borang pengesahan tesis-fatihahaimi€¦ · menggunakan dua teknik tinjauan iaitu temubual dan...
TRANSCRIPT
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK DI KALANGAN GURU-GURU PELATIH UTM
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya NORAZIAH BT KASSIM@AZIZ
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5. *Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_______________________________ ___________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 250 KAMPUNG FIKRI, PROF DR NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI 22110, SETIU TERENGGANU. Tarikh : 29 APRIL 2009 Tarikh : 29 APRIL 2009
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
(NAMA PENYELIA)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik/Fizik)”
Tanda tangan : ……………………………
Nama Penyelia : …........................................
Tarikh : ……………………………
PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK DI KALANGAN GURU-GURU PELATIH UTM
NORAZIAH BINTI KASSIM @ AZIZ
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
( Matematik/Fizik )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :………………………………………….
Nama Penulis : NORAZIAH BINTI KASSIM @ AZIZ
Tarikh :………………………………………….
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat ibu
RAMLAH BINTI OMAR
dan keluarga tersayang :
Terima kasih di atas segala pengorbanan, semangat dan dorongan yang diberikan.
Buat pesyarah penyelia :
Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan.
Tidak lupa juga buat rakan seperjuangan :
Jasa kalian amat ku hargai
Buat semua yang terlibat secara lansung dan tidak, terima kasih tidak terhingga
Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah atas rahmat dan hidayahNya, dapatlah saya menyiapkan
Projek Sarjana Muda Pendidikan Matematik ini dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada
penyelia saya Prof. Dr. Nor Azlan Ahmad Zanzali di atas segala tunjuk ajar, nasihat,
ilmu pengetahuan serta dorongan berterusan sepanjang saya menyempurnakan
Projek Sarjana Muda ini. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik
beliau.
Tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
yang telah member kerjasama dan banyak membantu sepanjang pengajian saya di
UTM.
Akhir sekali, istimewa buat ibu dan keluarga tersayang, sokongan dan
dorongan yang diberikan amat dihargai dan terima kasih juga diucapkan kepada
semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung.
Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
Sekian, wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information
Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Matematik di kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tiga
aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT
dalam P&P Matematik, kelemahan penggunaan ICT dalam P&P Matematik dan
masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM dalam menggunakan ICT
dalam P&P Matematik. Sampel kajian terdiri daripada lima orang guru pelatih UTM
yang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah berhampiran. Kajian ini
menggunakan dua teknik tinjauan iaitu temubual dan cerapan terhadap guru pelatih.
Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif. Dapatan kajian
mendapati guru-guru pelatih kurang meggunakan ICT dalam P&P Matematik. Ini
adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak
sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Beberapa usul telah
dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru pelatih dan pihak
sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam P&P Matematik.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to study the use of Information Communication
Technology (ICT) in Mathematics teaching and learning processes among the trainee
