borang pengesahan status tesis’ · 2013. 11. 19. · psz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi...
TRANSCRIPT
-
PSZ 19:16(Pin.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ JUDUL: HUBUNGAN ANTARA STRES KERJA DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU BESAR DI DAERAH MELAKA TENGAH
SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NORYATI BINTI CHEMAN No. Matriks BP060098 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
√√
_________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Lot 435 Batu 8 Pengkalan Perigi DR. AZLINA BINTI MOHD KOSNIN 76400 Tanjung Kling ____________________________ Melaka. Nama Penyelia Tarikh: November 2008 Tarikh: November 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan
dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
-
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop daan kualiti untuk tujuan penganugerahan Izajah
Sarjana Muda Pendidikan
(Pengurusan Pendidikan)
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penyelia : Dr. Azlina Binti Mohd Kosnin
Tarikh : 7 November 2008
-
HUBUNGAN ANTARA STRES KERJA DENGAN KEPUASAN KERJA
DALAM KALANGAN GURU-GURU BESAR DI DAERAH MELAKA TENGAH
NORYATI BINTI CHEMAN
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pengurusan Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
7 NOVEMBER, 2008
-
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………..
Nama Penulis : NORYATI BINTI CHEMAN
Tarikh : 7 NOVEMBER 2008
-
iii
Kepada suami, ibu dan anak-anak tersayang
Nurul Farwani Binti Haji Mohd Denan
Nurul Fatin Binti Haji Mohd Denan
Nurul Farrah Diyanna Binti Haji Mohd Denan
Serta
Seisi keluarga di atas pengorbanan dan
iringan doa kalian.
-
iv
PENGHARGAAN
Pengkaji ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia tesis ini, Dr. Azlina
Binti Mohd Kosnin kerana telah memberi dorongan dan bimbingan di sepanjang
tempoh tesis ini dijalankan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr. Azlina Binti
Mohd Kosnin kerana sedia membantu pengkaji untuk menjayakan tesis ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia kerana telah membenarkan pengkaji menjalankan tesis ini dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka kerana telah membenarkan pengkaji
menjalankan kajian dalam kalangan guru-guru besar di daerah Melaka Tengah.
Kerjasama daripada guru-guru besar di daerah Melaka Tengah juga amat
dihargai dalam menjayakan kajian ini. Di samping itu, ribuan terima kasih juga
diucapkan kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan kajian ini.
-
v
ABSTRAK
Kajian ini berbentuk deskriptif bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara
stres kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di daerah Melaka
Tengah. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap stres kerja
dan tahap kepuasan kerja. Seramai 73 orang responden dipilih secara rawak dalam
kalangan guru-guru besar di daerah Melaka Tengah. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan pendekatan kuantitatif. Data dikumpul melalui set soal selidik. Data
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science)
versi 12.0 untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk frekuensi, peratusan, min,
sisihan piawai (SD) dan Korelasi Pearson. Kajian rintis telah dijalankan dalam
kalangan 15 orang guru-guru besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru
Besar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai tidak termasuk guru-guru besar daerah
Melaka Tengah untuk mengenalpasti kebolehpercayaan item. Bagi kajian rintis, nilai
Alfa Cronbach bagi stres kerja ialah 0.89 dan nilai Alfa Cronbach bagi kepuasan kerja
ialah 0.86 secara keseluruhan. Dapatan kajian sebenar berdasarkan 73 orang guru-guru
besar di daerah Melaka Tengah menunjukkan stres kerja pada tahap rendah dan tahap
kepuasan kerja pada tahap sederhana. Hasil analisis ujian Korelasi Pearson ialah
r = - 0.55 iaitu menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara stres
kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di daerah Melaka Tengah.
Beberapa cadangan tindakan dan kajian selanjutnya juga disarankan.
