bual - hospital.usm.my
TRANSCRIPT
PERSONALITI KAMPUS
TIPS Keluarga Bahagia
BERSAMA TPF PENGURUSAN MODAL INSAN FARMASI
BUAL BICARA JIMAT! JIMAT! JIMAT!
PAKAR PERUNDING NEFROLOGI HOSPITAL
JABATAN FARMASI, HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 16150, KUBANG KERIAN, KELANTAN
SEGMEN ILMU Perkhidmatan Pemonitoran
Drug Terapeutik
Padae doh dengan hok
bayar tu… Tak sapa
RM 10.00 sekali jupo doktor doh buleh ubat
setambun. Hospital pakar swasta banyak kat Kota
Bharu ni ..Kalu raso nak ubah selero buleh
cuba…..
Frust la lo ni!! Gi spital USM, ubat dio banyak
hok tiruan doh… dulu ubat molek-molek blako..
Tengok ubat baru ambik ni…kalu dulu kotak pun
bukan main comel
lagi!!
Penaung
Tn. Hj. Zainol Abidin Hamid
Penasihat
Pn Mariani Hj. Yaacob
Editor
Hj Azman Mat
Pengerusi
Pn Noryati Mohd Nur
Setiausaha
Cik Intan Farahanah
Ketua Pengarang
Pn khairul Bariah
Pengarang
Tn Hj Adnan Sudin
Pengarang
En Eh Nem a/l Cha
Grafik & Publisiti
En Dellemin Che Abdullah
Grafik & Publisiti
En Mohd Hasrul Hisham
Semail
Tugas-tugas Khas
En Izazi Mohd Zain
Grafik & Publisiti
Pn Wan Rohana Wan
Mohd
1
DARI MEJA PENGARANG Oleh Khairul Bariah Johan
J angkauan tahun 2010
telah tiba di perten-
gahannya, malah
persembahannya harus di-
mantapkan lagi bagi mema-
suki separuh masa kedua
yang tentunya lebih men-
cabar dengan dana peruntu-
kan yang semakin mengecil
ditambah dengan amanah
yang semakin membesar. Ja-
batan Farmasi harus
meneruskan hayunan lang-
kahnya dengan penuh ber-
gaya tetapi sopan dalam me-
mastikan objektif jabatan da-
pat terus dikejar sehingga da-
pat dan pada masa yang
sama apa yang dikendong
tidak keciciran.
Bagi mereal i sas ikan
agenda besar tersebut, kita
sebagai ahli dalam keluarga
farmasi ini mestilah sentiasa
berusaha mengoptimakan
apa jua sumber yang kita
ada bagi menjayakan misi
jabatan khasnya dan hospital
amnya. Setiap orang antara
kita mempunyai keupayaan
untuk sama-sama memikul
amanah tersebut berbekal-
kan kapasiti dan potensi
yang ada pada diri dan or-
ganisasi kita. Dengan me-
maksimakan kebolehan ini,
baik yang dapat dinilai se-
cara objektif atau yang ban-
yaknya yang tersirat secara
subjektif, apa yang kita has-
ratkan dalam apa jua bidang
pekerjaan akan menjadi ken-
yataan.
Modal insan merupakan
suatu aset yang paling
penting dalam sesebuah ja-
batan, walaupun ianya sering
dilepas pandang sebagai
harta yang lebih bernilai ber-
banding kerusi sofa kulit, kabi-
net berkilat mahupun kom-
puter berskrin rata. Ia meru-
pakan suatu harta modal
yang seringkali tidak diletak
harga, bukan kerana ia tidak
berharga tetapi sebenarnya
kerana tidak ternilai har-
ganya. Mereka boleh survive
dalam apa jua keadaan
mereka di tempatkan, baik
dari segi pelaksanaan kerja
hakiki mahu pun kerja yang
bersifat ko-kurikulum. Dalam
erti kata lain, ia akan menjadi
pulau peranginan jika jatuh ke
laut dan menjadi taman
bunga jika jatuh ke tanah.
Menyedari kepentingan
menghasilkan benih-benih
sebegini, pelbagai langkah
telah diambil oleh Jabatan
Farmasi seperti mewujudkan
jawatankuasa-jawatankuasa
khas dengan tujuan
membantu staf dalam
meningkatkan tahap kualiti
perkhidmatan,
memperkukuhkan nilai-nilai
murni, mempromosi
perkhidmatan pelanggan
berkualiti dalam kalangan
staf, mengukur dan
menambahbaik prestasi serta
menggalakkan budaya
berinovasi. Selaras dengan
kehendak USM sebagai
Universiti APEX, usaha
menyemai minat staf
terhadap kajian-kajian klinikal
juga telah dijalankan dengan
tertubuhnya Pharmacist
Research Group sebagai
pemangkin kepada aktiviti
kajian seterusnya.
Semoga segala usaha
jabatan untuk membentuk
kita menjadi modal insan
yang cemerlang akan berha-
sil kerana kita jugalah yang
akan menentukan hala tuju
jabatan kita pada masa ha-
dapan. Buktikan kepada se-
mua bahawa kita bukan
suatu liabiliti kepada jabatan
bahkan aset yang mampu
bukan sahaja memberi „balik
modal‟ bahkan membawa
banyak keuntungan kerana
memiliki staf seperti kita
Ketua Sidang Pengarang
SENYUM KAMBING FARMASI
kartun asal diambil dari Utusan Malaysia
2
RENCANA TPF Oleh Noor Aini Abu Samah
P engertian modal insan sering kali dikaitkan
dengan kebolehan dan kemahiran manusia.
Modal insan juga disama ertikan dengan ’
sumber manusia ’ malah pernah dirujuk
sebagai buruh. Di sini ’ m odal insan ’
ditakrifkan agar merangkumi sedapat mungkin
komponen-komponen yang relevan.
MODAL INSAN: Mutu tenaga atau keseluruhan
aset yang ada pada seseorang individu yang
menjadikannya insan berketerampilan, produktif
dan bernilai tinggi.
Menyedari pentingnya pembangunan
modal insan, terutamanya dalam sektor awam,
kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling
Perkhidmatan, Bilangan 6, Tahun 2005, yang
menggariskan Dasar Latihan Sumber Manusia
Sektor Awam untuk mencapai objektif berikut:
Menyediakan anggota yang berkelayakan,
berkebolehan dan berkompetensi.
Mencapai hasil kerja yang berkualiti.
Meningkatkan kompetensi dan produktiviti.
Membentuk nilai murni dan sikap positif.
Mewujudkan nilai cipta ( value-creation )
dan nilai tambah ( value-added ) di dalam
sektor awam.
Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.
Demi mendokong aspirasi negara, USM
turut menegaskan aspek pembangunan modal
insan dalam pelan transformasinya yang berjaya
menambat panel penilai sehingga memilih USM
untuk Program Pemacuan Ke arah
Kecemerlangan atau APEX ( Accelerated
Program for Excellence ) :
Agenda utama sebuah institusi pendidikan
seperti USM adalah untuk menjana para
graduan minda kelas pertama. Di samping itu,
USM juga mempunyai komponen perkhidmatan
awam yang tidak kurang pentingnya dan
memerlukan pembangunan modal insan
cemerlang. Perkhidmatan awam di Malaysia
telah melalui pelbagai fasa perubahan dan
pembangunan yang pesat. Penekanan kepada
peningkatan ilmu, kreativiti dan inovasi sumber
manusia menjadi pemangkin kepada
terbilangnya nilai modal insan negara. Lambat,
tidak amanah, birokratik dan bersikap kurang
mesra sering menjadi persepsi imej
perkhidmatan awam. Namun usaha
penambahbaikan terus dilaksanakan dalam
rangka membuktikan ketelusan dan kepekaan
kita terhadap keperluan pelanggan.
Jabatan Farmasi Hospital USM memulakan
perkhidmatannya pada tahun 1983 dengan
objektif Memberikan perkhidmatan penjagaan
farmaseutikal yang optimum ( Optimal
Pharmaceutical Care ) dan profesional kepada
pesakit dalam dan pesakit luar.
Dari 4 perkhidmatan asas Jabatan Farmasi
HUSM kini boleh berbangga dengan
kepelbagaian perkhidmatan utama yang
ditawarkan seperti berikut:
PEROLEHAN UBAT-UBATAN
PENYEDIAAN SEDIAAN FARMASEUTIKAL
PEMBEKALAN UBAT UNTUK PESAKIT LUAR
KAUNSELING PERIHAL UBAT
PEMBEKALAN UBAT UNTUK PESAKIT DALAM
AKTIVITI FARMASI KLINIKAL
PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK
PENYEDIAAN SEDIAAN ASEPTIK ( N UTRISI
PARENTERAL TOTAL, ADMIKSTUR
INTAVENA, SITOTOKSIK )
PENYEDIAAN SEDIAAN
RADIOFARMASEUTIKAL
PENYEBARAN MAKLUMAT DRUG
PEROLEHAN ALATAN PAKAIHABIS
Seawal perkhidmatannya, elemen sedia ada
dalam pengurusan sumber manusia di Jabatan
Farmasi memang baik. Semangat kerja
berpasukan dan berdisiplin dengan amalan nilai-
nilai murni dipupuk dan disemai sedari mula .
Hakikatnya, bila sektor perkhidmatan awam
mula berjinak dengan isu kualiti melalui
Kumpulan Meningkat Mutu Kerja, Jabatan
Farmasi pertama mewakili USM ke konvensyen
peringkat kebangsaan , dan berjaya muncul di
antara sepuluh terbaik.
Di kala USM mula bicara akan ISO,
Jabatan Farmasi telah ditunjuk untuk
mempelopori perjuangan meraih persijilan MS
ISO 9002:1994. Usaha gigih seluruh warga
farmasi dirasakan berbaloi apabila Jabatan
Farmasi memimpin USM dalam persijilan ISO
pada bulan Disember 1998, lebih 11 tahun lalu.
Kepimpinan Farmasi tatkala itu berjaya
mengurus dan mengembangkan modal insan
jabatan sehingga perkhidmatan Farmasi HUSM
berjaya disijilkan.Dari situ Jabatan Farmasi terus
menapak dalam ISO sehingga ditugaskan pada
tahun 2003 untuk menggembeleng perluasan
persijilan MS ISO ke seluruh perkhidmatan
utama Hospital USM.
Sistem Kualiti Perkhidmatan Farmasi
ditadbir melalui struktur pengurusan kualiti
jabatan dengan paduan elemen peningkatan
kompetensi dan pengembangan ilmu modal
insan dalam jabatan.
