas. Sebahagian besar manusia ialah pengguna ilmu
sementara sekumpulan yang lebih kecil, tetapi lebih berkeupayaan, menjadi orang yang
mencetuskan idea baru yang kemudian distrukturkan sebagai ilmu.
2
“Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan
lagi kemewahan.” Demikian antara ungkapan penting Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Beliau turut
berpendapat bahawa pembangunan modal insan, anjakan minda dan pemikiran warga
satu cabaran terbesar (Zaini Ujang, 2008).
Dengan memetik kata-kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin
Haji Ahmad Badawi, “Masyarakat berminda kelas pertama adalah masyarakat yang
berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan
memiliki kekuatan moral. Mereka juga tahu menghayati dan menghargai budaya,
kesenian dan warisan serta sejarah Negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya
kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh
arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja
dan Negara sentiasa dijunjung”.
Pembentukan masyarakat minda kelas pertama menjadi agenda penting negara
selepas Perdana Menteri menjadikannya teras kedua misi nasional yang terkandung
dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Ia tidak terbentuk dengan sendiri,
sebaliknya perlu ada usaha memupukkannya secara sistematik dan terlaksana. Oleh itu
segenap lapisan masyarakat perlulah memiliki minda kelas pertama bagi mendepani
pelbagai cabaran dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dengan sentiasa berfikiran
positif, kreatif dan inovatif. Inilah asas kepada pembentukan minda kelas pertama iaitu
berteraskan kepada keupayaan masyarakat meningkatkan ilmu pengetahuan.
Menurut Zulkefli (2005), pembelajaran sepanjang hayat atau pembelajaran
berterusan pula dapat ditakrifkan sebagai “.. proses sepanjang hayat yang terdiri daripada
latihan, pembangunan diri dan pembelajaran. Apabila seseorang itu bekerja dalam
persekitaran di mana ketiga-tiga aspek ini wujud, dan mengambil bahagian dalam setiap
satu, maka pembelajaran sepanjang hayat menjadi kenyataan”.
3
Usaha untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat adalah merupakan
sebahagian strategi pembelajaran penting bagi sesebuah organisasi. Ianya tidak akan
berlaku dalam sekelip mata. Setiap individu perlu bertanggungjawab bagi pembelajaran
diri sendiri dan dilengkapkan dengan ilmu yang kental untuk menghadapi cabaran-
cabaran semasa dan akan datang. Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya
merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses
pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi samada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional
atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Konsep ini
merujuk kepada proses dimana pekerja mendapatkan pengetahuan / tacit knowledge serta
melalui pengalaman bagi meningkatkan kemahiran.
Menurut Raymond (2002), pembelajaran sepanjang hayat memerlukan pekerja
memahami keseluruhan sistem kerja termasuk perhubungan di antara kerja mereka, unit
kerja mereka dan organisasi. Pekerja diharapkan memperolehi kemahiran baru,
menggunakannya dalam kerja dan berkongsi maklumat dengan pekerja lain. Pengalaman
yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari secara bentuk yang
biasa, tidak juga secara formal dan latihan. Ianya memerlukan pusingan yang berterusan
mencipta dan memahami erti perkongsian ilmu.
Kreativiti adalah suatu potensi dan kebolehan asasi yang dimiliki oleh semua
manusia. Tidak ada seorang manusia pun di dunia ini yang tidak kreatif. Jika ada yang
mengatakan sebaliknya dia seolah-olah menyanggah anugerah yang telah diberikan oleh
Allah s.w.t. Cuma kecenderungan dan keupayaan seseorang itu berkreativiti banyak
bergantung kepada faktor diri, persekitaran dan jenis masalah yang dihadapi. Selain itu,
kebolehan dan bakat kreatif mestilah dipupuk dan dibaja dengan betul dengan pendekatan
yang sesuai dan bersistem. Walaupun kreativiti merupakan suatu anugerah yang telah
diberikan oleh Tuhan sejak azali, jika ia tidak dipupuk oleh persekitaran dan diri sendiri,
hasil kreativiti yang berkualiti tidak mungkin berhasil (Mohd Azhar Abd Hamid, 2004)
4
Dalam satu penyelidikan pendidikan menunjukkan bahawa mengajar (teaching)
bertambah kurang efektif selepas tahun kelima hingga tahun ketujuh (Cameron dan
McLaughlin dalam Hancock, et al., 1983). Dalam konteks ini, program perkembangan
profesional adalah perlu untuk golongan guru yang bertambah kurang efektif dari segi
pengajaran dalam bilik darjah. Garmston (1991), berpendapat bahawa tugas utama
berkaitan perkembangan profesional guru-guru pada dekad ini ialah mengubah struktur
tempat kerja, sebagai akitek sosial untuk membina satu budaya pembelajaran. Oleh yang
demikian, latihan dalam perkhidmatan yang berpusatkan pembaharuan, menekankan
keperluan guru-guru, dan yang berterusan, perlu di atur dan dilaksanakan untuk
meningkatkan lagi keberkesanan dan kompetensi serta profesionalisme guru-guru.