-
vi
ABSTRACT
This is a descriptive research and was done to identify the relationship
between job stress and job satisfaction among headmasters and headmistresses in the
Melaka Tengah District. The purpose of this research is to identify the level of job
stress and the level of job satisfaction among headmasters and headmistresses in the
Melaka Tengah District. Random samples of 73 respondents among the headmasters
and headmistresses were selected. This research was done by using quantitative
approach. Data were collected using questionnaire. Data analysis were done by SPSS
(Statistical Packages for Social Sciences) version 12.0 to get frequencies, percentages,
mean, standard deviation (SD) and Pearson Correlation. A pilot study was carried out
among 15 headmasters and headmistresses from the Headmaster Graduate Special
Programme , Universiti Teknologi Malaysia, Skudai excluding the headmasters and
headmistresses from Melaka Tengah district to identify the instrument’s reliability. The
Cronbach Alpha value for stress is 0.89 and Cronbach Alpha value for job satisfaction
is 0.86 overall. The results show that the level of job stress is low among headmasters
and headmistresses in the Melaka Tengah District and the level of job satisfaction was
at moderate level. Finally, the Pearson Correlation coefficient is r = - 0.55 showing
that a strong inverse significant relationship between job stress and job satisfaction
among headmasters and headmistresses in the Melaka Tengah District. Suggestions and
recommendations for future research were also discussed.
-
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN PENYELIDIK ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
JUDUL KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SIMBOL xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
-
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.2.1 Simtom Fizikal 4
1.2.2 Simtom Psikologi 5
1.2.3 Simtom Tingkah Laku 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis 9
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Skop Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Istilah 11
1.9.1 Stres 12
1.9.2 Kepuasan Kerja 13
1.9.3 Guru Besar 13
1.10 Kerangka Konsep Kajian 14
1.11 Penutup 15
-
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
2 SOROTON KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Teori-Teori dan Model-Model Stres Kerja 17
2.2.1 Model Stres Kerja Guru (Boyle et. al, 18
1995)
2.2.2 Model Stres Kerja Guru (Kyricaou 18
dan Sutcliffe, 1978)
2.3 Teori-Teori dan Model-Model Kepuasan Kerja 22
2.3.1 Teori Hirarki Keperluan Maslow 22
2.3.2 Teori Dua Faktor Hertzberg 25
2.4 Kajian-Kajian Lepas 27
2.4.1 Kajian Luar dan Dalam Negara 27
2.4.1.1 Stres Kerja Guru 27
2.4.1.2 Kepuasan Kerja Guru 29
2.4.1.3 Hubungan Stres Kerja 32
Dengan Kepuasan Kerja
2.5 Penutup 35
-
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 37
3.3 Lokasi Kajian 37
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 38
3.5 Instrumen Kajian 38
3.6 Kajian Rintis 42
3.7 Prosedur Kajian 43
3.8 Analisis Data 43
3.9 Penutup 45
4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 46
4.2 Tahap Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 47
4.3 Analisis Demografi Responden 48
4.3.1 Analisis Jantina Responden 48
-
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
4.3.2 Analisis Taraf Perkahwinan Responden 48
4.3.3 Analisis Bangsa Responden 49
4.3.4 Analisis Pengalaman Responden 50
Menjadi Guru Besar
4.3.5 Analisis Jenis Sekolah Responden 50
4.3.6 Analisis Gred Jawatan Responden 51
4.3.7 Analisis Pendapatan Responden 52
4.4 Persoalan Kajian 1 : Apakah tahap stres kerja 52
dalam kalangan guru-guru besar di daerah
Melaka Tengah?
4.5 Persoalan Kajian 2 : Apakah tahap kepuasan 54
kerja dalam kalangan guru-guru besar di daerah
Melaka Tengah?
4.6 Persoalan Kajian 3: Apakah terdapat hubungan 57
antara stres kerja dengan kepuasan kerja
dalam kalangan guru-guru besar di daerah
Melaka Tengah?