Struktur pengurusan kualiti Jabatan Farmasi
diketuai oleh Ketua Jabatan sebagai pengerusi
Jawatankuasa Penyelaras Kualiti yang
menaungi beberapa jawatankuasa bertindak
iaitu:
JK Pelestarian Sistem Kualiti
-Menanam kesedaran dan iltizam terhadap
perkhidmatan berkualiti di kalangan staf
-Memastikan aktiviti pemantauan suhu di
ruangan tertentu dan tentukuran alat-alat
pengukur dilakukan dengan sempurna.
-Mengurus hal-hal berkaitan perundangan,
polisi, peraturan dan sistem dalam
perkhidmatan farmasi
-Menyelaras pengawalan dokumen kualiti
jabatan ( Prosedur, Arahan Kerja, dokumen
rujukan )
JK Penghayatan Nilai dan Etika
-Menggalak dan menerap etika dan nilai-nilai
murni bagi memperkukuhkan tahap keunggulan
modal insan.
-Membantu menjayakan konsep Hospital Mesra
Ibadah di peringkat jabatan
JK Perkhidmatan Pelanggan
-Menyelaras pengurusan aduan pelanggan
-Melapor aduan dan tindakan pembetulan
kepada JK Penyelaras Kualiti ( J PQ )
-Menyelaras kaji selidik pelanggan dan
melaporkan kepada JPQ
-Mempromosi perkhidmatan pelanggaan
berkualiti
JK Pemantauan Prestasi
-Menyelaras pengukuran prestasi unit-unit
-Menyelaras pemantauan objektif kualiti dan
piagam pelanggan
-Membantu aktiviti penambahbaikan berasaskan
pencapaian prestasi
-Menyediakan laporan pemantauan prestasi dan
penambahbaikan untuk mesyuarat Kajian
Semula Pengurusan HUSM
JK Penambahbaikan Berterusan
-Menyemarakkan budaya berinovasi di
kalangan staf
-Mengawal dokumentasi penambahbaikan dan
tindakan pencegahan
-Melaporkan projek penambahbaikan dan
tindakan pencegahan kepada JPQ untuk
mensyuarat Kajian Semula Pengurusan HUSM
Aspek kemahiran dan pengetahuan staf
pula disapa secara terarah dengan penubuhan
Jawatankuasa Latihan Jabatan Farmasi. Pun
begitu, yang pastinya, latihan dan
pembangunan modal insan saling
komplementari, tidak terpisahkan. Dalam
pelaksanaannya, gandingan mantap
Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa
Pelestarian Kualiti dan Jawatankuasa
Penghayatan Nilai dan Etika melihat kepada
keperluan latihan dan pengisian juga
pengembangan ilmu ke arah meningkatkan
kompetensi dan pemurnian nilai-nilai positif
serta etika warga Farmasi Hospital USM. Dan
secara amnya, warga farmasi HUSM ternyata
cukup mengamalkan integriti serta nilai-nilai
yang luhur dalam menunaikan tanggung jawab
mereka.
Setelah memantapkan pengurusan kualiti
dan pembangunan modal insannya, aspek
keupayaan sains, penyelidikan dan inovasi kini
dibugarkan dengan mempergiat aktiviti-aktiviti
klinikal, menyemarakkan inovasi dan terkini
dengan pembentukan Pharmacy Research
Group yang diterajui oleh Unit Kajian dan
Maklumat Drug ( penjenamaan semula Unit
Maklumat Drug ) memandangkan aktiviti-aktiviti
kajian dan penyelidikan banyak berpaksi di sini.
Hingga hari ini amalan kualiti yang selaras
dengan MS ISO telah menjadikan Jabatan
Farmasi cukup stabil dalam pelaksanaan
perkhidmatan berkualiti. Pembangunan modal
insan pula sentiasa berlandaskan nilai-nilai
positif yang berbaur kasih sayang kekeluargaan.
Malah pihak Pengurusan hospital dengan kata
lain pernah menyebutkan bahawa Jabatan
Farmasi HUSM memupuk suatu iklim kondusif
yang menyemai dan membuahkan semangat
kesetiaan, iltizam serta ihsan di kalangan
warganya. Semoga kita tidak leka dan terlena
dalam limpahan nikmatNya lalu lupa bahawa
segala yang dimiliki adalah milikNya.
Pengurusan Modal Insan Farmasi
J abatan Farmasi menerima sejumlah
peruntukan yang besar daripada keselu-
ruhan peruntukan selain emolumen
hospital iaitu sebanyak 60%, iaitu lebih
daripada separuh peruntukan. Justeru, se-
barang langkah penjimatan dalam penggunaan
peruntukan ini mampu memberi impak yang
signifikan kepada dana pengurusan hospital.
Sebelum era kelembapan ekonomi ne-
gara , pihak jabatan telah pun melaksanakan
dasar perbelanjaan secara berhemat dan berji-
mat. Ini termasuklah:
Melaksanakan Amalan Penstoran Baik
( p ersekitaran, rekod, prosedur, sumber
manusia dll )
Ubat-ubat baru dijadikan ubat standard
dibeli untuk kegunaan tidak melebihi 3
bulan anggaran penggunaan
Membuat semakan stok setiap 4 bulan
bagi memastikan stok sentiasa ada tetapi
tidak melebihi paras stok maksima.
Mewujudkan katalog barang-barang
standard (kendalian Jabatan Farmasi )
dan drug formulary
Menghadkan perbelanjaan untuk beberapa
ubat berharga mahal seperti yang
ditetapkan oleh JK P&T
Berkongsi satu vial ubat untuk beberapa
orang pesakit khas bagi penyediaan
sediaan di makmal.
Membuat bekalan secara unit dose untuk
pesakit dalam.
Membeli ubat dalam bungkusan besar dan
dibungkus semula ( tertakluk kepada
polisi KKM )
Menjalankan dan menggiatkan lagi
perkhidmatan kaunseling pesakit
mengenai ubat-ubatan ( m engelak
pembaziran ubat dan keparahan
penyakit )
Selain itu, beberapa langkah penjimatan
yang baharu diperkenalkan bagi meningkatkan
lagi keberkesanan perbelanjaan secara bijak
ini. Ia merangkumi langkah-langkah yang
diambil dalam pengurusan secara umum serta
secara khusus melibatkan unit-unit yang
terdapat dalam jabatan.
Antara langkah penjimatan dalam pengurusan/
umum ialah:
Menubuhkan Pasukan Bertindak
Penjimatan Ubat Jabatan Farmasi.
Menggerakkan pasukan pemeriksaan
stok di unit-unit.
Menghentikan penyenaraian ubat-
ubat baru terutama yang berharga
mahal ke dalam drug formulary.
Mengadakan Bengkel Good Prescrib-
ing Practice.
Mengadakan Seminar Ubat Original
vs Generik.
Pembelian ubat-ubat bukan standard
dibiayai sendiri oleh pesakit atau
majikan mereka. Bagi yang tidak
mampu boleh dipertimbangkan peng-
gunaan tabung
kebajikan pesakit. USM membiayai
staf dan tanggungannya sahaja.
Penubuhan Tabung Perubatan
Warga Staf USM.
Menyiasat dan mendapatkan laporan
jika terdapat ubat-ubat yang mening-
kat pengeluarannya berbanding pu-
rata pengeluaran 2008.
Mengadakan polisi yang membenar-
kan Jabatan Farmasi tidak membekal
ubat bagi preskripsi bertindih.
Setiap unit terbabit merekod pesakit
yang menggunakan item-item yang
diluluskan secara terhad oleh JK P&T
untuk tujuan pemantauan.
Laporan peningkatan penggunaan
ubat di unit-unit
Langkah-langkah baharu yang diambil oleh unit
-unit di Jabatan Farmasi secara khusus pula
termasuklah:
Menjalankan kaj ian rasional
penggunaan Tablet Clopidogrel dan
kepatuhan terhadap syarat yang
ditetapkan oleh JK P&T.
Membeli ubat-ubatan keluaran
generik, kecuali yang ditetapkan oleh
JK P&T.
Semua ubat yang menelan belanja
lebih RM 100,000 dipohon pembelian
melalui tender.
Pembekalan ke unit-unit tidak
melebihi 4 minggu penggunaan.
Analisa ABC.
Kajian semula pengurusan ubat-ubat
bukan standard
Pembekalan ke unit-unit dikawal oleh
pihak stor dengan lebih berkesan.
Laporan diminta jika bekalan/
penggunaan melebihi bekalan/
penggunaan 2008
Pembelian secara SHPT bagi pembe-
lian melebihi RM20,000 tetapi kurang
daripada RM 50,000.
Membekal ubat mahal terpilih ( t op
10 items ) secara bulanan berpering-
kat-peringkat kepada pesakit dengan
rawatan jangka panjang.
Menyusun semula ubat-ubat stok
tambahan di kaunter UFPL supaya
dapat diguna sama.
M e r e k o d u b a t - u b a t m a h a l
( R osuvastatin, Clopidogrel, Amlodi-
pin Human Immunoglobulin, Filgras-
tim, Pantoprazole, Factor VII, Factor
VIII, Ciprofloxacin )
Mengadakan “ Kempen Pemulangan
Ubat ” .
Mengemaskini pengurusan stor
Melaksanakan semakan stok ubat
dalam wad.
Memastikan ubat-ubat yang belum
diguna dan dipulangkan oleh wad
diguna semula.
Menggunakan Aminoplasma 10%
bagi keperluan asid amino dalam
TPN utk pesakit tanpa masalah
elektrolit.
Mengurangkan penggunaan lemak
dengan meningkatkan penggunaan
Dextrose 50% bagi pesakit tanpa
diabetes.
Menyediakan Heparinised Saline
untuk wad-wad ( berkongsi vial
Heparin )
Menyediakan sendiri beberapa
sediaan yang kos faedah, iaitu Chlor-
hexidine gynea cream, Hydrocorti-
sone cream, Calamine lotion, CMC
ear drop, Thymol gargle
Menyediakan sendiri larutan kontrol
dan kalibrator bagi drug Aminoglyco-
side dan Vancomycin.
Setelah tempoh penjimatan genap setahun
maka penilaian dari segi perbelanjaan dibuat
bagi menilai keberkesanan pelbagai program
dan projek yang telah dijalankan. Secara am-
nya, 7 unit menunjukkan penjimatan antara
0.56% hingga 79.77%. 2 unit mencatatkan pen-
jimatan yang tidak ketara manakala hanya satu
unit sahaja yang masih dalam proses mencatat-
kan angka penjimatan. Berikut adalah statistik secara perbandin-
gan antara tahun 2008 dan 2009 serta pera-
tus penjimatan yang dicapai.
