buku panduan persaraan - pejabat...

of 25 /25
BUKU PANDUAN PERSARAAN BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur DISEMBER 2014

Author: nguyenanh

Post on 15-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


12 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • BUKU PANDUAN

    PERSARAAN

    BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN Pejabat Pendaftar

    UTM Kuala Lumpur DISEMBER 2014

  • ISI KANDUNGAN

    1. SEKAPUR SIRIH ... i

    2. PENERANGAN BERSARA .. 1-6

    3. BERSARA WAJIB .. 7

    4. BERSARA PILIHAN .. 8

    5. BERSARA SEBAB KESIHATAN ... 9

    6. FAEDAH PERSARAAN .... 10-11

    7. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB BAKAL PESARA . 12-13

    8. RUJUKAN . 14

    9. FAQ ....... 15-20

    10. LAMPIRAN ...... 21

  • SEKAPUR SIRIH

    Puji syukur kehadirat Tuhan Yang Maha Esa atas segala limpahan Rahmat, Inayah, Taufik dan Hidayahnya sehingga kami dapat menyelesaikan Buku Panduan

    Persaraan ini dalam bentuk mahupun isi kandungannya yang sangat sederhana. Semoga

    Buku Panduan ini dapat digunakan sebagai salah satu rujukan serta panduan dalam

    menguruskan urusan Persaraan.

    Dalam kekangan tugas hakiki sedia ada, tidak sedikit halangan yang kami hadapi.

    Namun kami sedari bahawa kelancaran dalam penyediaan buku panduan ini tidak lain

    berkat bantuan, dorongan, dan bimbingan Ketua dan rakan-rakan unit, sehingga segala

    rintangan dan kekangan yang kami hadapi dapat di atasi.

    Dengan terhasilnya Buku Panduan Persaraan ini diharapkan ia boleh dijadikan

    sebagai rujukan dan panduan kepada staf khususnya bakal pesara dan juga jabatan yang

    menguruskan Sumber Manusia amnya.

    Harapan kami semoga dengan adanya Buku Panduan Persaraan ini dapat

    membantu serta menambah pengetahuan bagi kelancaran Urusan Modal Insan.

    Bahagian Pengurusan Modal Insan Pejabat Pendaftar

    UTM Kuala Lumpur

    Disember 2014

    i

  • PENERANGAN BERSARA

    1.0 Skim Pencen adalah;

    1.1 Penghargaan terhadap perkhidmatan yang taat setia dan dedikasi

    1.2 Mengadakan bentuk saraan hidup selepas bersara dari perkhidmatan

    1.3 Mengadakan Skim Pampasan terhadap bencana (Pencen Hilang Upaya Atau

    Pencen Tanggungan); dan

    1.4 Mengikat supaya terus berkhidmat dalam Sektor Awam

    2.0 Skim Pencen Sektor Awam sekarang adalah yang terbaik kerana;

    2.1 Non-contributory di pihak pekerja

    2.2 Skim Pencen Keluarga

    2.3 Ada penyelarasan pencen; dan

    2.4 Ada Kemudahan Rawatan Perubatan

    3.0 Percukaian bagi Skim Pencen adalah;

    3.1 Bayaran Ganjaran Dan Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat Tidak

    Dikenakan Cukai Pendapatan.

    3.2 Pencen yang dibayar kepada anggota yang bersara wajib pada umur 55/56/58/60

    tahun dikecualikan daripada cukai pendapatan.