Kajian menunjukkan bahawa jenis program latihan dalam perkhidmatan untuk
guru yang berjaya adalah jenis program dalam sekolah ( in school in-service program),
dan bukannya program yang meliputi sebuah daerah keseluruhannya (Wood dan
Thompson, 1980). Ini bermakna bahawa penglibatan pentadbir sekolah dan guru-guru
sekolah dalam perancangan, organisasi dan pelaksanaan, serta menetapkan objektif
program adalah penting. Sehubungan dengan itu dalam usaha melahirkan modal insan
bertaraf dunia, usaha untuk membangunkan sumber manusia dari kalangan guru-guru
menjadi begitu begitu penting, justeru program-program latihan dalam perkhidmatan bagi
meningkatkan kompetensi guru-guru perlu kerap dijalankan.
Menurut Tajul Arifin (2002), Martabat manusia terletak pada ketinggian
akhlaknya. Atas kesedaran inilah faktor akhlak perlu dibincang secara khusus sebagai
satu strategi pembinaan insan. Sesungguhnya konsep akhlak tidak sama dengan moral.
Ini disebabkan akhlak berpaksikan aqidah. Maksudnya tingkahlaku yang berakhlak
sentiasa membawa seseorang manusia itu mendekati Tuhannya untuk mencari kecintaan
dan keredhaanNya. Kesucian akhlak bersifat sejagat. Manakala moral adalah tingkah
laku baik mengikut kaca mata dan peraturan ciptaan manusia yang terbatas. Walau
bagaimanapun, kedua-duanya dapat dilaksanakan secara seiring asalkan berpaksikan
kepada aqidah. Iaini kepercayaan dan kepatuhan yang bersungguh-sungguh terhadap
Allah s.w.t.
5
1.2 Latarbelakang Masalah
Falsafah Pendidikan Negara menggariskan tiga bidang utama tujuan pendidikan
iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, perpaduan rakyat dan kemakmuran
negara. Usaha-usaha ke arah pencapaian faktor-faktor tersebut merupakan matlamat
pendidikan negara. Falsafah ini menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh
kepada kewujudan perpaduan rakyat dan kemakmuran negara. Insan yang baik dan
sempurna memiliki dan menghayati ciri-ciri yang berikut :
• Percaya dan patuh kepada Tuhan.
• Berilmu pengetahuan dan berketerampilan.
• Berakhlak mulia.
• Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
• Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
• Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Manusia dicipta oleh Allah s.w.t. dan dilengkapi dengan potensi dan kemampuan
untuk hidup, baik yang berupa fizikal maupun bukan fizikal. Ini meliputi kesedaran akal
fikiran dan perasaan yang berfungsi dengan penuh keharmonian. Justeru manusia diberi
kemampuan dan kesanggupan menilai sesuatu dan mengambil keputusan untuk bertindak
dengan bijaksana berdasarkan ilmu yang diperolehi daripada fungsi akal fikiran, perasaan
dan kesedarannya dengan keizinan daripada Allah s.w.t. (Tajul Ariffin, 2002).
Manusia yang memiliki sahsiah bersepadu akan lahir sebagai insan yang sentiasa
bersyukur, bersedia menerima segala ujian, dan cabaran hidup dengan penuh kesabaran
serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapinya dengan tenang. Ia
mampu menikmati ketenteraman dan ketenangan jiwa. Ketenangan dan kesejahteraan
yang dimiliki bukan sahaja bermanfaat kepada dirinya, malah hidup subur dalam
hubungannya yang harmoni dengan orang lain dan yang penting dengan Maha Pencipta.
Insan yang dilahirkan dalam sistem bersepadu akan insaf bahawa sesungguhnya manusia
dan alam ini tidak mungkin terjadi dengan sendiri, sebaliknya dicipta oleh Yang Maha
6
Pencipta. Keyakinan ini akan meneguhkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam
sebenarnya adalah hukum-hukum Tuhan. Manusia adalah dipertanggungjawabkan untuk
mengkajinya. Oleh yang demikian, faktor kepercayaan dalam konteks pembangunan
sumber manusia ke arah melahirkan modal insan bertaraf dunia sewajarnya diberikan
keutamaan.