3
SEGMEN BUAL BICARA Oleh Khairul Bariah Johan
Unit 2008 (RM) 2009 (RM) Beza (RM) % Jimat
Unit Kawalan Inventori
dan Stor (Ubat)
1,579,341.87 319,548.91 1,259,792.96 79.77%
Unit Penyediaan Asep-
tik
4,985,813.54 2,953,762.29 2,032,051.25 40.76%
Unit Radiofarmasi 245,965.40 183.678.20 62,287.20 25.32%
Unit Farmasi Pesakit Luar 44,920,981.51 38,202,196.09 6,718,785.42 14.96 %
Unit Farmasi Satelit 18,849,753.78 17,856,008.12 993.745.66 5.27%
UPDK (Alat Non-
Standard)
15,285,612.92 14,852,974.55 432,638.37 2.83%
Unit Penyediaan
Farmaseutikal
1,766,066.65 1,756,245.98 9,820.67 0.56%
Unit Maklumat Drug - - - Penjimatan
tak ketara
Unit Kaunseling - - - Penjimatan
tak ketara
Unit Kawalan Inventori
dan Stor (Alat)
5,316,077.56 5,955,513.88 - 639,436.32 -12.03%
Sumber : Tn. Hj. Zainol Abidin Hamid (Timbalan Pengarah Kanan (Farmasi)
Penjimatan Penggunaan
Peruntukan Farmasi
10 Mac 2010 : Jamuan Perpisahan
Pelajar Diploma Farmasi UiTM
30 Dis 2009 : Majlis Penghargaan
Preseptor 2009/2010
10 Mac 2010 : Ceramah 5S
4
PERISTIWA DI JABATAN Oleh Bahagian Grafik Dan Publisiti Farmedia
Dirikan solat dan banyakkan berdoa
- Ini adalah satu kaedah yang sung-
guh berkesan. Semasa berdoa turut
katakan “Ya Allah jadikan hatiku
bersih”
Selawat ke atas Nabi Muhammad
SAW paling minima 100 kali sebelum
tidur-Ini merupakan satu pelaburan
yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak
tenang, murah rezeki, orang
sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.
Solat taubat - Selain dari memohon
keampunan, dapat mencuci hati
dan menenangkan minda.
Membaca Al-Quran - Selain dapat
mencuci hati juga menenangkan
jiwa,, penyembuh, penenang,
terapi. Sekurang-kurangnya ba-
calah “Qulhu-Allah” sebanyak 3 kali.
Bermaaf-maafan sesama kawan
setiap hari.
Bisikkan kepada diri perkara yang
positif - Jangan sesekali mengkritik,
kutuk diri sendiri, merendah-
rendahkan kebolehan diri sendiri.
Program minda/cuci minda - Paling
baik waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata, katakan di
dalam hati “Ya Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,
berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif”. Menurut kajian psikologi,
apa yang disebut sebelum tidur
dapat dirakamkan sepanjang tidur
sehingga keesokan harinya.
Berpuasa - Sekiranya dalam ber-
puasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
Cuba ingat tentang mati (Sekiranya
hendak melakukan sesuatu keja-
hatan, tidak sampai hati kerana
bimbang akan mati bila-bila masa)
Kekalkan wuduk
Bersedekah
Belanja orang makan
Jaga makanan - Jangan makan
makanan yang subahat.
Berkawan dengan ulama
Berkawan dengan orang miskin
(Menginsafi keadaan mereka)
Menjaga pancaindera, jangan den-
gar orang mengumpat.
Petua Mencuci Hati
PETIKAN DARIPADA
DATUK DR. HJ. FADZILLAH KAMSAH
Oleh Wan Rohana Wan Mohd
1 Jan 2010 : Tazkirah Berkala Makmal
LATAR BELAKANG
Jawatankuasa Pelestarian Sistem Kualiti adalah salah satu
jawatankuasa yang bernaung di bawah Jawatankuasa Pen-
yelaras Kualiti (JPQ). Jawatankuasa ini merupakan gabungan
daripada dua buah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Sistem
& Prosedur dan Jawatankuasa Pelestarian Kualiti. Jawa-
tankuasa ini dipengerusikan oleh Puan Mariani Yaacob dan
En. Mohd Hanif sebagai setiausaha. Ahli-ahlinya ialah Puan
Zalina Zahari, Cik Nor Suriana Mohd Yusof, YM Tuan Umar Tuan
Ismail, Tn. Hj. Mazlan Yusoff, Puan Lau Swee Gim, En. Mansor
Mohd Khir dan Puan Wan Rohana Wan Mohd.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa ini
adalah seperti berikut :
Mengurus hal-hal berkaitan perundangan, polisi,
peraturan, dan sistem dalam perkhidmatan farmasi
Menyelaras kawalan dokumen (Prosedur, Arahan Kerja,
dokumen rujukan)
Berhubung dengan Ketua Pegawai Dokumen (KPD)
HUSM
Menganjurkan sesi Ceramah Kualiti sebanyak 4 kali
setahun
Menerbitkan Buletin Kualiti sebanyak 2 kali setahun
Menguruskan permohonan verifikasi suhu untuk semua
unit di Jabatan Farmasi
Memantau kalibrasi alat-alat tentukur dan memberi
peringatan kepada unit yang berkenaan mengenai
tarikh sahlaku kalibrasi.
PENCAPAIAN
Sehingga tahun 2009, jawatankuasa ini telah berjaya
menganjurkan sebanyak 21 Ceramah Kualiti dan
menerbitkan 11 edisi Buletin Kualiti. Selain daripada itu,
aktiviti verifikasi suhu dan kalibrasi alat tentukur berjalan
mengikut jadual yang ditetapkan. Jawatankuasa ini juga
terlibat dalam mengendalikan peralihan Sistem
Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 kepada MS ISO
9001:2008 dari segi semakan prosedur, arahan kerja dan
dokumen rujukan. Satu lagi aktiviti yang telah
dilaksanakan adalah semakan dan kemaskini nombor
borang yang digunakan di jabatan.
PERANCANGAN
Jawatankuasa ini komited untuk meneruskan aktiviti-
aktiviti yang telah diamanahkan dan berharap setiap
aktiviti yang dianjurkan dapat berlangsung dengan
jayanya. Oleh itu, penglibatan dan kerjasama dari semua
staf adalah dituntut demi meneruskan kecemerlangan
organisasi.
5
SEGMEN KUALITI Oleh Mohd Hanif Abdul Rahman
Jawatankuasa Pelestarian
Sistem Kualiti
Fiqh As Sunnah - Imam Solat semula
Apabila umat Islam melaksanakan solat secara berja-
maah, maka akan berlaku beberapa perkara yang
menyebabkan terbatal solat imam ataupun makmum.
Saya ingin membicarakan beberapa perkara yang
menyebabkan IMAM TIDAK SAH solatnya dan WAJIB
SOLAT SEMULA tetapi MAKMUM SAH solatnya.
Ada 5 keadaan yang menyebabkan imam wajib solat
semula:
Imam terlupa bahawa dia berhadas kecil/besar.
Contoh: Imam terlupa mengangkat wudhu/mandi
junub.
Imam ada menanggung najis yang tersembunyi
pada anggota badan/ pakaiannya. Contoh: Tahi
cicak pada tapak kaki/kopiah, najis/darah pada
pakaian dan lain-lain.
Imam terlupa niat solat dalam takbiratul ikhram.
Imam terlupa membaca sural Al Fatihah ketika solat
sir. Contoh: Solat Zohor atau Asar.
Imam yang terpaksa tayammum kerana ketiadaan
air di suatu tempat yang pada lazimnya sentiasa
ada air.
Bila dan bagaimana hukum ini akan berlaku?
Sekiranya makmum tahu keadaan di atas sebelum
solat dan ia tidak memaklumkan kepada imam,
maka solat kedua-duanya TIDAK SAH dan TER-
BATAL.
Sekiranya makmum tahu perkara di atas ketika se-
dang solat maka WAJIB bagi makmum tersebut niat
mufarraqah dengan imam. Jika makmum tersebut
masih mengikut imam tersebut maka BATAL solat-
nya.
Sekiranya makmum tahu atau dimaklumkan
selepas solat maka SAH solat makmum tersebut
tetapi imam WAJIB solat semula.
Disedia oleh: Hj.Mohd.Adnan bin Sudin.
1. Warna biru adalah warna kesuka-
an 80 peratus rakyat Amerika.
2. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya
dinamakan 'octothorp'.
3. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan
mata.
4. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
5. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang,
kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
TAHUKAH
ANDA
BICARA KEMUSYKILAN BERSAMA TOK TENGOH Oleh: Noryati Mohd Nur
Pada peringkat awal, perkara-perkara berkaitan bekalan ubat-
ubatan dan Penolong Pegawai Farmasi di Pusat Kesejahteraan
Pelajar (PKP) adalah di bawah kendalian Jabatan Farmasi, HUSM.
Pada masa sekarang, pihak HEP telah mendapat Penolong Pega-
wai Farmasi yang tetap untuk PKP. Namun begitu, kerjasama
dengan Jabatan Farmasi masih diteruskan dari segi latihan,
pendedahan bidang farmasi dan kerja-kerja yang berkaitan. Ini
termasuklah dalam soal penggantian staf di PKP, di mana langkah
ini diteruskan berasaskan kepada kepentingan universiti. Jawapan dirujuk daripada TPKF
Mengapa Penolong Pegawai
Farmasi di Pusat Kesejahteraan
Pelajar (PKP) masih memerlukan
pengganti cuti daripada staf
Jabatan Farmasi?
Alhamdulillah !!! Sepanjang tahun 2009,
Jabatan Farmasi telah berjaya menji-
matkan duit kerajaan. Langkah ini ter-
paksa diambil sebagai tanggungjawab
terhadap kerajaan walaupun terpaksa
menghadapi pelbagai karenah pesakit,
preskriber dan lain-lain anggota yang
terlibat dengan perawatan pesakit.
Macam-macam senario berlaku di
antaranya menyatakan hospital mem-
beli ubat tiruan, aduan ubat tidak berke-
san, ubat selalu bertukar dan lain-lain.
Ekoran daripada itu, sesetengah pesakit
menyimpan kotak-kotak ubat keluaran
original dan berharga mahal sebagai
sampel untuk dibeli di seberang.
Tahun 2010 kita bekerja di alam kemiski-
nan. Mujurlah kita sempat merasa
bekerja alam kemewahan tapi dalam
tempoh sekejap saja. Begitulah juga
kehidupan kita di dunia ini kejap me-
wah, kejap miskin, kejap suka, kejap
derita dan macam-macam lagi.
Dari itu, satu formula perlu direnung-
renungkan oleh semua staf.
Peruntukan dipotong + Rawatan Pesakit
Tiada Kompromi = Staf Bekerja Di bawah
Tekanan
Mungkinkah kita akan bekerja dalam
keadaan sebegini berterusan hingga
akhir tahun ini atau melampaui tahun
depan.
