borang status tesis. - fp.utm.my · penyelidikan atau laporan projek sarjana muda (psm)'...
TRANSCRIPT
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS.
JUDUL;
SESIPENGAJIAN: 20l0l20ll
Saya MOHAMAD RASHIDI BIN ANAIIG(IIURUF BESAR)
mengakumembenarkantesis(PSM/@*inidisimpandiPerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. ^f"tp'uitutu* -dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Silatandakan (/ )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
NO. 11, JLN. MURNI4,TAMAN MURNI,83000BATU PAHAT, JOIIORTarikh: 12 MEI 2011
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Nama Penyelia:PM DR. JAMALLIJDIN IIARTIN
Tarikh: 12 MEI 201I
AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN IJTM
Disahkan oleh
GAN PENYELIA)(TANDAT
Alamat tetap:
CATATAN: * Potong Yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD'
r Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)'
PENGESAHAN PEFTYELIA
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya iai dan pada pandangan saya karya ini
adalah mernadai dari segi skop dan kua,titi pongaaugerahan Ijazah Sarjena Muda
Sains Dan Komputer Setta Fendidikan (Kirnia)"
TANDATANGAN
NAMA PEI{YELIA
TARIKH
: PM DR JffiLLUDIN BIN HART'N
: 12 MEI201l
i
TAHAP PENERIMAAN MEDIA SOSIAL BAGI PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PEMBELAJARAN
BAGI PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN UTM
MOHAMAD RASHIDI BIN ANANG
Projek sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei 2011
]Sryu ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart
ya*g ,atunyatel&sayajda*ari'grnbctnyd'
TA}I{DATANGAhI
NAMA PENYELIA
TARKH
: MOHAMADRASHIDI BIN ANANG
: l2lvffil20ll
iii
Teristimewa buat…
Ayahanda dan Bonda tercinta….
En. Anang Bin Mohamad & Pn. Norriza Binti Kasah
Rakan setia…
Muhammad Rufi Bin Muhidin
Terima kasih atas semangat, dorongan, sokongan dan nasihat yang kalian berikan…
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulilah. Bersyukur dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Mengasihani. Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan taufik hidayatnya saya diberi kesempatan
untuk menyiapkan kajian ini dengan jayanya.
Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
ditujukan buat PM Dr. Jamalludin Bin Harun di atas segala bimbingan, dorongan,
pandangan, perbincangan dan masa yang telah diluangkan sepanjang kajian ini
dijalankan.
Penghargaan dan ucapan terima kasih juga buat pensyarah dan pelajar Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas segala bimbingan dan nasihat yang
dijadikan pedoman sepanjang pengajian.
Terima kasih atas segala pengertian dan semangat yang diberikan oleh kedua ibu
bapa, En. Anang Bin Mohamad dan Pn. Norriza Binti Kasah serta ahli keluarga
sepanjang proses kajian ini. Tidak lupa juga kepada Muhammad Rufi Bin Muhidin di
atas sokongan yang diberikan sepanjang pengajian di sini. Begitu juga rakan-rakan yang
banyak memberikan bantuan dan kata-kata nasihat dalam melaksanakan kajian ini
dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian.
Sekian, Ribuan Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Kebelakangan ini, perkembangan pesat dalam teknologi multimedia dan teknologi
internet membawa nafas baru dalam dunia pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan
komunikasi. Penggunaan web 2.0 dan media sosial semakin meluas di seluruh negara.
Kesedaran tentang penggunaannya di kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi terhadap
persekitaran web 2.0 telah mengatasi penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran
(Learning Management System) yang berkait rapat dengan sistem e-Pembelajaran yang
disediakan dan diguna pakai oleh institusi mereka. Walaubagaimanapun, teknologi semata-
mata tidak menjanjikan keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
adalah kerana setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Kajian ini
mengkaji gaya pembelajaran berdasarkan teori kecerdasan pelbagai yang dikemukakan oleh
Howard Gardner. Responden yang terlibat adalah 137 pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia. Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian tinjauan untuk
mendapatkan pandangan responden terhadap ciri-ciri dan penggunaan media sosial bagi
proses pengajaran dan pembelajaran dan hubungannya dengan gaya pembelajaran. Hasil
daripada kajian rintis soal-selidik yang dijalankan, nilai alpha yang diperoleh ialah 0.890.
