borang pengesahan status tesis - fp.utm.my fileperpustakaan universiti teknologi malaysia dibenarkan...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TINJAUAN MASALAH AHLI JAWATANKUASA KANTIN
DALAM MEMANTAU KANTIN SEKOLAH DI ZON BANTING, DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya RAMLAN BIN OMAR(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD __ (T A
LO 42 Ta CATATAN
Disahkan oleh,
_________________________ ___________________________ ANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
lamat Tetap: T 576, KAMPUNG CHODOI, EN. MOHD. RIZAL BIN MOHD. SAID ,
700 BANTING, SELANGOR NAMA PENYELIA
rikh: APRIL 2009 Tarikh: APRIL 2009
* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : .......................................................................
Nama Penyelia : ENCIK MOHD. RIZAL BIN MOHD. SAID
Tarikh : .......................................................................
TINJAUAN MASALAH AHLI JAWATANKUASA KANTIN DALAM
MEMANTAU KANTIN SEKOLAH DI ZON BANTING,
DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR.
RAMLAN BIN OMAR
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .......................................
Nama Penulis : RAMLAN BIN OMAR
Tarikh : .......................................
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyanyang
Hanya Engkaulah Tempat Ku Berserah
Buat Ayah Dan Ibuku,
Omar Bin Taib Dan Allahyarhamah Maznah Binti Safar
Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya Doa Dapat Ku Sampaikan.
Semoga Allah Kurniakan Kebahgiaan Dunia Dan Akhirat
Untuk Yang Tercinta
Isteri Yang Amat Disayangi Sharifah Ruslini Syed Omar
Terima Kasih Atas Segalanya
Serta
Untuk Anak-Anak Yang Dikasihi
Umar Syarif Dan Siti Sara
Kau Adalah Semangatku
Tidak Lupa
Penyelia Pembimbing Yang Banyak Memberikan Didikan Dan Bimbingan
Encik Mohd. Rizal Mohd. Said
Akhirnya
Rakan-Rakan PKPG
Sentiasa Bersama Menempuh Suka Dan Duka
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulilah segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan
limpah dan kurnia-Nya Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih khasnya kepada, Encik Mohd
Rizal Bin Mohd. Said di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, saranan-saranan yang
bernas, sokongan yang berterusan serta kesediaan beliau meluangkan masa
menyemak laporan ini di sepanjang tempoh laporan kajian ini disiapkan.
Kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran
Negeri Selangor, dan sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini. Tidak lupa juga
kepada individu-individu yang sanggup memberikan bantuan dan sokongan.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah dan kakitangan
akademik Fakulti Pendidikan UTM. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan-
rakan seperjuangan, 4 SPH PKPG serta kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh Ahli Jawatankuasa Kantin dalam memantau kantin sekolah. Masalah
yang dikaji adalah masalah dari aspek kekurangan pengetahuan, aspek hubungan
bebanan tugas dan aspek kekangan masa. Seramai 70 orang di kalangan Ahli
Jawatankuasa Kantin Sekolah dari Zon Banting, Daerah Kuala Langat, Selangor
terpilih sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan
mengedarkan set borang soal selidik kepada responden. Data yang diperolehi telah
dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan program Statistical Package for
Science (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan kekerapan dan peratus. Hasil kajian
telah menunjukkan masalah dari aspek kekurangan pengetahuan, aspek hubungan
bebanan tugas dan aspek kekangan masa wujud pada tahap yang rendah dalam
menjalankan tugas pemantauan kantin sekolah. Cadangan telah dikemukan bagi
meningkatkanlah keberkesanan pemantauan kantin sekolah.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to identify the problem faced by School
Canteen Committee Member in monitoring school canteen. Problems looked into
are lack of knowledge, job load and time constraints. 70 respondents from School
Canteen Committee member in Banting Zone, Kuala Langat District, Selangor were
selected as respondents for this study. This study was conducted by distributing
questionnaires to respondents. Data collected were analyzed using descriptive
statistics and Statistical Package for Science (SPSS) version 15.0 to seek frequency
and percentage. Survey results had pointed out problem from lack of knowledge, job
load and time constraints in low-level pursuant to school canteen monitoring task.