Walaubagaimanapun satu pengajaran
amat besar diperolehi oleh semua staf
iaitu keadaan sebegini mengajar kita
semua bekerja dengan bijaksana dan
berhemah.
F i k i r - f i k i r k a n d a n r e n u n g -
renungkanlah…..
SEGMEN SOSEK-SOSEK Oleh : Noryati Mohd Nur
6
Dulu Sekarang
Nama Gred Jawatan Tempat Bertugas
A.Shukor M. Tahir U3 Penyelidik / Ahli Korporat Selangor
Haslina Hashim U3 U48 Pusat Racun Negara, USM P. Pinang
Che Zuraini Sulaiman U3 U48 Pusat Perubatan Universiti Malaya
Mohd Hisham Ab. Razak U41 U44 IPPT
Zainal Abidin Lajat U3 Pengurus Besar Kumpulan Perubatan Pakar Johor (KPPJ)
(Pharmaserv Alliance & Tweraju Pharma)
Jamaluddin b Awang U3 Ahli Farmasi Komuniti Kulim, Kedah
Fuad Samsudin U3 Pensyarah Farmasi
(Prof. Madya) UKM
Saad Othman U3 Pensyarah (Prof. Madya) dan
Perunding Farmasi Onkologi Pusat Pengajian Sains Farmasi, USM
Shaari Lateh U7 Pembantu Farmasi Jurudung Park Medical Hospital (Brunei)
Halilol Ab. Rahman U8 U44 Pusat Racun Negara, USM
Syed Azhar Syed Sulaiman U3 Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi, USM P. Pinang
Norul Badriah Hassan U44 Pensyarah Farmakologi Pusat Pengajian Sains Perubatan USM
STAF YANG PERNAH BERTUGAS DI JABATAN FARMASI YANG MANA LEBIH CEMERLANG DI LUAR JABATAN FARMASI
P erkhidmatan pemonitoran drug
terapeutik atau Therapeutic
Drug Monitoring (TDM) di Hospital USM
bermula seawal tahun 1983. HUSM me-
rupakan perintis dalam memulakan
perkhidmatan ini, sebelum ianya di-
tawarkan oleh hospital-hospital lain di
bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh
HUSM bukan sahaja untuk pesakit-
pesakit HUSM khasnya tetapi juga
kepada pesakit-pesakit dari hospital lain
amnya.
Perkhidmatan pemonitoran drug
terapeutik merupakan satu aktiviti pen-
gukuran paras drug dalam darah pesa-
kit. Kaedah ini merupakan salah satu
cara dalam membuat pengesanan ter-
hadap tjndak balas pesakit atau tingkah
laku pesakit kepada drug dalam pen-
gambilan drug yang diberikan oleh dok-
tor. Kesan pengambilan drug boleh
dibahagikan kepada 3 kesan, iaitu:
Memberi kesan optimum
Memberi kesan buruk/toksik
Tidak berkesan
Oleh yang demikian, perkhidmatan
pemonitoran drug terapeutik ini meru-
pakan satu aktiviti yang penting dalam
menjamin pesakit mengamalkan tabiat
pengambilan drug sebagaimana yang
disarankan oleh pihak doktor atau untuk
menentukan rawatan yang diberikan
mencapai apa yang disasarkan.
Perkhidmatan pemonitoran drug ini
memerlukan masa pensampelan darah
yang betul dan juga interpretasi yang
memerlukan pertimbangan farmakoki-
netik bagi drug yang dimonitor. Tidak
kesemua drug perlu dibuat pemonitoran
paras di dalam darah . Di antara be-
berapa ciri drug yang perlu dibuat
pemonitoran paras darah ialah:.
Drug yang mempunyai julat
teraputik yang sempit, contohnya
digoksin.
Drug yang mempunyai kesan
tidak efektif atau terdapat tanda
pesakit menunjukkan simptom di
bawah julat terapeutik.
Drug yang mempunyai kesan
toksik jika melebihi julat terapeutik
(kesan yang ingin dicegah).
Pesakit yang mempunyai pen-
yakit kronik lain yang mempenga-
ruhi proses penyerapan atau me-
tabolisme drug,
Pesakit yang mengambil lebih
daripada satu drug, di mana satu
drug memberi kesan atau ber-
interaksi antara dengan drug
yang lain (samada boleh meren-
cat atau meningkatkan metabo-
lisma sesuatu drug).
Bagi menjayakan proses ini, sampel
darah diambil daripada pesakit dan
dihantar ke Unit Pemonitoran Drug Tera-
peutik (UPDT). Spesimen darah ini akan
diempar bagi mendapatkan serum un-
tuk tujuan analisis. Pensampelan darah
biasanya dilakukan selepas drug melalui
fasa taburan di dalam tubuh pesakit.
Oleh yang demikian, jangkamasa pen-
sampelan drug bergantung kepada jenis
drug dan keadaan fisiologi pesakit.
Kekerapan pemonitoran bergan-
tung kepada:
Klinikal pesakit
Jenis-jenis drug
Permulaan terapi sesuatu drug
(bagi mengoptimumkan dos).
Buat masa ini, Unit Pemonitoran
Drug Terapeutik menawarkan sebanyak
16 jenis ujian bagi tujuan pemonitoran
paras drug. Antaranya ialah:
Gentamicin
Netilmycin (*tiada di HRPZ)
Amikacin
Vancomycin
Phenytoin
Carbamazepine
Valproic Acid
Phenobarbitone
Methotrexate (*tiada di HRPZ)
Acetaminophen
Salicylate
Cyclosporin
Theophylline
Digoxin
Lamotrigine (baru)- *tiada di
HRPZ.
Steroid (baru)
* Pihak HRPZ menghantar sampel-
nya ke HUSM untuk dianalisis
Hasil aktiviti Penyelidikan dan Pem-
bangunan (R&D) yang dijalankan oleh
pihak UPDT, unit telah berjaya menam-
bah perkhidmatan yang ditawarkan
kepada pihak pelanggan, antaranya
ialah:
Lamotrigine
Pengesanan Steroid
(Dexamethasone, Hydrocorti-
sone dan Prednisolone)
Cyclophosphamide (surface
contamination)
Selain aktiviti pemonitoran drug
terapeutik, pihak UPDT juga telah men-
jalankan aktiviti kawalan kualiti atau
„QC‟ ke atas sediaan sirap Theopylline
yang disediakan oleh pihak Unit Farmasi
Satelit (UFS). Hasil daripada aktiviti ini,
didapati kestabilan sirap berkenaan
adalah lebih lama berbanding dengan
apa yang telah diamalkan oleh pihak
UFS, iaitu satu bulan berbanding hanya 1
minggu sahaja sebelum ini..
Jumlah ujian yang dijalankan oleh pihak
UPDT semakin meningkat setiap tahun,
iaitu di antara 5 – 9 peratus setahun.
(sebagaimana dalam jadual dibawah).
UPDT merupakan satu-satunya
makmal yang memberi perkhidmatan
TDM di Malaysia yang terlibat dalam MS
ISO 15189:2007. Bagi memenuhi keper-
luan standard tersebut pihak UPDT ban-
yak terlibat dengan aktiviti-aktiviti „QC‟.
Jika ianya memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan di dalam ISO ini dan dipersijil-
kan oleh pihak „Standard Malaysia‟,
UPDT merupakan satu-satunya Makmal
TDM yang diiktiraf MS ISO 15189:2007 di
Malaysia.
Kejayaan UPDT dalam pelbagai
aktiviti banyak bergantung kepada ker-
jasama kakitangannya , samada dalam
perkhidmatan rutin mahupun perkhid-
matan „QC‟
7
SEGMEN ILMU Oleh: Dellemin Che Abdullah
Tahun 2006 2007 2008
Jumlah Ujian 4073 4333 4743
% Peningkatan 5 6 8.6
Perkhidmatan Pemonitoran
Drug Terapeutik
The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart
8
KARYA STAF Mengenali Dunia IM
Apa itu IM?
IM ataupun Internet Marketing merupakan salah satu
cabang perniagaan yang semakin berkembang. Perniagaan
internet merupakan antara perniagaan yang memberikan
pulangan lumayan kepada para internet marketer.
Pernah dengar nama Irfan Khairi? Beliau merupakan
pengasas www.RahsiaInternet.com, dan memperoleh
pendapatan RM 1 juta ketika berusia 25 tahun. Hal ini
dilakukan hanyalah melalui bilik kecil di rumahnya.
Menjana pendapatan melalui internet.
Dewasa ini, semakin ramai yang menggunakan medium
internet untuk memasarkan produk mereka. Terdapat
pelbagai jenis kedai online yang tumbuh bagaikan
cendawan selepas hujan. Ada yang menawarkan pakaian,
perhiasan, minyak wangi, kereta, bahkan ada juga yang
menjual masakan panas!!
Walaupun begitu, di Malaysia, perniagaan internet
tidak sehebat di luar negara. Hal ini mungkin disebabkan
tahap kesedaran penduduk
Malaysia yang masih
rendah, serta masih ramai
yang tidak tahu
menggunakan medium
internet dengan seoptimum
mungkin.
Bagaimana Menjana Penda-
patan Melalui Internet?
Terdapat pelbagai cara
untuk menjana pendapatan
melalui medium internet. Antaranya ialah:
1. Menyertai Affiliate Programe
Affiliate dalam bahasa mudahnya boleh diistilahkan
sebagai agen promosi, salesgirl atupun salesboy. Anda akan
memperoleh pendapatan apabila anda mempromosikan
sesuatu produk sebuah syarikat kepada pengguna internet,
dan penggguna tersebut membeli produk melalui anda. Se-
setengah syarikat menawarkan komisyen setinggi 50% terha-
dap hasil jualan.
Sebagai contoh, jika anda menjadi agen promosi
untuk suatu produk berharga RM 100, anda akan dibayar RM
50 untuk setiap jualan. Menarik bukan? Anda hanya perlu
mempromosikan produk atau servis melalui link, url ,ataupun
ads banner tanpa perlu menanggung sebarang risiko kerana
ia akan ditanggung oleh syarikat yang menawarkan affiliate
tersebut. Cara promosinya adalah lebih bebas termasuklah
melalui email, groups, blog atau web malah dalam instant
messenger seperti YM, MSN & ICQ dan MIRC. Bagi mereka
yang pakar, boleh mengggunakan Google Adwords atau
YPN.
2. Jual Produk Sendiri
Perkara ini boleh dilakukan jika anda telah mempun-
yai produk untuk dipasarkan. Anda boleh membina laman
web e-commerce untuk menjual produk anda. Jika laman
web anda menarik, lengkap dengan butang bayaran kad
kredit, ia adalah bonus buat anda. Antara contoh produk dan
servis ialah kerongsang, gelang, buku, cd/kaset, cincin, jam,
ebook, software, hosting, design service dan lain-lain yang
berpotensi. Apa yang anda perlu untuk merealisasikannya
ialah dengan pemasaran melalui laman web rasmi anda.
