borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filekepentingan malaysia seperti yang termaktub di dalam...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: REKACIPTA ALAT MASA REAKSI BERMOTOR BERDASARKAN PERMAINAN TRADISIONAL KONDA KONDI
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya: MUHAMMAD FAUZI BIN NARSRI_________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 37 KG PERMAS KELAPA, PM. DR. ABDUL HAFIDZ BIN HJ. OMAR 82300 KUKUP PONTIAN, JOHOR. Tarikh : __19 APRIL 2010 _____ Tarikh: _19 APRIL 2010 __________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”
Tanda tangan :
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR ABDUL HAFIDZ BIN HJ OMAR
Tarikh : APRIL 2010
REKACIPTA ALAT MASA REAKSI BERMOTOR
BERDASARKAN PERMAINAN TRADISIONAL KONDA KONDI
MUHAMMAD FAUZI BIN NARSRI
Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Pelajar : MUHAMMAD FAUZI BIN NARSRI
Tarikh : APRIL 2010
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat,
Arwah ibu
Arfiah Bte Mahmood
Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat
Ayah yang disayangi
Narsri Bin Omar
Nasihat dan amanatmu yang menjadi pedoman,
Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…
semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Insyaallah…
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah segala pujian-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang
memberikan kita ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhamad
S.A.W. yang telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi kesempatan dan peluang
untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih juga kepada semua
pensyarah Fakulti Pendidikan serta Fakulti Mekanikal yang telah banyak memberi
nasihat dan tunjuk ajar selama ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada penyelia tesis, Prof.
Madya Dr Abdul Hafidz Bin Hj Omar atas bimbingan dan dorongan yang diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga kalungan terima
kasih buat rakan-rakan seperjuangan, warga 4 SPS khususnya serta para pelajar Sains
Sukan secara amnya. Terima kasih juga kepada individu yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam penulisan ini.
v
ABSTRAK
Dewasa ini, permainan-permainan tradisional seakan-akan dipinggirkan dan
semakin dilupakan terutamanya generasi muda, bahkan mereka tidak mengenali
permainan-permainan tradisional yang pernah dimainkan generasi terdahulu. Oleh itu,
penyelidik mengambil inisiatif untuk merekabentuk suatu alat mekanikal berasaskan
permainan konda kondi. Objektif alat masa reaksi berasaskan permainan konda kondi
dicipta untuk menguji tahap masa reaksi pengguna disamping menarik minat pengguna
terhadap permainan tradisional. Dengan menggunakan komponen-komponen kereta
yang terpakai, alat ini direka berasaskan permainan konda kondi. Spring mampatan
digunakan untuk melambungkan kayu seperti dalam permainan konda kondi. Motor
digunakan untuk menarik spring dan memampatkannya. Jarak mampatan spring boleh
ditentukan untuk mendapatkan tahap kelajuan yang berbeza. Tahap kelajuan yang
berbeza ini bertindak sebagai penentu masa reaksi pengguna yang menggunakan alat
yang direkacipta. Ujian Yardstick (Hoeger dan Hoeger, 2004) digunakan sebagai
penanda aras norma. Hasil dari ujian yang dijalankan menunjukkan perbandingan
antara ujian yardstick; iaitu ujian masa reaksi menggunakan kayu panjang dengan ujian
menggunakan alat yang direkacipta terhadap subjek adalah sepadan. Kesimpulannya,
alat yang direka mempunyai nilai kesahan yang tinggi dari perbandingan yang
dijalankan antara kedua-dua ujian menunjukkan nilai yang sepadan.
vi
ABSTRACT
These days, traditional games are being neglected and being forgotten especially
by the younger generation who do not even know the traditional games that were
played by the earlier generations. Therefore, the researcher took the initiative to create a
mechanical device according to the traditional game ‘Konda kondi’. The objective of
the reaction time device base on the traditional game ‘konda kondi’ is to test the
reaction time of the users as well as to attract the users towards traditional games.
Using used car components, this device was built to function as the game konda kondi
is played. Compression spring was used to eject a wooden stick just like in the game.