Recommendations have been forth in enhancing the effectiveness of school canteen
monitoring.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
viii
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Sekolah 9
1.6.2 Jawatankuasa Kantin 9
1.6.3 Pengusaha Kantin 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definasi Istilah 10
1.8.1 Masalah 10
1.8.2 Jawatankuasa 11
1.8.3 Pemantauan 11
1.8.4 Kantin 11
1.8.5 Kekurangan pengetahuan 11
1.8.6 Hubungan bebanan tugas 12
1.8.7 Kekangan masa 12
1.9 Kesimpulan 12
2 SOROTAN PENULISAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Pemantauan Kantin Sekolah 14
2.3 Aspek Kekurangan Pengetahuan 15
2.4 Aspek Bebanan Tugas 18
2.5 Aspek Kekangan Masa 21
2.6 Kesimpulan 23
3 METODOLOGI KAJIAN 24
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 25
ix
3.3 Populasi Dan Sampel 25
3.4 Tempat Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 27
3.6 Keesahan Soal Selidik 30
3.7 Kajian Rintis 31
3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 31
3.9 Prosedur Kajian 32
3.10 Penganalisaan Data 34
3.11 Kesimpulan 36
4 ANALISA DATA 37
4.1 Pengenalan 37
4.2 Analisis Data Bahagian A 38
4.2.1 Jantina 38
4.2.2 Status Perkahwinan 39
4.2.3 Taraf Pendidikan 39
4.3 Analisis Data Bahagian B 40
4.3.1 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 1 41
4.4 Analisis Data Bahagian C 43
4.4.1 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 2 44
4.4.2 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 3 48
4.5 Ringkasan Dapatan Kajian 51
4.5.1 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian A 51
4.5.2 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B
Dan Bahagian C 52
4.6 Kesimpulan 52
x
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 53
5.1 Pengenalan 53
5.2 Rumusan 54
5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 54
5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 55
5.3 Perbincangan 56
5.3.1 Persoalan Kajian 1 57
5.3.2 Persoalan Kajian 2 58
5.3.3 Persoalan Kajian 3 60
5.4 Cadangan 61
5.4.1 Cadangan Kepada Sasaran Kajian 61
5.4.1.1 Sekolah 61
5.4.1.2 Ahli Jawatankuasa Kantin 62
5.4.1.3 Pengusaha Kantin 62
5.4.2 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 63
5.5 Kesimpulan 64
RUJUKAN 65
LAMPIRAN A – E 70 - 80
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Saiz Populasi 26
3.2 Item Bahagian A Mengikut Latarbelakang Responden 28
3.3 Taburan Soalan Aspek Kekurangan Pengetahuan 28
3.4 Taburan Soalan Aspek Hubungan Bebanan Tugas
Dan Aspek Kekangan Masa 29
3.5 Pengkelasan Skala Likert Dengan Lima Nilai Skor 30
3.6 Skala Penentuan Nilai Pengetahuan 34
3.7 Klasifikasi Terhadap Item Soalan 35
3.8 Penentuan Tahap Peratusan 35
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 38
4.2 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 39
4.3 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 39
4.4 Skala Penentuan Nilai Pengetahuan 40
4.5 Taburan Responden Tentang Aspek Kekurangan
Pengetahuan Pengurusan Penyediaan Makanan Dalam
Memantau Kantin 41
4.6 Taburan Responden Mengikut Nilai Pengetahuan 43
4.7 Taburan Responden Tentang Aspek Hubungan Bebanan
Tugas Dalam Memantau Kantin 44
4.8 Taburan Responden Tentang Aspek Kekangan Masa
Dalam Memantau Kantin 48
xii
SENARAI RAJAH
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Carta Aliran Prosuder Kajian 33
xiii
SENARAI SINGKATAN
B Betul
BPPDP Bahagian Pembangunan Dan Penyelidikan Pendidikan
PIBG Persatuan Ibu Bapa Dan Guru-Guru
PKG Pusat Kegiatan Guru
S Salah
S Setuju
SPSS Statistical Package for Social Science
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
TH Tidak Tahu
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
UTM Universiti Teknologi Malaysia
f Frekuensi
% Peratus
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Surat Kebenaran Fakulti 70
B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 71
C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Selangor 72
D Borang Pengesahan Soal Selidik 73
E Borang Soal Selidik 74
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkhidmatan makanan merupakan salah satu industri yang terus
berkembang bagi memberikan perkhidmatan dalam penyediaan makanan. Menurut
Chmelynski (2005), perkhidmatan makanan merupakan sesebuah organisasi atau
syarikat yang bertanggungjawab menyediakan makanan kepada pengguna lain.