4.7 Rumusan Hasil Analisis 58
-
xii
BAB PERKARA MUKA SURAT
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Rumusan Kajian 60
5.2.1 Objektif 1 : Mengenal Pasti Tahap Stres 61
Dalam Kalangan Guru-Guru Besar Di
Daerah Melaka Tengah
5.2.2 Objektif 2 : Mengenal Pasti Tahap 61
Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru-
Guru Besar Di Daerah Melaka Tengah
5.2.3 Objektif 3: Mengenal Pasti Hubungan 62
Antara Stres Kerja Dengan Kepuasan
Kerja Dalam Kalangan Guru-Guru
Besar Di Daerah Melaka Tengah
5.3 Perbincangan Kajian 62
5.3.1 Tahap Stres Kerja 62
5.3.2 Tahap Kepuasan Kerja 64
-
xiii
BAB PERKARA MUKA SURAT
5.3.3 Hubungan Antara Stres Kerja Dengan 66
Kepuasan Kerja
5.4 Cadangan Kajian 67
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 68
5.6 Penutup 69
Rujukan 71
-
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Faktor-Faktor Kepuasan Kerja Herzberg 26
3.1 Jumlah Item Stres Kerja 39
3.2 Jumlah Item Kepuasan Kerja 40
3.3 Senarai Item Positif Dan Negatif Bagi Stres Kerja 40
3.4 Senarai Item Positif Dan Negatif Bagi Kepuasan Kerja 41
3.5 Singkatan Respon Soal Selidik 41
3.6 Cara Memberi Skor Bagi Item Positif Dan Negatif 42
3.7 Menentukan Min Untuk Tahap Stres Dan Kepuasan 44
Kerja 44
3.8 Kekuatan Hubungan Dalam Kaedah Korelasi 44
4.1 Perbandingan Nilai Alfa Cronbach Kajian Rintis Dan 47
Kajian Sebenar Soal Selidik Bahagian B Secara
Keseluruhan
-
xv
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.2 Taburan responden mengikut jantina 48
4.3 Taburan responden mengikut taraf perkahwinan 49
4.4 Taburan responden mengikut bangsa responden 49
4.5 Taburan responden mengikut pengalaman menjadi 50
guru besar
4.6 Taburan responden mengikut jenis sekolah 51
4.7 Taburan responden mengikut gred jawatan 51
4.8 Taburan responden mengikut pendapatan 52
4.9 Tahap stres responden mengikut simpton fizikal, 53
psikologi, tingkahlaku bagi stress kerja secara keseluruhan
4.10 Tahap kepuasan kerja responden mengikut aspek 56
pencapaian, pengiktirafan, kenaikan pangkat, pekerjaan,
hubungan interpersonal, gaji, penyeliaan, suasana tempat
kerja dan kepuasan kerja secara keseluruhan
4.11 Hubungan antara stress kerja dengan kepuasan kerja 57
dalam kalangan guru-guru besar di daerah Melaka Tengah
-
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Kajian Stres Kerja Dengan Kepuasan 15
Kerja
2.1 Model Stres Guru Boyle et. al (1995) 18
2.2 Model Stres Guru Kyriacou dan Sutcliffe (1978) 21
2.3 Teori Keperluan Manusia Maslow 23
-
xvii
SENARAI SIMBOL
R - Pekali Korelasi
P - Pekali Signifikan
-
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 77
-
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Stres merupakan suatu perkara yang biasa dialami oleh manusia dalam
kehidupan seharian. Perkataan stres berasal daripada perkataan Greek iaitu `stringere’
yang membawa maksud `ketat’ atau `tegang’ (Cox, 1979 dalam Rosnah Ismail, 2008).
Stres boleh dilihat sebagai desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu
berikutan peristiwa yang berlaku padanya (Selye, 1976). Tekanan ini memerlukan
seseorang itu untuk menyeimbangkan tuntutan perubahan dengan keupayaan yang ada
pada dirinya. Kegagalan untuk mencapai keseimbangan inilah yang akan menyebabkan
seseorang itu mengalami stres.
Walaupun stres adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, namun
sejauhmana stres boleh memberi kesan kepada seseorang itu bergantung kepada
bagaimana seseorang individu itu mengendalikan stres tersebut. Setiap individu
mempunyai persepsi yang berbeza tentang stres dan bertindak dengan cara yang
berlainan.dalam mengendalikannya. Menurut Fontana (1989), tekanan sebagai
permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan. Juga,
menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu, maka
tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif.