3. Menjual secara ‘Drop Ships’
Drop ship merujuk kepada satu kaedah perniagaan
di mana anda menjadi orang tengah kepada pembekal dan
juga pembeli. Keuntungan yang anda peroleh adalah
keuntungan atas angin. Hal ini merupakan pilihan kepada IM
kerana anda tidak memerlukan produk atau menyimpannya.
Anda boleh memasarkan produk dropship ini di
lelong.com.my, e-bay.com dan pelbagai jenis laman jualan
lain.
5. Menjual Ruang Iklan
Sekiranya anda mempunyai laman web yang
mempunyai ramai pengunjung, anda boleh pertimbangkan
untuk melakukan perkhidmatan pengiklanan. Contoh laman
web yang menggunakan kaedah ini adalah utusan.com.my
dan juga bharian.com.my yang mempunyai lebih 1 juta
pelawat sehari. Anda perhatikan di bahagian kiri website
tersebut yang dipenuhi dengan ruang iklan. Ruang iklan ini
perlu disewa oleh individu atau syarikat yang ingin
mengiklankan produk mereka. Konsep ini boleh ditiru oleh
anda.
6. Jana Peluang Pendapatan Dengan Contextual Advertising
Ini adalah satu program menambah pendapatan
dengan mudah melalui contextual advertising seperti mana
yang disediakan oleh Google Adsense. Anda hanya perlu
mendaftar dengan pihak Google Adsense dan letakkan kod
adsense ke dalam laman web anda. Setiap klik yang berlaku
ke atas iklan di laman web anda, anda akan dibayar oleh
pihak Google.
10. Jana Pendapatan Melalui Laman Sosial
Saya pasti anda pernah mendengar dan biasa
menggunakan laman sosial seperti Friendster, Facebook,
Myspace, Hi5, Flixster, Flixya dan Twitter. Selain dari bersosial,
anda sebenarnya menjana pendapatan melalui perkongsian
cerita, gambar ataupun video anda. Hal ini boleh dilakukan
melalui laman web yang menyediakan perkhidmatan hosting
percuma. Cerita, gambar ataupun video menarik yang
dimuatnaik oleh anda, akan mendatangkan pendapatan jika
terdapat rakan-rakan yang memuat turun fail-fail tersebut.
11. Jual perkhidmatan
Sekiranya anda merupakan seorang yang pakar
dalam sesuatu bidang, iklankan perkhidmatan anda di inter-
net!
Terdapat banyak lagi peluang dan cara untuk anda
menggunakan medium internet untuk menambah penda-
patan anda. Dengan pengumuman kerajaan untuk ber-
belanja besar dalam bidang jalur lebar mulai tahun hadapan,
dunia internet akan menjadi lebih rancak dan dapat
menghasilkan pendapatan besar kepada kerajaan. Kita seha-
rusnya memanafaatkan dasar ini untuk sama-sama men-
dalami ilmu dan mengambil peluang daripada dasar kera-
jaan ini. Namun, satu hal yang pasti, anda perlu lakukannya
dengan sabar dan tidak boleh mengharapkan hasil dengan
usaha yang sedikit.
Sekian, kita bertemu di edisi lain.
tuti,
http://kuncipendapatan.com
PANTUN ENAM KERAT
Raja Indra raja berdaulat
Masyhur nama sampai Bugis
Kasih baginda pada rakyat
Payah gula ada mukjizat
Harap kurang penyakit diabetes
Jimatlah juga pembelian ubat Oleh: E-6 UPDK
(25 Mei 2010)
P rofesor Madya Dr. Kamaliah
Mohd Daud telah dilahirkan di
Besut Terengganu pada 4 Mei
1964. Beliau merupakan anak ke
9 dari 12 orang adik beradik. Bapanya
arwah Haji Mohd Daud Bin Abdul Samad
dan ibunya Hajah Fatimah Ismail amat
mementingkan pendidikan anak-anak
dan menitikberatkan aspek Deen seba-
gai panduan dan pegangan dalam ke-
hidupan. Perkahwinan beliau dengan
Profesor Dr. Zabidi Azhar Mohd Hussin
telah dikurniakan enam orang cahaya
mata, iaitu empat lelaki dan dua perem-
puan.
Beliau menerima pendidikan awal
di Sekolah Rendah Tengku Bariah, Kuala
Terengganu sebelum meneruskan pela-
jaran menengah di Maktab Rendah Sains
Mara, Pengkalan Chepa, Kelantan. Be-
liau mendapat pembiayaan MARA untuk
melanjutkan pelajaran bagi mengikuti
kursus perubatan di Aston College,
Wales, United Kingdom untuk program A
-level. Seterusnya, beliau mengikuti kursus
perubatan di Welsh National School of
Medicine di Cardiff pada tahun pertama
dan meneruskan pengajian tahun kedua
di University of Newcastle Upon, United
Kingdom. Beliau telah dianugerahkan
Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS)
dari University Newcastle pada tahun
1987.
Selepas menamatkan pengajian,
beliau terus menjalani latihan sebagai
doktor siswazah di beberapa hospital di
Utara England seperti South Shields Gen-
eral Hospital (1988), Shotley Bridge Gen-
eral Hospital (1989), North Tyneside Gen-
eral Hospital (1989), North Shields (1989-
1990), dan South Tyneside District Hospi-
tal, South Shields (1991). Beliau sempat
menduduki peperiksaan professional dan
telah berjaya mendapat Sijil Diploma
Royal College of Obstetric and Gy-
noecology, ((DRCOG, UK) dan Member-
ship Royal College of Physicians ((MRCP,
Part I) pada tahun 1990. Setelah berada
di United Kingdom selama 10 tahun dan
menimba banyak ilmu dan pengalaman
yang berguna, beliau telah kembali ke
tanah air tercinta pada tahun 1991.
Profesor Madya Dr Kamaliah telah
memulakan tugas sebagai Pegawai Pe-
rubatan di Jabatan Perubatan di Hospital
Universiti Sains Malaysia pada tahun1991
hingga 1996. Beliau kemudian mengikuti
Program Sarjana Perubatan, (Perubatan
Dalaman) selama 3 tahun dan telah
berjaya memperolehi Sijil Kepakaran M.
Med dalam bidang Perubatan Dalaman
pada tahun 1996. Pada Jun 1996, beliau
telah dilantik menjadi Pakar Perubatan di
Jabatan Perubatan. Beliau juga pernah
menjadi Pensyarah Kehormat untuk Kur-
sus Kejururawatan di Pusat Pengajian
Sains Kesihatan dan Unit Perkembangan
Kesihatan Wanita. Beliau kemudian telah
diberi kepercayaan dan dilantik menjadi
Ketua Jabatan Perubatan dari tahun
2006 sehingga kini.
Seterusnya, Profesor Madya Dr Ka-
maliah, telah mengikuti latihan
kepakaran dalam sub bidang Nefrologi
di mana pada tahun 2002, beliau telah
mengikuti program latihan nefrologi di
bawah kelolaan USMUS di WestMead
Hospital, Sydney Australia. Beliau telah
menjalani latihan nefrologi seterusnya
semasa menjalani cuti sabatikal di Hospi-
tal Selayang dan Hospital Kuala Lumpur
dalam bidang dialisis dan transplant
pada tahun 2003. Semasa berada di
sana, beliau sempat menjalankan kajian
rawatan kegagalan buah pinggang akut
di ICU Hospital Selayang dan Hospital
Kuala Lumpur. Hasil kajian tersebut telah
diterbitkan dalam International Medical
Jurnal bertajuk, “Acute Dialytic Support
for The Critically Ill, Continous Venoven-
ous Haemodialysis Versus Continous
Venovenous Haemofiltration”. Pada ta-
hun 2008, beliau telah berpeluang men-
jalani sangkutan di Pusat Perubatan
Monash, Melbourne, Australia juga
dalam bidang dialisis dan terlibat dalam
rawatan rapi pesakit-pesakit transplant
renal yang ABO incompatible. Di Hospi-
tal USM, beliau banyak terlibat dalam
penjagaan pesakit nefrologi akut dan
kronik, bukan saja di wad Perubatan, Unit
Haemodialisis dan ICU tetapi sering men-
dapat kes-kes rujukan dari disiplin-disiplin
medikal dan surgeri yang lain.
Beliau juga aktif dalam mengajar
dan menyelia pelajar-pelajar pra
siswazah dan siswazah di dalam bidang
perubatan dalaman dan nefrologi. Be-
liau telah terlibat dalam melahirkan ra-
mai doktor-doktor perubatan dan Pakar
Perubatan Dalaman. Selain itu, beliau
juga banyak menyelia pelajar-pelajar
MSc termasuk pelajar dari luar negara
seperti dari Afghanistan, Palestin dan
Iraq. Selain itu, beliau telah mendapat
pengiktirafan dan dilantik menjadi Pe-
meriksa Luar di Universiti Malaysia Sara-
wak (UNIMAS) pada tahun 2004 dan di
Universiti Malaya pada tahun 2007 serta
menjadi Pemeriksa Disertasi M.Med di
Universiti Kebangsaan Malaysia pada
tahun 2005, dan pemeriksa tesis MSc di
Universiti Malaya pada tahun 2006. Selain
itu, beliau mula terlibat sebagai Ahli
Jawatan Kuasa National Conjoint Board
(Perubatan Dalaman) pada tahun 2006.
Pada tahun 2009, beliau telah dilantik
menjadi Pengerusi National Conjoint
Board bagi Perubatan Dalaman. Semen-
jak menjadi pengerusi, beliau telah terli-
bat secara aktif di dalam perubahan
format peperiksaan M.MED dan menen-
tukan isu-isu kualiti latihan doktor-doktor
pakar di Malaysia. Profesor Madya Dr
Kamaliah juga banyak melibatkan diri
dalam bidang
penyelidikan dan
telah mem-
perolehi Geran
Universiti, Geran
K e b a n g s a a n
(FRGS) dan Ge-
r an An ta ra -
bangsa (Unit
Kajian Klinikal).
P e n y e l i d i k a n
beliau tertumpu sekitar mikroalbuminuria
sebagai tanda awal mengesan penyakit
buah pinggang kronik dalam kalangan
pesakit Diabetes, penyakit SLE, kajian
madu dan kajian dalam kalangan pesa-
kit-pesakit dialisis.