    3.3 Manakala bayaran pencen yang diterima oleh pesara yang memilih bersara pilihan

    sebelum mencapai umur 55 tahun dikenakan cukai pendapatan

    1

  • 4.0 Kad Pesara

    4.1 Dikeluarkan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA kepada pesara/penerima

    pencen sebagai Ganti Surat Jaminan (GL)

    a. Dokumen pengenalan pesara yang amat penting kerana terdapat

    keistimewaan tersendiri (bekas anggota Kerajaan):-

    b. Ubatan Percuma, Caj Hospital dan Wad di Hospital Kerajaan yang

    dikenakan - minima bersamaan dengan gaji akhir pesara (kelayakan wad)

    5.0 Faedah Persaraan

    5.1 Anggota berpencen yang bersara atau dikehendaki bersara dari perkhidmatan

    Kerajaan layak dibayar faedah-faedah persaraan berikut:

    a. Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan)

    b. Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus)

    c. Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan

    (bayaran sekaligus)

    5.2 Kadar ganjaran dan pencen yang akan dibayar bergantung kepada tempoh

    perkhidmatan yang diambilkira dan gaji hakiki bulanan yang akhir diterima oleh

    anggota itu. Bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam, peraturan-peraturan

    Pencen 1980, dibaca bersama-sama Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 1993,

    juga memperuntukkan pembayaran Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat

    (GCR), iaitu bagi cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan kerana kepentingan

    perkhidmatan dan terkumpul mengikut syarat-syarat pengumpulan di bawah

    peraturan pencen dan pekeliling yang berkenaan.

    5.3 Award Wang Tunai sabagai Gantian Cuti Rehat ini dibayar oleh Kerajaan

    Persekutuan (melalui Bahagian Pencen, JPA) bagi pegawai-pegawai perkhidmatan

    awam Kerajaan Persekutuan dan oleh Kerajaan Negeri bagi pegawai-pegawai

    perkhidmatan awam Negeri. Bagi badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa

    2

  • Tempatan yang telah menerimapakai Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 1993,

    Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat dibayar sendiri kepada pekerja-

    pekerjanya.

    5.4 Akta 227 atau Akta 239 juga membolehkan faedah-faedah persaraan lain yang

    dinyatakan di bawah ini diberikan kepada anggota atau orang-orang

    tanggungannya, di mana wajar:

    5.4.1 Faedah Terbitan

    Faedah Terbitan merupakan suatu faedah persaraan tambahan yang

    diberikan kepada orang-orang tanggungan pesara atau anggota yang telah

    meninggal dunia akibat dari kecederaan yang dialami semasa menjalankan

    tugas-tugas rasmi atau penyakit yang dihidapi atau kemalangan dalam

    perjalanan dengan syarat:

    5.4.1.1 Anggota tersebut telah meninggal dunia di dalam salah satu

    keadaan yang dinyatakan di atas; dan

    5.4.1.2 Kematian pesara atau anggota tersebut telah berlaku dalam

    masa 7 tahun dari tarikh ia mula mengalami kecederaan atau

    menghidap penyakit tersebut.

    5.4.2 Jenis-jenis faedah :

    5.4.2.1 Ganjaran Terbitan diperuntukkan di bawah Seksyen 14 Akta

    227 atau Seksyen 15 Akta 239;

    5.4.2.2 Pencen Terbitan diperuntukkan di bawah Seksyen 14 atau

    15 Akta 227 atau Seksyen 15 atau 16 Akta 239;

    5.4.2.3 Pencen Tanggungan diperuntukkan di bawah Seksyen 18

    Akta 227 atau Seksyen 20 Kata 239; dan

    5.4.3 Pencen Hilang Upaya merupakan faedah tambahan yang diberikan kepada

    seseorang anggota Kerajaan yang dikehendaki bersara atas sebab-sebab

    kesihatan akibat daripada:

    3

  • 5.4.3.1 Kecederaan yang dialami semasa , menjalankan tugas-tugas

    rasminya

    5.4.3.2 Penyakit yang dihidapinya kerana anggota tersebut telah

    terdedah kepada bahaya-bahaya tertentu semasa

    menjalankan tugas-tugas rasminya; atau

    5.4.3.3 Kemalangan dalam perjalanan;

    5.5 Tafsiran Orang Tanggungan

    5.5.1 Balu/Duda

    5.5.1.1 Balu/Duda ertinya isteri atau suami yang masih hidup

    kepada seseorang anggota yang mati yang mana

    perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu

    perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang

    bertulis, agama, adat dan kelaziman.