Halatuju dan aspirasi Negara memerlukan kemantapan rakyat yang berilmu
pengetahuan, berwibawa serta berkemampuan untuk menghadapi tekanan-tekanan dan
semua cabaran bagi menjamin kesejahteraan hidup yang berkualiti, bermaruah dan
‘survival’ negara dalam arus kemajuan dan persaingan supaya tidak ketinggalan dan
tertindas. Oleh itu, setiap organisasi perlu bertindak untuk melakukan perubahan untuk
bersaing di dalam ketidaktentuan aliran perubahan dunia agar dapat terus maju dan kukuh
(Kanter, 1989; Drucker, 1993), dan berusaha agar dapat menyaingi persaingan-
persaingan yang berlaku serta memperolehi dan mempertahankan kelebihan persaingan
untuk kesejahteraan organisasi tersebut (Guns, 1996).
Globalisasi ekonomi dan persaingan telah menuntut sekolah bertindak balas
dengan lebih sensitif dan pantas terhadap perubahan dalam masyarakat dan kian
dikenalpasti sebagai tumpuan kepada permasalahan dan penyelesaian (Leithwood
et.al,1998). Ini bermaksud masyarakat kini percaya sekolah mempunyai kesan tidak
langsung kepada kemelut yang dihadapi akibat globalisasi ekonomi dan pada masa yang
sama masyarakat juga percaya sekolah mampu menyelesaikan masalah-masalah ini.
Untuk menyahut cabaran globalisasi ini, pengurusan dan pentadbiran organisasi sekolah
perlu mengubah amalan-amalan yang menghalang transformasi kepada bentuk yang
dinamik. Mereka perlu mempunyai kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang tinggi di
mana mereka perlu mengambil kira kesan perubahan ke atas keseluruhan organisasi
apabila sesuatu tindakan diambil. Untuk mewujudkan keadaan ini organisasi perlu terus
belajar dan mengamalkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Ini dilakukan dengan
mengutamakan dan menyokong semua pekerjanya supaya sentiasa memajukan diri
dengan memperluaskan pengalaman dan mempertingkatkan kemahiran serta kompetensi
7
diri. Jalan terbaik untuk mengembangkan budaya belajar ke tahap tinggi adalah melalui
konsep Organisasi Pembelajaran (Kline dan Saunders, 1998).
Guru adalah penggerak dalam pembangunan ummah. Menjadi guru bukan
semata-mata menjawat satu pekerjaan. Sebenarnya, gurulah yang mencorakkan masa
depan anak-anak untuk menjadi insan intelek yang bertakwa. Oleh itu tugas mendidik
memerlukan tanggunjawab dan iltizam yang sepenuhnya. Dalam arus pendidikan di era
Wawasan 2020, tugas guru semakin mencabar. Gurulah yang dapat menyelamatkan
anakbangsa daripada menjadi mangsa keganasan arus pembangunan ini. Gurulah yang
menjadi penggerak untuk menghasilkan generasi yang cemerlang dari segi kerohanian
dan kebendaan, dan membina kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Bagi
mencapai matlamat ini, adalah diharapkan guru-guru akan berusaha untuk memahami
dan mengamalkan ciri-ciri profesional seperti meningkatkan kualiti diri, berbudi pekerti,
beramah mesra,, merendah diri, bersemangat untuk berbakti dan sentiasa jujur.
Menurut A.Hamid (2004), perubahan dan kemajuan dari segi amalan, latihan dan
budaya yang dibawa oleh kepimpinan pengurusan dan pentadbiran institusi pendidikan,
khususnya sekolah, perlu dirancang dengan penglibatan kesemua ahli organisasi secara
teliti dan bersesuaian ke arah penambahbaikan, serta menjadikan institusi tersebut, iaitu
sekolah sebagai bestari, efektif dan produktif (Shuib Dirwan & Sufaat Tumin, 2001).
Cara dan jalan untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan organisasi ini adalah
melalui pembelajaran serta mewujudkan budaya belajar di dalam organisasi.
Kesungguhan dan komitmen guru-guru di sekolah untuk mempertingkatkan lagi
tahap profesionalisma dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah pembangunan dan
peningkatan sekolah perlu sentiasa diberi perhatian dan mendapat sokongan pihak
pentadbiran dan pengurusan sekolah. Fullan (1982) dalam A. Hamid (2004) menegaskan
bahawa proses perkembangan individu atau staf boleh berlaku dalam konteks sosialisasi
di mana pembelajaran yang signifikan berlaku hasil dari inovasi yang meliputi perubahan
pada tanggapan atau anggapan, sikap dan kepercayaan guru, kaedah, strategi dan bahan
pengajaran yang guru gunakan.
8
Langkah perkembangan staf begini juga sesuai dengan pendapat Larkin (1985)
yang menyatakan bahawa kemampuan kemahiran guru dalam pengajaran dan
penyelesaian masalah, peningkatan kesedaran dan pengetahuan terhadap perubahan dan
perkembangan semasa dalam bidang pendidikan, pembangunan kepimpinan dan
kemajuan profesionalisma guru serta keberkesanan mereka adalah melalui latihan, sama
ada di sekolah, pada hujung minggu, atau pada masa cuti sekolah. Kolaborasi di
kalangan guru secara tidak langsung mewujudkan suatu komuniti pembelajaran (Costa
dan Garmston, 1994).
Organisasi kreatif ialah organisasi yang mempunyai falsafah, matlamat dan
objektif yang kreatif. Kreativiti menjadi teras perkembangan dan pembangunan dalam
sesebuah organisasi. Ia memiliki kapasiti pekerja kreatif dan inovatif, mampu
menghasilkan produk dan perkhidmatan yang inovatif, mampu bersaing secara sihat dan
waras. Paling penting sesebuah organisasi itu memiliki kepimpinan kreatif yang
kemudiannya dapat menyuburkan iklim dan suasana kreatif di kalangan pekerjanya.
Roffe (1999), menegaskan :
”The climate for creativity needs to be responsive to the whole process.
However, a firm’s climate is one of the most difficult development areas to change and
always needs total commitment and involvement from the top management”.
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Salleha (2001), berdasarkan latar belakang masalah yang telah
dijelaskan, kebanyakan organisasi sekolah kurang mengamalkan tabiat belajar secara
kolektif dan kolaboratif apatah lagi bebas dan terbuka. Keadaan ini menyebabkan ramai
para kakitangan tidak mampu bertindak secara efektif dan cekap di tempat kerja
walaupun mereka telah menghadiri kursus, latihan dan kemahiran. Keadaan ini
9
menghalang proses penambahbaikan terhadap individu atau kumpulan dalam organisasi
tersebut.
Hasil daripada pembacaan dari kajian literatur yang mendalam serta pemerhatian
secara rambang, pengkaji sedar bahawa telah wujud aktiviti-aktiviti dalam aspek amalan
pembelajaran sepanjang hayat, aspek kreativiti, aspek kepercayaan dan aspek
kompetensi ke arah peningkatan modal insan minda kelas pertama di kalangan guru-guru
di dalam organisasi sekolah. Oleh itu pengkaji ingin meninjau apakah faktor-faktor yang
menyumbang ke arah peningkatan modal insan minda kelas pertama di kalangan guru-
guru di salah sebuah sekolah di daerah Johor Bahru.
Untuk tujuan ini, pengkaji akan menjalankan kajian di salah sebuah Sekolah
Kebangsaan berstatus dalam bandar di Zon Gelang Patah, Johor Bahru dalam usaha
menuju ke arah peningkatan modal insan minda kelas pertama di kalangan guru-guru
melalui aspek amalan pembelajaran sepanjang hayat, aspek kreativiti, aspek kepercayaan
dan aspek kompetensi.
1.4 Objektif Kajian
Secara khususnya objektif kajian ini adalah seperti berikut :
1.4.1 Mengenalpasti sejauh mana tahap amalan pembelajaran sepanjang hayat di
kalangan guru-guru dapat menyumbang ke arah peningkatan modal insan minda kelas
pertama.
1.4.2 Mengenalpasti sejauh mana tahap kreativiti yang dimiliki dapat menyumbang ke
arah peningkatan modal insan minda kelas pertama di kalangan guru-guru.
10
Mengenalpasti sejauh mana tahap kepercayaan diri guru-guru dapat menyumbang ke arah
peningkatan modal insan minda kelas pertama.
Mengenalpasti sejauh mana tahap kompetensi yang dimiliki oleh guru-guru dapat
menyumbang ke arah peningkatan modal insan minda kelas pertama.
Untuk mengenalpasti apa faktor utama yang paling menyumbang ke arah peningkatan
modal insan minda kelas pertama di kalangan guru-guru.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah tahap amalan pembelajaran sepanjang hayat yang dimiliki oleh guru-guru
dapat menyumbang ke arah peningkatan modal insan minda kelas pertama.
1.5.2 Apakah tahap kreativiti yang dimilki oleh guru-guru dapat menyumbang ke arah
peningkatan modal insan minda kelas pertama.
1.5.3 Apakah tahap kepercayaan diri yang dimiliki oleh guru-guru dapat menyumbang
ke arah peningkatan modal insan minda kelas pertama.
1.5.4 Apakah tahap kompetensi yang dimiliki oleh guru-guru dapat menyumbang ke
arah peningkatan modal insan minda kelas pertama.
1.5.5 Apakah tahap yang paling utama menyumbang ke arah peningkatan modal insan
minda kelas pertama di kalangan guru-guru di sekolah yang dikaji.