teachers. Three aspects were studied to answer the questions of this research. The
aspects are the advantages uses of the ICT in Mathematics’ teaching and learning,
the disadvantages uses of the ICT in Mathematics’ teaching and learning and the
problems in the use of ICT in Mathematics’ teaching and learning. This research
samples consist of five trainee teachers who are teaching in nearby schools. There
were two technique used for this research: observations and interviews. The research
shows that the trainee teachers do not frequently using ICT in their teaching and
learning of Mathematics. This is because of the external factors such as lack of ICT’s
facilities and contents of learning are not suitable for the learning session. A few
suggestions are given to the expertise, trainee teachers and school to further
consolidate the use of ICT in teaching and Learning of Mathematics.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB
PERKARA MUKA
SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop dan Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Pengajaran
7
7
viii
1.8.2 Pembelajaran
1.8.3 Pengajaran dan pembelajaran
1.8.4 Matematik
1.8.5 Teknologi Maklumat
7
7
8
9
1.9 Kerangka Konsep 11
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan
2.2 Kelebihan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik
2.2.1 Komputer
2.2.2 Internet
2.2.3 CD-ROM
2.2.4 Multimedia
12
12
12
14
14
15
2.3 Kelemahan Penggunaan ICT dalam P&P Matematik 15
2.4 Masalah Yang Dihadapi Guru Pelatih Dalam Menggunakan
ICT Dalam Proses P&P Matematik
16
2.5 Penutup 18
3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
19
3.2 Reka Bentuk Kajian 20
3.3 Populasi Kajian
3.3.1 Tempat Kajian
20
20
ix
3.3.2 Sampel Kajian
20
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Kaedah Temubual
3.4.2 Kaedah Pemerhatian
21
21
22
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan
3.4.1 Kaedah Temubual
23
23
3.6 Prosedur Pengumpulan Data 24
3.7 Jangka Masa Kajian 25
3.8 Kesimpulan 25
4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
26
4.2 Responden A
4.2.1 Pengenalan ringkas responden A
4.2.2 Analisa temubual responden A
4.2.2.1 Pemahaman mengenai ICT dan sumber-
sumber ICT yang diketahui
4.2.2.2 Penggunaan ICT dalam P&P Matematik
4.2.2.3 Sumber-sumber ICT yang selalu
digunakan dalam P&P Matematik
4.2.2.4 Penggunaan ICT dalam meningkatkan
keberkesanan P&P Matematik
4.2.2.5 Kelebihan yang diperolehi melalui
penggunaan ICT dalam P&P Matematik
4.2.2.6 Kelemahan penggunaan ICT dalam P&P
Matematik
27
27
27
27
27
28
28
28
28
x
4.2.2.7 Masalah dalam menggunakan ICT dalam
P&P Matematik
4.2.2.8 Cara mengatasi masalah tersebut
4.2.2.9 Bagaimanakah penggunaan ICT dapat
membantu dalam menjalani proses P&P
Matematik
4.2.2.10 Respon pelajar terhadap penggunaan
ICT dalam P&P Matematik
4.2.2.11 Sumber-sumber kemudahan ICT yang
disediakan oleh pihak sekolah
4.2.2.12 Prosedur-prosedur yang perlu dilalui
untuk menggunakan kemudahan
tersebut
4.2.3 Analisa pemerhatian Responden A
4.2.3.1 Set induksi
4.2.3.2 Isi pengajaran
29
29
30
30
30
31
31
31
31
4.3 Responden B
4.3.1 Pengenalan ringkas responden B
4.3.2 Analisa temubual responden B
4.3.2.1 Pemahaman mengenai ICT dan sumber-
sumber ICT yang diketahui
4.3.2.2 Penggunaan ICT dalam P&P Matematik
4.3.2.3 Sumber-sumber ICT yang selalu
digunakan dalam P&P Matematik
4.3.2.4 Penggunaan ICT dalam meningkatkan
keberkesanan P&P Matematik
32
32
32
33
33
33
33
xi
4.3.2.5 Kelebihan yang diperolehi melalui
penggunaan ICT dalam P&P Matematik
4.3.2.6 Kelemahan penggunaan ICT dalam P&P
Matematik
4.3.2.7 Masalah dalam menggunakan ICT dalam
P&P Matematik
4.3.2.8 Cara mengatasi masalah tersebut
4.3.2.9 Bagaimanakah penggunaan ICT dapat