Walaupun sibuk dengan tugasan
yang diberikan, Profesor Madya Dr Ka-
maliah masih sempat bergiat aktif dalam
persatuan. Beliau telah dilantik sebagai
Ahli Jawatan Kuasa (sub-committee
CME), Persatuan Nefrologi Malaysia
pada tahun 2002-2004 dan kemudiannya
sebagai Ahli Exco Persatuan Nefrologi
Malaysia dari tahun 2004-2006. Beliau
juga telah dilantik menjadi Pengerusi
Penaja dan Pengerusi pertama Per-
satuan Nefrologi Negeri Kelantan dari
tahun 2002 hingga 2006. Beliau juga ada
terlibat dengan rundingan pesakit dialisis
di pusat rawatan dialisis swasta dan NGO
di sekitar Kota Bharu. Mulai tahun 2010,
beliau dilantik menjadi Pakar Perunding
Nefrologi Pelawat di Pusat Dialisis Lion‟s
Club dan Klinik Di Raja Kelantan.
Di peringkat kebangsaan, Prof
Madya Kamaliah pernah menjadi AJK
sub-committee Kesihatan Wanita untuk
Persatuan Perubatan Malaysia pada
tahun 2001-2002. Beliau juga telah dilan-
tik sebagai Ahli Penal Penilai kepada Biro
Kawalan Dadah Kebangsaan sejak ta-
hun 1999 sehingga kini. Pada tahun 2009,
beliau telah dilantik menjadi salah seo-
rang penilai bagi Garis Panduan Amalan
Klinikal Penyakit Buah Pinggang Kronik di
Malaysia.
Antara anugerah akademik yang
telah beliau terima ialah Scholarship Pro-
gramme for the XIV th International Con-
gress of Nephrology, 1997, Young
Nephrologists, Sydney, Australia, Japa-
nese Society for Dialysis Therapy Travel
Award, 2001, dan Fellowship Programme
under Universiti Sains Malaysia- University
of Sydney (USMUS) collaboration, 2002.
Profesor Madya Dr Kamaliah juga telah
menerima Anugerah Perkhidmatan Ce-
merlang dari USM pada tahun 2001 dan
2005. Di atas komitmen dan sumbangan
yang diberikan, beliau telah dinaikkan
pangkat sebagai Profesor Madya pada
tahun 2003.
9
PERSONALITI KAMPUS Oleh Eh Nem a/l Cha Eak
PROFESOR MADYA DR KAMALIAH MOHD DAUD
Pakar Perunding Nefrologi HUSM
SEGMEN BERITA UNIT Oleh Zalina Zahari & Noor Aini Abu Samah
PENGENALAN Jabatan Farmasi Hospital USM telah mem-
pelopori dalam mengadakan unit-unit
khusus yang menawarkan perkhidmatan
khusus termasuklah Unit Kajian Dan Maklu-
mat Drug (UKMD). Perkhidmatan membekal-
kan maklumat mengenai drug seme-
mangnya tidak dapat dipisahkan dari profe-
syen seorang Ahli Farmasi untuk
“Mempastikan drug/ubat yang BETUL disam-
paikan kepada pesakit yang BETUL dalam
dos yang TEPAT pada waktu yang TE-
PAT”(Getting the Right Medication to the
Right Patient in the Right Dose at the Right
Time), dan ke arah penggunaan drug se-
cara rasional (Rational Drug Use).
Pegawai Farmasi gred U 44 (1 orang) dan
U41 (1 orang) telah ditugaskan khusus untuk
menyelaras dan melaksanakan perkhidma-
tan di Unit Kajian Dan Maklumat Drug
(UKMD) yang sebelum ini dikenali sebagai
Unit Maklumat Drug (UMD). Penjenamaan
semula ini berkuatkuasa pada Januari 2010.
Fungsi utamanya adalah untuk menyam-
paikan maklumat komprehensif yang
‟Evidence Based‟ mengenai ubat-ubatan,
sesuai dengan keperluan pengamal pe-
rubatan dalam penjagaan pesakit di Hospi-
tal USM, sebuah hospital pengajar serta
pusat rujukan serantau.
AKTIVITI Perkhidmatan penyebaran maklumat di Unit
Kajian Dan Maklumat Drug merangkumi
aktiviti-aktiviti:
Mengumpul, menilai, menyebar, men-
yelaras dan menyimpan maklumat
berkenaan ubat-ubatan.
Pengendalian, pengumpulan dan
pengemaskinian sumber rujukan tersier,
rujukan sekunder dan rujukan primer
Mengemaskini Formulari HUSM.
Membuat penilaian atas permohonan
ubat-ubat bukan standard berdasarkan
keadaan klinikal pesakit.
Membuat penilaian ke atas permoho-
nan untuk memasukkan drug baru ke
dalam Formulari Hospital USM.
Memantau kesan advers drug dan kes-
kes keracunan ubat dan menyelaras
pelaporannya ke peringkat kebang-
saan.
Menjalankan tugas-tugas profesional
dalam bidang klinikal di Jabatan
Farmasi khususnya farmasi pesakit
dalam dan peringkat hospital amnya.
Menjalankan aktiviti-aktiviti kualiti dan
penambahbaikan selaras dengan pia-
waian yang ditetapkan.
Menjalankan aktiviti-aktiviti latihan pela-
jar farmasi, penolong pegawai farmasi
dan lain-lain di unit.
Menyelaras dan meningkatkan aktiviti
pembelajaran berterusan melalui ce-
ramah, kelab jurnal , pembentangan
kes, dan pertunjukkan video atau slide
dan lain-lain.
Melaksana aktiviti kajian penggunaan
drug dan aktiviti penyelidikan yang
mampu menyumbang ke arah pening-
katan dan perkembangan kualiti
perkhidmatan farmasi dan HUSM.
OBJEKTIF UNIT
Selari dengan keperluan MS ISO 9001:2008
UKMD menetapkan objektif unit adalah
seperti berikut :
Semua pertanyaan tentang maklumat
ubat direkodkan
Setiap soalan mengenai ubat-ubatan
yang berkaitan dengan penjagaan
pesakit diberi maklumbalas dalam tem-
poh tidak melebihi 20 minit
Mengemaskini formulari on-line dalam
tempoh 1 bulan setelah keputusan
Jawatankuasa Farmasi & Terapeutik
HUSM diedarkan oleh Pengarah HUSM
PENCAPAIAN
Jumlah soalan yang diterima di UKMD
adalah semakin meningkat dari tahun ke
tahun. Bagi tahun 2009, jumlah soalan yang
diterima adalah lebih banyak daripada
jumlah soalan yang diterima pada tahun
2008. Peningkatan adalah sebanyak 61.6%.
Piagam pelanggan unit menjanjikan setiap
soalan mengenai ubat-ubat yang berkaitan
dengan penjagaan pesakit, diberikan mak-
lumbalas dalam tempoh tidak melebihi 20
minit.
PERANCANGAN Secara amnya perancangan dirancangkan
berdasarkan perkara-perkara berikut:
Keperluan kepada sumber rujukan
yang terkini
Meningkatkan aktiviti pemonitoran
pesakit
Meningkatkan aktiviti penyelidikan
Menjalankan projek-projek penamba-
hbaikan dari masa ke semasa supaya
tahap perkhidmatan di Unit Kajian Dan
Maklumat Drug sentiasa dapat
dipertingkatkan dan diperbaiki.
Beberapa perancangan telah dirangka
bagi tahun 2010 seperti berikut:
HUSM Formulary 2009/2010 akan dike-
luarkan.
Memuat turun perisian Micromedex ke
unit-unit yang memerlukan khidmat ini.
Meneruskan kajian berbentuk „Drug
Utilization Review of NovoSeven®
(rFVIIA ) Usage in HUSM‟ dan kajian
penggunaan ubat clopidogrel dan
rosuvastatin.
Meneruskan aktiviti pengemaskinian
jadual perbandingan senarai ubat
yang terdapat dalam „KKM Formulary
versus HUSM Formulary‟.
Meneruskan aktiviti pengemaskinian
„Buku Compilation of HUSM Pharmacy &
Therapeutic Committee Meeting Crite-
ria of Drugs Use Approved to be In-
cluded into HUSM Formulary‟.
Meneruskan aktiviti persembahan klini-
kal oleh pegawai farmasi, pegawai
farmasi provisional dan pelajar yang
disangkutkan di UMD dan wad farmasi.
Meneruskan aktiviti penyebaran „slide
presentation‟ yang diberikan oleh pen-
ceramah kepada pegawai farmasi
melalui emel sebagai rujukan.
Meneruskan aktiviti kemaskini Senarai
Ubat Yang Digunakan Dalam Anestesi-
ologi, “Drug Used In Neurological Dis-
ease” dan “Drug Used In Endocrine”.
Meneruskan aktiviti mencari maklumat
lanjut berkenaan informasi klinikal untuk
agenda Jawatankuasa P&T seperti
„Drugs suggested to be excluded from
HUSM Formulary‟ dan „List of drugs ex-
cluded from KKM Formulary‟.
Meneruskan aktiviti edaran maklumat
klinikal ringkas untuk edaran ke unit-unit
yang berkenaan.
Formulari Sediaan Ekstemporaneous
Edisi Ketiga akan dikeluarkan.
Meneruskan Perkhidmatan Farmasi Klini-
kal di Intensive Care Unit (ICU), „Acute
Pain Service‟ dan 8 Selatan, Hospital
USM.
Menubuh dan menggerakkan Phar-
macy Research Group (PRG)
PHARMACY RESEARCH GROUP (PRG) Keahliannya adalah terdiri daripada pega-
wai farmasi yang dilantik daripada keseluru-
han Jabatan Farmasi. Objektif penubuhan
PRG adalah untuk mencetuskan kajian
dalam jabatan farmasi dan menjadi pen-
gantara bagi kajian yang dijalankan di ja-
batan farmasi oleh jabatan lain. Fungsi uta-
manya adalah seperti berikut:
Bertindak sebagai penyelaras aktiviti
penyelidikan di setiap unit dalam ja-
batan farmasi.
Mencadangkan penyelidikan yang
sesuai untuk dijalankan oleh jabatan
farmasi.
Bertindak untuk menggerakkan atau
melaksanakan aktiviti penyelidikan
dalam jabatan.
Mengambil tahu setiap aktiviti penye-
lidikan yang dijalankan di setiap unit
dalam jabatan.
Bertindak menyediakan maklumat
kepada pihak yang ingin menjalankan
kajian/penyelidikan di jabatan farmasi.
KESIMPULAN:
Bagi tahun 2009, Unit Kajian Dan Maklumat
Drug telah berjaya mencapai piagam pe-
langgan sebagaimana yang telah ditetap-
kan oleh pihak pengurusan Jabatan
Farmasi. Selain itu, aktiviti klinikal terus dapat
dikembangkan dengan menempatkan seo-
rang pegawai farmasi khusus untuk tujuan
berkenaan. Penambahbaikan unit juga
terus dapat dilaksanakan dari masa ke se-
masa sepanjang tahun 2009.