-
2
Tekanan yang memanfaatkan diri seseorang dalam menjalankan tugas dengan
cemerlang dikenali sebagai tekanan positif (eustres). Manakala tekanan negatif (distres)
pula wujud apabila tahap tekanan mencapai satu peringkat di luar kawalan iaitu
menimbulkan gangguan bukan sahaja kepada fizikal tetapi juga psikologi. Ia boleh
memberi kesan negatif kepada seseorang individu seperti yang dinyatakan oleh Selye
(1974).
Kepuasan kerja amat diperlukan dalam kehidupan seseorang pekerja. Pengkaji-
pengkaji seperti Herzberg (1959), Mc Gregor (1960) dan Maslow (1970) telah
menekankan bahawa kepuasan bekerja merupakan satu keperluan manusia yang paling
utama dan mesti dipenuhi, terutama bagi mencapai tahap kesempurnaan kendiri.
Kepuasan kerja kepada seseorang individu samada ia seorang guru besar atau kerjaya-
kerjaya lain adalah bergantung kepada nilai pekerjaan itu mengikut tafsiran penilaian
individu itu sendiri. Ketinggian nilai pekerjaan yang dirasakan oleh sesorang individu
itu boleh menyebabkan ia merasa puas hati, komited, berminat dan setia kepada
pekerjaannya, seterusnya ia akan sentiasa menjalankan tugas dan kewajipannya dengan
penuh kerelaan hati tanpa sebarang paksaan (Mc Gregor, 1960).
Menurut Hallinger (dalam Ishak, 2003), telah menyatakan tentang pentingnya
peranan pengetua/guru besar ke atas kejayaan dan kejatuhan sekolah iaitu:
” Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh pengetua/guru
besar yang lemah, atau sekolah yang mundur ditadbir oleh pengetua/guru besar yang
cekap. Saya pernah melihat sekolah-sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan
yang menyedihkan, ada sekolah-sekolah yang maju merosot dengan mendadak. Dalam
setiap kes, jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti pengetua/guru
besarnya”.
Memandangkan guru besar memainkan peranan yang amat penting dalam jatuh
bangunnya sesebuah sekolah, maka soal stres dan kepuasan kerja amat perlu untuk
diberi perhatian dan dipersoalkan dalam kalangan guru-guru besar. Oleh kerana
-
3
mengurangkan stres dan meningkatkan kepuasan kerja merupakan unsur penting dalam
sistem pendidikan di sekolah, maka ia memerlukan guru besar yang berwibawa, cekap,
cekap, bermotivasi tinggi dan berhemah mulia. Kesemua ini akan dapat dicapai apabila
guru-guru besar itu dapat memenuhi kepuasan dalam diri dan pekerjaannya tanpa
sebarang ketegangan kerja.
Justeru itu, demi mencapai matlamat sistem pendidikan yang berkesan di
sekolah, seseorang guru besar mestilah boleh menangani stres dalam memperolehi
kepuasan kerja. Seseorang guru besar perlu mempertingkatkan prestasi kerja dan
menuju ke arah menghasilkan dan mempertingkatkan produktiviti yang optimum. Hal
ini adalah kerana peningkatan kepuasan kerja akan menambahkan produktiviti,
kemampuan dan keberkesanan organisasi (Gruneberg, 1981).
1.2 Latar Belakang Masalah
Setiap orang dan organisasi tidak boleh terlepas daripada masalah stres kerja.
Masalah ini akan memberi kesan secara tidak langsung kepada individu dan organisasi.
Kesan yang dimaksudkan ini ialah samada kesan positif atau kesan negatif. Kesan
positif ialah kesan yang memberi dorongan kepada pekerja untuk meningkatkan prestasi
kerja. Sebaliknya kesan negatif pula akan membawa kepada kemerosoton prestasi kerja
seseorang individu dan organisasi (Jaffar, 1999).
Mengikut Hussien (1993), kajian-kajian terkini tentang aktiviti guru besar telah
menampakkan corak kepimpinan guru besar yang lebih menghala ke arah dimensi
pentadbiran dan pengurusan. Pada masa kini, tugas guru besar sebagai pentadbir dan
pengurus amat mencabar sekali dan keadaan ini mengundang kepada keadaan stres
dalam kalangan guru besar. Keupayaan guru besar mengendalikan stres ini dengan baik
akan memberikan suatu kepuasan kerja dalam kalangan guru besar.