membantu dalam menjalani proses P&P
Matematik
4.3.2.10 Respon pelajar terhadap penggunaan
ICT dalam P&P Matematik
4.3.2.11 Sumber-sumber kemudahan ICT yang
disediakan oleh pihak sekolah
4.3.2.12 Prosedur-prosedur yang perlu dilalui
untuk menggunakan kemudahan
tersebut
4.3.3 Analisa pemerhatian Responden B
4.3.3.1 Set induksi
4.3.3.2 Isi pengajaran
34
34
35
35
35
36
36
36
36
37
37
4.4 Responden C
4.4.1 Pengenalan ringkas responden C
4.4.2 Analisa temubual responden C
4.4.2.1 Pemahaman mengenai ICT dan sumber-
sumber ICT yang diketahui
4.4.2.2 Penggunaan ICT dalam P&P Matematik
37
37
38
38
38
xii
4.4.2.3 Sumber-sumber ICT yang selalu
digunakan dalam P&P Matematik
4.4.2.4 Penggunaan ICT dalam meningkatkan
keberkesanan P&P Matematik
4.4.2.5 Kelebihan yang diperolehi melalui
penggunaan ICT dalam P&P Matematik
4.4.2.6 Kelemahan penggunaan ICT dalam P&P
Matematik
4.4.2.7 Masalah dalam menggunakan ICT dalam
P&P Matematik
4.4.2.8 Cara mengatasi masalah tersebut
4.4.2.9 Bagaimanakah penggunaan ICT dapat
membantu dalam menjalani proses P&P
Matematik
4.4.2.10 Respon pelajar terhadap penggunaan
ICT dalam P&P Matematik
4.4.2.11 Sumber-sumber kemudahan ICT yang
disediakan oleh pihak sekolah
4.4.2.12 Prosedur-prosedur yang perlu dilalui
untuk menggunakan kemudahan
tersebut
4.4.3 Analisa pemerhatian Responden C
4.4.3.1 Set induksi
4.4.3.2 Isi pengajaran
38
38
39
39
39
40
41
41
41
42
42
42
43
4.5 Responden D
4.5.1 Pengenalan ringkas responden D
43
43
xiii
4.5.2 Analisa temubual responden D
4.5.2.1 Pemahaman mengenai ICT dan sumber-
sumber ICT yang diketahui
4.5.2.2 Penggunaan ICT dalam P&P Matematik
4.5.2.3 Sumber-sumber ICT yang selalu
digunakan dalam P&P Matematik
4.5.2.4 Penggunaan ICT dalam meningkatkan
keberkesanan P&P Matematik
4.5.2.5 Kelebihan yang diperolehi melalui
penggunaan ICT dalam P&P Matematik
4.5.2.6 Kelemahan penggunaan ICT dalam P&P
Matematik
4.5.2.7 Masalah dalam menggunakan ICT dalam
P&P Matematik
4.5.2.8 Cara mengatasi masalah tersebut
4.5.2.9 Bagaimanakah penggunaan ICT dapat
membantu dalam menjalani proses P&P
Matematik
4.5.2.10 Respon pelajar terhadap penggunaan
ICT dalam P&P Matematik
4.5.2.11 Sumber-sumber kemudahan ICT yang
disediakan oleh pihak sekolah
4.5.2.12 Prosedur-prosedur yang perlu dilalui
untuk menggunakan kemudahan
tersebut
4.5.3 Analisa pemerhatian Responden D
4.5.3.1 Set induksi
43
43
44
44
44
45
45
45
46
46
46
46
47
47
47
xiv
4.5.3.2 Isi pengajaran
48
4.6 Responden E
4.6.1 Pengenalan ringkas responden E
4.6.2 Analisa temubual responden E
4.6.2.1 Pemahaman mengenai ICT dan sumber-
sumber ICT yang diketahui
4.6.2.2 Penggunaan ICT dalam P&P Matematik
4.6.2.3 Sumber-sumber ICT yang selalu
digunakan dalam P&P Matematik
4.6.2.4 Penggunaan ICT dalam meningkatkan
keberkesanan P&P Matematik
4.6.2.5 Kelebihan yang diperolehi melalui
penggunaan ICT dalam P&P Matematik
4.6.2.6 Kelemahan penggunaan ICT dalam P&P
Matematik
4.6.2.7 Masalah dalam menggunakan ICT dalam
P&P Matematik
4.6.2.8 Cara mengatasi masalah tersebut
4.6.2.9 Bagaimanakah penggunaan ICT dapat
membantu dalam menjalani proses P&P
Matematik
4.6.2.10 Respon pelajar terhadap penggunaan
ICT dalam P&P Matematik
4.6.2.11 Sumber-sumber kemudahan ICT yang
disediakan oleh pihak sekolah
48
48
48
48
49
49
49
50
50
50
50
51
51
51
xv
4.6.2.12 Prosedur-prosedur yang perlu dilalui
untuk menggunakan kemudahan
tersebut
4.6.3 Analisa pemerhatian Responden E
4.2.3.1 Set induksi
4.2.3.2 Isi pengajaran
51
52
52
52
4.7 Penutup 53
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
54
5.2 Perbincangan
5.2.1 Kelebihan penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik.
5.2.2 Kelemahan penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sains dan
Matematik.