Unit Kajian & Maklumat Drug(UKMD)
10
Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia
memaklumkan kepada orang ramai
bahawa cuma terdapat dua jenis
produk penjagaan mata yang
dikeluarkan oleh Syarikat Permata
Hijrah, yang dibenarkan berada
dalam pasaran iaitu Ainon Toner
Mata Permata Hijrah dan Permata
Hijrah Ainon Toner Mata yang
dikilangkan oleh SERI MH UMMI SDN.
BHD. Kedua-dua produk tersebut
dinotifikasikan dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia sebagai produk
KOSMETIK. Produk kosmetik tidak
dimaksudkan untuk kegunaan ke
dalam biji mata dan tuntutan bagi
merawat penyakit atau masalah
berkaitan mata tidak dibenarkan.
Produk kosmetik dalam konteks ini,
adalah semata-mata untuk
digunakan di bahagian muka di
sekitar bahagian luar mata untuk
tujuan estetika. Ianya tidak sama
sekali boleh digunakan ke dalam biji
mata sebagai ubat titis mahupun
sebagai ubat semburan.
J u s t e r u , o r a n g r a m a i
dinasihatkan supaya tidak mudah
terpedaya dengan iklan melalui
media elekronik, media cetak dan
juga risalah yang diedarkan dalam
kempen-kempen promosi oleh
beberapa syarikat yang mendakwa
produk-produk keluarannya dapat
merawat penyakit mata seperti
rabun, kerosakan saraf kerana
d i abet i k , mata ber se laput ,
glaukoma dan sebagainya, kerana
dakwaan-dakwaan tersebut adalah
tidak mempunyai asas dan bukti
dari segi sains perubatan.
Cawangan Penguatkuasa Farmasi
banyak menerima aduan dari
orang ramai berkaitan produk-
produk dari syarikat-syar ikat
pengeluar kosmetik tentang
kesahihan tuntutan yang dibuat
sewaktu promosi dan pemasaran.
Sehubungan itu, semua pengeluar
dan agen-agen syarikat-syarikat ini
diingatkan bahawa produk yang
dinotif ikasi sebagai kosmetik
hendaklah dipasarkan sebagai
kosmetik dan tidak boleh membuat
tuntutan yang jelas melampaui
definasi kegunaan produk kosmetik.
Perkara ini sentiasa dipantau dan
j ika terdapat bukti ber laku
perlanggaran terhadap mana-
mana peruntukan undang-undang,
siasatan lanjut akan dibuat
terhadap syarikat yang terlibat dan
seterusnya akan didakwa. Petikan kenyataan akhbar oleh
Pn. Eisah Binti A Rahman,
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
11
SEGMEN PERUNDANGAN Oleh Hj Azman Mat
SEGMEN TIPS Oleh Khairul Bariah Johan
Tips Rumahtangga yang bercirikan sy-
urga
Meningkatkan ilmu pengetahuan
pada seisi rumah itu.
Penghayatan agama yang berteru-
san.
Memastikan seisi rumahtangga dalam
keadaan sihat sejahtera dan aman
damai.
Perlu adanya pengukuhan ekonomi.
Komunikasi yang cemerlang.
Wujudnya kemesraan antara suami
dan isteri.
Suasana rumahtangga yang selesa.
Tips Komunikasi Keluarga Cemerlang
Berkongsi melakukan tugasan di rumah
Berbincang dalam membuat peran-
cangan sesama ahli keluarga atau
sebelum membuat keputusan yang
memberi kesan kepada keluarga
Menggunakan humor yang berse-
suaian untuk mengurangkan ketegan-
gan yang disebabkan oleh konflik
yang mungkin berlaku.
Meraikan hari ulangtahun perkahwi-
nan dan hari lahir bersama ahli ke-
luarga.
Makan malam bersama.
Beribadah secara berjemaah.
Riadah bersama keluarga atau mem-
bawa keluarga pergi bercuti di tempat
yang bersesuaian.
Tips Komunikasi ke Arah meningkatkan
Kasih Sayang Berkekalan
Berkongsi impian dan tugasan di
rumah.
Tidak mudah dan tidak sesekali
merasa kecewa walaupun menempuh
cabaran dan masalah dalam
rumahtangga.
Tidak berdendam-kesumat antara satu
sama lain.
Sentiasa memohon maaf dan me-
maafkan kesilapan masing-masing.
Sentiasa mencari emas dalam diri
pasangan.
Menganggap pasangan sebagai ka-
wan yang paling akrab.
Sentiasa bersolat jemaah dan saling
doa mendoakan pasangan.
Berterus terang mengenai perselisihan
yang kecil untuk mengelakkan konflik
yang lebih besar.
Memahami kepentingan hubungan
seks.
Mencari perubahan untuk merang-
sang perubahan dalam rumahtangga.
Tips Komunikasi Cemerlang, Gemilang,
Terbilang Pasangan Suami Isteri
Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sen-
tiasa disayangi oleh pasangan.
Sentuh dan tegur pasangan sebelum
menyambung kerja lain apabila
pasangan balik ke rumah.
Berlatih untuk menjadi pendengar
yang baik.
Memberi pujian kepada pasangan
mengenai penampilan masing-masing
dan memberi galakan kepada pe-
rubahan yang cuba dibuat oleh
pasangan.
Memujuk apabila pasangan marah
atau berkecil hati
Ucapkan kata-kata sayang atau ro-
mantik dua kali sehari.
Memberi perhatian terhadap perkara
yang disampaikan oleh pasangan
dengan tekun.
Peluk pasangan dengan penuh kasih
sayang tujuh kali sehari.
Ucapkan terima kasih atas setiap khid-
mat yang diberikan oleh pasangan.
Sentiasa memastikan bilik tidur dalam
keadaan kemas seperti baru berkah-
win.
Sumber:kpdnhep.gov.my/puspanita
Keluarga Bahagia
Jangan Terpedaya Dengan
Iklan Produk Kosmetik
Yang Mendakwa Dapat
Merawat Penyakit Mata
12
SEGMEN SAMPAIKAN
Kepada : Pn Aziza Abdullah Zawawi
Ucapan: Semoga lebih bahagia
dan mendapat banyak pakej ikan
keli dan juga jangan lupa ajak kami
bila makan nasi ikan keli
tuuuuu………
Daripada : Kami UPDK
Ucapan : Ucapan tahniah kepada Pn.
Khana kerana mendapat menantu 6 Jun
2010 pada usia muda. Semoga cepat
menjadi Nenek Muda.
Daripada : Staf UPDK
Ucapan : Salam, buat warga kerja
Farmasi, terutama UFPL yang dikasihi.
Terima kasih kerana sudi mendidik &
menjaga saya sepanjang saya
bekerja disini. Buat Cecematon dan
Kak Waton terima kasih banyak-
banyak melayan karenah saya, me-
nasihati saya dan sebagainya.
Daripada : Budak Kaunter 7 UFPL
Ucapan : Kepada
Pn. Amalina selamat kembali bertu-
gas di Jabatan Farmasi, HUSM.
Daripada : Jaja….
Ucapan : Tahniah Hj. Shawal dapat APC
& anjakan…Pn. Lau pun anjakan juga…
bila nak belanja tu ?
Daripada : Staf UKIDS(U)
Ucapan : Selamat harijadi kepada Pn. Aziza
yang menyambut hari lahir pada 16 Mei semoga
panjang umur dan murah rezeki.
Daripada : Staf UPDK
Ucapan : Buat Maliki (UKIDS(U))..bila
nak naik pelamin ? Dengar citer dah
ader makwe cun.
Daripada : K‟ N….
Ucapan : Tahniah kepada staf yang
dapat APC tahun ni...semoga menjadi
seorang staf yang berdedikasi & cemer-
lang.
Daripada : Yang setia menanti….
Ucapan : Cun-melecun
kereta baru Pn. Hjh.
Norita…bila nak ajak
naik skali
Daripada : Staf Farmasi… Kepada : Sabri & Azira
Ucapan: Syabas dan
tahniah. „Taste‟ yang
sama, berjodoh den-
gan orang utara.
Daripada : MH2
Kepada : Nik Azira
Ucapan: Lepas bulan Jun ni
jangan lupa pasal ward round
Makmal yee. Selamat menjalankan
tugas baru…(sebagai isteri)
Daripada : Husna
Kepada : Staf UPA
Ucapan: Kekalkan suasana kerja
yang harmoni dan tolong-
menolong. Hidup UPA. Saya
bangga dengan sikap you all.
Daripada : Husna
Apa
Habaq
Jom gi
round2
Kepada : En. Rahim Awang
Ucapan: Tahniah kepada En. Rahim Awang
kerana telah menerima anugerah
“Datuk”.Bukan dari Yang Dipertuan Agong
ataupun Sultan tetapi dari cucunya.
Daripada : Pok G (Abe G)
Kepada : Pak Su Cha‟
Ucapan: Tahniah kepada Pak Su
Cha‟ kerana partnernya dapat
bertugas di Hospital Kota Bharu.
Daripada : Abu TDM
Rileks
Kepada : Semua Staf UKIDS(U)
Ucapan: Harap tuan/puan akan bekerja den-
gan tenang dan penuh kesabaran dalam
menghadapi situasi yang mencabar
Daripada : Ketua Pen. Pengarah UKIDS(U)
Kepada : Semua AJK
Kursus Kaunter
Farmasi Berkualiti
Ucapan: Syabas dan
tahniah kerana telah
berjaya menganjur-
kan kursus ini dengan
sempurna.
Daripada : Pn. Hjh.
Norita (Penyelaras
Kursus)
Kepada : Sabri
Ucapan: Sab, kenduri nanti ala nasi kan-
dar ke?Lepas kahwin nanti jangan tak
setia pada HUSM pulak
Daripada : Husna
Kepada : Tuan TPKF
Ucapan: Tahniah krn
dah dapat 3 rumah.
Rumah 3, tuan rumah
kena 3 jugak le!.....bila
nak buat kenduri?
Daripada : AJK
Farmedia
Kepada : Tn Hj Azman
Ucapan: Tahniah diucapkan kerana telah menerima Anu-
gerah Ahli Setia Mahkota sempena Keputeraan Al-Sultan
Kelantan Tahun 2010. Harap-harap ramai staf
farmasi yang akan menyusul kemudian.
Daripada : AJK Farmedia
A. Program Kem Diabetes Tahun 2010
Program Kem Diabetes Tahun 2010 te-
lah diadakan pada hari Jumaat dan
Sabtu ( 7 & 8 Mei 2010) bertempat di
Taman Rehlah, Tok Bali, Pasir Puteh, Ke-
lantan. Program anjuran Persatuan Dia-
betes Malaysia Cawangan Kelantan itu
telah dihadiri oleh seramai 200 orang
peserta yang merupakan pesakit dia-
betik dari seluruh negeri Kelantan.
Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti
tahunan yang diadakan bagi
mengeratkan lagi hubungan silatulra-
him di antara pesakit, ahli keluarga,
masyarakat setempat, kakitangan pe-
rubatan dan ahli Persatuan Diabetes
Malaysia Cawangan Kelantan. Pelba-
gai aktiviti telah diadakan terutama
berkaitan dengan pengurusan harian
pesakit diabetes.
Aktiviti peserta bersama pengamal pe-
rubatan dilakukan pada hari kedua di
mana beberapa kaunter diadakan
iaitu:
Kaunter 1 : Rawatan dan Pe rubatan
Kaunter 2 : Ubatan / Insulin
Kaunter 3 : Pemakanan
Kaunter 4 : Teknik suntikan insulin
Kaunter 5 : Kepentingan pemeriksaan
tahap gula sendiri di rumah
Kaunter 6 : Kepentingan penjagaan
kaki
Kaunter 7 : Pengurusan semasa uzur
Moderator dari Jabatan Farmasi telah
bertugas di Kaunter 2
di mana maklumat-
maklumat berkaitan
dengan ubat-ubatan
diabetes yang diambil
secara oral dan insulin
telah diberikan
kepada pesakit. Sam-
pel ubat-ubatan dan
insulin telah dibawa
untuk memudahkan
pesakit mengenali
ubat-ubat yang diam-
bil oleh mereka.
Secara keseluruhannya, kaunter 2 men-
jadi tumpuan ramai kerana ramai pesa-
kit yang berminat untuk mengetahui
tentang ubat-ubatan yang diambil oleh
mereka.
Laporan disedia oleh Zainon Omar
13
FARMASI DAN KOMUNITI Oleh Noryati Mohd Nur
Sehingga sehingga bulan Jun 2010, Jabatan Farmasi telah terlibat dengan 2 program komuniti iaitu Kem
Diabetes dan Pameran Kesihatan. Laporan ringkas adalah seperti berikut :
PAMERAN KESIHATAN DAN FARMASI
SEK.MEN.SAINS MACHANG
TARIKH : 13 Mei 2010
ANJURAN : FAKULTI FARMASI, UITM PUN-
CAK ALAM
OBJEKTIF : Memberikan pendedahan
kepada pelajar berkenaan profesyen
farmasi.
PENYERTAAN :
Noraini Arifin
Azrina Ariff
Mohd.Sabri Mohd.Nawawi
Nur Hazirah Kamarudin
Che Saidina Umar
AKTIVITI :
Pameran, kuiz (40 hadiah), pengunjung
bertuah.
Aktiviti bermula jam 9.00 pagi dan bera-
khir 2.00 petang.
Pameran berkaitan peranan farmasi
dan pengenalan ubat- ubatan serta
Kempen Cakna Ubat Anda.
~ mendapat sambutan yang meng-
galakkan dari pelajar dan menda-
pat maklumbalas yang baik. Antara
cadangan mereka adalah supaya
program diadakan lagi terutama masa
hujung minggu.
Turut menyumbang idea dan tenaga:
Zalina Zahari
Nur Delaida Mohd.Nawi
& staf UFS
Laporan disedia oleh Noraini Arifin
Sibuk.....
: Penyerahan cenderahati
oleh Pengetua sekolah
Pengunjung bertuah .....
Penyesalan akan hari kelmarin, dan ketakutan akan hari esok adalah dua pencuri yang mengambil keba-hagiaan saat ini.
Pengunjung pameran ....
menjawab kuiz
Kaunseling ubat sedang
dijalankan
14
KARYA STAF
Siapa berani?
Kononnya pada zaman da-
hulu kala ada sebuah kerajaan
yang diperintah oleh seorang
raja yang adil dan saksama
serta disayangi oleh rakyat je-
lata. Walau bagaimana pun raja
tersebut tidak mempunyai seo-
rang zuriat pun.
Menyedari tentang perkara
tersebut serta baginda sering
pula jatuh gering kerana usianya
dah semakin lanjut maka terfikir
oleh baginda tentang penggan-
tinya apabila baginda mangkat
nanti.
Setelah mendapat pandan-
gan dan nasihat daripada be-
berapa orang menteri maka
baginda bersetuju untuk men-
gadakan pertandingan bagi
mendapatkan pengganti. Peng-
ganti tersebut mestilah seorang
yang gagah, berani serta setia.
Maka tibalah masa pada
hari pertandingan yang mana
semua pemuda yang gagah
dipilih untuk menyertainya.
Acara prtandingan yang di-
jalankan ialah merentasi sungai
secara berenang dan sungai
tersebut didiami oleh buaya
yang sangat ganas dan besar.
Orang pertama yang dapat
melepasi sungai itu akan dilantik
menjadi raja jika raja yang ada
mangkat nanti.
Semasa semua pemuda han-
dalan beratur di atas tebing
sungai, tiada seorang pun yang
sanggup terjun ke dalam sungai
tersebut walau pun telah
diarahkan oleh pengadil. Se-
dang masing-masing diri enggan
terjun ke dalam sungai itu ker-
ana takut dibaham buaya, tiba-
tiba terjun seorang pemuda
yang tidak segagah mana dan
terus berenang dengan sekuat
tenaganya sehingga berjaya
sampai ke seberang sana. Raja
sangat gembira dan mendapat-
kan pemuda itu sambil mengu-
capkan tahniah dan berjanji
akan mengotakan janji baginda.
Walau bagaimana pun raja
amat terperanjat kerana pe-
muda itu berjanji akan menjadi
raja sekiranya beliau dapat
mengetahui siapa yang ber-
tanggungjawab menolaknya ke
dalam sungai itu, sedangkan
pada masa itu dia bukannya
salah seorang peserta dalam
pertandingan, hanya sekadar
penonton sahaja.
Moral: Kadangkala kita tidak
sedar akan kelebihan dan bakat
semula jadi yang ada pada diri
kita sehingga kelebihan itu
terserlah apabila dibantu oleh
faktor-faktor lain.
Hasil nukilan: IMZ.
Pada Satu Dinihari
Terbangun aku pada satu dinihari,
kaki membawa aku melangkah ke tepian jendela,
melontar pandangan pada laman yang sepi,
hati merasa satu kekosongan,
apakah ada yang tertinggal dalam kehidupan?
Terbangun aku pada satu dinihari,
dedaun mata tidak lagi mahu tertutup,
fikiran pula mula menghambat rasa,
apakah telah cukup bekalan,
pada destinasi akhir, buat bertemu Sang Pencipta?
Terbangun aku pada satu dinihari,
satu persatu kupungut ingatan lampau,
pada noda dosa yang dikutip tanpa sedar,
pada amalan sekadar biasa biasa,
apakah bisa ganjaran dicatat,
atau bisa kuterima helaian amalan,
dengan tangan kananku?
Terbangun aku pada satu dinihari,
dengan deraian air mata tanpa henti,
tanda kekesalan pada jahil masa lampau,
lalu kubasuh dengan sucinya wudhuk,
menangis lagi aku pada sejadah tahajjud,
Tuhan, hanya padaMu aku berserah,
hidupku, matiku,
kuterima segala ketentuanMu untukku.
OTAI
7 PERKARA YANG MENJEJASKAN
KEBERKESANAN DALAM BEKERJA DAN
BERAMAL
Tidak memiliki arah tujuan dan matlamat
yang jelas dalam melakukan sesuatu
pekerjaan.
Tidak membuat perancangan terperinci
tentang perkara yang hendak dicapai.
Kehidupan seharian yang tidak teratur.
Komunikasi yang tidak baik, jujur, telus
serta mempunyai unsur yang boleh
menyakitkan hati orang lain dan
maklumat yang diterima bercanggah
dari perkara sebenar.
Memperbesarkan hal remeh-temeh yang
boleh menimbulkan konflik tidak perlu.
Bersikap emosional, suka
memperbesarkan masalah, pendendam
dan menuntut perkara yang bukan-
bukan.
Suka menangguhkan pekerjaan. Oleh : Wan Mohd Azuki Wan Yusuf
UFS
TIPS MENGEKALKAN ISTIQAMAH DAN
DISAYANGI ALLAH SWT
Menjaga hubungan dengan Allah SWT.
Perbaiki amalan wajib dan tingkatkan amalan sunat.
Masukkan matlamat di dalam doa.
Allah Maha Mendengar doa hamba-hambanya.
Mulakan pekerjaan dengan berdoa
Bagi yang masih belajar, mulakan belajar dengan berdoa dan seelok-
eloknya duduk menghadap Kiblat.
Berterusan dalam mencari ilmu.
Amalkan perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah SWT,
contohnya, solat berjemaah, membaca Al-Quran dan saling
memaafkan serta kasih-mengasihi sesama manusia.
Kenali diri-Ubah sikap negatif kepada positif.
Menolong insan lain berjaya. InsyaAllah, Allah akan pula menolong
kita untuk berjaya.
Tampalkan matlamat atau tulis di dalam diari untuk mengingatkan diri
dan memberi semangat untuk kita terus berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut.
“Allah sayang akan hamba-hambaNya yang istiqamah di dalam
pekerjaan”. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah.
“Katakanlah, hai hamba-hamba yang melampaui batas terhadap
diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah
SWT” (Surah Al-Zumar : 53)
Oleh : Nor Asma Majid (UFPL0
Cuitan Kata Penawar Duka
PERKEMBANGAN TERKINI DI JABATAN FARMASI
Tahniah dan Bersama Kita Mengekalkan Status Kecemerlangan USM Majalah FarMedia Mengalu-alukan Kedatangan Staf Baru Jabatan Farmasi
Terima Kasih Di atas Jasa dan Bakti Yang Dicurahkan Jasamu Dikenang
PEGAWAI FARMASI U41
Pn Nur Amalina B.Pharm (Hons)UIAM
01.04.2010
PENOLONG PEGAWAI FARMASI
En Mohd Zahiruddin Mohd Zahari 01.04.2010
Cik Nadia Nor Aiman Mohd Noor 01.02.2010
Cik Norasma Majid 01.02.2010
PEMBANTU TADBIR N17
Pn Adrilya Jaafar 17.01.2010
Pn Halimatun Saadiah Mohd Rawee 15.03.2010
Hj Mazlan Yusoff Bercuti sehingga
tarikh bersara wajib 20.07.2010
Pn Azizah Mohd Yasin 17.01.2010
Pn Anita Sulaiman 15.03.2010
En Mazlan Mahmood 01.05.2010
Dr Hjh Norul Badriah Hassan
01.03.2009
STAF MASUK
STAF KELUAR