Pengguna-pengguna ini biasanya adalah luar dari kediaman mereka yang
memerlukan perkhidmatan makanan. Perkhidmatan ini termasuklah di restoran,
kedai kopi, kedai makanan segera, hotel, dalam kapal terbang dan keretapi, dan
terdapat juga di institusi-institusi seperti hospital, kilang, kolej dan sekolah.
Dalam bidang perkhidmatan makanan seperti kafeteria hospital, kafeteria
kilang dan kantin sekolah ia mempunyai pelanggan yang tetap bagi kelompoknya
sendiri. Keadaan begini adalah berbeza dengan restoran atau gerai yang lebih
mengutamakan keuntungan (Sue Grossbauer, 2001). Ini penting sebagai
tanggungjawab sosial dan saling pergantungan antara pengusaha perkhidmatan
makanan seperti kantin sekolah yang mendapat peluang peniagaan di premis yang
disediakan oleh pihak pelanggannya di situ. Atas dasar tanggungjawab ini, pihak
2
kantin sekolah perlu menyediakan makanan yang mempunyai nilai makanan yang
lebih tinggi mutunya dari segi nutrien dan tahap kebersihan serta keselamatan bagi
memenuhi keperluan pelanggannya seperti pelajar yang terdiri dari kanak-kanak.
Kanak-kanak memerlukan makanan yang bermutu sifatnya. Makanan yang
bermutu dan berkhasiat penting untuk kesihatan kanak-kanak. Mengikut Mohd.
Sharani (2004), kanak-kanak yang berkembang memerlukan pemakanan yang
seimbang dan udara yang bersih. Kekurangan makanan yang berzat dan seimbang
terutamanya zat protein akan membantutkan sel otak, urat saraf dan juga bahagian
badan yang lain. Oleh itu, kantin sekolah perlulah menyediakan makanan yang
mempunyai nilai nutrien yang tinggi kerana premis inilah satu-satunya tempat utama
untuk pelajar mendapatkan makanan di sekolah.
Selain dari menyediakan makanan yang berkhasiat, pihak kantin sekolah juga
perlu memastikan penyediaan makanan adalah bersih dan selamat supaya pelajar
tidak dijangkiti penyakit (Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6, 1998). Peraturan ini
ditekankan kerana kurangnya penjagaan kebersihan dan sanitasi akan mencemarkan
makanan. Makanan tercemar akan mengandungi bakteria yang menghasilkan toksin,
lalu bertindak balas dalam sistem penghadaman. Ini akan menyebabkan keracunan
makanan. Kebanyakan kes keracunan makanan adalah disebabkan oleh memakan
makanan yang mengandungi patologi bakteria. Bagaimanapun keracunan makanan
juga boleh disebabkan oleh virus, bahan kimia dan tumbuhan atau haiwan yang
beracun. Simptom keracunan makanan adalah muntah, cirit-birit, sakit perut dan
terdapat juga sakit kepala. Muntah dan cirit birit adalah disebabkan oleh sistem
penghazaman tidak dapat menerima kehadiran agen toksik tersebut, ia berfungsi
sebagai pencegahan bahan toksik dari terus masuk ke saluran darah ( Jill Trickett,
2001 ).