5.2.3 Masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-
guru pelatih dalam menggunakan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik
54
55
56
58
5.3 Rumusan 60
5.4 Cadangan 61
xvi
5.4.1 Pihak Sekolah
5.4.2 Tenaga mahir
5.4.3 Pihak guru pelatih
61
62
62
5.5 Cadangan kajian lanjutan 62
5.6 Kesimpulan 63
Rujukan
64
Lampiran
xviii
SENARAI SINGKATAN
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
LCD - liquid crystal display
ICT - Information Communication Technology
CD-ROM - Read Only Memory
FP - fakulti pendidikan
CD - compact disc
PBK - Pengajaran Berbantuan Komputer
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
xix
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Tajuk
A Surat kebenaran mendapatkan maklumat
B Soalan temubual
C
D
Hasil temubual
Jadual pemerhatian
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Era teknologi maklumat melibatkan banyak cabaran kepada sekolah-sekolah
di Malaysia. Tahap kualiti masa hadapan masyarakat dari segi politik, sosial dan
ekonomi bergantung kepada kemampuan generasi muda yang akan mengambil alih
peranan pemimpin masyarakat. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan
khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan
terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat.
Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang
menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih
iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera
video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.
Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai
masalah. Negara-negara industri kini bergantung kepada teknologi komputer untuk
membantu kehidupan seharian kerana ia digunakan dalam pelbagai aktiviti ekonomi
seperti pembuatan produk, pengangkutan, komunikasi, perdagangan, perniagaan dan
pendidikan. Salah satu penggunaan Information Communication Technology (ICT)
dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ialah melalui penggunaan komputer. Di
negara kita pengetahuan dan penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang.
Rancangan Kementerian Pendidikan untuk membina Makmal komputer di semua
sekolah rendah dan menengah akan mempertingkatkan lagi tahap celik komputer
dikalangan pelajar. Kementerian Pendidikan juga telah membina beberapa buah
2
sekolah bestari di mana setiap kelas dibekalkan dengan komputer untuk
membolehkan guru-guru dan pelajar-pelajar menggunakan ICT dalam P&P.
Guru dan pelajar juga digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan
untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan P&P. Selain daripada perisian untuk
pengajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh Kementerian
Pelajaran, guru-guru boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri
dengan menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh Kementerian
Pelajaran menurut Kassim Abbas (2006).
Manakala CD-ROM (Read Only Memory) atau ingatan baca sahaja cakera
padat merupakan salah satu media yang dapat digunakan untuk membantu proses
P&P. penggunaan CD-ROM sama pentingnya dengan penggunaan buku rujukan.
Malah kerana saiznya yang kecil ia mudah disimpan dan dengan dibawa. Isi
kandungannya pula lebih banyak dapat disimpan. Gabungan elemen teks, grafik,
audio, video dan animasi menjadikannya lebih menarik serta memudahkan
pemahaman tentang sesuatu konsep menurut Ismail Zain, (2003).
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Rozinah Jamaludin, (2000) dalam pendidikan, multimedia digunakan
sebagai:
i. Tutorial interaktif dengan memilih bahan yang sesuai berdasarkan kepada
kemasukan berterusan maklum balas pelajar dengan mengambil kira rekod
pelajar.
ii. Persembahan elektronik melalui pakej aplikasi komputer yang canggih,
cakera video dan lain-lain format persembahan.
iii. Pengajaran simulasi komputer bagi tajuk yang berbahaya, mahal, berlawanan
atau sensitif kepada masa untuk mencubanya secara terus menerus.
iv. Realiti maya, latihan ulangkaji 3-Dimensi yang boleh mensimulasikan
keadaan sebenar.
3
v. Pengajaran atau sumber yang dihasilkan dalam internet seperti World Wide
Web yang memberi perkhidmatan 24 jam sehari.
vi. Perayauan hiperteks bagi menjalankan penyelidikan, projek dan
pembangunan projek multimedia dalam bentuk compact disc (CD). Pelajar
boleh menggunakan atau menangkap maklumat tekstual, visual grafik dan
auditori untuk membangunkan projek mereka.
Faedah multimedia dalam pendidikan pula adalah seperti berikut:
i. Pengajaran akan menjadi lebih efektif dengan adanya integrasi elemen-
elemen multimedia.
ii. Menarik minat dan memotivasikan pelajar.
iii. Pelajar dapat belajar pada tahap kendiri dan pada bila-bila masa sahaja.
iv. Menjimatkan masa dan kos. Tidak memerlukan tenaga pengajar, Cuma
bertindak sebagai fasilitator sahaja.
v. Pelbagai sumber dan bahan dapat disimpan dan digunakan dengan adanya
kemudahan internet dan perpustakaan maya.
