buku panduan tuntutan elaun lebih masa bagi … · 6. penolakan tuntutan elaun lebih masa 5 7. cara...

12
PERBADANAN KOMPLEKS STUDIO MERDE N BUKU TUNTU LEBIH PENJA U (Dike N KEMAJUAN FILEM N MALAYSIA EKA, JALAN HULU KELANG, 68000 AMPANG, SELANGO NO.TEL : 03-41041300 NO. FAKS : 03-41075216 LAMAN WEB: http://www.finas.gov.my U PANDUA UTAN ELA H MASA BA AWAT FINA Disediakan Oleh: Unit Audit Dalam FINAS emas kini pada 15 Januari 2016) NASIONAL OR DARUL EHSAN AN AUN AGI AS

Upload: ngobao

Post on 25-Jun-2018

298 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI … · 6. penolakan tuntutan elaun lebih masa 5 7. cara mengemukakan tuntutan elaun lebih masa 6 8. tempoh mengemukakan tuntutan elaun

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL

KOMPLEKS STUDIO MERDEKA, JALAN HULU KELANG, NO.TEL : 03

BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI PENJAWAT FINAS

Unit Audit Dalam FINAS(Dikemas kini pada 15 Januari 2016)

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL

MALAYSIA

KOMPLEKS STUDIO MERDEKA, JALAN HULU KELANG, 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSANNO.TEL : 03-41041300 NO. FAKS : 03-41075216

LAMAN WEB: http://www.finas.gov.my

BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI PENJAWAT FINAS

Disediakan Oleh: Unit Audit Dalam FINAS

(Dikemas kini pada 15 Januari 2016)

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL

68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI PENJAWAT FINAS

Page 2: BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI … · 6. penolakan tuntutan elaun lebih masa 5 7. cara mengemukakan tuntutan elaun lebih masa 6 8. tempoh mengemukakan tuntutan elaun

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS

Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS

Page 3: BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI … · 6. penolakan tuntutan elaun lebih masa 5 7. cara mengemukakan tuntutan elaun lebih masa 6 8. tempoh mengemukakan tuntutan elaun

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS

Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS

KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

KANDUNGAN

i

1. PENDAHULUAN 1

2. LATAR BELAKANG 1

3. KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN KERJA LEBIH MASA 1

4. KELAYAKAN ELAUN LEBIH MASA 2

5. KADAR ELAUN LEBIH MASA 3

6. PENOLAKAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA 5

7. CARA MENGEMUKAKAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA 6

8. TEMPOH MENGEMUKAKAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA

7

9. KELAYAKAN ELAUN LEBIH MASA BAGI PEMANDU 7

10. CUTI GANTIAN 8

11. PENUTUP 8

RUJUKAN 9

iiii

Page 4: BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI … · 6. penolakan tuntutan elaun lebih masa 5 7. cara mengemukakan tuntutan elaun lebih masa 6 8. tempoh mengemukakan tuntutan elaun

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS

Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS

1. PENDAHULUAN

BBBBuku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS ini

adalah merupakan panduan asas dan memaklumkan peraturan yang berkaitan

dengan tuntutan elaun lebih masa untuk penjawat FINAS yang layak.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Peraturan-peraturan tuntutan elaun lebih masa sekarang berasaskan

Perintah Am Bab “G” 1974 (Waktu Bekerja dan Lebih Masa).

2.2 Kerja lebih masa adalah bermaksud kerja-kerja yang dijalankan di luar

waktu bekerja biasa yang ditetapkan kepada seseorang penjawat. Kerja

lebih masa hendaklah bagi kerja-kerja bersifat rasmi sahaja, iaitu

menjalankan tugas-tugas jawatannya dan Perbadanan, tetapi bukan untuk

menjalankan tugas-tugas bersifat peribadi atau personel.

2.3 Penjawat bererti penjawat FINAS yang dilantik ke jawatan tetap / sambilan

/ kontrak. Semua anggota dalam kumpulan sokongan layak dibayar elaun

lebih masa.

3. KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN KERJA LEBIH MASA

3.1 Ketua Jabatan dikehendaki menentukan supaya sesuatu tuntutan bayaran

lebih masa itu hendaklah bagi kerja-kerja yang sangat mustahak dan tidak

boleh dibuat secara sewenang-wenangnya sahaja.

3.2 Corak kerja lebih masa juga adalah meliputi semua jenis tugas seperti

perkhidmatan kaunter, pemprosesan, penyeliaan dan pengawasan

dengan tertakluk kepada syarat-syarat kerja seperti berikut:

i. Kerja-kerja kecemasan

ii. Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan pada hari berikutnya

sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan.