Kesan keracunan makanan sangat berbahaya kepada kesihatan kanak-kanak,
terutamanya pelajar sekolah. Memandangkan kantin sekolah merupakan sumber
utama pelajar memperolehi makanan, ia perlulah bebas dari masalah ini. Namun,
3
tahap kebersihan makanan di kantin sekolah yang sepatutnya mempunyai jaminan
yang tinggi telah berlakunya kes-kes keracunan makanan. Dalam sepanjang tempoh
tujuh bulan pertama tahun 2007 terdapat 20 kes keracunan makanan yang berlaku.
Kes ini membabitkan 1,177 orang dan kebanyakannya melibatkan pelajar sekolah.
Masalah ini ada berkaitan dengan penyediaan makanan di kantin sekolah (Utusan
Malaysia, 22 Julai 2007).
Kes sebegini perlu diberi perhatian utama oleh pihak sekolah kerana ia
melibatkan keselamatan pelajar yang ramai bilangannya. Pihak sekolah
bertanggungjawab dalam menyelia segala perjalanan sesebuah kantin sekolah itu
beroperasi. Tanggungjawab ini terletak di bawah kuasa Guru Besar dan dibantu oleh
Ahli Jawatankuasa Kantin (Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2, 1983). Ahli
Jawatankuasa Kantin terdiri dari Guru Besar atau Pengetua sebagai penasihat, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid selaku pengerusi, manakala setiausahanya di
kalangan guru dan ahli jawantankuasanya pula adalah dari wakil guru, wakil PIBG,
wakil staf sokongan serta wakil pelajar (Panduan Pengurusan Kantin Sekolah, 2004).
Ahli Jawatankuasa Kantin ini berperanan memastikan perkhidmatan makanan di
kantin sekolah berjalan lancar dengan memantau aktiviti yang dilakukan serta dapat
mengelakkan masalah keracunan makanan berlaku.
Masalah keracunan makanan banyak berlaku setiap tahun. Mengikut
Anthony T.Tu et al (1983), terdapat 400 hingga 600 kejadian wabak keracunan
makanan yang melibatkan 10,000 hingga 30,000 kes dilaporkan setiap tahun di
Amerika Syarikat berdasarkan laporan tahunan wabak tersebut dalam tempoh 50
tahun (1938-1987). Laporan ini juga mengenalpasti bahawa ianya disebabkan
kekurangan dalam sanitasi dan fasiliti fizikal, iaitu ketika penyediaan dan
pemprosesan makanan. Selain itu, taraf hidup dan pendidikan sesebuah masyarakat
juga menyumbang kejadian wabak ini. Perkara yang sama juga berlaku di negara ini
kerana banyak kes keracunan yang telah dilaporkan. Terdapat 11,226 kes keracunan
makanan berlaku di sekolah di seluruh negara dari Januari sehingga 15 September
2007 berbanding dengan 5,613 kes pada tempoh yang sama pada tahun sebelumnya,
iaitu peningkatan hampir 100 peratus (Utusan Malaysia, 29 Oktober, 2007).
4
Peningkatan hampir sekali ganda ini menunjukan kes sedemikian perlu dipandang
serius. Keadaan ini lebih membimbingkan apabila ianya banyak berlaku di sekolah
yang melibatkan golongan pelajar dan guru. Masalah ini masih berterusan dengan
mencatatkan 421 orang lagi yang terdiri dari pelajar dan guru terlibat dengan kes
keracunan makanan di sepanjang bulan Januari dan Februari 2008 meliputi Negeri
Sembilan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, dan Terengganu. Kes ini bukan sahaja
melibatkan sekolah kerajaan tetapi turut berlaku di sekolah swasta (Md. Zan Saari,
2008).
Kejadian keracunan makanan ini adalah disebabkan terdapat makanan-
makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah telah dicemari bahan-bahan yang boleh
menghasilkan toksik dan memberikan kesan keracunan setelah menikmati hidangan
tersebut. Ini dapat dilihat berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas makanan sedia
dimakan yang dijual di kantin sekolah sekitar Selangor. Kajian yang dijalan telah
mendapati 14 sampel dari 70 sampel yang dianalisis mempunyai unsur-unsur
patagon seperti E.Coli O157:H7, Salmonella, B.cereus, dan S.aureus. Patagon-
patagon ini juga di dapati mempunyai paras kandungan yang berstatus ‘tidak
mematuhi’ yang boleh memudaratkan pelanggannya. Ini jelas menunjukkan makanan
yang dijual di kantin sekolah memungkinkan penyumbangan kepada kes-kes
keracunan makanan di sekolah (Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Selangor,
2005).