Banyak faedah yang boleh diperolehi melalui penggunaan multimedia dalam
pendidikan. Faedah-faedah ini akan membantu menjadikan proses P&P lebih
mantap. Dalam masa yang sama memberikan kelebihan kepada guru dan pelajar.
Sistem pengajaran Sains dan Matematik sudah berganjak daripada teori
behaviorisme ke kognitivisme dan selanjutnya ke konstruktivisme. Dalam teori
konstruktivisme guru bertindak sebagai fasilitator dan pengurus kepada pendidik
(Rozinah Jamaluddin, 2000).
Menurut beliau lagi, teknologi multimedia yang mempunyai ciri-ciri hiperteks
dan hyperlink, realiti maya dan globalisasi sangat sesuai dengan aliran
konstruktivisme. Pelajar juga boleh belajar mengikut tahap kemampuan dan
mengikut minat mereka pada bila-bila masa dan dalam keadaan yang sebenar. Pelajar
juga tidak digalakkan lagi menghafal tetapi sebaliknya digalakkan meningkatkan
tahap pemikiran aras tinggi mereka bagi menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.
4
Menurut Merilyn Buchanan proses P&P menggunakan teknologi dapat
menyediakan banyak gaya pembelajaran yang berbeza. ( Jenny way & Toni bradon,
2003 ). Beliau menerangkan bagaimana pelajar menggunakan penyiasatan
Matematik yang bermakna dan tetap, mengambil sepenuhnya peluang kewujudan
teknologi dan mempelajari kemahiran teknikal yang baru dalam Matematik dalam
usaha untuk menjayakan penyiasatan mereka seterusnya mencari penyelesaian.
Dalam era globalisasi yang pesat membangun ini, kita harus cepat
menyesuaikan diri dan seterusnya sistem pendidikan kita dengan tuntutan masa kini.
Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan dapat mempelbagaikan kaedah P&P.
Guru-guru yang berhasrat mempertingkatkan kualiti P&P harus menerima hakikat
bahawa kaedah Chalk and Talk sangat membosankan serta ketinggalan zaman.
Kaedah ini tidak mempertimbangkan perbezaan minat, kecenderungan dan
keupayaan pelajar. Maka sudah tiba masanya para pendidik menggunakan ICT untuk
memperkaya kaedah P&P sebagai salah satu usaha ke arah mencapai kecemerlangan
pendidikan bertaraf dunia. ( Kassim Abbas, 2006 ).
1.3 Penyataan Masalah
Para pendidik perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan
teknologi maklumat dan komunikasi kerana penggunaan ICT dalam proses P&P di
UTM sudah lama digunakan, maka sudah pasti timbul pelbagai reaksi mengenai
penggunaannya walaubagaimanapun fakulti pendidikan (FP) sudah dilengkapi
dengan segala prasarana ICT seperti kemudahan projektor, kemudahan akses internet
yang baik serta makmal-makmal komputer, malah para pendidik juga turut
dibekalkan dengan komputer masing-masing. Pihak yang berkaitan perlu mengambil
langkah-langkah yang difikirkan perlu agar proses P&P berasaskan ICT dapat
berjalan dengan lancar. Justeru itu fokus kajian adalah kepada mengenalpasti
sejauhmana bakal-bakal guru mengaplikasikan penggunaan ICT disekolah. Adakah
penggunaan ICT ini dapat membantu para pendidik dan pelajar dalam proses P&P,
sumber ICT yang digunakan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pendidik
dan pelajar dalam menggunakan ICT dalam P&P.
5
1.4 Objektif Kajian
Beberapa objektif kajian telah dikenalpasti di dalam kajian ini;
i. Mengenalpasti kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik.
ii. Mengenalpasti kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik.
iii. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam
menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Objektif kajian ini ialah ingin mengetahui penggunaan ICT dikalangan guru
pelatih dalam P&P Matematik. Penggunaan ICT ini dipercayai mempunyai kelebihan
dan kelemahannya yang tersendiri. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk
mengetahui masalah-masalah yang dihadapi guru pelatih dalam menggunakan ICT
dalam P&P Matematik.
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian telah dikenal pasti didalam kajian ini;
i. Apakah kebaikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik.
ii. Apakah kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik.
iii. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam
menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Persoalan-persoalan kajian ini bertujuan untuk menjawab objektif-objektif kajian
seterusnya untuk mengetahui adakah matlamat kajian dapat dicapai.