Daripada kajian yang telah dijalankan, min purata keseluruhan untuk tahap penggunaan
media sosial bagi tujuan perkongsian maklumat adalah paling tinggi (4.07) berbanding
dengan min purata keseluruhan bagi tujuan komunikasi berkesan (2.93) dan tujuan
kepelbagaian media (2.76). Kajian juga mendapati bahawa min purata keseluruhan untuk
item tahap penerimaan terhadap penggunaan media sosial dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi tujuan perkongsian maklumat adalah paling tinggi (3.13) berbanding
dengan min purata keseluruhan bagi tujuan komunikasi berkesan (3.11) dan tujuan
kepelbagaian media (3.12). Kajian yang telah dijalankan juga mengkaji ciri-ciri interaktif dan
fleksibiliti dalam media sosial yang diharapkan dapat diintegrasikan ke dalam Sistem
Pengurusan Pembelajaran (e-Learning) sedia ada di kalangan responden. Gaya pembelajaran
responden juga dianalisa dalam bentuk jadual kekerapan. Selain daripada itu, di dapati juga
terdapat hubungan antara penerimaan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran
dengan gaya pembelajaran di kalangan responden mengikut beberapa aspek seperti
perkongsian maklumat, komunikasi berkesan dan kepelbagaian media.
vi
ABSTRACT
For the past few years, the development of multimedia technologies has given a new
era of education. Web 2.0 and social media has been used widely throughout the country. The
awareness of using web 2.0 has overcome the usage of Learning Management System,
prepared by the institution, among undergraduates as a tool of learning. However,
technologies itself does not guarantee a better learning environment as every students has
their own learning styles. This research only studies about Multiple Intelligence by Howard
Gardner. Respondents involved were 137 final year students of Faculty of Education,
Universiti Teknologi Malaysia. The research also studies about the perception of respondents
towards the usage of social media as a learning tool and the relationship between the
perceptions of respondents towards the usage of social media as a learning tool and the
learning style. From the results of the pilot study, the alpha value obtained is 0890. From the
study, the overall weighted average for the use of social media for the purpose of sharing
information is the highest (4.07) compared to the overall weighted average for the purpose of
effective communication (2.93) and media diversity (2.76). The study also found that the
mean average for the overall item level of acceptance towards the use of social media in
teaching and learning for the purpose of sharing information is the highest (3.13) compared
to the overall weighted average for the purpose of effective communication (3.11) and media
diversity (3.12). Studies also examine the interactive features and flexibility in social media is
expected to be integrated into the Learning Management System (e-Learning) among
the respondents. The respondents’ learning style was analyzed in a frequency table. In
addition, there was a significant correlation between the acceptance of social media in
teaching and learning, learning styles among respondents according to various aspects such
as information sharing, effective communication and media diversity.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK
MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i.
PENGAKUAN PENULIS ii.
DEDIKASI iii.
PENGHARGAAN iv.
ABSTRAK v.
ABSTRACT vi.
KANDUNGAN vii.
SENARAI JADUAL xi.
SENARAI RAJAH xiii.
SENARAI LAMPIRAN
xiv.