    5.5.1.2 Bagi orang yang bukan beragama islam, Akta Membaharui

    Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta

    164], mengkehendaki perkahwinan selepas 1 Mac 1982

    didaftarkan.

    5.5.1.3 Bagi orang yang beragama Islam, sekiranya berlaku kematian

    suami semasa dalam tempoh eddah, maka isteri layak diberi

    faedah terbitan.

    5.5.2 Anak

    5.5.2.1 Anak ertinya anak seorang anggota atau pesara yang mati dan

    berumur di bawah 21 tahun dan masih belum berkahwin,

    iaitu :

    - Anak kandung; - Anak tiri tanggungan;

    - Anak tak sah taraf, iaitu anak yang dikandung atau lahir

    sebelum atau tanpa perkahwinan yang sah;

    4

  • - Anak angkat atau anak yang diambil sebagai anak angkat

    oleh anggota itu di bawah mana-mana undang-undang

    bertulis berhubung dengan pengangkatan atau di bawah

    mana-mana adat atau kelaziman;

    - Anak cacat, iaitu anak yang tidak kira apa jua umurnya,

    yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan

    secara kekal, dan tidak berupaya menanggung nafkahnya

    sendiri, sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun. Bagi

    anggota yang dilantik sebelum 16 Mei 1986, syarat umur

    21 tahun itu tidak terpakai; dan

    - Bagi anak yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi

    masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menuju

    ijazah pertama akan terus diberi pencen terbitan, selagi

    mereka tidak berkahwin atau berhenti menuntut atau

    mendapat ijazah tersebut mengikut mana yang terdahulu.

    5.5.3 Ibu atau Bapa

    Ibu atau bapa ertinya ibu kandung atau bapa kandung kepada anggota

    berpencen yang mati dalam perkhidmatan.

    5.5.4 Wakil Yang Sah Di sisi Undang-undang

    Wakil yang sah di sisi undang-undang ertinya orang yang diberi kuasa atau

    yang bertindak bagi pihak atau keluarga terdekat kepada anggota

    berpencen yang mati.

    5.6 Anggota Berpencen yang Mati dalam Perkhidmatan

    5.6.1 Anggota berpencen yang berkahwin

    5.6.1.1 Ganjaran terbitan dan pencen terbitan diberi kepada : - balu; atau

    5

  • - duda kepada anggota berpencen berada dalam

    perkhidmatan pada atau selepas 1 Julai 1980; dan

    /atau

    - anak; dan

    - ibu atau bapa sebanyak 1/10 bahagian daripada

    ganjaran terbitan sahaja dan tiada pencen terbitan.

    5.6.2 Anggota berpencen yang bujang

    5.6.2.1 Ganjaran terbitan sahaja diberi kepada :

    - Ibu atau bapa (jika ibu telah meninggal dunia); atau

    - wakil yang sah di sisi undang-undang

    6.0 Skim KWSP

    6.1 Staf menerima gaji bulan diisyaratkan mencarum kepada KWSP sebanyak 11%

    dari gaji milik pencarum dan 13% dari majikan dan ianya berterusan sehingga

    mencapai umur 55/56/58/60 tahun atau meninggalkan UTM. Bagi staf tetap yang

    membuat opsyen skim pencen akan diberhentikan mencarum sebaik sahaja diberi

    pekerja berpencen.

    6.2 Pencarum boleh berhenti dari perkhidmatan pada bila-bila masa dan peringkat

    umur caruman pekerja dan caruman majikan akan menjadi milik pencarum.

    6.3 Boleh dikeluarkan sebahagian dari simpanan untuk tujuan membeli rumah,

    pengajian anak dan perubatan.

    6

  • BERSARA WAJIB

    Pesaraan wajib dikenali sebagai bersara paksa diperkenalkan mengikut Akta Pencen 1980 (Per.

    61).

    Persaraan Paksa Dibawah Seksyen 10 Akta 227/239

    Umur persaraan ditetapkan mengikut:

    Umur 55 tahun - Lantikan sebelum atau pada 1.10.2001

    Umur 56 tahun - Lantikan pada atau selepas 1.10.2001

    Umur 58 tahun - Lantikan pada atau selepas 1.07.2008

    Umur 60 tahun - Lantikan pada atau selepas 1.01.2012

    Namun begitu bagi pegawai/pekerja berpencen yang sedang menghadapi suatu perbicaraan

    jenayah atau tindakan tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan ia disabitkan atau dibuang

    kerja belum lagi selesai, mereka tidak dibenarkan bersara dengan perkhidmatannya di lanjut

    dan disifatkan sebagai cuti tanpa gaji sehingga keputusan kesnya diperolehi.

    7

  • BERSARA PILIHAN

    Persaraan Pilihan Di bawah Seksyen 12 Akta 227/239

    a. Layak memohon adalah;

    i. Telah berumur 40 tahun pada tarikh permohonan termasuk staf lelaki dan wanita.

    ii. Telah genap 10 tahun perkhidmatan yang diambilkira

    iii. Telah disahkan dalam jawatan

    iv. Telah diberi Taraf Pekerja Berpencen

    v. Bebas daripada tindakan tatatertib / tindakan mahkamah

    vi. Tidak terikat dengan syarat-syarat kontrak biasiswa kerajaan atau UTM. Bagi staf

    yang masih mempunyai ikatan kontrak biasiswa kerajaan atau UTM mereka

    perlulah membayar gantirugi bagi mendapatkan pelepasan kontrak

    8

  • BERSARA SEBAB KESIHATAN

    Pegawai/pekerja berpencen yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya

    kerana kelemahan akal dan tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan

    dan berasaskan perakuan lembaga tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan

    Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri untuk dibersarakan seperti yang digariskan oleh

    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995. Faedah persaraan termasuk pencen yang tidak

    kurang daripada satu perlima daripada gaji akhir yang diterima layak diberi kepada mereka pada

    tarikh persaraan.

    a. Syarat-syarat bagi Bersara sebab Kesihatan adalah;

    i. Pegawai yang telah disahkan dalam jawatan.

    ii. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pihak

    Berkuasa Pencen hendaklah berpuashati atas keterangan doktor dalam Laporan

    Perubatan bahawa anggota itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya

    disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal.

    iii. Tarikh kuatkuasa persaraan adalah sehari selepas tarikh kepuasan hati Ketua

    Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pihak

    Berkuasa Pencen atau sehari selepas habisnya cuti rehat. (Tarikh sebenar

    diputuskan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam selepas menerima dokumen

    lengkap oleh majikan).

    iv. Anggota boleh diberi cuti Perubatan Khas atas gaji penuh (sekiranya tiada cuti rehat

    atau selepas cuti rehatnya habis) mulai tarikh berikutan keluarnya laporan Lembaga

    Perubatan hingga tarikh sehari sebelum tarikh kelulusan persaraan. Sekiranya Ketua

    Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa

    Pencen tidak berpuashati dengan laporan/keterangan Lembaga Perubatan, anggota

    hendaklah kembali bertugas dengan serta merta.

    9

  • FAEDAH PERSARAAN

    1.0 Pesara yang layak mendapat Faedah Persaraan adalah;

    1.1 Hanya mereka yang telah diberikan taraf berpencen sahaja adalah dibayar faedah

    faedah persaraan seperti Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan) & Ganjaran

    Perkhidmatan (bayaran sekaligus).

    1.2 Award wang tunai yang diberi sebagai gantian cuti rehat yang terkumpul akan

    dibayar sebaik sahaja mereka bersara.

    1.3 Bagi anggota yang memohon bersara pilihan, pencen akan dibayar seperti berikut :

    1.3.1 Bagi mereka yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan dibayar

    apabila mencapai umur :-

    45 tahun bagi staf perempuan

    50 tahun bagi staf lelaki

    1.3.2 Bagi mereka yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991, pencen akan

    dibayar hanya apabila mencapai umur 55/56/58/60 tahun.

    2.0 Formula Perkiraan Pencen dan Ganjaran

    2.1 Pencen Perkhidmatan

    Tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji akhir diterima.

    tidak boleh kurang daripada satu perlima daripada gaji akhir yang diterima;

    Tidak kurang dari RM280 sebulan bagi tempoh perkhidmatan yang

    dimasukkira 300 bulan atau lebih.

    1 X Bulan Perkhidmatan X Gaji Pokok (Akhir)

    600

    10

  • 2.2 Ganjaran Perkhidmatan

    2.3 Gantian Cuti Rehat (GCR)

    (Nota : Jumlah GCR adalah tertakluk kepada maksimum 150 hari)

    7.5 X Bulan Perkhidmatan X Gaji Pokok (Akhir)

    100

    1 X Jumlah GCR X (Gaji Pokok + Imbuhan Tetap)

    30

    11

  • PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB BAKAL

    PESARA

    1.0 Langkah Pertama :

    Kemaskini maklumat melalui system HRMIS.

    Layari alamat berikut;

    https://hrmis2.eghrmis.gov.my/

    (Hubungi Pengurusan Modal Insan untuk mendapatkan user id dan password)

    2.0 Langkah Kedua :

    Menyediakan dokumen yang akan dihantar ke Pengurusan Modal Insan, Pejabat

    Pendaftar, Kuala Lumpur

    Maklumat/dokumen tambahan bakal pesara (jika berkenaan) iaitu:

    a. Borang Butiran Peribadi

    b. Salinan Kad Pengenalan (Staf & Suami/Isteri) muka depan dan belakang

    c. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Anak-Anak (Umur dibawah 21 tahun

    dan belum berkahwin)

    d. Salinan Sijil Nikah/Cerai atau Sijil Kematian (Jika berkenaan)

    e. Alamat Selepas Bersara

    f. No. Telefon dan E-mail

    g. Maklumat Pasangan (Pekerjaan/alamat majikan/no. telefon)

    h. No. Cukai Pendapatan dan Alamat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

    i. No. Fail/Akaun Pinjaman Perumahan (Jika berkenaan)

    j. No. Akaun Pinjaman Kenderaan Kerajaan (Jika berkenaan)

    k. Salinan Buku Akaun Bank Perseorangan (Akaun Simpanan/Semasa)

    l. Salinan Kad Perakuan Anak Kurang Upaya Tiada Had Umur (Jika Berkenaan)

    12

  • 3.0 Tanggungjawab Permohonan bersara pilihan

    a. Staf yang ingin membuat permohonan persaraan pilihan hendaklah memohon

    sekurang-kurangnya satu (1) tahun awal dari tarikh persaraan yang dipohon.

    b. Surat permohonan daripada staf hendaklah melalui persetujuan Ketua

    Jabatannya.

    c. Tarikh persaraan yang dipohon berserta alasan staf ingin memohon bersara

    pilihan hendaklah dicatatkan di dalam surat permohonan.

    d. Membuat perisytiharan harta melalui website http;//hrfin.utm.my bagi kelulusan

    Universiti.

    e. Mengemukakan 1 Salinan kad pengenalan pemohon

    (Nota : Kegagalan atau kelewatan dalam mengemukakan maklumat-maklumat

    persaraan akan melewatkan proses mengemukakan permohonan staf ke Bahagian Pasca

    Perkhidmatan, JPA Pembayaran pencen, ganjaran dan lain-lain)

    13

  • RUJUKAN

    1. Akta 239 - Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa dan Tempatan 1980

    2. Akta A619 - Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan

    (Pindaan) 1985

    3. Akta A645 - Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan

    (Pindaan) 1986

    4. Akta A793 - Akta Pencen (Pindaan) 1991

    5. Akta A824 - Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan

    (Pindaan) 1992

    14

  • FAQ

    1. Soalan Apakah umur persaraan wajib bagi anggota-anggota sektor awam?

    Jawapan

    Lantikan sebelum atau pada 1.10.2001 Umur persaraan wajib

    adalah 55 tahun.

    Lantikan pada atau selepas 1.10.2001 - umur persaraan wajib

    adalah 56 tahun

    Lantikan pada atau selepas 1.07.2008 - Umur persaraan wajib

    adalah 58 tahun.

    Lantikan pada atau selepas 1.01.2012 - Umur persaraan wajib

    adalah 60 tahun.

    2. Soalan

    Bolehkah seseorang anggota bersara pada umur 58 tahun jika ia

    sedang menghadapi tindakan tatatertib atau pembicaraan jenayah

    yang boleh berkeputusan dengan ia dibuang kerja atau disabitkan?

    Jawapan

    Dalam keadaan sedemikian, anggota berkenaan tidak boleh bersara

    apabila mencapai umur 58 tahun. Sebaliknya perkhidmatannya

    hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui umur

    tersebut sehingga keputusan diperolehi. Sekiranya tindakan tatatertib

    atau pembicaraan itu tidak berkeputusan dengan ia dibuang kerja atau

    disabitkan, maka ia hendaklah dibersarakan dan tempoh perkhidmatan

    selepas umur 58 tahun dikira cuti tanpa gaji dan tidak boleh diambilkira

    untuk faedah persaraan.

    15

  • 3. Soalan Bilakah seseorang anggota boleh memohon bersara secara pilihan?

    Jawapan

    Seksyen 12, Akta Pencen 1980 (Akta 227), memperuntukkan

    kemudahan untuk anggota perkhidmatan awam bersara secara pilihan

    (optional retirement) sekiranya berumur sekurang-kurangnya 40 tahun

    pada tarikh persaraan yang dipohon dan beliau mempunyai tempoh

    perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang daripada 10 tahun.

    Bagi maksud untuk menentukan mula pencen boleh dibayar kepada

    pesara pilihan, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 12 (3) Akta 227

    memperuntukkan seperti berikut:

    (i) Bagi anggota yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan mula

    dibayar pada 50 tahun bagi pegawai lelaki dan 45 tahun bagi pegawai

    perempuan; termasuk pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat

    rendah dan ke bawah; pegawai polis berpangkat rendah daripada

    Penolong Penguasa Polis; pegawai penjara berpangkat rendah daripada

    Penguasa; dan jururawat lelaki di hospital mental.

    (ii) Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991, pencen

    akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.

    4. Soalan Siapakah yang layak dibayar pencen apabila pesara meninggal

    dunia?

    Jawapan

    Tanggungan pesara yang layak dibayar pencen terbitan ialah

    balu atau balu-balu atau duda (bagi duda, isterinya hendaklah

    masih berkhidmat pada atau selepas 1.7.1980);

    anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin. Bagi anak

    cacat yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani secara

    kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, tiada had

    umur ditetapkan. Anak yang sedang menuntut di institusi

    pengajian tinggi layak diteruskan bayaran pencen terbitan

    melampaui umur 21 tahun sehingga tamat pengajian di peringkat

    ijazah pertama.

    16

  • 5. Soalan Apakah yang harus dibuat oleh tanggungan/waris kepada pesara

    yang meninggal dunia?

    Jawapan

    Sekiranya pesara tidak meninggalkan tanggungan yang layak

    dipertimbangkan pencen terbitan, waris terdekatnya harus

    memaklumkan Bahagian Pencen JPA tentang kematiannya dengan

    mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-

    salinan sijil kematian

    salinan sijil perkahwinan / sijil pendaftaran perkahwinan. Walau

    bagaimanapun Surat Akuan Balu / Duda Yang Sah boleh

    diterima jika sijil berkenaan tidak diperolehi salinannya dari

    pihak-pihak berkenaan.

    salinan sijil kelahiran / salinan kad pengenalan anak-anak yang

    berumur di bawah 21 tahun

    salinan surat pengambilan dan pengesahan anak angkat, (jika

    berkenaan)

    dokumen-dokumen mengenai anak cacat dari Pakar Perubatan

    Kerajaan [Borang JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan dari Jabatan

    Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak cacat, (jika

    berkenaan)

    sekeping gambar balu / duda (mana yang berkenaan)

    surat Akuan Pengesahan Penjaga [Borang JPA.BP.SPT.B02] (jika

    terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga oleh balu /

    duda).

    6. Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran pencen di bawah

    Skim A dan siapakah yang akan dibayar di bawah Skim ini?

    Jawapan

    Pembayaran pencen di bawah Skim A membawa maksud bahawa

    pencen pesara akan terus dikreditkan ke akaun bank pesara di hari

    pembayaran pencen pada setiap bulan. Pesara boleh membuat

    pengeluaran pencennya di mana-mana cawangan bank berkenaan di

    seluruhnegara.

    Golongan pesara yang layak dibayar pencen di bawah Skim A ialah

    mereka - mereka yang mempunyai isteri/suami yang masih hidup yang

    dikahwini semasa dalam perkhidmatan.

    17

  • 7. Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran pencen di bawah

    Skim B dan siapakah yang akan dibayar di bawah Skim ini?

    Jawapan

    Pembayaran pencen di bawah Skim B membawa maksud bahawa untuk

    mendapatkan bayaran pencen mereka, pesara perlulah terlebih dahulu

    membuat tuntutan di mana-mana cawangan bank yang berkenaan,

    dengan mengisi borang tuntutan pencen yang boleh diperoleh di kaunter

    bank berkenaan. Ini bererti pesara/penerima pencen perlu

    menghadirkan diri ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang

    tuntutan pencen sebelum bayaran pencen dikreditkan ke dalam

    akaunnya. Tiada perkreditan terus pencen ke akaun pesara akan dibuat

    di bawah Skim B.

    Golongan pesara yang layak dibayar di bawah Skim B ialah mereka-

    mereka yang bujang atau yang telah kematian isteri/suami atau

    mempunyai suami/isteri yang dikahwini setelah bersara dan juga

    mereka yang menerima pencen terbitan/ pencen tanggungan.

    8. Soalan

    Apakah yang akan terjadi sekiranya pesara/penerima pencen di

    bawah Skim B tidak menuntut pencen mereka untuk beberapa

    bulan?

    Jawapan

    Sekiranya pesara/penerima pencen di bawah Skim B tidak menuntut

    pencennya untuk tempoh enam bulan berturut-turut, pencen tersebut

    akan luput dan pihak bank akan memulangkan bayaran pencen tersebut

    kepada Bahagian Pencen, JPA. Pesara/penerima pencen tidak akan

    dapat menuntutnya lagi daripada bank tetapi mereka dikehendaki

    menghubungi Bahagian Pencen JPA untuk menuntut semula pencen

    tersebut.

    18

  • 9. Soalan Bolehkan pencen dituntut oleh orang lain selain daripada

    pesara/penerima pencen?

    Jawapan

    Pesara/penerima pencen boleh melantik seorang wakil diri untuk

    membantu beliau dalam urusan pencen dengan bank. Tetapi pelantikan

    wakil diri hanya dibenarkan di bawah Skim B sahaja. Untuk

    melayakkan wakil diri dilantik, pesara/penerima pencen tersebut

    mestilah seorang yang uzur dan keadaan keuzurannya perlu dibuktikan

    melalui surat pengesahan oleh sama ada Pegawai Perubatan Kerajaan

    atau doktor swasta, atau Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai

    Daerah. Pesara/penerima pencen perlu memohon kepada Bahagian

    Pencen JPA untuk pelantikan wakil diri tersebut melalui Borang

    (JPA.BP.SKP.B07) . Pelantikan wakil diri adalah sah untuk tempoh

    setahun dan boleh diperbaharui jika masih diperlukan oleh

    pesara/penerima pencen.

    10. Soalan Bolehkah pesara/penerima pencen menukar akaun bank?

    Jawapan

    Pesara/penerima pencen boleh menukar akaun bank mereka tetapi notis

    sekurang-kurangnya dua bulan secara bertulis hendaklah diberi kepada

    Bahagian Pencen JPA sebelum akaun lama ditutup. Ini adalah untuk

    mengelakkan terputusnya bayaran pencen bulanan mereka.