1111

Page 5: BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI … · 6. penolakan tuntutan elaun lebih masa 5 7. cara mengemukakan tuntutan elaun lebih masa 6 8. tempoh mengemukakan tuntutan elaun

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS

Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS

iii. Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi daripada

tugas biasanya; dan

iv. Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangka masa yang terhad.

4.0 KELAYAKAN ELAUN LEBIH MASA

4.1 Perhatian hendaklah diberikan kepada had maksima kerja lebih masa

yang diluluskan oleh undang-undang:

4.1.1 Tidak melebihi daripada 1/3 daripada gaji pokok penjawat.

4.1.2 Kelonggaran untuk menuntut lebih daripada 1/3 daripada gaji

pokok jika memenuhi syarat-syarat berikut:

(a) Semua penjawat yang terlibat dalam sesuatu urusan di tempat

yang sama telah menjalankan lebih masa yang melibatkan

perlangkauan had 1/3 daripada gaji bersih bulanan.

(b) Penjawat yang tidak mahu membuat kerja-kerja lebih masa

telah membuat pengakuan sebegitu dengan surat.

(c) Sesuatu keadaan yang difikirkan sangat-sangat munasabah

tetapi terkeluar daripada panduan di (a) dan (b).

(d) Tuntutan hendaklah diperakukan oleh pegawai Tingkatan

Tertinggi dalam Kumpulan A (Gred 48).

4.2 Penjawat FINAS yang layak menuntut bayaran lebih masa dan diarah

menjalankan kerja-kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat adalah

layak menuntut bayaran lebih masa dan juga elaun-elaun tugas rasmi

(seperti elaun makan, harian, sewa hotel, elaun perjalanan kenderaan dan

sebagainya) tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan

dalam Pekeliling Perbendaharaan WP 1.4 dan WP 1.10.

2222

Page 6: BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI … · 6. penolakan tuntutan elaun lebih masa 5 7. cara mengemukakan tuntutan elaun lebih masa 6 8. tempoh mengemukakan tuntutan elaun

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS

Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS

4.3 Penjawat FINAS yang layak menuntut bayaran lebih masa ialah seperti

berikut:

4.3.1 Urus setia yang mengendalikan kursus/ seminar / bengkel /

mesyuarat.

4.3.2 Pegawai yang bercuti rehat tetapi cuti rehat dibatalkan dan

diarahkan bertugas lebih masa oleh Ketua Jabatan.

5. KADAR ELAUN LEBIH MASA

5.1 Terdapat dua tempoh kerja lebih masa iaitu kerja siang dan kerja malam

mengikut taksiran seperti berikut:

i. “Kerja Siang” bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang

dikerjakan di antara jam 6 pagi hingga 10 malam.

ii. “Kerja Malam” bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang

dikerjakan di antara jam 10 malam hingga 6 pagi.

5.2 Kadar sejam tuntutan elaun lebih masa bagi seseorang penjawat adalah

diperolehi seperti berikut:

5.3 Formula kiraan bayaran elaun lebih masa adalah seperti berikut:

i. Penjawat bergaji tetap bulanan

Gaji Pokok x 12 x k x Bilangan Jam

313 x 8

3333

Page 7: BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI … · 6. penolakan tuntutan elaun lebih masa 5 7. cara mengemukakan tuntutan elaun lebih masa 6 8. tempoh mengemukakan tuntutan elaun

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS

Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS

ii. Penjawat bergaji hari / sambilan

Gaji Pokok x 12 x 23 x k x Bilangan Jam

313 x 8

Di mana “k” bergantung pada faktor-faktor seperti di jadual berikut

JADUAL 1: KADAR GANDAAN “K”

PERIHAL PENJAWAT TETAP PENJAWAT SAMBILAN

KADAR GANDAAN

“k”

Hari Biasa

Siang (6.00pg – 10.00 mlm) Siang (7.30pg – 7.30mlm) 1 1/8 (1.125) Malam (10.00mlm – 6.00pg) Malam (7.30mlm – 7.30pg) 1 ¼ (1.250)

Hari Cuti Rehat (Sabtu & Ahad)

Siang (6.00pg – 10.00 mlm) Siang (7.30pg – 7.30mlm) 1 ¼ (1.250) Malam (10.00mlm – 6.00pg) Malam (7.30mlm – 7.30pg) 1 ½ (1.50)

Hari Kelepasan Am

Siang (6.00pg – 10.00 mlm) Siang (7.30pg – 7.30mlm) 1 ¾ (1.750) Malam (10.00mlm – 6.00pg) Malam (7.30mlm – 7.30pg) 2 (2.0)

Nota Tambahan:

Bagi pekerja Contract For Service, gaji pokok perlu dirujuk kepada Unit PSM

atau Bahagian Kewangan terlebih dahulu.