To compress the spring, a motor is used. Different compression level of the spring can
be set to get different speed levels. These different speed levels are used to determine
the reaction time of the user. The norm from the Yardstick test (Hoeger dan Hoeger,
2004) was used as a guideline. From the test conducted, a comparison between the
yardstick test; that are used for reaction time with test conducted using the devise, the
outcome are match. In conclusion, the device that was developed has high validity base
on the comparison between the two tests. From the test conducted, it can be seen that
the outcome of the comparison between the yardstick test and the reaction time test
using the konda kondi device were the same.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURATPERAKUAN DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi ISI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL ix SENARAI RAJAH x
1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar belakang kajian 3 1.3 Pernyataan masalah 4 1.4 Objektif kajian 4 1.5 Persoalan kajian 5 1.6 Kepentingan kajian 5 1.7 Limitasi kajian 7 1.8 Skop kajian 7 1.9 Definisi operasi 8 1.1 Kesimpulan 9
2 SOROTAN KAJIAN 10 2.1 Pengenalan 10 2.2 Teori rekacipta 10 2.3 Masa reaksi 13 2.4 Konda kondi 16 2.5 Sains dan teknologi dalam sukan 18 2.6 Kajian berkaitan 20 2.7 Kesimpulan 23
viii
3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 24 3.2 Rekabentuk projek 25 3.3 Populasi dan persampelan 29 3.4 Alat kajian 29 3.5 Prosedur kajian 30 3.6 Pengumpulan data 34 3.7 Penganalisisan data 34 3.8 Kesimpulan 34
4 ANALISIS DATA 35 4.1 Pengenalan 35 4.2 Analisis kajian 36 4.3 Kesimpulan 38
5 PERBINCANGAN KAJIAN 39 5.1 Pengenalan 39 5.2 Perbincangan persoalan kajian 40 5.3 Penambahbaikkan 43 5.4 Kesimpulan 44
RUJUKAN 45
Lampiran A-C 47
ix
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Norma bagi pengujian Yardstick 31 4.2 Skor masa reaksi berdasarkan ujian
Yardstick 36
4.3 Perbandingan ujian Yardstick - ujian alat rekacita
37
x
SENARAI GAMBARAJAH
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Pengujian Yardstick 22 2.2 Pengambilan ukuran skor 22 3.1 Lakaran pertama 26 3.2 Lakaran kedua 27 3.3 Carta alir proses penghasilan projek 28 3.4 Alat masa reaksi 29 3.5 Motor alat 30
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam dunia yang serba moden ini, pelbagai peralatan telah dicipta untuk
memenuhi kehendak para pengguna untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Pelbagai kajian telah dijalankan bagi menghasilkan produk yang dapat membantu
meringankan tugas atau kerja pengguna. Begitu juga dalam sukan. Menurut Bramham
dan Hylton (2001) mereka yang terlibat dengan pembangunan sukan merupakan
mereka yang memastikan peningkatan dan pembaikan dalam mempromosikan minat,
penyertaan dan persembahan yang baik dalam sukan.
Pada masa ini, sukan telah menjadi salah satu cabang pekerjaan yang diiktiraf
profesional. Perubahan zaman membawa kepada perubahan dalam pelbagai aspek.
Keupayaan manusia turut berubah. Dengan kajian-kajian yang dijalankan, pelbagai
alatan baru yang direkacipta dapat membantu meningkatkan prestasi ahli sukan dalam
sukan yang diceburi.
2
Sejarah sendiri telah menunjukkan perkembangan teknologi dalam sukan.
Dassler (1930) telah mewujudkan revolusi dalam sukan dengan memperkenalkan kasut
bertapak paku untuk sukan larian, bola sepak dan sebagainya. Beliau telah merekacipta
tapak kasut yang berpaku dalam membantu meningkatkan prestasi pengguna. Dalam
acara larian, paku yang terdapat pada tapak kasut memberikan cengkaman yang lebih
baik di mana pecutan dan daya tujahan akan bertambah serta masa yang diperlukan
oleh pelari akan berkurangan. Sehingga kini jenama yang dihasilkan oleh beliau telah
digunakan dengan meluas di seluruh dunia iaitu jenama ‘Adidas’.
Di Malaysia ini sendiri pelbagai kajian telah dijalankan untuk menyalurkan
khidmat maklumat kepada pusat-pusat sains sukan, menyediakan video motivasi
kepada pusat psikologi, membantu cawangan perubatan sukan mengenal pasti punca
kecederaan atlet semasa pertandingan, melakukan kajian dari sumber yang dimiliki dan
berperanan mendidik atlet dan jurulatih akan kepentingan teknologi sukan dalam
pencapaian atlet. Perkara yang berkaitan ini telah dijalankan oleh Institut Sukan Negara
(ISN) (Ramlan Abd. Aziz, 2008).