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Rasional Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.7.1 Pelajar
1.7.2 Pendidik
1.7.3 Universiti
1.7.4 Masyarakat
1
1
3
9
9
10
11
12
12
13
13
14
viii
1.7.5 Negara
1.8 Skop dan Batasan Kajian
1.9 Definisi Istilah
1.10 Penutup
14
14
15
18
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Sistem Pengurusan Pembelajaran(LMS)
2.3 Pengenalan kepada Web 2.0
2.4 Penggunaan Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran
2.5 Media Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran
2.5.1 Penggunaan Laman Rangkaian Sosial dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
2.5.2 Penggunaan Laman Perkongsian Media dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
2.5.3 Penggunaan Laman Perkongsian Maklumat dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
2.6 Gaya Pembelajaran
2.6.1 Indikasi Myers-Briggs
2.6.2 Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn
2.6.3 Model Gregorc
2.7 Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner
2.8 Penutup
19
19
20
21
23
24
25
26
29
30
31
33
34
35
37
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Prosedur Kajian
3.4 Pensampelan
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Bahagian A
3.5.2 Bahagian B
3.5.3 Bahagian C
3.5.4 Bahagian D
39
39
39
41
42
44
45
45
45
46
ix
3.5.5 Bahagian E
3.6 Kajian Rintis
3.7 Analisis Data
3.8 Penutup
46
47
49
50
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Data Demografi
4.3 Dapatan Kajian
4.3.1 Tahap Penggunaan Media Sosial
4.3.1.1 Tujuan Perkongsian Maklumat
4.3.1.2 Tujuan Komunikasi Berkesan
4.3.1.3 Tujuan Kepelbagaian Media
4.3.2 Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan
Media Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran
4.3.2.1 Aspek Perkongsian Maklumat
4.3.2.2 Aspek Komunikasi Berkesan
4.3.2.3 Aspek Kepelbagaian Media
4.3.3 Ciri-ciri Interaktif dan Fleksibiliti dalam Media Sosial
yang diharapkan dapat Diintegrasikan ke dalam
Sistem Pengurusan Pembelajaran (e-Learning) UTM
4.3.4 Gaya Pembelajaran Pelajar
4.3.5 Hubungan Antara Penerimaan Media Sosial dalam
Pengajaran dan Pembelajaran dengan Gaya
Pembelajaran Pelajar
4.3.5.1 Aspek Perkongsian Maklumat
4.3.5.2 Aspek Komunikasi Berkesan
4.3.5.3 Aspek Kepelbagaian Media
4.4 Kesimpulan
51
51
51
53
54
54
55
56
57
57
58
59
61
63
69
69
70
71
71
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
72
72
72
x
5.2.1 Tahap Penggunaan Media Sosial
5.2.1.1 Tujuan Perkongsian Maklumat
5.2.1.2 Tujuan Komunikasi Berkesan
5.2.1.3 Tujuan Kepelbagaian Media
5.2.2 Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan
Media Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran
5.2.2.1 Aspek Perkongsian Maklumat
5.2.2.2 Aspek Komunikasi Berkesan
5.2.2.3 Aspek Kepelbagaian Media
5.2.3 Ciri-ciri Interaktif dan Fleksibiliti dalam Media Sosial
yang diharapkan dapat Diintegrasikan ke dalam
Sistem Pengurusan Pembelajaran (e-Learning) UTM
5.2.4 Gaya Pembelajaran Pelajar
5.2.5 Hubungan Antara Penerimaan Media Sosial dalam
Pengajaran dan Pembelajaran dengan Gaya
Pembelajaran Pelajar
5.2.5.1 Aspek Perkongsian Maklumat
5.2.5.2 Aspek Komunikasi Berkesan
5.2.5.3 Aspek Kepelbagaian Media
5.3 Rumusan Kajian
5.4 Cadangan Kajian Akan Datang
5.5 Kesimpulan
73
73
75
76
77
78
79
80
82
83
85
85
86
87
88
89
90
RUJUKAN 91
LAMPIRAN 95
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kelebihan dan Kelemahan Penggunaan ‘Podcast’ Daripada Aspek Pelajar dan Pensyarah
28
2.2 Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) 34 3.1 Pembahagian reka bentuk kajian kuantitatif
berdasarkan jenis data yang dipungut 40
3.2 Jadual rancangan kerja kajian 41 3.3 Jadual Penentuan Saiz Sampel oleh Krejeic dan
Morgan (1970) 43
3.4 Pemilihan saiz sampel berdasarkan tatacara yang dinyatakan oleh Krejeic dan Morgan (1970)
43
3.5 Taburan Komponen Soal Selidik 44 3.6 Bilangan item Soal Selidik Bahagian B 45 3.7 Bilangan item Soal Selidik Bahagian C 46 3.8 Spesifikasi jumlah item bagi setiap kategori dalam
kecerdasan pelbagai mengikut teori Gardner (1968) 47
3.9 Interpretasi pekali korelasi 49 4.1 Kekerapan dan Peratus Maklumat Responden 52 4.2 Kekerapan dan Peratus Maklumat Responden 52 4.3 Tahap Penggunaan Tujuan Perkongsian Maklumat 54 4.4 Tahap Penggunaan Tujuan Komunikasi Berkesan 55 4.5 Tahap Penggunaan Tujuan Kepelbagaian Media 56 4.6 Tahap Penggunaan Media Sosial di Kalangan