    Dalam keadaan di mana pesara/penerima pencen hilang buku akaun,

    adalah dinasihatkan agar akaun baru dibuka di bank yang sama

    supaya bayaran pencen boleh dipindahkan ke akaun baru tersebut. Jika

    akaun baru dibuka di bank lain, pembayaran pencen mungkin

    tergendala oleh kerana bayaran pencen yang telah dihantar untuk

    dikreditkan ke dalam akaun lama perlu dikembalikan oleh bank

    berkenaan kepada Bahagian Pencen JPA untuk diproses semula bagi

    pengkreditan ke dalam akaun baru di bank lain.

    19

    http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/SKP/JPA.BP.SKP.B07.pdf

  • 11. Soalan

    Jika terdapat perubahan pada maklumat peribadi (contoh :

    pertukaran alamat, pertukaran waris dan lain2) apakah tindakan

    yang patut dilakukan?

    Jawapan

    Sekiranya ada perubahan Pesara/penerima pencen boleh

    mengemukakan permohonan pengemaskinian maklumat secara bertulis

    kepada Bahagian Pencen JPA.

    Alamat :

    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,

    Bahagian Pasca Perkhidmatan,

    Unit O1, Aras 3, Blok C2, Kompleks C,

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

    62510 Putrajaya, Malaysia.

    12. Soalan

    Saya telah memilih opsyen bersara wajib pada umur 60 tahun pada

    awalnya. Walau bagaimanapun saya telah memohon untuk bersara

    pilihan ketika saya genap 55 tahun pada 1 Ogos 2015. Adakah

    ganjaran, bayaran pencen dan sebagainya akan dikenakan cukai

    oleh kerajaan.

    Jawapan

    Semakan dengan pihak LHDN, ganjaran dan bayaran pencen yang tuan

    terima tidak akan dikenakan cukai. Ini berasaskan semua bayaran

    berkenaan adalah menggunakan wang awam (Mana-mana organisasi

    yang pencennya dibiayai bukan wang awam, cukai akan dikenakan).

    Walau bagaimanapun, bayaran cukai akan dikenakan sekiranya tuan

    menikmati 2 kemudahan pencen dalam masa yang sama. Contohnya

    tuan dan isteri tuan menerima pencen dalam masa yang sama. Salah

    seorang akan dikenakan cukai.

    20

  • LAMPIRAN

    1. Checklist

    2. Borang Hrmis

    3. Borang SPRM

    4. Borang Maklumat Staf

    5. Contoh Surat Bersara Pilihan

    21

  • SEKALUNG PENGHARGAAN

    Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat juga kami

    menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Di sini, kami ingin merakamkan jutaan terima

    kasih kepada Puan Hjh. Siti Janaton binti Haji Yasin iaitu Ketua Bahagian, Pejabat Pendaftar,

    UTM Kuala Lumpur kerana memberi peluang kepada kami melahirkan Buku Panduan Bersara.

    Seterusnya, kepada Encik Nasir bin Osman dan Puan Farahana binti Ahmad yang

    memberi tugasan ini. Ribuan terima kasih kepada Team Pengurusan Modal Insan iaitu Puan

    Yanti Hajar binti Hamzah, Puan Nuridzati binti Mohd Noh, Puan Mardiana binti Azis, Cik Ainul

    Adla binti Abd Jalil dan Cik Noreha binti Md Japah yang telah memberikan kerjasama yang

    positif dan jitu. Begitu juga kepada Puan Safariah binti Mohd Berhan dan sahabat-sahabat PSM

    di jabatan lain yang banyak memberi input serta sokongan yang membina sepanjang tempoh

    menyiapkan tugasan ini.

    Oleh yang demikian, kami berharap agar maklumat yang kami perolehi ini sedikit

    sebanyak dapat dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam urusan persaraan.

    Sekian, terima kasih