Senator Dato’ Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan
bangunan ISN pada 20 Oktober 1992. Penubuhan institut ini adalah sejajar dengan
Dasar Sukan Negara yang diluluskan oleh kabinet pada 20 Januari 1988.
Unit Teknologi Sukan ISN berfungsi sebagai pusat perkembangan dan
penganalisaan bidang teknologi, di mana penganalisaan dilakukan dengan dengan
menggunakan teknologi yang terkini. ISM menjadi pusat Penyelidikan dan
Pembangunan (RND) dalam menghasilkan analisis perisian yang boleh membantu
3
sukan tanahair dengan kos yang rendah dengan bantuan kepakaran tempatan dan asing.
ISN turut menjadi pusat rujukan bagi jurulatih dan penggiat sukan melalui hasil analisis
yang telah di arkibkan.ISN juga berperanan mewujudkan hubungan yang erat dengan
negara-negara maju terutama dalam aspek teknologi sukan. Ini kerana negara mampu
menghasilkan perisian dan perkakasan tersendiri.
Jurulatih turut dididik untuk berfikir secara lebih kreatif dan inovatif dalam
bidang kejurulatihan dengan menggunakan bantuan teknologi sukan kerana teknologi
sudah menjadi sebahagian dari punca kejayaan seseorang atlet atau pasukan. Dengan
ini, atlet dapat meningkatkan prestasi mereka dengan peralatan yang berteknologi
terkini dan memajukan sukan di negara ini (Ramlan Abd. Aziz, 2008).
1.2 Latar Belakang Kajian
Masa reaksi atau “Reaction Time” dalam sukan merupakan salah satu aspek
yang penting yang perlu dititikberatkan. Dalam beberapa sukan yang tertentu, masa
reaksi adalah komponen penting dalam menentukan kemenangan. Sukan seperti larian
pecut, lawan pedang, tinju, renang dan sebagainya memerlukan atlet bertindak balas
dengan pantas.
Dalam dunia yang berteknologi kini, pelbagai kajian telah dijalankan untuk
menghasilkan alatan yang lebih baik dan mudah digunakan di samping menarik minat
pengguna untuk menggunakannya serta menerapkan aspek-aspek keselamatan kepada
pengguna.
4
‘Dari tradisional ke moden’ merupakan aspek utama yang cuba diterapkan
dalam kajian ini. Dengan menggunakan konsep permainan ‘Konda-kondi’, reaksi
terhadap pukulan menjadi faktor yang diambil kira. Menurut Shamsul Anuar dan
Ahmad Shahar (2005) konda kondi merupakan salah satu permainan kanak-kanak
tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak menggunakan beberapa alatan kayu yang
dipanggil ‘ibu’ dan ‘anak’. Ibu merupakan kayu panjang yang digunakan untuk
menguis, melambungkan dan memukul anak atau kayu pendek.
1.3 Pernyataan Masalah
Dewasa ini, permainan-permainan tradisional seakan-akan dipinggirkan dan
semakin dilupakan. Peredaran zaman dan perkembangan teknologi telah menghasilkan
pelbagai corak permainan baru yang menjadi kegilaan generasi muda. Sistem
permainan yang berunsur maya telah menjadi pilihan generasi baru untuk mengisi masa
lapang mereka. Ramai diantara mereka yang tidak mengenali permainan-permainan
tradisional yang pernah dimainkan generasi sebelumnya.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:
5
1.4.1 Merekacipta alat masa reaksi berasaskan permainan konda kondi
disamping menarik minat pengguna menggunakannya.
1.4.2 Menguji tahap masa reaksi pengguna.
1.4.3 Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan masa reaksi dari alat yang
dihasilkan.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah:
1.5.1 Bagaimana alat yang dihasilkan dapat menguji masa reaksi pengguna?
1.5.2 Apakah tahap kesahan dan kebolehpercayaan alat yang dihasilkan?
1.6 Kepentingan Kajian
Terdapat beberapa kepentingan dalam merekacipta alat ini. Antara kepentingan
yang dapat dinyatakan adalah: