budaya

2
Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah bentuk budaya masyarakat Malaysia yang anda ingini? Pada pandangan kami, bentuk-bentuk budaya yang kami inginkan pada masa akan datang ialah budaya yang bangsa Melayu pada masa akan datang mementingkan perjuangan bangsa secara kolektif. Pada masa itu memang ada orang Melayu yang berjaya , menjadi koperat dan jutawan. Bangsa Melayu yang majoritinya terdiri dari kelas bawahan dari segi sosial dan ekonomi berminat untuk memikirkan penonjolan diri kerana suasana pada ketika amat mementingkan maruah diri. Nasib dan cara hidup orang Melayu yang picisan dan marhaen akan terbela dan tidak terpinggir. Semua golongan bangsa kelihatan menikmati hidup di negara ini dengan sempurna dan menyeronokkan. Orang Melayu yang hidup sederhana akan melahirkan waris yang mempunyai nasib yang lebih baik daripada mereka. Mereka berdiri atas kejayaan sendiri secara peribadi dan tidak pentingkan diri sendiri. Mereka mahu menyumbang kepada bangsa sendiri yang terpinggir. Kelompok Melayu mempunyai standard yang tinggi yang dicipta oleh datuk nenek mereka yang hidup pada hari ini. Mereka mempunyai semangat memperjuangkan hak bangsa secara kolektif. Mereka menganggap mereka adalah dari orang Melayu yang mempunyai kelas yang tinggi setaraf dengan bangsa lain mengikut indikator material dan ekonomi yang mereka kuasai atau miliki. Mereka hidup dalam kemewahan dan dalam kelas sosial yang tinggi bersama bangsa lain yang pada ketika itu suara paduan bangsa menjadi ukuran.

Upload: tyler-smith

Post on 28-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

budaya pada masa akan datang

TRANSCRIPT

Page 1: budaya

Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah bentuk budaya masyarakat Malaysia

yang anda ingini?

Pada pandangan kami, bentuk-bentuk budaya yang kami inginkan pada masa

akan datang ialah budaya yang bangsa Melayu pada masa akan datang

mementingkan perjuangan bangsa secara kolektif. Pada masa itu memang ada

orang Melayu yang berjaya , menjadi koperat dan jutawan. Bangsa Melayu yang

majoritinya terdiri dari kelas bawahan dari segi sosial dan ekonomi berminat untuk

memikirkan penonjolan diri kerana suasana pada ketika amat mementingkan

maruah diri. Nasib dan cara hidup orang Melayu yang picisan dan marhaen akan

terbela dan tidak terpinggir. Semua golongan bangsa kelihatan menikmati hidup di

negara ini dengan sempurna dan menyeronokkan.

Orang Melayu yang hidup sederhana akan melahirkan waris yang mempunyai

nasib yang lebih baik daripada mereka. Mereka berdiri atas kejayaan sendiri secara

peribadi dan tidak pentingkan diri sendiri. Mereka mahu menyumbang kepada

bangsa sendiri yang terpinggir. Kelompok Melayu mempunyai standard yang tinggi

yang dicipta oleh datuk nenek mereka yang hidup pada hari ini. Mereka mempunyai

semangat memperjuangkan hak bangsa secara kolektif. Mereka menganggap

mereka adalah dari orang Melayu yang mempunyai kelas yang tinggi setaraf dengan

bangsa lain mengikut indikator material dan ekonomi yang mereka kuasai atau miliki.

Mereka hidup dalam kemewahan dan dalam kelas sosial yang tinggi bersama

bangsa lain yang pada ketika itu suara paduan bangsa menjadi ukuran.

Agama tidak akan terpinggir dan juga dianggap sebagai satu aliran falsafah

hidup yang menyumbang kepada kemajuan negara. Apa jua yang memberi

kesenangan dan kepuasan dan keseronokan, mereka tidak menganggap itulah yang

membahagiakan dan itulah yang menjadi halatuju matlamat yang hendak dicapai.

Mereka menjadikan agama sebagai pegangan mahupun panduan. Agama bagi

mereka adalah suatu budaya yang menyumbang kepada kebebasan dan

tercapainya kepuasan yang dihajati. Orang Melayu ketika itu sama-sama mencari

rezeki melalui keupayaan mereka bekerja untuk menjadi seorang yang berilmu dan

berintelek dan semua itu diharungi tanpa meminggirkan kepentingan orang dan hak

orang lain. Mereka tidak mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan mereka

Page 2: budaya

akan melepaskan peluang kepada perkara-perkara yang membinasakan diri

mereka. Penipuan dan penindasan intelektual akan terhapus.

Orang yang jujur akan menang dalam segala pertandingan dengan orang

yang setaraf kecerdikannya tetapi tidak jujur. Masyarakat ketika itu memenangkan

mereka kerana budaya masyarakat cenderung kepada kebenaran dan

memperjuangkan nilai murni yang membentuk masyarakat yang penyanyang.