Responden 57
4.7 Tahap Penerimaan Aspek Perkongsian Maklumat 58 4.8 Tahap Penerimaan Aspek Komunikasi Berterusan 59 4.9 Tahap Penerimaan Aspek Kepelbagaian Media 60 4.10 Tahap Penerimaan Media Sosial di Kalangan
Responden 60
4.11 Ciri-ciri Interaktif dan Fleksibiliti dalam Media Sosial yang diharapkan dapat diintegrasikan ke dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (e-Learning)
61
4.12 Gaya Pembelajaran Verbal Pelajar 63 4.13 Gaya Pembelajaran Logikal Pelajar 64
xii
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.14 Gaya Pembelajaran Visual Pelajar 64 4.15 Gaya Pembelajaran Kinestetik Pelajar 65 4.16 Gaya Pembelajaran Muzikal Pelajar 65 4.17 Gaya Pembelajaran Interpersonal Pelajar 66 4.18 Gaya Pembelajaran Intrapersonal Pelajar 67 4.19 Gaya Pembelajaran Naturalis Pelajar 67 4.20 Statistik Gaya Pembelajaran Pelajar 68 4.21 Hubungan Signifikan antara Penerimaan Media Sosial
dalam Pengajaran dan Pembelajaran dengan Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Aspek Perkongsian Maklumat
69
4.22 Hubungan Signifikan antara Penerimaan Media Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran dengan Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Aspek Komunikasi Berterusan
70
4.23 Hubungan Signifikan antara Penerimaan Media Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran dengan Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Aspek Kepelbagaian Media
71
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
5
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik Tahap Penggunaan Media Sosial dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran dan Hubungannya dengan Gaya Pembelajaran Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai
95
B Analisis Data daripada SPSS 16.0 bagi Min, Kekerapan dan Peratus
102
C Analisis Data daripada SPSS 16.0 bagi korelasi hubungan Spearman Rho
122
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan pada masa kini telah mengalami perubahan dari segi cara pengajaran dan
pembelajaran dilakukan. Penggunaan komputer sebagai alat pengajaran dan pembelajaran
sering diperkatakan dan diaplikasikan. Ia adalah selari dengan hasrat pemimpin negara dalam
usaha mencapai Wawasan 2020. Projek Sekolah Bestari telah pun dilancarkan dan makmal
komputer dan multimedia juga telah banyak dibangunkan di sekolah-sekolah seluruh
Malaysia. Antara usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengintegrasikan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah dapat kita lihat di makmal
komputer kebanyakkan sekolah seluruh negara yang dilengkapi dengan komputer-komputer
serta kemudahan dalam-talian (on-line) supaya guru dan pelajar dapat mengalami proses
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dan multimedia.
Revolusi teknologi maklumat masa kini telah dikuasai Internet yang bersifat global,
platform bebas, penyelenggaraan yang minima, dapat digunakan semula dan kaedah
pengoperasian yang mudah (Lorenz et al, 1997). Internet juga tidak dapat dipisahkan dalam
kehidupan seharian kita. Ia telah memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan
maklumat yang terkini pada masyarakat. Ia juga memainkan peranan yang signifikan
terhadap pengajaran dan pembelajaran. Satu tinjauan ke atas guru yang dilaksanakan oleh
Michael Pastore (2003) di Amerika Syarikat mendapati bahawa Internet dapat meningkatkan
kualiti pendidikan, sebagai alat yang penting bagi mendapatkan maklumat baru dan hampir
keseluruhan guru menggunakan Internet di dalam kelas mereka.
Satu perubahan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan
teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang
dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi
dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat
kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Web 1.0 mula diperkenalkan kepada
umum pada tahun 1991. Web 1.0 lebih statik dan kebimbangan mengenai hak persendirian
menjadi isu yang menyebabkan maklumat dialirkan secara sehala melaui laman web yang
mempunyai bahan-bahan bacaan sahaja. Kemudian pada tahun 2004, web 2.0 diperkenalkan.
Perubahan dari web 1.0 kepada web 2.0 boleh dilihat sebagai pembaikan teknologi dengan
adaptasi-adaptasi seperti penggunaan jalur lebar dan peningkatan pembuatan aplikasi Flash.
Perubahan ini juga memberi kesan secara langsung terhadap perubahan tingkah laku
pengguna web 2.0 (Flew dan Terry, 2008). Web 2.0 kini lebih melibatkan penggunaan-
penggunaan media sosial. Menurut kajian daripada IPTS(Institute for Prospective
Technological Studies),2010, media sosial dapat menyumbang kepada peningkatan peluang
pengajaran dan pembelajaran di Eropah.
Disamping itu, pelbagai kajian telah dilakukan untuk meninjau sejauh mana
penggunaan komputer secara menyeluruh dan praktikal, serta mengkaji kesannya terhadap
guru dan pelajar. Corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer untuk menaikkan
keyakinan diri pelajar melalui sistem penyampaian yang berkesan berdasarkan prinsip-prinsip
manusia belajar amat diperlukan (John,1967). Memandangkan corak pendidikan hari ini yang
menitikberatkan penglibatan pelajar, corak pengajaran dan pembelajaran kita memerlukan
suatu anjakan, dimana personaliti dan aspek dalaman pelajar perlu dipertimbangkan semasa
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer khususnya dalam
penggunaan media-media baru atau media sosial yang semakin mendapat tempat dalam
sistem pendidikan negara.
1.2 Latar Belakang Masalah
Beberapa tahun kebelakangan ini, perkembangan pesat dalam teknologi multimedia
dan teknologi internet membawa nafas baru dalam dunia pendidikan berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi. Gabungan kedua- dua teknologi ini semakin merancakkan lagi
penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan. Ini adalah kerana sejak
kebelakangan ini penggunaan teknologi internet menjadi begitu dominan dalam kehidupan
manusia. Penggunaan teknologi ini telah berkembang dengan pesat dalam sistem pendidikan
negara samada di peringkat sekolah rendah seterusnya sehingga ke peringkat pengajian
tinggi. Pembelajaran menerusi internet atau web adalah pendekatan baru yang semakin
mendapat perhatian dan ia masih dikaji daripada pelbagai aspek oleh golongan pendidik
(Khan, 1997).
Pada masa kini, penggunaan web 2.0 semakin meluas di seluruh negara. Kesedaran
tentang penggunaannya di kalangan pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi terhadap
persekitaran web 2.0 telah mengatasi penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran
(Learning Management System) yang berkait rapat dengan sistem e-Pembelajaran yang
disediakan dan diguna pakai oleh institusi mereka. Menurut Niall Sclater (2008), web
browser adalah paling signifikan sebagai alat pembelajaran yang baik pernah dicipta dari segi
kebolehannya menyediakan maklumat yang meluas dan menghubungkan pelajar-pelajar
dengan hanya satu antaramuka. Di institusi-institusi pengajian tinggi awam terutamanya,
penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran adalah meluas. Ia menyediakan maklumat
pentadbiran daripada pihak pengurusan seperti silibus pembelajaran, jadual peperiksaan,
keputusan peperiksaan dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa isu yang harus dipersoalkan di dalam
penggunaan sistem ini. Penggunaannya menghalang pelajar dari segi pemilihan rekaan
paparan dan interaksi antara pelajar adalah tertakluk kepada pelajar di dalam suatu kursus
sahaja. Laman rangkaian sosial dan penulisan blog memberi kemudahan dan peluang untuk
pelajar membina dan berkongsi maklumat selain berkomunikasi dan berinteraksi. Ia memberi
kemudahan dan pemilikan yang tidak terdapat dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran.
Selain itu, Sistem Pengurusan Pembelajaran juga kurang kemudahan untuk berkomunikasi
bagi sesetengah institusi pengajian tinggi. Secara umumnya, ia hanyalah sekadar tempat
penyimpanan nota-nota dari pensyarah (Niall Sclater, 2008). Web 2.0 yang menyediakan
lebih banyak kemudahan dan kelebihan menjadi pilihan pelajar. Pelajar lebih selesa
menggunakan web 2.0 kerana ia memberi lebih peluang untuk mencipta dan berkongsi serta
berkomunikasi antara satu sama lain. Antara contoh web 2.0 yang popular masa kini adalah
berkaitan dengan media sosial.
Media sosial atau laman web sosial telah banyak diperkatakan pada masa kini.