1.2 Latar Belakang Masalah
Memandangkan kebanyakan kes keracunan makanan di sekolah adalah
melibatkan makanan yang dijual di kantin, pihak Kementerian Pelajaran telah
mengeluarkan arahan bagi membendung masalah keracunan makanan ini. Arahan
tersebut dikeluarkan kerana menyedari risiko terdedahnya gejala keracunan makanan
di kalangan warga sekolah adalah tinggi dari penyediaan makanan di kantin sekolah.
5
Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 (1995), pihak Kementerian Pelajaran
telah memandang serius masalah keracunan makanan tersebut. Kandungan surat ini
mengandungi arahan yang meliputi kebersihan individu, peralatan, bangunan serta
semua kemudahan, dan mengamalkan amalan-amalan baik bagi pengendali
makanan. Pihak sekolah telah diminta untuk memastikan pengusaha kantin
menjalankan proses penyediaan makanan sepenuhnya di kantin, tidak memasak
makanan terlalu awal, menubuhkan jawatankuasa khas peringkat sekolah bagi
penyeliaan dan pemeriksaan harian, mengadakan kempen kesedaran kebersihan
makanan dan premis makanan, dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi
menggalakkan kebersihan dan kesihatan. Oleh kerana masalah ini memerlukan
perhatian dan tindakan segera, pihak sekolah telah menubuhkan jawatankuasa khas
peringkat sekolah bagi penyeliaan dan pemeriksaan harian kantin mengikut arahan
Kementerian Pelajaran seperti yang terkandung dalam surat pekeliling yang
disampaikan.
Tujuan menubuhkan Jawatankuasa Kantin adalah untuk memastikan kantin
dikendalikan dengan cekap dan efisyen. Jawatankuasa Kantin Sekolah berperanan
membuat perancangan, perlaksanaan dan penilaian berkaitan dengan pengurusan
kantin. Ia juga berfungsi sebagai perantara dalam menyampaikan maklum balas dan
cadangan antara pihak pengurusan kantin dengan pelanggannya. Penyeliaan dibuat
dengan memantau serta pemeriksaan harian dilakukan. Laporan harian, laporan
mingguan dan laporan bulanan perlu disediakan bagi mengawasi pengurusan kantin
yang cekap dan selamat. Pemeriksaan ini dilakukan oleh Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid dan guru bertugas di kalangan Ahli Jawatankuasa Kantin sekolah.
(Panduan Pengurusan Kantin Sekolah , 2004).
Pemantauan oleh guru di kalangan Ahli Jawatankuasa Kantin sentiasa
dijalankan bagi memastikan keselamatan makanan terkawal. Kekerapan pemantauan
terhadap pengurusan kantin adalah tinggi. Aspek-aspek pemeriksaan dijalankan
adalah mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Semuanya
ini terkandung dalam Buku Laporan Kendiri Kantin Sekolah (Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jawatankuasa Induk 3K Kebersihan, Kecerian Dan Keselamatan). Menurut
6
Abdullah Sani (2005), pemantauan memerlukan laporan kemajuan dan maklumat
pemantauan ini membolehkan sekolah mengikuti pembangunan pelan sekolah seperti
yang dirancang. Ini bermaksud, melalui pemantauan yang dijalankan dapat
menjadikan kualiti perkhidmatan kantin akan lebih bermutu dan masalah kantin
seperti keracunan makanan dapat dielakkan. Tindakan pemantauan pihak sekolah
dapat mengawasi tahap kebersihan pengendali makanan di kantin, kebersihan bahan
serta peralatan penyediaan makanan, dan kebersihan kemudahan-kemudahan yang
terdapat di kantin mengikut garis panduan yang ditetapkan. Keadaan ini akan
menjadikan tahap keselamatan makanan lebih terjamin sebelum makanan tersebut
dihidangkan, malah ia dapat meningkatkan lagi perkhidmatan kantin sekolah.