5.4 Tuntutan kadar elaun lebih masa pada hari cuti atau kelepasan am

adalah seperti berikut:

5.4.1 Bagi penjawat yang diarah bertugas di luar kawasan ibu pejabat

pada hari cuti rehat, tuntutan bayaran lebih masa hendaklah

mengikut mana terletaknya ibu pejabat pegawai berkenaan.

Contohnya jika pegawai berkenaan beribu pejabat di FINAS UK (di

mana hari Ahad adalah hari rehat minggunya), dan diarahkan

bekerja pada hari Ahad semasa menjalankan tugas di Johor (di

mana hari Jumaat adalah hari rehat mingguan), maka penjawat

4444

Page 8: BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI … · 6. penolakan tuntutan elaun lebih masa 5 7. cara mengemukakan tuntutan elaun lebih masa 6 8. tempoh mengemukakan tuntutan elaun

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS

Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS

adalah layak menuntut bayaran lebih masa pada hari Ahad itu atas

kadar hari rehat mingguan.

5.4.2 Penjawat FINAS yang bertugas secara giliran layak menuntut

bayaran lebih masa atas kadar hari kelepasan am berdasarkan

pada hari giliran bertugas.

5.4.3 Sekiranya cuti hari kelepasan am jatuh pada hari minggu (Ahad)

maka hari kelepasan am tersebut hendaklah ditunda kepada hari

keesokannya.

6. PENOLAKAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA

6.1 Tuntutan elaun lebih masa lapan (8) jam dan ke atas dalam sehari akan

ditolak sejam sebagai waktu rehat, solat dan makan keran waktu ini tidak

termasuk dalam tuntutan elaun lebih masa.

6.2 Bagi penjawat FINAS yang sedang menanggung kerja, tuntutan kerja

lebih masa hanya boleh dibayar selepas 2 jam 15 minit dari waktu kerja

hakiki.

6.3 Tuntutan yang kurang dari 1 jam sehari adalah tidak boleh dituntut.

6.4 Tempoh tuntutan elaun lebih masa hendaklah genap iaitu 15 minit, 30

minit dan 45 minit (Contoh 4 jam 47 minit = 4 jam 45 minit)

6.5 Waktu-waktu yang tidak diambil kira untuk tuntutan elaun lebih masa ialah

seperti berikut:

i. Dari jam 1.00 petang hingga 2.00 petang (Isnin – Khamis).

ii. Dari jam 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang (Jumaat).

5555

Page 9: BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI … · 6. penolakan tuntutan elaun lebih masa 5 7. cara mengemukakan tuntutan elaun lebih masa 6 8. tempoh mengemukakan tuntutan elaun

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS

Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS

7. CARA MENGEMUKAKAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA

7.1 Dokumen berikut adalah wajib disertakan bagi melancarkan proses

semakan dan pembayaran:

i. Salinan kad perakam waktu / thumb print yang telah disahkan.

ii. Borang tuntutan elaun lebih masa.

iii. Surat arahan kerja lebih masa.

iv. Jadual kerja (penjawat bekerja secara giliran).

v. Pengesahan daripada pegawai kumpulan A bagi tuntutan kerja

lebih masa melebihi 1/3 gaji pokok.

vi. Salinan buku log kenderaan, buku penghantar surat (pemandu /

PAP).

vii. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

7.2 Semua salinan dokumen perlu disahkan dan salinan kad perakam waktu

yang tidak jelas, ditulis tangan, bertindih atau tiada rekod masuk / keluar

sama sekali perlu disertakan surat penjelasan yang disahkan Ketua

Bahagian / Ketua Unit. Pindaan terhadap kad perakam waktu adalah

tidak dibenarkan sama sekali.

7.3 Borang tuntutan perlu ditandatangani oleh pegawai yang menuntut,

penyelia dan Ketua Bahagian / Unit yang dilantik oleh Ketua Pengarah.

7.4 Surat arahan kerja lebih masa mestilah lengkap menyatakan nama

pegawai yang diarahkan, tempoh bertugas dan jenis tugas. Surat

berkenaan hendaklah ditandatangani oleh penyelia atau Ketua Bahagian /

Unit atau Ketua Pengarah.

6666

Page 10: BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI … · 6. penolakan tuntutan elaun lebih masa 5 7. cara mengemukakan tuntutan elaun lebih masa 6 8. tempoh mengemukakan tuntutan elaun

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS

Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS

7.5 Hari Kelepasan Am yang sebenar atau gantian perlu dinyatakan dengan

jelas dalam jadual bertugas.