Penggunaanya juga tidak terhad pada mereka yang muda malahan mereka yang berusia juga
menggunakannya. Menurut kajian, IPTS(Institute for Prospective Technological Studies,
2010) menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi media sosial di persekitaran pembelajaran
tidak formal dapat memberi peluang menginovasikan dan memperbaharui institusi pengajian
dan juga mempersiapkan pelajar di abad ke-21 ini. Aplikasi media sosial termasuklah
menulis blog, perkongsian maklumat (collaborative content), rangkaian sosial (social
networking), perkongsian media (media sharing), social bookmarking, dan permainan video
sosial (social gaming). Laman sosial seperti Facebook dan Myspace adalah antara laman
sosial yang paling popular di seluruh dunia. Individu boleh memuat naik video, gambar,
membina aplikasi serta menggunakan banyak aplikasi pihak kedua yang pelbagai. Jadi,
penggunaannya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran adalah tidak mustahil dengan
adanya elemen multimedia yang banyak serta pelbagai elemen bagi perkongsian maklumat
dan memudahkan komunikasi di antara pengguna.
Walaubagaimanapun, teknologi semata-mata tidak menjanjikan keberkesanannya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana setiap pelajar mempunyai gaya
pembelajaran yang berbeza. Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu
seseorang mengetahui dan memahami pengetahuan dan kemahiran dalam proses
pembelajaran. Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan
mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan
memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam
kehidupan (Hargreaves, 1996). Gaya pembelajaran yang dimiliki juga dapat membantu
seseorang untuk mengenalpasti situasi pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi
pembelajaran (Dunn dan Stevenson, 1997).
Menurut Mok Soon Sang (2003), antara masalah pembelajaran yang sering dihadapi
pelajar adalah strategi pengajaran dan prosedur yang kurang sesuai dan tidak dapat diterima
oleh pelajar itu sendiri. Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Gaya
pembelajaran pelajar perlu dikenal pasti supaya keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih optimum.
Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaanmemilih
pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan (Mok Soon Sang, 2003). Dalam erti kata
lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta
teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran
dengan lebih berkesan. Rajah 1.1 berikut menunjukkan gambaran secara ringkas klasifikasi
strategi pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik mengajar yang berkaitan.
Rajah 1.1: Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Oleh itu, untuk keberkesanan pengajaran, strategi pengajaran haruslah pelbagai.
Strategi yang dijalankan perlu bersesuian dengan pelajar kerana setiap pelajar mempunyai
gaya pembelajaran yang berbeza. Terdapat banyak jenis gaya pembelajaran sebagai contoh
Model Gaya Belajar Dunn dan Dunn, Model Gregorc, Indikasi Myers-Briggs dan Teori
Kecerdasan Pelbagai.
Di dalam Teori Pelbagai Kecerdasan,Gardner (1991) berpendapat bahawa setiap insan
mewarisi lapan jenis kecerdasan yang berlainan. Terdapat pelbagai gaya pembelajaran pelajar
yang dikenalpasti tetapi kajian ini akan lebih mengkaji teori kecerdasan pelbagai Howard
Klasifikasi Strategi Pengajaran-Pembelajaran
Pemusatan Guru Pemusatan Bahan Pemusatan Pelajar
Kaedah dan teknik:
• Menerang
• Eksploitasi
• Demonstrasi
• Syarahan
• Bercerita
• Pengajaran mikro
Kaedah dan teknik:
• Audio-visual
• Penggunaan computer
• Penggunaan bahan cetak
• Modul
• Penggunaan buku teks dan buku rujukan
Kaedah dan teknik:
• Projek
• Inkuiri-penemuan
• Perbincangan
• Penyelesaian masalah
• Penyoalan
• simulasi
Gardner. Teori kecerdasan pelbagai (multiple intelligences) diperkembangkan oleh Howard
Gardner dalam tahun 1983. Beliau berpendapat tanggapan tradisional tentang kecerdasan
iaitu berasaskan ujian I.Q. adalah terlalu terhad. Sebaliknya, beliau mencadangkan lapan
kecerdasan yang berbeza untuk mengambil kira kepelbagaian potensi manusia, iaitu:
i. Kecerdasan verbal/linguistic
ii. Kecerdasan logikal/matematik
iii. Kecerdasan visual/ruang (spatial)
iv. Kecerdasan kinestetik
v. Kecerdasan muzikal/irama
vi. Kecerdasan interpersonal
vii. Kecerdasan intrapersonal
viii. Kecerdasan naturalis
Mengikut teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner (1983), cara pembelajaran
pelajar adalah berbeza, namun seperti yang dinyatakan oleh Gardner, sekolah dan budaya kita
memfokus kebanyakan perhatian kepada kecerdasan linguistik dan logikal-matematik sahaja.