-
4
Zaidatul Akmaliah (1991) pula menekankan bahawa dalam menjalankan tugas
pentadbiran dan pemimpin pengajaran, guru besar mengatur dan melaksanakan jadual
waktu dan kalendar sekolah, mengagih dan mengawasi kerja-kerja kerani, mengawasai
SPBT, surat menyurat, mengumpul dan menyusun data, memastikan undang-undang
dan peraturan dipatuhi oleh murid-murid, mengurus perbelanjaan, memastikan
kemudahan dan harta benda sekolah digunakan sebaiknya dan menjalinkan hubungan
antara sekolah dan pelbagai badan awam di luar. Tugas-tugas tersebut banyak
mengambil masa kerja guru besar.
Menurut Zuraidah (1994) pula menyatakan tekanan hidup dan tekanan kerja
boleh menyebabkan tekanan jiwa dan penyakit fizikal seperti sakit jantung, darah
tinggi, hipertensi dan sakit kepala dan seterusnya menjejejaskan prestasi kerja. Terdapat
juga kejadian di mana berlakunya kes-kes ponteng kerja, kemalangan dan penyakit yang
berhubungkait dengan tekanan. Tiga simtom boleh disimpulkan sesorang individu
berada dalam keadaan stres iaitu:
1.2.1 Simtom Fizikal
Simtom-simtom fizikal yang utama dari stres kerja adalah:
Meningkatnya denyut jantung, tekanan darah, dan kecenderungan
mengalami penyakit kardiovaskular.
Meningkatnya hormon stres (contoh: adrenalin dan noradrenalin).
Gangguan gastrointestinal.
Meningkatnya frekuensi dari luka fizikal dan kecelakaan.
Kelelahan secara fizikal dan kemungkinan mengalami sindrom kelelahan
yang kronik (chronic fatigue syndrome).
Gangguan pernafasan.
Gangguan pada kulit.
-
5
Sakit kepala, sakit pada punggung bahagian bawah dan ketegangan otot.
Gangguan tidur.
Kegagalan fungsi imun tubuh, termasuk risiko tinggi kemungkinan terkena
kanser.
1.2.2 Simtom Psikologi
Berikut adalah simtom-simtom psikologi yang utama dari stres kerja iaitu:
Kecemasan, ketegangan, kebingungan dan mudah tersinggung.
Perasaan frustrasi, rasa marah, dan dendam (kebencian).
Sensitif dan hyperreactivity.
Memendam perasaan, penarikan diri, dan depresi.
Komunikasi yang tidak efektif.
Perasaan terkucil dan terasing.
Kebosanan dan ketidakpuasan kerja.
Kelelahan mental, penurunan fungsi intelektual, dan kehilangan konsentrasi.
Kehilangan kreativiti.
Menurunnya rasa percaya diri.
1.2.3 Simtom Tingkahlaku
Simtom-simtom tingkahlaku yang utama dari stres kerja adalah:
Menunda, menghindari pekerjaan, dan ketidakhadiran bekerja.
Menurunnya prestasi (performance) dan produktiviti.
Meningkatnya penggunaan minuman keras dan ubat-ubatan.
Tingkahlaku sabotaj dalam pekerjaan.
Tingkahlaku makan yang tidak normal (terlalu banyak makan) mengarah ke
obesiti.
-
6
Tingkahlaku makan yang tidak normal (kurang makan) sebagai bentuk
penarikan diri dan kehilangan berat badan secara tiba-tiba, kemungkinan
berkombinasi dengan tanda-tanda depresi.
Meningkatnya kecenderungan berperilaku berisiko tinggi seperti berjudi.
Meningkatnya agresiviti, vandalisme, dan jenayah.
Menurunnya kualiti hubungan interpersonal dengan keluarga dan teman.
Kecenderungan untuk membunuh diri.