Walaupun pemantauan telah dijalankan di sekolah oleh Ahli Jawatankuasa
Kantin, namun apa yang didapati masalah perkhidmatan di kantin masih kurang
memuaskan. Mengikut Noor Diana dan Rosli (2003), pengusaha kantin sekolah
mengabaikan Garis Panduan Tahap Perkhidmatan Kantin Sekolah yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan
Malaysia yang perlu mereka patuhi. Penyeliaan kantin yang dilakukan oleh guru-
guru di kalangan Ahli Jawatankuasa Kantin adalah salah satu komponen yang dapat
meningkatkan mutu perkhidmatan kantin sekolah. Pemantauan penting dalam
memastikan segala tugasan dapat dijalankan dengan berkualiti. Tanpa pemantauan
yang baik dan berkesan hasil kerja yang disiapkan kurang menepati piawaian sesuatu
organisasi (Abdul Ghani, Abd dan Mohammed Zohir, 2008). Pihak Ahli
Jawatankuasa Kantin juga perlu memahami tujuan utama pemantauan kantin
dilaksanakan supaya hasil pemantauan dapat membaiki kelemahan perkhidmatan
kantin yang timbul. Mengikut Ayob bin Jantan (2003), apabila matlamat dan objektif
pemantauan difahami proses penyeliaan dapat dijalankan dengan harmoni. Dalam
proses pemantauan akan terdapat masalah-masalah yang timbul dan perlu dihadapi
oleh pihak Ahli Jawatankuasa Kantin bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Oleh itu, kajian ini perlu dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
guru-guru di kalangan Ahli Jawatankuasa Kantin dalam memantau kantin di sekolah.
7
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang dihuraikan, kajian yang ingin
dilakukan adalah tinjauan tentang masalah-masalah Ahli Jawatankuasa Kantin yang
dihadapi dalam memantau perkhidmatan kantin sekolah di Zon Banting, Daerah
Kuala Langat, Selangor.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mendapat maklumat tentang masalah yang
dihadapi Ahli Jawatankuasa Kantin dalam memantau kantin sekolah di Zon Banting,
Daerah Kuala Langat, Selangor. Antara objektif yang ditetapkan dalam kajian ini
adalah:
1) Mengenalpasti masalah aspek kekurangan pengetahuan pengurusan
penyediaan makanan di kalangan Ahli Jawatankuasa Kantin dalam
memantau kantin sekolah di Zon Banting, Daerah Kuala Langat,
Selangor.
2) Mengenalpasti masalah aspek hubungan bebanan tugas di kalangan
Ahli Jawatankuasa Kantin dalam memantau kantin sekolah di Zon
Banting, Daerah Kuala Langat, Selangor.
3) Mengenalpasti masalah aspek kekangan masa di kalangan Ahli
Jawatankuasa Kantin dalam memantau kantin sekolah di Zon Banting,
Daerah Kuala Langat, Selangor.
8
1.5 Persoalan Kajian
Mengikut objektif kajian yang ditetapkan, persoalan kajian yang
dikemukakan dalam kajian ini adalah :
1) Adakah aspek kekurangan pengetahuan pengurusan penyediaan
makanan merupakan masalah di kalangan Ahli Jawatankuasa Kantin
dalam memantau kantin sekolah di Zon Banting, Daerah Kuala
Langat, Selangor ?
2) Adakah aspek hubungan bebanan tugas merupakan masalah di
kalangan Ahli Jawatankuasa Kantin dalam memantau kantin sekolah
di Zon Banting, Daerah Kuala Langat, Selangor?
3) Adakah aspek kekangan masa merupakan masalah di kalangan Ahli
Jawatankuasa Kantin dalam memantau kantin sekolah di Zon Banting,
Daerah Kuala Langat, Selangor ?