Jika seseorang guru mengalami kesukaran untuk mengajar seseorang pelajar melalui cara
lebih tradisional iaitu secara linguistik atau logikal, teori ini mencadangkan pelbagai cara lain
untuk membentangkan bahan pengajaran bagi memudahcarakan pembelajaran berkesan.
Diperingkat sekolah, tumpuan hanya diberi untuk menguji kecerdasan kognitif seperti
kecerdasan linguistik, logikal-matematik dan kecerdasan ruang sahaja. Penilaian bukan
kognitif seperti penilaian kecerdasan muzik, tubuh kinestetik, interpersonal atau intrapersonal
jarang diadakan. Sehubungan itu, kecerdasan pelajar dalam bidang muzik, kinestetik,
interpersonal dan intrapersonal pula harus diberi perhatian untuk perkembangannya. (Mok
Soon Sang, 2003).
Salmon (2000) mencadangkan bahawa pembelajaran di bilik darjah online bukan
sekadar berkongsi nota melalui laman web atau melalui email sahaja; tetapi ia seharusnya
melibatkan interaksi diantara semua pengguna bilik darjah yang dihubungkan melalui
pembelajaran secara rangaian. Aplikasi seperti forum dikatakan mampu untuk
menghubungkan semua pengguna secara rangkaian.
Di sini, dapat kita lihat bahawa pelajar mempunyai cara belajar yang tersendiri yang
harus ditekankan dan penggunaan laman web dan pembelajaran secara dalam talian adalah
satu alternatif pembelajaran yang baik. Dengan wujudnya web 2.0, strategi pengajaran akan
lebih dipermudahkan. Menurut Shirky (2003), ia dipanggil sebagai perisian sosial di mana
pengguna menggunakannya untuk berkolaborasi dan berhubung dalam pelbagai interaksi.
Web 2.0 juga memberikan kebebasan kepada pengguna untuk memilih sama ada untuk
berinteraksi sesama mereka melalui media sosial sebagai pereka kepada pengisian yang
ditentukan sendiri oleh pengguna di dunia maya.
Pada masa yang sama, penggunaan media Web 2.0 dikatakan mampu untuk
berinteraksi secara positif dengan corak pembelajaran moden masa kini. Secara khususnya,
Web 2.0 menjanjikan peluang atau ruang kepada pelajar untuk menerokai peluang-peluang
baru serta membuka skop yang lebih besar untuk tujuan pembelajaran & kajian ilmiah. Web
2.0 menawarkan pelbagai kebolehan yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan. Ia juga
menawarkan peluang untuk pengguna bekerja secara kolaboratif yang seterusnya menarik
minat pengguna untuk menggunakan aplikasi Web 2.0 ini. Untuk terus melaksanakan misi
ini, aplikasi-aplikasi Web 2.0 telah mengalami penambahbaikan dalam usaha untuk terus
menarik minat pengguna menggunakannya untuk tujuan ilmiah melalui talian.
Penggunaan media sosial pada masa kini semakin menular ke seluruh pelosok dunia
termasuk Malaysia. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar kita juga ada menggunakan media
sosial. Penggunaan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberi
persekitaran yang lebih sosial dan menyokong keperluan peribadi pelajar. Terdapat beberapa
kategori aplikasi web 2.0 termasuklah rangkaian sosial, perkongsian media, Weblog(Blog)
dan permainan dalam talian. Kebanyakan laman rangkaian sosial menggunakan sistem yang
melibatkan pembelajaran berkelompok. Dengan adanya kemudahan ini, kebanyakan institusi
pendidikan boleh menggunakan Web 2.0 sebagai platform untuk melancarkan aplikasi Web
2.0 mereka sendiri untuk institusi pendidikan masing-masing. Aplikasi Web 2.0 yang
dibangunkan ini boleh direka dengan spesifikasi tersendiri untuk memenuhi keperluan
institusi pendidikan yang terbabit.