8. TEMPOH MENGEMUKAKAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA

8.1 Tuntutan lebih masa hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 10

hari bulan pada bulan berikutnya.

8.2 Bahagian Kewangan berhak menolak mana-mana tuntutan yang tidak

lengkap serta permohonan yang dikemukakan selepas tempoh yang

ditetapkan

9. KELAYAKAN ELAUN LEBIH MASA BAGI PEMANDU

9.1 Mana menunggu bagi seseorang pemandu kerana menjalankan tugas

rasmi yang ada kaitan dengan tugas hakikinya atau Perbadanan atau

pegawai yang dibawanya adalah boleh diambil kira untuk tuntutan kerja

lebih masa. Walau bagaimanapun, jika tugas menunggu itu ada kaitan

dengan kerja-kerja peribadi sama ada bagi dirinya atau bagi pegawai

yang dibawanya, maka ia tidak dikira sebagai kerja lebih masa.

9.2 Pemandu layak menuntut bayaran lebih masa termasuk masa di dalam

perjalanan kerana tugas memandu adalah tugas hakiki pemandu

berkenaan.

9.3 Pemandu tidak layak menuntut bayaran lebih masa dari rumah ke pejabat

dan sebaliknya sebelum bermula waktu pejabat atau selepas waktu

pejabat kerana menjalankan kerja lebih masa kecuali bagi pemandu

pegawai jawatan utama dengan syarat pemandu telah bertugas melebihi

waktu bekerja pejabat biasa seperti mana Perintah Am Bab G dan Surat

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1980.

7777

Page 11: BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI … · 6. penolakan tuntutan elaun lebih masa 5 7. cara mengemukakan tuntutan elaun lebih masa 6 8. tempoh mengemukakan tuntutan elaun

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS

Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS

10. CUTI GANTIAN

10.1 Pegawai yang diarahkan menjalankan tugas lebih masa pada hari bekerja

biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan tetapi tidak

berkelayakan mendapat bayaran lebih masa atau sebarang khas layak

membuat cuti gantian atas kelulusan Ketua Pengarah.

10.2 Tuntutan cuti gantian satu (1) hari persamaan sembilan (9) jam kerja

lebih masa.

11. PENUTUP

DDDDengan penjelasan tersebut, diharapkan penjawat FINAS dapat

melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih jujur dan berintegriti ketika

membuat tuntutan elaun. Di samping itu, ia dapat mengelak daripada sebarang

kemusykilan dan permasalahan yang boleh berlakunya penipuan dan

penyelewengan. Buku ini juga diharapkan dapat memberi pengetahuan dan

panduan asas serta kefahaman kepada penjawat Perbadanan Kemajuan Filem

Nasional Malaysia dalam membuat tuntutan yang betul dan munasabah mengikut

peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan Perbadanan

Kemajuan Filem Nasional Malaysia.

Nota Tambahan:

i. Salah laku dalam membuat tuntutan boleh dirujuk atas kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 dan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 P.U. (A) 395 Peraturan 4(2)(f).

ii. Sebarang pertanyaan atau komen sila hubungi Unit Audit Dalam atau

Bahagian Kewangan.

8888

Page 12: BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI … · 6. penolakan tuntutan elaun lebih masa 5 7. cara mengemukakan tuntutan elaun lebih masa 6 8. tempoh mengemukakan tuntutan elaun

Buku Panduan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Penjawat FINAS

Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS

RUJUKAN

1. Pekeliling Perbendaharaan PB 2.4/2013: Penurunan Kuasa Perbendaharaan

Kepada Pegawai Pengawal;

2. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012: Kenaikan Gaji Pegawai

Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia;

3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16 Tahun 2007: Bayaran Pakaian Istiadat,

Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie Dan Bayaran Pakaian Menghadiri

Upacara Rasmi

4. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2005: Pindaan Formula Gaji Harian,

Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Bayaran Lebih Masa dan Cuti Rehat Bergaji

Penuh Bagi Pegawai Sambilan;

5. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2005: Pelaksanaan Lima Hari Bekerja

Seminggu;

6. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002: Pelaksanaan Sistem Saraan

Malaysia Bagi Anggota;

7. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1977: Elaun Lebih Masa

8. Surat Bil JPA. 63/31 SK.36(6) bertarikh 23 Januari 1990: Ruling Tuntutan Elaun

Lebih Masa Untuk Pemandu

9. Memo Bil. JPA. 63/31 Bhg.1Klt.7(19) bertarikh 5 Disember 1998: Ruling

Bayaran Elaun Lebih Masa

10. Perintah Am C dan G dan Arahan Perbendaharaan.

9999