Tugas sebagai seorang guru besar semakin hari semakin kompleks dan sukar
serta berubah dari masa ke semasa. Guru besar terpaksa memberi tumpuan pada tugas
merancang, mengelola, menyatupadukan, mengukur dan menilai elemen pengajaran di
sekolah dan berperanan untuk menjadi pemudahcara, pemimpin pengajaran dan
menonjolkan diri sebagai pakar rujuk pada guru-guru. Akibatnya sebahagian masa guru
besar diguna untuk kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan sekolah. Juga, tidak dapat
dinafikan lagi bahawa guru besar pada hari ini sememangnya berhadapan dengan
pelbagai tekanan yang memaksa mereka menjalankan peranan sebagai pentadbir atau
pengurus .
Menurut Herzberg (1959), keadaan ini menunjukkan wujudnya rasa tidak puas
hati terhadap pekerjaannya. Kes ini boleh dikaitkan dengan satu teori kepuasan kerja
iaitu Teori Dua Faktor oleh Herzberg dan rakan-rakan (1959). Mengikut faktornya, ia
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu keperluan dorongan (motivator) dan faktor
keperluan persekitaran (hygiene). Faktor keperluan dorongan berkait dengan perasaan
positif terhadap kerja dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja. Manakala
faktor keperluan persekitaran berkait dengan persekitaran kerja itu sendiri.
Blum mengemukan bahawa kepuasan kerja merupakan sikap umum daripada
beberapa sikap khusus terhadap penyesuaian diri, faktor-faktor pekerjaan dan hubungan
sosial individu di luar kerja (Moh. As’ad, 1978). Selagi seseorang itu tidak dapat
-
7
menyesuaikan diri dengan suasana kerja, selagi itulah kepuasan kerja tidak akan
tercapai.
Memandangkan betapa pentingnya peranan guru besar dalam mencorak dan
menentukan hala tuju serta kejayaan sesebuah sekolah, bagaimana mereka dapat
berikan perkhidmatan yang diharapkan jika mereka sendiri tidak puas hati terhadap
pekerjaannya sehingga menghadapi masalah stres yang tidak dapat ditangani?
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian tentang hubungan antara stres kerja dengan kepuasan kerja telah
banyak dijalankan di luar negara oleh pengkaji seperti Boyle et. al. (1995), Kyriacou
dan Sutcliffe (1978). Namun, kajian-kajian seumpama ini kurang dijalankan di
Malaysia dalam kalangan guru-guru besar. Keadaan ini mendorong pengkaji untuk
mengkaji hubungan antara stres kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru
besar khususnya di daerah Melaka Tengah. Secara umumnya, kajian ini adalah untuk
mengenal pasti sejauh manakah tahap stres dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan
guru-guru besar di daerah Melaka Tengah semasa menjalankan tugas seharian di
sekolah. Akhir sekali, kajian ini akan meninjau hubungan antara stres kerja dengan
kepuasan kerja dalam kalangan guru- guru besar di daerah Melaka Tengah. Dapatan
kajian ini dijangka amat berguna sebagai panduan kepada guru-guru besar dalam
menghadapi stres dan seterusnya memberikan kepuasan kerja dalam kalangan guru-
guru besar di daerah Melaka Tengah.
1.4 Objektif Kajian
Objektif umum bagi kajian ini ialah untuk melihat sejauh manakah hubungan
-
8
antara stres kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di daerah
Melaka Tengah.
Objektif khusus pula adalah seperti berikut:
1.4.1 Mengenal pasti tahap stres kerja dalam kalangan guru-guru besar di daerah
Melaka Tengah.
14.2 Mengenal pasti tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru -guru besar di daerah
Melaka Tengah.
1.4.3 Mengenal pasti hubungan antara stres kerja dengan kepuasan kerja dalam
kalangan guru-guru besar di daerah Melaka Tengah.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan
persoalan seperti di bawah berdasarkan objektif kajian iaitu :
1.5.1 Apakah tahap stres kerja dalam kalangan guru -guru besar di daerah Melaka
Tengah?
1.5.2 Apakah tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru -guru besar di daerah Melaka
Tengah?
1.5.3 Adakah terdapat hubungan antara stres kerja dengan kepuasan kerja dalam
kalangan guru-guru besar di daerah Melaka Tengah?