Menurut Crook (2008) pada masa kini, kebanyakan Aplikasi Web 2.0 menerima &
mengalu-alukan penghantaran media kreatif berbentuk digital dari para pendidik untuk
dipaparkan di aplikasi web mereka. Contohnya ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh
para pendidik di laman web 'YouTube' serta sebuah kumpulan yang menggelarkan diri
mereka sebagai “BBC Blast”. Di kedua-dua laman aplikasi Web 2.0 ini, media berbentuk
video serta “PowerPoint slide” tersedia untuk dikongsi diantara pendidik.
Terdapat laman blog yang diwujudkan terutamanya untuk para guru & pelajar
(Edublogs). Terdapat juga beberapa laman blog yang mengumpulkan komuniti di kalangan
pelajar untuk berkongsi maklumat, sebagai contoh, “Warwick” merupakan kumpulan bagi
pelajar kolej & universiti, “Lobgeaton” untuk para pelajar di peringkat menengah serta
“Sandaigprimary” untuk pelajar peringkat rendah. Pada masa kini, terdapat juga platform
yang menggalakkan pembangunan perisian permainan atas talian untuk disertakan ke dalam
aplikasi Web 2.0. Contohnya adalah seperti aplikasi permainan “Fablusi”,
“Powerupthegame”, “Arden”, “Schome dan “Vue” (Crook, 2008).
Kajian mengenai pembelajaran secara tidak formal menunjukkan aplikasi media
sosial dapat memberikan maklumat dan pengetahuan yang meluas dengan cepat, mudah dan
effisien (IPTS,2010). Oleh kerana setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza, penggunaan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga adalah
bergantung kepadanya.
1.3 Pernyataan Masalah
Gaya pembelajaran merupakan suatu elemen penting yang perlu diambil berat oleh
seorang guru. Manakala penggunaan media baru juga amat meluas masa kini. Penggunaan
media baru sebagai medium bagi proses pembelajaran harus diketengahkan. Kajian-kajian
lepas banyak mengkaji tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan, penghasilan perisian
pembelajaran yang pelbagai, penggunaan internet bagi proses pembelajaran dan sebagainya.
Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa kuatnya pengaruh teknologi dalam
mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan mengubah proses pembelajaran ke satu tahap
yang baru. Selari dengan itu, kajian ini akan melihat tentang penggunaan media baru dalam
pendidikan bagi tujuan pembelajaran. Selain daripada itu, penyelidik juga ingin mengkaji
hubungan antara penggunaan media baru tersebut dengan gaya pembelajaran. Penggunaan
media sosial yang telah menjadi begitu luas masa kini telah menarik minat penyelidik untuk
mengkaji penggunaan media baru tersebut dikalangan pelajar sasaran.
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:
i. Meninjau tahap penggunaan media sosial dikalangan pelajar Tahun akhir Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dari aspek berikut:
a. Sumber perkongsian maklumat
b. Sumber komunikasi berkesan
c. Sumber kepelbagaian media
ii. Mengkaji tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan media sosial digunakan bagi
tujuan pengajaran & pembelajaran dari aspek berikut:
a. Sumber perkongsian maklumat
b. Sumber komunikasi berkesan
c. Sumber kepelbagaian media
iii. Mengkaji ciri-ciri interaktif dan fleksibiliti dalam media sosial yang paling digemari
oleh pelajar untuk diintegrasikan ke dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (e-
Learning) sedia ada.
iv. Mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia berdasarkan teori kecerdasan pelbagai.
v. Mengkaji adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penerimaan media baru
dalam pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran pelajar tahun akhir
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan ditimbulkan bagi kajian ini adalah seperti berikut:
i. Apakah tahap penggunaan media sosial dikalangan pelajar Tahun akhir Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dari aspek berikut:
a. Sumber perkongsian maklumat
b. Sumber komunikasi berkesan
c. Sumber kepelbagaian media
ii. Apakah tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan media sosial digunakan bagi
tujuan pengajaran & pembelajaran dari aspek berikut:
a. Sumber perkongsian maklumat
b. Sumber komunikasi berkesan
c. Sumber kepelbagaian media
iii. Apakah ciri-ciri interaktif dan fleksibiliti dalam media sosial yang paling digemari
oleh pelajar untuk diintegrasikan ke dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (e-
Learning) sedia ada.
iv. Apakah gaya pembelajaran pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia berdasarkan teori kecerdasan pelbagai.
v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penerimaan media baru dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran pelajar tahun akhir Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.